tmk wife pak ya sastera.doc

15
PENGENALAN KEPADA TMK DALAM PENGAJARAN Perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) sudah pada apa juga bidang pada masa kini sudah terutamantya dalam bidang pendidikan sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia menjadi alat inovasi utama dalam kehidupan dan pendidikan masa kini.. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan proses pengajran dan pembelajaran. Intergerasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna teknologi maklumat dan komunikasi digunakan sebagai wahana pengajaran pembelajaran dan bukannya belajar tentang teknologi maklumat dan komunikasi. Peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh pendidik pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian serta selari dengan perubahan era teknologi maklumat dan komunikasi teknologi maklumat dan komunikasi. Pada masa kini, penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Upload: sazaniy-1

Post on 06-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN KEPADA TMK DALAM PENGAJARAN

Perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) sudah pada apa juga bidang pada masa kini sudah terutamantya dalam bidang pendidikan sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia menjadi alat inovasi utama dalam kehidupan dan pendidikan masa kini.. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan proses pengajran dan pembelajaran. Intergerasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna teknologi maklumat dan komunikasi digunakan sebagai wahana pengajaran pembelajaran dan bukannya belajar tentang teknologi maklumat dan komunikasi. Peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh pendidik pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian serta selari dengan perubahan era teknologi maklumat dan komunikasi teknologi maklumat dan komunikasi.Pada masa kini, penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai alat bantu mengajar dianggap penting dalam memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan dalam pendidikan. Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi memerlukan anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Untuk mencapai matlamt menjadikan negara sebagai negara yang maju, kita memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (TMK). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negaraAbdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran pendidikan terhadap guru bagaimana pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi pengawalan dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi teknologi maklumat dan komunikasi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran membolehkan murid:

a) meningkatkan kefahaman dan penguasaan murud dalam pembelajaran

b) mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

c) mengumpul sesuatu maklumat yang diperlukan dalam masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpulkan.

d) mencuba atau melaksanakan uji kaji yang sukar, memerlukan perbelanjaan yang banyak, mustahil atau berbahaya jika dilakukan dengan cara biasa.

e) meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.

f) diberi peluang belajar secara berkesan dengan bimbingan guru secara minimum.

g) meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi mereka.

Untuk memperoleh manfaat penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian:

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.

Guru mesti menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)Di era teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), pengintegrasian bahan berasaskan teknologi dalam pendidikan mampu membawa perubahan kepada pengajaran guru. Menurut kenyataan Rozinah Jamaludin (2005), kewujudan kepelbagaian teknologi sebagai alat bantu mengajar mampu membawa perubahan positif kepada kaedah pengajaran guru. Perubahan ini mampu mewujudkan sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa bagi bersaing di arena globalisasi yang sedang pesat membangun. Oleh itu, guru perlu bersedia menggunakan bahan TMK bagi merealisasikan impian untuk melahirkan generasi cerdik pandai yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran berasaskan komputer dan teknologi maklumat berupaya untuk menggantikan kaedah konvensional dengan pelbagai cara, terutamanya di dalam persekitaran bilik darjah yang menggunakan komputer (Nadzrah Abu Bakar, 2007). Guru perlu lebih bijak mengambil peluang dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna. Hal ini sejajar dengan tanggungjawab guru untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berfikir kreatif dan inovatif, penyayang dan berakhlak mulia selaras dengan cabaran masa kini dan akan datang. Di samping itu, pelajar juga dapat mengintegrasikan kemahiran komputer secara tidak langsung dalam kehidupan mereka (Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd Shabri, 2004).

Menurut NorAini Ahmad (2008), pengkaedahan pembelajaran berbantu komputer membuka ruang kepada pelajar meneroka pembelajaran sendiri, manakala guru pula bertindak sebagai fasilitator yang mengawal pembelajaran pelajar. Hal ini membolehkan guru kurang terikat sepenuhnya dengan jadual pengajaran di dalam bilik darjah ketika mengajar sesuatu mata pelajaran. Perisian PPBK yang dibina telah bertindak sebagai tutor kepada pelajar kerana perisian tersebut lengkap dengan isi pengajaran yang diperlukan pelajar. Guru pula bertindak sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran murid kerana perisian tersebut telah dibina untuk pelajar meneroka isi pengajarannya sendiri. Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), perisian berasaskan multimedia mengurangkan pembelajaran berpusatkan guru kerana kaedah ini membuka ruang untuk pelajar meneroka isi pelajaran mereka secara terbuka. Pendapat Abdul Razak Habib dan Jamaluddin Badusah (1998) pula, guru-guru percaya bahawa bahawa komputer dapat digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini telah menunjukkan bahawa guru menerima impak positif hasil penggunaan perisian ini kerana dapat membantu mereka beralih kepada kaedah pengajaran yang menarik dan efektif.

