titas

10
1.0 Ulasan Kritis Buku yang saya kaji untuk membuat ulasan kritis adalah bertajuk Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang dikarang oleh Mohd Razimi Husin pada tahun 2013. Bahagian yang saya pilih untuk membuat ulasan kritis ialah “Bab 4 Islam dan Tamadun Melayu” dari muka surat 70 hingga 92. Saya juga memilih sebuah buku lain untuk dibanding beza dengan buku tersebut. Buku yang telah saya pilih adalah bertajuk Buku teks: Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Kedua yang dikarang oleh Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah dan Azhar Mad Aros pada tahun 2012. Bahagian dalam buku ini yang dipilih untuk dibanding beza ialah “Bab 3 Tamadun Melayu: Teras Tamadun Malaysia”. Ulasan kritik yang saya buat akan menfokuskan kepada kandungan, kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan pada kandungan. 1.1 Bandinagn Kandungan Buku Pertama Buku Kedua Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) (buku yang saya membuat ulasan kritis) Buku teks: Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Kedua (buku yang saya banding) Hasil Pembelajara n 1. Menjelaskan teori kedatangan Islam ke Alam Melayu. 2. Menganalisis peranan Islam dalam pembinaan tamadun Malaysia. 3. Menganalisis kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun-tamadun Melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial. 4. Menghuraikan peranan Islam dalam pembinaan tamadun Malaysia. 1. Menghuraikan tiga teori kedatangan Islam ke Alam Melayu. 2. Menjelaskan pengaruh Islam dala bidang akidah, politik, sosial, undang-undang, ekonomi, kesenian, bahasa dan sastera serta pendidikan di Alam Melayu. 3. Menganalisis peranan tamadun Melayu dalam pembinaan tamadun Malaysia. Pengenalan 1. Panjang 2. Mengenai latar belakang agama Islam dan tamadun 1. Pendek 2. Mengenai isi dan maklumat yang akan dipelajari.

Upload: wee-dong-lau

Post on 12-Jan-2016

62 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: Titas

1.0 Ulasan Kritis

Buku yang saya kaji untuk membuat ulasan kritis adalah bertajuk Tamadun Islam

dan Tamadun Asia (TITAS) yang dikarang oleh Mohd Razimi Husin pada tahun 2013.

Bahagian yang saya pilih untuk membuat ulasan kritis ialah “Bab 4 Islam dan Tamadun

Melayu” dari muka surat 70 hingga 92. Saya juga memilih sebuah buku lain untuk dibanding

beza dengan buku tersebut. Buku yang telah saya pilih adalah bertajuk Buku teks:

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Kedua yang dikarang oleh Ahmad Zaki

Abd. Latiff, Azam Hamzah dan Azhar Mad Aros pada tahun 2012. Bahagian dalam buku ini

yang dipilih untuk dibanding beza ialah “Bab 3 Tamadun Melayu: Teras Tamadun

Malaysia”. Ulasan kritik yang saya buat akan menfokuskan kepada kandungan, kekuatan,

kelemahan dan cadangan penambahbaikan pada kandungan.

1.1 Bandinagn Kandungan

Buku Pertama Buku Kedua

Tamadun Islam dan Tamadun

Asia (TITAS)

(buku yang saya membuat

ulasan kritis)

Buku teks: Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS) Edisi

Kedua

(buku yang saya banding)

Hasil

Pembelajara

n

1. Menjelaskan teori kedatangan

Islam ke Alam Melayu.

2. Menganalisis peranan Islam

dalam pembinaan tamadun

Malaysia.

3. Menganalisis kesan dan

pengaruh Islam dalam

tamadun-tamadun Melayu dari

aspek politik, ekonomi dan

sosial.

4. Menghuraikan peranan Islam

dalam pembinaan tamadun

Malaysia.

1. Menghuraikan tiga teori

kedatangan Islam ke Alam

Melayu.

