borang pengesahan status tesis - fp.utm.my bin sarju.tp.pdfdengan nama allah s.w.t yang maha pemurah...

45
PSZ 19:16 ( Pind. 1/97 ) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Catatan : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : Membangun Buku Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Asrama Secara Holistik Di SM.Vokasional Perdagangan Johor Bahru SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya HUSSIN BIN SARJU______ _ ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ _____________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : 104 Parit Maimon DR. ROHANA BINTI HAMZAH 83500 Parit Sulong NAMA PENYELIA Batu Pahat, Johor. Tarikh : 13 JUN 2013 Tarikh : 13 JUN 2013

Upload: vankhue

Post on 27-Aug-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 ( Pind. 1/97 )

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Catatan : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : Membangun Buku Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah

Pelajar Asrama Secara Holistik Di SM.Vokasional Perdagangan Johor Bahru

SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya HUSSIN BIN SARJU______ _ ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan ) √ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ____________________________ _____________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )

Alamat Tetap : 104 Parit Maimon DR. ROHANA BINTI HAMZAH 83500 Parit Sulong NAMA PENYELIA Batu Pahat, Johor.

Tarikh : 13 JUN 2013 Tarikh : 13 JUN 2013

“ Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/Kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah

Pendidikan ( Pendidikan Teknik Dan Vokasional)”

Tandatangan : ……………………….....…………..

Nama Penyelia : DR. ROHANA BINTI HAMZAH

Tarikh : 13 JUN 2013

* Potong yang tidak berkenaan.

MEMBANGUN BUKU PANDUAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR ASRAMA SECARA HOLISTIK DI SM.VOKASIONAL

PERDAGANGAN JOHOR BAHRU

HUSSIN BIN SARJU

Kajian ini dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik Dan Vokasional)

Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

ii

PENGAKUAN (DECLARATION)

I declare that this thesis Membangun Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah

Pelajar Asrama Secara Holistik Di SM. Vokasional Perdagangan Johor Bahru is the

result of my own research except as cited in the references.The thesis has not been

accepted for any degree and is not concurrently submitted in candidate of any other

degree.

Signature : ………………….……

Name : HUSSIN BIN SARJU Date : 13 JUN 2013

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat Ibunda dan Ayahanda

Fatimah binti Seni

Sarju bin Kamni

Segala dorongan, pengorbanan dan doa mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini, tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata.

Hanya Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahui dan dapat

membalasnya serta maafkanlah segala kesilapan yang lalu.

Buat isteri tercinta serta putera dan puteri ku tersayang,

Siti Mazura binti Misran

Fatin Nabila, Ahmad Rafiq, Fatin Raihanah, Ahmad Lutfi dan Ahmad Syamil

yang sentiasa memahami situasi dan tanggungjawab

serta mendorong dengan memberi kerjasama dan sokongan sepanjang

pengajian ini. Sesungguhnya ini adalah hadiah dan motivasi untuk kalian.

bagi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Terima Kasih

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa kerana dengan rahmat dan

limpah izinNya dapat penulis menyempurnakan projek penulisan ini. Penulis

seterusnya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang

tidak terhingga kepada penyelia kajian ini Dr. Rohana binti Hamzah di atas segala

tunjuk ajar, bimbingan, dorongan, galakan, dan penyemakan serta teguran membina

yang dibuat ke atas draf laporan ini dengan teliti sehingga penulis dapat

menyempurnakan penulisan ini dengan jayanya. Ucapan penghargaan juga diberikan

kepada rakan-rakan seperjuangan En Ismail bin Sabri, En Zulfadli bin Othman, Pn

Sazarina binti Jamaludin, Cik Nurzaimah binti Ahmad Fuad, Cik Siti Nurul Huda

binti Mohd Yusof dan Cik Faizon Baso Sultan Bakri yang telah banyak memberikan

kerjasama sepanjang proses penulisan dijalankan. Tidak lupa juga penulis

mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah, staf dan rakan-rakan yang telah

membantu dan memberikan kerjasama sepanjang tempoh projek penulisan ini.

Penghargaan diberikan kepada Pengetua Sekolah Menengah Vokasional

Perdagangan Johor Baharu kerana membenarkan kajian ini dijalankan di sekolah ini.

Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan guru terutamanya Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, semua warden asrama kerana

memberikan kerjasama dalam kajian ini. Akhir sekali penulis ingin merakamkan

setinggi-tinggi terima kasih kepada semua individu yang telah memberikan bantuan

sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sehingga kajian ini dapat

disempurnakan. Semoga jasa baik kalian akan mendapat ganjaran yang sewajarnya

daripada Allah.

v

ABSTRAK

Membangunkan modal insan yang bersifat holistik dan universal menjadi agenda

utama pendidikan hari ini. Dalam era dunia tanpa sempadan, pelajar SM. Vokasional

perlu mampu memenuhi keperluan global, memiliki kemahiran tinggi, berdaya saing

di samping memiliki keperibadian yang luhur. Kejayaan dan kehormatan sesebuah

bangsa bukan sahaja terletak pada kecanggihan yang berbentuk material akan tetapi

ianya juga dilihat pada ketinggian nilai akhlaknya. Oleh yang demikian, kajian ini

berkisar mengenai keperluan kesedaran dan pengamalan hidup beragama dalam

kalangan pelajar agar mereka terbentuk menjadi pelajar yang seimbang. Mereka

dapat menggunakan sumber alam dan memelihara hubungan sesama rakan semata-

mata kerana mengikut perintah Pencipta. Dalam usaha membentuk keperibadian

tinggi ini satu Buku Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara

Holistik telah dibangunkan sebagai panduan kepada pihak pengurusan asrama dalam

merealisasikan pembangunan modal insan yang mempunyai akhlak mulia. Kajian

ini melibatkan responden seramai 62 orang, di mana 30 orang merupakan kumpulan

kawalan dan 32 orang merupakan kumpulan kajian. Kajian ini dijalankan di asrama

SM. Vokasional Perdagangan Johor Bahru selama empat minggu dengan

berpandukan buku panduan yang telah dibangunkan. Seramai 2 orang penceramah,

seorang fasilitator dan 4 orang warden terlibat..Pemantauan, bimbingan dan nasihat

telah dijalankan sepanjang program, meliputi latihan kesedaran dan pengamalan

hidup beragama. Ia melibatkan elemen tanggungjawab diri terhadap Pencipta

membawa kesempurnaan kepada tanggungjawab diri terhadap rakan dan alam. Data

kuantitatif telah dikutip menggunakan instrumen ujian pra (pre test) dan ujian pasca

(post test). Analisis data diproses menggunakan perisian SPSS 15.0. Didapati

terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesedaran dan pengamalan hidup

beragama selepas implementasi Buku Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah

Pelajar secara Holistik dalam kalangan kumpulan kajian dan kumpulan kawalan.

Buku Panduan ini boleh digunakan sebagai medium pengukuhan dan sokongan

kepada Buku Panduan Pengurusan Asrama yang sedia ada di SM Vokasional Dan

Teknik Kementerian Pelajaran Malaysia.

vi

ABSTRACT

Developing a society with holistic and universal characteristics is the main agenda in

the education world nowadays. Living in a world without limitless boundaries, SM

Vokasional students should be able to fulfil the global needs, having high abilities,

able to compete with others and posses good manners and behaviours. The success

and honour of a nation does not only rely on the state of the art technologies but also

being valued through the high value of its morals. Therefore, this research is directly

aiming to highlight the importance of awareness and the application of living

religiously among the students so that it would contribute in making them into well

balanced students. The students can use their nature resources and having good

relationships between themselves in accordance to the Creator. In order to have

students of having high moral attributes, a guide book entitled ‘Buku Panduan

Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik’ was created as a

guideline for the hostel management. The respondents of this research were 62

people whereby, 30 of them were from a controlled group and the remaining 32

people were in the research group. This research was carried out at SM Vokasional

