titas

25
1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setiap insan yang tinggal di dalam negara ini. Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dikongsi bersama oleh bangsa Melayu yang terdiri daripada pelbagai rumpun bahasa bangsa dan dimensi kawasan wilyah. Berdasarkan dimensi rumpun bahasa bangsa, Tamadun Melayu terangkum dalam rumpun Austronesia-Nusantara, ras Melayu Polinesia, ras kulit coklat dari Timur Lautan Hindi dan Pasifik, serta Malagasi dan Tagaroa. Dimensi kawasan-wilayah Tamadun Melayu pula merangkumi kawasan Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan beberapa kepulauan lain (Mohamad Khodafi, 2003: 2). Tamadun Melayu berpusat di kawasan yang dikenali sebagai Alam Melayu atau Nusantara kini. 1

Upload: universiti-pendidikan-sultan-idris-diploma-in-science

Post on 24-Jun-2015

7.597 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ini assigment yg 1st aku buat.. hee~

TRANSCRIPT

Page 1: Titas

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang

berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun

1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang

tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan

bagi setiap insan yang tinggal di dalam negara ini.

Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dikongsi bersama oleh bangsa Melayu yang

terdiri daripada pelbagai rumpun bahasa bangsa dan dimensi kawasan wilyah. Berdasarkan

dimensi rumpun bahasa bangsa, Tamadun Melayu terangkum dalam rumpun Austronesia-

Nusantara, ras Melayu Polinesia, ras kulit coklat dari Timur Lautan Hindi dan Pasifik, serta

Malagasi dan Tagaroa. Dimensi kawasan-wilayah Tamadun Melayu pula merangkumi

kawasan Kampuchea, Myanmar, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak,

Sulawesi, Maluku, Sulu, Mindanao dan beberapa kepulauan lain (Mohamad Khodafi, 2003:

2). Tamadun Melayu berpusat di kawasan yang dikenali sebagai Alam Melayu atau

Nusantara kini.

2.0 Apa itu ‘Tamadun’

Istilah tamadun telah mendapat perhatian dan dibahaskan secara terperinci oleh

sarjana Timur dan Barat. Istilah tamadun sering digunakan bagi menggambarkan kemajuan

kebendaan sesebuah masyarakat. Dalam konteks penggunaan semasa, isitilah ini merujuk

kepada pencapaian yang tinggi khususnya dalam bidang sains dan teknologi yang kini

ditonjolkan mengikut acuan bermodelkan tamadun Barat.1

1 Mashitah Sulaiman dan Adibah Sulaiman @ Mohamad, “TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia”, Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia , 2011, hlm.5

1

Page 2: Titas

Istilah tamadun berasal daripada perkataan madana mudun, madain dalam bahasa

Arab. Madana merupakan kata kerja (verb) yang merujuk kepada perbutan membuka bandar

atau kota serta perbuatan manusia memperhalusi budi pekerti manakala hadarah dirujuk

kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi. Peradaban pula

disamaertikan dengan tamadun yang bermakasud keadaan dan tingkat kemajuan pada

kehidupan jasmani dan rohani sesebuah bangsa dan masyarakat. Perkataan tamadun dapat

diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang

sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah2.

Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and

civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa

inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah

membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak

digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.

Secara ringkasnya, konsep tamadun ini meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang

tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.

3.0 Tamadun Melayu

Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau

AsiaTenggara. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang

tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang

adalah bermula daripada Tamadun Melayu yang dihuni sejak sekian lamanya.Tamadun

Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan konsep-

konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa.

2 Al –Attas, S.M Naquib, “Masyarakat Madini Malaysia: Satu Gagasan”, Konvensyen Masyarakat Madini, September 19-21, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 1996, hlm.1

2

Page 3: Titas

Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok

manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada

suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan

Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara,

Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai tamadun wilayah ini

ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua franca) di seluruh

kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun

Melayu.

3.1 Etimologi Istilah Melayu

Etimologi ialah kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.

Asal usul perkataan Melayu tidak diketahui dengan jelas oleh para sejarawan. Istilah Melayu

dikatakan berasal daripada beberapa perkataan. Berdasarkan catatan Cina, ia berasal daripada

(Obaidellah, 1993: 70):

1. Istilah “Ma-la-yu” atau “Ma-li-yi-er”, sebagaimana catatan Yuan, untuk merujuk

kepada Melayu.

