teori pembelajaran behavioris

21
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini adalah kerana tokoh-tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua prinsip yang dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan. . 1

Upload: nurzaharuddin

Post on 25-Jun-2015

2.950 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori pembelajaran behavioris

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini adalah kerana tokoh-

tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan

tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua prinsip yang

dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman

operan.

.

1

Page 2: Teori pembelajaran behavioris

Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov(1849-1936)

Tokoh Ivan Pavlov (1849-1936)Kajian Pavlov terhadap prinsip pelaziman klasik

berfokus kepada pengeluaran air liur anjing. Beliau menjalankan eksperimen dengan

melatih anjing mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng (konsep

rangsangan dan gerakbalas).Hasilnya, Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku

akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas.

2

KONSEP PELAZIMAN KLASIK

RANGSANGAN

GERAK BALAS

NUETRAL SEMULA JADI TERLAZIM

SEMULA JADI TERLAZIM

Page 3: Teori pembelajaran behavioris

Pavlov juga menyifatkan bahawa pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan

ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini

dikenali sebagai pelaziman klasik. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah(2009),

pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran perkaitan melibatkan

rangsangan neutral yang berkait dengan rangsangan semula jadi dan menghasilkan

gerak balas yang serupa.

Selain mengemukakan konsep rangsangan dan gerak balas, Pavlov juga

mengemukakan konsep generalisasi, diskriminasi dan penghapusan yang boleh

diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan,

maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan,

manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya,

Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan

antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan

tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua

ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. 

Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang

dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah dan teknik di dalam

3

GENERALISASI

DISKRIMINASI

PENGHAPUSAN

Page 4: Teori pembelajaran behavioris

fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman

1997). 

Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas

pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu

GERAK BALAS (G).

Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas

anjing (lihat peralatan eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat

bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa

anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan

yang akan diberikan kelak.

Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme

boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.

Sebelum Pelaziman

RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur) 

RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)

Semasa Pelaziman

RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)

4

Page 5: Teori pembelajaran behavioris

Selepas Pelaziman

RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)

Eksperimen Teori Ivan Pavlov terhadap seekor anjing

Kesimpulan kajian Pavlov ialah:

1. Penguasaan (Acquisition) 

Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons

baru berlaku berperingkat-peringkat.Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh

penguasaan berkenaan. 

2. Generalisasi(Generalisation) 

Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih

mengeluarkan air liur.Ini menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan

sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim

(GT=air liur) walaupun rangsangan itu berlainan atau hampir sama. 

3. Diskriminasi (Discrimination) 

Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih

mengeluarkan air liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak

mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat

membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih

untuk tidak bertindak atau bergerak balas. 

4. Penghapusan (Extinction) 

Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak

5

Page 6: Teori pembelajaran behavioris

terlazim (makanan), lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak

balas berperingkat-peringkat terhapus. 

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  

Teori ini dapat meningkatkan kesedaran gurutentang rangsangan dan gerakbalas

mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan

dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu

dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu.

Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid

mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu

yang baik dan berterusan. 

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak

diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui

ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja.

Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru

meningkatkan keberkesanan pembelajaran. 

6

Page 7: Teori pembelajaran behavioris

Tokoh J.B. Watson-(1878-1958)

Eksperimen ke atas Little Albert

Kajian Watson pula banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov dan

berasaskan tingkah laku haiwan. Eksperimen beliau dikenali sebagai Model Pelaziman

Klasik Watson yang menggunakan seorang bayi berumur 9 bulan bernama Albert dan

seekor tikus putih. Albert pada mulanya tidak menunjukkan perasaan takut pada tikus

itu tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan semasa Albert mendekati tikus

tersebut, dia mula menjadi takut. Situasi ini diulangi beberapa kali sehingga

menimbulkan perasaan takut Albert terhadap tikus tersebut.

Hasilnya,Albert telah mempelajari tingkah laku takut kepada semua benda putih

yang berbulu. Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu

gerakbalas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson

turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut

beliau,manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi iaitu takut, marah dan kasih

sayang. Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui proses pelaziman.

7

Page 8: Teori pembelajaran behavioris

Dikenali sebagai pelaziman instrumental yang merupakan satu bentuk

pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku seterusnya diulangi,

diteruskan atau dihentikan (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).

Tokoh E.L. Thorndike (1874-1949)

Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu

pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf di antara situasi dengan gerak balas.

Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak dijangkakan

berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai

perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu

untuk bergerak balas kepadanya.

