titas punca-punca stress nando

6
FAKTOR-FAKTOR STRESS Secara realiti setiap masyarakat atau individu mengalami masalah stres atau tekanan secara tidak disedari mahupun disedari. Stress merujuk kepada suatu tindak balas atau respons yang tidak positif dari badan terhadap tuntutan yang diterimanya. Stress juga merupakan suatu fenomena umum yang tidak dapat dihindari oleh masyarakat dan setiap orang mengalaminya. Stress boleh menyebabkan kesihatan tubuh badan seseorang individu terjejas. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah stress atau tekanan dalam diri. Faktor Fizikal atau Kesihatan Secara umumnya, pakar perubatan telah bersetuju bahawa kebanyakan pesakit fizikal adalah disebabkan oleh stress atau tekanan emosi yang tidak boleh ditanggung oleh diri seseorang individu tersebut. 1 Stress berpunca daripada masalah kesihatan yang disebabkan kekurangan aktiviti fizikal, kekurangan zat makanan, dan kurang tidur. Sebagai contoh, seseorang individu yang belajar atau yang bekerja tanpa berehat atau secara berlebihan akan menyebabkan tubuh badan mengalami kelesuan. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi tekanan terhadap tubuh fizikal mahupun mental untuk melakukan sesuatu kerja dalam keadaan penat. Situasi yang berterusan seperti ini akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi atau tekanan dalam diri. Apabila tubuh badan seseorang tidak sihat maka dengan muda boleh menyebabkan berlakunya gangguan emosi. Dalam hal ini, kita tidak menyedari bahawa kita sedang mengalami stress atau tekanan emosi. Kekurangan zat makanan dalam diet seseorang juga boleh menjejaskan kesihatan dan seterusnya mudah mengalami gangguan emosi serta stress. Personaliti Personaliti seseorang individu juga menjadi salah satu faktor berlakunya stress. 2 Individu yang memiliki personaliti tidak aktif lebih terdedah kepada risiko mengalami stress. Dalam aspek ini, mereka yang memiliki personaliti tidak aktif adalah golongan individu yang biasanya tidak selesa untuk meluahkan perasaan marah atau berkongsi perasaan seronok dengan orang lain. Mereka lebih suka memendam 1 Abdul Fatah Hasan, 2008, Pengurusan Minda Yang Optimum Dalam Kehidupan, hlm. 139. 2 Mohd Taib Dora Hamdan Abd Kadir, 2006, Mengurus stres , hlm. 55.

Upload: mutang20

Post on 30-Sep-2015

31 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

FAKTOR-FAKTOR STRESS

Secara realiti setiap masyarakat atau individu mengalami masalah stres atau tekanan secara tidak disedari mahupun disedari. Stress merujuk kepada suatu tindak balas atau respons yang tidak positif dari badan terhadap tuntutan yang diterimanya. Stress juga merupakan suatu fenomena umum yang tidak dapat dihindari oleh masyarakat dan setiap orang mengalaminya. Stress boleh menyebabkan kesihatan tubuh badan seseorang individu terjejas. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah stress atau tekanan dalam diri. Faktor Fizikal atau KesihatanSecara umumnya, pakar perubatan telah bersetuju bahawa kebanyakan pesakit fizikal adalah disebabkan oleh stress atau tekanan emosi yang tidak boleh ditanggung oleh diri seseorang individu tersebut. [footnoteRef:1]Stress berpunca daripada masalah kesihatan yang disebabkan kekurangan aktiviti fizikal, kekurangan zat makanan, dan kurang tidur. Sebagai contoh, seseorang individu yang belajar atau yang bekerja tanpa berehat atau secara berlebihan akan menyebabkan tubuh badan mengalami kelesuan. Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi tekanan terhadap tubuh fizikal mahupun mental untuk melakukan sesuatu kerja dalam keadaan penat. Situasi yang berterusan seperti ini akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi atau tekanan dalam diri. Apabila tubuh badan seseorang tidak sihat maka dengan muda boleh menyebabkan berlakunya gangguan emosi. Dalam hal ini, kita tidak menyedari bahawa kita sedang mengalami stress atau tekanan emosi. Kekurangan zat makanan dalam diet seseorang juga boleh menjejaskan kesihatan dan seterusnya mudah mengalami gangguan emosi serta stress. [1: Abdul Fatah Hasan, 2008, Pengurusan Minda Yang Optimum Dalam Kehidupan, hlm. 139.]

