terbitan baharu siri pendidikan al-quran · pdf filehalaman enam berita harian rabu, ......

1
MALAYSIA KE ARAH HAB MAKANAN HALAL DUNIA Noraini Haji Idris et al ISBN 978-983-62-9672-6 RM20.00 # 234 hlm. M emaparkan hasil penemuan kajian mengenai cabaran yang dihadapi oleh industri pemprosesan makanan halal negara dalam menghadapi cabaran AFTA. Amat sesuai dimiliki oleh mereka yang ter- libat dalam penubuhan industri makanan halal negara seperti penggubal dasar, kakitangan kerajaan, pengusaha, sektor swasta, pelajar dan masyarakat umum. Dapatkan naskhah anda hari ini juga. Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu DIALEK MELAYU ULU KAPUAS KALIMANTAN BARAT Yusriadi ISBN 978-983-62-9151-6 RM22.00 # 201 hlm. B uku ini memerikan struktur asas dialek Melayu Ulu Kapuas, iaitu dialek Melayu yang dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh kira 100,000 orang di kawasan hulu lembangan Sungai Kapuas di Kalimantan Barat. Turut merakamkan sebahagian lagi dialek Melayu di Nusantara. Amat berman- faat kepada para pengkaji bahasa Melayu, pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi pengkhususan bahasa Melayu, serta masyarakat awam yang berminat. Halaman Enam BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007 BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007 Halaman Tujuh PERLU DIMILIKI Siri Kamus Istilah MABBIM KAMUS PERGIGIAN Operatif ISBN 978-983-62-9667-2 RM15.00 # 117 hlm. M engandungi 333 istilah berserta hurai- annya yang telah disediakan oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang Sains Gunaan amnya dan bidang Pergigian khasnya. Pemilihan istilah masukan ini adalah berdasarkan keperluan mereka yang terlibat dalam bidang ini secara langsung. Amat sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi, pengajar, pengamal dalam bidang Pergigian dan orang ramai yang terbabit. NOORDIN HASSAN Dalam Esei dan Kritikan Penyelenggara Halilah Haji Khalid ISBN 978-983-62-9512-5 RM40.00 # 424 hlm. M emuatkan makalah para sarjana yang membincangkan falsafah dan pemikiran Sasterawan Negara yang ketu- juh, SN Dato’ Noordin Hassan, yang ter- ungkap dalam pelbagai karya yang beliau hasilkan. Falsafah dan pemikiran beliau ini telah ditelusuri dengan berkesan oleh para sarjana menerusi pelbagai pendekat- an seperti hermeneutika kerohanian, semi- otik, semantik, pascamoden dan sebagai- nya. Dapatkan naskhah anda hari ini. TERBITAN BAHARU DEBAT KESUSASTERAAN DUNIA Penyunting Christopher Prendergast ISBN 978-983-62-9606-1 RM50.00 # 526 hlm. D alam debat yang berterusan mengenai dimensi budaya globalisasi, persoa- lan “kesusasteraan” telah menjadi suatu hubungan yang kurang akrab. Buku ini mengungkap pencarian jawapan untuk membetulkan imbangan ini. Antara perka- ra yang banyak diberikan perhatian ialah tentang warisan idea Goethe, pemahaman yang pelbagai mengenai istilah “kesusas- teraan” itu sendiri, pertembungan rentas- budaya, ciri “kesusasteraan kecil” dan ten- tang politik genre sastera. Sesuai untuk dimiliki oleh para penggemar dan penggiat sastera tanah air. UNITY AND EDUCATION IN MALAYSIA Abdul Rahman Arshad ISBN 