nama tokoh islam dan sumbangan

21
NAMA TOKOH 1 § Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri. § Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham. Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen. LATARBELAKANG Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq. Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu.

Upload: izzatul-syazzana-zainudin

Post on 22-Dec-2015

263 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

for cct esaimen

TRANSCRIPT

Page 1: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

NAMA TOKOH 1

 

§         Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.

§         Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.

Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan

Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.

 

LATARBELAKANG

 

Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq.

 

Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu

pengetahuan Abbasiyah pada masa itu.

 

Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai

pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah

di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau

telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

 

Page 2: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan

kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu

pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan,

falsafah, mantik dan lain-lain lagi.

 

Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan

ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.

 

Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu,

iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M) mengundangnya ke

Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang

dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap

kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan

takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu.

Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan

itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin

Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam

kegiatan ilmu.

 

Page 3: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus

menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut

menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.

 

Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada

masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.

 

Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik

hingga akhir hayatnya.

 

Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun.

 

SUMBANGAN IBNU HAITHAM

 

* TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)

 Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah

berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah “hukum pembiasan”, iaitu

hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan

sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di

Page 4: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki

langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila

matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden,

hukum ini dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell” yang bersempena nama ahli fizik

Belanda, Willebrord van Roijen Snell.

 

*TEORI PENGLIHATAN (optik)

Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat

eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau

telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau

telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang

penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia

melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham,

bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya

ke mata manusia.

 

*CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG

§         Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung

dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin

sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin

parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

Page 5: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

 

*TEORI BIASAN CAHAYA

§         Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada

permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat.

Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

 

*AHLI BIDANG FALSAFAH

§         Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo.

Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului

Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau

iaitu: “bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat

yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional”.

 

*BIDANG ASTRONOMI

§         Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak

menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet,

tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya

banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian

karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.

 

Page 6: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

 

*BIDANG FIZIK

§         Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau

menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi

satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo

da Vinci, dan Johannes Kepler.

 

KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

 

§         Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan

dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun

hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:

 

§         Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-

Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-

Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir

al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-

Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah

tentang kajian ilmu fizik dan astronomi.Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu

fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah

diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

Page 7: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

 

§         Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur.

Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan

meluas di Eropah sejak tahun 1907M.

 

§         Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang

kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya.

Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F.

Risner pada tahun 1572M dengan nama Thesaurus Opticae.

 

 

 

KESIMPULAN

 

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu

Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu

pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau

bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa

memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima

kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia

Page 8: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan

kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah

membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi

dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

 

        Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi

kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani dan

termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya

mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas menuntut ilmu

sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah

menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja,

malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Ibnu

Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Beliau

telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden. Contohnya, teori

optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan Johannes Kepler.

Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan

dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai

pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan diri  kepada

Allah SWT.

Page 9: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

TOKOH 2

Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-Qrasyi, seorang

Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun

607H(1210M).

 

 Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan, termasuk al-Syiekh

Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam

bidang perubatan ini termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn

Ali al-Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili.

 

Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan Maufiquddin qabu AL-Abbas Ahmad Iibnal-Qasim

yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaiba’ah, penulis buku yang masyhur yang menceritakan

tentang kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan.Mereka kemudiannya berpindah ke

Kaherah dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital inilah Ibn al-Nafis telah mencapai

kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan, sementara Ibn Abi Usaiba’ah menumpukan

perubatannya kepada perubatan mata. Beliau telah menetap di Kaherah sehingga beliau

meninggal dunia pada 686 H(1288 M)sewaktu umur beliau 80 tahun.

 

Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu

bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang menyamakan

Page 10: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih

serlah dan terkemuka di dalam para sarjana islam yang ada.

 

SUMBANGAN

 

Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi

dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu

al-Nafis terkenalsebagai tokoh sarjana islam yang terkenal.  Selain itu juga Ibnu al-Nafis juga

melancarkan kempen memerangi wabak. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina

sebuah hospital.

 

i) Bidang Pembedahan

 

Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan jantung dan

kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya pertalian yang rapat antara

pernafasan dan denyutan jantung.

 

            Bagi memajukan lagi bidang pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya

pembedahan perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau,

Page 11: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

langkah seperti ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh

manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.

           

ii) Memerangi Wabak.