2. Menjelaskan pengaruh Islam

dala bidang akidah, politik,

sosial, undang-undang,

ekonomi, kesenian, bahasa dan

sastera serta pendidikan di

Alam Melayu.

3. Menganalisis peranan tamadun

Melayu dalam pembinaan

tamadun Malaysia.

Pengenalan 1. Panjang

2. Mengenai latar belakang

agama Islam dan tamadun

Melayu

1. Pendek

2. Mengenai isi dan maklumat

yang akan dipelajari.

Kandungan 1. Teori Kedatangan Islam 1. Bukti Kewujudan Manusia di

Page 2: Titas

Teori Kedatangan Islam

dari Arab

Teori Kedatangan Islam

dari China

Teori Kedatangan Islam

dari India

Faktor yang menjadi

pemangkin Islamisasi di

Alam Melayu

2. Peranan Islam dalam

pembinaan Tamadun

Malaysia

3. Kesan dan pengaruh Islam

dalam Tamadun Melayu

Politik

Ekonomi

Sosial

Pendidikan

Bahasa dan kesusasteraan

Perundangan

Alam Melayu Zaman Paleolitik

2. Istilah Melayu, Alam Melayu

dan Tamadun Melayu

3. Islam dalam Tamadun Melayu

Teori Kedatangan Islam

India

China dan Champa

Arab

Kesan dan pengaruh Islam

dalam Tamadun Melayu

Akidah

Politik / kerajaan

Sosial

Undang-undang

Ekonomi

Kesenian

Bahasa dan sastera

Pendidikan dan ilmu

syariah

4. Sejarah Pencapaian Tamadun

Melayu

5. Peranan Tamadun Melayu

dalam Pembinaan Tamadun

Malaysia

Rumusan 1. Pendek

2. Merumus dalam satu

perenggan pendek bagi

maklumat dan isi dalam bab

ini.

1. Sederhana

2. Merumus dalam bentuk butiran

tentang kesan kedatangan

Islam terhadap Tanah Melayu.

Latihan 1. Bilangan soalan sederhana

2. Terdapat soalan objektif,

subjektif dan esei

1. Sikit soalan

2. Hanya dua soalan esei

Jadual 1: Perbandingan kandungan antara buku yang dibuat ulasan dan buku

yang dibandingkan

Page 3: Titas

Kedua-dua buku ini telah memperkenalkan hasil pembelajaran pada muka surat

pertama bagi setiap bab untuk memberi panduan kepada pembaca tentang isi-isi yang akan

dipelajari dalam bab tersebut. Pada akhir bab ini, pembaca juga boleh menguji penguasaan

diri terhadap isi dalam bab ini berdasarkan hasil pembelajaran.

Pengenalan bagi buku pertama yang dibuat ulasan telah ditulis dalam bentuk

perenggan yang terlalu panjang. Namun begitu, ia telah menerangkani kepentingan dan latar

belakang bagi agama Islam dan tamadun Melayu. Bagi buku kedua yang dibanding pula,

pengenalannya terlalu pendek dan hanya menyenaraikan tajuk isi yang akan dipelajari dalam

bab ini. Sebenarnya, pengenalan buku yang baik haruslah tidak terlalu panjang, di mana perlu

merangkumi isi yang akan dipelajari dan latar belakang mengenai bab tersebut.

Bagi kandungan bab yang dibanding, kedua-dua buku ini telah menitikberakkan teori

kedatangan Islam serta kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu. Dalam tajuk teori

kedatangan Islam, kedua-dua buku yang dikaji telah menghuraikan isi melalui tiga segi,iaitu

dari Arab, China dan India. Namun begitu, isi-isinya mempunyai sedikit perbezaan. Sebagai

contoh, teori kedatangan Islam dari China dalam buku pertama yang dikemukakan oleh

Profesor S.Q. Fatimi ialah pepindahan beramai-ramai orang Islam dari Canton pada tahun 876

akibat pemberontakan yang berlaku. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, selepas

pemberontakan itu, orang Islam ke Kedah dan Palembang. Dalam isi buku pertama ini,

pengarang hanya menyatakan perpindahan orang Islam akibat pemberontakan dan tidak

menerangkan bagaimana pemberontakan tersebut berlaku. Hal ini telah dijelaskan dalam buku

kedua yang dibanding. Pemberontakan besar yang tercetus di Canon dikaitkan dengan rasa

tidak senang hati dengan kemajuan ekonomi yang dicapai oleh orang Islam di China.

