titas

32
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Page 21 PENDAHULUAN Tamadun china merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia. Tamadun ini dibina dan diperkembangkan selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan sains. Kegemilangan ini membawa kemajuan dan kemakmuran kepada tamadun ini serta memberi sumbangan kepada kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini. Tamadun china juga menyamai tamadun-tamadun tua yang lain seperti tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India dan Tamadun Greek. Walaupun kemunculannya tidak sama namun pencapainya adalah standing dengan tamadun-tamadun tadi. Sebagai contoh pembinaan Tembok Besar China merupakan salah satu dari tujuh benda ajaib di dunia. Ia seiringan dengan Piramid di Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran dan Taj Mahal di India. Tamadun china boleh dibahagikan kepada beberapa tahap pembinaan, perkembangan dan kejatuhan. Namun tahap-tahap ini bukanlah satu yang selalu mencapai zaman kegemilangan tapi arus perubahan masa membantu ketahanan tamadun china dan jadi lebih gemilang.

Upload: krazybie

Post on 06-Feb-2016

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pandangan semesta tamadun china

TRANSCRIPT

Page 1: Titas

PENDAHULUAN

Tamadun china merupakan salah sebuah tamadun tertua di dunia. Tamadun ini dibina dan

diperkembangkan selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam beberapa

bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan sains.

Kegemilangan ini membawa kemajuan dan kemakmuran kepada tamadun ini serta memberi

sumbangan kepada kehidupan masyarakat di dunia pada hari ini.

Tamadun china juga menyamai tamadun-tamadun tua yang lain seperti tamadun

Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun India dan Tamadun Greek. Walaupun

kemunculannya tidak sama namun pencapainya adalah standing dengan tamadun-tamadun

tadi. Sebagai contoh pembinaan Tembok Besar China merupakan salah satu dari tujuh benda

ajaib di dunia. Ia seiringan dengan Piramid di Mesir, Taman Bergantung Babylon di Iran dan

Taj Mahal di India.

Tamadun china boleh dibahagikan kepada beberapa tahap pembinaan, perkembangan dan

kejatuhan. Namun tahap-tahap ini bukanlah satu yang selalu mencapai zaman kegemilangan

tapi arus perubahan masa membantu ketahanan tamadun china dan jadi lebih gemilang.

Page 1TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 2: Titas

SEJARAH TAMADUN CHINA

 

Kebudayaan Yangshao

Disebut sabagai kerajaan Yangshao berdasarkan nama tinggalan kampung jenis tradisi

kebudayaan yang terletak di Yangshao, daerah Shaanxi.Bermula kira-kira pada milenium ke-

6 Sebelum Masihi (SM).Merupakan kerajaan paling awal dan mempunyai ciri-ciri

tersendiri.Tapak-tapak tradisi kebudayaan Yangshao diumpai di teres-teres berhampiran

cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe ( the Yellow River ).

Orang Yangshao menetap di perkampungan kecil dengan kegiatan bertani,memelihara bab

dan membuat tembikar berlukisan.Makanan asasi orang Yangshao ialah bijirin

sekoi.

Kebudayaan Longshan dan Zaman Gangsa

Kebudayaan Longshan

Muncul antara pertengahan kurun ke-2 SM dan Zaman Gangsa Awal lewat milenium ke

SM

atau awal milenium  pertama SM.Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan

tapak arkeologi di Longshan, di daerah Shandong.Tembikar Longshan9 terutamanya

tembikar hitam ) bergantung kepada gaya dan bentuk sebagai daya penarik estetiknya.

Tembikar Longshan menggunakan mesin peroda tembikar untuk menghasilkannya.

Zaman Gangsa

Gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti Shang ( 1122 SM – 1766 SM ).

Selain digunakan untuk membuat senjata dan loceng, logam gangsa juga dikaitkan dengan

bekas-bekas ritus atau untuk upacara keagamaan.Penggunaan gangsa juga tersebar luas di

sepanjang tempoh dinasti Zhou (221 SM – 1123 SM ).

