tesis semester 8 ppg

38
MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI MURID TAHUN LIMA AMAL DALAM TOPIK ASID DAN ALKALI MENGGUNAKAN CARTA KATA KUNCI KANDUNGAN Isi Kandungan Halaman HALAMAN JUDUL i PENGESAHAN PENYELIA ii HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI iv PENGHARGAAN v ABSTRAK vi

Upload: noor-shazaliza-ahmad

Post on 05-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: tesis semester 8 ppg

MENGATASI MASALAH MISKONSEPSI MURID TAHUN LIMA AMAL

DALAM TOPIK ASID DAN ALKALI MENGGUNAKAN CARTA KATA

KUNCI

KANDUNGAN

Isi Kandungan

Halaman

HALAMAN JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

HALAMAN PENGAKUAN iii

HALAMAN DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI JADUAL

viii - ix

Page 2: tesis semester 8 ppg

SENARAI RAJAH x -

xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1 -

3

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 4 -

8

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 8 -

9

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian 10

-11

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

2.2.1 Kebolehtadbiran 11

- 12

2.2.2 Kepentingan 12

2.2.3 Kebolehgunaan 13

2.2.4 Kawalan 13

2.2.5 Kolaborasi 14

- 15

2.2.6 Kerelevanan kepada sekolah 15

- 16

Page 3: tesis semester 8 ppg

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Umum 17

3.2 Objektif Khusus 17

3.3 Persoalan Kajian 17

4.0 KUMPULAN SASARAN 18

- 19

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Pengenalan 20

5.2 Model Penyelidikan Tindakan 20

- 22

5.3 Prosedur Pelaksanaan Tindakan 22

5.4 Aktiviti PdP Menggunakan Kaedah ‘Touch Square’ 23

- 24

5.5 Cara Pengumpulan Data 25

5.5.1 Temu bual separa berstruktur 26

5.5.2 Soal selidik 26

– 27

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

6.1 Analisis Soalan Kajian 1

6.1.1 Analisis Item Temu Bual Separa Berstruktur 28

- 35

6.1.2 Interpretasi Item Temu Bual Separa Berstruktur 35

– 36

Page 4: tesis semester 8 ppg

6.2 Analisis Soalan Kajian 2

6.2.1 Analisis Soal Selidik 36

- 41

6.2.2 Interpretasi Data Soal Selidik 42

- 43

7.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

7.1 Persoalan Kajian 1 44

– 45

7.2 Persoalan Kajian 2 45

- 46

8.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA 47

- 49

RUJUKAN

LAMPIRAN

LAMPIRAN A: LEMBARAN KERJA

LAMPIRAN B: INSTRUMEN TEMU BUAL SEPARA BERSTRUKTUR

LAMPIRAN C: TRANSKRIP TEMU BUAL SEPARA BERSTRUKTUR

LAMPIRAN D: INSTRUMEN SOAL SELIDIK

LAMPIRAN E: DAPATAN SOAL SELIDIK

Page 5: tesis semester 8 ppg

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sains merupakan salah satu cabang ilmu pengetahuan yang perlui dikuasai oleh

murid-murid bermula di peringkat prasekolah . Mata pelajaran Sains memerlukan

kefahaman konsep-konsep asas berkaitan dengan fenomena alam dan proses-proses

yang berlaku dalam kehidupan harian . Selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan , pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi

dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif ,

dinamik , tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu Sains dan

berketrampilan Teknologi . Salah satu objektif Standard Kurikulum Sains Sekolah

RendahTahap 2 diperkenalkan adalah untuk memberikan kefahaman kepada murid

tentang fakta dan konsep Sains .

Namun begitu , amalan sikap profesionalisme guru merupakan teras utama untuk

melaksanakan usaha murni itu . Sikap guru yang sentiasa sabar , tabah , kreatif ,

berinovasi dan sentiasa ingin melakukan perubahan akan memastikan kejayaan anak-

Page 6: tesis semester 8 ppg

anak didiknya menjadi peneraju utama kejayaan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan . Salah satu amalan profesionalisme yang patut setiap

guru amalkan adalah sentiasa kreatif dalam melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP) . Tenaga pengajar sains perlu dilatih untuk merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang inovatif . Aktiviti yang dirancang perlu berfokus

kepada pemerolehan sains , penguasaan kemahiran saintifik serta pemupukan sikap

saintifik dan nilai murni ( Bahagian Pendidikan Guru , KPM 1995 )