Akibatnya seramai 100,000 orang asing terbunuh dan sebahagian besarnya ialah orang Arab.

Keadaan ini telah mendorong orang Arab-Islam yang berada di Canton mencari perlindungan

di Nusantara di samping memperkenalkan Islam. Oleh itu, adalah lebih baik jika buku pertama

boleh menerangkan peristiwa sejarah dengan lebih terperinci.

Bagi tajuk yang sama, buku pertama telah mempunyai satu isi lebihan bertajuk “faktor

yang menjadi pemangkin Islamisasi di Alam Melayu” yang tidak terdapat dalam buku kedua. Isi

lebihan ini telah menerangkan faktor-faktor seperti keunggulan dan kemurniaan Islam,

pengislaman raja-raja atau pemerintah, perkahwinan antara perdagang dengan penduduk

tempatan, melalui hubungan diplomatik, politik dan penaklukan, konsep taat kepada

pemerintah/raja dan melalui kegiatan perdagangan.

Tambahan pula, buku pertama juga mengandungi satu lagi tajuk istimewa yang juga

tidak dapat dalam buku kedua, iaitu tajuk “peranan Islam dalam pembinaan Tamadun

Malaysia” yang menerangkan pengaruhan Islam dalam perkembangan tamadun Melayu,

termasuklah menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca dan agama Islam sebagai

anutan majoriti penduduk di wilayah Melayu. Kandungan ini telah menjadi satu kekuatan bagi

Page 4: Titas

buku pertama. Pada pendapat saya, kandungan tersebut adalah penting dan harus

dimasukkan dalam buku kedua yang dibanding supaya mudah dirujuk oleh pembaca.

Seterusnya adalah berkenaan dengan tajuk “kesan dan pengaruh Islam dalam

tamadun Melayu” yang terdapat dalam kedua-dua buku yang dikaji. Buku pertama telah

menceritakan kesan dan pengaruh Islam dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan,

bahasa dan kesusasteraan dan perundangan, manakala kandungan yang difokuskan dalam

buku kedua adalah seperti buku pertama tetapi kandungannya lebih banyak, iaitu terdapat

penerangan tentang kesan Islam dari segi akibah dan kesenian terhadap tamadun Melayu.

Perkara ini merupakan kelemahan bagi kandungan buku pertama dalam tajuk tersebut.

Bagi rumusan pula, buku pertama telah merumuskan maklumat dan isi dalam bab ini

dalam satu perenggan pendek, manakala rumusan bagi buku kedua dibuatkan dalam bentuk

butiran yang lebih panjang daripada rumusan buku pertama tentang kesan kedatangan Islam

terhadap Tanah Melayu.

Dalam bahagian latihan yang terdapat pada hujung setiap bab, buku pertama telah

menyediakan soalan dalam tiga bahagian, iaitu soalan objektif, soalan subjektif dan soalan

esei. Bagi buku kedua pula hanya mempunyai dua soalan esei. Latihan ini dapat meguji

kefahaman pembaca tentang isi kandungan dalam bab tersebut selepas mempelajarinya.

1.2 Kekuatan buku pertama yang dibuat ulasan kritis

Daripada perbandingan kandungan di atas, kekuatan yang terdapat dalam buku

pertama ialah pengenalannya yang lebih lengkap dengan merangkumi isi yang akan

dipelajari dan latar belakang mengenai bab tersebut.

