tip pelajar cemerlang mengikut cara islam

13
Tip pelajar cemerlang mengikut cara Islam . Assalammualaikum . TIP PELAJAR CEMERLANG MENGIKUT CARA ISLAM . Mujadah Menghadapi Peperiksaan . Amalan harian pelajar . Seorang pelajar muslim itu hatinya hendaklah sentiasa bergantung kepada ALLAH S.W.T kerana sebagai insan yang lemah kita bergantung sepenuhnya kepada Qadha' dan qadar yang ALLAH S.W.T tentukan . Memperbetulkan niat . *Niat belajar kerana Allah S.W.T semata-mata dan bukan kerana lain . *Menuntut ilmu sebagai pengabadian diri kepada ALLAH S.W.T dan mengeluarkan diri daripada belenggu kejahilan dan taqlid . *Menuntut ilmu bagi mencari kebenaran hakiki . *Menuntut ilmu dengan niat berbakti pada umat Islam dan tidak dipengaruhi oleh rasa perkaumam yang sempit. *Menuntut ilmu bagi mengangkat martabat Islam . Umat Islam hendaklah kembali menjadi peneraju ilmu pengetahuan . *Membahagiakan ibubapa yang banyak berkorban dan berjasa pada kita. Kejayaan seorang anak merupakan hadiah paling berharga pada mereka . Tinggalkan maksiat. Ilmu merupakan cahaya yang menjadi petunjuk serta membezakan antara hak dan batil.Maksiat pula adalah kekotoran . Oleh itu , ilmu tak boleh dicampur dengan maksiat . Suatu ketika , Imam al-Syafie mengadu kepada gurunya Waqi' kerana beliau menhadapi masalah belajar dan menghafal . Maka gurunya berpesan , "Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya . Cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat" Baca AL-QURAN . Seorang penuntut ilmu perlu ada jiwa yang tenang bagi memudahkannya menuntut ilmu. Memperbanyakkan selawat. Seorang pelajar hendaklah menjadikan selawat itu sebagai amalan rutin hariannya. Sedangkan Allah SWT berselawat ke atas nabi-Nya apatah lagi kita umat Nabi SAW yang mengharapkan syafaat baginda. Baca Doa sebelum dan selepas belajar.

Upload: amalina-an-nur

Post on 02-May-2017

251 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tip Pelajar Cemerlang Mengikut Cara Islam

Tip pelajar cemerlang mengikut cara Islam .

Assalammualaikum .

TIP PELAJAR CEMERLANG MENGIKUT CARA ISLAM .

Mujadah Menghadapi Peperiksaan .Amalan harian pelajar .Seorang pelajar muslim itu hatinya hendaklah sentiasa bergantung kepada ALLAH S.W.T kerana sebagai insan yang lemah kita bergantung sepenuhnya kepada Qadha' dan qadar yang ALLAH S.W.T tentukan .

Memperbetulkan niat .*Niat belajar kerana Allah S.W.T semata-mata dan bukan kerana lain .*Menuntut ilmu sebagai pengabadian diri kepada ALLAH S.W.T dan mengeluarkan diri daripada belenggu kejahilan dan taqlid .*Menuntut ilmu bagi mencari kebenaran hakiki .*Menuntut ilmu dengan niat berbakti pada umat Islam dan tidak dipengaruhi oleh rasa perkaumam yang sempit.*Menuntut ilmu bagi mengangkat martabat Islam . Umat Islam hendaklah kembali menjadi peneraju ilmu pengetahuan .*Membahagiakan ibubapa yang banyak berkorban dan berjasa pada kita. Kejayaan seorang anak merupakan hadiah paling berharga pada mereka .

Tinggalkan maksiat.Ilmu merupakan cahaya yang menjadi petunjuk serta membezakan antara hak dan batil.Maksiat pula adalah kekotoran . Oleh itu , ilmu tak boleh dicampur dengan maksiat .Suatu ketika , Imam al-Syafie mengadu kepada gurunya Waqi' kerana beliau menhadapi masalah belajar dan menghafal . Maka gurunya berpesan ,

"Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya . Cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat"

Baca AL-QURAN .Seorang penuntut ilmu perlu ada jiwa yang tenang bagi memudahkannya menuntut ilmu.

Memperbanyakkan selawat.Seorang pelajar hendaklah menjadikan selawat itu sebagai amalan rutin hariannya. Sedangkan Allah SWT berselawat ke atas nabi-Nya apatah lagi kita umat Nabi SAW yang mengharapkan syafaat baginda.