Kreatif ini bukan sahaja dari aspek corak pelaksanaan , aktiviti , bahkan yang paling

penting sekali adalah ia juga merangkumi penggunaan alat bantu mengajar yang

berkesan dan sesuai dengan tajuk yang hendak diajarkan kepada murid-murid . Hal

ini disebabkan alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan dapat membantu murid

memahami konsep sains yang sukar dan mengelirukan . Menurut Charles dan Senter

(2002) , pengurusan peralatan dan bahan yang lemah akan menghancurkan

keberkesanan proses pengajaran di makmal . Fogleman et al (2011) turut

menegaskan pentingnya penyediaan bahan , sumber serta peralatan yang lengkap dan

sempurna dalam menghasilkan peluang pembelajaran yang berkualiti dan

berinovatif .

Pembelajaran sains merupakan satu pembelajaran yang sangat menyeronokkan

kerana ia menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan

bahan . Murid berpeluang meneroka sendiri untuk mendapatkan pengetahuan baharu

dan membina konsep hasil gabungan pengetahuan sedia ada mereka . Pada peringkat

ini guru perlu memainkan peranan untuk memastikan konsep yang dibina oleh murid

Page 7: tesis semester 8 ppg

adalah sejajar dengan konsep sains yang sebenar agar tidak berlaku sebarang

masalah miskonsepsi .

Bagi subtopik asid dan alkali , murid sememangnya berasa seronok dan teruja untuk

melakukan aktiviti merasa dan menggunakan kertas litmus untuk menguji sifat

berasid dan beralkali . Walaubagaimana pun , timbul masalah apabila murid tidak

dapat menggunakan dapatan daripada ujikaji dan penerokaan bahan untuk menjawab

soalan yang diberikan secara lisan dan bertulis dengan baik . Berlaku miskonsepsi di

kalangan murid apabila mereka menyatakan bahawa

1) Warna kedua-dua kertas litmus akan berubah apabila diletakkan di dalam

bahan berasid dan beralkali .

2) Bahan berasid berasa pahit dan bahan beralkali berasa masam .

Saya telah memutuskan untuk menggunakan kaedah Mnemonik untuk mengatasi

miskonsepsi murid menyatakan perubahan warna kertas litmus ke atas sifat kimia

bahan secara bertulis dan lisan. Saya juga akan menggunakan bahan bantu mengajar

iaitu carta kata kunci untuk memudahkan murid mengatasi masalah miskonsepsi

mereka .

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Page 8: tesis semester 8 ppg

Saya telah mengajar hampir sepuluh tahun mata pelajaran sains di tiga buah sekolah

sepanjang tempoh berkhidmat . Sekarang saya bergelar pendidik di sebuah sekolah di

sekitar Besut hampir tujuh tahun yang lalu . Sekolah ini dikategorikan sebagai

sekolah luar bandar dan berada pada Band 3 . Dengan jumlah murid seramai 208

orang maka secara purata setiap kelas mempunyai bilangan murid antara 20 hingga

23 orang .

Saya telah mengajar mata pelajaran ini ke atas 26 orang murid yang terdiri daripada

7 murid lelaki dan 19 murid perempuan daripada kelas 5 Amal . Kelas ini

merupakan satu-satunya kelas untuk tahun 5 . Maka terdapat pelbagai aras kognitif

murid berada di kelas yang sama . Rata-rata murid berasal daripada keluarga yang

susah dan berpendapatan rendah .

Saya mendapati aras pencapaian murid kelas ini adalah sederhana dan lemah .

Berdasarkan perbincangan dengan guru sains yang mengajar murid semasa berada di

tahun 4 , keseluruhan murid-murid ini mempunyai pencapaian yang sederhana

hanya terdapat segelintir murid yang masih lemah . Ini kerana mereka juga masih

lemah dalam penguasaan 4M iaitu membaca , menulis , mengira dan menaakul .

Maka golongan murid ini kelihatan tidak bersedia untuk meneruskan pembelajaran

mereka apabila saya meminta mereka menyediakan laporan dan menjawab soalan

pengukuhan . Ini menunjukkan satu peringkat masalah yang serius dalam subtopik

asid dan alkali ini . Maka golongan inilah yang saya pilih sebagai peserta kajian

dalam kajian kali ini .