Page 2TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 3: Titas

KONSEP TAMADUN CHINA

1)Kepercayaan Alam Sekitar

2)Kepercayaan kepada Penyembahan Roh Nenek Moyang

3)Kepercayaan kepada Anak Syurga

4)Kepercayaan kepada Dewa

Masyarakat dan Budaya Tamadun China

Terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar iaitu

1)Kumpulan Yan-Huang

2)Kumpulan Feng-Yang

3)Kumpulan Miao-Man

Geografi China yang luas menyebabkan keadaan cuaca yang berbeza dan ini telah

mempertembungkan dua kebudayaan iaitu :

1)Kebudayaan Sekoi ( Millet )

2)Kebudayaan Sawah Padi

BAHASA DAN SISTEM TULISAN CHINA

Bahasa Cina merupakan bahasa yang kekal dituturkan serta digunakan sehingga hari ini.

Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi ( tulisan Han ), dicipta berdasarkan kaedah

                              I. Xiang xing ( berlambang gambar )

                             II.  Zh’shi ( lambing petunjuk )

                            III.   Huiyi ( lambing petunjuk fikiran )

                            IV.  Xing sheng ( gabungan bentuk bunyi )

                           V.Zhuan zhu dan jiajie ( bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti

atau penggunaan sesuatu huruf Cina )

·    Setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang iistimewa dan telah menyumbang terhadap

perpaduan bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia.

Page 3TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 4: Titas

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN CHINA

Satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan.

Konsep Tien

Tien dalam kepercayaan Cina diguna bagi menunjukkan makna langit. Tien juga

digunakan untuk makna dewa utama. Lantaran itu dewa tersebut dalam kepercayaan

mereka disamakan dengan langit. Selain itu, Tien mempunyai dimensi moral dalam

kepercayaan orang Cina. Penjelasan daripada seorang sarjana, Fung Yu-Lan memberikan

lima maksud terhadap Tien seperti berikut:

(a) Tien boleh dianggap sebagai langit. Ia bemaksud fizikal dalam konsep Tien. Tien

bertentangan dengan konsep bumi, iaitu Di. Maksud ini berkait rapat dengan cara

orang Cina merujuk dunia fizikal manusia sebagai “Langit dan Bumi” atau Tien

Di.

(b) Tien sebagai pihak yang mengetuai, memerintah, dan menguasai seluruh dunia

dan alam semesta. Ia dikenali sebagai Maharaja tertinggi dalam Empayar Tien

atau Huang Tien Shang Di. Ia boleh dianggap sebagai dewa utama dalam

kepercayaan orang Cina.

(c) Tien adalah unsur asas atau dasar nasib atau Ming. Namun terdapat sedikit

kekeliruan, iaitu sama ada Tien disamakan dengan nasib atau nasib merujuk

kepada keinginan Tien. Confucius mempercayai bahawa perkara yang berlaku di

luar kawalan manusia adalah akibat daripada niat atau keinginan Tien.

(d) Tien merujuk kepada alam semesta atau alam semulajadi. Maksud Tien dalam

teori metafizik Cina mempunyai kaitan dengan konsep Yin dan Yang. Tien

mewakili prinsip Yang dalam alam semesta, manakala Di mewakili prinsip Yin.

Tien memulakan proses pewujudan sesuatu makhluk hidup, dan Di atau Bumi

memeliharanya.

(e) Tien dengan maksud suatu prinsip moral tertinggi dalam alam semesta ini. Ajaran

Confucius merujuk kepada prinsip moral tertinggi dalam alam semesta ini. Prinsip

ini menjadi asas penting bagi cara hidup yang beretika tinggi.

