tesis 418 2010 baru lagi 2011

Click here to load reader

Upload: sharif-zulkarnain-sh-ahmad

Post on 26-Nov-2015

79 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

BAB 1PENGENALAN

Dalam salasilah Duli-duli yang Maha Mulia Sultan negeri Kedah Darul Aman dari 1136 hingga sekarang. Al-Marhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) [footnoteRef:2] merupakan pemerintah negeri Kedah yang ke-26. Baginda salah seorang pemerintah yang mempunyai lanskap pemerintahan yang boleh dikatakan sebagai pemerintahan yang tersusun sistem pentadbirannya. [2: Biodata Sultan Abdul Hamid Halim Shah, lihat lampiran 1]

Jika ditelusuri Kesultanan Melayu memang kaya dengan naskah tulisan tangan dengan berbagai bentuk seperti manuskrip dan surat- menyurat. Keadaan ini tidak menghairankan kerana pada suatu ketika istana adalah pusat penulisan dan perkembangan intelektual Melayu. Selain itu ramai tokoh tokoh penulis lama (kadang kala dirujuk sebagai penulis tradisional) lahir di istana. Antara tokoh terkenal contoh lahir dari istana ialah Tun Sri Lanang (Sejarah Melayu), Raja Chulan (Misa Melayu) dan Raja Ali Haji (Tahfat al- Nafis dan Salasilah Melayu dan Bugis). Oleh hal yang demikian tidak dinafikan banyak sekali koleksi surat menyurat telah wujud semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Justeru itu, dalam kajian ini percubaan akan dibuat untuk mengemukakan catatan sejarah yang terkandung dalam suratmenyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah (KSAH),Sultan Kedah ke-26 terutamanya untuk melihat keberkesanan pengurusan ekonomi khususnya sistem pajakan. Kajian ini juga akan melihat sama ada pendapatan daripada hasil ekonomi tersebut digunakan sepenuhnya untuk pembangunan negeri atau ada berlakunya penyalahgunaan hasil ekonomi tersebut. Memang banyak surat Raja Kedah dapat dirujuk, namun kajian ini hanya meliputi Surat menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1897-1899 ) yang disimpan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah / Perlis .Sebagaimana teks-teks lama termasuk manuskrip kesultanan Melayu di Nusantara ,Surat-surat dari istana ini memang kaya dengan maklumat sejarah dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi untuk dijadikan kajian masa kini. Berdasarkan kepada koleksi surat menyurat ini,terdapat pelbagai maklumat dalam bentuk surat, catatan, laporan dan penyata kewangan mengenai perkembangan ekonomi negeri Kedah semasa pemerintahan Al- Marhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah .

BAB 2LATAR BELAKANG SURAT- MENYURAT

Surat- menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah ini adalah antara rekod-rekod kerajaan yang menjadi koleksi terbesar di Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis. Terdapat sejumlah 2951 halaman naskah tulisan tangan dalam huruf Jawi yang terkandung dalam 14 buah buku berdasarkan tahun-tahun yang meliputi sekitar 1300-1362 Hijrah(1882-1943). Koleksi ini merupakan sebahagian daripada kumpulan salinan surat-menyurat zaman pemerintahan DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah ,Sultan ke-26 (1882-1943). Asalnya surat-surat ini sebahagiannya dalam tulisan Jawi ,namun naskah yang dikaji adalah sebahagian naskah yang telah dirumikan dan ditaip semula oleh pihak arkib tanpa menjejaskan isi kadungannya.

Walaupun surat-surat ini disebut Surat- menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah, tetapi bukan semuanya dikeluarkan oleh pihak baginda, sebaliknya datang dari pihak pegawai kerajaan lain seperti President State Council, Setiausaha Sultan , Penghulu dan rakyat biasa. Apa yang pasti semuanya datang dari fail Setiausaha Kerajaan Kedah (SUK) dan berkaitan dengan pentadbiran Kedah pada masa itu.[footnoteRef:3] Surat- menyurat ini menjelaskan bahawa urusan yang berkaitan hal- ehwal dalam dan luar negeri harus melalui Pejabat Sultan dan mesti direkodkan sebelum dihantar ke jabatan-jabatan lain. Surat-surat paling banyak sekali dihantar kepada President State Counsil Kedah ( Raja Muda Tunku Abd Aziz) , Hakim Mahkamah Besar (Tuan Hj Ahmad Hashim), Kepala Kerja Klien dan Tanah (Syed Mansor Al Jefree), Auditor Jeneral Kedah (Syed Mohd Shabudin) dan Cik Ibrahim (Penguasa Pos dan Telegraf). [3: Wan Shamsuddin Mohd Yusof,2001.Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah : Kedah Darul Aman(1882-1943) Kertas Perbentangan dalam Bengkel Kajian Naskah Kesultanan Melayu.Anjuran Bahagian Kesusasteraan Tradisional Jabatan Sastera,Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Akedemik Pengajian Melayu,Universiti Malaya di Hotel Quality ,Kuala Lumpur,2 hingga 5 Julai ,hlm 2.]

Surat-surat silam memiliki satu corak khusus dari sudut bahasa dan gaya penulisannya, maka begitulah jua dengan surat-surat di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Surat biasa adalah seragam coraknya dengan lebih bersifat ringkas. Di samping tajuk utama yang hendak diperkatakan tercatat di atas sekali ,di bahagian awalnya cuma dinyatakan kepada surat itu ditujukan dengan maksud yang hendak disampaikan dan berakhir dengan nama pengirim dan tarikhnya dalam tahun hijrah. Sebagaimana di zaman silam ,surat-surat di zaman Sultan Abdul Halim Hamid Shah ditulis oleh jurutulis khas yang mahir berdasarkan contoh yang ada.dalam kitab Undang-Undang Kedah bertarikh 1311 Hijrah (1893) Masihi naskah Ku Kudin Ku Meh, terdapat dua bab khusus membincangkan tatacara menulis surat beradat daripada Sultan Kedah kepada raja atau pembesar Siam termasuk gabenor di negeri Ligor dan Singgora (Bab 36) juga kepada pemerintahan di negeri-negeri Melayu (Bab 40).

Untuk kajian ini,saya akan memilih beberapa surat yang penting dan menarik untuk dibincangkan dan mengaitkan dengan sistem ekonomi khususnya sistem percukaian dan pajakan. Saya juga akan menyentuh tentang pengurusan kewangan negeri dalam penggunaan hasil sumber ekonomi tersebut dan kesan-kesannya terhadap kehidupan rakyat Kedah . Maklumat tentang sistem cukai dan pajak ini banyak terdapat dalam kumpulan Surat- Menyurat Sultan Abdul Hamid (KSAH) Buku 7 8 dan 9. Namun begitu, beberapa sumber lain juga diambil kira untuk melakukan kajian ini. Ini termasuklah Laporan Tahunan Kerajaan Negeri Kedah ( The Annual Report of the Adviser to the Kedah Government ),FO yang dikeluarkan oleh Penasihat British di Kedah dan sebagainya. Semua sumber ini telah membantu saya dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang sahih serta tepat bagi memastikan hujah-hujah yang akan digunakan bersifat ilmiah dan meyakinkan. Meskipun surat-menyurat tersebut bukanlah minuskrip yang asli (bertulisan Jawi), namun proses menyalin dan merumikannya tidak menjejaskan maksud dan keaslian surat tersebut.

BAB 3SISTEM EKONOMI KEDAH SEKITAR TAHUN 1882- 1943.

Kajian mengenai ekonomi Melayu sekitar kurun ke-19 mendapati ekonomi masyarakat ini adalah bersifat sara diri berdasarkan keadaannya yang agak tertutup dan bersifat tradisional serta hasil dan daya pengeluarannya berskala kecil pada tahap yang rendah.[footnoteRef:4] Ekonomi rakyat pula bersifat sara diri peringkat kampung di mana kegiatan menanam padi menjadi aktiviti penting bagi menampung bahan makanan ruji. Kegiatan tambahan lain termasuk menanam sayur, menternak itik, kambing ,lembu dan kerbau di samping industri kecil sebagai kegiatan sampingan. Lebihan pengeluaran ini sangat sedikit dan ini digunakan sebagai pertukaran untuk mendapatkan barang keperluan tetapi mereka masih terikat kepada golongan pemerintah dari segi guna tenaga buruh, tanah dan lebihan pengeluaran.[footnoteRef:5] [4: Lim Teck Ghee,1977.Presant and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya:1874-1941,Kuala Lumpur :Oxford University Press,hlm 22.Lihat Shahron Ahmat,1984.Kedah-Tradition and Change in Malay State : A Study Economic and Political Develeopment : 1778-1923,MBRAS ,Monograph No.12 hlm .33.] [5: Mohd Isa Othman ,2001.Pengalaman Kedah dan Perlis :Zaman Penjajahan British ,Kuala Lumpur.Utusan Publications,hlm 36.]