Hukum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah-

pindaan saraf dan rangkaian saraf. Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi

sebarang jenis pembelajaran. Dalam erti kata teori ini, beberapa faktor penting dalam

pembelajaran ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik dan memuaskan

pengalaman. Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan

oleh Thorndike adalah pada umumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu:

i. Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh

Thorndike sebagai:

a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalah

memuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk mengubah tindakkannya itu.

b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan kalau tidak

mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua gerak balas yang disediakan

oleh alam semula jadi yang berkaitan dengan kekurangan yang menyusahkan tadi.

c) Apabila satu unit pengaliran tidak bersedia untuk pengaliran, dan dipaksa mengalir,

maka pengalirannya adalah menyusahkan.

ii. Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas dan akan

bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan mengulang) tidak

dijalankan, maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah

lemah.

8

Page 9: Teori pembelajaran behavioris

iii. Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak

balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas

terhasilnya tindak balas. Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian

antara ransangan dan gerak balas.

Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep

tentang perkara yang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dan susah diukur.

Kedua, sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk

atau dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi. Seterusnya

ialah, teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstark dan kreativiti,

imaginasi atau keindahan bahasa.

Eksperimen Thorndike

Eksperimen "Cuba Jaya" Thorndike yang dilakukan ke atas seekor kucing

Thorndike menjalankan berbagai eskperimen dengan menggunakan suatu alat

yang direka bentuk dan dipanggil 'puzzle box.' Manakala Pavlov menggunakan anjing,

Thorndike kerap menggunakan kucing. Dia mengurung seekor kucing yang lapar dalam

puzzle box yang mempunyai kunci.

Jika kucing itu akan cuba dengan mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan

kunci peti itu, pintu akan terbuka dan kucing itu akan dapat keluar ke arah makanan

yang disediakan. Thorndike telah perhatikan behawa kucing itu telah melakukan

bermacam-macam tindakan (proses cuba-jaya) untuk keluar hinggalah haiwan itu

tertekan kunci dan pintu terbuka. Masa yang diambil oleh kucing itu untuk membuka

pintu puzzle box dicatat.

9

Page 10: Teori pembelajaran behavioris

Beberapa jam kemudian kucing yang lapar itu dimasukkan ke dalam peti yang

sama. Kali ini, haiwan itu berjaya menekan kunci pintu dalam masa yang lebih singkat

berbanding dengan percubaan pertama. Kucing itu dikatakan telah menguasai atau

belajar. Iaitu, organisme itu telah mempelajari gerak balas yang betul untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kajian tentang tingkah laku haiwan. Teori Pelaziman Operan Thorndike turut

dikenali sebagai teori cuba-jaya (trial and error). Melalui kajiannya, seekor kucing

dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luarnya, beliau

mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari

sangkar.

Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran “cuba jaya”. Melalui

pembelajaran ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi sehingga terpijak selak

pintu dan sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan

makanan.Apabila dimasukkan ke dalam sangkar semula, kucing tersebut melakukan

lagi beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut.Perhubungan antara

rangsangan dengan gerak balas ini mewakili konse ppembelajaran. Perhubungan ini

berlaku berdasarkan bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan

keberkesanan latihan.

Thorndike menyarankan,pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu,

yang disebut sebagai hokum pembelajaran yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum

kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Mook Soon Sang (2002) mentakrifkan

Hukum Kesediaan sebagai keupayaan persiapan individu di dalam kendirinya untuk

memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut beliau, Hukum Latihan menyatakan

bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin kukuh ikatan atau

asosiasi gerakbalas yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan.

Tokoh B.F. Skinner (1904-1990

Beliau mengutarakan juga Teori Pelaziman Operan. Kajian dijalankan

menggunakan Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat disekeliling

kotak tiba-tiba tertekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan.Tanpa

10

Page 11: Teori pembelajaran behavioris

membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk

mendapatkan makanan.

Menurut pendapat Amir Awang (1986), mengikut Pelaziman Klasik, murid akan

menjadi pasif kerana ganjaran diberikan kepadanya bukan atas usahanya

mendapatkan ganjaran tersebut. Manakala mengikut Pelaziman Operan, pelajar

bertindak aktif kerana ganjaran diperoleh dengan cara berusaha sendiri. Skinner

memperkenalkan lima jenis proses Teori Pelaziman Operan iaitu peneguhan

positif,peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

Peristiwa Awal

(Antecedents)

Rangsangan luaran yang menyebabkan kita untuk

bertindak.

Tingkah laku (Behavior) Untuk ahli behavioris, tingkah laku dibahagikan

kepada dua kategori, yang diingini atau yang tidak

diingini. Ahli Behavioris juga berpendapat, persepsi

ialah segala-galanya.

Kesan akibat

(Consequences)

Kesan akibat ialah motivasi yang akan menentukan

sama ada meningkatkan atau menurunkan

kemungkinan sesuatu gerak balas berulang semula.