Page 4TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 5: Titas

Konsep Tien telah diguna untuk mewajarkan tindakan politik pemerintah dalam

tamadun Cina. Bahkan konsep Tien telah menjadi konsep yang penting. Ini dapat

dilihat apabila konsep ini menjadi satu falsafah politik yang berkesan sebagaimana

diperkatakan oleh Confucius dan Mencius yang mengaitkan pemerintahan sebagai

The Mandate Of Heaven, iaitu mandat Tien atau perintah Tien. Walau bagaimanapun,

dipercayai juga bahawa Tien boleh menarik balik mandat sekiranya pemerintah yang

berkuasa bukan pemerintah yang baik.

Konsep Dao atau Tao

Konsep Dao atau Tao mempunyai banyak maksud. Sebelum kedatangan falsafah

Confucius, Dao diguna bagi menunjukkan suatu ‘jalan’ ataupun cara kelakuan atau tabiat

sama ada baik atau buruk. Selepas kedatangan Confucius, pengikut Daoisme menggunakan

konsep Dao dengan suatu maksud metafizik yang merujuk kepada keseluruhan alam

semesta. Daoisme ialah falsafah yang dihasilkan oleh Lao Tzu dalam bukunya berjudul The

Way and Virtue. Lao Tzu membicarakan kehidupan yang abstrak dan berhubung kait dengan

alam ghaib atau disebut sebagai metafizik. Semua makhluk akan kembali kepada Dao

akhirnya. menurut fahaman ini, Dao ialah punca pertama dan sudah wujud sebelum lain

wujud. Tien atau ‘Langit’ dan Di atau ‘Bumi’ juga berasal dan muncul dari Dao.

Confucius menempatkan kosep Dao sebagai satu konsep moral yang menganggap Dao

adalah suatu tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh individu. Dao menurut fahaman

Confucius merujuk kepada suatu corak atau jenis pentadbiran yang dapat menjamin

kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan cara yang paling baik. Jadi Dao ialah cara

hidup dan cara tindakan bagi seseorang individu dan juga bagi sesebuah kerajaan. Apabila

Dao merupakan tatatertib etika atau suatu set peraturan moral, maka Dao harus melibatkan

dua perkara. Pertamanya, proses memahami prinsip etika yang terlibat. Keduanya, ialah

proses melaksana atau mengaplikasikan prinsip tersebut dalam kehidupan seharian dan

dalam perjalanan pentadbiran kerajaan.

Page 5TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 6: Titas

Yin dan Yang

Di samping konsep Dao, kitab YiJing (The Book of Changes) pula menggunakan

konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate reality). Menurut

kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri (Taiji) menerusi perubahan Taiji, terhasillah

dua kuasa dwikutub (bipolar) Yin dan Yang. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa

dwikutub pula menghasilkan lima unsur (wuxing) yang menjadi asas kepada kewujudan

semua benda (material).

Maifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima unsur tersebut disifatkan sebagai proses

pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Ini disebabkan

kesemua fenomena tersebut akan berubah kepada kutub yang berlawanan apabila

mencapai peringkat kemuncak. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai

pergerakan Dao.

Konsep perpaduan antara Tian dengan Insan (tian-ren heyi)

Konsep perpaduan antara Tian dengan insan (tian-ren heyi) pula terbentuk berdasarkan

sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Oleh sebab

hubungan antara insan dan Tian yang begitu rapat maka segala kesalahan yang dilakukan

oleh kerajaan duniawi akan menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam

semula jadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran kepada kerajaan

berkenaan. Konsep yang menggabungkan aliran pemikiran Yin-Yang dengan falsafah

sosiopolitik Konfusianisme ini dikemukakan oleh Dong Zhongshu (179 SM-104 SM),

Seorang pujangga Konfusian pada zaman Dinasti Han. Konsep ini terus mempengaruhi

pemikiran orang Cina sehingga ke masa kini dalam proses perkembangan ketamadunannya.

Konsep Ren atau Jen dan Yi atau I

Ren ialah konsep asas dalam sistem etika masyarakat Cina. Ren merujuk kepada perasaan

‘kasih sayang’ dan merupakan ‘ekspresi jantung manusia’. Ren juga dirujuk kepada sifat

kemanusiaan yang dilakukan atas dasar simpati dan persahabatan antara manusia. Dengan

memahami Ren seseorang itu diyakini dapat mendisiplinkan dirinya untuk bertindak

mengikut norma sosial dan adat istiadat yang dianggap betul dan mulia dalam masyarakat.