978-983-62-9655-9 RM25.00 # 274 hlm. P erpaduan kebangsaan adalah merupa- kan aspek utama yang diberikan tumpuan khusus sesebuah negara dan tidak terkecuali Malaysia. Pelbagai strategi digunakan termasuk melalui pendidikan. Namun setelah 50 tahun merdeka dari- pada penjajahan negara asing, tercapaikah perpaduan kebangsaan ini? Sekiranya tercapai, berapakah peratusannya? Buku ini menjawab segala persoalan berkaitan isu ini. Sesuai dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat yang cintakan perpaduan. PUISI-PUISI SYEIKH AHMAD AL-FATANI Penyelenggara Wan Mohd. Shaghir Abdullah ISBN 978-983-62-9271-1 RM40.00 # 342 hlm. M erupakan himpunan puisi Syeikh Ahmad al-Fatani yang telah menarik minat beberapa orang orientalis dan sarjana dari dunia Melayu. Sumbangan yang telah diberikan melalui penulisannya ini sarat dengan pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang. Himpunan puisi anak kelahiran Patani yang turut mempunyai pengaruh besar dalam kerajaan Turki Uthmaniyah ini akan mem- beri manfaat besar kepada peminat puisi Islam, para pengkaji dan pelajar di pusat pengajian tinggi. BUKAN MERAIH SIMPATI Abdullah A M ISBN 978-983-62-9662-7 RM18.00 # 295 hlm. B esarnya erti sebuah kehidupan. Terpaksa berkorban demi meraih sece- bis rezeki. Demikianlah bagi anak muda seperti Bustaman. Merantau jauh mening- galkan desa tercinta menuju kota yang mencabar. Di situ, dia berdiri di tiga per- simpangan: antara tugasan dan tuntutan hidup di kota besar, ketidakmahuan ibu merestui tugasnya dan runtunan hati- nya yang memendam rasa sayang terha- dap seorang gadis misteri. Ikuti kisah yang cukup menarik gambaran suasana kehidupan masa kini. Drama JEDA NUR IMAN Dahiri Saini ISBN 978-983-62-9670-2 RM15.00 # 138 hlm. D rama yang telah memenangi tempat ketiga Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP ini mema- parkan warna-warni watak pelbagai kaum dan agama yang mengungkai erti kehidupan dan identiti diri dalam mencari ketenteraman jiwa dan ikatan kekeluargaan. Dengan tema pemerkasaan ummah melalui toleransi beragama, drama ini menonjolkan revolusi manusia dalam pembangunan teknologi dan elemen biosains tanpa melupakan unsur tradisi. Sebuah drama yang cukup unik dan menarik untuk tatapan anda. Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak DAYANG PUTERI Penyelenggara Jiso Rutan ISBN 978-983-62-9696-2 RM31.00 # 397 hlm. M emuatkan sebanyak 32 cerita menarik Rakyat Melanau dan Melayu Sarawak yang meliputi pengem- baraan atau lipur lara, asal usul dan legenda. Secara tidak langsung, cerita-cerita ini memaparkan sistem nilai, pan- dangan semesta dan pemikiran masyarakat zaman dahu- lu yang boleh dijadikan rujukan dan bahan untuk kajian lanjut oleh mereka yang berminat untuk memahami budaya dan nilai hidup rakyat Sarawak. KATARSIS PERJUANGAN Mohd. Faizal Jamil ISBN 978-983-62-9695-5 RM30.00 # 505 hlm. P emberontakan rakyat Sarawak menentang pemerin- tahan Pengeran Mahkota, penabalan James Brooke sebagai Raja Sarawak, pemberontakan orang Cina, pendudukan tentera Jepun, dan pemberontakan terha- dap pemerintahan Crown Colony antara perjuangan awal