borang pengesahan status tesis · lagi maha penyayang alhamdulillah… syukur alhamdulillah saya...

22
PSZ 19:16 (Pind 1/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SESI PENGAJIAN : 2004/2005 YASMIN BINTI YAHYA (HURUF BESAR) Saya : Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI Nama Penyelia (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: C- 408 KG RU RENDANG, 21600 MARANG, TERENGGANU Tarikh : 21 OKTOBER 2004

Upload: others

Post on 10-Feb-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN : 2004/2005

YASMIN BINTI YAHYA

(HURUF BESAR)

Saya :

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Nama Penyelia

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap: C- 408 KG RU RENDANG, 21600 MARANG, TERENGGANU Tarikh : 21 OKTOBER 2004

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

PERAKUAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan : _________________________

Nama Penyelia : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Tarikh : OKTOBER 2004

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

i

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

YASMIN BINTI YAHYA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER, 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

ii

PERAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ______________________

Nama Penulis : YASMIN BINTI YAHYA

Tarikh : OKTOBER 2004

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

iii

DEDIKASI

Untuk….

Ayahanda dan Bonda

Engkau segala-galanya buatku

Kekanda dan adinda

TQ kerna hadir dalam hidupku

Insan Teristimewa

Kehadiranmu amat bermakna bagiku

Sahabat Seperjuangan

Jasa kalian akan kukenang

Sahabat ‘Pejuang’

Teruskan perjuangan

Warga UTM

Segala kenangan kuabadikan

Terima kasih untuk segala-galanya….

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

iv

PENGHARGAAN

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah…

Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah

kurniaNya dapat saya menyiapkan projek sarjana muda ini mengikut tempoh yang

ditetapkan. Di kesempatan ini, saya mengucapkan perhargaan ikhlas kepada penyelia

iaitu Prof. Dr. Noor Azlan bin Ahmad Zanzali diatas segala tunjuk ajar dan bimbingan

yang diberikan sepanjang proses penyiapan projek ini.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada warga sekolah yang terlibat,

kakitangan perpustakaan sultanah zanariah dan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri

Terengganu. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuagan yang banyak

menghulurkan bantuan bagi memastikan proses perjalanan projek ini berjalan dengan

lancar dan baik.. Setinggi ucapan terima kasih dirakamkan buat ahli keluaraga terutama

ibubapa yang tidak jemu membantu dan mendoakan kejayaan saya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha dan bantuan yang

kalian semua sumbangkan , diberkati Ilahi.

Wassalam…

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran proses sains asas.

Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran sains di

daerah Kuala Terengganu telah menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini

melibatkan 63 pelajar perempuan dan 57 pelajar lelaki. Instrumen kajian yang digunakan

untuk menguji tahap penguasaan kemahiran proses sains asas adalah soalan kemahiran

proses sains asas. Secara keseluruhan, kajian telah menunjukkan bahawa tahap

penguasaan kemahiran proses sains asas di kalangan pelajar tingkatan empat dalam mata

pelajaran sains adalah pada tahap sederhana. Berdasarkan skor min yang diperolehi oleh

pelajar, didapati bahawa kemahiran yang paling dikuasai oleh pelajar ialah membuat

inferens, diikuti meramal, memerhati, mengukur dan menggunakan nombor,

perhubungan ruang dan masa, mengelas dan yang paling lemah dalam kemahiran

komunikasi. Seterusnya, ujian –T menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan antara

pelajar lelaki dan pelajar perempuan bagi ketujuh-tujuh komponen kemahiran proses

sains asas. Selain itu, perbandingan kemahiran proses sains asas secara keseluruhan

antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan turut dikaji. Didapati pelajar perempuan lebih

menguasai kemahiran proses sains asas berbanding pelajar lelaki. Bagaimanapun, secara

keseluruhan tahap penguasaan kemahiran proses sains asas bagi kedua-dua jantina adalah

pada tahap sederhana. Di akhir laporan, telah dikemukan beberapa cadangan untuk

meningkatkan lagi kemahiran proses sains asas dikalangan pelajar sekolah.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

vi

ABSTRACT

The aim of the study is to investigate the level of basic science process skills of

120 form four student from schools in Kuala Terengganu. The respondents consist of the

67 female students and 53 male students. The instrument is a paper and pencil test

consisting of questions related to basic science process skills. The result showed that the

level of basic science process skills of the respondents in science subject was at a

moderate level. In terms of mean scores, the findings indicated that most of the students

mastered the skill of making inference, followed by predicting, observing, measuring and

using the number and linking space and time. Students are very poor in communication

skills. This survey also showed that, there was no significant difference between male

and female student regarding the seven components of basic science process skills.