Page 6TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 7: Titas

Intisari konsep Ren ini ialah zhong atau conscientiousness to other atau berusaha

bersungguh-sungguh bagi mencapai sesuatu danshu, iaitu mengawal perasaan dan keinginan

supaya tidak melakukan kepada orang lain sesuatu yang dia sendiri tidak mengingininya.

Konsep Ren ini dapat dilihat dalam kitabnya Great Learning atau Ta Hsueh! Beliau

menyatakan; “ Do not use what you dislike in your superiors in the employment of your

inferiors. Do not use what you dislike in your inferiors in the service of your superiors. Do

not use what you dislike in those who are before, to precede those who are behind, to follow

those who are before. Do not use what you dislike on left, to display towards the right. This

is called principle of applying a measuring square”.

Konsep Chung

Chung ialah doktrin kesederhanaan, atau doktrin pertengahan. Chung memperkatakan

berkenaan personaliti yang ideal dalam mazhab Konfusianisme. Chung juga merujuk kepada

sifat kebaikan, kesederhanaan, dan kebiasaan. Bagi menjadi seorang Chung, seseorang

bukan sahaja perlu berbudi bahasa dan bermurah hati bahkan dia dikehendaki

berpengetahuan, berkebolehan dan memiliki kebijaksanaan mengatasi sebarang masalah

yang dihadapi, dan sanggup melaksanakan tugas yang dibebankan. Dalam bidang moral,

konsep Chung perlu diaplikasikan kepada setiap emosi dan juga setiap nafsu. Chung pada

ketika itu dapat dicapai dengan cara memberi keputusan yang betul tanpa gangguan daripada

emosi.

Konsep Lima Hubungan

Konsep Lima Hubungan menggambarkan nilai etika dalaman yang perlu diperkukuhkan

sesama manusia bagi menjamin keseimbangan sosial. Konsep ini sentiasa diajarkan kepada

generasi muda atau anak-anak, dan hubungannya dengan sesama manusia. Lima Hubungan

Asas adalah seperti berikut:

(1)Antara adik-beradik.

(2)Antar bapa dan anak.

(3)Antara suami dan isteri.

(4)Antara kawan serta sahabat.

(5)Antara pemerintah serta rakyat.

Page 7TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 8: Titas

Hubungan tersebut merupakan hubungan dua hala yang memberi faedah kepada kedua-dua

belah pihak. Dalam jalinan hubungan bapa dengan anak, kedua-dua pihak perlu saling

mengasihani, bapa mengasuh anak, dan anak sebaliknya menumpahkan rasa hormat kepada

bapanya. Dalam hal ini, Confucius menekankan pentingnya ketaatan anak atau filial piety

(hsio) dengan memberi perumpamaan kepada prinsip ini, iaitu; “ When parents alive, serve

them according to the rules of propriety. When they die, bury them according to the rules of

propriety and sacrifice to them according to the rule of propriety”.

Bagi hubungan suami isteri, kedua-dua mereka saling menghormati dan bekerjasama

memikul tugas masing-masing;suami bertanggungjawab pada perkara di luar dan isteri

mengambil berat tugas di rumah. Untuk hubungan abang dan adik, abang perlu mengasihi

dan menjaga adik dan adik menghormati abang sebagai membalas budi baiknya. Manakala

hubungan yang lebih tinggi, iaitu antara raja dengan menteri, raja perlu memperlakukan

menteri bawahannya mengikut peradaban dan menteri membalasnya dengan kesetiaan.

Dalam hubungan mendatar antara kawan dengan kawan, kedua-dua pihak perlu menjalinkan

persahabatan dengan jujur dan saling membantu.

