teori suasana_mie

14
 TAJUK : Bincangkan pengaplikasian teori suasana untuk pembelajaran dalam pengajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dengan mengambil kira a.Kemahiran intelek b.Strategi kognitif c.Kemahiran psikomotor ---------------------------------------------------------------------------------------------------- PENGENALAN 1.0 TEORI SUASANA – R .M. GAGNE Teori suasana untuk pembelajaran (condition of learning) telah dikemukanakan oleh R.M. Gagne di dalam bukunya yang bertajuk The Condition of Learning (1965). Gagne mengkaji tentang pembelajaran berkesan yang telah melahirkan Hierarki Pembelajaran (196 8). Menurut Gag ne, teor i pengajaran hendaklah mengambil kira fakt or-f aktor khusus yang mempengaruhi pembelajaran kemahiran yang kompleks. Menurut Gagne lagi, pembelajaran berlaku daripada aras mudah kepada aras yang lebi h ting gi atau komplek s. Pembela jara n aras komplek s pula ber gant ung kepa da pembelajaran pada aras rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran iaitu pembelajaran isyarat,pembelajaran mengganggu gerak balas,rangkaian,pertalian bahasa, pembelajaran, diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran hukum dan penyelesaian masalah.

Upload: alimusta50001

Post on 09-Jul-2015

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 1/14

TAJUK : Bincangkan pengaplikasian teori suasana untuk

pembelajaran dalam pengajaran Pendidikan Sivik Dan

Kewarganegaraan dengan mengambil kira

a.Kemahiran intelek

b.Strategi kognitif 

c.Kemahiran psikomotor 

----------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGENALAN

1.0 TEORI SUASANA – R.M.GAGNE

Teori suasana untuk pembelajaran (condition of learning) telah dikemukanakan oleh

R.M. Gagne di dalam bukunya yang bertajuk The Condition of Learning (1965). Gagne

mengkaji tentang pembelajaran berkesan yang telah melahirkan Hierarki Pembelajaran

(1968). Menurut Gagne, teori pengajaran hendaklah mengambil kira faktor-faktor 

khusus yang mempengaruhi pembelajaran kemahiran yang kompleks.

Menurut Gagne lagi, pembelajaran berlaku daripada aras mudah kepada aras yang

lebih tinggi atau kompleks. Pembelajaran aras kompleks pula bergantung kepada

pembelajaran pada aras rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran

iaitu pembelajaran isyarat,pembelajaran mengganggu gerak balas,rangkaian,pertalian

bahasa, pembelajaran, diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran hukum dan

penyelesaian masalah.

Page 2: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 2/14

1.1 HIERARKI PEMBELAJARAN GAGNE

Gagne manganjurkan tugas pembelajaran berkesan setelah disusun dalam bentuk

hierarki. Menurut Gagne, pemeringkatan pembelajaran penting bagi membantu

pembelajaran pada setiap peringkat serta penyusunan penyampaian pengajaran dan

pembelajaran daripada peringkat asas kepada yang lebih kompleks.

Gagne telah mengenal pasti hierarki lapan jenis pembelajaran

• Pembelajaran Isyarat

• Pembelajaran Gerak Balas

• Pembelajaran Rangkaian Motor 

• Pembelajaran Bahasa

• Pembelajaran Diskriminasi

• Pembelajaran Konsep

• Pembelajaran Prinsip

• Pembelajaran Penyelesaian Masalah

Page 3: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 3/14

a.) Kaedah Pembelajaran Isyarat

Pembelajaran yang paling asas serta melibatkan ransangan yang ada dalam

persekitaran.

Guru boleh menunjukkan objek – objek sambil mengimbas kad perkataan.

CONTOH :

• Di sekolah,murid dengar bunyi loceng yang tandanya tukar jadual belajar, waktu

rehat atau sekolah tamat

• Guru boleh menunjukkan objek – objek sambil mengimbas kad perkataan.

b.) Pembelajaran Ransangan Gerak Balas

CONTOH:

• Pelajar akan kekal menghasilkan tugasan dengan baik jika hasil kerjanya

mendapat pujian , dipaparkan atau diberi bintang

• Memberi pujian dan galakkan apabila seorang murid melakukan perlakuan yang

diingini.