Pandangan kedua dikemukakan oleh Azmi Khalid yang berpendapat ekonomi Melayu mempunyai bentuk pelbagai dan bersifat dinamik dalam pelbagai bentuk yang dipengaruhi oleh aspek budaya.[footnoteRef:6] Pandangan ketiga diutarakan oleh seorang pengkaji Barat iaitu J.M .Gullick yang mengkaji tentang masyarakat Melayu abad ke-19 dan mendapati ekonomi Melayu sebagai separa sara diri. Menurutnya, masyarakat Melayu bukan sahaja menghasilkan pengeluaran untuk kegunaan sendiri tetapi juga untuk dijual bagi mendapatkan wang dan barang-barang keperluan yang mereka tidak keluarkan sendiri.[footnoteRef:7] Menurut Mohd Isa Othman pula, ekonomi Kedah pada abad ke-19 dan abad ke-20 lebih cenderung kepada komersial [footnoteRef:8]. Pandangan ini boleh diterima kerana Kedah terlibat dalam kegiatan eksport beras ke Pulau Pinang dan dieksport semula ke China pada tahun 1864 melalui sektor pertanian padi. Pandangan ini agak kukuh berbanding dengan pendapat lain yang bersifat separa tradisional dan budaya apabila meneliti perkembangan ekonomi Kedah berlaku pada sekitar kurun ke-19.[footnoteRef:9] [6: Azmi Khalid ,1996 , Ekonomi Melayu Kurun ke-19:Sara Diri atau Komersil? dalam Badariah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (Peny.) Alam Pensejarahan:Dari Pelbagai Perspektif,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm 223-227.] [7: J.M .Gullick,1989,Malay Society In The Late Nineteeth Century,Singapore:Oxford University Press,hlm124.] [8: Mohd Isa Othman,2001 Pengalaman Kedah dan Perils :Zaman Penjajahan British,hlm 37.] [9: Badriah Haji Salleh,2006 Sejarah Ekonomi Kedah Sehingga Kurun Ke-19, Kertas Kerja dalam Majlis Polemik Sejarah Malaysia,Alor Setar:Arkib Negara, 9 Mei,hlm.1-22.]

Kedah merupakan salah sebuah negeri Melayu Semenanjung yang mengalami proses pembangunan yang pesat apabila asas ekonominya telah mengalami pertukaran corak yang bertunjangkan perdagangan yang sebelumnya hanya berlandaskan kepada pertanian sara diri khususnya pertanian padi. Perubahan ini telah membentuk beberapa proses perkembangan dalam ekonomi dan politik Kedah. Salah satu perkembangan penting ialah perkembangan penting ialah dengan pembukaan tanah-tanah paya yang ditebusguna menjadi tanah sawah yang subur di sekitar dataran Kedah seluas 500 batu persegi atau kira-kira 3000,000 ekar.[footnoteRef:10] Pada tahun 1864, jumlah eksport beras Kedah ke Pulau Pinang bernilai $10,000. [footnoteRef:11] Kesan kepentingan perdagangan beras Kedah ke Pulau Pinang menjadikan tanah lebih bernilai serta boleh pula dijual beli. Kemasukan modal daripada luar khasnya daripada Pulau Pinang untuk mendapatkan bekalan padi dan beras Kedah menjadikan bahan ini lebih komersial. Pemodal-pemodal ini telah memperoleh hak monopoli membeli daripada sultan melalui sistem pajak[footnoteRef:12]. Bagi memastikan peningkatan jumlah bekalan padi, petani-petani Melayu digerakkan supaya memasuki jaringan komersial pemegang pajak melalui kaedah berhutang. Mereka bukan sahaja memperdagangkan padi dan beras tetapi turut menjual hasil-hasil lain. Pada tahun 1894, dilaporkan Kedah mengeksport bijih timah bernilai $4,050 dan binatang ternakan dari Perlis pula bernilai $4,096. [10: Afifuddin Haji Omar.1981. Penanaman Padi di Kedah:Sejarah Peranan Dalam Ekonomi Negeri Kedah , Konvensyen Sejarah Negeri Kedah,Alor Setar:Wisma Negeri, 28 November-1 Disember.hlm 1] [11: Mohd Isa Othman,2001 Pengalaman Kedah dan Perlis :Zaman Penjajahan British,hlm 37.] [12: SMSAH 1, (1300-1304/1882-1886M),Penyata Kira-kira Penerimaan Hasil Pajakan Kuala Muda dan Merbok pada bulan Zulhijjah 1300 H/Oktober 1883M.Ada mencatatkan penerimaan hasil pajak beras daripada Chiew Asew sebanyak $213.33.]

Selain daripada penanaman padi, tanaman ubi kayu juga telah menyumbang pendapatan sebagai salah satu kegiatan ekonomi Kedah yang bersifat komersial khususnya di wilayah selatan seperti Kulim.[footnoteRef:13] Sektor ekonomi ini berkembang melalui pemberian konsesi tanah dan sistem pajakan kepada pengusaha asing khususnya para saudagar berbangsa Cina dari Pulau Pinang.[footnoteRef:14]. Sekitar tahun 1870 hingga 1880an, tanaman ubi kayu ini berkembang pesat dan meluas berikutan pembukaan tanah yang meluas dan kesan daripada permintaan yang tinggi menyebabkan harganya meningkat di pasaran.[footnoteRef:15] Perkembangan ini telah menyebabkan beberapa pengusaha Cina telah membuka banyak ladang ubi kayu yang luas dan kilang memproses ubi kayu yang moden. [13: SMSAH 6, 1314-1317 H /1899 M . Penyata Penerimaan Hasil Pajakan pada tahun berkenaan ada mencatatkan hasil kutipan pajakan ubi kayu dan tepung di Kulim sebanyak $559.99 pada bulan Ramadhan 1314,hlm 6.] [14: Sharon Amat ,1970, The Structure of The Economy of Kedah : JMBRAS,Vol.43(1) ,hlm 20.] [15: J.C Jakson,1968. Planters and Specuator: Chinese and Eropean Enterprise in Malaya,1786-1921,Kuala Lumpur :Universiti of Malaya Press,hlm 52.]

Sektor perlombongan juga turut menyumbang kepada pendapatan ekonomi Kedah. Sektor perlombongan ini banyak dijalankan di kawasan Kulim, Kuala Muda, Changloon serta kawasan yang bersempadan dengan Setul di Perlis.[footnoteRef:16] Sektor perlombongan ini pada mulanya dilakukan secara kecil- kecilan oleh orang-orang Melayu dengan menggunakan kaedah mendulang. Namun dengan kehadiran pelombong Cina, aktiviti perlombongan ini telah dipergiatkan . Semasa Pemerintahan Sultan Abdul Hamid, sistem pajakan hasil lombong dan pajakan yang lain di kawasan berkenaan diwujudkan malah diperluaskan bagi mengawal hasil pengeluaran bijih timah dan lain-lain. [16: The Annual Report of the Adviser to Kedah Government for the Year (KAR) 1905,hlm 6]

BAB 4SISTEM PAJAKAN HASIL-MASUL NEGERISurat-surat yang dikaji telah memperlihatkan ekonomi Kedah bergantung kepada sistem pajakan. Perkembangan ekonomi Kedah turut dipengaruhi oleh sistem pajakan. Sistem pajakan ini merupakan satu sumber pendapatan penting pemerintahan Kedah zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah . Pengenalan kepada sistem ini telah membawa kepada peningkatan hasil pendapatan kerajaan Kedah. Kutipan cukai ini melibatkan hasil kegiatan ekonomi di Kedah merangkumi sektor pertanian, penternakan, perniagaan dan lain-lain dalam pelbagai jenis seperti padi dan beras, ubi kayu dan tepungnya, binatang ternakan, hasil hutan, pajak pasar, tambang (perahu menyeberangi sungai), pajak tiang (tiang menambat perahu, tongkang dan sebagainya) dan pajak membuat nombor perahu.[footnoteRef:17] [17: Wan Shamsudin Mohd Yusof ,2001.Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah:Kedah Darul Aman(1882-1943),hlm 8-9.]