Penggunaan kaedah baru dalam pengajaran Bahasa Melayu khususnya Komsas seperti PPBK masih belum meluas kerana guru sudah terbiasa dengan menggunakan kaedah konvensional. Kaedah seperti ceramah dan kuliah digunakan kerana guru kurang terdedah dengan penggunaan alat bantu mengajar berasaskan elektronik. Menurut Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi (2008), kaedah PPBK merupakan sebuah alternatif yang paling baik untuk dijadikan panduan dalam mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pembangunan perisian PPBM ini dapat membantu meningkatkan mutu pengajaran guru dan meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam pendidikan Bahasa Melayu khususnya Komsas.

Menurut Abd. Rahim (2000), menyatakan bahawa Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan memerlukan satu rombakan baharu dalam dasar pendidikan tinggi khususnya dari segi liberalisasi, pendemokrasian dan reformasi pendidikan tinggi. Justeru, guru hari ini perlu menguasai konsep pengajaran berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru-guru pada hari ini. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru Bahasa Melayu. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis menggunakan aplikasi perisisanMicrosoft Wordsepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga didapati positif dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa Melayu.

Kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi.

Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara professional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004).Strategi Pengajaran Sastera Bahasa Melayu Kaedah Berbantukan KomputerPPBKmerupakan satu lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa kini yang semakin menjadi satu kaedah yang popluar di kalangan para pendidik. Penggunaan kaedah PPBK ini adalah seiring dengan kemajuan pesat, tuntutan kerajaan dan celik IT di kalangan murid-murid. Pada masa kini, jika seseorang pendidik itu tidakn menggunakan komputer ataupun lebih jelasnya multimedia dalam pengajaran dan pembelajarannya, ia merupakan suatu perkara yang agak aneh.Sebenarnya terdapat beberapa kaedah mengajar yang boleh digunakan dengan menggunakan PPBK ini terutamanya dalam matapelajaran Sastera Bahasa Melayu . Ini adalah termasuk tutorial, ujian, permainan, simulasi dan tunjukcara. Ini dapat ditunjukkan dalam rajah di bawah.

1. TutorialTutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan bagi maksud mempersembahkan bahan pengajaran baru yang mana ianya mempunyai beberapa langkah-langkah penerangan yang tersusun (Allesi & Trollip, 1991). Dalam hal ini, PPBK yang dibina akan bersifat tutorial yang berfungsi sebagai tutor dalam menyampaikan sesebuah pengajaran. Dengan kata lain kaedah tutorial ini lazimnya digunakan untuk menyampaikan sesuatu fakta ataupun penerangan menegnai sesuatu perkara kepada murid.Kaedah ini sesuai digunakan ketika menyampaikan maklumat dan memulakan sesuatu topik pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh PPBK yang boleh dibangunkan adalah menggunakan MS Word, Power Point, Publisher dan Authorware. Sebagai contohnya, melalui kaedah tutorial, guru dapat menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan dan lain-lain lagi. Guru juga sekaligus boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan

2. UjianPada masa kini,penggunaan komputer banyak membantu guru di dalam mengumpulkan maklumat dan data pelajar. Ini sekaligus akanmenyenangkan guru membuat statistik dan pengiraan markah muridnya. Penggunaan kaedah manual walaupun masih digunakan, namun jika jumlah bilangan murid adalah ramai, maka kaedah ini tidak lagi begitu sesuai. Dalam hal untuk menyediakan ujian kepada murid-murid, penggunaan PPBK ini amat membantu. Guru boleh membina PPBK dengan menggunakan MS Word dan boleh dijalankan baik secara online, kuizdan sebagainya.Ujian menggunakan PPBK ini lebuh menarik minat murid dan yang utama guru boleh menyemak markah murid dengan cepat, pentas dan julat kesalahan yang kecil.