Perdagangan Johor Bahru’s hostel for the duration of four weeks and was based on

the guideline book that was created earlier on. 2 invited speakers, a facilitator and 4

wardens were involved also. Observation, guidance and giving advices were being

carried out and done on the awareness and the application of the student’s religious

beliefs throughout the program. It covered the elements of responsibility towards the

Creator and how it directly led to the perfection of having the responsibility of

oneself to the peers and nature. Quantitative data was collected using the pre test and

post test instrument. The data analysis was done using the SPSS 15.0. It was found

out that there was a very signified difference between the awareness and the

application of living religiously after the implementation of using ‘Buku Panduan

Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik’ among the research and

controlled group. This guide book can be used as a medium of strengthening and

support to the already existed ‘Buku Panduan Pengurusan Asrama at SM Vokasional

and Teknik Kementerian Pelajaran Malaysia’.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Hipotesis Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.7.1 Pelajar asrama

1.7.2 Warden

1.7.3 Pihak Pengurusan Asrama Dan Sekolah

1

5

10

11

12

13

14

viii

1.7.4 Ibu bapa

1.8 Skop Kajian

1.9 Batasan Kajian

1.10 Kerangka Konsep Kajian

1.10.1 Kerangka Operasi Pembangunan Pengurusan

Sahsiah Pelajar Di Asrama

1.11 Definisi Operasi

1.11.1 Panduan

1.11.2 Pengurusan

1.11.3 Pembangunan Sahsiah

1.11.4 Asrama

1.11.5 Holistik

1.11.6 Kepimpinan

1.11.7 Pengetua

1.11.8 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM)

1.11.9 Warden

1.11.10 Konteks, Input, Proses Dan Produk

1.12 Kesimpulan

15

16

20

22

23

24

25

25

26

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Pengurusan

2.2.1 Fungsi Pengurusan Sekolah

2.3 Pemimpin

2.3.1 Pemimpin Asrama

2.4 Budaya Belajar Masa kini

2.4.1 Pelajar Asrama

2.4.2 Membangun Potensi Diri Insan

2.5 Kepentingan Sistem Pengurusan Berkesan Dalam

Membangun Pelajar Asrama

2.6 Hubungan Ilmu Dan Insan Soleh

2.7 Insan Bersahsiah

27

29

30

31

33

35

37

40

42

ix

2.8 Kesedaran Hidup Beragama

2.9 Pengamalan Hidup Beragama

2.10 Kesimpulan

44

46

47

49

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan

3.2 Kaedah Kajian

3.3 Reka bentuk Kajian

3.4 Populasi Kajian

3.5 Pensampelan Kajian

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Pembinaan Soal Selidik

3.6.2 Taburan Item Soal Selidik

3.6.3 Kesahan Instrumen Kajian Dan

Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

3.6.4 Kajian Rintis

3.6.5 Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah

Pelajar

3.7 Analisis Data

3.7.1 Skala Pengukuran Nilai Min

3.8 Prosedur Kajian

3.8.1 Jangka masa kajian

3.9 Pertimbangan Etika

3.10 Kesimpulan

50

51

54

55

56

58

59

60

61

62

63

x

BAB 4 PEMBANGUNAN DAN IMPLIMENTASI BUKU

PANDUAN PNGURUSAN SAHSIAH PELAJAR SECARA

HOLISTIK

4.1 Pengenalan

4.2 Prosedur Pembangunan Panduan Pengurusan Sahsiah

Pelajar

4.2.1 Konteks

4.2.2 Input

4.2.2.1 Kesedaran Amalan Hidup Beragama

4.2.3 Proses

4.2.3.1 Latihan Amalan Hidup Beragama

4.2.4 Produk

4.2.4.1 Pembangunan Panduan Pengurusan

Sahsiah Pelajar Secara Holistik

4.3 Penilaian Buku Panduan Pengurusan Pembangunan

Sahsiah Pelajar Secara Holistik

4.4 Implementasi Panduan Pengurusan Pembangunan

Sahsiah Pelajar Secara Holistik

4.4.1 Sebelum Implementasi

4.4.2 Implementasi Panduan Pengurusan

Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik

4.5 Kesimpulan

65

66

67

68

70

71

74

75

76

77

79

xi

BAB 5 ANALISIS DATA

5.1 Pengenalan

5.2 Analisis Data Dan Rumusan Penilaian Latihan

Pengamalan Hidup Beragama

5.3 Analisis Soal Selidik Ujian Pra (Pre Test) dan Ujian

Pasca (Post test)

5.3.1 Bahagian A; Maklumat Responden

5.3.2 Bahagian B; Kesedaran Dan Pengamalan Diri

Terhadap Konsep Hidup Beragama

5.3.2.1 Analisis Kesedaran Diri Terhadap

Hidup Beragama

5.3.2.2 Analisis Pengamalan Diri

Terhadap Hidup Beragama

5.4 Tahap Kesedaran Dan Pengamalan Hidup Beragama Di

Kalangan Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas

Mengikuti Program Kesedaran Pengamalan Hidup

Beragama

5.5 Perbandingan Perbezaan Kesedaran Dan Pengamalan

Terhadap Konsep Hidup Beragama

5.5.1 Kesedaran Diri Terhadap Konsep Hidup

Beragama

5.5.2 Pengamalan Diri Terhadap Konsep Hidup

Beragama

5.6 Kesimpulan

86

88

91

98

106

108

110

112

xii

BAB 6 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan

6.2 Rumusan

6.2.1 Tahap Kesedaran Hidup Beragama Di Kalangan

Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti

Program Kesedaran Pengamalan Hidup

Beragama

6.2.2 Tahap Pengamalan Hidup Beragama Di Kalangan

Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti

Program Kesedaran Pengamalan Hidup

Beragama

6.2.3 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan

Terhadap Kesedaran Hidup Beragama Di

Kalangan Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas

Mengikuti Program Kesedaran Pengamalan

Hidup Beragama

6.2.4 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan

Terhadap Pengalaman Hidup Beragama Di

Kalangan Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas

Mengikut Program Kesedaran Pengamalan

Hidup Beragama

6.3 Perbincangan

6.3.1 Tahap Kesedaran Hidup Beragama Di Kalangan

Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti

Program Kesedaran Pengamalan Hidup

Beragama

6.3.2 Tahap Pengamalan Hidup Beragama Di Kalangan

Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti

Program Latihan Pengamalan Hidup Beragama

6.3.3 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan

Kesedaran Hidup Beragama Di Kalangan Pelajar

Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti

Program Kesedaran Pengamalan Hidup

113

114

115

116

117

118

120

122

126

xiii

Beragama

6.3.4 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan

Pengamalan Hidup Beragama Di Kalangan

Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti

Program Latihan Pengamalan Hidup Beragama

6.4 Cadangan Penambahbaikan Buku Panduan Pengurusan

Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik

6.4.1 Memperuntukkan Masa Yang Lebih Panjang

6.4.2 Pemantauan, Mentor Dan Mentee Berterusan

6.4.3 Mentor Yang Berilmu Dan Berkemahiran

6.4.4 Pihak Pengurusan Asrama SM. Vokasional

Perdagangan Johor Bahru

6.5 Kesimpulan

132

138

139

140

RUJUKKAN

LAMPIRAN

142

150

xiv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK MUKA SURAT

1.1

2.1

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

Laporan Salah Laku Mengikut Kategori Dan Perincian Kesalahan Di Smv Perdagangan Johor Bahru Perkaitan Hubungan Manusia Dengan Insan Bersahsiah Atau Insan Soleh Reka Bentuk Kumpulan - Kawalan Ujian Pra-Ujian Pasca (Pre test –Post test) Komponen Kawalan Kajian Polulasi Kajian Dan Sampel Taburan Item-Item Soal Selidik Pemilihan Skala Likert Untuk Setiap Item Daripada Bahagian II Dan Bahagian III Pekali Kebolehpercayaan Dan Alfa Setiap Aspek Kaedah Analisis Data Skala Pengukuran Nilai Min