BAB 5SUMBER-SUMBER PAJAKAN

Sumber Pajakan berdasarkan surat menyurat Sultan Abdul Hamid T.H 1315-1317 (T.M. 1897-1899) N0. 7 [footnoteRef:18] [18: SMSAH No 7]

5.1Sektor Perhutanan

Jadual 1

Statistik Hasil Pajakan Dari Sektor Perhutanan

BilNama PenerimaJenis PajakanDaerah PajakanTempoh PajakanJumlahJumlah Setahun

1Chong AyukayuKulim3 tahunRM2400RM800

2AlipokayuKulim3 tahunRM1590RM530

3Mohamad HasaantiangKuala Muda2 tahunRM2800RM1400

4Mat Ajangkayu rakitKuala Muda Merbok3 tahunRM12600RM4200

5Cheng Ah YutiangKuala Kedah3 tahunRM6300RM2100

JUMLAHRM25690RM9030

Carta Pai 1

Sumber :SMSAH NO:7

Berdasarkan statistik hasil pajakan dari sektor perhutanan di atas, Mat Ajang merupakan penyumbang yang tertinggi hasil pajakan dari sektor perhutanan iaitu sebanyak RM4200 (47%). Diikuti dengan Cheng Ah Yu iaitu sebanyak RM2100 (23%). Tempat ketiga sebanyak RM1400 (15%) diperoleh daripada Mohamad Hasaan. Chong Ayu pula menduduki tempat keempat iaitu sebanyak RM800 (9%) berbanding dengan Alipo iaitu yang terendah sekali iaitu sebanyak RM530 (6%).Hasil pajakan dari sektor perhutanan ini terbukti kayu rakit mempunyai nilai komersil yang tinggi sehinggakan kerajaan Kedah ketika itu dapat memajak dengan harga yang tinggi.Kemungkinan kayu rakit juga merupakan kayu yang bermutu tinggi dan mempunyai pasaran yang baik. Daerah pajakan bagi sektor perhutanan ini termasuklah daerah Kulim, Kuala Muda Merbok dan Kuala Kedah. Manakala tempoh pajakan kesemuanya 3 tahun kecuali kayu tiang di daerah Kuala Muda yang diberi kepada Mohamad Hasaan iaitu selama 2 tahun. Manakala golongan Cina dan golongan Melayu juga masih seimbang dalam memperoleh pajakan daripada kerajaan Negeri Kedah ketika itu.Jumlah keseluruhan pajakan yang dikenakan pula iaitu sebanyak RM25690 dan sebanyak RM9030 bagi tempoh setahun.

5.2Daerah/Kawasan dan TanahJadual 2Statistik Hasil Pajakan Melibatkan Daerah/Kawasan dan Tanah

BilNama PenerimaDaerah/TanahTempoh PajakanJumlahJumlah Setahun

1YasinYan di Kerian2 tahunRM800RM400

2Pua SekKulim3 tahunRM3825RM1275

3Chee Kee HongKuala Muda3 tahunRM2400RM800

4ManPulau empat (P.Bunting, P.Telor, P.Songsang dan P.Bidan)4 tahunRM1200RM300

5Owa ChuaTambang di Kerian1 tahunRM100RM100

6Loo Leng KooiKota Setar & Kuala Muda3 TahunRM7200RM2400

7Cheng ChuaTambang di Kerian1 tahunRM648RM648

8Lee Bin TiongTambang di Kuala Muda3 tahunRM2400RM800

JUMLAH KESELURUHANRM18573RM6723

Carta Pai 2

Sumber :SMSAH NO:7

Berdasarkan statistik hasil pajakan melibatkan daerah/kawasan dan tanah di atas dalam tempoh setahun. Loo Leng Kooi merupakan penyumbang yang tertinggi iaitu sebanyak RM2400 (36%). Hal ini disebabkan beliau telah mendapat pajakan iaitu di Kota Setar dan Kuala Muda. Diikuti dengan Pua Sek iaitu sebanyak RM1275 (19%). Beliau telah diberi pajakan di daerah Kulim iaitu selama tiga tahun. Manakala Chee Kee Hong di daerah Kuala Muda dan Lee Bin Tiong tambang di Kuala Muda kedua-duanya telah dikenakan pajakan sebanyak RM800 (12%). Cheng Chua pula telah dikenakan pajakan sebanyak RM648 (10%) iaitu tambang di Kerian. Sementara Yasin pula sebanyak RM400 (6%) Yan di Kerian. Man pula diberi pajakan Pulau empat (P.Bunting, P.Telor, P.Songsang dan P.Bidan) iaitu sebanyak RM300 (4%) kedua terendah. Namun begitu Owa Chua merupakan penerima pajak yang terendah iaitu sebanyak RM100 (1%) melibatkan kawasan Tambang di Kerian.Walaupun kita lihat Loo Leng Kooi tertinggi dalam menyumbang hasil pendapatan kerajaan negeri Kedah. Namun daerah yang dipajak kepadanya melibatkan dua daerah berbanding dengan Puak Sek hanya diberi satu daerah sahaja.Daerah/kawasan dan tanah serta termasuk pulau telah dipajak oleh kerajaan Kedah ketika itu bagi menambahkan pendapatan kerajaan. Antaranya termasuklah daerah Yan di Kerian, Kulim, Kuala Muda, Pulau empat (P.Bunting, P.Telor, P.Songsang dan P.Bidan), tambang di Kerian dan Kota Setar. Manakala tempoh pajakan pula 2 tahun kepada Yasin, 3 tahun kepada Pua Sek,Chee Kee Hong, Loo Leng Kooi dan Lee Bin Tiong. 1 tahun pula kepada Owa Chua dan Cheng Chua. Namun begitu, tempoh pajakan yang paling lama telah diberikan kepada Man iaitu selama 4 tahun.Komposesi kaum pula dilihat bangsa Melayu hanya diwakili 2 orang sahaja berbanding kaum Cina iaitu sebanyak 6 orang. Perbezaan sebanyak 4 orang telah wujud dalam pengagihan pajakan dalam sektor ini.Jumlah keseluruhan pajakan yang dikenakan pula iaitu sebanyak RM18573 dan sebanyak RM6723 bagi tempoh setahun.

5.3Sektor PertanianJadual 3

Statistik Hasil Pajakan Dari Sektor Pertanian

BilNama PenerimaJenis PajakanDaerah PajakanTempoh PajakanJumlahJumlah Setahun

1Mat JasinnipahKerian2 tahunRM450RM225

2Wan Mohd Samanubi kayuKulim & Kuala Muda6 tahunRM42000RM7000

3Cheng Kian ubi kayuKulim & Karangan6 tahunRM42000RM7000

4Lock Pianpadi berasKuala Muda Merbok3 tahunRM9000RM1000

5Poah Hin Leongubi kayuKulim4 tahunRM28000RM7000

JUMLAHRM121450RM22225

Carta Pai : 3

Sumber :SMSAH NO:7

Berdasarkan statistik hasil pajakan sektor pertanian di atas dalam tempoh setahun. Wan Mohd Samad, Cheng Kian dan Poah Hin Leong merupakan penyumbang yang tertinggi iaitu sebanyak RM7000 antara 31% dan 32% setahun melibatkan daerah Kulim, Karangan, Kuala Muda dan Merbok. Ketiga-tiga mereka mendapat pajakan ubi kayu. Diikuti dengan Lock Pian iaitu sebanyak RM1000 (5%). Pajakan yang diperoleh beliau iaitu padi beras di daerah Kulim. Pajakan yang diterima oleh Mat Jasin merupakan pajakan yang terendah iaitu sebanyak RM225 (1%) melibatkan pajakan nipah iaitu di daerah Kerian selama dua tahun.Sekiranya kita perhatikan ternyata pajakan ubi kayu ketika itu terlalu bernilai. Kemungkinan ubi kayu merupakan keperluan asas penduduk untuk dijadikan makanan dan tepung. Manakala daerah yang telah dipajak dari sektor pertanian oleh kerajaan Kedah ketika itu bagi menambahkan pendapatan kerajaan. Antaranya termasuklah daerah Kerian, Kulim, Kuala Muda, Karangan dan Merbok.Komposesi kaum pula dilihat bangsa Melayu juga masih rendah dalam pemilikan pajakan yang diterima iaitu sebanyak 2 orang sahaja berbanding kaum Cina iaitu sebanyak 3 orang. Perbezaan ini tidaklah begitu ketara jika dibandingkan dengan sektor lain. Sementara tempoh pajakan pula 2 tahun kepada Mat Jasin, 3 tahun kepada Lock Pian, 4 tahun kepada Poah Hin Leong dan 6 tahun pula kepada Wan Mohd Saman dan Cheng Kian iaitu temph pajakan yang paling lama berbanding dengan yang lain.Jumlah keseluruhan pajakan yang dikenakan pula iaitu sebanyak RM121450 dan sebanyak RM22225 bagi tempoh setahun.