Besides that, comparison of the overall level of basic science process skills between male

and female students showed that more female students mastered the basic science process

skills. Even though, the level of basic science process skills for both gender is at a

moderate level. Suggestions were made to improve the basic science process skills

among students.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Rajah xi

Senarai Jadual xii

Senarai Lampiran xiv

Senarai Singkatan xv

BAB I. PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Hipotesis Kajian 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Istilah 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

viii

1.8.1 Penguasaan 7

1.8.2 Sains 7

1.8.3 Kemahiran Proses Sains 7

BAB II SOROTON PENULISAN

2.0 Pengenalan 8

2.1 Definisi Kemahiran Proses Sains 9

2.2 Kepentingan Setiap Komponen KPSA Berdasarkan 10

Perkaitan Antara Kemahiran Proses Sains Asas

Dan Kemahiran Berfikir

2.3 Definisi Setiap Komponen Kemahiran Proses Sains Asas 11

2.3.1 Memerhati 11

2.3.2 Mengukur Dan Menggunakan Nombor 12

2.3.3 Mengelas 12

2.3.4 Membuat Inferens 12

2.3.5 Menggunakan Perhubungan Ruang Dan Masa 12

2.3.6 Meramal 13

2.3.7 Berkomunikasi 13

2.4 Kajian-Kajian Lepas Mengenai Kemahiran Proses Sains 13

2.5 Rumusan 17

BAB III METADOLOGi KAJIAN

3.0 Pengenalan 18

3.1 Rekabentuk Kajian 18

3.2 Sampel Dan Tempat 19

3.3 Kajian Rintis 20

3.4 Instrumen Kajian 20

3.5 Prosedur Kajian 22

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

ix

3.6 Kriteria Menentukan Tahap Penguasaan KPSA 23

3.7 Analisis Data 24

3.8 Rumusan 25

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 26

4.1 Taburan Jantina Responden 27

4.2 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Sekolah 28

4.3 Tahap penguasaan Mengikut Kategori Markah 29

4.4 Tahap Penguasaan KPSA Pelajar Tingkatan Empat Dalam 29

Semua Komponen KPSA

4.5 Tahap Penguasaan Secara Keseluruhan 31

4.6 Perbezaan Tahap Penguasaan KPSA Pelajar Tingkatan 33

Empat Mengikut Jantina Dalam Semua Kompenan KPSA

4.7 Tahap Penguasaan KPSA Responden Mengikut Jantina 36

4.8 Penutup. 39

BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 40

5.1 Perbincangan 41

5.1.1 Tahap Penguasan KPSA Pelajar Tingkatan Empat 41

Dalam Semua Komponen KPSA

5.1.2 Perbezaan Tahap Penguasan KPSA Pelajar Tingkatan 41

Empat Mengikut Jantina Dalam Semua Komponen KPSA

5.2 Kesimpulan 42

5.3 Cadangan 42

5.3.1 Cadangan Kepada Pelajar 42

5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 44

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

x

5.4 Penutup 44 BIBLIOGRAFI 45 LAMPIRAN A-F 48

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

xi

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan Jantina Responden 27

4.2 Tahap Penguasaan KPSA Responden 32

4.3 Tahap Penguasaan Mengikut Jantina (Lelaki) 37

4.4 Tahap Penguasaan Mengikut Jantina (Perempuan) 37

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perkaitan Diantara KPSA 10

Dengan Kemahiran Berfikir.

2.2 Peratus Purata Bagi Kemahiran 14

Proses Yang Dikaji

2.3 Tahap Penguasaan Kemahiran 15

Proses Sains Di Daerah Machang

2.4 Status Penguasaan KPSA Yang 16

Dikaji Di Daerah Yong Peng

3.1 Bilangan Responden Bagi Setiap 19

Sekolah.