PersonalitiPersonaliti seseorang individu juga menjadi salah satu faktor berlakunya stress. [footnoteRef:2]Individu yang memiliki personaliti tidak aktif lebih terdedah kepada risiko mengalami stress. Dalam aspek ini, mereka yang memiliki personaliti tidak aktif adalah golongan individu yang biasanya tidak selesa untuk meluahkan perasaan marah atau berkongsi perasaan seronok dengan orang lain. Mereka lebih suka memendam perasaan kerana tidak selesa untuk berkongsi atau menerima pertolongan orang lain. Mereka juga lebih selesa jika dapat menanggung segala beban atau masalah yang dihadapi secara bersendirian. Stress ini boleh berlaku apabila seseorang individu berada dalam keadaan atau situasi terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi. Apabila terlalu banyak masalah yang disimpan sendiri maka kecelaruan fikiran mula menguasai diri. Keadaan ini yang seterusnya akan menyebabkan mereka mengalami stress kerana tekanan mental yang berlaku akibat terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan bersendirian. Selain itu, Stress boleh berlaku apabila seseorang yang terlalu mencuba dalam mengejar kesempurnaan. Dalam hal ini, kebanyakan masyarakat atau individu sering menetapkan standard atau matlamat sesuatu kerja yang terlalu tinggi sehingga menjadi mustahil untuk dicapai. Hal ini menjelaskan bahawa keinginan melakukan sesuatu diluar kemampuan boleh menyebabkan seseorang individu merasa tertekan apabila sesuatu yang diimpikan tidak dapat diperoleh. Sebagai contoh seorang penoreh getah ingin memiliki sebuah kenderaan mewah tetapi tidak mempunyai kemampuan dari segi sumber kewangan yang mencukupi menyebabkan dia berada dalam situasi tekanan sehingga mewujudkan perasaan kecewa, serba salah kerana cita-cita atau keinginannya yang sukar dicapai. Kekecewaan ini yang akan memburukkan lagi keadaan sehingga individu tersebut mengalami stress yang dapat menjejaskan kesihatannya. [2: Mohd Taib Dora Hamdan Abd Kadir, 2006, Mengurus stres, hlm. 55.]

Pekerjaan[footnoteRef:3]Sesetengah pekerjaan berpotensi menjadi punca atau sebab seseorang individu mengalami masalah stress. Dalam aspek ini, beban kerja yang terlalu banyak dan perlu disiapkan dalam masa yang singkat menyebabkan pekerja terpaksa berhadapan dengan masalah desakan masa. Keadaan atau situasi sedemikian akan memaksa mereka untuk mengejar masa untuk menyiapkan tugasan tanpa menghiraukan waktu rehat mereka. Hal ini yang membawa kepada masalah stress kerana desakan masa menyebabkan waktu rehat mereka terganggu. Apabila mereka tidak mendapat rehat yang mencukupi maka badan akan menjadi letih dan mudah mengalami gangguan emosi. Ditambah lagi dengan suasana kerja yang tidak selesa akibat ruang masa yang sentiasa memerlukan mereka mengendalikan tugasan sepanjang masa dengan had masa yang terlalu terhad mengakibatkan stress kepada mereka. Jaminan kerja yang tidak kukuh juga menyebabkan para pekerja terpaksa melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka. Situasi yang lebih parah lagi apabila kita yang sentiasa bekerja dengan bersungguh-sungguh tetapi tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat dan kenaikan gaji. Keadaan ini yang membawa kepada kekecewaan dan perasaan bosan dengan tanggungjawab sehingga mengakibatkan produktiviti kerja menurun dan dibebani pula dengan pengurusan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar. Dalam keadaan-keadaan seperti inilah yang akan mengakibatkan stress kepada kita, lebih-lebih lagi apabila kita sukar untuk mengurus masa dengan baik. [3: Mohd. Azhar Abd. Hamid, 2004, EQ: Panduan Meningkatkan Kecergasan Emosi, hlm. 93.]