sebelum Sarawak muncul sebagai negeri Maju Pulau Borneo. Ikuti rakaman perjuangan sejati rakyat Sarawak dalam novel yang telah memenangi tempat ketiga Peraduan Sastera Kreatif Negeri Sarawak 2003. NABI MUSA DAN BANI ISRAIL Saad Ismail Syalabiy ISBN 978-983-62-9436-4 RM7.00 # 33 hlm. M ereka terlepas dari cengkaman sek- saan Firaun. Mereka juga dapat merentasi Laut Merah dengan selamat. Mereka turut dipayungi awan daripada sinar terik mentari. Mereka telah diberi makanan yang terbaik serta minu- man yang terbit daripada batu. Namun, mengapakah mereka terus kufur kepada Allah dan menyembah patung emas anak lembu? Mengapakah Nabi Musa mening- galkan Bani Israil dan Nabi Harun selama 40 hari? Ikuti kisah pengajaran daripada petikan al-Quran yang cukup menarik ini. Sesuai dijadikan bacaan seisi keluarga. MENYAMPAIKAN KEBENARAN Saad Ismail Syalabiy ISBN 978-983-62-9384-8 RM7.00 # 31 hlm. M engapakah di peringkat permulaan Islam, Nabi Muhammad berdakwah secara bersembunyi? Mengapa pula penga- nut awal Islam terdiri daripada golongan lemah, fakir dan hamba? Apakah strate- gi Rasulullah ketika berdakwah secara terang-terangan? Mengapakah turun ayat al-Quran yang mencela Abu Lahab? Ikuti liku-liku perjalanan dakwah Rasulullah SAW dalam mengajak manusia kepada jalan kebenaran. Sebuah sirah yang dipe- tik daripada ayat al-Quran untuk penga- jaran setiap insan. UJIAN ALLAH Saad Ismail Syalabiy ISBN 978-983-62-9417-3 RM7.00 # 31 hlm. A pakah kaum Muslimin telah menja- di lemah sehinggakan Nabi menga- lami kecederaan dan nyaris terbunuh di medan pertempuran? Apakah yang ter- jadi sehingga ramai para sahabat syahid dalam keadaan yang cukup menyayat hati? Mengapa kaum Muslimin menerima tam- paran sehebat ini? Apa salahnya dengan strategi perang kaum Muslimin? Dapatkan sirah perjuangan Rasulullah yang mena- rik ini daripada petikan al-Quran. Sesuai dijadikan bacaan seisi keluarga. KEKUASAAN ALLAH Saad Ismail Syalabiy ISBN 978-983-62-9412-8 RM7.00 # 31 hlm. B agaimanakah Nabi Ibrahim mema- tahkan hujah Raja Namrud seterus- nya menafikan ketuhanan Namrud? Bagaimana sebuah negara yang hancur musnah dibangunkan? Bagaimana pula bangkai empat ekor burung yang dicampurkan dapat dihidupkan dengan mudah? Dapatkan jawapannya dalam siri bacaan ini yang dipetik daripada kisah- kisah menarik yang terdapat dalam al- Quran. Sesuai untuk bacaan setiap lapisan masyarakat. SIRI PENDIDIKAN AL-QURAN UNTUK KANAK-KANAK TINTA ELIPSIS Ibnu Ahmad Al-Kurauwi ISBN 978-983-62-9646-7 RM28.00 # 382 hlm. D ia benar-benar dalam dile- ma, keliru memintal per- timbangannya; antara kasih dan tanggungjawab, antara anak isteri dengan kerjaya yang terpateri di pundaknya. Kecamuk fikiran ditambah lagi dengan delima antara dua hati dan perasaan yang harus berkorban dan dikorbankan. Ada janji yang harus digu- gurkan. Walaupun tekad- nya sudah terpateri ketika mengikat janji seia sekata dahulu. Apakah kerana Amjad, dia harus meng- gugurkan janjinya dengan Wardah? Satu dilema yang perlu di rungkai dengan penuh hikmah. Cinta disemai bukan kerana nafsu. Ikuti kesudahan sebuah cerita yang amat menarik antara dua kasih.