Page 9: tesis semester 8 ppg

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berkenaan topik ‘ Asid dan Alkali ‘ , saya

telah menggunakan kaedah mengeksperimen untuk menerangkan sifat kimia bahan .

Hasil pembelajaran pada hari tersebut ialah murid dapat mengitlak sifat bahan

berasid , beralkali dan neutral dari aspek perubahan warna kertas litmus , rasa dan

sentuhan dengan menguji beberapa contoh bahan . Saya mendapati mereka sangat

berminat melakukan ujikaji ke atas bahan ujikaji dengan menggunakan kertas litmus

dan merasa bahan tersebut menggunakan lidah dan sentuhan . Situasi pembelajaran

menjadi sangat menarik umpama belajar sambil bermain . Terdapat murid yang

tertawa riang melihat rakan mereka berkerut muka menahan rasa masam cuka dan

pahit air kapur sirih . Saya boleh dengar hilai tawa mereka menjalankan ujikaji ke

atas bahan yang disediakan .

Walaubagaimanapun , semasa murid diminta melengkapkan laporan yang disediakan

saya dapati sebilangan murid lemah agak gelisah , risau dan gelabah untuk

melengkapkan laporan amali seterusnya menyiapkan soalan pengukuhan . Apabila

diajukan soalan secara lisan mereka juga tidak dapat memberikan jawapan dengan

betul . Mereka keliru untuk menyatakan perubahan warna kertas litmus biru dan

merah ke atas bahan ujikaji mereka . Dan ada segelintirnya hanya meneka jawapan

sahaja .

Melalui pemerhatian yang dijalankan , saya mendapati masalah ini berlaku kerana

murid tidak dapat mengingati fakta dan mengenal pasti bahan berasid menukarkan

warna kertas litmus biru kepada merah dan bahan beralkali menukarkan warna kertas

litmus merah kepada biru .

Page 10: tesis semester 8 ppg

Pada kelas yang seterusnya , saya cuba mengimbas kembali pengajaran berkenaan

subtopik ini , dan saya mendapati murid masih keliru dengan soalan yang diajukan .

Keadaan ini amat mendukacitakan apabila masih ada murid-murid yang langsung

tidak dapat memberikan jawapan yang tepat .

Berdasarkan pengalaman saya , memang ternyata kebanyakan murid-murid

mengalami kekeliruan dalam tajuk ini . Timbul beberapa persoalan di benak saya

sama ada murid tahun 5 Amal faham dan menguasai konsep yang saya ajar . Adakah

murid bersikap pasif semasa menjalankan aktiviti dan terlalu bergantung kepada

rakan sahaja untuk mendapatkan keputusan . Berkemungkinankah murid pasif ini

tidak tahu mengendalikan alatan dan alat radas di dalam makmal sains . Atau

mungkin murid tahun 5 ini tidak mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan rasa

masam bahan berasid , pahit bahan beralkali dan rasa manis , masin dan tawar untuk

bahan neutral . Murid pasif ini juga kurang bertanya semasa sesi pembentangan hasil

keputusan daripada kumpulan di hadapan kelas serta semasa menjawab soalan

pengukuhan . Kumpulan murid ini juga tidak menghantar lembaran kerja yang

diberikan oleh guru atas alasan gagal menjawab semua soalan yang diberikan .

Masalah miskonsepsi ini boleh mendatangkan kesan negatif ke atas setiap peserta

kajian . Untuk jangka masa pendek peserta kajian mungkin tidak boleh menguasai

konsep dengan baik . Mereka juga mungkin akan keciciran dalam PdP . Maka pada

masa jangka panjangnya mereka mungkin akan merasa tidak berminat dengan mata

pelajaran sains . Seterusnya boleh mengakibatkan masalah disiplin seperti

mengganggu rakan belajar serta ponteng sekolah .

Page 11: tesis semester 8 ppg

Maka saya merasakan wajar untuk saya membuat penyelidikan agar murid saya

tidak akan terus tercicir dalam akademik mereka . Peluang untuk mereka berjaya

masih terbuka luas sekiranya saya dapat menangani masalah yang dihadapi oleh

sebahagian besar murid tahun 5 Amal . Murid yang akan menjadi peserta kajian saya

terdiri daripada mereka yang kritikal di mana mereka tidak fokus semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran , tidak dapat menguasai konsep yang diajar , tidak

dapat mengingat dengan baik hubungan sifat kimia bahan dengan perubahan warna

kertas litmus dan rasa bahan berasid dan beralkali serta kerap menyoal guru dengan

soalan yang sama beberapa kali kerana tidak ingat . Masalah mereka ini memberikan

idea kepada saya bahawa murid yang kerap bertanya tidak mempunyai gambaran

jelas tentang apa yang dipelajari .