Kekuatan buku pertama dalam kandungannya pula termasuklah mempunyai isi

lebihan dalam tajuk yang sama dengan buku kedua yang telah ditunjukkan di ulasan atas.

Buku pertama juga mengandungi tajuk istimewa yang penting dalam bab tersebut supaya

pembaca dapat mengetahui lebih mendalam terhadap bab ini.

Selain itu, penggunaan bahasa dan perkataan dalam buku pertama adalah lebih

ringkas dan mudah difahami berbanding dengan buku kedua. Hal ini dapat mempengaruhi

minat pembaca untuk meneruskan pembacaannya kerana jika penggunakan bahasa atau

ayat yang panjang dalam suatu buku yang sukar difahami, pembaca akan berasa bosan

kerana perlu berfikir lagi tentang maksud ayat yang dibaca dan malas untuk meneruskan

pembacaannya.

Buku pertama juga mempunyai kekuatan dalam penyediaan latihan tentang bab

tersebut. Soalan telah disediakan dalam bentuk objektif, subjektif dan esei serta

merangkumi semua hasil pembelajaran badi bab tersebut. Jadi, latihan ini dapat banyak

membantu pembaca untuk meguji kefahaman diri di samping mengukuhkan ingatan tentang

isi kandungan dalam bab tersebut selepas mempelajarinya.

Page 5: Titas

Tambahan pula, buku pertama mempunyai satu kotak kecil yang menyatakan nota

ringkasan kepada kandungan tersebut. Hal ini akan membantu pembaca memahami

kandungan tertentu dengan cara yang mudah. Ini juga dapat membantu pembaca boleh

mengetahui isi yang penting berdasarkan topik tersebut. Pembaca boleh terus membaca

kotak-kotak tersebut untuk membuat ingatan sebelum peperiksaan. Terdapat juga ruang-

ruang kosong disekeliling kotak kecil tersebut yang membolehkan pembaca membuat

nota ringkas sendiri untuk senang diulangkaji.

Contoh Kekuatan

Wilayah Alam Melayu ditandai oleh bahasa

Melayu sebagai lingua franca dan Islam

sebagai agama majoriti penduduknya.

Menunjukkan kesan dan pengaruh Islam yang

utama dalam tamadun Melayu

Alam Melayu juga dikenali sebagai

Nusantara, Tanah Jawi dan Gugusan

Kepulauan Melayu

Mengingatkan pembaca tentang nama-nama

lain yang unik bagi Alam Melayu .

Jadual 2: Contoh ayat dalam kotak kecil dalam buku pertama Tamadun Islam

dan Tamadun Asia (TITAS)

Selain itu, fakta yang tepat dan betul juga merupakan salah satu kekuatan kepada

buku ini. Ini dapat menjelaskan apa-apa yang benar berlaku dalam sejarah kita dan dapat

memberi konsep kepada pembaca tentang mereka perlu melindungi dan mempertahankan

negara kita dari sekarang. Sekiranya buku ini menunjukkan fakta yang tidak tepat dan hal ini

akan menurunkan imej negara kita kerana pembaca akan menyebarkan fakta yang salah

kepada orang lain.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

(buku yang saya membuat ulasan kritis)

Buku teks: Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS) Edisi Kedua

(buku yang saya banding)

Kedatangan Islam mengangkat martabat bahasa

Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang

bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai

taraf lingua franca yang digunakan secara

meluas di Alam Melayu.

Kedatangan Islam telah membaea

perubahan besar kepada bahasa Melayu

dengan menjadikannya sebagai bahasa

lingua franca di Alam Melayu.

Jadual 3: Persamaan fakta antara buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

dengan Buku teks: Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi Kedua

Page 6: Titas

1.3 Kelemahan buku pertama yang dibuat ulasan kritis

Antara kelemahan buku pertama ialah pengenalannya terlalu panjang walaupun

maklumatnya lengkap. Pengenalan yang panjang akan membosankan pembaca dan sukar

untuk menarik perhatian pembaca.

