tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

19
TIDAKKAH BID`AH MENYEDIAKAN MAKANAN SELEPAS KEMATIAN? Hasan bin Ahmad (bekas Pensyarah Universiti Malaya) 1 – Mukaddimah Sudah menjadi adat resam yang lumrah kepada orang Melayu beragama Islam di tanah air kita apabila suatu kematian berlaku di dalam keluarga mereka, sudah tentu ahli keluarga si mati akan menyediakan makanan dan minuman. Pada kebiasaannya selepas kematian, keluarga si mati memasak dan menyediakan nasi bungkus mengikut bilangan orang yang hadir sembahyang jenazah dan mengikut jumlah orang yang terlibat memberi pertolongan mentajhizkan mayat termasuk mereka yang menggali kubur dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai sembahyang jenazah, nasi bungkus diedar dan dibahagi- bahagikan kepada setiap orang yang turun dari rumah selepas sembahyang. Lepas kematian, di malam yang pertama hingga malam ketujuh diadakan majlis tahlil kepada ruh si mati, sesudah selesai tahlil, keluarga si mati menghidangkan makanan dan minuman kepada jiran dan para jamaah yang hadir sama ada jamuan ringan atau jamuan berat mengikut kemampuan masing-masing. Pada malam ketiga, malam ketujuh, malam ke empat puluh dan malam ke seratus, pada kebiasaannya dihidangkan jamuan nasi dengan aneka masakan gulai yang enak. Setiap malam Jumaat selepas hari ke tujuh hingga hari ke empat puluh atau kadang-kadang hingga hari ke seratus di adakan majlis tahlil, selepas tahlil di malam-malam berkenaan dihidangkan dengan pelbagai hidangan oleh ahli si mati. Pendek kata bahawa menjamu makanan dan minuman selepas kematian sebagaimana dijelaskan sebentar tadi, menjadi tugas yang terpaksa dilakukan oleh ahli si mati, sama ada mereka dari orang kaya atau mereka yang kurang berada kalau tidak, nescaya akan dicela oleh jiran tetangganya atau sahabat handainya. Bukan setakat dicemuh, malahan keluarga si mati yang tidak menurut resam turun temurun itu akan dipandang serong oleh masyarakat sekitar, bermacam- macam tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan kepada ahli si mati yang tidak mengikuti tradisi itu, umpamanya dikatakan kedekut, bakhil, tidak mengenang

Upload: rr-darulkautsar

Post on 23-Feb-2017

181 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

TIDAKKAH BID`AH MENYEDIAKAN MAKANAN SELEPAS KEMATIAN?Hasan bin Ahmad (bekas Pensyarah Universiti Malaya)

 

 

1 – MukaddimahSudah menjadi adat resam yang lumrah kepada orang Melayu beragama Islam di tanah air kita

apabila suatu kematian berlaku di dalam keluarga mereka, sudah tentu ahli keluarga si mati akan

menyediakan makanan dan minuman.

Pada kebiasaannya selepas kematian, keluarga si mati memasak dan menyediakan nasi bungkus

mengikut bilangan orang yang hadir sembahyang jenazah dan mengikut jumlah orang yang terlibat

memberi pertolongan mentajhizkan mayat termasuk mereka yang menggali kubur dan sebagainya.

Sebaik sahaja selesai sembahyang jenazah, nasi bungkus diedar dan dibahagi-bahagikan kepada

setiap orang yang turun dari rumah selepas sembahyang.

Lepas kematian, di malam yang pertama hingga malam ketujuh diadakan majlis tahlil kepada ruh si

mati, sesudah selesai tahlil, keluarga si mati menghidangkan makanan dan minuman kepada jiran

dan para jamaah yang hadir sama ada jamuan ringan atau jamuan berat mengikut kemampuan

masing-masing. Pada malam ketiga, malam ketujuh, malam ke empat puluh dan malam ke seratus,

pada kebiasaannya dihidangkan jamuan nasi dengan aneka masakan gulai yang enak. Setiap malam

Jumaat selepas hari ke tujuh hingga hari ke empat puluh atau kadang-kadang hingga hari ke seratus

di adakan majlis tahlil, selepas tahlil di malam-malam berkenaan dihidangkan dengan pelbagai

hidangan oleh ahli si mati.

Pendek kata bahawa menjamu makanan dan minuman selepas kematian sebagaimana dijelaskan

sebentar tadi, menjadi tugas yang terpaksa dilakukan oleh ahli si mati, sama ada mereka dari orang

kaya atau mereka yang kurang berada kalau tidak, nescaya akan dicela oleh jiran tetangganya atau

sahabat handainya.

Bukan setakat dicemuh, malahan keluarga si mati yang tidak menurut resam turun temurun itu akan

dipandang serong oleh masyarakat sekitar, bermacam-macam tuduhan dan tohmahan yang

dilemparkan kepada ahli si mati yang tidak mengikuti tradisi itu, umpamanya dikatakan kedekut,

bakhil, tidak mengenang jasa si mati dan dikatakan kepada keluarga yang tidak membuat kenduri

kendara selepas kematian, seperti menanam batang pisang dan sebagainya.

Itulah antara ungkapan dan ujaran yang menggambarkan kejinya sesiapa yang meninggalkan tradisi

yang tersebut itu.

Page 2: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

Bahkan sebahagian besar dari kalangan umat Islam menganggapnya dari ajaran Islam yang penting

tidak boleh diabaikan, kerana ianya turut dilakukan oleh orang yang ada pengetahuan agama, sama

ada mereka lepasan dari pondok dan lepasan dari sekolah Arab agama. Mana-mana individu yang

mengkritik adat resam itu nescaya akan dicop dan dilabelkan sebagai kaum muda yang hendak

merosakkan ajaran Islam yang suci itu.

Walau bagaimanapun ada juga segolongan kecil umat Islam di negara kita berpendapat bahawa

membuat dan menjamu makanan selepas kematian adalah perkara bid’ah yang perlu ditinggalkan,

kerana tidak pernah dibuat oleh Nabi dan sahabatnya.

2 – Kembali kepada Allah dan RasulPenyusun rasa terpanggil untuk ikut serta dalam perbincangan masalah perselisihan yang tidak

berkesudahan itu, semoga masyarakat kita dapat menilai khususnya alim ulamak dan bijak pandai

Islam, siapakah yang sebenarnya berada di pihak yang hak dan siapakah pula berada di pihak yang

kabur di dalam menentukan sikap terhadap masalah yang dinyatakan itu.