Murid-murid tidak dapat mengaplikasikan kefahaman mereka untuk menjawab

soalan dengan betul kerana mereka tidak mengingati konsep yang betul. Masalah

menjadi bertambah rumit apabila mereka turut mempunyai kesukaran dalam

memahami cara menjawab kehendak soalan bahagian B . Saya berasa agak bimbang

apabila masih terdapat fenomena tidak dapat menguasai sesuatu konsep pelajaran

sains dan dihimpit oleh masalah miskonsepsi yang berlarutan akan menyebabkan

murid kurang bermotivasi untuk meningkat pencapaian dalam mata pelajaran sains .

Impaknya , mereka mungkin mendapat markah yang sederhana dan tidak mendapat

A dalam mata pelajaran Sains UPSR dan peluang mereka untuk ke sekolah yang

berprestij tidak tercapai . Saya juga khuatir sekiranya murid yang lemah akan terus

tercicir dalam pencapaian akademik mereka dan juga selaku guru saya merasakan

Page 12: tesis semester 8 ppg

tiada sebarang penambahbaikan dalam amalan profesion saya sebagai pendidik .

Kepuasan bekerja tidak wujud dalam persekitaran kerja menyebabkan motivasi dan

keyakinan diri saya akan menurun . Selain itu , saya juga berasa amat serba salah ,

tidak puas hati dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka serta

memberi gambaran bahawa PdP saya tidak berjaya . Ianya seolah-olah menunjukkan

bahawa saya tidak pandai mengajar dan tidak memberikan pemahaman yang baik

kepada mereka . Atas alasan –alasan tersebut saya bertambah yakin untuk

mengambil keputusan mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 Amal dengan

menggunakan kad kata kunci .

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Sebagai seorang guru sains yang hampir lima belas tahun terlibat dalam mengajar

mata pelajaran sains , pelbagai masalah dan pengalaman yang dilalui . Sepanjang

pengalaman tersebut , saya mendapati kebanyakan murid mempunyai masalah yang

sama iaitu sukar untuk memahami konsep sains dengan baik khususnya bagi

subtopik Asid dan Alkali . Jadi , saya merasakan amalan saya dalam PdP adalah

membosankan serta kurang kreatif sehingga belum lagi berjaya membantu mereka

mengingati konsep tersebut dengan baik .

Menurut Omardin (1999) penggunaan alat bantu mengajar boleh menarik minat

murid seterusnya mempengaruhi proses pembelajaran . Apabila seseorang murid

sudah berminat dengan apa yang dilakukan , kemudian diteruskan lagi dengan

kaedah mengingat konsep dengan mudah maka mereka akan bersedia belajar dengan

tekun sehingga mencapai apa-apa yang dicita-citakan . Hal ini bermakna proses

Page 13: tesis semester 8 ppg

pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lancar sekiranya murid berminat dengan

mata pelajaran serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan . Hal ini

seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam subtopik tersebut .

Berdasarkan pengalaman pengajaran saya dalam kelas 5 Amal di sebuah sekolah di

daerah Besut , pengkaji mendapati murid –murid tidak dapat mengingati sifat kimia

bahan berasid dan beralkali dengan baik . Sebahagian mereka hanya meneka

perubahan warna kertas litmus merah dan biru untuk menyatakan sifat kimia bahan

yang diuji . Bagi murid yang sederhana dan lemah mereka sering kali gelisah untuk

menyiapkan laporan amali sains dan menjawab soalan pengukuhan . Mereka

mengambil langkah mudah dengan meniru jawapan rakan di sebelah . Situasi ini

telah mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran di mana objektif

pembelajaran tidak dapat dicapai .

Page 14: tesis semester 8 ppg

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Mengikut mazhab kognitif , perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara

berperingkat-peringkat . Dalam pembelajaran , guru harus menyedari hakikat bahawa

perkembangan diri kanak-kanak sebenarnya tidak sama . Oleh yang demikian ,

kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka yang sebenar .