Baca Doa sebelum dan selepas belajar.Kelebihan pelajar Muslim berbanding pelajar bukan Muslim adalah doa .

#Belajar dengan teknik yang betul , jadual waktu ynag sistematik , formula yang sistematik , kalendar peperiksaan , menjaga pemakanan dan jaga pergaulan serta percakapan ,

Amalan mingguan Pelajar .Amalan membaca yassin.Membaca yassin pada malam jumaat .

Page 2: Tip Pelajar Cemerlang Mengikut Cara Islam

Mendirikan solat hajat.Masa yang paling mudah dan selesa mendirikan solat hajat adalah selepas solat Maghrib . Namun waktu yang paling afdal adalah pada waktu tengah malam atau semasa bangun qiamulail .

Ketika hampir peperiksaan .Mohon ketenangan , memperbanyakkan selawat dan membaca yassin , lakukan solat taubat dan solat hajat , jaga kesihatan , Mohon doa ayah dan ibu serta restu guru .

Ke Dewan Peperiksaan .Bersiap lebih awal , mengambil sarapan secara sederhana , baca yassin sebelum ke dewan .( apabila sampai pada ayat "Mubin" berhenti sekejap dan berdoa pada Allah . Ayat 12,17,24,,47,60,69,77.)Mohonlah hajat yang sesuai dengan peperiksaan sebentar lagi ,*mohon pertolongan & bantuan Allah S.W,T dlm menjawab soalan .

Semasa peperiksaan.*Masuk awal ke dewan*Baca doa sebelum menjawab*Berikan tumpuan dan jangan lemah semangat*Pasrah

Selepas peperiksaan.Terimalah apa saja ketentuan takdir daripada ALLAH SWT dan yakinlah semua takdir ALLAH SWT ada hikmah yang tersembunyi ."........dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; dan ingatlah Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahuinya . (Surah al-Baqarah ayat 216)

Atyn nak ucapakan semoga berjaya pada rakan-rakan seperjuangan , yang bakal menduduki peperiksaan . Wish you GOOD LUCK and all the best :)

Pandangan: Cara Menghadapi Exam Menurut Surah Al-Alaq 1-5Assalamualaikum Ustaz.. mahu tanya ni, tidak lama lagi saya exam, boleh minta pendapat macam mana mahu menghadapinya ?Nora.

Jawapan: Alhamdulillah, terima kasih kerana memberikan soalan dan meminta pandangan, walaupun saya bukanlah dikalangan mereka yang berkelayakan dan memiliki sijil kepakaran dalam motivasi. Namun memberikan nasihat itu merupakan satu kewajipan bagi setiap ummat Islam apatah lagi seorang yang bergelar penuntut ilmu , seperti mana sabda Nabi Muhammad s.a.w :

“Hak seorang muslim atas muslim yang lain ada enam: Jika engkau bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam kepadanya, apabila ia mengundangmu penuhilah undangan itu, apabila ia minta nasihat kepadamu maka nasihatilah dia, dan apabila di bersin dan mengucapkan "Al Hamdu lillah", maka ucapkanlah "Yarhamukallah", apabila ia sakit maka jenguklah dan apabila ia mati maka ikutilah." (HR. Muslim).

Untuk menghadapi setiap peperiksaan yang bakal menjelang, seseorang pelajar hendaklah merasa tenang tenteram, dan sudah bersedia menghadapinya, samaada dari segi mental mahupun fizikal. Dan meletakkan azam kuat bahawa " aku sudah bersedia dan mampu untuk menjawab dengan sebaiknya, InsyaAllah ". Jika perasaan seperti ini ada dalam hati, insyaAllah anda akan lebih yakin dan bersemangat untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi.

Page 3: Tip Pelajar Cemerlang Mengikut Cara Islam

Di sini saya memberikan sedikit point atau tips yang selalu diamalkan setiap kali hendak menjelang peperiksaan. Semuanya ini di ambil dalam Al-Quran surah al-Alaq ayat 1-5 yang merupakan wahyu pertama daripada Allah s.w.t yang disampaikan oleh Malaikat Jibril alaihis salam kepada Nabi Muhammad s.a.w ketika ber'uzlah' di gua hira'.

5 ayat ini saya akan huraikan mengikut fahaman pendidikan sebagai motivasi bagi seorang pelajar (termasuk saya).