7

45

52

53

54

57

58

59

61

4.1 Perancangan Prosedur Kajian

70

4.2 Borang Skor Mengikut Wajaran 72

4.3 Ulasan Pakar Terhadap Buku Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik

77

4.4 Jadual Perjalanan Implementasi buku Panduan

Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik

4.5 Taburan Sampel Mengikut Kamar (Dorm) 79

xv

4.6 Bilangan Dan Tarikh Penilaian Akhlak Terpuji Pelajar

84

5.1 Pencapaian Pengamalan Hidup Beragama Di

Kalangan Pelajar 86

5.2 Pencapaian Akhlak Terpuji Mengikut Gred 87

5.3 Maklumat Penghuni Kamar (Dorm) 88

5.4 Maklumat Aliran/Jurusan 89 5.5 Sebab Tinggal Di Asrama SM. Vokasional

Perdagangan Johor Baru

5.6 Maklumat Pendidikan Tertinggi Ibu Bapa Atau Penjaga

90

5.7 Maklum Balas Responden Terhadap Kesedaran Diri Terhadap Pencipta

92

5.8 Maklum Balas Responden Terhadap Kesedaran Diri Terhadap Tanggungjawab Kepada Rakan

94

5.9 Kesedaran Tanggungjawab Diri Kepada Alam

96

5.10 Maklum Balas Responden Terhadap Amalan Diri Terhadap Pencipta

98

5.11 Maklum Balas Responden Terhadap Amalan Diri Terhadap Rakan

101

5.12 Maklum Balas Responden Terhadap Kesedaran Diri Terhadap Alam

104

5.13 Maklum Balas Responden Terhadap Kesedaran Tanggungjawab Diri Terhadap diri Konsep Hidup Beragama

106

5.14 Maklum Balas Responden Terhadap Pengamalan Tanggungjawab diri Terhadap Konsep Hidup Beragama

107

5.15 Analisis t Ujian Pra (Pre-Test) Terhadap Kesedaran diri terhadap Hidup Beragama

108

5.16 Analisis t Ujian Pasca (Post-Test) Terhadap Kesedaran diri terhadap Hidup Beragama

109

5.17 Analisis t Ujian Pra (Pre- Test) Terhadap Pengamalan diri Terhadap Hidup Beragama

110

5.18 Analisis t Ujian Pasca (Post- Test) Terhadap Pengamalan diri Terhadap Hidup Beragama

111

xvi

SENARAI SINGKATAN

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

PKHEM - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SM - Sekolah Menengah

SMV - Sekolah Menengah Vokasional

SPSS - Statistical Packages For the Social Sciences

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

LAMPIRAN A Set Borang Soal Selidik 150

LAMPIRAN B Borang Keesahan Kandungan Soal Selidik 157

LAMPIRAN C Borang Keesahan Kandungan Panduan Pengurusan 159 Pembangunan Sahsiah Pelajar SM. Vokasional Perdagangan Johor Baru LAMPIRAN D Kertas Kerja Cadangan Pemantapan Kualiti Modal 161 Modal Insan SM. Vokasional Perdagangan Johor Bahru LAMPIRAN E Laporan Salah Laku Mengikut Kategori Dan 171 Perincian Kesalahan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan begitu penting dan menjadi agenda utama dalam merencana

kemajuan dan ketamadunan sesebuah bangsa. Ketamadunan bangsa dipengaruhi

oleh kualiti pendidikan. Pendidikan berkualiti , meningkatkan penggunaan ilmu di

kalangan ahli masyarakat sebagai landasan kehidupan. Maka mereka akan mampu

membuat keputusan yang lebih tepat untuk membawa negara ke arah kemajuan yang

lebih bermakna (Wan Hassan, 2007). Oleh itu, pendidikan yang berkualiti tinggi

mampu melahirkan insan berkeperibadian mulia, berakhlak luhur dan memiliki

nilai-nilai moral yang teguh. Membangunkan insan yang cemerlang bukan sahaja

menuntut kecemerlangan dari segi akademik bahkan memiliki keupayaan intelektual

dalam menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan serta mampu bersaing di

peringkat antarabangsa (Sufean, 2003).

Sehubungan dengan itu, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 1995

menyatakan bahawa pendidikan memerlukan usaha-usaha strategik untuk

mengglobalisasikan pendidikan bertaraf dunia. Di samping itu, rakyat Malaysia

2

perlu membuka minda dan menyahut cabaran untuk meneroka ilmu pengetahuan

walau di mana sahaja sehingga di pelusuk dunia. Dalam usaha menyahut cabaran

Wawasan 2020, rakyat Malaysia haruslah menjadi sebuah masyarakat yang berjiwa

bebas, tenteram, maju, berkeyakinan tinggi dan tidak bersikap mementingkan diri

sendiri (Ismail Abas, 2007).

Di samping itu, masyarakat Malaysia haruslah mempunyai kepakaran dalam

bidang sains dan teknologi tanpa mengabaikan nilai-nilai budi pekerti yang luhur

sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat utama pendidikan ialah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh berdasarkan kepatuhan

kepada Tuhan. Oleh itu, pemimpin sebagai pengurus organisasi sekolah mestilah

memahami tugas dan tanggungjawab membentuk tingkah laku pelajar melalui satu

pengurusan yang terancang. Menurut Hamedah dan Normah (2009), pengurusan

yang terancang dan efektif dapat membentuk pelajar menjadi warga negara yang

baik. Secara tidak langsung perasaan dihargai dan menghargai dapat disemai dalam

diri pelajar serta sikap sedia menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara

dapat disuburkan.

Secara amnya, pengurusan bukanlah satu persoalan yang mudah untuk di-

huraikan. Ianya boleh dilihat dan perlu difahami daripada pelbagai aspek dan juga

jenis aktiviti pengurusannya. Pengurusan boleh didefinisikan sebagai suatu seni

untuk mencapai satu matlamat, suatu perubahan dan juga kejayaan. Pengurusan juga

membawa maksud suatu proses untuk mendapatkan modal dengan menggembleng

segala input di dalam sesebuah organisasi dengan cara yang paling optimum untuk

mencapai objektif organisasi (Fadilah Mansor, 2011). Menurut Gorgge dan Jones

(2006), pengurusan merupakan satu proses yang melibatkan perancangan,

pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan modal insan serta sumber-sumber

yang lain untuk mencapai matlamat organisasi secara cekap dan berkesan.

Pengurusan menurut Islam perlulah bersandarkan kepada pengetahuan dan

pemahaman bahawa seseorang manusia itu merupakan khalifah Allah yang

bermaksud pemimpin perubahan di bumi ini (Muhamadul Bakir dan Khatijah

Othman, 2009). Hal ini menunjukkan bahawa, semua manusia secara “fitrahnya”

3

adalah berpotensi menjadi pemimpin seterusnya menjadi pengurus. Sesungguhnya

paksi kepimpinan pengurusan dalam Islam merujuk kepada personaliti insan yang

digelar “khalifah Allah” seperti firman Allah yang bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(Al-Baqarah:30)

Oleh itu, “khalifah” mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan segala

aktiviti kehidupan dirinya dan juga ummah dalam ruang lekupnya yang menyeluruh.

Ianya bukan hanya memenuhi keperluan diri, keluarga, bangsa, organisasi dan

negara tetapi meliputi keperluan ummah sejagat. Dengan lain perkataan pengurusan

menurut Islam meletakan misi universal iaitu memenuhi peranan dan tanggungjawab

pemimpin perubahan sebagai matlamat organisasi.

Menurut Adnan Alias (2002), ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang

pemimpin ialah ilmu pengetahuan, berwawasan, realistik, merancang dan berhemah,

jelasnya sikap dan gaya kepimpinan yang baik akan menghasilkan organisasi yang

baik. Menurut Aminah (1997), setiap individu perlu mengetahui dengan jelas

potensi diri, kewajipan sebagai khalifah seterusnya menterjemahkan tingkah laku

tersebut kepada amalan kehidupan seharian.