Semua perancangan yang melibatkan aktiviti , kandungan , pemilihan bahan , strategi

pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak

ketika itu . Guru haruslah memikirkan tentang tahap kemampuan berfikir ,

pembinaan konsep-konsep , keperluan mewujudkan suasana konkrit , daya ingatan

dan sebagainya yang sebenarnya sentiasa terlibat dalam proses pembelajaran .

Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran , kebolehan memperluaskan dan

mengembangkan konsep adalah sangat penting . Walau bagaimanapun , sebelum

kebolehan ini dapat dikuasai , kanak-kanak seharusnya terlebih dahulu berupaya

mengamati dan menganggapi sesuatu dengan berkesan . Dalam proses pengajaran

dan pembelajaran , kebolehan ini boleh dipertingkatkan melalui beberapa cara .

Antaranya ialah menggunakan pelbagai deria rangsangan . Menurut Robert M.Gagne

melalui Teori Pemprosesan Maklumat , individu akan mendapat pelbagai rangsangan

melalui kederiaan dan akan diproses melalui sistem saraf . Rangsangan ini kemudian

Page 15: tesis semester 8 ppg

akan dikodkan untuk mendapatkan makna-makna tertentu . Kod-kod tersebut akan

disimpan di stor jangka pendek , manakala ingatan jangka panjang pula adalah stor

yang di dalamnya tersimpan pelbagai pengalaman tertentu . Menurut Gagne lagi ,

dalam proses pembelajaran , pengalaman inilah yang digunakan oleh murid untuk

mempelajari sesuatu yang baharu .

Lupaan adalah unsur yang bertentangan dengan ingatan . Mengikut teori-teori awal

yang dimajukan oleh Thorndike dan ahli psikologi Gestalt , lupaan diertikan sebagai

pelemahan surihan ingatan dengan cara yang beransur-ansur . Koffka (1935 )

menerangkan proses penghapusan surihan-surihan tersebut disebabkan oleh

kekurangan kejeleketan .Dalam proses pengajaran dan pembelajaran , punca-punca

yang menyebabkan seseorang boleh lupa dikategorikan seperti intergrasi ke dalam

struktur kognitif . Lupaan jenis ini berlaku apabila sesuatu yang telah dipelajari

masih belum dapat digabungkan ke dalam struktur kognitif . Sekiranya sesuatu yang

dipelajari telah dapat difahamkan dengan baik dan kemudian dikaitkan dengan

pengetahuan yang tersusun , maka perkara itu akan tersimpan dan akan mudah

diingat dan diperolehi .

Langkah –langkah harus diambil untuk meningkatkan ingatan supaya apa yang

dipelajari itu kekal dalam ingatan seorang murid . Antaranya ialah dengan kaedah

pembelajaran . Kaedah mengajar di sini bermaksud cara-cara guru melatih murid

membentuk konsep dan menghubungkan perkara yang sedang dipelajari dengan

struktur pengetahuan yang saling berkaitan . Murid harus dapat melihat secara jelas

Page 16: tesis semester 8 ppg

fakta-fakta tertentu . Apa yang dipelajari harus mudah difahami dan tidak

mengelirukan .

Menurut Kamaruddin ( 1997 ) , pengajaran yang menggunakan pelbagai kaedah dan

teknik terutama ketika mengajar sesuatu konsep , adalah lebih baik jika dibandingkan

dengan pengajaran yang menggunakan hanya satu kaedah dan teknik tertentu

sahaja .Walau bagaimanapun , kaedah atau teknik yang digunakan haruslah sesuai

dengan peranannya untuk meningkatkan daya pengamatan dan penanggapan murid .

Oleh yang demikian , pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan

secara berhati-hati supaya tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan

konsep secara mudah dan berkesan .

Sebagai seorang murid , keupayaan mengingat dengan banyak sangatlah

berharga . Malahan mata pelajaran Sains memerlukan sedikit kebolehan menghafal

untuk menjimatkan masa menyelesaikan masalah yang diberikan . Secara

umumnya , Mnemonik ( Mnemonic ) adalah daripada perkataan Greek yang

bermaksud ‘ untuk mengingati ’ . Perkataan Mnemonik moden merujuk kepada

teknik memacu ingatan untuk mengingati fakta dengan mengaitkannya dengan

maklumat dan data sedia ada yang lebih ringkas dan mudah . Beberapa teknik

mnemonik moden telah disusun secara sistematik oleh Micheal Perssley dan Joel

Levin . Mnemonik menggunakan prinsip asosiasi , iaitu informasi yang ingin

dikaitkan dengan informasi yang lain yang mudah diingat . Antara teknik mnemonik

yang biasa digunakan ialah kaedah loci , sistem kata kunci , teknik menghubungkan ,

teknik akronim dan teknik akrostik .