5.4Sektor Penternakan

Jadual 4

Statistik Hasil Pajakan Dari Sektor Penternakan

BilNama PenerimaJenis PajakanDaerah PajakanTempoh PajakanJumlahJumlah Setahun

1Chin AmatayamKota Setar3 tahunRM9600RM3200

2Tunku Attaallahkerbau & lembuNegeri Kedah2 tahunRM6000RM3000

3Yaubelulang kerbau & lembuKota Setar & Kuala Muda3 tahunRM2160RM720

4Kapten Bijaya SetiababiKulim3 tahunRM3300RM1100

5Chong Ah Yutelur ayam, itek dan burung merbok

Kota Setar dan Kuala Muda serta anak-anak sungai3 tahunRM6000RM2000

JUMLAHRM27060RM10020

Carta Pai : 4

Sumber :SMSAH NO:7

Berdasarkan statistik hasil pajakan sektor penternakan dalam tempoh setahun. Chin Amat merupakan penyumbang yang tertinggi iaitu sebanyak RM3200 (28%) setahun melibatkan daerah Kota Setar. Beliau mendapat pajakan ayam. Kemungkinan pajakan yang dibayar tinggi disebabkan daerah yang diterimanya merupakan kawasan Bandar. Oleh hal demikian, beliau terpaksa membayar dengan harga yang tinggi. Diikuti dengan Tunku Attaallah iaitu sebanyak RM3000 (26%). Pajakan yang diperoleh beliau iaitu kerbau dan lembu bagi negeri Kedah. Pajakan yang diterima oleh Chong Ah Yu merupakan pajakan yang ketiga tertinggi iaitu sebanyak RM2000 (17%) melibatkan pajakan telur ayam, itek dan burung merbok iaitu di daerah Kota Setar dan Kuala Muda serta anak-anak sungai. Kapten Bijaya Setia pula merupakan penerima pajakan selepas Chong Ah Yu iaitu sebanyak RM1100 ( ) setahun daripada jumlah keseluruhan RM3300 yang perlu dibayarnya selama 3 tahun untuk pajakan babi. Sementara Yau pula membayar pajakan sebanyak RM720 ( ) sahaja bagi pajakan belulang kerbau dan lembu.Manakala daerah yang telah dipajak dari sektor penternakan oleh kerajaan Kedah ketika itu bagi menambahkan pendapatan kerajaan. Antaranya termasuklah daerah Kota Setar, negeri Kedah,Kulim, Merbok, dan Kuala Muda serta anak-anak sungai.Komposesi kaum pula dilihat pelbagai bangsa melibatkan diri dalam sektor penternakan. Walau bagaimanapun kaum Cina masih mendominan dalam sektor ini juga.Sementara tempoh pajakan pula 2 tahun diberi kepada Tunku Attaallah, 3 tahun diberi kepada Chin Amat, Yau, Kapten Bijaya Setia dan Chong Ah Yu. Merujuk tempoh pajakan ini ternyata tempoh pajakan 3 tahun lebih selesa dilaksanakan oleh pihak kerajaan ketika itu.Jumlah keseluruhan pajakan yang dikenakan pula iaitu sebanyak RM27060 dan sebanyak RM10020 bagi tempoh setahun.

5.5Sektor Perlombongan

Jadual 5

Statistik Hasil Pajakan Dari Sektor Perlombongan

BilNama PenerimaJenis PajakanDaerah PajakanTempoh PajakanJumlahJumlah Setahun

1AlipoTimahKulim3 tahunRM18480RM6060

2Loh Lau ChongTimahKulim4 tahunRM28000RM7000

3Loh Lai ChongTimahKerian4 tahunRM20000RM5000

JUMLAHRM66480RM18060

Carta Pai 5Berdasarkan statistik hasil pajakan sektor perlombongan dalam tempoh setahun. Loh Lau Chong merupakan penyumbang yang tertinggi iaitu sebanyak RM7000 ( 39%) setahun melibatkan daerah Kulim. Diikuti dengan Loh Lai Chong iaitu sebanyak RM5000 (28 %). Alipo pula sebanyak RM6060 (33%) terendah yang perlu dibayar kepada pihak kerajaan.Manakala daerah yang telah dipajak dari sektor perlombongan oleh kerajaan Kedah ketika itu bagi menambahkan pendapatan kerajaan. Antaranya termasuklah daerah Kulim dan Kerian.Komposesi kaum pula dilihat kaum Cina telah menguasai dalam sektor ini. Sementara tempoh pajakan pula 3 tahun diberi kepada Loh Lau Chong dan Loh Lai Chong. Merujuk tempoh pajakan ini ternyata tempoh pajakan 4 tahun lebih selesa dilaksanakan oleh pihak kerajaan ketika itu dalam sektor perlombongan.Jumlah keseluruhan pajakan yang dikenakan pula iaitu sebanyak RM66480 dan sebanyak RM18060 bagi tempoh setahun.

5.6Lebih Dari Satu Sumber

Jadual 6

Statistik Hasil Pajakan Lebih Dari Satu Sumber

BilNama PenerimaJenis PajakanDaerah PajakanTempoh PajakanJumlahJumlah Setahun

1Chong Ah Yu & Tan Chongtembakau,gambir dan garamKota Setar3 tahunRM109500RM36500

2Pak Asitayam, itek,buluh, dan rotanKuala Muda dan Merbok3 tahunRM4800RM1600

3Lee Ban Tiongtembakau,gambir dan garamKuala Muda Merbok3 tahunRM33620RM11540

4Koi ChongSiput, teripong, telur penyu, rotan, getah, damar dan kayu-kayu iaitu lain drp kayu penagaP. Adang dan P.Rawi (P.Langkawi)6 tahunRM2100RM350

JUMLAHRM150020RM49990

Carta Pai 6

Berdasarkan statistik hasil pajakan lebih dari satu sumber dalam tempoh setahun. Chong Ah Yu dan Tan Chong merupakan penyumbang yang tertinggi iaitu sebanyak RM36500 (73%) setahun melibatkan daerah Kota Setar. Mereka telah diberi pajakan tembakau, gambir dan garam. Kemungkinan pajakan yang dikenakan tinggi disebabkan daerah yang diterimanya merupakan kawasan bandar serta hasil yang menjadi di daerah tersebut. Oleh hal demikian, mereka tidak dapat tidak terpaksa membayar dengan harga yang tinggi. Diikuti dengan Lee Ban Tiong iaitu sebanyak RM11540 (23 %). Pajakan yang diperoleh beliau sama seperti Chong Ah Yu dan Tan Chong iaitu tembakau, gambir dan garam.Pajakan yang diterima oleh Pak Asit merupakan pajakan yang ketiga tertinggi iaitu sebanyak RM1600 (3 %) melibatkan pajakan ayam, itek, buluh, dan rotan iaitu di daerah Kuala Muda dan Merbok. Koi Chong pula merupakan penerima pajakan selepas Pak Asit iaitu sebanyak RM350 (1%) setahun daripada jumlah keseluruhan RM2100 yang perlu dibayarnya selama 6 tahun untuk pajakan siput, teripong, telur penyu, rotan, getah, dammar dan kayu-kayu iaitu lain daripada kayu penaga.Statistik hasil pajakan lebih dari sau sumber daerah yang telah dipajak oleh kerajaan Kedah ketika itu bagi menambahkan pendapatan kerajaan. Antaranya termasuklah daerah Kota Setar, Kuala Muda Merbok P. Adang dan P.Rawi (P.Langkawi).Komposesi kaum pula dilihat kaum Cina masih mendominan dalam sektor ini. Hanya seorang sahaja daripada kaum Melayu berbanding dengan kaum Cina iaitu sebnayak 3 orang.Sementara tempoh pajakan pula 3 tahun diberi kepada Chong Ah Yu dan Tan Chong,Lee Ban Tiong serta Pak Asit. Manakala 6 tahun diberi kepada Koi Chong. Merujuk tempoh pajakan ini ternyata tempoh pajakan 6 tahun lebih selesa dilaksanakan oleh pihak kerajaan ketika itu dalam sektor ini.Jumlah keseluruhan pajakan yang dikenakan pula iaitu sebanyak RM150020 dan sebanyak RM49990 bagi tempoh setahun.

5.7Sektor-Sektor Lain

Jadual 7

Statistik Hasil Pajakan Dari Sektor-Sektor Lain

BilNama PenerimaJenis PajakanDaerah PajakanTempoh PajakanJumlahJumlah Setahun

1Koo Bong KingarakKuala Muda Merbok3 tahunRM13500RM4500

Koo Bong KingjudiKuala Muda Merbok3 tahunRM36000RM12500

2Chiah Kee Hoon dan Chiah Eng BeearakKota Setar dan Pulau Pinang3 tahunRM24000RM8000

3Lee Ban Tiongkutip hasil kereta-kereta Kulim3 tahunRM4560RM1520

4Lee Ban TiongtambangKota Kuala Muda3 tahunRM2400RM800

5Lim Lap ChakjudiKulim3 tahunRM45000RM15000

6Lee Pohnombor perahuNegeri Kedah2 tahunRM3300RM1650

7Lim Kee Chuan & Chang Kee Anopium dan canduKota Setar, Kuala Muda Kulim, Bagan Semak dan Singkir3 tahunRM375000RM125000