Pandangan semesta secara sinonim disebut juga sebagai sinonim pandangan alam atau

tasawwur. Secara literal istilah ini bermaksud memberi rupa atau gambaran atau lukisan

sesuatu perkara. Ia juga merupakan nama kepada hasil renungan dan tilikan akal. Professor

Syed Naquib Al-Attas berpandangan bahawa pandangan semesta Islam merupakan

pandangan Islam terhadap sesuatu perkara yang wujud sama ada kewujudannya secara nyata

dan jelas atau kewujudan secara ghaib iaitu sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh

pancaindera manusia secara kebiasaannya. Pandangan semesta amat perlu dan penting bagi

setiap tamadun. Ini kerana pandangan semestalah yang akan menentukan halatuju dan

matlamat sesuatu tamadun. Dalam erti kata lain, pandangan semesta merupakan kerangka

bagi pembentukan sesuatu tamadun. Pentingnya pandangan semsta dapat dilihat dalam usaha

pembentukan masyarakat Madinah oleh Rasulullah S.A.W.

Page 8TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 9: Titas

AGAMA DAN FALSAFAH DALAM TAMADUN CHINA

● Konfusianisme

Merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-aspek falsafah, keagamaan dan

sisiopolitik. Berasal dari tulisan-tulisan klasik. Pengajaran utama menekankan pengamalan

nilai dan sifat moral yang mulia ( perikemanusiaan – ren, kesusilaan – li, ketaatan ibu bapa –

xiao )

● Buddhisme China

Diasaskan oleh siddharta Gautama Buddha ( 563 SM – 483 SM ) di india dan kemudiannya

disebarkan ke China, agama ini menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga dikenali sebagai

Buddhisme China. Asas pengajaran tetap kekal iaitu penderitaan adalah berpunca daripada

hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia.

● Daoisme

Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina : Lao Zi ( 604 SM ) dan Zhuang Zhi ( 369 SM

). Terbahagi kepada dua cabang utama iaitu 1. Pemikiran Masalah Dao 2. Aliran Keagamaan

Dao. Dao merupakan jalan yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan

yang tidak dilahirkan dan tidak dapat dinyatakan.

● Moisme

Diasaskan oleh Mo Zi ( 479 SM – 381 SM ). Konsep penting termasuk :

I. Kasih sayang sejagat ( jian’ai )

II. Menyerah kepada nasib ( feiming )

III. Mengecam sikap suka berperang ( feigong )

IV. Mengutamakan golongan cerdik pandai ( shangxian )

● Legalisme

Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi. Mengutamakan pemikiran

sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya, menyarankan

Page 9TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 10: Titas

pemerintahan berasaskan undang-undang. Aliran ini mengasaskan pembentukan kerajaan

pusat autokrasi mutlak di Negara China.

● Islam

Dibawa masuk dan diperkenalkan ke Negara China melalui dua saluran jalan pada kurun

ke-8:

I. Melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China.

II. Melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan jalan sutera melalui kawasan Parsi

dan Afghanistan.

Kesan pengaruh Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui

reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca Al-Quran dan tanah-tanah perkuburan di

seluruh Negara China.

Page 10TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 11: Titas

SISTEM PEMERINTAHAN DAN SISTEM POLITIK CHINA

Sistem Beraja Tamadun China

Semenjak awal tamadun, China telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja

mutlak secara monarki. Dinasti Shang dan Chou. Raja berfungsi sebagai ketua agama dan

angkatan tentera dan mengamalkan sistem feudal. Zaman maharaja yang paling gemilang

ialah ketika dinasti Chin ( Shih Huang Ti ) baginda telah menghapuskan sistem feudal

dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah ( 36 buah ) yang dikuasai oleh gabenor.

Undang undang Dinasti Chin diperkenalkan oleh Han Fei Tsu yang merupakan ahli

falsafah.

Semasa China diperintah oleh Dinasti Han ( 206SM – 220 SM ) Sistem

Peperiksaan Awam bagi pelantikan pegawai-pegawai kerajaan diamalkan. Pengasas

dinasti Han iaitu Liu Pang telah memperkenalkan satu Hukum Kanun yang menekankan

bahawa hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan

dan hukuman mencuri ialah dibayar denda sebanyak yang dicuri.