Page 17: tesis semester 8 ppg

Selain daripada memudahkan ingatan , teknik ini dirasakan sangat membantu

mengingati fakta yang banyak dan rumit serta meningkatkan input ingatan ,

mengurangkan tekanan minda dan membantu meluaskan skop ingatan dalam kadar

yang maksima . Murid yang lemah juga akan merasa seronok apabila berpeluang

untuk belajar dengan cara yang mudah dan menarik untuk mengingati sesuatu fakta

yang dipelajari . Kumpulan murid ini juga tidak akan merasa terpinggir semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung di kelas .

Berdasarkan data kuantitatif daripada 3 buah jurnal yang dihasilkan di dalam

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013 oleh Zurina Ain Bt Ibrahim & Tengku

Zawawi B Tengku Zainal , Rabiatul Ashyiqin Bt Ahmad Zainnie dan Thaevakumari

a/p Anndy menunjukkan peningkatan selepas menjalankan ujian pasca . Masing-

masing menggunakan Kaedah Mnemonik dalam 3 mata pelajaran yang berbeza

untuk membantu murid sampel mereka meningkat dalam pencapaian setelah

diberikan bimbingan .

Isu keprihatinan yang dititikberatkan dalam kajian ini ialah murid tidak dapat

mengingat konsep sains dengan baik . Setelah membuat refleksi terhadap amalan

pengajaran maka didapati kaedah hands on dan minds on perlu diberi tumpuan .

Saya telah memilih isu tersebut sebagai fokus dalam kajian kerana menyedari

bahawa peranan guru amat penting dalam merancang dan memilih sesuatu kaedah

pengajaran yang sesuai untuk meningkatkan pemahaman murid dalam isi pelajaran

yang diajar dan seterusnya mempertingkatkan pencapaian murid dalam sains .

Page 18: tesis semester 8 ppg

Analisis Tinjauan Masalah

Kebolehtadbiran

Kajian ini akan dijalankan kepada 3 peserta kajian daripada murid tahun 5 Amal dari

sebuah sekolah di Besut , Terengganu . Dari segi kebolehtadbiran , saya mempunyai

sokongan dari segi tenaga dan masa yang cukup bagi menangani masalah tersebut .

Hal ini kerana , subtopik asid dan alkali ini berada dalam sukatan pelajaran tahun 5

dan saya akan menggunakan masa pengajaran bagi menjalankan kajian ini .

Kumpulan sasaran juga mudah didapati kerana mereka adalah murid di bawah

tanggungjawab saya sendiri . Saya juga akan menggunakan carta kata kunci sebagai

bahan bantu mengajar agar murid bergerak aktif semasa sesi bimbingan . Carta kata

kunci ini memberikan dua perkataan KEMAS untuk mengingati perkaitan perubahan

warna kertas litmus menjadi MERAH dan bersifat ASID . Perkataan KEBAL pula

menghubungkait fakta perubahan warna menjadi BIRU pada kertas litmus

mempunyai kaitan dengan ALKALI . Kajian ini boleh dijalankan di makmal semasa

bimbingan dijalankan . Oleh yang demikian , saya yakin kajian ini dapat ditadbir dan

diuruskan dengan baik sebagaimana yang dirancang .

Kepentingan

Kajian ini sangat penting kerana subtopik ini perlu dikuasai oleh murid sebagaimana

mereka menguasai topik-topik yang lain . Sekiranya murid tidak dapat menguasai

topik tersebut , berkemungkinan mereka akan menghadapi masalah pada masa akan

Page 19: tesis semester 8 ppg

datang dalam topik sains di dalam sukatan sekolah menengah di mana aras

kefahamannya semakin tinggi dan sukar . Saya berminat untuk memperbaiki masalah

ini kerana saya mengenalpasti bahawa murid-murid ini merupakan murid yang perlu

dibantu dalam mata pelajaran sains . Hal ini disokong oleh temubual tidak formal

bersama guru-guru sains . Semoga hasil daripada kajian ini nanti dapat membantu

murid memahami menguasai tajuk yang dibincangkan dan mereka tidak akan melihat

mata pelajaran sains sebagai sesuatu mata pelajaran yang susah .