Firman Allah s.w.t :� اق�رأ م ك باس� ذي رب خلق ال

1)Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.�سان خلق ن علق من� اإل�

2) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.� ك اق�رأ �رم ورب ك األ�

3) Bacalah, dan Tuhanmu yang maha pemurah.ذي م ال عل �قلم بال

4) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.م �سان عل ن يع�لم� لم� ما اإل�

5) Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

Bagi Seorang pelajar ( seperti saya ) yang bakal menghadapi peperiksaan atau yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan menginginkan ilmu yang dipelajarinya diberkati Allah, maka digalakkan untuk memahami ayat Iqro' ini secara mendalam dan terperinci sebelum menghadapi peperiksaan yang menjelang. kerana ia boleh membantu supaya tenang tenteram dan berkeyakinan untuk menjawab soalan2 yang diberikan.

Lebih-lebih lagi pemahaman ayat ini mampu memberikan kekuatan pengharapan lebih tinggi kepada Allah s.w.t berbanding usaha sendiri. Berharap kepada Allah itu adalah buah iman, manakala usaha adalah buah amal, iman dan amal tidak boleh dipisahkan, begitulah juga doa pengharapan kepada Allah tidak boleh dipisahkan dengan usaha amal.

Huraian menurut motivasi pendidikan seperti ini : Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (1)Maksudnya, mulakan setiap pelajaranmu dengan menyebut nama Allah yakni ' Bismillah '.

Rasulullah s.a.w berasabda " setiap perkara yang baik-baik jika tidak dimulai dengan Bismillah maka ianya terputus, yakni kurang berkat. "

Jadi, setiap pelajar yang menginginkan keberkatan daripada Allah terhadap ilmu yang dipelajarinya, mestilah memulakan pembelajaran tersebut dengan membaca Bismillah. Atau boleh juga membaca doa, samaada doa penerang hati, doa kuat hafalan, doa mohon diberikan kefahaman yang jelas dan sebagainya, Terpulanglah doa apa yang dihafalnya. Kemudian bacalah buku-buku atau kitab-kitab yang mahu dipelajari atau diulangkaji.

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku (2).- Sesudah membaca doa, membaca buku, kitab dan yang seumpamanya, maka carilah isi-isi penting @ point dalam setiap tajuk yang dibaca, gariskan atau warnakan jika didapati. ( segumpal darah merupakan organ yang amat penting dalam diri setiap manusia ) Saya ibaratkan segumpal darah itu adalah isi-isi penting, Kerana point2 tersebut amat penting kepada akal untuk memahami setiap pembelajaran. kadang-kadang setiap tajuk mempunyai huraian yang panjang, sedangkan isi penting cuma sedikit sahaja. Jadi dengan menggariskan atau mewarnakan isi2 penting, maka ia dapat membantu pemahaman anda.

Page 4: Tip Pelajar Cemerlang Mengikut Cara Islam

Bacalah, dan Tuhanmu yang maha pemurah (3)- Setelah mewarnakan atau menggariskan isi-isi penting (point2 penting) maka baca sekali lagi atau berulang-kali sehingga faham dan melekat dihati dan fikiran. Kerana Allah maha pemurah, pemurah IlmuNya, pemurah kefahamanNya, pemurah dari segala yang pemurah. Maka selayaknya hamba yang mengulangkaji pelajaran, yang sudah berdoa, berusaha, berikhtiar dan sabar di dalam pelajaran hendaklah membaca semula isi-isi penting tersebut, bacalah berulang-ulang kali sehingga faham. InsyaAllah dengan cara ini, Allah pasti akan memberikan kefahaman yang jelas diatas segala apa yang kurang difahaminya, dan akan menjadikannya mudah dan senang terhadap apa yang menyusahkannya, dan melapangkan dadanya supaya memahami sedalam-dalamnya berkaitan tajuk yang sedang dipelajarinya dengan lebih jelas dan difahami.

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan (4)- Allah s.w.t maha mengetahui dan maha bijaksana, dan segala apa yang kita ketahui dan fahami semuanya daripada Allah, Allah yang mengajar semua makhluknya samaada yang kita ketahui ataupun tidak, kerana pengetahuan Allah meliputi segala-galanya tidak terjangkau akal kita untuk memikirkannya. kerana ilmu kita terbatas, adapun Allah, ilmuNya maha luas tiada batasnya.