Sistem Politik China

Doktrin sistem politik China secara umumnya banyak dipengaruhi aliran falsafah

legalisme dan konfusianisme yang dapat dihuraikan melalui ciri-ciri berikut :

Falsafah Legalisme yang bersifat autoritarianism menekankan kepentingan undang-

undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam

masyarakat. Manakala aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea dan berpandukan

etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik.

Falsafah ini memberikan keutamaan kepada manusia dan kehidupan sisialnya. Oleh itu

falsafah ini mengabaikan aspek-aspek yang bersifat kerohanian dan kehidupan selepas

mati. Ia mengunjurkan supaya manusia belajar mengatur diri mereka dengan baik melalui

prinsip moral

Page 11TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 12: Titas

Konsep Pemusatan Kuasa

Ia merupakan ciri unik dalam sistem pemerintahan China dimana Maharaja

mempunyai kawalan penuh terhadap urusan pentadbiran negara. Penjelasan mengenai

falsafah pemusatan kuasa boleh dilihat melalui kenyataan-kenyataan berikut :

Aliran legalisme ini menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan

seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. Dengan itu masyarakat yang

ideal akan lahir jika petani dan tentera dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Sebagai

contoh Maharaja Shih Huang Ti darpada dinasti Chin telah berjaya menyatukan seluruh

wilayah China di bawah pentadbirannya.

Manakala dalam aliran Confusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan

adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan. Justeru itu moral dan

etika yang baik amat penting dianuti oleh setiap pemerintah. Sekiranya nilai-nilai ini

dapat dipupuk pemerintah akan beroleh sokongan rakyat sebagai balasan kepada

kebaikan pemerintahannya. Dengan itu aliran ini menganjurkan pembentukan negara

mesti bercorak paternalistik. Menurut Confucius pemerintah hendaklah

bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan rakyat. Manakala institusi keluarga

pula merupakan model terbaik untuk diikuti.

Institusi Keluarga Masyarakat Cina

Terdapat persetujuan ramai dikalangan cendekiawan bahawa tamadun Cina

berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul

dan memainkan peranan dalam alam semesta. Banyak sifat khas tamadun china dan nilai-

nilainya yang akan dinyatakan di bawah adalah hasil daripada humanisme antaranya

transendensi dalaman, sifat sekular, moralisme sebagai ideologi, personalisme, hubungan

manusia dengan alam semesta, institusi keluarga dan pendidikan diberi keutamaan serta

keharmonian merupakan nilai utama.

Humanisme menyebabkan cara hidup orang cina bersifat sekular iaitu

memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Teokrasi tidak pernah dijadikan

agenda atau pernah muncul sepanjang sejarah China. Sebaliknya sistem politik dan

pemerintahan, sistem pendidikan dan institusi-institusi yang lain dipisahkan daripada

agama. Namun begitu, ini tidak bererti orang Cina tidak ada rasa takut kepada Maha

Page 12TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 13: Titas

Agung atau Tian. Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu diantara Tian dengan Di

( Langit dan Bumi ). Manusia dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam

alam semesta. Manusia harus sentiasa menjalin hubungan yang harmoni dengan alam

semesta supaya tercapai kesatuan antar kedua-duanya.

Keharmonian dititikberatkandalam sebarang bentuk hubungan sama ada

hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan kelompok keluarga,

komuniti atau institusi antara kelompok dan juga antara manusia dengan alam semesta.

Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan

moralisme.

Sumbangan Tamadun China dalam pelbagai bidang keperluan manusia

Kepelbagaian Genre Sastera Cina Klasik

Puisi

Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk shijing ( Puisi Klasik ). Puisi-puisi

dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi

contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing

bersama empat klasik lain iaitu Yijing ( Klasik Perubahan ), Shujing ( Klasik Sejarah ),

Liji ( Rekod Ritual ) dan Chun Qiu ( Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh ), dikenali

sebagai Wujing ( Lima Klasik ) dan sejak kurun ke 2 SM ianya sangat dihormati oleh

Sarjana-sarjana Cina.Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan

dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringai oleh tarian.