PersekitaranSuasana persekitaran merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada stress. Suasana seperti kesesakan adalah contoh yang paling jelas apabila kita memandu di jalan raya. Suasana yang sedemikian menyebabkan berlakunya kelewatan. Lebih-lebih lagi apabila kita perlu ke destinasi dengan cepat. Suasana bising yang berlaku sama ada di tempat kerja juga boleh mengakibatkan stress.Persekitaran tempat tinggal atau kerja yang teruk atau tidak terurus juga sering menimbulkan stress dalam kalangan masyarakat. Selain itu, tekanan di tempat kerja boleh timbul apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat kerja yang sempit. Seterusnya, perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya stress tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut peredaran masa. Tekanan dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji. Semasa bekerja juga, mereka terdedah kepada situasi yang penuh tekanan seperti berhadapan dengan kerenah pelanggan atau majikan. Biasanya pihak atasan menuntut lebih daripada apa kemampuan pekerjanya dan melakukan sesuatu di luar keupayaan mereka. Keadaan seperti ini yang kadang-kadang boleh mengganggu emosi seseorang individu dan secara tidak langsung mengalami tekanan atau stress di tempat kerja. Ekonomi dan Sosial[footnoteRef:4]Masalah kewangan dan kemiskinan juga merupakan punca kepada berlakunya masalah tekanan hidup atau stress dalam kehidupan seseorang individu. Masalah ini adalah masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat walaupun sesebuah negara diiktiraf sebagai negara maju. Kemiskinan biasanya ditafsirkan berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan sebagai di bawah garis kemiskinan. Pendapatan yang tidak mencukupi akan memaksa mereka melakukan kerja sampingan lain. Ini akan menjejaskan kualiti kerja serta kehidupan mereka.Bekerja dalam jangka masa yang lama menyebabkan taraf kesihatan fizikal danmental terjejas. Keadaan seperti ini yang membawa kepada masalahstress. Desakan kemiskinan yang memaksa ibu bapa melakukan kerja sampingan menyebabkan mereka mengalami stress. Mereka terpaksa bekerja dengan lebih masa untuk menanggung perbelanjaan keluarga. Pendapatan yang tidak mencukupi memaksa mereka untuk berhutang dan keadaan ini membebankan fikiran mereka kerana malu dan tiada keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang sekeliling mereka. Kadang-kadang ada keluaraga yang serba kekurangan namun masih dapat hidup dengan gembira. Namun, bagi mereka yang meskin dan sering dipandang hina oleh masyarakat luar menyebabkan kehidupan mereka berubah menjadi tidak selesa dan tidak tenang. Keadaan seperti ini yang membawa kepada masalah stress dalam kehidupan mereka. Selain itu, masalahperanan lelaki dan wanita pada masa kini jauh berbeza berbanding dengan pada nenek moyang kita. Dalam negara yang meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga, sejak dahulu lagi lelaki memainkan peranan memastikan ekonomi dan sosial keluarga sentiasa sempurna. Lelaki perlu bekerja untuk menyara keluarga. Isteri atau ibu berperanan menjaga anak dan menguruskan kerja rumah. Namun peranan dan tanggungjawab ini semakin berubah. Ramai wanita bersama-sama lelaki bekerja untuk mencari sumber ekonomi dan membantu kesejahteraan keluarga. Terdapat juga isteri yang berpendapatan lebih daripada suami mereka. Pangagihan tugas dalam menguruskan rumahtangga adalah penting. Wanita berharap suami mereka akan bersama-sama membantu menguruskan rumahtangga. Bagi lelaki yang menganggap peranan itu bukannya kebiasaan bagi mereka, ini akan menimbulkan masalah tekanan atau stress bagi mereka. [4: Azizi Yahaya, 2006, Punca dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku, hlm. 67. ]