8Saidu Ganigantang,cupak, kai dan kepulNegeri Kedah3 tahunRM720RM240

9Koi Chongtahi kelawar P. Langkawi selain drp Kubang Badek2 tahunRM200RM100

JUMLAH KESELURUHANRM504680RM169310

Carta Pai : 7

Berdasarkan statistik hasil pajakan dari sektor-sektor lain dalam tempoh setahun. Lim Kee Chuan dan Chang Kee An merupakan penyumbang yang tertinggi bagi jenis pajakan opium dan candu iaitu sebanyak RM125000 (74 %) setahun melibatkan daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Bagan Semak dan Singkir. Kemungkinan pajakan yang dikenakan tinggi disebabkan candu ketika itu begitu penting dan amat diperlukan. Diikuti dengan Lim Lap Chak iaitu sebanyak RM15000 (9 %). Pajakan yang diperoleh beliau iaitu judi di daerah Kulim..Pajakan yang diterima oleh Koo Bong Kiang merupakan pajakan yang ketiga tertinggi iaitu sebanyak RM12500 ( %) bagi pajakan judi iaitu di daerah Kuala Muda Merbok. Beliau juga memperoleh pajakan arak di daerah yang sama tetapi nilai pajakan setahun hanya RM4500 iaitu kelima tertinggi. Manakala Chiah Kee Hoon dan Chiah Eng Bee diberi pajakan arak sama dengan Koo Bong King tetapi di daerah yang berbeza iaitu di derah Kota Setar dan Pulau Pinang sebanyak RM8000 setahun. Diikuti Lee Poh diberi pajak nombor perahu di negeri Kedah iaitu sebanyak RM1650. Lee Ban Tiong pula diberi dua jenis pajakan iaitu pajakan kutip hasil kereta-kereta dan tambang. Beliau memperoleh pajakan di daerah Kulim dan Kota Kuala Muda. Kutipan hasil kereta-kereta dikenakan pajakan sebanyak RM1520 manakala tambang dikenakan pajakan sebanyak RM800 sahaja.Sementara Saidu Gani merupakan penerima pajakan yang kedua terendah iaitu sebanyak RM240. Pajakan yang diperoleh iaitu berkaitan dengan gantang,cupak, kai dan kepul. Pajakan ini melibatkan negeri Kedah. Kemudian diikuti oleh Koi Chong iaitu penerima pajakan bagi tahi kelawar sebanyak RM100. Daerah yang diberikan kepada beliau iaitu P.Langkawi selain daripada Kubang Badek.Komposesi kaum pula dilihat kaum Cina juga turut mendominan dalam sektor ini. Hanya seorang sahaja bernama Saidu Gani telah menerima pajakan. Manakala yang lain semuanya dimonopoli oleh bangsa Cina. Hal ini tidak mengejutkan ini disebabkan kebanyakan jenis pajakan melibatkan barangan yang menjadi haram kepada masyarakat Islam yang terdiri kebanyakannya di kalangan orang Melayu.Sementara tempoh pajakan pula Koo Bong Kiang, Chiah Kee Hoon, Chiah Eng Bee & Lee Ban Tiong, Lim Lap Chak, Lim Kee Chuan & Chang Kee An dan Saidu Gani semuanya diberi tempoh selama 3 tahun kecuali kepada Lee Poh dan Koi Chong iaitu selama 2 tahun. Merujuk tempoh pajakan ini ternyata tempoh pajakan 3 tahun lebih selesa dilaksanakan oleh pihak kerajaan ketika itu dalam sektor ini.Jumlah keseluruhan pajakan yang dikenakan pula iaitu sebanyak RM504680 dan sebanyak RM169310 bagi tempoh setahun.

BAB 6SYARAT-SYARAT PAJAKAN

Penelitian dibuat pada surat perjanjian tersebut mendapati bahawa beberapa syarat tertentu telah ditetapkan antara lain termasuklah tempoh masa pajak,jumlah bayaran pada setahun ,wang cagaran yang diperlukan dan sebagainya. Biasanya tempoh masa pajakan kebanyakannya tiga tahun walaupun ada sesetengahnya sehingga 6 tahun.Tempoh masa ini akan disambung apabila si pemajak telah mempunyai rekod yang baik dalam pembayaran pajakan. Manakala pemajak yang tidak mematuhi syarat dikenakan tindakan dan pajakan tidak dilanjutkan. Tempoh pajakan,jumlah bayaran pajakan pada setahun dan wang cagaran tertera pada surat perjanjian. Ini dapat dilihat pada surat berikut;

Surat Kecil Pajak Ayam Itek, Buluh,Rotan, Kuala Muda, Merbok Pada Asit Lamanya Tiga Tahun.

Surat meterai Tuanku Abdul Aziz Raja Muda dinyatakan pada Asit. Maka adalah pinta mika hendak pajak ambil ayam itek, buluh rotan Kuala Muda Merbok lamanya tiga tahun jadi 36 bulan mika hendak bayar hasilnya pada setahun seribu enam ratus $1,600.00 dikira-kira jadi pada sebulan seratus tiga puluh tiga rial tiga puluh tiga duit setengah $133.33 .cagarannya mika hendak bayar 6 bulan punya hasil iaitu delapan ratus rial $800.00 tiada dengan bunganya akan rial cagaran ini dibahagi 36 bulan jadi pada sebulan dua puluh dua puluh dua duit $ 22.22 boleh ditolak di dalam hasil yang kepada tiap-tiap bulan itu sehingga sampai 24 bulan, maka rial baki yang tidak ditolak selama 12 bulan itu banyaknya dua ratus enam puluh rial enam puluh empat duit $ 266.64 apakala yang dipajakkan itu boleh hendak dibayar balik selesaikan. Telah kami benarkan beri seperti permintaan mika itu .. sehari bulan Safar 1317 ini waktu jam Kedah pukul 2 cukuplah tahun pajak lama boleh mika terima ambil pajak itu perintahkan menurut yang sudah diadatkan, maka akan rial cagaran delapan ratus rial $800.00 yang tersebut itu pun kami sudah terima selesaikan pada mika, maka inilah dinyatakan surat pada 5 haribulan Zulkaedah 1315 tamat [footnoteRef:19] [19: Surat bertarikh 15 Zulkaedah 1315 (KSAH 7)]

Berdasarkan pada surat di atas, terdapat beberapa syarat telah ditentukan bagi pajakan tersebut. Surat pajakan tersebut termetrai antara pemerintah dengan seorang pemajak yang bernama Asit. Pajakan yang diberikan kepada pemajak tersebut ialah pajak ayam itek, buluh,rotan, Kuala Muda, Merbok kepada Asit selama tiga tahun. Pihak pemerintah telah menetapkan bahawa tempoh pajakan tersebut ialah selama 36 bulan dan bayaran pajakan adalah berjumlah $ 1600.00 setahun atau $ 133.33 sebulan. Dalam pajakan tersebut pihak pemajak perlu membayar cagaran sebanyak enam bulan hasil pajakan iaitu $ 800.00. Pajakan itu mula berkuatkuasa pada 5 Dzulkaedah 1315 H dan berakhir pada 1 Safar 1317.

BAB 7GOLONGAN YANG TERLIBAT DALAM PAJAKANPenelitian dibuat terhadap Surat-surat pajak didapati bahawa golongan pemajak adalah sebahagian besarnya terdiri daripada saudagar-saudagar Cina. Saudagar saudagar berbangsa Cina telah menguasai sebahagian besar pajakan hasil ekonomi negeri Kedah pada ketika itu. Hubungan baik yang terjalin antara saudagar Cina dengan pihak pemerintah dalam aspek ekonomi memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka.antara saudagar yang berpengaruh di Kedah seperti Lim Kee Chuan & Chang Kee An, Koo Bong King, Lim Lap Chak, Chong Ah Yu & Tan Chong dan Lee Ban Tiong. Misalnya Chong Ah Yu telah terlibat dalam beberapa sektor antaranya pajakan lebih dari satu sumber seperti pajakan tembakau, gambir dan garam manakala dalam sektor penternakan beliau telah diberi pajakan telur ayam, itek dan burung merpati.Di samping itu, golongan Melayu juga diberi pajakan dalam bebarapa sektor. Antaranya pajakan lebih dari satu sumber diberikan kepada Pak Asit (ayam,itek,buluh, dan rotan), Man pula diberikan pajakan melibatkan daerah/kawasan dan tanah iaitu Pulau empat (P. Bunting, P.Telor, P.Songsang dan P.Bidan).Begitu juga dengan Yasin di berikan pajakan Yan di Kerian. Mat Jasin dan Wan Mohd Saman pula diberikan pajakan dari sektor pertanian iaitu nipah dan ubi kayu.Manakala bangsa lain seperti Kapten Bijaya Setia terlibat dalam sektor Penternakan. Saidu Gani pula terlibat dalam sektor-sektor lain.Konklusinya, ternyata saudagar-saudagar Cina telah menopoli disemua sektor dan menjadi golongan yang dominan dalam pengerak ekonomi negeri Kedah.

BAB 8 PENDAPATAN TAHUNAN-HASIL PAJAKANPendapatan hasil pajakan dalam tempoh setahun kerajaan Negeri Kedah berdasarkan surat menyurat Sultan Abdul Hamid t.h 1315-1317 (t.m. 1897-1899) No. 7.