3.2 Komponen KPSA Berdasarkan 21

Nombor Soalan Dalam Soalan KPSA

3.3 Komponen KPSA Berdasarkan Bilangan 22

Soalan Bagi Setiap Tingkatan

3.4 Tahap Penguasaan KPSA Berdasarkan 24

Markah

4.1 Taburan Jantina Responden ( n =120) 27

4.2 Bilangan dan Peratus Responden 28

Mengikut Sekolah

4.3 Tahap Penguasaan KPSA 29

4.4 Taburan Peratus Min, Minimum, 29

Maksimum Dan Sisihan Piawai Pelajar

Yang Menjawab Betul Soalan KPSA.(n=120)

4.5 Peratus Pelajar Dan Tahap Penguasaan 31

KPSA Bagi Semua Kompenan KPSA. (n=120)

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

xiii

4.6 Tahap Penguasaan KPSA Responden. (n=120) 32

4.7 Taburan Peratus Min, Minimum, Maksimum Dan 33

Sisihan Piawai Pelajar Yang Menjawab Betul Soalan

KPSA Mengikut Jantina ( Lelaki). (n=57)

4.8 Taburan Peratus Min, Minimum, Maksimum Dan 35

Sisihan Piawai Pelajar Yang Menjawab Betul Soalan

KPSA Mengikut Jantina ( Perempuan). (n=63)

4.9 Tahap Penguasaan KPSA Responden Mengikut 36

Jantina (n=120)

4.10 Perbezaan Signifikan Antara Jantina Menggunakan 38

Ujian-T(n=120)

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal selidik (Soalan Kemahiran Proses Sains 48

Asas (KPSA))

B Surat Kebenaran Penyelidikan Bahagian 59

Perancangan Dan Penyelidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Untuk 61

Menggunakan Sampel Kajian di

Sekolah-Sekolah di Bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia

Daripada Jabatan Pendidikan Terengganu

D Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian Di 62

Sekolah Menengah Daripada Jabatan Terengganu

E Surat Pengesahan pelajar Fakulti Pendidikan 64

Universiti Teknologi Malaysia

F Senarai Sekolah-Sekolah Di Daerah Kuala Terengganu 65

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

xv

SENARAI SINGKATAN PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PMR - Peperiksaan Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

IPT - Institusi Pendidikan Tinggi

DBP - Dewan Bahasa & Pustaka

SPSS - Statistic Package for Social T-Test

Ujian-T - Independent-Samples T-Test

N - Jumlah Responden

Bil - Bilangan

% - Peratus

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Menurut Robiah (2001), pendidikan kunci pembangunan sesebuah negara. Selari

dengan bagaimana pentingnya peranan pendidikan, kerajaan Malaysia telah

memperuntukkan belanjawan yang agak besar untuk membangunkan institusi

pendidikan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru perlulah tahu mengenai keadah

yang sesuai untuk pelajar. Kaedah pengajaran yang berbagai-bagai perlu dicuba supaya

dapat mengetahui keberkesanan dan kesesuaian sesuatu kaedah.(Abdul Rahim, 2000).

Subjek sains memberi penumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik untuk

mengkaji sains sebagai satu disiplin yang berorentasikan eksperimen dan kegiatan amali

(Meor Ibrahim, 2001). Menurut Abdul Rahman (1994), pendidikan adalah suatu proses,

tetapi ia bukanlah sebarang proses dan proses pendidikan mempunyai ciri-ciri tertentu.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran

manipulatif. Bagi kemahiran proses sains, ia terbahagi kepada dua iaitu kemahiran

proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran proses sains asas

merujuk kepada kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua pelajar bagi setiap

komponen bagi membolehkan pelajar menjalankan eksperimen di makmal dan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

2

melakukan aktiviti penyiasatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran proses

sains asas yang perlu dikembangkan kepada pelajar ialah kemahiran memerhati,

mengukur dan menggunakan nombor, mengelas, membuat inferens, menggunakan

perhubungan ruang dan masa, meramal dan berkomunikasi.(Abu Hassan, 2001).

Pelajar-pelajar digalakkan untuk menggunakan kemahiran proses sains kerana

nilai penguasaan dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata menguasai

fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains sebenarnya boleh

diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Apabila pelajar-pelajar telah menguasai

kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam

sekeliling serta membentuk idea dan konsep sendiri.

Kemahiran proses sains asas perlu dikuasai bagi setiap pelajar untuk

memastikan pelajar berkebolehan menggunakan pengetahuan sains dan kemahiran

saintifik secara bijaksana bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan (Rohani, 2000).