Pembelajaran dan perubahan tingkah laku

Menurut beliau,dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau

dihapuskan jika diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas ditunjukkan.

Tingkah

laku awal

Tingkah

laku/tindakan

Kesan tindakan Teknik Kesan tingkah

Laku

Rawak Tertekan suis tuil Makanan keluar Peneguhan Diteruskan

Terlazim Menekan suis tuil Makanan keluar Peneguhan Diteruskan

Terlazim Menekan suis tuil-

lampu menyala

Makanan keluar Peneguhan

positif

Diteruskan

Terlazim Menekan suis tuil-

lampu tidak

menyala

Makanan tidak

keluar

Peneguhan

negatif

Tidak diteruskan

Terlazim Menekan suis tuil-

kejutan elektrik

Makanan tidak

keluar

Hukuman Tidak diteruskan

11

Page 12: Teori pembelajaran behavioris

EKSPERIMEN TIKUS PUTIH SKINNER

Implikasi Teori Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ini menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran.

Matlamat yang spesifik perlu ditetapkan dan dinyatakan dengan jelas oleh guru supaya

proses pengajaran dan pembelajaran boleh dicapai dengan berkesan. Di dalam setiap

pembelajaran, guru perlu menetapkan objektif khusus bagi setiap langkah pengajaran

mereka. Guru juga boleh menyusun aras kesukaran soalan-soalan supaya murid-murid

berupaya menyelesaikannya dengan betul (Lee Shok Mee, 1994). Oleh itu, mereka

akan menerima pengukuhan positif melalui soalan tersebut. Guru juga boleh

mengaplikasikan hukum kesediaan dengan mengaitkan pelajaran baharu dengan

pengetahuan sedia ada pelajar. Hukum latihan juga boleh dilakukan dengan memberi

banyak latihan dan pengulangan.

12

Page 13: Teori pembelajaran behavioris

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KE ATAS PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN (P&P) KEPADA KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Teori pembelajaran yang diperkenalkan bukan sahaja memberi implikasi dalam

P&P kanak-kanak normal, namun ia turut mencakupi kanak- kanak berkeperluan khas.

Kanak-kanak berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang mengalalami masalah

penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Fokusnya kepada murid-murid

yang mengalami down sindrom,perkembangan lewat, Autistik, disleksia,tumpuan

singkat(AD), hiperaktif dan slow learner.

Bagi guru-guru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan khas,

semestinya mereka telah memahami dan begitu arif tentang pengubahsuaian kurikulum

berdasarkan kognitif dan tahap keabnormalan murid- murid. Malah, jika diteliti dan

dihayati, pengajaran terhadap kanak-kanak khas juga banyak mengaplikasikan teori-

teori pembelajaran yang diutarakan. Guru-guru perlu teori behavioris yang banyak

melibatkan kaedah pemerhatian, cuba jaya, ulangan dan kejayaan.

Dalam mengajar kanak- kanak berkeperluan khas, pengaplikasian teori ini amat

tepat dengan situasinya. Jika kita melihat kepada masalah kanak-kanak khas yang

kebanyakannya tidak tahu membaca dan mengira. Oleh itu, pendekatan teori ini

mampu meningkatkan sedikit rangsangan kepada mereka agar terus berminat dalam

mengikuti pembelajaran. Berdasarkan teori tersebut juga, guru-guru boleh

menggunakan peneguhan positif atau negatif bagi meransang murid-murid supaya

mereka berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca. Seelok-eloknya, guru

perlu memberi ganjaran atau hadiah kepada murid-murid yang dapat menguasai

kemahiran tersebut. Sebagai contoh, seorang guru memberikan coklat kepada

muridnya yang mampu membaca huruf ‘a’ hingga ‘h’ dengan betul. Kaedah ini akan

memberikan motivasi kepada kanak-kanak lain untuk mencuba dan kanak-kanak yang

memperoleh peneguhan tersebut untuk terus menguasai huruf seterusnya.

Sebagai guru, kita perlulah mencuba pelbagai langkah untuk menarik minat

murid yang berkeperluan khas bagi memberikan peluang kepada mereka belajar

dengan seronok. Guru juga perlulah menerangkan pelajaran dengan jitu supaya murid

dapat memahami pelajaran pada hari ittu. Jika murid belum mahir, guru mestilah

mengulang semula topik itu. Kemudian, disusuli dengan latihan dan latih tubi. Latihan

yang berulang-ulang dapat membantu murid memahami dan mengingati pelajaran.

13

Page 14: Teori pembelajaran behavioris

Selain daripada itu, guru perlu merancang dan melaksanakan strategi-strategi

pengajaran seperti soalan terbuka dan dialog bersama murid-murid. Kaedah ini secara

tidak langsung akan membantu peningkatan tahap komunikasi murid tersebut.