Jadual 8

BilPERKARAJUMLAH SETAHUN

1Sektor Perhutanan$9030

2Daerah/Kawasan dan Tanah$6723

3Sektor Pertanian$22225

4Sektor Penternakan$10020

5Sektor Perlombongan$18060

6Lebih Dari Satu Sumber$49990

7Sektor-Sektor Lain$169310

PENDAPATAN KESELURUHAN$285358

Carta Pai : 8

Berdasarkan statistik pendapatan hasil pajakan dalam tempoh setahun kerajaan Negeri Kedah berdasarkan surat menyurat Sultan Abdul Hamid T.H 1315-1317 (T.M. 1897-1899) No.7.[footnoteRef:20] Sektor-sektor lain merupakan penyumbang yang tertinggi bagi pendapatan hasil pajakan kerajaan negeri Kedah iaitu sebanyak RM169310 (59 %) setahun.Diikuti dengan pajakan yang lebih dari satu sumber iaitu telah menyumbang pendapatan sebanyak RM49990 (18 %). [20: Ibid. SMSAH. NO.7]

Manakala sektor pertanian telah menyumbang pendapatan sebanyak RM22225 (8%) iaitu ketiga tertinggi. Tempat keempat iaitu sektor perlombongan menyumbang pendapatan sebanyak RM18060 (6%) daripada keseluruhan hasil pajakan. Sektor Penternakan pula menduduki tangga kelima iaitu telah menyumbang pendapatan sebanyak RM10020 (4%). Kemudian diikuti dengan sektor perhutanan iaitu telah menyumbang pendapatan hasil pajakan dalam tempoh setahun kerajaan negeri Kedah sebanyak RM9030 (3%). Tangga terakhir iaitu daerah/kawasan dan tanah telah menyumbang pendapatan kerajaan negeri Kedah sebanyak RM 6723 (2%).Setelah kita telusuri agihan hasil pendapatan melalui pajakan ternyata kerajaan Kedah ketika itu terlalu bergantung kepada sektor-sektor lain di mana telah menyumbang hasil pendapatan yang tertinggi iaitu sebanyak RM169310 (59 %). Sektor ini merupakan sektor yang hampir keseluruhannya melibatkan barangan-barangan dan perkara-perkara haram. Contohnya pajak arak, candu dan judi. Surat tentang pajakan arak banyak dikemukakan dalam surat SMSAH. Meskipun arak,judi dan candu diharamkan oleh agama Islam,namun hasil tersebut juga dipajakkan sebagai sumber ekonomi negeri Kedah.Contoh surat pajak arak seperti Surat Kecil Pajak Arak Singkir Pada Cia Kihoon dan Iyangbi.

surat menterai kami nyatakan pada Chia Kihoon dan Chia Iyangbi maka adalah akan pajak arak di Singkir ,Yan,Sungai Daun dan Sungai Limau dan Dulang itu kami sudah tetapkan beri kepada mereka pajakan persatu dengan pajak arak Kota Setar ini mulai pada sehari Ramadan 1318..[footnoteRef:21] [21: SMSAH ,No 7 ,surat bertarikh 7 Dzulkaedah 1318]

Walaupun diharamkan disisi Islam dan syarak arak,judi, opium dan candu tetap menjadi pilihan utama kerajaan negeri Kedah bagi mengaut keuntungan dan pendapatan kerajaan negeri. Golongan yang terlibat pula kebanyakannya terdiri daripada bangsa Cina yang sememangnya tidak menjadi halangan kepada mereka asalkan member keuntungan tanpa memikirkan halal dan haram.

BAB 9KRISIS KEWANGAN KEDAH TAHUN 1888Meskipun kerajaan memperoleh sumber kewangan daripada sumber-sumber ekonomi terutamanya daripada sistem cukai dan pajakan,namun pengurusan kewangan yang lemah telah menjejaskan ekonomi Kedah. Ini diperkuatkan lagi dengan beberapa peristiwa yang telah berlaku di negeri Kedah pada ketika itu. Kesan kewangan yang teruk dirasai oleh Kedah selepas berlakunya peristiwa Perang Kulim. Sultan Abdul Hamid terutama sekali terpaksa menghadapi krisis kewangan yang paling buruk berikutan hasil pendapatan baginda yang sebahagian besarnya bergantung kepada cukai dan pajak dari daerah Kulim telah terjejas teruk. Kedudukan kewangan baginda bertambah buruk apabila kerja-kerja pemulihan dan pembaharuan di daerah Kulim turut menelan perbelanjaan yang banyak. Akibat daripada tekanan kewangan di Kedah begitu dirasai mulai tahun 1888 sehingga menimbulkan beberapa konflik yang serius di antara Sultan dan beberapa pihak lain yang turut menghadapi masalah kewangan sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada Perang Kulim.

Konflik pertama melibatkan Sultan Abd Hamid dengan dua bapa saudara baginda iaitu Tunku Thiaddin dan Tunku Yusuf.[footnoteRef:22] Ia berpunca daripada masalah pembayaran elaun sara hidup Tunku Thiauddin dan Tunku Yusuf yang telah agak lama tertangguh. Tunku Thiauddin dan Tunku Yusuf yang masing-masing diberi peruntukan $800 dan $400 sebulan tidak berpuas hati kerana setelah menunggu sekian lama ,Sultan hanya membayar elaun tersebut untuk tempoh empat belas bulan sahaja sedangkan tunggakan itu dipercayai berjumlah tiga puluh tiga bulan.[footnoteRef:23] Keadaan ini mejadi bertambah rumit apabila Sultan bercadang untuk memotong daripada jumlah masing-masing sebanyak $1500 dan $1000.[footnoteRef:24] Ini secara langsung menyebabkan Tunku Thiauddin dan Tunku Yusuf semakin tidak berpuas hati lalu bertindak mengadu kepada Kerajaan Siam. Sultan telah mempertahankan tindakan itu dengan memberi alasan bahawa Tunku Thiauddin dan Tunku Yusuf tidak mahu bertolak ansur atau cuba memahami masalah kewangan baginda yang semakin meruncing. Sultan menjelaskan bahawa kesulitan kewangan di Kedah sebenarnya bukan setakat membabitkan Tunku Thiauddin dan Tunku Yusuf sahaja tetapi banyak pihak lain termasuklah, [22: Di dalam KSAH ,Tunku Thauddin lebih dikenali sebagai Phya Yutekan Kusun manakala Tunku Yusuf pula sebagai Phya Surin,lihat misalnya KSAH,No 2,4 Zulkaedah 1306 ( 2 Julai 1889) ,dan Muhamad Hassan b Dato Kerani Muhamad Arshad,al Tarikh Salasilah Negeri Kedah Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur,1968,hal 5] [23: Ibid] [24: Melalui potongan itu,Tuanku Thaiddudin dan Tunku yusuf yang masing-masing sepatutnya mendapat $11000 dan $5,600 hanya akan mendapat $ 9,700 dan $ 4,600 sahaja,lihat KSAH No,2 ,14 Syaban 1306 (15 April 1889).]

belanja-belanja orang-orang yang tertahan gaji-gaji kuli-kuli pun belum di bayar lagi.[footnoteRef:25] [25: Ibid]

Lagipun baginda telah mengambil keputusan untuk memotong elaun tersebut dibuat dalam Mesyuarat Negeri maka itu baginda tidak dapat tunduk kepada tuntutan mereka dengan sewenang-wenangnya, seperti kata baginda;

..Jika sekiranya Perhamba hendak bayar kepada Phya Yutekan Kusun dan Phya kidi Surin dua orang itu sahaja dahulu daripada orang-orang lain Perhamba fikir tampak kata mana orang-orang yang masuk dalam mesyuarat dengan Perhamba yang hendak beri selamat di atas negeri itu tentulah ia apa terlebih (dahulu) perbuat pergaduhan lagi pada Perhamba dengan sebab Perhamba tidak mengikut seperti mana yang tersebut dalam mesyarat itu. Jika jadi demikian tentulah orang-orang yang masuk di dalam mesyuarat itu berkehendak akan rial ia apa yang tertahan dahulu itu mengikut seperti mana Phya Yutkan Kusun dan Phya Kidi Surin itu juga.[footnoteRef:26] [26: Ibid]

Dalam keadaan itu Sultan secara terus terang-terang menyatakan ketidaupayaan baginda menyelesaikan masalah kewangan yang berlaku adalah berpunca daripada peristiwa perang Kulim di mana menurut baginda ;Maka perhamba hendak bayarkan sekelian belanja-belanja orang-orang yang tertahan itu tiadalah daya upaya Perhamba lagi pada ketika ini dengan sebab baharu ini ada terjadi pergaduhan di Kulim.[footnoteRef:27] [27: Ibid]

Lanjutan daripada pengakuan Sultan itu tidak dapat dinafikan lagi sememangnya asas kepada berlakunya krisis kewangan di Kedah yang semakin memburuk pada tahun-tahun berikutnya ialah Perang Kulim. Hakikat ini bertambah nyata ketika sultan memohon kepada kerajaan siam untuk menangguhkan dahulu bayaran elaun kepada Tunku Thiauddin dan Tunku Yusof ,baginda berkata ;

..Maka sekarang ini Perhamba tengah kesusah rial hendak diperbuat belanja kerana banyak kena belanja di dalam pergaduhan Cina di Kulim dan lai-lain pun banyak lagi pekerjaan yang Perhamba hendak kena perbuat.[footnoteRef:28] [28: KSAH No 2, 4 Zulkaedah 1306 ( 2 Julai 1889 )]