1.1 Latar Belakang Masalah

Terdapat pelajar yang menganggap bahawa kegiatan belajar hanyalah terhad

kepada kehadiran dalam kelas, mengikut pengajian berasaskan silibus yang ditetapkan

dan lulus peperiksaan dan Para pelajar sendiri tidak mengetahui kenapa mereka perlu

belajar dan betapa pentingnya proses pembelajaran dalam kehidupan(Robiah, 2001)

Menurut kajian Zalina, (1997) Kemahiran proses sains asas yang paling sukar

dikuasai ialah meramal, ini menunjukkan tidak semua kemahiran proses sains asas dapat

dikuasai oleh pelajar. Permasalahan ini mungkin timbul kerana proses pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan guru dan pelaksanaan aktiviti praktikal adalah sangat

kurang(Rohani, 2000). Oleh yang demikian, pelajar juga harus didedahkan kepada

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

3

penyiasatan saintifik dan bersifat hand-on serta berpusatkan pelajar. Menurut Kamarudin

(1990), di antara tujuan pembelajaran berpusatkan pelajar ialah membolehkan pelajar

berlatih, mengembangkan kemahiran akal dan fikiran serta memahami alam sekeliling

mereka.

Di samping itu, tahap penguasaan kemahiran proses sains dikalangan pelajar

perempuan adalah lebih cemerlang berbanding lelaki. Ini mungkin kerana sikap

perempuan yang rajin dan sering berfikiran positif berbanding lelaki. Menurut kajian

Zalina (1997) pelajar perempuan mempunyai min skor yang lebih tinggi daripada pelajar

lelaki di dalam kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah.

Menurut Mok Soon Sang, di antara masalah dalam bidang pendidikan ialah

penggunaan strategik dan kaedah mengajar. Oleh itu keadah mengajar memainkan

peranan yang penting bagi meningkatkan percapaian pelajar. Guru-guru sering

mengambil jalan mudah dalam hal ini dan tidak membimbing pelajar kemahiran-

kemahiran yang perlu mereka kuasai, termasuk kemahiran proses sains asas. Malah

menurut Ibrahim (1997), remaja sekolah perlu dipimpin dengan bijaksana untuk

menentukan pembelajaran mereka berjalan lancar dan perkembangan mereka dari segi

intelek tidak terencat.

1.2 Hipotesis Kajian

1. Keputusan yang maksimun diperolehi daripada soalan kemahiran proses sains

asas, jika tahap penguasaan kemahiran proses sains asas di kalangan pelajar tingkatan

empat di sekolah daerah Kuala Terengganu adalah tinggi.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

4

2. Tahap penguasaan kemahiran proses sains asas di kalangan pelajar perempuan

lebih tinggi berbanding pelajar lelaki tingkatan empat sains di sekolah daerah Kuala

Terengganu berdasarkan nilai signifikan 0.05.

1.3 Penyataan Masalah

Penguasaan pelajar terhadap kemahiran proses sains asas akan memudahkan

pelajar-pelajar untuk menguasai sains, di samping menguasai kemahiran saintifik yang

lain. Tahap percapaian pelajar juga bergantung kepada setiap individu pelajar sendiri

supaya sentiasa berusaha untuk menguasai kemahiran proses sains. Selain itu,

berdasarkan latar belakang masalah faktor jantina juga menunjukkan tahap penguasaan

yang berbeza di kalangan pelajar Pelajar perempuan mula bersaing untuk menimba ilmu

pengetahuan, di Institut Pengajian Tinggi (IPT) peratus pelajar perempuan mula

meningkat.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ialah untuk: 1. Mengkaji tahap penguasaan kemahiran proses sains asas di kalangan pelajar

tingkatan empat di daerah Kuala Terengganu.

2. Mengkaji sama ada terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran proses sains

asas di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Kuala Terengganu mengikut

jantina.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah… Syukur alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan projek

5

1.6 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, telah terhasil dua persoalan kajian iaitu: 1. Sejauh manakah tahap penguasan kemahiran proses sains asas di kalangan

pelajar-pelajar tingkatan empat di daerah Kuala Terengganu?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran proses sains asas di

kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat mengikut jantina di daerah Kuala

Terengganu?