Maka, tidak dapat dinafikan bahawa pelajar pada hari ini merupakan

pemimpin pada masa hadapan. Mereka seharusnya diberi pendidikan dan

bimbingan secukupnya agar mereka bersedia dan mampu menghadapi cabaran yang

pada masa hadapan. Oleh itu, beberapa aspek perlu diberi penekanan dalam

perancangan pengurusan pelajar yang bermula daripada perancangan, pengelolaan,

4

pentadbiran, pengawalan serta pemulihan . Jelasnya strategi perancangan yang atik

mampu mencapai objektif dan matlamat organisasi.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, setiap organisasi sekolah

mengharapkan mereka mampu melahirkan modal insan yang seimbang dan harmoni.

Terutamanya bagi sekolah yang menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar.

Tugas mendidik pelajar yang tinggal di asrama bukanlah satu tugas yang boleh

diambil mudah. Ianya memerlukan pemimpin yang boleh membina satu

pengurusan yang sistematik untuk menghasilkan modal insan yang seimbang.

Menurut Hussian (1993), pemimpin sekolah mempunyai tanggungjawab untuk

membentuk iklim dan budaya sekolah yang selesa dan harmoni. Pemimpin dalam

pengurusan sekolah juga menjadi pemangkin untuk membangun kecemerlangan

sahsiah pelajar di sekolah manakala warden pula menjadi pengganti ibu bapa apabila

pelajar berada di asrama.

Oleh yang demikian, pengurusan asrama yang cekap dan berkesan adalah

hasil daripada pengurusan modal insan yang teratur dan dinamik. Bagi melahirkan

modal insan yang cemerlang dari segi akhlak, sahsiah dan akademiknya, aspek

akidah perlu diberi penekanan. Menurut Mohd. Ismail (2006), proses

membangunkan insan hendaklah selari dengan kehendak agama. Hal ini disebabkan

oleh kekuatan kerohanian dan spiritual menjadi asas kepada pembentukan peradaban

bangsa dan ummah yang mampan. Pelajar yang memiliki akhlak dan keperibadian

yang cemerlang bukan sahaja mampu memimpin dirinya bahkan boleh memimpin

rakan di sekelilingnya untuk mempengaruhi perubahan sosial ke arah yang lebih

baik, adil dan harmoni. Pelajar juga dapat menunjukkan tingkah laku yang baik,

tutur kata secara berhemah di samping tindak tanduk yang terkawal. Oleh itu, perlu

ada satu panduan yang jelas dalam pengurusan asrama yang boleh dijadikan

panduan kepada para pemimpin khasnya warden asrama dalam usaha melahirkan

pelajar yang seimbang dan harmoni seperti yang dihasratkan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Baharom dan Mohammad Johdi (2009) pada tahun 2005 sahaja

seramai 32,808 penagih dadah di seluruh Negara. 68.10% merupakan penagih dadah

berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kajian yang dilakukan oleh Azizi dan

Abdul Latif (2005), pula menunjukkan perlakuan buli secara verbal sering berlaku di

kalangan pelajar sekolah menengah. Sedikit sebanyak peningkatan tingkah laku

negetif di kalangan pelajar disumbangkan oleh kegagalan pihak pengurusan dan

guru dalam menerapkan gaya didikan nilai murni dalam diri pelajar (Khalim dan

Wan Zulkifli, 2009). Situasi ini turut melibatkan pihak pengurusan asrama dalam

melaksanakan urusan pentadbiran pelajar.

Sehubungan dengan itu, aktiviti pengurusan perlu berupaya mengurus dan

membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh dengan menyemai unsur

keilmuan dalam jiwa pelajar. Menurut Zainal (1996), pelajar seharusnya bijak

menggunakan kemudahan yang ada untuk mengilap dan membangun potensi diri

untuk cemerlang dalam bidang akademik dan juga sosial. Oleh hal itu, pengurusan

asrama sepatutnya dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat

menggalakkan pelajar untuk membangunkan potensi diri, berketerampilan,

berinovasi dan berakhlak mulia (Zainal, 1996). Kejayaan pembangunan pengurusan

pelajar di asrama adalah dipengaruhi oleh kecekapan pengurusan dan komitmen

warden dalam melaksanakan segala perancangan yang telah dirangka.

Pengurusan asrama dianggap begitu mencabar dan digeruni oleh guru-guru.

Lebih-lebih lagi apabila menguruskan kelompok modal insan yang mempunyai

pelbagai latar belakang dan masalah seperti kecelaruan identiti, masalah

pembelajaran, masalah pengurusan emosi dan masalah disiplin seperti yang

terkandung dalam petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 1988 mengenai isu

ini:

Hari ini sekolah-sekolah menampung pelajar-pelajar yang lebih tidak seragam iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang-peluang untuk

6

mendapatkan pelajaran adalah lebih terbuka kepada semua pelajar. Selain daripada itu faktor sekolah juga dikatakan salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin pelajar. Antaranya ialah struktur organisasi sekolah, hukuman dan penghargaan kepada pelajar, suasana nilai dan interaksi dalam sekolah, budaya sekolah yang lebih berorientasikan akademik dan sikap, tanggapan serta harapan para guru.

( Journal of Al-Tamaddun

Universiti Malaya. Volume 3(01), 85-109)

Merujuk kepada petikan di atas, Mohd. Ismail (2006) menyatakan iklim

sekolah yang tidak kondusif, tidak mendorong wujudnya suasana pembelajaran

yang sihat menjadi punca kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Faktor

kurangnya penghayatan agama dan pegangan akidah dalam diri pelajar juga

menyumbang kepada keruntuhan moral pelajar. Oleh hal itu, menurut Hamidah

Wok dan Normah Teh (2009), adalah menjadi satu masalah kepada pengetua untuk

mendapatkan guru yang sanggup menjadi warden di sekolah berasrama.

Kehidupan di asrama juga bukanlah tempat tinggal pilihan bagi sesetengah

pelajar. Mereka terdiri daripada latar belakang keluarga, didikan serta asuhan yang

berbeza. Hal ini dibuktikan melalui tinjauan awal yang dilakukan oleh penyelidik

pada 22 Mei 2012, hampir 30% (111 pelajar daripada 391) pelajar tinggal di asrama

bukan kehendak sendiri tetapi mengikut kehendak ibu bapa. Sebenarnya, jauh di

sudut hati ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mendapat didikan secara

maksimum semasa tinggal di asrama. Hasilnya, anak mereka boleh menjadi insan

berjiwa kental, berdikari dan menjadi insan soleh.

Senario di atas menyumbang kepada peningkatan kes salah laku di asrama

SMV Perdagangan Johor Bahru seperti yang di jelaskan melalui jadual 1.1. Iaitu

pada tahun 2012 sehingga bulan April sahaja peningkatan kes salah laku murid

meningkat 44% berbanding tahun 2011.

7

Jadual 1.1 : Laporan Salah Laku Mengikut Kategori Dan Perincian Kesalahan Di

SM.Vokasional Perdagangan Johor Bahru.

Bil

Jenis Salah laku

2011

(Tempoh Januari

2011 hingga

Disember 2011)

2012

(Tempoh Januari

2012 hingga April

2012)

1 Rokok 2 5

2 Membawa telefon bimbit 2 6

3 Tingkah laku tidak amanah/ berbohong. 5 4

4 Tingkah laku Jenayah atau mencuri 1

5 Tingkah laku jenayah bergaduh 8

6 Meniru dalam peperiksaan 1 1

7 Ponteng sekolah atau ponteng kelas 3

8 Tingkah laku kurang sopan atau biadab 4

9 Tingkah laku lucah atau berdua-duaan

yang menimbulkan syak 2 1

10 Kenakalan atau keluar sekolah atau keluar

asrama tanpa kebenaran 1 2

11 Lain-lain 1

Jumlah kes salah laku 15 34

(Sumber: Data Disiplin Murid (SSDM) SMV perdagangan Johor Baru, 2012)

Bagi membolehkan pengurusan di asrama berjalan lancar, pihak pengurusan

menyediakan peraturan dan jadual kehidupan di asrama. Jadual tersebut,

memudahkan pelajar menjalani kehidupan dengan lebih teratur tanpa diberi

peringatan pada setiap masa. Tidak dinafikan, kehidupan di asrama, dapat mendidik

pelajar mematuhi dan peraturan tinggal di asrama. jadual yang disediakan adalah

merangkumi masa belajar, masa makan, masa beribadah, masa beriadah dan masa

rehat. yang disediakan oleh pihak pengurusan asrama ini bertujuan melatih pelajar

menggunakan masa semaksimum mungkin dengan menjalani aktiviti-aktiviti

8

berfaedah, bergerak pantas serta menjalani kehidupan yang sihat. Walau bagaimana

pun, segala peraturan yang digariskan diikuti oleh sebilangan pelajar dengan

terpaksa dan bukannya dengan kerelaan hati. Menurut Khalim dan Wan Zulkifli

(2009), tujuan pelajar mematuhi segala peraturan adalah untuk mengelakkan diri

daripada dikenakan tindakan tegas Rasa diri diawasi oleh Allah tidak ada di dalam

jiwa sebilangan pelajar (Aminah, 1997). Hal ini menjadikan pelajar bertindak

mengikut arahan bila diawasi namun gagal menghayati dan sebagai personaliti diri

untuk menyuburkan amalan hidup sebagai seorang yang beragama.