Ulamak silam telah membentang kepada kita umat kemudian mengenai hukum membuat dan

menjamu makanan kepada orang ramai selepas berlaku kematian. Antara hadith-hadith yang

membincangkan secara khusus mengenai perkara itu ialah :-

Yang Pertama:

Hadith yang sahih dikeluarkan oleh Abu Daud, Al-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Jafar,

beliau berkata, “Apabila tiba berita kematian Ja’far (bin Abi Talib), Nabi bersabda, maksudnya,

“Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja’far (isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya

telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”.

Dalam Hadith di atas, Rasulullah s.a.w. mengarahkan jiran tetangga yang tinggal berhampiran

dengan keluarga si mati membuat makanan kepada mereka yang ditimpa musibah dukacita

kematian. Ja’far bin Abi Talib mati syahid dalam peperangan Mu`tah pada tahun kelapan Hijrah,

sebaik sahaja berita kematiannya sampai, Nabi menyuruh jiran tetangganya melakukan perkara itu

kepada keluarganya supaya meringankan beban dukacita dengan memberi makanan kepada

mereka.

Yang Kedua:

Hadith Jarir bin Abdullah r.a,, maksudnya : “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si

mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian”

Diriwayatkan oleh Ahmad b. Hanbal dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih.

Page 3: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

Hadith di atas menunjukkan kepada kita, bahawa orang ramai yang berhimpun di rumah ahli si mati

dan memakan makanan yang dimasak dan dihidangkan oleh ahli si mati adalah dari perbuatan

ratapan. Ratapan selepas kematian adalah perbuatan jahiliah dan hukumnya haram, sebagaimana

dimaklumi.

Kedua-dua buah hadith yang dipaparkan itu adalah terdiri dari hadith-hadith sahih. Hadith sahih amat

tinggi martabatnya di mana ia menjadi sumber hukum yang kedua selepas kitab suci Al-Quran.

Perbincangan di kalangan Imam-Imam mujtahid dan ulamak-ulamak agung dari empat mazhab

mengenai hukum menjamu makan selepas kematian adalah pada asalnya berdasarkan kepada dua

hadith berkenaan.

Betapa kuatnya sesuatu hukum yang bersandarkan kepada hadith sahih, sehingga Imam Syafiiy

pernah menegaskan mengenai perkara itu, maksudnya, “Apabila sahihnya hadith, maka itulah

mazhab aku, jika tidak sahih, hendaklah kamu campakkannya di belakang dinding”.

3- Pandangan Ulamak Mengenai Menjamu Makanan Dan Perhimpunan Selepas Kematian.Di bawah ini diperturunkan pesanan ulamak besar lagi mujtahid :

3.1 – Imam Al-Syafiiy menegaskan dalam kitabnya Al-Umm:

Maksudnya: Aku suka jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya

(keluarga jauh) memberikan makan kepada ahli mayat yang mengenyangkan mereka pada hari

malamnya kerana itu adalah sunnah dan ingatan (zikir) yang mulia dan ianya perbuatan golongan

yang baik-baik sebelum dan selepas kita, kerana apabila tiba berita kematian Ja;far, Rasulullah s.a.w.

bersabda,

“Buatlah kamu makanan kepada keluarga Ja’far kerana telah menimpa mereka perkara yang

mengharukan”.

Maksudnya: “Aku benci diadakan ma`tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan kepada

mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui dukacita dan membebankan makanan”.

3.2 – Kata Imam Nawawi dalam Kitab Al-Majmu’:-

Telah berkata Al-Syafiiy dalam Al-Mukhtasar : “Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan kepada

jirannya membuat makanan kepada ahli mayat yang mengenyangkan mereka pada hari dan

malamnya, sesungguhnya ia adalah sunnah, dilakukan oleh golongan baik-baik. Kata Ashab kita

(iaitu ulamak Fiqah Syafiiy) membuat pelawaan sungguh-sungguh supaya ahli mayat itu makan,

walaupun mayat berada di negeri lain di sunatkan juga kepada jiran keluarga si mati membuat

makanan untuk mereka”. (2)

3.3 – Mengikut Kitab Al-Fiqahi Ala Al-Madhahib Al-Arbaah:

Setengah daripada perbuatan bid’ah yang makruh apa yang dibuat oleh manusia sekarang ialah

melakukan penyembelihan ketika turunnya mayat dari rumah, ataupun semasa mayat berada di

kubur. Hukumnya bid’ah dan makruh menyediakan makanan kepada mereka yang berkumpul untuk

Page 4: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

memberi takziah, dihidangkan makanan untuk mereka seperti dilakukan (menjamu makanan) di

majlis-majlis atau perayaan kerana kegembiraan.

Jika memberi makan kepada orang ramai selepas suatu kematian sedangkan pewaris itu belum

cukup umur, maka hukumnya haram. Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah

dari Jarir bin Abdullah beliau berkata : “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati

dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian”. (3)

3.4 – Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah berkata:

“Manakala ahli si mati membuat makanan dan memanggil orang ramai supaya memakannya, bahawa

perbuatan ini tidak disyarakkan bahkan ia bid’ah berdasarkan kepada hadith Jarir bin Abdullah kami

mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan mereka memasak makanan untuk dijamu

orang ramai adalah dari ratapan jahiliyyah” (4)

3.5 – Didalam Kitab Fiqh Al-Sunnah menyebut:

Disunatkan membuat makanan kepada ahli si mati, kerana ianya dari perkara kebajikan dan taqarrub

kepada Allah dari jiran tetangga dan dari kaum kerabat (yang jauh). Imam Syafiiy berkata:

“Aku suka kaum kerabat si mati membuat dan memberi makan kepada ahli mayat yang boleh

mengenyangkan mereka untuk hari dan malamnya, kerana ia adalah sunnah dan perbuatan golongan

yang baik-baik.”

Ulamak mengatakan sunat mempelawa sungguh-sungguh supaya ahli mayat memakan makanan

yang diberikan itu supaya mereka tidak menjadi lemah lantaran tidak menjamah makanan disebabkan

terlampau terkejut dengan peristiwa kematian atau dengan sebab segan.

Imam-imam mazhab telah bersepakat bahawa hukumnya makruh ahli si mati membuat makanan

untuk dijamu kepada orang ramai yang berkumpul kepada keluarga si mati. Kerana perbuatan itu

menambahkan lagi musibah ke atas mereka dan memperbanyakkan lagi kesibukan di atas kesibukan

mereka yang ada dan perbuatan itu tak ubah seperti kelakuan golongan jahiliyyah. Hujah ini

berdasarkan hadith Jarir bin Abdullah: “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati

dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian”

Setengah ulamak mengatakan hukumnya haram ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada

orang ramai. (5)

3.6 – Di dalam Kitab Hukmu Al-Quran Lil Amwat menyebut:

Antara bid’ah yang diharamkan ialah ahli si mati menjamu makanan kepada orang yang memberikan

takziah atau memberikan makan kepada fakir miskin selepas mengiring jenazah, pada hari Khamis,

pada hari ketiga, pada hari keempat puluh dan tahunan. Tetapi yang sunnahnya sahabat handai dan

jiran tetangga memberikan makanan kepada ahli si mati kerana Hadith Nabi bersabda: “Hendaklah

Page 5: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

kamu memberikan makanan kepada ahli Ja’far, sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang

mengharukan”. Diriwayatkan oleh Tarmizi dan selainnya dengan sanad yang sahih. (6)

3.7 – Di dalam Kitab Ahkam Al-Janaiz Wa Bidaiha menyebut antara bid`ah ialah:

(i) Ahli si mati menerima tetamu dengan memberikan makan kepada mereka.

(ii) Hukumnya bid’ah apabila menerima jemputan bagi jamuan makanan daripada ahli si mati. (7)

4- Sunat Membuat Makanan Untuk Ahli Si Mati – Pendapat Empat MazhabSelepas kita mengikuti perbincangan ulamak mujtahidin mengenai membuat dan menjamu makanan

selepas kematian atau dengan lain perkataan, membuat kenduri dan jamuan makan selepas

kematian. Difahamkan dari ulasan dan penerangan itu amat berbeza sekali apa yang diamalkan oleh

kebanyakan masyarakat Islam kita pada hari ini, di mana amalan mereka membuat kenduri dan

jamuan makan selepas kematian bercanggah dengan sunnah Nabi dan sunnah sahabat dan

bertentangan dengan fatwa-fatwa ulamak. Kerana masalah ini sangat menebal di amalkan dalam

masyarakat Islam Melayu kita penyusun merasai mustahak membentangkan pula kepada pembaca

pendapat Fuqahaa dari empat mazhab sebagaimana berikut :-

4.1 – Mazhab Maliki

Disunatkan kepada jiran dan seumpamanya menyediakan makanan kepada keluarga si mati kerana

kesibukan mereka terhadap kematian.

4. 2 – Mazhab Hanafi

Disunatkan kepada jiran keluarga si mati dan kaum kerabatnya yang jauh menyediakan makanan

untuk keluarga si mati yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana sabda Nabi

s.a.w: “Hendaklah kamu membuat makanan kepada keluarga Jafar, sesungguhnya telah menimpa

mereka perkara yang mnegharukan”. Kerana memberi makan itu perkara kebaikan dan maruf,

dipelawa sungguh-sungguh kepada mereka supaya mereka makan, kerana kesedihan menghalang

mereka dari makan makanan dan menyebabkan mereka menjadi lemah.

4.3 – Mazhab Hanbali

Disunatkan membuat makanan untuk ahli si mati, dihantar makanan itu kepada mereka kerana

memberi pertolongan dan melembutkan hati mereka. Boleh jadi mereka sibuk dengan ujian bala yang

diterima dan sibuk dengan kunjungan orang ramai yang datang menemui mereka, menyebabkan

tidak dapat menyediakan makanan untuk diri mereka sendiri. Diriwayatkan oleh Abu Daud dari

Abdullah bin Ja’far, beliau berkata apabila tiba berita kematian Ja’far (bin Abu Talib), Rasulullah

s.a.w. bersabda hendaklah kamu membuat makanan kepada keluarga Ja’far, sesungguhnya telah

menimpa mereka perkara yang mengharukan.

Page 6: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Bakar beliau berkata, “Sentiasa Sunnah Nabi itu menjadi ikutan

kami (sahabat Nabi) sehingga ditinggalkan oleh manusia yang meninggalkannya (yakni sehingga

sunnah ini ditinggalkan dan tidak di amalkan oleh kebanyakan orang).

4.4 – Mazhab Syafiiy

Sebagaimana disebut dalam kitab Al-Muhazzab oleh Al-Syairazi (8):

Disunatkan kepada kaum kerabat si mati dan jirannya membuat makanan kepada ahli si mati (suami /

isteri dan anak-anaknya), kerana diriwayatkan apabila Jafar bin Abu Talib terbunuh, Nabi bersabda,

“Hendaklah kamu membuat makanan kepada keluarga Ja’far, sesungguhnya telah menimpa mereka

perkara yang mengharukan”.

Imam Nawawi menyebut di dalam kitab Al-Majmu syarahan kepada kitab al-Muhazzab Imam Syafiiy

berkata di dalam kitab Al- Mukhtasar, “Aku suka kepada kaum kerabat si mati dan jirannya membuat

makanan untuk ahli si mati yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, sesungguhnya

perbuatan itu sunnah dan dilakukan oleh golongan baik-baik.”

Telah berkata Ashab kita (ulamak Fiqah Syafiiy):

“Dipelawakan sungguh-sungguh kepada mereka (keluarga si mati) supaya mereka makan. Walau

mayat itu berada di negeri lain sekalipun, disunatkan juga kepada jiran tetangga keluarga si mati

membuat makanan untuk mereka.”

Setelah kita mengikuti pendapat ulamak di dalam empat mazhab mengenai membuat dan

menyediakan makanan atau jamuan selepas kematian, kita dapati semua mazhab telah bersepakat

bahawa hukumnya sunat bagi jiran tetangga dan bagi kaum kerabat yang jauh kepada si mati

membuat makanan kepada keluarga si mati, bukannya keluarga si mati yang memasak makanan dan

menjamu jiran dan orang ramai apabila suatu kematian berlaku seperti diamalkan oleh masyarakat

kita pada hari ini.

5- Hukumnya Makruh Ahli Si Mati Membuat Makanan Untuk Dijamu Kepada Orang Ramai- Pendapat Empat Mazhab.Sebagaimana penyusun katakan bahawa adat resam ini menjadi ikutan yang setia oleh sebahagian

besar masyarakat Islam di negara kita dan yang paling mendukacitakan ada sesetengah bijak pandai

Islam mempertahankan habis-habisan tradisi turun temurun ini tanpa berpegang kepada dalil-dalil

dan hujjah yang kukuh. Oleh itu penyusun fikir ada baiknya dibentangkan dahulu nas atau teks asal

dalam bahasa Arab oleh ulamak dari empat mazhab kemudian diiringi dengan maksudnya di dalam

bahasa Melayu.

5.1 – Pendapat Mazhab Maliki

Maksudnya: Perhimpunan orang ramai pada makanan di rumah si mati adalah bid’ah yang makruh

tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikit pun, dan itu bukan tempat kenduri jamuan

makan. (9)

Page 7: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

Pendapat ulamak dalam Mazhab Maliki itu jelas menunjukkan bahawa segala perhimpunan atau

keramaian kenduri makan yang diadakan di rumah si mati selepas kematiannya adalah bid’ah lagi

makruh kerana keadaan ketika itu tidak layak diadakan majlis jamuan.

5.2 – Pendapat Mazhab Syafiiy

(a) Sebagaimana di sebut dalam kitab Al-Majmu’ oleh Imam Nawawi:

Maksudnya: Jika ahli si mati membuat makanan untuk orang ramai dan menghimpunkan mereka

kepada makanan itu ianya tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikitpun, dan

perbuatan itu bid’ah yang tidak disunnahkan. Berdalil dengan hadith Jarir bin Abdullah r.a., kami

mengira perhimpunan kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah

dari ratapan kematian (10)

(b) Di dalam kitab fiqah Syafiiy yang lain pula menyebut:

Kesibukan ahli si mati (isteri / suami dan anak-anaknya) dengan memasak makanan (selepas

kematian) dan menghimpun orang ramai untuk diberikan jamuan kepada mereka sebagaimana

menjadi suatu kebiasaan di zaman sekarang, sebenarnya perbuatan itu bid’ah bertentangan dengan

sunnah (ikutan Nabi dan sahabat) dan bercanggah dengan percanggahan yang berat, tetapi yang

sunnahnya ialah sebaliknya (jiran atau keluarga yang jauh atau sahabat handai yang memberikan

makan kepada keluarga si mati).

Setengah dari perkara bid’ah yang dilakukan oleh ahli si mati ialah menghimpunkan orang ramai

dengan memberi jamuan kepada mereka sempena dengan berlalunya tempoh empat puluh hari lepas

kematian dan seumpamanya (seperti tiga hari, tujuh hari, dua puluh hari dan sebagainya). Jika

perbelanjaan nafkah makanan tersebut itu dari harta penerima pusaka yang belum cukup umur, maka

hukum haramnya perbuatan itu adalah sangat berat, kerana memakan harta anak yatim dan

menghabiskan hartanya bukan untuk faedah kebajikannya. Orang yang mengajak kepada makanan

itu dengan orang yang memakannya adalah sama-sama berkongsi melakukan perkara yang

diharamkan. (11)

(c) Hasyiah Iaanah Al-Talibin Syarah kepada Kitab fiqah Fathu Al-Muiin– merupakan kitab fiqah

mazhab Syafiiy yang penting – ada menyebut antaranya:

Hukumnya makruh ahli si mati duduk menunggu untuk menerima takziah dan makruh membuat

makanan serta menghimpun orang ramai bagi menjamu mereka (kerana berpegang kepada hadith)

yang di riwayatkan oleh Ahmad dari Jarir bin Abdullah r.a. beliau berkata kami mengira perhimpunan

orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari

ratapan kematian.

Apa yang dilakukan oleh orang ramai dengan berkumpul di rumah ahli si mati dan membuat makanan

adalah dari perbuatan bid’ah yang mungkar yang mana diberi pahala kepada pihak penguasa yang

mencegah perbuatan itu.

Page 8: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

Dijadikan adat kebiasaan ahli si mati membuat makanan untuk menjemput orang ramai bagi

menikmati makanan yang dimasak. Perbuatan itu adalah bid’ah lagi makruh, seperti juga hukumnya

bid`ah lagi makruh kepada orang yang menerima panggilan itu.

Setengah dari bid’ah yang menukar, makruh dilakukan, seperti apa yang dibuat oleh manusia

daripadawahsyah (berkumpul serta memberikan makan kepada orang ramai), menghimpun orang

ramai dan mengadakan sambutan majlis kenduri makan sempena empat puluh hari kematian.

Bahkan semua itu menjadi haram jika perbelanjaan berkenaan dari harta mahjur (belum baligh, gila

dan sebagainya) atau dari harta si mati yang mempunyai bebanan hutang ke atasnya atau jika timbul

pelbagai kemudaratan dan sebagainya.

Rasullullah s.a.w. berkata kepada Bilal bin Al- Harthi

Wahai Bilal siapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahku yang dimatikan selepas ku ini dia

akan mendapat pahala seperti orang yang beramal dengannya tanpa kurang sedikitpun pahala

mereka itu, dan siapa merekaciptakan suatu bid`ah yang sesat tidak diredhai Allah dan Rasulnya dia

akan mendapat dosa seperti orang yang melakukannya tanpa sedikitpun kurang dari dosa mereka itu.

Tiada keraguan lagi bahawa mencegah manusia dari melakukan perkara bid’ah yang mungkar itu

bererti menghidupkan sunnah Rasul dan mematikan bid’ah serta membuka lebih banyak pintu-pintu

kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan.

Makruh ahli si mati menerima tetamu dengan menjamu makanan kepada mereka dan ianya bid’ah

kerana memberikan makan kepada tetamu itu disyarakkan pada masa gembira sahaja. Sebagaimana

diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih dari Jarir bin Abdullah.

Beliau berkata, “Kami mengira perhimpunan kepada ahli si mati dan mereka membuat makanan

adalah dari perbuatan ratapan kematian” (12)

5-3 Mazhab Hanbali

Jika ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai, maka hukumnya makruh,

kerana perbuatan itu menambahkan lagi ke atas musibah mereka dan menambahkan lagi kesibukan

ke atas kesibukan mereka yang sedia ada, dan kelakuan itu seperti perbuatan golongan jahiliah. (13)

Di dalam Mazhab Hanbali ada pengecualiannya, iaitu jika terpaksa keluarga si mati membuat

makanan kepada orang ramai, maka hukumnya harus. Umpamanya memberi makan kepada orang

yang hadir menziarahi mayat, mereka itu datang dari tempat-tempat dan perkampungan yang jauh

dan mereka bermalam di rumah keluarga si mati dan terpaksa menerima mereka sebagai tetamu.

(14)

5.4 – Mazhab Hanafi

Hukumnya makruh keluarga si mati menerima tetamu dengan memberi makan kepada mereka,

kerana yang demikian itu disyarakkan hanya di waktu kebahagiaan bukan dalam waktu kesedihan

Page 9: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

(seperti selepas kematian), ianya adalah bid’ah yang keji, diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal

dan Ibnu Majah dengan Isnad yang sahih dari Jarir bin Abdullah, beliau berkata:

“Kami mengira perhimpunan kepada keluarga si mati dan mereka membuat makanan (untuk dijamu

kepada orang yang berhimpun itu) adalah dari ratapan kematian.” (15)

6- Hujah Dari Kitab-Kitab JawiSelepas pembentangan pendapat ulamak dari empat mazhab yang berasal dari bahasa Arab,

penyusun akan membentangkan pula pendapat ulama kita dalam mazhab Shafiiy yang ditulis dalam

bahasa Melayu lama melalui tulisan jawi. Ulamak besar yang berkemampuan tinggi di dalam agama

dan bahasa Arab ini banyak mengarang kitab-kitab agama dalam bahasa Melayu dalam tulisan jawi.

Kebanyakan kitab-kitab karangan mereka menjadi rujukan utama kepada penuntut-penuntut di

madrasah-madrasah pondok di zaman dahulu dan sekarang.

6.1 – Kitab Furuu Al-Masaail

Antara lain yang dijelaskan di dalam kitab ini ialah seperti berikut:

(i) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak amalan yang dibuat oleh orang ramai apa yang

dinamakankaffarah dan wahsyah (16), iaitu berkumpul dan berhimpun serta memberi makan kepada

orang ramai pada malam pertama selepas dikebumikan mayat, berhimpun dan memberi makan pada

tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan sebagainya.

(ii) Amalan seperti itu tidak sah wasiatnya

Teks atau nas asalnya berbunyi

“Dan demikian lagi yang dikerjakan manusia dengan barang yang dinamakan ia dengan kaffarah dan

daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada

ditanam mayat dan tujuh harinya dan dua puluh harinya dan ernpat puluh harinya dan umpama yang

demikian itu haramkah? atau makruh? atau harus? (maka dijawabnya) maka adalah segala yang

tersebut makruh yang dicela pada syarak, kerana tegah pada syarak. Kata Syeikh Ibnu Hajar, “Tiada

sah wasiatnya” (17)

6.2 – Kitab Sabil Al-Muhtadi

Ringkasan yang difahami dari kitab ini ialah:

(i) Hukumnya bid’ah dan makruh jika dibuat kenduri makan selepas kematian dan dijemput orang

ramai supaya memakan makanan itu, sama ada jamuan itu diberi sebelum mayat dikebumikan atau

selepas dikebumikan..

(ii) Hukumnya juga makruh dan bid’ah kepada sesiapa yang menerima jemputan itu dan

menghadirinya.

Teks asalnya berbunyi:

Page 10: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

“Dan makruh lagi bid’ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya manusia atas

memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah teradat

dan demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala mereka yang diserunya perkenankan seruan”. (18)

6- 3 Kitab Kasyfu Al-Litham

Ringkasan yang difahami dari kitab ini ialah:

(i) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak bila keluarga si mati memberi makan kepada orang

ramai sebelum atau selepas dikebumikan mayat.

(ii) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak membuat penyembelihan di kubur.

(iii) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak apa yang dinamakan kaffarah dan wahsyah iaitu

berhimpun dan berkumpul dengan memberi makan kepada orang ramai di malam pertama selepas

pengebumian mayat, tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan sebagainya seperti yang telah

dijelaskan.

Teks asalnya berbunyi:

“Barang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan perhimpunan

manusia atas dahulu daripada tanam mayat dan kemudian daripadanya dan menyembelih pada

kubur dan demikian lagi yang dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dengan

kaffarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian

daripada ditanam mayat dan tujuh hari dan dua puluh hari dan empat puluh hari dan umpamanya

yang demikian itu yang dibuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut itu

makruh yang dicela oleh syarak kerana tegah pada syarak.” (19)

6.4 – Kitab Bughyatu Al-Tullab.

Ringkasan yang dipetik dari kitab ini antara lain ialah:

(a) Hukumnya sunat kepada jiran keluarga si mati kepada kawan kenalan keluarga si mati, kepada

kaum kerabat yang jauhnya membuat dan membawa makanan kepada keluarga si mati yang boleh

mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.

(b) Hukumnya makruh dan bid’ah jika ahli si mati membuat makanan dan menjemput orang ramai

supaya memakannya, sama ada sebelum pengebumian mayat atau selepas pengebumiannya.

(c) Hukumnya bid’ah yang buruk lagi makruh yang diamalkan oleh orang ramai apa yang dinamakan

kaffarah dan wahsyah iaitu berhimpun dengan memberi makan kepada orang ramai selepas

pengebumian mayat, tujuh hari, empat puluh hari dan seumpamanya, seperti yang telah dinyatakan.

(d) Asal sunat memberi makan ialah memberi makan kepada ahli si mati bukan keluarga si mati

menjamu makan kepada orang lain, kerana sabda Nabi s.a.w., “Buatlah kamu rnakanan kepada

keluarga Ja’far. Sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan mereka”.

Page 11: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

Sabda Nabi s.a.w itu diucapkan sebaik sahaja sampai berita mengenai kematian Ja’far bin Abu Talib

terbunuh dan mati syahid di dalam peperangan Mu`tah.

Teks atau nas asalnya berbunyi, “Dan sunat bagi jiran keluarga mayat dan orang yang kenal dengan

keluarganya jikalau bukan jirannya sekalipun dan segala kerabatnya yang jauh membawa makanan

kepada orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu pada hari dan malamnya

menyungguh-nyungguh akan mereka itu suruh memakan kerana mereka itu terkadang meninggal

akan memakan sebab sangat terkejut hati mereka itu dan tiada mengapa sungguh-sungguh

menyuruh.”

Dan makruh lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan dan menyeru segala manusia

supaya memakannya sama ada dahulu daripada mengebumikan mayat atau kemudian daripadanya

seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia.

Demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala orang yang diserukan dia memperkenankan seruannya.

Dan setengah daripada yang qabihah lagi makruh mengerjakan dia barang yang dikerjakan

kebiasaan manusia barang dinamakan dengan kaffarah dan wahsyah dan tujuh hari dan empat puluh

dan umpama yang demikian itu.

Ada pun asal sunat menyediakan makanan itu pada barang yang dahulunya sabda Nabi s.a.w.

tatkala datang khabar kematian Sayyidina Ja’far bin Abu Talib pada perang Mu’tah perbuat oleh mu

bagi keluarga Ja’far makanan maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang

membimbangkan mereka itu. (20)

6- 5 Kitab Bahru Al-Madzi

Maksudnya antara lain seperti:

(i) Keluarga si mati memasak makanan dan menghimpun orang ramai dan menjamu mereka

makanan itu tidak ada sedikit pun sandaran riwayat yang boleh dipegang dan diikuti dari Nabi s.a.w

dan dari sahabatnya.

(ii) Hukumnya bid’ah dan makruh jika keluarga si mati memasak dan mengumpulkan orang ramai dan

menjamu mereka, kerana berpandukan hadith Jarir bin Abdullah katanya, “Kami rnengira

perhimpunan orang ramai kepada keluarga si mati dan mereka (keluarga) membuat makanan

selepas pengebumian mayat adalah daripada perbuatan ratapan kematian”.

(iii) Yang sunnah dan sunat ialah kaum kerabat si mati yang jauh, jiran tetangga dan sahabat

handainya memasak dan menjamu kepada ahli atau keluarga si mati sekadar mengenyangkan

mereka pada hari dan malamnya. (21)

7 -Kesimpulan7.1 – Adat kebiasaan orang Islam di Nusantara khususnya masyarakat Melayu di tanah air kita

menjemput, mengumpul orang ramai dan memberi makan kepada mereka oleh keluarga si mati sama

Page 12: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

ada mayat sebelum atau selepas dikebumikan adalah bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w dan

sahabatnya.

7.2 – Mengumpul dan menjamu makanan kepada orang ramai menjadi agenda utama kepada ahli si

mati apabila suatu kematian berlaku, padahal perbuatan itu adalah bid’ah dan makruh yang perlu

dihapuskan oleh semua pihak.

7.3 – Telah bersepakat kata oleh Imam-Imam mazhab empat dan kibar al-ulamak (ulamak agung)

tentang makruhnya ahli si mati menghimpun dan menjamu manusia selepas kematian. Yang paling

ramai mengatakan demikian ialah ulamak dari mazhab Syafiiy.

7.4 – Hukumnya sunat kepada jiran ahli si mati, kepada kawan kenalan keluarga si mati, kepada

kaum kerabat yang jauh membuat dan membawa makanan kepada ahli si mati yang boleh

mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. Itulah sunnah yang perlu diikuti oleh semua umat

Islam.

7.5 – Hukumnya makruh dicela oleh syarak adat yang diamalkan oleh umat Islam iaitu menghimpun

orang ramai dan diberi makan kepada mereka pada malam pertama selepas dikebumikan mayat,

tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan seumpamanya. Perbuatan itu

dinamakan wahsyah dankaffarah.

7.6 – Orang ramai berkumpul di sisi keluarga si mati selepas kematian berlaku dan ahli si mati

membuat makanan dan menjamu mereka, perbuatan itu bid’ah yang mungkar dan diberi pahala

kepada pihak penguasa dan kepada sesiapa yang mencegahnya.

7.7 – Hukumnya bid’ah dan makruh bukan hanya kepada ahli si mati yang memasak, menghimpun

dan menjamu makanan kepada orang ramai sahaja, tetapi juga bid`ah makruh itu kena kepada siapa

sahaja yang menerima panggilan itu.

7.8 – Mencegah masyarakat dari melakukan bid’ah yang mungkar itu bererti menghidupkan sunnah,

manakala membiarkan mereka terus beramal dengannya bererti mematikan sunnah dan sekaligus

menyuburkan bid’ah.

7.9 Jika perbelanjaan makanan yang dijamu itu dari harta yang belum baligh, harta

orang mahjur (iaitu orang yang tidak dibenarkan oleh syarak untuk menguruskan hartanya) dan dari

harta si mati yang menanggung bebanan hutang, maka hukumnya ialah kongsi bersama antara yang

memanggil dengan orang yang memakan pada melakukan yang haram.

7. l0 Hukum makruh keluarga si mati menerima tetamu serta menjamu makanan kepada mereka.

Kecuali tetamu itu datang dari tempat yang jauh terpaksa bermalam di rumah ahli si mati itu.

8 – Pelbagai Alasan Dan Hujah Ditonjolkan Oleh Barisan Yang Mempertahankan Pusaka Adat Yang Bid’ah Ini. Antara Lain Ialah:

Page 13: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

8.1 – Orang yang membangkitkan isu bid’ah dan makruh ahli si mati menghimpun orang ramai,

memasak dan menjamu makanan kepada mereka adalah terdiri dari ulamak kaum muda.

Setengahnya pula mengatakan dari pengikut Wahabi.

Kita merasa aneh dan hairan apabila dituduh dan dicop kaum muda ke atas orang yang menyebarkan

pendapat-.pendapat kibar ulamak silam yang mulia, termasuk ulamak mujtahid dari empat mazhab.

Kita mengatakan bid’ah kerana mereka itu mengisytiharkan bid’ah berdasarkan dalil-dalil yang amat

kukuh. Rata-rata ulamak yang mulia itu mengemukakan dua buah hadith sahih yang telah

dibentangkan di permulaan risalah ini sebagai dalil yang utama. Mana lagi ada hujah yang lebih kuat

dari Hadith sahih?. Apakah akibatnya jika seorang itu menolak hadith sahih?. Ulamak yang

mengatakan demikian bukan sebarangan, tetapi mereka itu terdiri dari Imam-Imam mazhab dan

ulamak agung seperti Imam Syairazi, Imam Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qudamah, Al-Sayyid Abu

Bakr bin Al-Sayyid Muhammad, Al-Syaikh Daud Al-Fataniy, Al-Shaikh Muhammad Al-Banjariy dan

sehingga tidak terbilang ramainya. Kalau dibandingkan ilmu dan kemampuan mereka dengan bijak

pandai agama masa kini nescaya didapati jaraknya beribu batu. Siapa sebenarnya yang didakwa

sebagai kaum muda?. Adakah mereka yang mempertahankan pendapat ulamak tersebut? Atau kaum

muda yang sebenar ialah mereka yang mempertahankan adat istiadat itu dan membelakangkan

pendapat ulamak berkenaan tanpa berlandaskan hujah yang benar dan kukuh.

Sesungguhnya ulamak yang menghukumkan bid’ah dan makruh dalam masalah tersebut adalah

terdiri dari ulama lampau yang sudah lama meninggal dunia, tetapi yang masih ada di tangan

generasi sekarang hanya karya dan kitab-kitab karangan mereka sahaja yang menjadi bahan rujukan

dan kajian. Oleh itu tidak masuk akal kalau dilabelkan mereka kaum muda.

Manakala tuduhan yang mengatakan kononnya golongan yang membangkitkan isu ini adalah mereka

dari fahaman Wahbiy. Tuduhan itu tidak benar malahan keterlaluan, kerana yang mengatakan bid’ah

dan makruh ahli si mati menghimpun, membuat dan menjamu makanan kepada orang ramai selepas

kematian sama ada sebelum atau selepas dikebumikan ialah Imam-Imam mazhab, bahkan yang

paling ramai menghukum begitu ialah ulamak mazhab Syafiiy sendiri. Tiada seorang pun pendapat

dari fahaman Wabiy dicatat dalam risalah kecil ini. Kita ingin bertanya mazhab apakah dipegang oleh

golongan yang masih sayang kepada adat istiadat itu?. Tidakkah lima buah kitab jawi mazhab Syafiiy

yang dibentangkan semuanya mengatakan bid’ah dan makruh?.

8.2 – Apakah salahnya memberi makan oleh si mati kepada orang ramai bersama majlis tahlil dan

doa kepada ruh si mati kerana perhimpunan memberi makan bukan menjadi tujuan utama bahkan

ianya sebagai sampingan sahaja, matlamat utamanya ialah tahlil dan doa kepada ruh si mati. Kalau

tidak diberi makan nescaya orang ramai tidak akan hadir ke majlis tahlil itu.

Jawapannya:

Yang sunnahnya jiran, kaum kerabat yang jauh dan sahabat handai memberi makan kepada ahli si

mati. Jika ahli si mati memberi makan kepada orang ramai hukumnya tetap bid’ah dan makruh

Page 14: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

walaupun ada bersama majlis tahlil dan doa kepada si mati. Mengenai orang ramai tidak hadir ke

majlis tahlil kalau tidak diberi makan kepada mereka tidak timbul sama sekali, yang bid’ah itu

bid’ahlah ia walau berbagai helah dibuat, kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

Jalan yang paling selamat dalam hal ini hendaklah kita ikut pesanan Imam Syafiiy. Katanya, “Aku

benci diadakan ma`tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan untuk mereka, keraña

sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui duka cita dan membebankan penyediaan makanan”.

Sehubungan dengan itu dijelaskan lagi di dalam kitab fiqah Syafiiy katanya, “Apa yang dilakukan oleh

orang ramai dengan berkumpul di rumah ahli si mati dan membuat makanan (oleh keluarga si mati)

bahawa kelakuan itu dari kerja bid’ah yang mungkar… (22)

8.3 – Setengah masyarakat kita pula apabila berlaku kematian, keluarga si mati tidak memasak

sendiri makanan itu, tetapi ditugaskan kepada orang lain membeli bahan-bahan makanan dan

memasak atau kadang-kadang dimasak di rumah jiran yang berhampiran. Setelah siap dimasak,

dibawa makanan itu ke rumah si mati untuk dijamu kepada orang ramai.

Jawapannya:

Perbuatan itu hanya helah semata-mata untuk melarikan diri dari dikatakan ahli si mati yang

memasak dan menjamu orang ramai ianya membawa kepada bid’ah dan makruh. Walaupun ahli si

mati tidak memasak sendiri, tetapi segala perbelanjaan masih tertanggung ke atasnya dan segala

urusan di bawah arahannya, maka amalan itu tidak terlepas dari kerja bid’ah dan makruh. Begitu juga

jika dimasak makanan itu di rumah jiran yang berhampiran dan dibawa makanan itu ke rumah ahli si

mati untuk dijamu kepada orang ramai. Kenapakah diadakan pelbagai helah muslihat bagi

mengharuskan perkara bid’ah itu? Alangkah baiknya jika digunakan perbelanjaan makanan itu ke

tempat yang dijamin mendapat pahala dan bukannya di tempat yang bercanggah dengan hadith Nabi

s.a.w.

Bukan semua perkara kebaikan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya di dalam semua

keadaan. Begitulah juga halnya jika memberi makan kepada orang ramai dengan niat ikhlas ianya

dari kerja kebajikan dan amal soleh, tetapi jika ahli si mati menghimpun orang ramai, memasak dan

menjamu mereka selepas kematian, sama ada sebelum atau selepas dikebumikan mayat, hukumnya

bukan lagi sunat bahkan menjadi bid’ah dan makruh yang perlu dielakkan oleh umat Islam.

8.4 – Apakah hendak dibuat dengan derma takziah yang diterima dari sahabat handai dan dari orang

ramai. Kalau tidak dibelanjakan kepada kenduri memberi makan kepada orang ramai?

Jawapannya:

Sumbangan derma takziah yang diterima dari rakan kenalan, dari jiran tetangga dan dari orang ramai

hendaklah dimanfaatkan pada pelbagai tempat yang selamat mendapat ganjaran pahala dan bukan

dilaburkan kepada unsur-unsur mungkar, bid’ah dan makruh.

Page 15: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

8.5 – Ada juga yang mengatakan masalah ini adalah isu yang remeh-temeh, banyak lagi perkara

yang penting perlu diselesaikan.

Jawapannya:

Apakah perbelanjaan yang melibatkan beratus malahan beribu ringit kepada yang makruh dan bid’ah

itu dari perkara remeh temeh?.Usaha menyelamatkan masyarakat Islam dari terus terjerumus di

dalam bid`ah yang dicela lagi tidak menguntungkan itu adalah ianya dari kerja sia-sia?. Bolehkah

dikatakan seorang mukmin yang bijak sedangkan beliau tidak dapat membezakan antara sunnah

dengan bid’ah, antara sunat dengan makruh dan antara mungkar dengan ma’ruf?

Ajaran Islam semuanya penting dan memberatkan timbangan di akhirat nanti atau dengan lain ibarat,

diberi ganjaran pahala kepada semua amal soleh kecil dan besar, tidak dikatakan amal soleh segala

perbuatan bid’ah, mungkar dan makruh. Oleh itu hendaklah kita memperbanyakkan amal soleh

dengan mengikuti ajaran Islam semuanya tanpa menerima separuh menolak separuh yang lain.

8.6 – Amalan adat istiadat ini sudah lama bertapak di tanah air kita, tidak sahaja diamalkan oleh

orang awam malahan juga turut dilakukan oleh orang yang bergelar tuan guru, ustaz, pak kiyai dan

pak lebai. Kalaulah perkara itu bid’ah dan makruh tentulah tidak di buat oleh mereka itu.

Jawapannya:

Kita tidak boleh mengikut pak lebai dengan membuta tuli tanpa dalil dan hujah yang kuat, kerana pak

kiyai dan ustaz tidak boleh ditentukan betul dan salah di atas kelakuan dan amalannya itu, tetapi yang

menjadi ukuran ialah Kitab AlIah dan sunnah Nabi s.a.w. Bila tindakan dan perbuatan mereka

menepati dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi, menunjukkan mereka berada di dalam kebenaran dan

perlu dicontohi oleh semua muslim dan muslimat. Manakala perbuatan mereka itu bercanggah

dengan kitab Allah atau bercanggah dengan Sunnah NabiNya, mereka tidak lagi harus diikuti dan

dicontohi walau betapa tinggi jawatan yang mereka sandang dan betapa mulia martabat yang mereka

duduki.

Apakah tuan-tuan guru dan pak-pak kiyai yang sayangkan adat bid’ah yang makruh itu lebih alim dan

lebih faqih dari Jarir bin Abdullah, Imam Nawawi, Ibnu Qudamah, Sayyid Abu Bakar dan lebih luas

ilmunya dari Syaikh Daud Fataniy?

9- Cadangan9.1 – Apabila berlaku suatu kematian di dalam keluarga umat Islam, hendaklah mereka mengelakkan

dari terikut-ikut dengan adat kebiasaan yang bid’ah seperti orang ramai berhimpun pada keluarga si

mati dan keluarga si mati memasak dan menjamu mereka samada sebelum atau selepas

pengkebumian mayat.

9.2 – Hendaklah menjauhkan diri dari melakukan amalan yang dinamakan kaffarah dan wahsyah iaitu

orang ramai berhimpun di sisi keluarga si mati dan keluarga si mati menjamu mereka pada malam

Page 16: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

pertama selepas pengebumian mayat, pada hari ketujuh, hari kedua puluh, hari ke empat puluh dan

seumpamanya.

9.3 – Hentikan helah muslihat, takwil dan qias yang tidak sihat dengan pelbagai cara bagi

mengekalkan amalan bid’ah selepas kematian.

9.4 – Segala jemputan kenduri makan selepas kematian hendaklah ditolak, kerana ianya bid’ah serta

makruh kepada orang yang memakan dan yang menjemput. Sekiranya perbelanjaan makanan itu

dari harta mahjur (orang yang ditahan dari mengurus hartanya) atau dari harta yang belum baligh

atau dari harta si mati yang menanggung bebanan hutang, bukan lagi makruh malahan wajib ditolak

panggilan itu kerana hukumnya sama-sama berkongsi yang haram pula.

9.5 Diharap mendapat kerjasama umat Islam dari semua pihak, terutama dari bijak pandai Islam bagi

menghapuskan unsur-unsur bid`ah itu.

9.6 Dicadangkan segala derma takziah yang diterima oleh keluarga si mati diinfaqkan pada sedekah-

sedekah jariah untuk roh si mati, seperti untuk membina masjid, membangunkan sekolah-sekolah

pendidikan Islam, pusat-pusat tahfiz Al-Quran dan sebagainya. Derma takziah juga boleh

disumbangkan kepada segala jenis sabilillah. Kata Imam Nawawi telah ijma ulama bahawa sedekah

orang hidup untuk orang yang telah mati, memberi faedah dan sampai pahala sedekah itu

kepadanya. (23)

9.7 Dicadangkan kepada masyarakat Islam di semua peringkat agar dapat menukarkan bid’ah

dengan al-sunnah dari Nabi dan sahabat, iaitu jiran, kaum kerabat yang jauh dan sahabat handai

kepada ahli si mati memberi makan kepada mereka bukan keluarga si mati menjamu makan kepada

orang ramai.

9.8 Diharap kepada ikhwan dan akhawat yang masih sayang kepada adat tradisi tersebut supaya

meneliti dengan halus dalil-dalil dan hujah yang ditegaskan oleh ulamak muktabar melalui puluhan

kitab karangan mereka.

9.9 Diharap setiap muslim dan muslimah menjadi ejen penyebaran dakwah mengenai maklumat ini

kepada masyarakat kita dengan kesungguhan. Tugas ini menepati dengan tuntutan dari hadith sahih

yang di riwayat oleh Muslim maksudnya, “Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan (khair) dia

mendapat pahala seperti orang yang membuatnya”.

10- PenutupSukacita diulangkan lagi bahawa ketetapan hukum yang ditegaskan di dalam risalah ini bukan dari

pendapat penyusun dan jauh sekali dari mengeluarkan fatwa, tetapi tulisan ini hanya pendedahan

hukum dari Imam-Imam mazhab, kibar ulamak dan ulamak mujtahid mengenai bid’ah dan makruh

apa yang dilakukan oleh ahli si mati selama ini selepas berlaku kematian.

Page 17: Tidakkah bid'ah menyediakan makanan selepas kematian?

Semoga dengan usaha yang sedikit ini di harap mendapat keredhaan Allah Taala dan moga-moga

bermanfaat pada hari yang tidak berfaedah lagi segala harta dan anak pinak. Astaghfirullah Al-Azim,

Wallah Alam.