3. PermainanPermainan pada masa kini seolah-olah telah menjadi trade-mark kepada murid-murid, dan tidak menghairankan jika mereka sanggup menghabiskan wang dan masa untuk mengunjungi siber-siber. Seorang guru yang berkreativiti dan berinovasi akan mengambil peluang ini untuk menarik minat murid-murid belajar melalui permainan dalam komputer. Hampir semua perisian pengajaran dan pembelajaran yang dicipta memasukkan elemen permainan dalam kandungan perisian rekaan mereka. Kaedah PPBK ini sangat diminati oleh murid-murid. Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pelajaran Malaysia) pada suatu ketika dahulu telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membangunkan perisian interaktif dalam mata pelajaran Matematk dan Sains yang rata-rata mempunyai elemen permainan. Permainan yang menarik bertujuan menaikkan semangat dan keinginan murid untuk belajar.Penggunaan PPBK kaedah permainan ini menaikkan semangat dan keinginan murid untuk belajar disebabkan aktivitinya berbentuk pertandingan di mana murid akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-sama semasa murid mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. Murid-murid akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara. Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh murid. Murid pasti akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat.4. SimulasiThomas & Miligan (2004), telah mendefinisikan simulasi sebagai keadaan dan system yang dimodelkan oleh komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sesuatu system itu berfungsi. Contohnya simulasi bagaimana letusan gunung berapi berlaku, peredaran planet mengelilingi matahari, tanah runtuh dan sebagainya.Penggunaan PPBK melalui simulasi ini dapat member peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti seperti menguji hipotesis dan sekaligus akan membolehkan pemahaman murid itu dalam sesuatu sesuatu pengajaran dan pembelajaran semakin mendalam. 5. Tunjuk caraTunjuk cara sebenarnya adalah kaedah PPBK yang digunakan untukmenunjukkan kepada murid sesuatu prosedur yang hendak dilakukan. Melaui kaedah ini murid mampu memahami sesuatu prosedur itusebelum melakukannya dalam situasi keadaan sebenar. Tunjuk cara ini amat sesuai digunakan untuk memahami sesuatu prosedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, terlalu kompleks ataupun yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid. Misalannya, guru dapat menunjukkan kepada murid dengan lebih jelas lagi bagaimana proses sesuatu kitar semula dijalankan melalui slaid Power Point. Sememangnya agak menyukarkan untuk membawa murid melawat ke tempat pengkitaran semula dan melalui kaedah PPBK ini, murid dapat memahami prosedur tersebut dengan lebih jelas

Kesimpulan

Guru sentiasa mencari pendekatan baharu bagi mengajar mata pelajarannya yang dapat memotivasikan pelajar melakukan penyelidikan, menelaah, menulis danmeransang pelajar mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kepercayaan kini perisian multimedia berbantukan komputer adalah cara mentransformkan pendidikan yang paling efisien dan berkesan. Menurut Ismail (2002), perisian multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya.

Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia sebagai satu medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Teori ini menyokong bahawa pendidikan seni mempunyai peranan yang penting dalam kurikulum yang ada. Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah memberi galakan kepada murid-murid untuk mengenal potensi diri masing-masing seterusnya menggunakan kelebihan yang ada dalam diri mereka. Dalam konteks ini, guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang mempunyai variasi dan bersepadu bagi memenuhi keperluan murid yang lebih mencabar ditambah lagi dengan persekitaran yang memberikan inspirasi dan motivasi. Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengugnakan kapur tetapi lebih kepada teknologi multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. Pendidikan tidak lagi hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan Pembagunan Minda insane kelas pertam sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Sistem pendidkan dan kurikulum skeolah telah menerapkan teknologi dan maklumat ini dan berusaha maju serta memupuk minat di samping memupuk minat dan mengukuhkan lagi sikap positif dalam kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap perkembangan teknologi maklumat ini. Teknologi dan perisian komputer ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara total.Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai semua subjek dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian. Rujukan

A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.Abdul Razak Habib & Jamaluddin Badusah. (1998). Penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, 23, 1-14.

Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PBBK (Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing: satu tinjauan awal. GEMA Online Journal of Language Studies, 4(1), 1-16

Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom. Cambridge, Mass.: Harvard University Press.Ertmer, P. A. (1999). Addressing first- and second-order barriers to change: Strategies for technology integration. Educational Technology Research and Development, 47 (4), 47-61.Finkbeiner, C.(2001). One and all in CALL? Learner, moderator dan researcher. Computer Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339-361(54) 1st International Malaysian Educational Technology ConventionGrove, K., Strudler, N., & Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use: Cooperating teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research on Technology in Education. 37(1), 85-110.Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Integrating technology in classrooms: We have met the enemy and he is us. Paper presented at the annual convention of the Association for Educational Communications and Technology, Chicago, IL, October 19-23. (ERIC Document Reproduction Service No. ED485143)Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Bentong: PTS Publication & Distributors.

Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher training course. Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135Nadzrah Abu Bakar. (2007). English Language activities in computer-based learning environment: A case study in ESL Malaysian classroom. GEMA Online Journal of Language Studies, 7(1), 33-49.

NorAini Ahmad. (2008). Tahap kemahiran ICT dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah menengah. Kertas projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios in ESL writing: An Alternative Approach. Computer Assisted Language Learning. 12 (3), 261268Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan BahasaZamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Shah Alam: Karisma Publication.