2. Kerajaan “Mo-lo-yeu”, sebagaimana catatan orang Cina, yang mengirimkan utusan ke

China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645

Masihi.

3. Perkataan “Ma-lo-yu”’ dalam catatan I-Tsing, yang merujuk kepada Kerajaan Melayu

di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang yang dilawatinya sekitar 675

Masihi.

4. Perkataan “Malaya” atau “Melayu’ seperti yang tertulis pada bahagian belakang

sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari (1286M).

Terdapat juga pandangan lain yang menyebut bahawa istilah Melayu berasal daripada

perkataan “Malayapura” yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”

3

Page 4: Titas

(http://id.wikipedia.org/wiki/Malayapura). Dikatakan juga bahawa aal usul istilah tersebut

adalah datang dari nama sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu,

sebagaimana gambaran berikut: “…adapun Negeri Palembang itu, Palembang yang ada

sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu adalah sebuah sungai, Melayu namanya…”

(Shellabear, 1977:16).3

3.2 Istilah Melayu

Istilah Melayu mempunyai tiga demensi yang berbeza iaitu ras, kebudayaan dan

bahasa. Ras Melayu merujuk mereka yang memiliki ciri-ciri genetic yang sama dan berasal

dari Alam Melayu (Osman et, al., 2009: 63-64), iaitu bangsa-bangsa Austronesia yang

terdapat di kepulauan Melayu. Dalam konteks yang lebih luas, rumpun Austronesia juga

meliputi kawasan Austronesia yang lain iaitu kawasan di sebelah Timur yang merangkumi

keluarga Polinesia, Melanesia dan Mikronesia. Berdasarkan pengetian yang diberikan oleh

UNESCO (1972), istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung

Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

Kebudayaan Melayu pula ialah pegangan dan amalan masyarakat Melayu yang

menjadikan agama Islam dan adat resam mereka sebagai unsur utama pembentukannya

(Osman et. al., 2009: 64). Kebudayaan ini merangkumi pakaian, nilai dan norma, adat

perkahwinan, perayaan dan permainan tradisional.

Manakala bahasa Melayu merujuk kepada bahasa yang ditutur oleh masyarakat

seluruh Alam atau kepulauan merentasi seluruh Asia Tenggara hingga sempadan Australia.

Bahasa Melayu tergolong dalam subkeluarga bahasa Jawa, Sunda, Madura, Acheh,

Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut dan Sulu (Osman et. al., 2009: 64).

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Artikel 160(2), terdapat tiga ciri utama untuk

bergelar Melayu, iaitu menganut dan mengamalkan ajaran Islam, lazimnya berbahasa Melayu

3 Mashitah Sulaiman dan Adibah Sulaiman @ Mohamad, “TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia”, Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia , 2011, hlm. 70 dan 71.

4

Page 5: Titas

dan mengamalkan adat budaya Melayu dalam kehidupan harian. Tiga ciri tersebut diambil

kira untuk menentukan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu semasa penggubalan

Perlembagaan Persekutuan Tanah dan kemerdekaannya (Osman et. al., 2009: 64). Istilah

Melayu tidak hanya terhad kepada asal keturunan semata-mata bahkan ia turut mengambil

kira keadaan sebuah kumpulan masyarakat yang berkongsi pegangan, bahasa dan budaya

hidup. Ciri-ciri ini menjadikan bangsa Melayu bersifat multi kerana factor keturunan, iaitu

Melayu, bukan penentu mutlak untuk bergelar orang Melayu.

3.3 Pembentukan Pandangan Semesta Melayu

Kedatangan Islam telah mempengaruhi pandangan semesta Tamadun Melayu yang

menjadikan akidah Islamiyyah sebagai teras utamanya. Begitupun, unsur-unsur pra-Islam

dalam pandangan semesta Tamadun Melayu masih dapat dikesan dalam beberapa perkara,

contohnya ungkupan-ungkapan Melayu dan amalan kehidupan seharian masyarakatnya

(Osman et, al., 2009; 67-68).

Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara

keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dopengaruhi oleh satu

sistem nilai yang tertentu. Menurut pendapat seorang sarjana Barat, Albert Schweitzer,

pandangan semesta bolehlah ditafsirkan sebagai “the some total of thought which a

community or individual think about the nature and purposed of the universe and about the

place and destiny of mankind within the world.”4 Manakala menurut pandangan salah

seorang sarjana Islam, Syed Naquibb al-Attas (1978), pandangan semesta Islam merangkumi

dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat.

Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau

hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Pandangan

4 Mashitah Sulaiman dan Adibah Sulaiman @ Mohamad, “TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia”, Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia , 2011, hlm.75

5

Page 6: Titas

semesta masyarakat dalam Tamadun Melayu terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat

zaman pra-Islam dan peringkat zaman selepas kedatangan Islam.

3.4 Pembentukan Tamadun Islam dengan Pengaruh Islam

Pada abad ke-15, kedatangan Islam telah merubah pandangan Melayu kerana tertarik

dengan agama yang dibawa kerana setiap insan mempunyai taraf yang sama menurut Islam.

Ketika kedatangan Islam, antara perkara yang paling berubah terhadap pemikiran Melayu

adalah konsep mereka ke arah tauhid yang lebih tinggi dan kepercayaan yang teguh kepada

Allah S.W.T.

Tamadun Melayu dibina adalah berdasarkan enam prinsip yang menjadi pegangan

mereka iaitu:

i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam

dunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada

kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam

dunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.

ii. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi

segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki

mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insan

Muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, mu’asyarat, akhlak

dan ihsan.

iii. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya

pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat;

balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah,

balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka/

kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan

dosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya.

6

Page 7: Titas

iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih,

benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi,

keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan

makruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan

kitab Allah.

v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insan

yang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak

memanfaatkan dirinya dan orang lain.

vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani;

segala ilmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana

kehidupan dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu

kifayah demi membantu terbentuknya insani Muslim, Mukmin dan Muhsin (Hashim,

2004:38-39).

4.0 Tamadun Barat

Istilah tamadun Barat digunakan sangat luas untuk merujuk pada warisan norma-norma

sosial, nilai-nilai etika, adat istiadat, keyakinan agama, sistem politik, artifak budaya khusus,

serta teknologi. Secara spesifik, tamadun Barat dapat ditujukan terhadap:

i. Pengaruh budaya Klasik dan Renaisans Yunani-Romawi dalam hal seni, falsafah,

sastera, dan tema hukum dan tradisi, kesan sosial budaya dari tempoh migrasi dan

warisan budaya Keltik, Jermani, Romani, Slavi, dan kelompok etnik lainnya, serta

dalam hal tradisi rasionalisme dalam berbagai bidang kehidupan yang dikembangkan

oleh falsafah Helenistik, skolastisisme, humanisme, revolusi ilmiah dan pencerahan,

dan termasuk pula pemikiran politik, argumen rasional umum yang

mendukung kebebasan berpikir, hak asasi manusia, kesetaraan dan nilai-nilai

demokrasi yang menentang rasional dan teokrasi.

7

Page 8: Titas

ii. Pengaruh budaya Alkitab-Kristiani dalam hal pemikiran rohani, adat dan dalam tradisi

etika atau moral, selama masa Pasca Klasik.

iii. Pengaruh budaya Eropah Barat dalam hal seni, musik, cerita rakyat, etika dan tradisi

lisan, dengan tema-tema yang dikembangkan lebih lanjut selama masa Romantisisme.

Konsep budaya Barat umumnya terkait dengan definisi klasik dari Dunia Barat. Dalam

definisi ini, kebudayaan Barat adalah himpunan sastera, sains, politik, serta prinsip-

prinsip artistik dan falsafah yang membezakannya dari peradaban lain. Sebahagian besar

rangkaian tradisi dan pengetahuan tersebut umumnya telah dikumpulkan dalam kanon

Barat. Istilah ini juga telah dihubungkan dengan negara-negara yang sejarahnya amat

dipengaruhi oleh imigrasi atau kolonisasi orang-orang Eropah, misalnya seperti negara-

negara di benua Amerika dan Australasia, dan tidak terbatas hanya oleh imigran dari Eropah

Barat. Eropah Tengah juga dianggap sebagai penyumbang unsur-unsur asli dari kebudayaan

Barat.