Setelah terjumpa semua point2 penting yang digariskan dan diwarnakan, maka ambil pen/pensel dan kertas atau buku kajang atau apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk mencatit isi-isi penting tersebut. Keluarkan isi-isi penting itu kemudian tuliskan isi-isi penting itu di sebuah kertas. Jadilah ia sebuah buku kecil yang dinamakan nota, ( nota kecil atau nota ringkasan ). hafal sekiranya mampu, kerana hafalan akan lebih banyak membantu disamping memahami isi-isi penting setiap tajuk yang dipelajari, insyaAllah.

Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya (5)- Allah lah yang mengajar hamba-hambaNya menulis, memahami sesuatu ilmu, dan Allah jualah yang mengajar manusia untuk menghafal, Dia jugalah yang memberikan kekuatan ingatan dan kefahaman dalam setiap ilmu yang dipelajari. Bukan dengan sebab kita seorang yang pandai, kerana tiada seorang yang lahir terus pandai serta merta melainkan kalau ada pun, mereka hanyalah seorang Nabi yang dikurniakan mukjizat oleh Allah sebagai bukti bahawa mereka adalah seorang Nabi utusan Allah s.w.t.

Maka selayaknyalah seseorang yang sudah berdoa, membaca buku, berusaha, berikhtiar harus bertawakkal kepada Allah yakni berserah diri kepada Allah s.w.t. Keraana Allah yang menentukan segala-galanya menurut kehendak dan takdir ketentuannya.

Tawakkal ini baik bagi mereka yang sudah menjawab peperiksaan, serahkan segala-galanya kepada Allah, semoga jawapan-jawapan yang dijawab semasa peperiksaan adalah tepat dan menghendaki kehendak soalan. Kalaupun tersilap/tertinggal/ sesuatu soalan maka serah pada Allah, jangan rasa frust atau putus asa.

Kekadang ada sesetengah pelajar yang selalu menghadapi masalah ini, setiap kali selesai exam dia akan melihat semula soalan (termasuk saya) apabila selesai menjawab dan keluar dari bilik peperiksaan, pada ketika itu baru dia melihat dan perasan yang dia ada silap, lantas berkata " alaa silapla disini.. aduh... dan macam-macam lagi sehingga hilang keceriaan diwajahnya ".

Di sinilah peranan tawakkal, pelajar hendaklah serah segalanya kepada Allah... kerana Allah yang memberikan kefahaman menurut kehendaknya, memberikan kemudahan menjawab menurut kehendaknya dan apap-apa sahaja semuanya menurut kehendaknya. Jangan fikir aku gagal, tapi fikirlah aku lulus, dan sudah menjawab dengan sebaik-baiknya, serta banyakkan doa, serah kepada Allah, insyaAllah tawakkal akan memberikan ketenangan di dalam jiwa dan perasaan anda, sentiasalah berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t insyaAllah, hati dan jiwa anda pasti tenteram dan penuh berkeyakinan.

Page 5: Tip Pelajar Cemerlang Mengikut Cara Islam

Setelah menjawab peperiksaan, maka berserahlah segalanya kepada Allah, kalau dapat menjawab soalan dengan baik, puas hati, Alhamdulillah, tapi kalau kurang tepat, atau tidak dapat menajwab dengan betul bersabarlah dan terimalah seadanya.

Samaada lulus ataupun gagal, serah pada Allah, ( Namun setiap pelajar mestilah mahukan yang lulus dan berjaya kan ). Jadi, lulus dan gagal itu adalah ujian yang kedua mesti anda hadapi, itulah ujian yang sangat hebat yang mesti dilalui oleh setiap manusia, ujian ini bukan datangnya dari manusia tapi datangnya daripada Allah. Jika lulus, Alhamdulillah.. Jika Gagal.. terima seadanya.. semua ada hikmahnya.

Tawakkallah kepada Allah kerana Dialah yang mengetahui segala-galanya dan mengajar kita apa yang kita tidak tahu, sehingga dengan ajaran Allah itu kita mengetahui setiap ilmu yang dipelajari, dan bukan semuanya yang kita ketahui akan tetap kita ingati dan fahami, itu sebablah perlunya bertawakkal kepada Allah.

Tips @ Point Untuk Menghadapinya : Baca Buku, Mulakan dengan Bismillah @ Berdoa. Cari point, isi-isi penting setiap tajuk. Warnakan @ gariskan. Membaca semula, berulang-kali sampai faham. Keluarkan isi penting, Tulis nota. Buat nota kecil, Hafal. Tawakkal. Serah kepada Allah setelah berdoa, usaha dan ikhtiar. Tambahan, Redha & Senyum (",).

p/s : Jangan lupa solat hajat dan berdoa setiap kali lepas solat lima waktu, mohon pada ibu dan ayah untuk mendoakan kejayaan anda !!!.