Chu ci ( Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili

antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan sungai Yangzi. Puisi-puisi

yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza

daripada shijing, misalnya baris-baris lebih panjang dan kurang tetapi menyebabkan

puisinya lebih sesuai dideklamasikan.

Page 13TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 14: Titas

Prosa

Prosa klasik, atau dikenali sebagai guwen adalah dominan dalam sastera Cina

klasik. Ia menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular atau haihuawen

yang ditulis dalam bahasa pertuturan ( percakapan )

Drama

Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera

berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman

Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Drama jenis

lain yang harus diperkenalkan ialah chuanqi. Chuanqi yang berkembang semasa zaju

lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan

( babak ) dan lebih fleksibel dari segi muzik dan nyanyian, Selain Chuanqi, Kunqu juga

amat menarik. Bentuk drama ini berdominan sejak kurun ke-16 sehingga ke-18 dan

merupakan kegemaran golongan pujangga kerana gaya nyanyiannya halus dan muziknya

bergaya.

Fiksyen

Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil

dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau

prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan

sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik.

Page 14TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 15: Titas

Kesenian Cina

Kaligrafi

Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurniaan dan

kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana usaha

menghasilkan kaligrafi, untuk membuat menikmati seni ini juga memerlukan kualiti

seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding

dengan seni lukisan, contoh kaligrafi tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama,

salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku

untuk ditiru oleh para pelajar.

Seni Lukis

Lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama,

xieyi ( bebas tangan/freehand brushwork ) dan kedua, gonghi ( menggunakan garis halus

dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir ). Xieyi merupakan pendekatan

asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitik beratkan sentimen dan mengabaikan

realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting.

Seni Pembinaan

Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting

kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan

keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang –kadang benteng tanah dibina

mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya

mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki

dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu

merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih

tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada

waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Diatas pintu terdapat

menara yang tingginya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh parit

penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga

Page 15TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 16: Titas

di dunia ialah Tembok Besar China . Tembok ini juga dibina bukan sahaja mengelilingi

kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.

Sains dan Teknologi Cina

Bidang Astronomi

Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou ( kurun ke-11 sehingga ke-38 SM ),

orang cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang

gerhana dan komet, Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan

astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan

sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem

yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.

Bidang Matematik

Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik.

Penggunaan sempoa ( abacus ) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya

ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa

yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong Jiuzhang

suanshu ( sembilan bab matematik ) oleh Zhang Cang ( Kurun ke-2 SM ). Di dalam buku

ini juga terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga

mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam

bidang matematik ini kekal digunakan sehingga kini.

Bidang Perubatan

Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin

dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa

keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi

kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang

seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal

dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima

elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan

Page 16TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 17: Titas

organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu

yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru

mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat

tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang

pesakit.Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing ( saluran ) dan luo ( kolateral ) yang

merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion ( membakar

daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah

berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi ( tenaga dinamik ) beredar.

Apabila yang atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan

menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan

asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Akupuntur dan

moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan

luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang

telah disteril, yang panjangnya antara 3 hingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu bawah kulit.

Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan

luo supaya gangguan perederan darah atau qi dapat dibetulkan. Pengalaman akupuntur

telah bermula sejak 2,500 SM atau lebih awal.

Bidang Optik

Dalam bidang optik, saintis Cina telah memberi perhatian kepada penyongsangan

( inversion ) imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum ( pin hole kamera ), dan

begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung. Mereka juga memahami

prinsip fokus.

Bidang Kimia

Ahli kimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat

manusia hidup selama-lamanya telah menghasilkan “ cecair kehidupan “ ( elixir of life ).

cecair ini mengandungi bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan

tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli kimia sedar akan sifat ini. Dalam

bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan

utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli

Page 17TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 18: Titas

kimia cina dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun telah

menyebabkan ciptaan lain yang berguna.