Kebolehgunaan

Kajian ini boleh digunakan bagi mengatasi masalah murid memahami konsep asid

dan alkali . Melalui penggunaan alat bantu mengajar carta kata kunci , di harap

murid-murid dapat mengatasi miskonsepsi mereka berkenaan subtopik ini melalui

aktiviti minds on . Hal ini kerana , murid akan memperkuatkan ingatan mereka

dengan mengaplikasikan apa yang mereka laksanakan dengan baik melalui perbuatan

mereka . Menurut Dunn dan Dunn (1978 ) Muslim Jonid dan Siew Tech Ha (2008 )

menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingati infomasi secara

visual , auditif , taktual dan kinestatik . Hal ini diharapkan akan dapat membantu

murid supaya memahami konsep bagi topik ini dengan baik dan mampu

meningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran sains .

Kawalan

Bidang kajian ini berada di dalam ruang lingkup kuasa saya untuk bertindak . Kajian

ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang , Besut , Terengganu .

Page 20: tesis semester 8 ppg

Responden kajian saya terdiri daripada tiga orang murid Tahun 5 Amal yang terdiri

daripada duaa orang murid lelaki dan seorang murid perempuan . Selain itu , kajian

ini hanya memfokuskan kepada mengatasi masalah miskonsepsi murid-murid

berkenaan konsep asid dan alkali serta pengelasan mengikut sifat kimia bagi bahan

berasid dan beralkali dengan menggunakan kertas litmus merah dan biru .

Kolaborasi

Selain itu , kolaborasi merupakan elemen yang penting dalam menjalankan sesuatu

kajian . Dalam merealisasikan kajian ini , saya mendapat kerjasama daripada pihak

pentadbiran , serta guru-guru sains di sekolah . Saya juga akan mendapatkan

kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan kajian saya . Tambahan lagi ,

saya juga akan mendapatkan bantuan dan pendapat daripada pensyarah , rakan

sekuliah serta murid-murid bagi mendapatkan maklumat serta melakukan

perbincangan supaya kajian ini dapat berjalan dengan lancar sebagaimana yang

dirancang . Melalui kolaborasi yang baik , maka maklumat yang bakal diperolehi

adalah sangat bermanfaat .

Kerelevanan kepada sekolah

Di samping itu juga , kajian saya ini adalah sangat relevan kepada sekolah dan

bersesuaian kerana saya menggunakan alat bantu mengajar yang menarik untuk

menjalankan kajian kepada murid . Ini dapat memberikan ilham kepada guru-guru

lain untuk lebih proaktif dan berinovasi .

Page 21: tesis semester 8 ppg

3..0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Objektif Umum

Mengatasi Masalah Miskonsepsi Murid Tahun 5 Dalam Subtopik Asid dan

Alkali menggunakan carta Kata Kunci

Objektif Khusus

1. Untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid tahun 5 berkenaan konsep asid

dan alkali menggunakan alat bantu mengajar carta Kata Kunci

2. Untuk meningkatkan minat murid dalam matapelajaran sains menggunakan

carta Kata Kunci

Persoalan Kajian

1. Apakah penggunaan carta Kata Kunci dapat mengatasi masalah miskonsepsi

murid dalam subtopik berasid dan beralkali ?

2. Adakah penggunaan carta “ Key Word Card ” dapat meningkatkan minat

murid tahun 5 semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam subtopik

asid dan alkali ?

Page 22: tesis semester 8 ppg

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan melibatkan 3 orang murid tahun 5 Amal sebagai sampel kajian .

Mereka ini terdiri daripada 2 murid lelaki dan seorang murid perempuan yang

berusia 11 tahun . Kumpulan murid dipilih sebagai sampel kajian ini kerana mereka

didapati mempunyai tahap kognitif yang sederhana dan lemah dan mengalami

masalah dalam mengingati sifat kimia bagi asid dan alkali dengan betul dalam jangka

masa yang panjang walaupun mereka semua adalah murid yang normal dari segi

fizikal dan kognitif . Walaubagaimanapun , murid-murid ini terpilih berpotensi

untuk berjaya jika diberi tunjuk ajar dengan betul . Saya berharap melalui kaedah

yang dipilih ini mampu membantu mengatasi masalah mereka .

PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengenalan

Model Penyelidikan Tindakan

Kajian ini adalah berdasarkan model Kemmis dan McTaggart. Pemikiran model

Stephen Kemmis ialah suatu corak penyelidikan yang dilakukan melalui inkuiri

reflektif kendiri (self reflective inquiry) dan dilakukan secara kolaboratif dalam satu

situasi sosial yang kecil. Tujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran guru

terhadap amalan-amalan dan situasi di mana amalan-amalan itu berlaku melalui

pemeriksaan tindakan guru secara kritikal memperbaiki amalan guru untuk mencapai

Page 23: tesis semester 8 ppg

matlamat yang dipersetujui sama . Dave Ebbut(1985) juga memetik Kemmis apabila

beliau menambah bahawa penyelidikan tindakan juga melibatkan proses mencuba

sesuatu idea dalam amalan dengan tujuan untuk mempertingkat atau mengubah

situasi , dan dalam usaha mencuba untuk memperoleh kesan ke atas situasi tersebut .

Selepas tamat melakukan ujikaji mengenai perubahan warna kertas litmus ke atas

bahan berasid dan beralkali , penyelidik memberikan latihan pengukuhan untuk

memastikan pelajaran pada hari berkenaan berjaya dikuasai oleh semua murid tahun

5 . Namun beberapa orang murid tidak dapat menyelesaikan latihan tersebut dalam

tempoh yang diberikan . Mereka bergantung kepada jawapan rakan untuk menjawab

latihan tersebut . Apabila penyelidik meminta mereka menjawab secara lisan , murid

berkenaan tidak dapat menjawab dengan yakin dan hanya meneka jawapan sahaja .

Langkah 2 : Refleksi pengajaran dan pembelajaran. (Mengenalpasti masalah)

Setelah mempertimbangkan semula situasi berkenaan , penyelidik dapati

murid yang berada pada tahap kognitif yang sederhana dan lemah tidak dapat

mengingati fakta yang dikumpulkan semasa melakukan ujikaji dengan mudah . Ini

kerana mereka tidak dapat memproses maklumat sepertimana murid yang

Page 24: tesis semester 8 ppg

mempunyai tahap kognitif yang tinggi . Murid terpilih ini memerlukan kaedah yang

lebih mudah dan menarik untuk membantu mereka mentafsir maklumat dan

menyimpan maklumat untuk ingatan jangka panjang mereka .

Berdasarkan masalah yang dihadapi, penyelidik telah membuat rujukan dan

bercadang untuk menerapkan kaedah Mnemonik untuk mempertingkatkan

keupayaan mereka meningat fakta dengan lebih berkesan serta menimbulkan minat

mereka dalam mata pelajaran sains bagi melahirkan modal insan masa hadapan yang

mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif .

Langkah 3 :Perancangan pelaksanaan tindakan

Penyelidik memilih untuk menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah

kualitatif. Menurut Cohen et al., (2004) seperti dinyatakan dalam Nor Hasniza

Ibrahim et al. kajian secara kualitatif berupaya mengenal pasti secara terperinci dan

lebih mendalam tentang sesuatu keadaan yang dikaji.

Refleksi Perancangan

Pelaksanaan dan

Pemantauan

Tinjauan / Refleksi

awal

Page 25: tesis semester 8 ppg

Rajah 2: Model Penyelidikan Tindakan oleh Kemmis dan Mctaggart

Setelah membuat rujukan mengenai model – model penyelidikan tindakan,

penyelidik mengambil keputusan untuk menggunakan model penyelidikan tindakan

oleh Kemmis dan Mctaggart (1988). Menurut model Penyelidikan Tindakan di atas,

Penyelidikan Tindakan mempunyai empat fasa perkembangan utama seperti berikut:

Menurut model ini, keempat-empat fasa tersebut merupakan sebahagian

daripada pusingan atau kitaran yang berterusan. Ini bermakna, refleksi secara kritikal

yang berlaku dalam Fasa 4 menyediakan asas kepada menyediakan pelan tindakan

dan refleksi seterusnya.

Page 26: tesis semester 8 ppg