Selain itu, kandungan dalam buku pertama adalah sekadar ilmu pengetahuan asas

sahaja dan tidak terperinci seperti buku kedua yang dibanding. Sebagai contoh, dalam

teori kedatangan Islam dari China, pengarang tidak menceritakan sebab berlakunya

pemberontakan besar di Canton yang menyebabkan pepindahan beramai-ramai orang Islam

dari Canton ke Nusantara. Hal ini menyebabkan pembaca susah mengukuhkan ingatan

kerana tidak memahami proses secara menyeluruh.

Dari segi persembahan isi dalam buku pertama, semua isi telah dipersembahkan

dalam bentuk perenggan yang panjang dan tidak menghitamkan isi yang penting. Hal

ini menyebabkan buku dipenuhi dengan perkataan dan membosankan. Jika mempunyai isi

yang dihitamkan, pembaca akan lebih berminat dan lebih mudah menguasai isi-isi penting

dalam bab tersebut.

Selain itu, bilangan pengurusan grafik, gambar rajah dan gambar-gambar yang

dimasukkan dalam buku pertama adalah sangat kurang. Pengurusan grafik dan gambar

rajah dapat memudahkan pembaca untuk memahami sesuatu struktur konsep yang diajar.

Gambar pula boleh menarik minat pembaca untuk meneruskan membaca dan juga boleh

membantu pembaca untuk mengingati peristiwa berlaku.

Rumusan bagi buku pertama terlalu pendek dengan hanya merumuskan maklumat

dan isi dalam bab tersebut sahaja. Rumusan tersebut tidak dapat memberi iktibar kepada

pembaca selepas habis membaca bab tersebut.

1.4 Penambahbaikan

Pengenalan haruslah tidak terlalu panjang, di mana hanya merangkumi isi-isi penting

dan latar belakang mengenai bab tersebut sahaja supaya pembaca dapat mengetahui isi

keseluruhan bab tersebut secara pantas dengan hanya membaca pengenalan.

Pengarang boleh menceritakan sesuatu peristiwa dengan terperinci melalui faktor

dan kesan peristiwa tersebut supaya pembaca dapat memahami sesuatu peristiwa sejarah

dengan lebih mendalam dan seterusnya menghayati jasa-jasa tokoh yang lalu.

Pengarang juga perlu merujuk beberapa buku dahulu sebelum bermula menulis

buku. Pengarang perlu mengambil konsep dan isi yang baik daripada buku lain supaya

dapat menghasilkan sebuah buku yang merangkumi banyak maklumat yang terperinci.

Sekiranya pengarang merujuk beberapa buku sebelum menulis, mungkin akan memberi

Page 7: Titas

idea yang baru kepadanya dan akhirnya boleh menghasilkan sebuah buku yang terbaik dan

berisi.

Pengarang boleh menggunakan cara persembahan yang melibatkan kedua-dua

bentuk perenggan dan butiran. Pengarang juga boleh menghitamkan isi-isi yang penting

seperti sebab, kesan dan sebagainya agar memudahkan pembaca untuk mengingati isi-isi

penting.

Pengarang boleh meletakkan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan isi-isi

penting atau contoh-contoh. Pegurusan grafik juga boleh dibuat untuk memberi gambaran

keseluruhan tentang isi-isi penting yang difokuskan kepada pembaca sama ada dipermulaan

setiap tajuk atau di bahagian rumusan. Cara ini akan lebih menarik dan lebih senang

difahami tentang skop keseluruhan bagi bab tersebut.