Selain daripada itu, pengurusan disiplin pelajar di asrama berkonsepkan

dendaan seperti merit demerit, menjalankan kerja khidmat bakti, menandatangani

surat perjanjian, bimbingan kaunseling, gantung asrama dan alternatif terakhir ialah

buang asrama (Khalim Zainal et al, 2007). Persoalannya, adakah kaedah ini

bersesuaian terhadap semua pelajar? Adakah potensi diri pelajar dapat dibangunkan

secara holistik sekiranya perasaan pelajar diabaikan?

Sehubungan dengan itu, pengurusan perlu mengambil kira elemen sentuhan

seperti yang dinyatakan oleh Alauddin (2003), sentuhan kemanusiaan adalah lebih

bermakna berbanding dengan penalti dalam menguruskan insan. Bukanlah sesuatu

yang mudah untuk memanusiakan manusia. Sentuhan dari insan yang memiliki

kestabilan emosi, kesopanan tingkah laku, kekuatan dorongan dan kemurnian

hubungan amat penting dalam usaha membina keperibadian manusia. Allah

menjadikan fitrah kejadian manusia cenderung kepada kebaikan. Oleh kerana itu,

seharusnya setiap pelajar diurus mengikut fitrah kejadiannya. Sesungguhnya

manusia mempunyai roh yang akan mengawal pemikiran, emosi dan tingkah

lakunya (Al-Ghazali, 1981 dan Norazah, 2011). Oleh itu, pengurusan yang

mengabaikan keseimbangan spiritual akan melahirkan pelajar yang hanya cemerlang

akademik tetapi rendah nilai kerohaniannya.

Peranan pihak pengurusan amat penting dalam merealisasikan matlamat

pendidikan, pihak pengurusan bukan sahaja perlu memastikan kecemerlangan

prestasi akademik malahan kecemerlangan sahsiah dan kemenjadian pelajar. Apa

yang kita lihat pada hari ini ialah walaupun pihak pengurusan telah merancang

9

pelbagai program kecemerlangan akademik dan kemantapan sahsiah, ia seolah-olah

“mencurah air ke daun keladi” apabila dilihat sikap pelajar begitu baik bila

diperhatikan tetapi berlaku sebaliknya apabila tidak diperhatikan.

Sehubungan dengan hal itu, menurut Ahmad Tajudin dalam buku panduan

pengurusan asrama SMV dan SMT (2009), kecemerlangan pengurusan di asrama

memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan akademik dan

sahsiah murid. Beliau juga mengatakan, kecemerlangan pengurusan asrama

menjadi pemangkin pengurangan kes-kes salah laku di kalangan pelajar seterusnya

mampu meningkatkan pencapaian kurikulum, kokurikulum dan kemantapan sahsiah.

Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdul Shukor Abdullah (1991), bahawa pihak

pengurusan atau kepimpinan sekolah menjadi faktor utama penentu kejayaan

sesebuah sekolah. Oleh hal itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa kualiti didikan

dan kepimpinan di dalam pengurusan boleh menghasilkan pelajar yang baik (Ishak

Sin, 2004).

Ironinya, walaupun pelbagai kaedah perancangan strategik telah dirancang

dan telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan, permasalahan sahsiah dan tingkah

laku pelajar masih menjadi topik utama dalam perbincangan kecemerlangan sekolah.

Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Asrama ianya hanya menjelaskan tugas-

tugas secara ringkas dari peringkat pengurusan tertinggi hingga tugas-tugas ketua

kamar tanpa menjelaskan cara pelaksanaan dengan lebih terperinci. Ianya dilihat

terpisah-pisah dan tiada satu kerangka pengurusan asrama yang bersepadu. Tugas-

tugas yang dinyatakan lebih bersifat luaran seperti program-program peningkatan

prestasi akademik, program-program kokurikulum asrama, pengurusan disiplin,

kaunseling dan pembangunan insan (Ahmad Tajudin ,2009).

Walaupun program pembangunan insan dinyatakan dalam perancangan

pengurusan asrama melalui program kerohanian asrama, sekiranya tiada

penghayatan dan pengamalan hidup beragama dalam kehidupan seharian pelajar,

pembangunan modal insan seimbang sukar dicapai. Tambahan pula pelaksanaan

program di antara pembangunan insan secara fizikal, intelektual dan spiritual lebih

bercorak terpisah. Situasi ini jika tidak ditangani akan menjadikan barah,

10

menyebabkan insan menghadapi krisis spiritual,moral, keimanan dan akhlak (Yusof

Al-Qardawi, 1999). Imam Al Ghazali (1981) pula menjelaskan insan berakhlak

mulia mampu mengendalikan nafsunya dengan penuh berkhemah menggunakan

akal dan pengetahuan agama. Oleh sebab itu, perbuatan lahiriah atau akhlak dapat

dikawal.

Oleh itu, terdapat keperluan untuk membangunkan satu Pengurusan Asrama

berintegrasi, bersepadu dan holistik. Kerangka ini bertujuan membangunkan pelajar

secara fizikal, intelektual dan spiritual dengan mengaitkan kesedaran dan

penghayatan terhadap amalan-amalan murni dan tanggungjawab insan sebagai

pemimpin perubahan dalam kehidupan harian.

pengurusan yang tidak holistik dan iklim sekolah yang kurang mendorong

dalam mengamalkan hidup beragama menjadi faktor utama keruntuhan akhlak

remaja ( Mohd. Ismail, 2006). Apa yang dapat dinyatakan ialah pengurusan asrama

seolah-olah terpisah dari cara pengurusan holistik apabila ianya hanya menitik

beratkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum tanpa membawa bersama

kepentingan kesedaran insan terhadap tanggungjawab perhubungannya dengan

Khaliq, hubungan insan dengan insan dan alam sekeliling. Bersesuaian dengan

pendapat Hamidah Wok dan Normah Teh (2009), insan perlu mempunyai hubungan

dengan penciptaNya dan hubungan sesama manusia serta hubungan dengan alam.

1.3 Pernyataan Masalah

Tidak dapat dinafikan kejayaan SM. Vokasional Perdagangan sangat

dipengaruhi oleh kejayaan pengurusan asrama kerana sebilangan besar iaitu kira-kira

70 peratus pelajarnya tinggal di asrama (rekod kedatangan murid SMVP 2012).

Warden merupakan individu penting dalam pengurusan asrama. Beliau juga

merupakan seorang pemimpin, pengawal dan penunjuk arah, seharusnya mempunyai

11

peribadi yang luhur. Oleh hal itu tingkah laku yang terkawal, kestabilan emosi dan

gaya pengurusan yang sistematik dapat menghasilkan satu pengurusan yang baik

dan di jadikan panduan dalam pengurusan harian asrama.

Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk membangun panduan

pengurusan asrama secara terintegrasi. Pemboleh ubah yang dilihat dalam kajian ini

ialah Program Pembangunan Kesedaran (ilmu) dan Amalan Latihan Hidup

Beragama dalam menunaikan tanggung jawab sebagai pemimpin perubahan diri,

masyarakat dan persekitaran hidup di asrama.