Page 4: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 4/14

c.) Pembelajaran rangkaian motor 

Guru hendaklah menggunakan prinsip ulangan serta membuat sesuatu mengikut urutan

ketika mengajar.

CONTOH:

• Dalam pendidikan jasmani, guru menunjuk cara menggelecek bola dan murid

akan mengikutnya.

• Guru perlu menegaskan secara berulang bahawa menghormati orang yang lebih

tua dan juga pemimpim - pemimpin negara adalah penting

d.) Pembelajaran Bahasa

Boleh memberikan impak yang berkesan kepada murid.

CONTOH:

• Apabila kanak2 melihat kucing dan mendengar kucing mengiau, dia akan

mengikut dan menamakan kucing sebagai “miau” dan ibu membetulkannya

menjadi kucing

• Ketika guru mengajar konsep berbangga dengan identiti negara, guru perlu

menunjukkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan dan juga Jalur Gemilang

secara konkrit. Bukan sahaja menyebutnya secara lisan. Guru juga perlu

Page 5: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 5/14

menggalakkan murid -muridnya menulis dan mengeja kedua-dua jenis objek

tersebut. Melalui bahasa, murid-murid dapat menjelaskan pelbagai fakta dan

fikirannya.

e.) Pembelajaran diskriminasi

Dapat pula memperlihatkan keupayaan murid mengenalpasti persamaan dan

perbezaan. Justeru, murid -murid dapat

membuat diskriminasi atau pilihan berdasarkan ciri -ciri yang diperhatikan.

Dalam pembelajaran Sivik, guru perlu membimbing murid- murid membuat

perbandingan di antara negeri dan negara

f.) Pembelajaran konsep

Guru perlu menentukan sama ada menggunakan kaedah deduktif ataupun induktif 

berdasarkan keupayaan murid-muridnya. Guru boleh membantu murid - muridnya

mengenalpasti cirri utama bagi sesuatu tajuk seperti negeri-negeri di Malaysia. Selain

itu, soalan - soalan yang boleh membantu murid ke arah pembentukan konsep dengan

 jelas hendaklah digunakan

g.) Pembelajaran Prinsip

Guru perlu menggunakan perbandingan, analogy dan aplikasi ketika mengendalikan

pembelajaran hukum seperti memberikan maklumat yang cukup, membimbing murid-

Page 6: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 6/14

murid mengenalpasti perkara penting dalam hukum tersebut, membantu murid

membuat pertalian atau kaitan, kemukakan soalan- soalan dan seterusnya

menggalakkan murid-murid membuat huraian tentang hukum atau prinsip yang

dipelajarinya

h.) Pembelajaran Penyelesaian Masalah

Guru hendaklah memberikan:

Panduan dan cadangan tentang konsep yang perlu digunakan bagi

menyelesaikan sesuatu masalah. Tetapi, petunjuk yang jelas atau berhubung

terus dengan soalan tidak sewajarnya terus diberikan kerana dikhuatiri soalan

tersebut menjadi terlalu mudah untuk diselesaikan

Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

Menggunkan bahan maujud

Mengikut urutan dari mudah ke susah

Dapat membanding beza

Membina kefahaman dan dapat menyelesaikan masalah yang timbul

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya ianya

berkaitan dengan persekitaran murid

Page 7: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 7/14

2.0 Analisis dan implementasi teori Konstruktivisme

Pengertian belajar menurut teori ini adalah proses untuk membangun pengetahuan

melalui pengalaman nyata dari kehidupan harian. Ertinya pelajar akan cepat memiliki

pengetahuan jika pengetahuan itu dibangun atas dasar realiti yang ada di persekitaran.

Teori ini membawa implikasi dalam pembelajaran yang bersifat kolektif dan kelompok.