Semoga saya, anda dan sesiapa sahaja yang bakal menduduki peperiksaan, didoakan mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dalam pelajarannya, ameen Ya Allah !!!

Kalam Motivasi Nasihat :" Seorang yang berjaya ialah mereka yang mampu menggerakkan semangat usaha mereka " (Dr Fadhilah Khamsah )

" Kejayaan itu bukanlah kunci kepada kegembiraan, bahkan kegembiraan itulah yang merupakan kunci kepada kejayaan, sekiranya anda suka apa yang anda lakukan, nescaya anda akan berjaya insyaAllah. "

Rasulullah s.a.w bersabda: " Orang yang bijak adalah orang yang mampu menundukkan hawa nafsunya, mengintrospeksi dirinya dan beramal untuk menjadi bekal setelah matinya. Sedangkan orang yang lemah adalah

orang yang menuruti hawa nafsunya lalu berangan-angan agar Allah (mengampuni dosa-dosanya)." (HR.Ahmad At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Al-Hakim, Shahih).

" Jika anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan berpesan kepadanya, jawab sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul, lulus. Jika salah jawabnya gagal. Di akhirat kelak, peperiksaan di hadapan Allah SWT nanti juga

memerlukan kepada jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu ialah Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar, syurga balasannya. Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, nerakalah

balasannya..." ( Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan )

Doaku Semoga Kita Berjaya Di Dunia Dan Akhirat, Ameen !!!Hamba Ilahi : Kamarudin Toyo As-Sabahi,Penuntut Ilmu Warisan Nabi,Universiti Al-Azhar Asy-Syarifi,Kaherah Mesir Bumi Barakah Para Nabi.

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

Page 6: Tip Pelajar Cemerlang Mengikut Cara Islam

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

kita ingat 10% apa yang dibaca kita ingat 20% apa yang didengar kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat kita ingat 70% apa yang dicakapkan kita ingat 90% setelah dipraktikkan Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....Belajar dalam persekitaran kondusif.

pastikan cahaya adalah terang kurangkan gangguan bunyi tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran kerusi dan meja menghadap kiblat jangan lupa untuk senyum

Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.Tahu teknik merangsang memori:

memasukkan maklumat dalam memori (registration) menyimpan maklumat dalam sel memori (retention) mengingat kembali (recall) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

Sentiasa awal dan mendahului: persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.Mempunyai teknik membaca yang betul:

duduk dengan tegak & bernafas dengan betul memberikan tumpuan sepanuhnya menggunakan jari telunjuk untuk membaca menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

Page 7: Tip Pelajar Cemerlang Mengikut Cara Islam

Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.Mengulang kaji apabila mulai terlupa.Tahu petua mengulang kaji:

cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna duduk tegak dikerusi yang selesa baca doa penerang hati baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul fikir dan ingat kembali isi utama catat/lakar semak semula ketepatan maklumat ulang sebut atau ceritakan pada orang lain buat rumusan jawab soalan tampal maklumat yang rumit di dinding baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

Tahu petua-petua agar tidak lupa: jangan makan kepala ikan jangan makan organ dalaman jangan minum semasa makan jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut jangan melihat kemaluan banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain banyakkan makan kismis, kurma dan madu banyakkan makan kekacang pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan jangan makan sehingga terlalu kenyang jangan kencing berdiri Tahu kemahiran mengingat: tampal nota-nota penting di dinding tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah gunakan kaedah akronim reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

Cekap mengatur jadual belajar: mempunyai jadual belajar patuh kepada jadual buat jadual yang boleh diikuti

Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).Pelbagaikan tempat belajar.

Page 8: Tip Pelajar Cemerlang Mengikut Cara Islam

Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak fahamMenjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

Ciri-ciri pelajar cemerlang: taat kepada Allah mendirikan sembahyang menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka hormati & sayangi guru bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari membantu rakan yang memerlukan berdoa dan bersyukur kepada Allah sentiasa bertawakal mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Study Preparation & How to Revise EffectivelyPreparation