2.0 Penulisan Akademik

Isu : Interaktif Positif Tamadun China dengan Tamadun Melayu mewujudkan kepelbagaian

etnik seperti Baba-Nyonya dalam kaum Melayu berdasarkan perkahwinan antara orang Cina

dan orang Melayu. (m/s 57)

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi

penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti negara China dan Siam. Hubungan

diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara,

lawatan Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim ke Melaka. Bagi mengeratkan

hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya

Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Melaka, Sultan Mansur

Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih

Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di

Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Bukit Cina, hadiah daripada

sultan, ditetapkan sebagai penempatan mereka. Salah satu kesan kebudayaan yang

berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil

daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum

Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini. Mereka telah

diasimilasikan ke dalam masyarakat dan budaya Melayu sehingga identiti budaya mereka

banyak yang telah hilang dan digantikan dengan unsur-unsur budaya Melayu.

Bukti petempatan ini masih wujud hingga ke hari ini di Melaka. Terdapat kuburan

kuno (lama) di atas Bukit Cina, Perigi Puteri Hang Li Po, Kuil 'San Pao Kung' atau 'Sam Po

Bo' iaitu gelaran kehormat kepada Cheng Ho, serta ukiran patung Laksamana Cheng Ho.

Sehingga sekarang orang Cina masih berusaha untuk melindungkan Bukit Cina kerana

Bukit Cina merupakan salah satu simbol yang mewakilkan kebudayaan Cina. Melalui

permintaan dan permohonan rakyat, pihak kerajaan berjanji bahawa mereka tidak akan

Page 8: Titas

menyamakan kedudukan Bukit Cina dan juga bersetuju meletakkan Bukit Cina sebagai

kawasan bersejarah.

Baba-Nyonya merupakan golongan keturunan Cina yang unik kedudukannya yang

terdapat di negeri-negeri Selat khususnya di negeri Melaka. Selain Melaka, kedudukan

mereka juga berselerakan terutama sekali di negeri-negeri Selat bekas Jajahan British, iaitu

di Pulau Pinang dan Singapura. Mereka juga dikenali sebagai Cina Peranakan atau "Straits

Chinese". Nama mereka dikenali dengan permulaan sebagai `Baba' bagi kaum lelaki

(misalnya Baba Kim Teck), dan `Nyonya' bagi kaum wanita (misalnya Nyonya Che Pon).

Mereka juga `amat fasih' bertutur dalam bahasa Melayu dialek Baba dan Nyonya sebagai

bahasa pertama, dan mengamalkan serba sedikit cara hidup orang-orang Melayu. 

Kini, masyarakat Baba-Nyonya menjadi kumpulan minoriti dalam negara. Malah,

ramai daripada mereka terutamanya keturunan muda yang telah berhijrah ke negeri-negeri

lain ataupun berkahwin dengan orang-orang Melayu atau Cina dan memeluk agama Islam

atau Buddha. Hal ini telah menyebabkan bilangan masyarakat Baba-Nyonya di Malaysia

semakin berkurang. Secara tidak langsungnya, kita akan lebih sukar untuk menemui Baba-

Nyonya pada masa kini. Hal ini juga bermaksud budaya Baba-Nyonya juga semakin sukar

ditemui.

Walaubagaimanapun, kerajaan negeri Melaka masih mengekalkan petempatan

tradisional mereka sebagai warisan budaya yang tidak ternilai harganya. Petempatan

tradisional mereka masih dipelihara oleh kerajaan dan dijadikan muzium atau pusat-pusat

pelancongan di negeri Melaka seperti Baba Nyonya Heritage Museum. Petempatan

tradisional mereka dipelihara utuh di sekitar Bandar Hilir dan kawasan Tengkera. Pelancong

berpeluang untuk menatap rumah-rumah tradisional Baba-Nyonya yang masih dikekalkan

dalam bentuk asal dengan seni bina, rekaan dan hiasan dalamannya yang menarik serta

begitu unik sekali. Bukan itu sahaja, terdapat juga muzium Baba-Nyonya di Pulau Pinang

iaitu Pinang Peranakan Museum. Usaha ini bukan sahaja dapat memelihara warisan budaya

masyarakat Baba-Nyonya, tetapi juga dapat mengembangkan industri perlancongan

Malaysia dengan kedatangan pelancong-pelancong dari luar negara yang tertarik dengan

budaya yang istimewa ini yang terdapat di Malaysia.