4.1 Konsep Sekularlisme

Dalam pengajian agama, masyarakat Barat moden pada umumnya diakui sebagai

sekular. Ini adalah oleh kerana kebebasan agama yang hampir lengkap (kepercayaan pada

agama pada umumnya tidak tertakluk pada sekatan legal atau sosial), dan kekurangan pihak

berkuasa pemimpin agama ke atas keputusan politik. Walau bagaimanapun, kepercayaan

agama secara lebar dianggapkan suatu bahagian berkaitan syarahan politik dalam banyak

negara-negara ini. Ini berkontras dengan negara-negara Barat di mana rujukan agama pada

umumnya dianggap tidak berkenaan dalam politik arus.

Di kalangan pertama untuk delineate sifat masyarakat sekular, D. L. Munby mencirikan

sebuah masyarakat sekular sebagai satu yang:

8

Page 9: Titas

i. Tidak terfikir untuk menyerahkan diri sendiri sebagai keseluruhan pada mana-mana

pandangan sifat alam dan watak manusia padanya.

ii. Tidak homogenous, tetapi pluralistik.

iii. Adalah toleran. Ia melebarkan sfera membuat keputusan peribadi.

iv. Sementara setiap masyarakat harus mempunyai tujuan umum, ia menandakan

wajibnya persetujuan pada kaedah menyelesaikan masalah, dan suatu bingkai undang-

undang umum; dalam sebuah masyarakat sekular ini adalah terhad mungkin.

v. Penyelesaian masalah dicapai secara rasional, melalui pemeriksaan fakta. Sementara

masyarakat sekular tidak memuatkan apa-apa tujuan keseluruhannya, ia membantu

ahlinya menyedari tujuan mereka.

vi. Adalah sebuah masyarakat tanpa mana-mana imej rasmi. Tidak pun adanya suatu

jenis kelakuan unggul penggunaan universal.

Keunggulan Positif di belakang masyarakat sekular

i. Kehormatan mendalam untuk para individu dan kumpulan kecil yang mana mereka

sebahagian dengan.

ii. Kesamaan semua rakyat.

iii. Setiap orang harus dibantu untuk menyedari kecermelangan khusus mereka.

iv. Membahagikan batasan kelas dan kasta

5.0 Masyarakat Iban

Masyarakat iban adalah kaum yang menjadi penghuni terbesar di luar bandar Sarawak

pada zaman purba. Dahulu, mereka digelar ‘Dayak Laut’. Walhal, sebutan itu nyatalah tidak

betul kerana orang Iban bukanlah satu bangsa pelaut atau tinggal di tepi laut. Masyarakat

Iban terkenal dengan keunikan reka bentuk dan unsur-unsur tersirat yang terdapat pada rumah

tradisional mereka iaitu rumah panjang. Rumah panjang suatu ketika dahulu dibina dengan

9

Page 10: Titas

menggunakan kayu yang tahan lama seperti kayu belian untuk memastikan keutuhannya.

Buluh pula digunakan untuk dijadikan dinding manakala daun rumbia digunakan untuk

membuat atap. Namun demikian, perubahan arus masa telah mengubah wajah rumah panjang

kaum Iban seiring dengan kemodenan zaman.

Mereka juga masih mengamalkan adat resam yang diwarisi nenek moyang seperti

mengadakan upacara ritual untuk sambutan Hari Gawai, meminum tuak, mempersembahkan

tarian Ngajat dan mengamalkan perubatan tradisional. Demikian juga dengan peranan “tuai

rumah” (ketua rumah panjang) sebagai pemimpin yang dihormati masih dikekalkan sehingga

sekarang.

Pada umumnya, Orang Iban itu sederhana, dan bersih orangnya; pukul rata tinggi

mereka lebih kurang lima kaki tiga inci; hidung mereka penyek, rambut genjur, bentuk badan

mereka agak elok, kaum perempuan mereka berbadan gempal dan berparas cantik, warna

kulit kekuning-kuningan, mata bulat dan hitam.5

Masyarakat Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka awal di hutan rimba.