 

 Ibnu al-Nafis bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen memerangi wabak

yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak

selama enam bulan dan akhirnya ia berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini

Ibnu al-Nafis telah digelar al-Misri oleh penduduk di negara Mesir.

 

iii) Penemuan Sistem Peredaran Darah Kecil.

 

Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis dalam syarahnya dalam kitab

anatomi ibn Sina ini ialah teori tentang peredaran darah ialah pergerakan darah iaitu pergerakan

darah dalamkitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai ‘sistem sirkulasi

pulmonari’.

 

            Orang zaman dahulu mempercayai bahawa darah bergerak daripada jantung ke dalam

jasad menerusi pembuluh dan saluran darah mengikuti denyutan nadi. Kemudian datang Galen

Page 12: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

iaitu sarjana perubatan Yunani yang mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada

jantung menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri itu sendiri.

                                                                                                 

Para doktor aliran Iskandariah merujuk semula kepada teori perubatan Mesir kuno. Ibnu Sina

mengikuti teori doktor Yunani iaitu Galen tentang peredaran darah. Ibnu al-Nafis pula dalam

syarahannya dalam kitab anatomi Ibnu Sina mangesahkan pendapat ini. Menurut Ibnu al-Nafis

ruang jantung mempunyai dia sahaja tidak seperti yang didakwa oleh Ibnu   Sina .

 

Katanya, aliran edaran darah ialah daripada ventrikal kanan kepada paru-paru. Dalam paru-paru,

uadara bertemu dengan darah. Darah itu kemudiannya meninggalkan paru-paru dengan

mengikuti arteri paru-paru lalu masuk ke dalam ventrikal kiri dalam jantungm dari sini, darah

disebar keseluruh badan.

 

Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan adalah teori yang baru. Teori

ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paru-paru dan dari paru-paru

kepada jantung. Oleh itu, beliau telah mengasaskan ‘teori sirkulasipulmonari’. Akan tetapi Ibnu

al-Nafis tidak sempat untuk mengkaji sistem peredaran darah keseluruh tubuh dalam waktu yang

sama.

 

iv) Membina Sebuah Hospital

Page 13: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

 

Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan oleh Sultan

Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan ini

menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut, wad, farmasi,

perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau

memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan

dinamakannya dengan ‘al-Mansuri’.

           

KARYA.

 

Sebagaimana para sarjana islam yang lain,Ibnu al-Nafis telah menulis banyak buku-buku dan

rencana. Walaubagaimana kebanyakannya telah hilang.

 

            Antara buku beliau yang masih ada termasuklah al-Kitab al-Syamil Fi al-Tibbtenrtang

ensiklopedia perubatan, Kitab al-Muhadhdhab fi al-Kuhl mengenai opthalmilogi,al-

Muhazzab berkenaan tentang perubatan mata, al-Mukhtar yang mengatakan tentang

pemakanan, Syarh al-Hidayah adalah ulasan terhadap karangan Ibnu Sina tentang perubatan, al-

Risalah al-Kamiliyyah fi al-Sirah al-nobawiyyah yang menyatakan tentang kisah hidup Nabi

Muhammad. Selain itu al-Mujaziaiti ringkasan daripada kitab Ibnu Sina, al-Qanun. Fi ‘I-

Tahibbi dan beberapa kritikan terhadap karya Hipokrotes, Ibnu Sina dan Humaym Ibnu

Ishaq.beliau juga menulis buku ringkas karya Aristotles tentang logik.

Page 14: NAMA TOKOH islam dan sumbangan

 

            Ibnu al-Nafis adalah seorang lagi tokoh kesarjanaan islam yang mewakili zamannya pada

zaman iti. Beliau seorang yang mempunyai pandangan yang luas dan juga berfikiran kreatif

dalam membuat kerjanya.di dalam kerjayanya sebagai seorang doktor, beliau sering dilantik

sebagai doktor peribadi oleh pemerintah-pemerintah.

 

 Beliau banyak menguasai bidang ilmu agama iaitu ilmu akhirat meskipun yang paling utama

sekali ialah bidang perubatan dan beliau seorang ahli fizik yang terkemuka di Mesir dan di

negara Islam yang lain.

           

Sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu dan tamadun manusia adalah sangat besar sekali

kepada dunia islam pada zaman dahulu dan sekarang. Tidak hairanlah mengapa beliau antara

tokoh yang tercatat dalam sejarah tamadun Islam.