1.4 Objektif kajian

Secara keseluruhannya kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti

pengurusan asrama di SM.Vokasional Perdagangan Johor Bahru dengan

membangunkan satu panduan pengurusan pembangunan sahsiah pelajar secara

holistik. Model Konteks, Input, Proses dan Produk menjadi landasan untuk

membangunkan pengurusan pelajar. Oleh itu objektif kajian ini secara khusus ialah:

i. Membangun buku panduan pengurusan pembangunan sahsiah

pelajar di asrama SM.Vokasional Perdagangan secara holistik.

ii. Mengenal pasti kesan panduan pengurusan pembangunan sahsiah

pelajar di asrama SMV Perdagangan secara holistik.

a. Perbezaan tahap kesedaran amalan hidup beragama di

kalangan pelajar asrama sebelum dan selepas

menjalani program kesedaran pengamalan hidup

beragama.

b. Perbezaan tahap pengamalan hidup beragama di

kalangan pelajar asrama sebelum dan selepas

menjalani latihan pengamalan hidup beragama.

12

1.5 Persoalan kajian

Merujuk kepada objektif kajian, penyelidik telah menetapkan dua persoalan

untuk mencapai tujuan penyelidikan iaitu:

i. Apakah tahap kesedaran hidup beragama di kalangan pelajar

asrama sebelum dan selepas mengikut program kesedaran

pengamalan hidup beragama.

ii. Apakah tahap pengamalan hidup beragama di kalangan pelajar

asrama sebelum dan selepas mengikut program kesedaran

pengamalan hidup beragama.

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kesedaran hidup

beragama di kalangan pelajar asrama sebelum dan selepas

mengikut program kesedaran pengamalan hidup beragama.

iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pengamalan hidup

beragama di kalangan pelajar Asrama sebelum dan selepas latihan

pengamalan hidup beragama.

1.6 Hipotesis Kajian

Berikut merupakan hipotesis bagi kajian ini:

i. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesedaran hidup

beragama di antara kumpulan kajian dan kumpulan kawalan

sebelum dan selepas mengikut program kesedaran pengamalan

hidup beragama.

µ ꞊ µ Pree pree

Kawalan Kajian

13

µ ꞊ µ post post

Kawalan Kajian

ii. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengamalan hidup

beragama di antara kumpulan kajian dan kumpulan kawalan

sebelum dan selepas latihan pengamalan hidup beragama.

µ ꞊ µ Pree pree

Kawalan Kajian

µ ꞊ µ post post

Kawalan Kajian

1.7 Kepentingan kajian

Kajian ini dijalankan merupakan satu titik permulaan untuk menjadikan

kesedaran dan amalan hidup beragama sebagai satu cara untuk membangunkan

insan secara fizikal dan pembangunan kerohanian pelajar. Harapan penyelidik

daripada hasil kajian ini dapat memberikan pendedahan yang jelas kepada

pengurusan asrama untuk menggunakan kaedah yang betul sejajar dengan nilai dan

prinsip-prinsip yang di gariskan oleh Islam. Oleh itu, hasil kajian ini juga

diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat seperti di

bawah:

14

1.7.1 Pelajar Asrama

Usaha sering dilakukan untuk membantu pelajar asrama mengamalkan nilai-

nilai murni semata-mata bertujuan untuk membentuk nilai peribadi yang unggul.

Berbekalkan nilai peribadi yang unggul adalah diharapkan mereka boleh diterima

menjadi sebahagian daripada masyarakat seterusnya memberi manfaat kepada

masyarakat. Kajian ini untuk melihat perubahan sahsiah pelajar yang patut

diamalkan dalam kehidupan seharian berlandaskan nilai agama secara holistik. Oleh

itu, kajian ini ingin melihat hubung kait di antara kesedaran (ilmu) dan latihan hidup

beragama menghasilkan pelajar asrama yang mempunyai sahsiah yang baik.

1.7.2 Warden

Warden merupakan individu yang terlibat secara langsung mengurus pelajar

di asrama khasnya di asrama SMV Perdagangan Johor Bahru. Tidak dapat dinafikan

keruntuhan nilai dan cabaran disiplin di kalangan pelajar menjadi isu utama

perbincangan. Proses mendidik pelajar akan menjadi lebih mudah dan berada di

landasan yang betul sekiranya para warden mempunyai kesedaran dan mengamalkan

hidup beragama serta memahami falsafah pendidikan Islam yang sebenar.

Sehubungan dengan itu, kajian ini penting dan boleh dijadikan panduan

kepada pengurusan pembangunan pelajar di asrama. Iaitu untuk melahirkan pelajar

mengamalkan hidup beragama yang mempunyai tanggungjawab kepada diri, orang

lain dan sosial atau persekitaran.

1.7.3 Pihak Pengurusan Asrama Dan Sekolah

Berlandaskan kepada kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam kajian

ini, kerangka program pembangunan pengurusan asrama boleh diaplikasikan dan

berupaya memberi kesedaran ilmu dan dapat melahirkan pelajar yang seimbang

bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

15

Hasil kajian ini menghasilkan satu panduan pengurusan pembangunan

pelajar asrama yang dapat meningkatkan mutu amalan hidup yang baik dengan

kesedaran sendiri bersesuaian dengan kemahiran psikomotor, kognitif dan spiritual.

Oleh itu, masyarakat pelajar yang mengamalkan budaya kehidupan lebih baik akan

terbentuk.

1.7.4 Ibu Bapa

Kurangnya kesedaran dan bimbingan amalan hidup beragama dalam

keluarga menjadi salah satu punca berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar.

Melalui kajian ini, dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa bahawa anak

mereka masih memerlukan bimbingan dan sokongan terhadap ketandusan ilmu dan

pengamalan hidup beragama.

1.8 Skop Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangun dan menilai kesan

panduan pengurusan asrama di Asrama SM.Vokasional Perdagangan Johor Bahru

dalam usaha melahirkan pelajar mempunyai sahsiah yang tinggi. Kajian ini hanya

tertumpu kepada proses membangunkan sahsiah pelajar dengan memberi fokus

kepada kesedaran dan latihan pengamalan hidup beragama di kalangan pelajar.

Oleh itu pemboleh ubah yang dikaji melibatkan proses pembangunan

sahsiah pelajar asrama melalui dua komponen utama iaitu kesedaran dan

pengamalan hidup beragama yang berteraskan kepada hubungan manusia kepada

Pencipta, rakan dan persekitaran.

16

1.9 Batasan Kajian

Populasi kajian ini melibatkan pelajar asrama di SM.Vokasional

perdagangan Johor Bahru. Oleh itu kajian ini hanya melibatkan pelajar lelaki

tingkatan 4 yang menghuni di asrama SMV Perdagangan Johor Bahru dan individu

yang terlibat secara langsung seperti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan para

warden. Tumpuan kajian ini ialah untuk melihat kesan daripada pelaksanaan

panduan pengurusan sahsiah pelajar kepada pelajar asrama SM. Vokasional

Perdagangan Johor Bahru.

1.10 Kerangka Konsep Kajian

Pembinaan kerangka konsep kajian begitu penting untuk memberi gambaran

secara keseluruhan perhubungan pemboleh ubah dalam kajian. Melihat kepada

objektif kajian, rajah 1.1 menunjukkan penyelidik menggunakan dua pemboleh

ubah tidak bersandar iaitu kesedaran ilmu, amalan hidup beragama. Oleh itu,

Pemboleh ubah tidak bersandar tersebut dijadikan sebagai “indicator” kepada

pemboleh ubah bersandar iaitu pengurusan pembangunan pelajar asrama di SMV

Perdagangan Johor Bahru.