Mereka akan membuka perkampungan baru dan mencari tanah yang sesuai untuk bercucuk

tanam. Penanaman padi bukit menjadi pekerjaan utama bagi orang yang tinggal di pedalaman

dan perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari kawasan yang subur

dan belum ditanami adalah perkara biasa terutamanya di kalangan orang iban. Oleh itu,

kegiatan inilah yang menjadi sebab orang Iban dapat ditemui di seluruh Sarawak pada hari

ini. Bagi masyarakat Iban, sesiapa yang mendapat hasil tuaian padi yang paling banyak, maka

beliau akan dianggap kaya dan dipandang tinggi kerana rajin berusaha. Jadi tidak hairanlah,

kenapa orang Iban terkenal dengan penanaman padi bukitnya.

5 Haji Buyong Adil, 1974. “Sejarah Sarawak”, dlm. Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 7.

10

Page 11: Titas

Tempat asal Orang Iban ialah di Batang Lupar.6 Mengikut adat resam orang Iban,

lelaki Iban tidak boleh beristeri lebih daripada lebih dari seorang; budi bahasa mereka baik;

orang-orang sekeluarga, sesama sanak saudara, dan suami isteri dalam masyarakat Orang

Iban, sangatlah berkasih-kasihan dan teguh setia. Pada zaman dahulu, orang muda dalam

masyarakat Iban sangat payah hendak mendapat isteri, kerana telah menjadi adat mereka,

iaitu seorang lelaki muda yang hendak meminang seorang gadis, hendaklah lelaki itu terlebih

dahulu melakukan pekerjaan ‘mengayau’ iaitu menyembelih kepala orang dan kepala itu

diserahkan kepada bakal ayah mertua atau bakal isteri itudan baharulah pinangan lelaki muda

itu diterima oleh pihak perempuan. Ini adalah kerana masyarakat Iban lebih mengutamakan

keberanian dan kegagahan seseorang itu. Kita akan bincangkan apa itu sebenarnya ‘ngayap’

yang turut mempunyai kaitan dengan topik ini pada jelasan yang akan dibincangkan.

Begitu juga, pada zaman dahulu, menurut kepercayaan masyarakat Iban pada zaman

dahulu, apabila seseorang itu mati dibunuh atau kerana penyakit, keluarga si mati akan pun

sibuk melakukan pekerjaan mengayau mencari kepala orang. Tambahan pula jika si mati itu

seorang ketua atau penghulu mereka, maka ramailah anak buahnya yang pergi merayau ke

sana kemari menjalankan pekerjaan mengayau itu. Mereka tidak sahaja mengayau kepala

manusia kaum lain, bah kan kaum sebangsa mereka yang datang dari puak lain atau lebih

jelas lagi musuh mereka. Perbuatan itu dilakukan ialah kerana mengikut kepercayaan

kepercayaan mereka, roh orang yang diambul kepalanya itu, akan menjadi “penakawan”

yakni menjadi pelayan kepada roh mereka yang mati itu.

Manakala sampai sekarang tradisi menyimpan pasu atau tempayan tembikar buatan

Orang Cina zaman dahulu yang Orang Iban sebut “tajau” telah diwarisi secara turun-temurun

dari satu generasi ke generasi yang lain juga masih diamal. Selain itu, “tajau” dijadikan harta

6 Craig A. Lockard dan Graham E. Saunders, 1972. “Sarawak Purba”, hlm. 31.Buku ini disunting semula oleh Hjijah Jais, 1992 dari buku empat bahasa, asalnya berjudul Old Sarawak: A Pictorial Study.

11

Page 12: Titas

simpanan mereka dan pesaka kemengahan turun temurun sampai ke anak cucu mereka. Tajau

juga dianggap suci dan sangat dihormati oleh Orang Iban. Terdapat tujuh jenis tajau yang

paling tinggi nilainya dalam masyarakat Iban iaitu “sergiu”, “ningka petanda”, “tajau

menaga”, “rusa”, “salang-salang” dan “alas.” Kebanyakan tajau-tajau tersebut telah

mencecah usia ratusan tahun dan dianggap sebagai harta yang sangat bernilai. Tajau

digunakan untuk menyimpan air tuak dan sebagai upah kepada “manang” iaitu pengamal

perubatan tradisional. Selain itu tajau juga diperlukan untuk menyempurnakan upacara-

upacara tradisi masyarakat Iban seperti ketika berlakunya kematian dan sambutan Gawai

Kenyalang.