Sebenarnya di samping Sultan, beberapa saudagar Cina juga mengalami nasib yang sama akibat tercetusnya Perang Kulim . Chiu Ah Cheoh yang merupakan ketua pajak di Kulim misalnya pada bulan Oktober 1888 mendakwa sekiranya permohonan untuk melanjutkan tempoh pajak selama tiga tahun lagi tidak diluluskan oleh Sultan, maka beliau akan kerugian besar kerana sebelum Perang Kulim beliau telah membelanjakan $100,000.00 untuk membuka kebun dan lombong di Kulim.[footnoteRef:29] Oleh kerana itu sultan terpaksa pula meluluskan permohonan Chiu Ah Cheoh kerana tawaran harga yang dibuat oleh beliau kali ini lebih tinggi iaitu $ 26,000.00 setahun berbanding tawaran sebelum ini hanya yang hanya bernilai $18,000 setahun.[footnoteRef:30] Selain daripada itu dalam meluluskan permohonan Chiu,Sultan turut mengambil kira latar belakang beliau yang baik dan tidak terlibat dalam mencetuskan Perang Kulim.[footnoteRef:31] [29: Ibid] [30: Ibid] [31: Ibid]

Kedudukan kewangan sultan bertambah buruk menjelang tahun 1895 dan ini telah menyebabkan perkembangan-perkembangan di Kedah menjadi tidak menentu. Hutang-hutang sultan semakin banyak dan tekanan-tekanan dari pemimjam yang mula menuntut kembali wang mereka membuatkan sultan tidak lagi berdaya untuk menanggung semua masalah tersebut. Kesihatan baginda dari segi fizikal mahupun mental tiba-tiba terganggu dan ini mengakibatkan baginda jatuh sakit .[footnoteRef:32] [32: Lihat Mohamad Hassan op. cit,hlm 274]

Beban kewangan Kedah diletakkan di atas bahu Raja Muda Tunku Abd Aziz yang mentadbir Kedah bagi pihak Sultan .[footnoteRef:33] Tetapi biarpun begitu tidak banyak usaha yang dapat beliau lakukan untuk memulihkan kedudukan kewangan negeri Kedah ketika itu. Malah beliau sendiri merancang untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak luar khususnya daripada kerajaan Siam pada tahun 1896 dan sebelum rancangan itu dilaksanakan beliau terlebih dahulu mengarahkan Wan Mohammad Saman (Perdana Menteri) ketika itu mebuat pinjaman $30,000 kepada beliau.[footnoteRef:34] Berdasarkan hakikat itu, apabila hutang Kedah meningkat ke angka tiga suku juta pada tahun 1901, Sultan telah menyalahkan Raja Muda. Menurut F.A. Swettenhem: [33: Untuk melihat sejarah hidup Tunku Abd Aziz dan peranannya di dalam pentadbiran Kedah,sila rujuk ,Sharifah Junus , Tunku Abd Aziz dan Sumbangannya Dalam Permodenan Negeri Kedah dan Bahagian Kedua abad ke-19 ,Tesis.B.A.Universiti Kebangsaan Malaysia 1984/1985 ,hlm 28-130.] [34: KSAH No 6,5 Jamadilawal 1314(11 Oktober 1896)]

The Sultan has been ill for three years and during that time his younger brother (Raja Muda) has conducted the affairs of his country and the Sultan finds as aresult that Kedah is indebted to the extent of 700,000 dollars.[footnoteRef:35] [35: Lihat FO 422/54 Swettenhem to Chamberlian,23 July ,1901.Perkara ini diberitahu oleh Sultan kepada Swettenhem semasa baginda berada di Singapura pada tahun 1901.]

Namun demikian ,adalah tidak begitu adil bagi sultan menyalahkan Tunku Abdul Aziz memandangkan masalah kewangan telah bermula sejak sebelum beliau memangku tempat sultan. Tambahan pula ,Tunku Abdul Aziz sebenarnya mempunyai kuasa yang terhad.[footnoteRef:36] Satu masalah besar kepada Tunku Aziz ialah kerana kuasa kewangan negeri terletak sepenuhnya di tangan Sultan,ini akan menyulitkan rancangan permodenan yang cuba dibawanya. Ini menunjukkan sultan sendiri sepatutnya dipersalahkan kerana baginda sendiri seorang yang pemboros. Banyak wang digunakan oleh baginda untuk kegunaan isteri-isteri dan anak-anak baginda seperti ; [36: Lihat KAR 1327 A.H (23rd. Jan 1909-12th Jan 1910) hlm 10.]

buying them jewellery,building them houses and making frequent grants both in land and in money to them.[footnoteRef:37] [37: Ibid ,hlm 9.]

Selain daripada itu,Sultan Kedah turut menghabiskan banyak wang untuk berjudi. Meskipun angka-angka yang menunjukkan perbelanjaan perjudian Sultan tidak begitu lengkap tetapi berdasarkan kepada angka-angka dari bulan Jun 1897 sehingga September 1899 didapati baginda telah membelanjakan sebanyak $ 61,33.16 untuk tujuan itu sahaja.Jika perbelanjaan perjudian ini diambil kira bersama dengan jumlah perbelanjaan Sultan dalam tempoh yang sama maka jumlah perbelanjaan Sultan dalam tempoh itu adalah tidak kurang $424,017.96. Ini menunjukkan jumlah perbelanjaan sultan amat besar berbanding jumlah pendapatan baginda daripada cukai dan pajakan serta bayaran alimoni Kerajaan Pulau Pinang yang semuanya berjumlah $60,000 untuk tempoh yang sama. Untuk menampung perbelanjaan yang begitu banyak, sebahagian daripada pendapatan Sultan yang lain datang dalam bentuk pinjaman yang mana tempoh itu sahaja berjumlah $310,680. Meskipun baginda digambarkan sebagai seorang yang warak,namun perlakuan berjudi ini telah menyebabkan imejnya telah tercalar. Ini adalah kerana sebagai seorang raja yang merupakan penaung kepada seluruh masyarakat sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada sekelian rakyatnya.

BAB 10 BELANJAWAN NEGERI KEDAH SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN ABD HAMID

Pendapatan dan Perbelanjaan Sultan Abdul Hamiddari Jun 1897 hingga September 1899

PENDAPATANJun 1897-Mei 1897Jun 1898-Mei 1889Jun 1889-Sept 1889Jumlah

Dari hasil pajak11,291.429,867.933,563.3224,722.67

Dari hasil cukai /tanah3,468.459,296.321,634.4014,399.17

Dari bayaran alimoni Pulau Pinang10,000.0010,000.001,666.6614,399.17

Dari pinjaman143,680165,000.002,000.00310,680.00

Jumlah Besar

371,468.50

PERBELANJAAN

Perbelanjaan umum103,436.55123,503.0753,271.39280,211.01

Ampun kurnia/hadiah17,205.0052,942.2912,320.5082,467.79

Perjudian10,736.1624,098.0026,505.0061,339.16

JUMLAH BESAR424,017.96

Sumber : Penyata Kewangan Sultan,1896-1899Dalam keadaan seperti itu kedudukan kewangan negeri Kedah boleh dianggap telah sampai ke peringkat muflis. Buktinya begitu jelas kerana pada bulan Ogos 1899 seorang pemajak yang bernama Lee Poh meminta sultan untuk menjelaskan secepat mungkin hutang barang-barang yang berjumlah $32,000 ,Tunku Abdul Aziz terpaksa meminta campurtangan konsul Siam memujuk Lee Poh supaya bayaran hutang itu secara ansuran $900 sebulan memandangkan Kerajaan Kedah sedang kekeringan wang.[footnoteRef:38] [38: KSAH No 6, surat bertarikh 5 Rabiulawal 1317 (12 Ogos 1899) .Tunku Abdul Aziz sebenarnya bimbang keadaan akan menjadi lebih rumit sekiranya Lee Poh bertindak mengadu kepada Kerajaan British di Pulau Pinang dan kerana itu beliau turut meminta konsul Siam menghalang Lee Poh daripada berbuat demikian.]

Krisis kewangan Kedah hanya benar-benar sampai ke kemuncaknya pada tahun 1904. Ini berlaku apabila perkahwinan diraja kedah melibatkan lima anak-anak sultan dilangsungkan secara besar-besaran walaupun pada dasarnya sultan sedang mengalami krisis kewangan yang amat teruk. Majlis perkahwinan itu lebih dikenali sebagai The Three Million Dollar Wedding.[footnoteRef:39] Angka tiga juta di dalam perkahwinan tersebut mungkin agak keterlaluan dan sultan terpaksa pula berhutang sebanyak $125,000 lagi akibat perkahwinan tersebut.[footnoteRef:40] Ternyata dengan majlis perkahwinan tersebut telah melumpuhkan terus kedudukan kewangan kedah yang mana menurut Maxwell; [39: Lihat Syed Mohamad bin Syed Hassan Shahabudin and M.G Knowles, The Three Million Dollar Wedding, Malaya in History ,vol 4,No 2 ,1958,hal 10-12. ] [40: Wan Yahya Wan Mohamad Taib, Salasilah atau Tarikh Kerajaan Kedah,British Malaya Press,Alor Setar,Kedah,1912,hal 15.]