Teknologi Cina

4 Penciptaan Agung

Antara pencapaian teknologi cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh

dari segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat

penciptaan agung iaitu membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya

menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini

kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia barat melalui Jalan Sutera Lama

dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

Teknologi teknik pencetakan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan

dinasti Tang ( 618-906 ). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud

sehingga kini ialah fingangjing ( Kitab Sutera Berlian ) VERSI Cina yang bertarikh 11

Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini

dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan

bergerak. Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak dan mula

menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal

daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.

Bahan Letupan pula telah dicipta oleh ahli kimia Daois yang menemui formulanya dalam

ujikaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang cina

sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api.Bahan letupan mulai

digunakan dalam bidang ketenteraan pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang ( 618-906 ).

Ilmu letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan

seterusnya. Dari situ ia diperkenalkan ke Eropah. Kompas juga merupakan salah satu dari

empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna

kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han ( 206SM-220SM ) sifat-

sifat magnet sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6,

orang Cina sudahpun menemui pengetahuan tentang segala kemagnetan aruhan dan

Page 18TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 19: Titas

menjelang kurun ke-8 dan ke-9 ilmu pengherotan ( declination) dan juga kekutuban

magnet ( polarity ) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, Orang Cina telah

menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal

Page 19TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 20: Titas

Penutup

Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya. Perkembangan

tamadun Cina sehingga ke dunia Barat menunjukkan tamadun cina berupaya bersaing

dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun Cina telah memberi pandangan baru kepada

tamadun lain. Pegangan konfusianisme telah memberi idea kepada sesebuah negara agar

beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan. Konsep konfusianisme yang

mementingkan humanisme, humanitaarianisme, intelektualisme dan rasionalisme adalah

bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia.

Kebolehan tamadun Cina dalam teknologi dengan menyumbangkan empat ciptaan

agung kepada dunia menunjukkan tamadun Cina telah awal lebih maju berbanding

dengan tamadun lain. Walaupun pada zaman pemerintahan Yong Zheng (1723-1735),

dasar pengasingan telah diperkenalkan, ini tidak memundurkan masyarakat cina. Namun

sedikit sebanyak memberi impak kepada kemajuan secara global. Kebangkitan para

intelektual Cina setelah China kalah beberapa kali dalam peperangan telah memberi

kesan positif kepada pembangunan China.

Revolusi Gerakan Kebudayaan Baru yang dilancarkan oleh para intelektual Cina

telah menyedarkan kerajaan China bahawa pembaharuan perlu dilakukan untuk

memajukan tamadunnya sendiri. Pegangan kosnfusianisme semakin terhakis apabila

ramai rakyat China diberi pendidikan sekularisme Barat

Page 20TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Page 21: Titas

RUJUKAN

1. http://titas-hty.blogspot.com/2012/04/pandangan-semesta-tamadun-china.html

2.

3. http://www.slideshare.net/jaxy_jy/kuliah-9-tamadun-cina

4. http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/tamadun-islam-dan-tamadun-

asia_4822.html

5. http://titasgroup10.blogspot.com/2013/04/pandangan-semesta-tamadun-

china.html

6. http://notapismp.wordpress.com/category/titas/

7. http://econ3.upm.edu.my/kelasmaya/sumberkursus/UPE00057/

SKP2203%20EX/5%20Tamadun%20Cina.ppt.

8. http://drsuhaila.com/nota-ringkas-titas/

9. http://sitifarahidayu.blogspot.com/2011/01/tamadun-islam.html

10. http://s4g09jeooi-ppc.blogs.smjk.edu.my/tamadun-china-118-3/

11. http://www.scribd.com/doc/27642508/Agama-Dan-Kepercayaan-Masyarakat-

Cina

12. http://titas-tamaduncina.blogspot.com/2013/04/pandangan-semesta-tamadun-china.html

Page 21TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA