akta pendaftaran kelahiran & kematian

39
By By DSP VICTOR GOPAL DSP VICTOR GOPAL MAKTAB PDRM KL MAKTAB PDRM KL CHERAS, SELANGOR. CHERAS, SELANGOR. AKTA PENDAFTARAN AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957 1957

Upload: raja-mangeet-singh

Post on 24-Nov-2015

193 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Akta Pendaftaran dan Kelahiran

TRANSCRIPT

  • AKTA PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN 1957By DSP VICTOR GOPALMAKTAB PDRM KLCHERAS, SELANGOR.

  • OVERVIEWAkta terpakai bagi Malaysia Barat sahaja (Akta Tafsiran (Interpretation Act) 1967 s. 3 termasuk semua Wilayah Persekutuan)KEPENTINGAN Mendaftar kelahiran, kelahiran mati (still born), & kematianKeterangan muktamad tentang kewujudan seorang samada masih hidup atau telah mati (s. 33).Menentukan umur, bangsa dan jantina

  • LEGAL IMPLICATIONS Perkhawinan Lelaki dengan Lelaki ? (Law Reform Marriage & Divorce Act 1976, Syariah Laws).Wasiat (Wills and Intestacy takes effect on death).Isu Penjagaan Anak (Guardianship/Trust deeds) Efek InsuranTindakan sivil tukar kepada Administrator of Estate, next of kin.

  • Sambungan Legal ImplicationsTuduhan jenayah di tarik balikTuduhan Rogol (only a woman can be raped, S. 376 Kanun Keseksaan, pembuktian dengan sijil kelahiran)Keterangan di Mahkamah - Pembuktian kematian untuk terima keterangan saksi yang telah mati S. 32 Akta Keterangan.

  • PEMBAHAGIAN AKTABAH I. Tafsiran, perlantikan Pendaftar, Penolongnya, Peruntukan & Penyelenggaraan daftar.Bah II.Pendaftaran KelahiranBah IIIPendaftaran kematianBah IVAm Sijil Kelahiran & Kematian, kesalahan-kesalahan dan hukuman

  • BAH II PENDAFTARAN KELAHIRANS. 7 (1) Tiap-tiap kelahiran, lahir mati dan kanak-kanak yang dihidup dijumpai terdedah di Malaysia hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran dimana kanak-kanak itu dilahirkan atau lahir mati atau dijumpai terdedah selepas kelahiran (2) Orang-orang yang layak memberi maklumat berkenaan adalah: ibu-bapa kanak-kanak itu, penduduk rumah di mana kanak-kanak itu dilahirkan, mana-mana orang yang ada ketika kelahiran itumana-mana orang yang menjaga kanak-kanak itu

  • Sambungan S. 7PERUNTUKAN KHAS UNTUK ORANG CINA

    S. 7 (3) Orang keturunan Cina boleh memasukkan dalam daftar kelahiran nama kanak-kanak dalam tulisan Cina

  • S. 8 Memaklumkan kelahiran kepada Pendaftar dalam tempoh 14 hariTiap-Tiap pemberitahu yang layak untuk memaklumkan kelahiran sebelum habis tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran.(kesalahan d/b s. 35(c)). S.9 Menjumpai Kanak-kanak baharu lahir Orang-orang yang menjumpai kanak-kanak yang baharu lahir dan terdedah atau mana-mana orang yang mana kanak-kanak itu diletakkan di bawah jagaannya untuk memberitahu Pendaftar sebelum habis tempoh 14 hari dari tarikh kanak-kanak dijumpa. (Kesalahan d/b s. 35 (a)).

  • S. 10 Pendaftaran Lahir Mati(a) Pemberitahu yang layak berkenaan lahir mati untuk mendapatkan perakuan bertulis yang ditandatangani oleh pengamal perubatan berdaftar atau bidan berdaftar yang membuat rawatan semasa kelahiran atau memeriksa tubuh kanak-kanak itu bahawasanya kanak-kanak itu tidak dilahirkan hidup;(b) Membuat suatu perisytiharan dalam borang yang ditetapkan bahawa tiada pengamal perubatan atau bidan berdaftar yang ada semasa kelahiran atau memeriksa tubuh itu dan bahawa satu perakuan dari pengamal perubatan atau bidan tidak dapat diperoloehi dan kanak-kanak itu tidak dilahirkan hidup.

  • S. 11- Penangguhan Pendaftaran (1) Jika selepas 14 hari dan sebelum 43 hari dari tarikh kelahiran atau kelahiran mati seseorang kanak-kanak, Pendaftar boleh dengan pembayaran fee mendaftarkan butir butir kelahiran itu.(2) Tiada pembayaran fee keatas mendaftarkan kanak-kanak baharu lahir yang hidup dan dijumpai terdedah.S. 12 Kuasa Pendaftar Besar terhadap pendaftaran lewat(1) Selepas 42 hari, pendaftaran kanak-kanak atau kanak-kanak baharu lahir yang hidup dijumpai terdedah, pendaftaran tertakluk kepada kebenaran bertulis dengan syarat-syarat dari Pendaftar Besar. (2) Seksyen ini tidak terpakai kepada kelahiran mati.

  • S. 13 Peruntukan mengenai bapa kepada anak tak sah taraf (Legitimacy Act 1961)(1) Bapa kepada kanak-kanak tak sah taraf tidak dikehendaki memberi maklumat berkenaan dengan kelahiran kanak-kanak itu dan nama bapa tidak perlu dicatat dalam daftar kecuali atas permintaan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kepada kanak-kanak itu.S. 13A Nama keluarga kanak-kanak(1) Nama bapa menjadikan nama keluarga kepada anak sah taraf(2) Nama anak yang tidak sah taraf boleh menjadikan nama ibunya sebagai nama keluarga tetapi seorang yang mengakui dirinya sebagai bapa dan mengikuti peruntukan s. 13 boleh memberi namanya sebagai nama keluarga.

  • S. 14 Kwajipan Pendaftar mengeluarkan suatu perakuan kelahiran kepada pemberitahu kelahiran.

    S. 15 Pendaftaran nama kanak-kanak atau pengubahan nama(1) Sebelum habis tempoh 1 tahun dari tarikh kelahiran, pendaftaran nama anak atau nama untuk diubah boleh dibuat sedemikian dengan bayaran suatu fee yang ditetapkan oleh Penguasa Pendaftar. Akan tetapi nama asal dalam daftar tidak akan dipadamkan

  • Sambungan S. 15S. 15 (2) (a) Kanak-kanak yang didaftarkan tanpa nama selepas 1 tahun tetapi sebelum mencapai umur 21 tahun, ibu/bapa atau penjaga boleh mendaftar satu nama dengan pembayaran suatu fee.(b) Seorang yang tiada nama selepas berumur 21 tahun boleh mendaftar sesuatu nama sendiri dengan pembayaran suatu fee.(5) Peruntukan seksyen ini tidak terpakai kepada bayi lahir mati atau bayi yang telah mati sebelum penyerahan mana-mana perakuan.

  • S. 16 Pendaftaran nama yang tidak disukai atau dingini. Pendaftar Besar boleh menyebabkan nama didaftarkan atau tidak didaftarkan terhadap nama yang tidak menyenangkan atau tidak diingini (objectionable and undesirable).

    S.17 Pendaftaran semula kelahiran orang yang disahtarafkan (illegitimate to legitimate)(1) Pendaftaran semula boleh dilakukan jika orang itu disahtarafkan dalam erti Akta Kesahtarafan 1961 (Legitimacy Act).

  • Sambungan S. 17(2)Ibu bapa kepada anak yang disahtaraf yang gagal mendaftar anak semula dalam tempoh 3 bulan dari tarikh anak disahtarafnya, Pendaftar Besar boleh dengan memberi satu notis kepada ibu bapa untuk memberi maklumat bagi tujuan pendaftaran semula.

    (3)Tiada fee dikenakan jika maklumat itu diberi dalam tempoh 3 bulan

  • KES-KES MAHKAMAH BERKAIT DENGAN SIJIL KELAHIRANJAMALUDDIN B. HASHIM V PP [1999] 4 MLJ 1 (HC) Statutory Rape Case Girl under 16 years. IO obtained NRIC as proof of age. Held: NRIC not the right document, it should be the Birth Certificate.

    CHIN YOKE TENG & ANOR V WILLIAM UI YE MEIN [2005] 2 MLJ 480 (HC) Civil case Promise of Marriage. Plaintiff named unborn child of 33 weeks as 2nd Plaintiff. Held Unborn child not being a person as yet and therefore cannot be named as 2nd Plaintiff.

  • WONG CHIOU YONG V PENDAFTAR BESAR/KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA [2005] 1 MLJ 551 (HC) Plaintiff has 2 sex organs at birth. Father registered him as a female. P undergo reassignment operation to be a male and wanted sex to be changed in birth certificate. JPN refuses. Held: Father registered child as female and the sex determined at birth remains. (Situation same as in England but not other European countries)

  • BAH III PENDAFATARAN KEMATIAN S. 18 Butir-butir kematian hendaklah didaftarkanKematian tiap-tiap orang yang mati di Malaysia dan sebabnya hendaklah didaftarakan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana kematian itu berlaku.

    Dengan syarat bahawa jika mayat dijumpai dan tiada maklumat mengenai tempat kematian diperolehi, maka kematian itu hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran dimana mayat itu dijumpai.

  • S. 19 Orang layak memberi maklumat tentang kematian

    Mana-mana saudara si mati yang ada pada masa kematian atau merawati semasa sakitnya yang terakhirMana-mana saudara lain si mati yang bermastautin atau berada dalam kawasan pendaftaran di mana kematian itu berlaku.Mana-mana orang yang ada pada masa kematian.Penduduk rumah itu jika dia mengetahui tentang kejadian kematian itu

  • Sambungan S. 19Mana-mana orang yang tinggal di rumah yang mengetahui tentang kejadian kematian ituMana-mana orang yang menjumpai atau yang menjaga mayat ituOrang yang menyebabkan pengurusan mayat itu.Menjadi kewajipan mereka semua ini dalam masa sebelum habis tempoh 12 jam (tidak masuk masa yang perlu bagi perjalanan, masa-masa kegelapan yang berjeda) dari masa kematian itu, maklumat sepanjang pengetahuannya dan kepercayaannya mengenai butir-butir yang dikehendaki untuk didaftarkan.Subseksyen tidak mempunyai kuatkuasa jika inkues atau siasatan kematian diadakan terhadap mayat atau mengenai kematian orang yang mati itu

  • S. 20 Penangguhan pendaftaranBayaran suatu fee dikenakan jika pendaftaran tidak mengikut s. 19 (memaklumkan dalam tempoh 12 jam selepas kematian) dan dalam tempoh tiga hari yang berikutnya.

    S. 21 Kuasa Pendaftar Besar dikehendaki bagi pendaftaran lewat.Selepas habis tempoh tiga hari dari tarikh kematian maka kematian orang itu boleh didaftarkan kecuali dengan kebenaran bertulis dari Pendaftar Besar

  • S. 22 Tugas pengamal perubatan mengenai perakuan (1) Pengamal perubatan berdaftar yang merawati orang semasa penyakit terakhirnya hendaklah menandatangani dan menyerahkan satu perakuan dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh 12 jam selepas kematian kepada orang-orang yang dikehendaki oleh Akta (S. 19) ini memaklumkan kematian kepada Pendaftar. (2) Orang tersebut hendaklah (s. 19) menyerahkan perakuan kepada Pendaftar dan sebab kematian dan nama pengamal perubatan di catat dalam daftar.

  • Sambungan S. 22(3) Pendaftar boleh menolak daripada pendaftaran suatu kematian jika tidak berpuas hati mengenai ketepatan diagnosis kematian diakibatkan daripada wabak, taun, cacar atau apa-apa penyakit dalam satu kawasan yang lazim tidak diketahui berlakunya kecuali ianya telah dilaporkan kepada Penguasa Pendaftar dan Pegawai Kesihatan untuk kawasan kematian berlaku yang mengesahkan sebab-sebab kematian itu.

  • S. 23 Pemeriksaan Post-mortem Pengamal perubatan yang menjalankan post mortem dikehendaki membuat dan mengemukakan perakuan dalam borang yang ditetapkan sebab kematian kepada Pendaftar melainkan jika Koroner atau Majistret bercadang mengadakan suatu inkues atau siasatan berkenaan dengan kematian. (S. 331 CPC Govt. Medical Officer to conduct Post Mortem on request by the Police)

  • S. 24 Koroner untuk mengemukakan salinan dapatan itu. Koroner/Magistrat untuk mengemukakan dalam tempoh 24 jam selepas tamat inkues/siasatan perakuan terhadap kematian kepada Penguasa Pendaftar.

    S. 25 Perakuan kematianPendaftar untuk memberi kepada orang yang memberi maklumat kematian itu Perakuan Kematian.

  • BAH IV - AMS. 28 Kewajipan mendapat pendaftaran (1) Menjadi tugas Penguasa Pendaftar & Pendaftar mendapatkan dengan segala cara yang ada dalam kuasa mereka maklumat yang paling baik dan tetap mengenai kelahiran, kelahiran mati atau kematian yang berlaku dalam kawasan pendaftaran mereka.

    (2)Tugas ini terikat juga kepada pegawai polis, penghulu, ketua kampung dalam kawasan nereka masing-masing.

  • Sambungan S. 28(3)Mana-mana pegawai polis, penghulu atau ketua kampung dengan sengaja mengabaikan atau gagal memberitahu Pendaftar maklumat mengenai kelahiran, kelahiran mati atau kematian melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum denda tidak melebehi RM 50.

  • S. 33 Catatan dalam daftar sebagai keterangan bagi kelahiran atau kematianPerakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian hendaklah diterima tanpa bukti selanjutnya atau bukti lain sebagai keterangan fakta

    S. 34 Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan daftar (oleh Pendaftar, dll)(a) Pendaftar enggan atau tanpa sebab yang munasabah gagal mendaftarkan mana-mana kelahiran/kematian (b) Orang menjaga mana-mana daftar dengan cuai menghilangkan atau merosakkan daftar atau membenarkan daftar dirosakkan boleh dihukum dengan dengan sebanyak RM 500.

  • S. 35 Penalti gagal memberi maklumat, dll.(a) Orang yang memberitahu kelahiran atau kematian dengan sengaja enggan menjawab apa-apa soalan daripada Pendaftar yang dikehendaki untuk mendaftar kelahiran atau kematian(b)Mana-mana orang enggan atau gagal tanpa alasan yang munasabah memberi, menyerahhantar atau menghantarmana-mana perakuan yang di kehendaki oleh Akta ini(c)Orang yang dikehendaki memberi maklumat tentang kelahiran (S. 8) gagal memberikan maklumat tersebut

  • Sambungan S. 35(d)Sebagai ibu-bapa gagal mendaftar semula anak yang telah disahtaraf (S. 17)(e)Orang yang kepadanya tugas memberi maklumat berkenaan dengan satu kematian gagal membuat demikian(S. 19) (f)Orang yang dipanggil oleh Pendaftar Besar atau Penguasa Pendaftar untuk hadir di hadapannya menurut s. 27B (2) gagal tanpa alasan mematuhi arahan itu. (S. 12, 15, 21, 27, 32(3) & 32(4). Kesalahan-kesalahan S. 35 hukuman denda RM 250

  • S. 36 Penalti maklumat palsu, catatan palsu, kerosakan catatan (a)Dengan sengaja membuat atau membenarkan dibuat bagi maksud pendaftaran apa-apa penyataan palsu(b)Dengan sengaja atau dengan disedari mengemukakan atau membenarkan untuk dikemukakan apa-apa maklumat palsu (c)Membuat atau membenarkan catatan palsu dalam mana-mana daftar dengan pengetahuan bahawanya adalah palsu.(d)Dengan sengaja merosakkan atau membenarkan untuk dirosakkan apa-apa catatan dalam mana-mana daftar

  • Sambungan S. 36 (e)Dengan sengaja mengeluarkan mana-mana perakuan kelahiran atau perakuan kematian yang mengandungi butir-butir palsu.(f)Tanpa kuasa yang sah membuat apa-apa tanda diatas catatan atau dengan mencatat, memadam, membatal, mengusik atau mengubah apa-apa catatan terkandung dalam mana-mana daftar(g)Dengan sedari/sengaja mendaftar sesuatu kematian lebih daripada sekali(h) Menggunakan Perakuan Kelahiran/Kematian dengan menyedari atau mempercayai ia mengandungi butir palsu

  • Sambungan S. 36

    (i)Dengan disedari memiliki/menggunakan Perakuan Kelahiran/Kematian dengan mendakwa bahawa yang sama adalah kepunyaannya atau kepunyaan seseorang lain selain daripada pemunya sebenarnya.(j) Memalsukan Perakuan Kelahiran/Kematian(k) Menyerahkan Perakuan Kelahiran kepada mana-mana orang bagi maksud menyalahi undang-undang.

  • Sambungan S. 36(l)Tanpa kuasa yang sah/alasan yang munasabah menahan Perakuan Kelahiran/ Kematian daripada pemunya sebenar.(m) Membantu/bersubahat melakukan mana-mana kesalahan terhadap Akta ini

    Hukuman: Denda RM 2,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-dua sekali.

  • S. 36 (a) Kesalahan

  • KUASA-KUASA TAMBAHAN S.37Pendakwaan kes dengan kuasa Pendakwaraya.

    S.38Pendaftar Besar boleh dengan budi bicaranya mengkompaun mana-mana kesalahan d/b s. 35 dengan menerima wang tidak melebehi RM 50.

    S.39Menteri boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan semua atau mana perkara dalam Akta ini.

  • SOALAN?