6.0 Pengaruh Tamadun Melayu ke atas Masyarakat Iban.

Politik

Orang melayu banyak mempengaruhi masyarakat Iban khususnya dalam bidang

politik dan pentadbiran. Keadaan ini bermula apabila Sarawak (Borneo Island) sebelum

kedatangan Brooke memang sudah menjadi tanah Jajahan orang melayu Brunei. Orang Iban

mula dilatih untuk menjawat jawatan seperti Penghulu, Tuai Rumah, Pemencha dan

sebagainya. Peranan dalam bidang ini adalah bertujuan untuk mentadbir serta menjamin

keselamatan kampung.

Sosial

Dalam aspek sosial pula, orang melayu banyak mengetengahkan persamaan adab dan

persamaan dari segi perkahwinan, pertuturan, adat resam, dan kehidupan di bawah naungan

seorang ketua. Contohnya: Di bawah naungan Penghulu, Ketua Kampung (Tuai Rumah) dan

sebagainya.

Ekonomi

12

Page 13: Titas

Kepesatan bidang ekonomi pada akhir abad ke-18 Masihi menyebabkan masyarakat

Iban mulai mengikut jejak langkah orang melayu seperti dalam kegiatan menanam getah,

kopi, lada dan tanaman komersial yang lain. Di samping itu, orang melayu turut menyebarkan

selok-belok ekonomi sara diri seperti memungut hasil hutan, memburu, menjadi nelayan dan

menjadi petukang.

7.0 Pengaruh Tamadun Barat ke atas Masyarakat Iban.

Pada mulanya, tamadun barat ke asia tenggara adalah kerana bahan-bahan mentah dan

rempah ratus yang banyak di asia tenggara. Selain itu, kedatangan barat ke asia adalah kerana

imperialisme. Seperti yang sedia maklum, di Sarawak mempunyai banyak bahan galian yang

menarik perhatian orang barat untuk menakluki Sarawak pada masa tersebut.

7.1 Sosial

Dahulunya, tidak semua puak kaum iban dapat tinggal di satu tempat. Hal ini kerana

kegiatan berpindah-randah dan adat memotong kepala ini telah membawa kepada perpecahan

antara Orang Iban ini, serta telah membawa perpecahan antara Orang Iban ini. Perkelahian di

antara orang Iban; Selang dari itu, dalam tahun 1893 itu juga, telah meletus perkelahian di

antara Orang Iban di Sungai Batang Rejang dengan Orang Iban di Sungai Batang Lupar,

Orang Iban di Sungai Batang Lupar itu dipimpin oleh Bantin dan dibantu oleh Ngumbang.7

Ini maknanya, tamadun barat mentamadunkan masyarakat Iban.

i. Raja Vyner Brooke mendamaikan Orang Iban kali yang pertama, di

Simanggang (1920)

7 Haji Buyong Adil, 1974. Sejarah Sarawak, dlm. Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 93.

13

Page 14: Titas

Dengan kebijaksanaan Raja Vyner Brooke, dalam bulan Ogos tahun 1920, ia

telah mengumpulkan beberapa orang ketua orang Iban dari berbagai puak datang

berkumpul dalam satu perhimpunan besar yang diadakan di Simanggang pada 4 hari

bulan ogos (1920). Ketua-ketua orang Iban itu telah berdamai kemudian bertukar-

tukar tajau dan memotong beberapa ekor babi untuk jamuan mereka, dan mereka

juga telah mengaku di hadapan Raja Sarawak akan menjaga dan memelihara

keamanan dalam negeri Sarawak.

Dalam perhimpunan ketua-ketua orang Iban di Simanggang pada 4 hari

bulan Ogos (1920) itulah Raja Vyner Brooke telah memberi suatu ucapan panjang

kepada Orang Iban, da nisi ucapan Raja Sarawak itu antaranya lainnya adalah

seperti yang disebutkan ini:

Saya datang ke sini hendak melihat kamu semua yang datang dari ulu Sungai

Batang Lupar, Sekrang, Layar (Saribas) dan Sungai Lemanak, kerana kamu hendak

berdamai sambil memotong beberapa ekor babi dan bertukar-tukar tajau sebagai

menandakan bahawa permusuhan di antara kamu pada masa yang sudah-sudah itu

telah dihilangkan langsung. Begitulah juga mendiang ayah saya dahulu telah

menyaksikan perdamaian yang dibuat di antara orang-orang dari puak Balau, Undup

dan Sekrang, dan sejak itu mereka telah hidup dalam aman dan berbaik-baik antara

satu dengan lain. Dan pada hari ini, saya harap semua bangsa yang ada di bawah

pemerintahan saya di Sarawak ini, hendaklah menunjukkan tanda perhunbungan baik

kepada puak-puak yang dahulunya bermusuhan itu.