Menurut pandangan ini, dalam proses pembelajaran pelajar harus aktif melakukan

kegiatan, aktif berfikir, menyusun konsep dan member makna tentang hal-hal yang

sedang dipelajari. Dalam konteks ini siswa dianggap sebagai seorang pribadi yang

memiliki kebebasan untuk membangun idea atau gagasan tanpa harus diinterverensi

oleh siapapu, siswa diposisikan sebagai manusia yang dewasa yang sudah memiliki

modal awal pengetahuan untuk menerjemahkan pengetahuan yang akan dipelajarinya.

Guru dalam konteks ini berperan sebagai pemberdaya seluruh potensi yang dimiliki

siswa agar siswa mampu melaksanakan proses pembelajaran.

Untuk dapat melaksanakan pembelajaran menurut teori ini, seorang guru harus

memiliki daya kreasi yang tinggi untuk bisa mendesain suasana pembelajaran yang

kondusif, suasana pembelajaran yang mampu memberikan kebebasan kepada

siswanya untuk mengekspresikan dirinya sesuai dengan kemauannya. Serta, semua

kegiatan pembelajaran harus banyak dikaitkan dengan realitas kehidupan masyarakat.

Kegiatan pembelajaran cenderung menggunakan model pembelajaran kooperatif 

Page 8: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 8/14

(kerjasama). Pelaksanaan evaluasi menurut teori ini tidak hanya dimaksudkan untuk

mengetahui kualitas siswa dalam dalam memahami materi dari guru. Evaluasi menjadi

sarana untuk mengetahui kekurangan dan kelebihan proses pembelajaran.

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Kekuatan

Memahami konsep dan lebih cepat menarik minat

Penglibatan murid lebih aktif 

Pembelajaran imformal

Suasana yang menyeronokkan

Maklumbalas yang berterusan

Kelemahan

Bukan semua murid mempunyai kebolehan kognitif (mentafsir) yang sama

Pembelajaran lampau mengganggu pembelajaran baru

Pengaruh persekitaran membataskan perkembangan kognitif 

Page 9: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 9/14

4.0 APLIKASI TEORI SUASANA

Teori Suasana dapat diaplikasikan dengan berkesan di dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan di dalam atau di

luar bilik darjah. Ianya dapat dilaksanakan dengan jaya sekiranya pendidik dapat

mengaplikasikan teori ini dari sudut-sudut yang berbeza iaitu :

a.) KEMAHIRAN INTELEK

Kemahiran intelek adalah sesuatu yang amat penting bagi murid-murid. Ini kerana

kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari

maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta

mengumpul maklumat dan banyak lagi perkara yang lain semasa penglibatan mereka

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses P&P dijalankan,

penggunaan sumber P&P dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi

kemahiran intelek mereka. Ini kerana terdapat sumber P&P yang memerlukan murid-

murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua

ini memerlukan kemahiran intelek yang baik.

Page 10: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 10/14

Contoh penggunaan sumber P&P yang memerlukan kemahiran intelek daripada murid-

murid ialah dengan penggunaan bahan teknologi maklumat di mana bagi tema

Malaysia Negaraku, guru menggunakan paparan tentang organisasi menteri-menteri

dalam kabinet kerajaan Malaysia. Kemudian murid-murid akan diminta untuk mengenal

pasti semua peranan dan tanggungjawab menteri-menteri yang dipaparkan. Kemahiran

intelek ini memerlukan murid-murid menjalankan proses pengkelasan di mana mereka

perlu mengetahui tentang peranan setiap menteri-menteri dan menyusunnya semula

mengikut pangkat yang tertinggi sehingga ke bawah sehingga membentuk sebuah carta

organisasi.