Perkaitan di antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak

bersandar akan memberi kesan kepada pembangunan insan pelajar yang mempunyai

sahsiah yang baik dan bergelar insan soleh. Kesedaran ilmu bermaksud pelajar

memahami tanggungjawabnya terhadap Tuhan dan juga tanggungjawabnya terhadap

insan lain seperti keluarga, rakan sebaya dan juga alam. Hubungan ini hanya semata-

mata untuk mendapatkan keredaan Tuhan

17

Rajah 1.1: Kerangka konsep Pembangunan Pelajar Asrama Secara Holistik. Ubah suai: Hamidah dan Normah, Hubungan individu dengan Tuhan dan sosial (2009)

Kesedaran Ilmu menjadi asas utama dan merupakan perkara yang penting

dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang seimbang. Menurut Imam Al-

Ghazali (1981), ilmu menjadi asas kepada manusia untuk mengenali diri dan

mengenal Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Adakah orang yang berilmu dan tidak berilmu sama kedudukannya”

(Az-Zumar: 9 )

Selain itu, dengan turunnya Wahyu pertama daripada malaikat Jibrail kepada

junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W iaitu kalimah:

18

“Bacalah, dengan nama Tuhan-Mu”

( Al-Alaq : 1-2 ).

Ayat di atas telah membuktikan kepentingan menuntut ilmu melalui budaya

membaca. Oleh itu, ilmu menjadi asas untuk mengubah tingkah laku manusia.

Pendidikan pula menjadi asas yang kukuh dalam membangunkan modal insan yang

terbilang serta mempunyai sahsiah atau akhlak yang terpuji.

Pandangan di atas disokong oleh Sidek (2009), yang mendefinisikan insan

cemerlang sebagai insan yang dilihat dari segi ketakwaannya. Sebagaimana firman

Allah yang bermaksud:

“Kemuliaan atau kecemerlangan insan dilihat pada takwanya (takut kepada Allah)”

( Al-Hujurat : 13)

Sehubungan dengan ayat di atas, jelas menunjukkan ketakwaan menjadi

landasan kepada hubungan manusia dengan Allah (pencipta). Ketakwaan juga

menjadikan manusia sentiasa sedar bahawa setiap yang dilakukan adalah dalam

pengawasan Allah.

Selain itu, manusia yang sentiasa mengharap keredaan Allah akan sentiasa

merasa rendah diri, sabar, “qanaah” (menerima apa yang ada dengan seadanya)

bersikap terbuka, sentiasa menjaga tutur bicara dan tingkah lakunya. Hakikatnya

modal insan yang berkualiti tinggi akan menjadikan ilmu, kemahiran dan kepakaran

demi kegemilangan diri dan ummah sejagat. Hanya manusia yang berilmu serta

mengamalkan ilmunya sahaja yang akan memahami hakikat kehidupan di muka

bumi ini. Manusia yang patuh kepada Allah akan sentiasa melaksanakan segala

amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya. Hal ini didasari oleh pengetahuan

yang ada iaitu setiap perlakuan dan perbuatan manusia akan di nilai di akhirat nanti.

Oleh itu, peranan solat menjadi pokok yang paling asas dalam membina

keperibadian insan dan menjadi titik tolak untuk menentukan amalan hidup seharian

19

pelajar. Sebagaimana Allah menegaskan dalam Al-Quran Al-Karim yang

bermaksud:

“ Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”

( An_Ankabut : 45 )

Walau bagaimanapun, Allah menegaskan bahawa hanya manusia yang benar-benar

khusyuk yang akan merasai nikmat solat dan hal ini akan memberi kesan dalam

amalan dan cara hidup seharian. Manusia yang takut kepada Allah akan sentiasa

menjaga segala perbuatan, tingkah laku dan tutur katanya. Maka akan lahirlah

manusia yang berjiwa hamba yang hidup dengan kepatuhan kepada “robbul jalil”

kerana mereka mempunyai tumpuan dan fokus dengan matlamat kehidupan.

Menurut Sidek (2009), sifat patuh, taat dan tunduk kepada Allah menjadi

perkara penting dalam membentuk tingkah laku manusia. Ianya meliputi semua

urusan kehidupannya sama ada dengan Allah, manusia dan alam sekelilingnya.

Tegasnya Khusyuk dalam solat akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus

seseorang dalam menjalani kehidupan seharian seterusnya akan terhasillah individu

yang mengamalkan budaya hidup beragama.

Menurut Rohana (2010), asas pembangunan manusia berakhlak dan

bertanggungjawab ialah apabila dia menjalani cara hidup beragama. Hal ini akan

memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan produktiviti negara. Hanya

individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi akan mengenali Penciptanya,

seterusnya menjalani kehidupan mengikut fitrah kejadiannya yang cenderung

kepada melakukan perkara-perkara baik pada diri dan masyarakat sekelilingnya.

Kesimpulannya melalui kesedaran ilmu pelajar sepatutnya dapat

mempraktikkan amalan hidup beragama iaitu dengan menunaikan

tanggungjawabnya terhadap pencipta, diri dan sosial atau persekitaran. Sehubungan

dengan itu, ketiga-tiga pemboleh ubah iaitu proses pembangunan pelajar asrama,

kesedaran ilmu dan amalan hidup beragama mempunyai perkaitan dalam usaha

20

membangun modal insan yang mempunyai nilai sahsiah atau akhlak tinggi dan

menjadi anak yang soleh.

1.10.1 Kerangka operasi pembangunan pengurusan sahsiah pelajar di asrama

Penyelidik menggunakan model KIPP yang diperkenalkan oleh D.L

Stufflebeam (1971) sebagai Kerangka operasi untuk menjalankan kajian ini. Model

KIPP juga lebih dikenali sebagai model Konteks-input-proses dan produk sering

digunakan untuk memenuhi keperluan penilaian yang berorientasikan kepada

objektif. Dalam kajian ini model KIPP digunakan sebagai asas untuk memandu

penyelidik menjalankan kajian seperti yang digambarkan pada rajah 1.2.

Model KIPP mempunyai empat elemen utama iaitu penilaian konteks,

penilaian input, penilaian proses dan penilaian produk. Dalam kajian ini penyelidik

menggunakan Model KIPP dan disesuaikan dengan keperluan objektif untuk

digunakan sebagai kerangka operasi kajian. Iaitu elemen Konteks, input, elemen

proses dan elemen produk.

Elemen “konteks” dalam kajian ini ialah merupakan kehidupan pelajar

asrama di SM. Vokasional Perdagangan Johor Bahru. Menurut Azizi Yahaya

(2001), Elemen “Konteks” memberi penjelasan mengenai isu-isu yang perlu dilihat

dan juga memberi garis panduan dan limitasi dalam membuat perancangan sesuatu

program dan juga kajian.

Elemen “Input” memberi penekanan kepada sumber yang terlibat untuk

mencapai objektif program (Ianya dilihat lebih menumpukan kepada apa yang harus

dilakukan dengan menggunakan sumber yang terlibat dalam usaha untuk mencapai

matlamat dan objektif kajian. Oleh itu, satu strategi atau kaedah yang akan

digunakan dapat ditentukan untuk mencapai objektif kajian secara sistematik.

21

Rajah 1.2: Kerangka Operasi Kajian: Adaptasi Daripada D.L Stufflebeam (1971)

Elemen “Input” dalam kajian ini merujuk kepada pelajar asrama di Sekolah

Menengah Vokasional Perdagangan Johor Bahru. Pengetahuan sedia ada mengenai

kesedaran (ilmu) dan tahap amalan hidup beragama yang dimiliki oleh pelajar masih

menjadi tanda tanya dan perlu dipertimbangkan oleh penyelidik. Oleh itu,

penyelidik merancang untuk memberikan kesedaran (ilmu) kepada sampel yang

1. Pelajar asrama SM. Vokasional Perdagangan Johor Bahru

2. Modul Integrasi Holistik Dalam PTV (Rohana dan Muhamad Afzamiman, 2012)

3. Modul Kepimpinan (Rohana dan Ismail Sabri, 2012)

INPUT

1. Kesedaran ilmu a. Implementasi Modul Integrasi

Holistik Dalam PTV (Rohana dan Muhamad Afzamiman, 2012)

b. Modul Kepimpinan Guru (Rohana dan Ismail Sabri, 2012)

2. Latihan amalan hidup beragama a. Latihan tanggungjawab diri

sebagai khalifah 3. Penilaian pembangunan akhlak amalan

hidup beragama. a. Penilaian rakan sebaya b. Ganjaran, motivasi positif

4. Pemantauan oleh warden

1. Insan berakhlak, bersahsiah (anak soleh)

2. Buku panduan pengurusan pembangunan sahsiah pelajar asrama

PROSES

PRODUK

Kehidupan pelajar di asrama SM.Vokasional Perdagangan Johor Bahru

KONTEKS

22

dipilih menggunakan Modul Integrasi Holistik yang dibangunkan oleh Muhamad

Afzamiman Aripin dan Ismail Sabri pada tahun 2012. Penilaian Rakan sebaya juga

akan digunakan oleh penyelidik bagi memantau terhadap pengamalan pelajar alam

hidup beragama.