Pada masa lalu, kaum Baba-Nyonya hanya dilihat sebagai suatu etnik dalam

kepelbagaian etnik yang menjadi penduduk negara ini. Ia wujud sebagai kelompok marginal

dan terpinggir. Untuk mengatasi masalah keterpinggiran itu, mereka sedikit demi sedikit

cuba mengasimilasi semula ke dalam masyarakat Cina induk. Sekarang keadaan berbeza.

Budaya dan sejarah marginal itu boleh dijadikan produk untuk dijual kepada para pelancong.

Industri pelancongan menuntutnya supaya budaya dan sejarah marginal itu dikekalkan.

Pelancongan menggalakkan pengekalan, pemuliharaan dan pembikinan semula. Budaya

Baba-Nyonya telah dilibatkan secara aktif sebagai komoditi pelancongan. Penterjemahan

Page 9: Titas

budaya ke dalam produk pelancongan telah membangkit semula kesedaran ke arah

pemilihan kembali budaya Baba-Nyonya.

Dalam budaya Baba-Nyonya, salah satu ciri penting yang menandakan kebabaan

dan kenyonyaan ialah pakaian.

3.0 Refleksi

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah dapat menyiapkan tugasan WAJ 3101

Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang diberikan dengan jayanya. Saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Tn. Hj. Zakaria Bin Nasirudin

yang telah menerangkan cara dan perkara yang perlu dipenuhi dalam menghasilkan

tugasan ini. Beliau sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini seperti

memberikan beberapa maklumat penting dan cara-cara untuk mengatasi masalah dalam

penghasilan tugasan ini.

Pada awalnya, apabila saya mendapat soalan tugasan yang diberikan, saya

langsung tidak memahami soalan itu dan tidak pasti sama ada saya dapat menyiapkanya

dengan baik dengan kekangan masa yang begitu terhad. Namun begitu, selepas pensyarah

saya memberi taklimat tentang cara-cara membuat kerja kursus tersebut, saya telah faham

dan terus mencari maklumat tentang tajuk tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat, saya terpaksa berjalan kaki ke perpustakaan untuk

meminjam buku-buku yang bersesuaian dengan tajuk-tajuk yang diperlukan. Pada masa

yang sama, saya terpaksa bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam mendapatkan

maklumat mengenai tugasan ini, terutamanya maklumat daripada buku yang ada di

perpustakaan yang jumlahnya agak terhad berbanding dengan kumpulan kami yang ramai.

Untuk mencari maklumat yang lebih terperinci, saya juga mengakses internet dan memuat

turun maklumat-maklumat penting mengenai topik yang telah diberikan kepada saya.

Saya amat bersyukur kerana terdapat rakan-rakan yang bersikap positif dan

bertangungjawab. Mereka selalu membantu saya apabila saya menghadapi masalah

mencari maklumat dan saya sangat berterima kasih di atas bantuan mereka sehingga saya

dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dari unit lain terutamanya senior-senior

saya yang telah memberikan idea bagaimana hendak menjalankan tugasan ini dengan baik.

Page 10: Titas

Selepas menyiapkan kerja kursus ini, saya telah lebih mengetahui tentang

penubuhan sesuatu tamadun bukanlah usaha yang senang. Saya juga menyedari bahawa.

Oleh itu, saya akan lebih berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya supaya dapat

mengajar pelajar dengan baik dan betul pada masa depan.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini telah menyedarkan saya supaya membuat sesuatu

kerja secara sistematik dan memilih strategi yang sesuai di samping memberi fokus dan

perhatian terhadap arahan yang diberikan oleh pensyarah supaya saya tidak membuat

kesilapan. Ilmu tersebut amat berguna kepada saya untuk menjadi seorang guru yang

profesional.

Sekian, terima kasih