Guru yang cemerlang tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber P&P. Jadi untuk

memberikan murid-murid kesan pembelajaran yang maksima, guru boleh membuat

penilaian dengan mengadakan soal jawab untuk menguji sejauh mana kefahaman dan

daya ingatan murid-murid tentang apa yang telah dipelajari. Secara tidak langsung guru

dapat mengetahui sama ada objektif kelas pada hari itu telah tercapai ataupun tidak.

b.) KEMAHIRAN KOGNITIF

Sebelum kita berbicang mengenai Kemahiran kognitif , lebih baik jika kita

membentangkan terlebih dahulu apakah Teori kognitif . Teori kognitif adalah teori yang

mangatakan bahwa belajar adalah suatu proses perubahan persepsi dan pemahaman,

yang tidak selalu berbentuk tingkah laku yang dapat diukur dan diamati. Dalam teori ini

lebih menekankan bagaimana proses atau upaya untuk mengoptimalkan kemampuan

aspek rasionalyang dimiliki oleh orang lain. Teori pembelajaran ini adalah sebuah teori

pembelajaran yang cenderung melakukan praktik praktik yang mengarah pada

kualiti`intelektual pelajar. Meskipun teori ini memiliki berbagai kelemahan akan tetapi,

Page 11: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 11/14

teori kognitif ini juga memiliki kelebihan yang harus diperhatikan dalam kegiatan

pembelajaran. Salah satu aspek positifnya adalah kecerdasan pelajar perlu dimulai dari

adanya pembentukan intelektual dan mengorganisasi alat-alat kognitif.

Sebagai seorang pendidik kita harus menyedari bahwa pembelajaran adalah suatu

kegiatan penyampaian informasi kepada pelajar, yang nantinya informasi tersebut

diolah oleh alat-alat kognitif yang dimiliki oleh pelajar. Oleh karena itu pelaksanaan

pembelajaran harus memberi ruang yang bebas dan luas kepada pelajarnya untuk

mengembangkan kualiti intelektualnya. Pada dasarnya proses pembelajaran adalah

suatu sistem yang ertinya keberhasilan proses pembelajaran tidak hanya ditentukan

oleh salah satu faktor saja , tetapi lebih ditentukan secara simultan dan komprehensif 

dari berbagai faktor yang ada. Dalam melaksanakan kegiatan pembelajaran seorang

guru harus menciptakan pembelajaran yang natural, tidak perlu ada suatu rekaan atau

paksaan kepada pelajarnya.

Dalam kegiatan pembelajaran pengembangan kurikulum harus benar-benar dilakukan

secara kontekstual dan relevan dengan realiti kehidupan pelajar. Pelaksanaan kegiatan

pembelajaran tidak hanya boleh dilakukan di dalam bilik darjah sahaja tetapi juga boleh

dilakukan di luar ruangan bilik darjah dengan cara memanfaatkan alam sekitar sebagai

wacana tempat pembelajaran. Kaedah yang dapat digunakan juga tidak harus selalu ,

kerana kaedah yang bervariasi merupakan tuntutan mutlak dalam pembelajaran

menurut teori ini. Keterlibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan pembelajaran amat

dipentingkan kerana hanya dengan mengaktifkan pelajar, maka proses asimilasi dan

akomodasi pengetahuan dan pengalaman dapat terjadi dengan baik. Selain itu,

Page 12: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 12/14

seorang guru juga harus mampu memahami dan memperhatikan perbezaan individu

anak, kerana hal ini merupakan faktor penentu keberhasilan dalam pembelajaran

c.) KEMAHIRAN PSIKOMOTOR

Kemahiran psikomotor merupakan kemahiran pergerakan di mana memerlukan murid-

murid menggunakan semua anggota badan mereka untuk melakukan kerja. Terdapat

banyak jenis pergerakan psikomotor tetapi adalah bergantung kepada guru untuk

melatih mana-mana kemahiran psikomotor kepada murid-murid dengan menggunakan

sumber Pengajaran Dan Pembelajaran.

Contoh yang boleh diambil dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, ialah

daripada tema Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat di mana aktiviti yang boleh

dijalankan ialah aktiviti gotong-royong samada di sekolah ataupun di kawasan

setempat. Di samping murid-murid menaburkan khidmat mereka, mereka dapat juga

menjaga kesihatan mereka dengan melakukan aktiviti yang melibatkan otot badan dan

otot kardiovaskular. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh menjadi pilihan untuk dilaksanakan

ialah sukaneka, riadah dan rumah terbuka.