Upload: lycong

Post on 30-Jan-2018

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERBITAN BAHARU SIRI PENDIDIKAN AL-QURAN  · PDF fileHalaman Enam BERITA HARIAN Rabu, ... Dalam Esei dan Kritikan Penyelenggara ... nya yang memendam rasa sayang terha

MALAYSIA KE ARAH HAB MAKANAN HALAL DUNIANoraini Haji Idris et alISBN 978-983-62-9672-6RM20.00 # 234 hlm.

Memaparkan hasil penemuan kajian mengenai cabaran yang dihadapi

oleh industri pemprosesan makanan halal negara dalam menghadapi cabaran AFTA. Amat sesuai dimiliki oleh mereka yang ter­libat dalam penubuhan industri makanan halal negara seperti penggubal dasar, kakitangan kerajaan, pengusaha, sektor swasta, pelajar dan masyarakat umum. Dapatkan naskhah anda hari ini juga.

Siri Monograf Sejarah Bahasa MelayuDIALEK MELAYU ULU KAPUAS KALIMANTAN BARATYusriadiISBN 978-983-62-9151-6RM22.00 # 201 hlm.

Buku ini memerikan struktur asas dialek Melayu Ulu Kapuas, iaitu dialek Melayu

yang dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh kira 100,000 orang di kawasan hulu lembangan Sungai Kapuas di Kalimantan Barat. Turut merakamkan sebahagian lagi dialek Melayu di Nusantara. Amat berman­faat kepada para pengkaji bahasa Melayu, pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi pengkhususan bahasa Melayu, serta masyarakat awam yang berminat.

Halaman Enam BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007 BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007 Halaman Tujuh

PERLU DIMILIKI

Siri Kamus Istilah MABBIMKAMUS PERGIGIANOperatifISBN 978-983-62-9667-2RM15.00 # 117 hlm.

Mengandungi 333 istilah berserta hurai­annya yang telah disediakan oleh

pakar­pakar yang mahir dalam bidang Sains Gunaan amnya dan bidang Pergigian khasnya. Pemilihan istilah masukan ini adalah berdasarkan keperluan mereka yang terlibat dalam bidang ini secara langsung. Amat sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi, pengajar, pengamal dalam bidang Pergigian dan orang ramai yang terbabit.

NOORDIN HASSANDalam Esei dan KritikanPenyelenggaraHalilah Haji KhalidISBN 978-983-62-9512-5RM40.00 # 424 hlm.

Memuatkan makalah para sarjana yang membincangkan falsafah dan

pemikiran Sasterawan Negara yang ketu­juh, SN Dato’ Noordin Hassan, yang ter­ungkap dalam pelbagai karya yang beliau hasilkan. Falsafah dan pemikiran beliau ini telah ditelusuri dengan berkesan oleh para sarjana menerusi pelbagai pendekat­an seperti hermeneutika kerohanian, semi­otik, semantik, pascamoden dan sebagai­nya. Dapatkan naskhah anda hari ini.

TERBITAN BAHARU

DEBAT KESUSASTERAAN DUNIAPenyuntingChristopher PrendergastISBN 978-983-62-9606-1RM50.00 # 526 hlm.

Dalam debat yang berterusan mengenai dimensi budaya globalisasi, persoa­

lan “kesusasteraan” telah menjadi suatu hubungan yang kurang akrab. Buku ini mengungkap pencarian jawapan untuk membetulkan imbangan ini. Antara perka­ra yang banyak diberikan perhatian ialah tentang warisan idea Goethe, pemahaman yang pelbagai mengenai istilah “kesusas­teraan” itu sendiri, pertembungan rentas­budaya, ciri “kesusasteraan kecil” dan ten­tang politik genre sastera. Sesuai untuk dimiliki oleh para penggemar dan penggiat sastera tanah air.

UNITY AND EDUCATION IN MALAYSIAAbdul Rahman ArshadISBN 978-983-62-9655-9RM25.00 # 274 hlm.