Komunikasi merupakan item terpenting dalam membina kemahiran menganalisis,

mentafsir dan meramal maklumat. Contohnya, semasa set induksi sesi P&P guru

bertanyakan khabar dan mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme sebelum

memulakan pembelajaran bertemakan hobi pada hari tersebut.

Selain daripada itu juga, guru boleh menggunakan kaedah dialog bersama rakan

sekelas untuk membantu kanak-kanak khas meningkatkan tahap interpersonal.

Perancangan guru yang sistematik dan fleksibel boleh digunakan oleh guru tersebut

dalam menagani pelbagai karenah murid.

Implikasi seterusnya adalah guru haruslah menggunakan Rancangan Pendidikan

Individu (RPI) sebagai untuk menganalisis perkembangan dan kemajuan murid

daripada semasa ke semasa. Seperti yang diketahui umum, kanak-kanak khas tidak

mengambil peperiksaan umum kecuali mereka yang mengikuti kelas inklusif dengan

kelas normal. RPI yang digunakan merupakan kolaborasi pelbagai disiplin. Jadi,

perkembangan dan kemajuan yang dianalisis merupakan peningkatan dari pelbagai

aspek. Contohnya, jika seorang murid yang mengalami masalah tingkah laku,

perubahannya diperhatikan oleh semua pihak yang terlibat dan terapi diberikan dari

pelbagai aspek. Keadaan dan perkembangannya dicatat daripada semasa ke semasa.

Perkara yang menjadi fokus keutamaan adalah proses perubahannya, bukanlah hasil

terakhir. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan yang

pelbagai.

Guru perlulah menetapkan matlamat yang realistik sebelum dan semasa

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perancangan mestilah

bersesuaian dengan keperluan murid. Ini akan menggalakkan murid memberikan

tumpuan terhadap pelajaran. Malah, berdasarkan hukum pembelajaran yang terdapat

dalam teori tersebut, seseorang guru perlulah membuat persiapan sebelum mengajar.

Sediakan BBM yang menarik, ransangan yang sesuai dan teknik pendekatan yang

praktikal. Selain daripada itu juga, guru perlu memastikan tahap kesediaan murid. Bagi

mengetahui tahap murid-murid, gunakan waktu set induksi untuk berinteraksi dan

bertanyakan hal-hal umum kepada murid- murid. Contohnya, guru bertanyakan apakah

yang dilakukan oleh anak muridnya yang mengalami masalah hiperaktif.

14

Page 15: Teori pembelajaran behavioris

Guru perlu memberikan respon yang spesifik dan kerap. Hal ini adalah

disebabkan oleh, murid-murid berkeperluan khas sentiasa memerlukan perhatian dan

respon agar mereka dapat meningkatkan tahap kelakuan ke arah yang lebih positif.

Respon guru dan teguran yang positif serta spesifik agar kanak-kanak yang mengalami

masalah tingkah laku dapat mengetahui masalah mereka yang lari dari norma asal.

Contohnya, kanak-kanak ‘down sindrom’ yang bermasalah akolalia iaitu mengulang-

ulang perkataan dengan kerap, guru perlu menegur secara terus terang bahawa

perlakuannya adalah diluar norma manusia normal. Respon guru tersebut, mampu

mengurangkan keadaannya kepada yang lebih baik.

Selain daripada itu juga, guru perlu menggiatkan penghapusan tingkah laku yang

tidak diingini. Gunakan kaedah ‘time-out’, ‘kontrak’, ‘pengasingan’, dan sebagainya

dalam mengawal dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Aplikasian juga

teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan token, kontrak, dendaan dan

pengasingan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.Namun begitu,

kaedah atau hukuman tersebut perlulah sesuai dengan masalah tingkah laku kanak-

kanak tersebut. Jika kanak-kanak yang mengalami masalah down sindrom, kaedah

‘time out’ merupakan antara kaedah yang boleh digunakan.

15

Page 16: Teori pembelajaran behavioris

Bibliografi

MOOK SOON SANG, (2008) MURID DAN ALAM BELAJAR, SIRI PENGAJIAN

PROFESIONAL, PERAK: PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD.

CHOONG LEAN KEOW, (2009) MURID DAN ALAM BELAJAR, SIRI

PENDIDIKAN PERGURUAN, SELANGOR: KUMPULAN BUDIMAN SDN. BHD.

NORIATI A. RASHID, BOON PONG YING, SHARIFAH FAKHRIAH SYED

AHMAD, (2009) MURID DAN ALAM BELAJAR, SIRI PENDIDIKAN GURU,

KUALA LUMPUR: OXFORD FAJAR SDN. BHD

16