Aktiviti di dalam kelas juga boleh diadakan untuk melatih kemahiran psikomotor murid-

murid. Melalui tema Kenali Budaya Malaysia, guru boleh mengadakan aktiviti seni tari

mengikut budaya kaum di Malaysia. Seni tari melibatkan banyak pergerakan yang unik

dan secara tidak langsung kemahiran psikomotor dapat dilatih. Di sini

penggabungjalinan juga dapat dilakukan dengan menggabungkan seni muzik semasa

Page 13: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 13/14

aktiviti seni tari dijalankan. Guru perlu memantau aktiviti murid-murid dan banyak

memberi tunjuk ajar kepada mereka tentang perkara-perkara baru yang masih lagi

asing bagi murid-murid. Aktiviti ini memerlukan latihan yang kerap untuk memastikan

murid-murid dapat mencapai objektif pembelajaran serta menepati tujuan penggunaan

sumber Pengajaran Dan Pembelajaran yang telah digunakan.

5.0 RUMUSAN

Setelah menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik selama lebih 20 tahun, rumusan

atau kesimpulan yang boleh dinyatakan di sini ialah sumber pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang digunakan oleh semua guru Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan di sekolah-sekolah yang terlibat adalah berbeza-beza mengikut

kemampuan belanjawan sekolah tersebut dan juga kemudahan infrastruktur seperti

makmal komputer dan bilik atau pusat sumber yang di lengkapi dengan bahan dan

sumber pengajaran. Terdapat sekolah yang sedia membeli sumber pengajaran dan

pembelajaran yang dijual di pasaran dan ada juga sekolah yang tidak mampu membeli

dan sekadar menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada serta

yang dihasilkan oleh guru berkenaan. Namun begitu, guru-guru mengambil sikap positif 

Page 14: TEORI SUASANA_MIE

5/10/2018 TEORI SUASANA_MIE - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/teori-suasanamie 14/14

dengan mencari inisiatif sendiri untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai

dengan menggunakan sumber bahan pengajaran.

Perkara ini secara tidak langsung telah mengajar kami untuk tidak terlalu bergantung

kepada sumber pengajaran dan pembelajaran untuk menjalankan sesuatu kelas.

Sumber pengajaran yang digunakan adalah bertujuan untuk menolong guru-guru

supaya mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan memudahkan

pemahaman murid-murid dengan isi penyampaian semasa proses pembelajaran

berlangsung di dalam bilik darjah juga untuk menolong guru mengawal kelas dengan

mudah apabila perhatian mereka ditarik dengan keunikan sumber bahan pengajaran

apabila guru menggunakannya. Selain itu kami juga sedar bahawa untuk menjadi guru

yang cemerlang dan berdedikasi, kita perlu menjadi lebih kreatif kerana murid-murid

mudah menjadi bosan dengan kaedah pengajaran yang sama dan mereka akan mula

hilang tumpuan dan mengakibatkan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan tidak

akan tercapai.

Akhir sekali, kami bersepakat merumuskan bahawa penggunaan sumber dan bahan

pengajaran adalah penting dan amat dititik beratkan oleh mana-mana sekolah berikutan

dengan respon yang diterima sepanjang memegang gelaran guru. Cuma penggunaan

bahan dan sumber pengajaran tersebut berbeza mengikut kemampuan sekolah dan

guru yang mengajar. Kemampuan sekolah yang dimaksudkan di sini adalahkemudahan yang telah disediakan oleh sekolah tersebut sama ada dalam bentuk

infrastruktur atau pun jumlah belanjawan PCG mengikut subjek, dan guru yang

mengajar pula dirujuk kepada guru yang mengajar sama ada mahu menggunakan atau

tidak, sumber bahan pengajaran semasa mengajar dan jenis sumber bahan pengajaran

apa yang dirasakan sesuai dengan tajuk pengajaran yang ingin diajar kepada murid-

muridnya setelah dirasakan ianya sesuai kepada tahap murid-muridnya.