Early on, decide how many days you will need to spend on each subject.Make sure you spend time on your weaker subjects and don't avoid them, but not to be over-confident about your stronger subjects and neglect them.Realize that there are distinct stages to learning: acquiring, understanding, memorising and testing knowledge. Allow time for each of these stages.Be realistic in your planning. Don't set yourself target which you have no chance of reaching. Consider the work you have to do, the time that you have and how fast you know you can work. If you find you don't have time to do it all, go back and reconsider the number of topics you've decided to learn.Try to keep your study sessions short. Most people find short and frequent work periods of about one and a half hours work much better than long marathons.Don't put off revising by telling yourself you haven't got enough time. 20 minutes can be perfect opportunity to revise 'quick reference' cards.If you set aside 1 hour to revise, make sure that you are ready to revise than. Don't allow yourself to spend 30 minutes putting on the kettle!!!!Even if you deliberately set fairly easy reachable targets, you will still get a psychological boost each time you achieve your goal.Never forget that a plan should be flexible. There is no way that you will keep exactly to your plan and you need to be prepared to alter it along the way.Include spare days in your revision plan. These can be used to catch up on any topic, which you need to spend more time on.Leave time for relaxation either as 'spare days' or as rewards at the end of a day - have a night off!!!

How to Revise EffectivelyMake sure you know what the key phrases used in exams (e.g. "evaluate", "compare and contrast", "analyze" means and how to answer questions that begin this way.Make the learning process distinctive in some manner. The more distinctive the learning, the greater the probability that you will remember it at the vital time. Read, make notes, speak into a tape recorder, prepare a presentation for a friend, use past exam papers, work with friends from your course.

Page 9: Tip Pelajar Cemerlang Mengikut Cara Islam

Take short breaks during the working session to do something relaxing and different for 10 minutes and then come back relaxed and refreshed.Use different coloured pens and papers. They will act as keys and aid your memory in exams. Similarly, rhymes or keywords will help you remember lists of information.Make use of spider diagrams to force you to interact with the information, i.e. to process it in some form. This will aid your memory and comprehension of the material. Straight-down-the-page notes restrict you to a linear path of thought. A spider diagram enables you to connect information in many different ways.Try using file cards to write down keywords that you need to remember on any particular topic. These can be very useful as memory-joggers once you've revised a topic. Finish your revision session on an interesting or good point.

Good luck and don't forget to pray to God for your success.12 Steps Guide To Better Study Habits Try these! It might work on you :

1 - Don't touch that remote!!!The far best way of getting time to do homework (day-time that is), is to clear away any distractions. If your habits are anything like mine used to be, you probably turn on the TV as soon as you come home. If you try not using TV for a few weeks you'll find out that your life is not dependent on the box in the living room (or your bedroom or whatever). The same goes for random internet surfing, the chatroom, facebook etc.

2 - Get more self discipline/get more organizedWhen you get home from school, do most of your homework at once. Don't let anything else distract you (within reason of course, if your house is on fire or your grandfather is dying from cardiac arrest, you might want to postpone your homework a bit). If you get bored turn on some light music in the background (NO TV/ Radio!). It is important that this music isn't too intrusive. Get some food while you're working (you're probably hungry when you come home from school anyway).

Reading a book.Avoid distraction while studying. - photo by VolaVale

3 - Work out morePhysical training gives you more energy on a long-term basis. Thus, giving you more energy to do your homework. Combine with step 4.

4 - Eat healthierFor the same reasons as step 3. Hamburgers and candy bars are NOT the ideal food for a creative and working mind.

5 - Go to bed earlierNobody feels fresh and ready for a load of homework if they have slept for 6 hours that night. Try to get at least 8 hours of sleep every night, not fewer than 6-7 hours.

6 - Tell your parents about your bad habits.Make them nag you until you do your homework. This might seem a bit self-destructive, but at least you'd get some support.

7 - Get anti-socialTry not to exercise a social life until you've finished your homework. You'll get plenty of time to socialize, afterwards.

8 - Don't postpone things.

Page 10: Tip Pelajar Cemerlang Mengikut Cara Islam

Don't postpone until tomorrow what you might do today etc etc... . You'll probably end up doing it at an inconvenient time anyway.

9 - Divide and conquerDon't try to swallow it all at once, divide your homework into bearable segments.

10 - Get good gradesThe best motivation there is. Ex: My history teacher gave the top grade on my first test. After that I've had to work like ... . to keep it up. Therefore, I have to do my homework.

11 - Choose interesting subjectsIf you're studying the right subjects (ie: subjects that interests you), you'll probably be more motivated.

12 - Don't take too many courses or extracurricular activities.Ex: Right now I ought to be studying for an English test, but instead I'm hopefully helping you. If you've got bad study habits on top of this, it's just not the right thing to do.

Hope you will study better. :)