Perpaduan kebangsaan adalah merupa­kan aspek utama yang diberikan

tumpuan khusus sesebuah negara dan tidak terkecuali Malaysia. Pelbagai strategi digunakan termasuk melalui pendidikan. Namun setelah 50 tahun merdeka dari­pada penjajahan negara asing, tercapaikah perpaduan kebangsaan ini? Sekiranya tercapai, berapakah peratusannya? Buku ini menjawab segala persoalan berkaitan isu ini. Sesuai dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat yang cintakan perpaduan.

PUISI-PUISI SYEIKH AHMAD AL-FATANIPenyelenggaraWan Mohd. Shaghir AbdullahISBN 978-983-62-9271-1RM40.00 # 342 hlm.

Merupakan himpunan puisi Syeikh Ahmad al­Fatani yang telah menarik

minat beberapa orang orientalis dan sarjana dari dunia Melayu. Sumbangan yang telah diberikan melalui penulisannya ini sarat dengan pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang. Himpunan puisi anak kelahiran Patani yang turut mempunyai pengaruh besar dalam kerajaan Turki Uthmaniyah ini akan mem­beri manfaat besar kepada peminat puisi Islam, para pengkaji dan pelajar di pusat pengajian tinggi.

BUKAN MERAIH SIMPATIAbdullah A MISBN 978-983-62-9662-7RM18.00 # 295 hlm.

Besarnya erti sebuah kehidupan. Terpaksa berkorban demi meraih sece­

bis rezeki. Demikianlah bagi anak muda seperti Bustaman. Merantau jauh mening­galkan desa tercinta menuju kota yang mencabar. Di situ, dia berdiri di tiga per­simpangan: antara tugasan dan tuntutan hidup di kota besar, ketidakmahuan ibu merestui tugasnya dan runtunan hati­nya yang memendam rasa sayang terha­dap seorang gadis misteri. Ikuti kisah yang cukup menarik gambaran suasana kehidupan masa kini.

DramaJEDA NUR IMANDahiri SainiISBN 978-983-62-9670-2RM15.00 # 138 hlm.

Drama yang telah memenangi tempat ketiga Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP ini mema­

parkan warna­warni watak pelbagai kaum dan agama yang mengungkai erti kehidupan dan identiti diri dalam mencari ketenteraman jiwa dan ikatan kekeluargaan. Dengan tema pemerkasaan ummah melalui toleransi beragama, drama ini menonjolkan revolusi manusia dalam pembangunan teknologi dan elemen biosains tanpa melupakan unsur tradisi. Sebuah drama yang cukup unik dan menarik untuk tatapan anda.

Kumpulan Cerita Rakyat SarawakDAYANG PUTERIPenyelenggaraJiso RutanISBN 978-983-62-9696-2RM31.00 # 397 hlm.

Memuatkan sebanyak 32 cerita menarik Rakyat Melanau dan Melayu Sarawak yang meliputi pengem­

baraan atau lipur lara, asal usul dan legenda. Secara tidak langsung, cerita­cerita ini memaparkan sistem nilai, pan­dangan semesta dan pemikiran masyarakat zaman dahu­lu yang boleh dijadikan rujukan dan bahan untuk kajian lanjut oleh mereka yang berminat untuk memahami budaya dan nilai hidup rakyat Sarawak.

KATARSIS PERJUANGANMohd. Faizal JamilISBN 978-983-62-9695-5RM30.00 # 505 hlm.

Pemberontakan rakyat Sarawak menentang pemerin­tahan Pengeran Mahkota, penabalan James Brooke

sebagai Raja Sarawak, pemberontakan orang Cina, pendudukan tentera Jepun, dan pemberontakan terha­dap pemerintahan Crown Colony antara perjuangan awal sebelum Sarawak muncul sebagai negeri Maju Pulau Borneo. Ikuti rakaman perjuangan sejati rakyat Sarawak dalam novel yang telah memenangi tempat ketiga Peraduan Sastera Kreatif Negeri Sarawak 2003.