Berdasarkan kepada model KIPP yang diperkenalkan D.L Stufflebeam

(1971), elemen proses memberi tumpuan kepada kaedah pelaksanaan yang

digunakan untuk mencapai matlamat dan objektif program (Azizi Yahaya, 2001).

Dalam kajian ini, elemen proses ialah pendekatan yang digunakan oleh penyelidik

untuk memberikan kesedaran (berilmu) dan juga bagaimana latihan untuk

mengamalkan cara hidup beragama. Proses penilaian juga akan dilakukan untuk

melihat kesan kepada pendekatan dan latihan yang telah digunakan.

Elemen produk menumpukan kepada hasil apabila sesuatu program telah

tamat dilaksanakan. Oleh itu, penilaian produk melibatkan aktiviti menilai

pencapaian objektif, menginterpretasikan data dan menyediakan maklumat program.

Maklumat program tersebut digunakan untuk membuat keputusan sama ada

meneruskan, menamatkan atau melakukan pengubahsuaian program yang telah

dilaksanakan.

Oleh itu, di akhir kajian ini, penilaian akan dilakukan dan melibatkan pelajar

yang telah melalui program kesedaran dan latihan pengamalan hidup beragama.

pembangunan modal insan yang mempunyai sahsiah yang baik.

1.11 Definisi Operasi

Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini bagi

menerangkan dengan tepat maksud dan keperluan dalam kajian ini

23

1.11.1 Panduan

Menurut Kamus Dewan (2005) Panduan merupakan sesuatu instrumen atau

peralatan yang digunakan sebagai rujukan atau panduan. Oleh itu, dalam kajian ini

melibatkan satu buku panduan yang boleh diguna pakai untuk melahirkan pelajar

yang mempunyai sahsiah dan berakhlak mulia.

1.11.2 Pengurusan

Kotter, R.M (1982), Pengurusan melibatkan pelaksanaan tugas dan

tanggungjawab yang melibatkan kawalan dan peraturan seperti perancangan,

pengawalan dan pentadbiran. Pengurusan juga adalah proses untuk mencapai

matlamat organisasi. Proses pengurusan melibatkan elemen input organisasi

melalui perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan untuk

menghasilkan output yang dikehendaki (Thierauf, F. J et al, 1977 ). Menurut Kamus

Dewan (2005), pengurusan melibatkan hal-hal mengurus sesuatu.

Oleh itu, pengurusan dalam kajian ini melihat kepada pengurusan

pembangunan sahsiah pelajar asrama SMV Perdagangan, Johor Bahru.

1.11.3 Pembangunan Sahsiah

Pembangunan sahsiah merupakan satu proses membentuk tingkah laku yang

mempunyai nilai, dan etika yang boleh diterjemahkan dalam bentuk amalan (sidek

,2009). Ianya melibatkan aspek rohani jasmani dan rohani Oleh itu dalam kajian ini

pembangunan sahsiah merangkumi aspek kesedaran dan pengamalan hidup

beragama berteraskan kepada tanggungjawab diri kepada pencipta, rakan dan alam.

24

1.11.4 Asrama

Asrama merupakan sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat tinggal

satu kumpulan tertentu seperti murid sekolah dan pelajar universiti (Kamus dewan,

2010). Walau bagaimanapun kajian ini hanya berkisar kepada pelajar asrama

SMV Perdagangan Johor Bahru sahaja. Asrama SMVTP mempunyai 2 blok untuk

menempatkan pelajar lelaki dan 4 blok untuk menempatkan pelajar perempuan.

1.11.5 Holistik

Menurut kamus dewan (2010), holistik bermaksud sesuatu perkara atau yang

bersifat menyeluruh. Dalam proses membangunkan insan secara holistik bermaksud

membangun insan secara seimbang yang melibatkan faktor kognitif, afektif dan

psikomotor (sidek , 2011). Dalam kajian ini insan pelajar yang dibangunkan

haruslah menyedari tugasnya sebagai khalifah dan menterjemahkannya dalam

pengamalan hidup di asrama.

1.11.6 Kepimpinan

Keith dan Giwling (1991) merupakan proses mempengaruhi aktiviti

sesebuah kumpulan secara teratur. Pemeliharaan kumpulan yang efisien begitu

penting untuk mencapai matlamat organisasi. Selain itu hal ini merujuk kepada

hubungan di antara seseorang pemimpin dan pengikut-pengikutnya yang melibatkan

kuasa, wawasan dan pengaruh yang berpusat kepada kejayaan pengurus dalam

peranan-peranan kerja setiap hari.

Dalam kajian ini, kepimpinan adalah merujuk kepada personal yang terlibat

dalam pengurusan asrama seperti PK HEM, Kaunselor dan warden asrama

SM.Vokasional Perdagangan Johor Bahru.

25

1.11.7 Pengetua

Menurut Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1990), Pengetua merupakan

ketua eksekutif dan juga seorang pemimpin yang menjadi tonggak kepada

kepimpinan sekolah secara keseluruhannya. Pengetua dilantik secara rasmi

oleh Kementerian Pelajaran dan diberi tanggungjawab untuk mengurus,

mentadbir dan memimpin sekolah.

1.11.8 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM)

Merujuk kepada Fail Meja Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Majlis

Pemimpin Pelapis Pendidikan Negeri Johor (2008), PKHEM adalah ‘pengurus

pertengahan’ menjadi orang perantaraan di antara pihak atasan dengan pihak

bawahan. PKHEM merupakan pelaksana dasar yang telah ditetapkan dan melayani

keperluan golongan pelaksana.

Dalam Konteks asrama PKHEM menjadi pengantara di antara pengetua dan

juga warden. Oleh sebab itu segala urusan yang melibatkan pelajar hendaklah

dirujuk kepada PKHEM sebelum dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

1.11.9 Warden

Merujuk kepada Kamus Dewan (2010), warden mempunyai tanggungjawab

untuk menjaga seseorang. Dalam kajian ini warden merupakan seorang guru yang

diberi tanggungjawab untuk mengurus,mengawal dan memantau pelajar di asrama

SM.Vokasional Perdagangan Johor Baru.

26

1.11.10 Konteks, Input, Proses Dan Produk

Kajian ini menggunakan model KIPP (D.L Stufflebeam, 1971) sebagai

Kerangka operasi kajian. Tiga elemen penting yang digunakan iaitu elemen Input,

Elemen Proses dan Elemen Produk. Elemen Input melibatkan pelajar tingkatan 4

yang tinggal di asrama SMV Perdagangan. Elemen Proses merupakan proses

mengimplementasikan program untuk memberi kesedaran dan mengamalkan hidup

beragama. Elemen produk pula merupakan pelajar yang telah melalui proses

implementasi program atau yang telah menerima rawatan.

1.12 Kesimpulan

Kesimpulan dalam bab ini, penyelidik telah memberi gambaran mengenai

kajian yang hendak dilakukan. Bab ini mengandungi pengenalan mengenai

Pengurusan Pembangunan Pelajar yang cuba dibangunkan oleh penyelidik. Selain

itu bab ini membincangkan mengenai latar belakang masalah, pernyataan masalah,

objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, batasan kajian dan

senarai istilah yang digunakan dalam kajian ini.