The celebration on an extra ordinarily elaborate and expensive scale of the weddings of His Highness eldest son,Tunku Ibrahim,and four other royal princess in June 1904,brought on a crisis. All available means of raising money were exhausted by the end of the year and when the creditors who were mostly British subjects brought foward claims supported by the Recident Councillar of Penang as British Consul for the Western Malay States,bankruptcy became emminent.[footnoteRef:41] [41: Lihat KAR ,hal 9. Sebelum ini beberapa kali Residen Konsular Pulau Pinang mewakili saudagar-saudagar Cina mendesak sultan menjelaskan hutang-hutang baginda tetapi setiap kali perkara ini dibangkitkan baginda dikatakan naik angin (sambungan nota kaki di hal berikutnya)dan enggan menerima sebarang cadangan untuk meubah corak perbelanjaan baginda. Alas an baginda ialah tidak seorangpun sultan sebelum ini yang berbuat demikian,lihat CO 273/293,Memorendum by G.W.S Kynnersley,16 Januari 1903.]

Pengurniaan berbagai ampun kurnia kepada kerabat diraja, pembesar-pembesar dan orang-orang yang disayangi oleh Sultan juga turut melemahkan kewangan ekonomi Kedah kerana kerajaan tidak dapat apa-apa hasil daripadanya. Faktor lain yang melemahkan ekonomi Kedah ialah kerana tidak adanya sistem kewangan yang kemas.kemudahan-kemudahan untuk menambahkan pendapatan negeri tidak berkembang pesat seperti di Negeri-negeri Melayu bersekutu yang sedang giat berkembang di sektor perlombongan dan perladangan. Dasar Siam yang tidak mahu melabur di Kedah juga sedikit sebanyak memberi kesan. Inggeris juga mengambil tindakan yang sama ,dan apa yang menyulitkan kedah,kedua-dua kuasa ini tidak membenarkan kuasa ketiga melabur kerana takutkan campurtangan politik di negeri Kedah.

BAB 11RUMUSAN

Nasib rakyat Kedah ,khususnya kaum tani adalah amat bergantung kepada kebijaksanaan pentadbiran kesultanan Kedah. Hasil daripada kajian Surat-menyurat Sultan Abdul Hamid ini mendapati bahawa pemerintahan Kedah cuba menggunakan segala sumber ekonomi yang terdapat di negeri ini bagi digunakan untuk memantapkan ekonominya. Sumber-sumber ekonomi ini telah ditadbir dengan baik. Sistem cukai dan sisten pajakan yang dilaksanakan oleh pemerintah,sedikit sebanyak telah membawa kepada peningkatan kewangan negeri Kedah. Pada dasarnya memang sistem cukai ini dapat menambah pendapatan negeri. Namun begitu, bagi pihak rakyat ianya adalah sebaliknya. Sebelum sistem ini dimantapkan perlaksanaannya, sistem kutipan cukai ini tidak memberi keuntungan kepada rakyat,malahan ianya merupakan sumber terpenting pembesar-pembesar tempatan untuk mengeksploitasikannya bagi kepentingan diri. Pembesar-pembesar tempatan menggunakan sistem ini untuk menekan masyarakat setempat bagi memaksimumkan pendapatan mereka. Keadaan Ini telah menyebabkan masyarakat tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri kerana mereka terpaksa mengerjakan tanah untuk pembesar dalam sistem kerahan. Kutipan cukai adalah membebankan rakyat. Ini kerana masyarakat ketika itu hanya menjalankan ekonomi saradiri. Apabila sistem cukai dikenakan, rakyat terpaksa bekerja keras untuk mencari wang bagi membayar cukai tersebut. Mana-mana petani yang tidak dapat membayar cukai dengan wang tunai mesti membayarnya melalui sistem kerahan. Keadaan ini cukup meresahkan rakyat. Sistem ini hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja manakala sebelah pihak lagi telah terbeban dan dengan sendirinya telah membawa kepada kesengsaraan kepada masyarakat.

Bagi sistem pajakan pula, ianya bolehlah disamakan seperti sistem penswastaan yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia. Melalui sistem pajakan, pihak pemerintah dapat menjimatkan kos dan tidak perlu pengurusan sumber tersebut telah diuruskan sepenuhnya oleh pemajak-pemajak.Pihak pentadbiran hanya menerima hasil daripada sektor-sektor tersebut. Melalui sistem pajak ini,sultan akan membuat tawaran terbuka penender yang tertinggi akan diberikan untuk memungut cukai daripada rakyat untuk satu tempoh tertentu. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan dari segi perlaksanaan sistem ini. Antaranya agihan sistem ini hanya tertumpu kepada beberapa pihak yang berkepentingan sahaja dan tidak menyeluruh. Biasanya pemajak-pemajak ini terdiri daripada golongan bangsawan yang mempunyai modal yang tinggi serta mempunyai hubungan yang erat dengan pemerintah. Pemegang pajak akan berusaha untuk mengekalkan pegangan pajak dengan penglibatan kongsi gelap dan biasanya pemegang pajak juga merupakan ketua kongsi gelap. Selain itu, hubungan rapat dengan sultan juga penting dan biasanya pemegang pajak akan melayani berbagai kehendak sultan bagi menjamin akan monopolinya berterusan. Lagipun pihak berkuasa cuba mengelak untuk mengutip hasil secara sedikit-sedikit sehingga sanggup menjual hak mengutip cukai bagi jangka masa panjang. Keinginan kelas pemerintah untuk menambah pendapatan menyebabkan pajak yang sedia ada ditambah tempohnya sebelum tempoh yang lama tamat. Akibat daripada pemberian pajakan kepada ketua-ketua kongsi gelap menyebabkan berlakunya pergaduhan besar di Kulim pada 1888. Punca pergaduhan akibat persaingan pengaruh untuk mendapatkan peluang-peluang ekonomi. Ini telah menyebabkan kedudukan ekonomi Kedah pada masa itu berada dalam keadaan yang amat teruk.

Perlaksanaan sistem pajakan ini juga memungkinkan berlakunya perniagaan ali baba yang mana ada sesetengah pemajak Melayu telah memberikan hak pajakannya kepada pihak ketiga. Keadaan ini berlaku kerana mungkin pengusaha tersebut ingin mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan secara segera tanpa menggunakan kos yang tinggi serta dalam masa yang singkat. Akibatnya beberapa pajakan yang sebelum ini diserahkan kepada pemajak Melayu telah jatuh ke tangan pemajak-pemajak asing.

Kelemahan pengurusan kewangan negeri yang ditadbir oleh sultan juga dapat diperlihatkan dalam kajian ini. Meskipun pihak pemerintah telah berusaha untuk menambahkan pendapatan negeri dengan sistem yang agak sistematik ini, namun begitu pengurusan serta pentadbiran kewangan yang kurang baik ditambah pula dengan sikap pemerintah boros dan kurang bermoral telah membawa kepada kemusnahan sistem kewangan Kedah. Ini dapat diperlihatkan melalui perlakuan Sultan yang boros serta kaki judi telah membawa kepada keruntuhan ekonomi Kedah itu sendiri.

Setiap orang tentunya ingin menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera atau kadang-kala disebut sebagai "Konsep Kesejahteraan Sosial". Dalam Islam konsep ini sangat berkait rapat dengan soal kepimpinan. Ini adalah kerana kepimpinanlah yang akan menentukan keadaan sosial sesebuah masyarakat. Al-Quran menegaskan bahawa sesungguhnya manusia semuanya berada dalam kerugian,sebagaimana firmanNya : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah al-Ash) Oleh yang demikian itu, sebagai seorang pemimpin Islam bebarapa pendekatan yang dilakukan haruslah berlandaskan al - Quran dan sunnah. Untuk menjadi pemimpin yang baik dan sempurna seseorang itu perlulah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh. Allah berfirman lagi"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hati akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (AI-Ahzaab ayat 21)

Dalam Islam, semua Nabi dan Rasul dibentangkan kisahkan di dalam al-Quran untuk dijadikan contoh dan ikutan. Kejayaan mereka tidak diukur dari aspek ramainya pengikut, tercapainya matlamat atau banyaknya pembangunan yang dilaksanakan, bahkan ianya dinilai menerusi kegigihan dan keikhlasan serta ketegasan mereka menyampaikan risalah tauhid. Kejayaan mereka diukur dari penunaian amanah sebagai pembawa risalah tauhid, untuk memenuhi tugas sabagai hamba Allah dan khalifahNya di muka bumi . Oleh itu, kepimpinan dalam Islam wujud dalam konteks menyuruh yang ma'ruf dan menegah yang munkar ini. Implikasi utama daripada prinsip ini, pemimpin harus berani, berilmu dan adil dalam segala tindak-tanduknya serta sentiasa taat kepada perintah Allah s.w.t. Pemimpin yang berprinsip demikian juga dapat memastikan sesebuah negeri dalam kesejahteraan .Sesungguhnya koleksi surat-menyurat sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan satu-satunya kumpulan minuskrip Melayu yang amat unik dan bernilai . Di samping merupakan sumber pensejarahan negeri Kedah, ianya juga dapat mencerminkan situasi ekonomi ,politik, sosial dan budaya semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Segela peristiwa telah dirakamkan serta diabadikan untuk dijadikan panduan dan rujukan sepanjang zaman.

"...Ya Tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa. atau kami tersalah.Ya Tuhan' kami jangahlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. " (Maksud surah Al-Baqarah ayat 286.) Wallahu a'lam

12 | Page