NABI MUSA DAN BANI ISRAILSaad Ismail SyalabiyISBN 978-983-62-9436-4RM7.00 # 33 hlm.

Mereka terlepas dari cengkaman sek­saan Firaun. Mereka juga dapat

merentasi Laut Merah dengan selamat. Mereka turut dipayungi awan daripada sinar terik mentari. Mereka telah diberi makanan yang terbaik serta minu­man yang terbit daripada batu. Namun, mengapakah mereka terus kufur kepada Allah dan menyembah patung emas anak lembu? Mengapakah Nabi Musa mening­galkan Bani Israil dan Nabi Harun selama 40 hari? Ikuti kisah pengajaran daripada petikan al­Quran yang cukup menarik ini. Sesuai dijadikan bacaan seisi keluarga.

MENYAMPAIKAN KEBENARANSaad Ismail SyalabiyISBN 978-983-62-9384-8RM7.00 # 31 hlm.

Mengapakah di peringkat permulaan Islam, Nabi Muhammad berdakwah

secara bersembunyi? Mengapa pula penga­nut awal Islam terdiri daripada golongan lemah, fakir dan hamba? Apakah strate­gi Rasulullah ketika berdakwah secara terang­terangan? Mengapakah turun ayat al­Quran yang mencela Abu Lahab? Ikuti liku­liku perjalanan dakwah Rasulullah SAW dalam mengajak manusia kepada jalan kebenaran. Sebuah sirah yang dipe­tik daripada ayat al­Quran untuk penga­jaran setiap insan.

UJIAN ALLAHSaad Ismail SyalabiyISBN 978-983-62-9417-3RM7.00 # 31 hlm.

Apakah kaum Muslimin telah menja­di lemah sehinggakan Nabi menga­

lami kecederaan dan nyaris terbunuh di medan pertempuran? Apakah yang ter­jadi sehingga ramai para sahabat syahid dalam keadaan yang cukup menyayat hati? Mengapa kaum Muslimin menerima tam­paran sehebat ini? Apa salahnya dengan strategi perang kaum Muslimin? Dapatkan sirah perjuangan Rasulullah yang mena­rik ini daripada petikan al­Quran. Sesuai dijadikan bacaan seisi keluarga.

KEKUASAAN ALLAHSaad Ismail SyalabiyISBN 978-983-62-9412-8RM7.00 # 31 hlm.

Bagaimanakah Nabi Ibrahim mema­tahkan hujah Raja Namrud seterus­

nya menafikan ketuhanan Namrud? Bagaimana sebuah negara yang hancur musnah dibangunkan? Bagaimana pula bangkai empat ekor burung yang dicampurkan dapat dihidupkan dengan mudah? Dapatkan jawapannya dalam siri bacaan ini yang dipetik daripada kisah­kisah menarik yang terdapat dalam al­Quran. Sesuai untuk bacaan setiap lapisan masyarakat.

SIRI PENDIDIKAN AL-QURAN UNTUK KANAK-KANAK

TINTA ELIPSISIbnu Ahmad Al-KurauwiISBN 978-983-62-9646-7RM28.00 # 382 hlm.

Dia benar­benar dalam dile­ma, keliru memintal per­

timbangannya; antara kasih dan tanggungjawab, antara anak isteri dengan kerjaya yang terpateri di pundaknya.

Kecamuk fikiran ditambah lagi dengan delima antara dua hati dan perasaan yang harus berkorban dan dikorbankan. Ada janji yang harus digu­gurkan. Walaupun tekad­nya sudah terpateri ketika mengikat janji seia sekata dahulu. Apakah kerana Amjad, dia harus meng­gugurkan janjinya dengan Wardah? Satu dilema yang perlu di rungkai dengan penuh hikmah. Cinta disemai bukan kerana nafsu. Ikuti kesudahan sebuah cerita yang amat menarik antara dua kasih.