KeluargaKeluarga juga menjadi punca berlakunya tekanan atau stress dalam diri seseorang individu. Dalam aspek ini, tekanan demi tekanan yang berlaku di tempat kerja menyebabkan seseorang itu tidak tertahan dan terbawa-bawa ke rumah. Apabila di rumah faktor-faktor seperti hubungan keluarga yang tidak begitu baik di mana mereka kurang mendapat sokongan dan nasihat yang betul daripada keluarga akan menyebabkan stress yang lebih teruk. Sebagai contoh, pasangan suami isteri mungkin tidak sehaluan. Adakalanya wanita berdepan dengan konflik sama ada memilih untuk menjadi suri rumahtangga atau bekerja. Taraf pendidikan yang dimiliki wanita serta desakan untuk mencari pendapatan yang lebih dalam memenuhi keperluan keluarga mendorong wanita melupakan peranan utama mereka. Beban tugas di tempat kerja dan peranan membesarkan anak serta menguruskan rumahtangga menyebabkan wanita rasa tertekan. Keadaan menjadi lebih buruk jika suami enggan atau kurang membantu dalam urusan rumahtangga. Stress boleh menyebabkan hubungan antara pasangan menjadi tegang. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, pasangan suami isteri akan berpisah dan mengakhiri ikatan sebuah keluarga. Selain itu, perubahan dalam keluarga seperti kehilangan orang yang dikasihi yang disebabkan perceraian atau kematian.Kehidupan berkeluarga memerlukan perkongsian bijak dimana pasangan saling mempercayai, hormat-menghormati, bertolak-ansur, saling bermaafan, amanah dan komited dalam apa jua tanggungjawab. Namun sebagai dua insan yang dilahirkan berbeza, perbezaan tetap wujud. Hanya berbekalkan ketabahan, pengetahuan dan kemahiran berinteraksi serta bertindak balas kepada setiap perubahan mampu mengekalkan perkongsian yang mulia ini. [footnoteRef:5]Dalam situasi yang melibatkan stress dalam diri kanak-kanak juga boleh berlaku apabila kongkongan daripada ibu bapa yang meletakan harapan yang tinggi dalam pencapaian akademik kanak-kanak. Bebanan akademik dan kongkongan ibu bapa menyebabkan anak-anak terpaksa mengalami tekanan atau stress apabila tidak dapat mengabulkan hasrat ibu bapa mereka. Kekecewaan dalam diri yang timbul menyebabkan mereka menyimpan perasaan bersalah dalam diri. Keadaan seperti ini adalah tidak baik untuk perkembangan minda kanak-kanak kerana akan memberikan mereka tekanan dan stress. [5: Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2003, Memimpin Diri Sendiri, hlm. 139. ]

RUJUKANZaharin Bin Hj Othman, Faktor Tekanan Di Tempat Kerja, 12 Mac 2010.Mohd Taib Dora Hamdan Abd Kadir, Mengurus stres, Selangor, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd, 2006, hlm. 39-50.Mohd. Azhar Abd. Hamid, EQ: Panduan Meningkatkan Kecergasan Emosi, Kuala Lumpur, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd, 2004, hlm. 93.Ahmad Zabidi Abdul Razak, Memimpin Diri Sendiri, Kuala Lumpur, PTS Millennia Sdn. Bhd, 2003, hlm. 139.