Ikrar yang telah kamu ucapkan mengikut adat istiadat kamu dalam

perhimpunan perdamaian ini, saya tegaskan pula dengan perkataan saya iaitu pada

masa yang akan datang kalau ada sesiapa yang menimbulkan semula pergaduhan di

antara kamu, orang itu adalah dianggap menjadi musuh saya; saya akan

14

Page 15: Titas

menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang membunuh orang lain. Pada masa

yang lalu, pergaduhan di antara puak kamu itu memang ada; tetapi mulai sekarang

ini pergaduhan itu tidak ada lagi, kerana telah diselesaikan dengan darah beberapa

ekor babi dan pertukaran tajau-tajau yang telah dilakukan pada hari ini.8

Setelah itu, perkelahian di antara kaum Iban semakin berkurangan dan tiada

lagi berlaku pertelingkahan antara mereka sehingga sekarang.

Agama

Kemunculan orang barat dengan propaganda ‘Gold, Glory and Gospel’ menjelang

abad ke-17 lagi memperlihatkan agama Kristian telah diserap masuk ke dalam budaya orang

Iban. Orang Iban pada asalnya mengganut agama seperti Animisme, kepercayaan Miring, dan

unsur-unsur magis. Namun, penyerapan agama Kristian dalam masyarakat Iban

menyebabkan amalan lama tersebut terhakis. Cuma kepercayaan miring sahaja yang tetap

dikekalkan sehingga kini khususnya dalam upacara menuai padi dan menyambut Hari Gawai.

i. ‘Methodist Church and Ibans’.

‘Christian missionaries came to Sarawak shortly after James Brooke’s arrival.

The first were Anglicans, specifically, from the Society for the Propagation of the Gospel,

in 1848, and the second, Roman Catholics, in 1881. Anglicans missionaries work in the

First and Second divisions, Roman Catholics, throughout Sarawak.’9

ii. ‘Earliest Methodist Contacts with Ibans’

‘In 1912, a second Methodist couple, the Revd and Mrs. Charles E. Davis from

Kansas, were bers of the community were sent to work among Ibans in the lower Rejang.

The Davises were stationed at Bukit Lan, about 12 miles down the Rejang from Sibu,

8 Haji Buyong Adil, 1794. Sejarah Sarawak, dlm. Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 1109 Vinson H. sutlive, Joane sutlive, (2001)., The Encyclopedia of Iban Studies, hlm 1117.

15

Page 16: Titas

where the Rajah had given 380 acres of land to develop an industrial and agricultural

school. They attempted to work in the large Iban community of Bawang Assan. But after

one tour of five years, he abandoned the effort for lack of support and no cooperation

from Hoover, but was told flatly that there was not enough work for two in the United

States because og health problems, and was not allowed to return to Sarawak.10

Kesan Penjajahan. (Break and Rules)

‘Break and rules policies’ ataupun pecah dan perintah menyebabkan orang Iban hidup di

perdalaman dan tidak mendapat kemudahan atau prasarana yang setimpal dengan kaum-kaum

lain seperti cina, melayu dan India. Oleh itu, orang Iban bergantung kepada cara hidup yang

tradisional bercorak sara diri. Keperluan untuk mencari makanan adalah untuk bilangan ahli

keluarga sahaja. Hal ini jelas terlihat dalam contoh-contoh kegiatan ekonomi seperti berikut :

Menanam padi, bercucuk tanam sayur dan buah-buahan, mengutip hasil hutan dan memburu

binatang. Aktiviti ini langsung tidak mendapatkan pulangan berbentuk wang.

10 Vinson H. sutlive, Joane sutlive, (2001)., The Encyclopedia of Iban Studies, hlm 1117-1118.

16