teori kognitif sosial

5
Teori Kognitif Sosial (Social Cognitive Theory) Teori Kognitif Sosial (TKS) boleh digunakan untuk rangka kerja kajian ini. Teori ini men pada pengaruh tingkah laku, peribadi individu dan alam sekitar yang berinterak berterusan didalam bentuk salingan. engan menggunakan tiga ciri ini ke dalam konteks ta sekolah, dapat membantu memahami dan membayangkan bagaimana kebun di sekolah boleh melahirkan interaksi yang dinamik di antara perlakuan, peribadi individu dan faktor pers TKS digunakan secara meluas dalam membentuk penglibatan positif kanak!kanak dal membentuk tingkah laku yang sihat. "ni juga selari dengan idea!idea yang dibangunkan dal mencari kaedah berkesan yang melibatkan pendidikan alam sekitar. Sebagai contoh, program taman sekolah dapat member peluang kepada para guru untuk mengajara subjek!sub seperti matematik, sains, seni, pendidikan kesihatan dan bahasa bermadah melalui aktivit aktiviti #hands!on$. %ada masa yang sama, para guru boleh mengajar kemahiran perlakuan a tingkah laku yang diperlukan dalam menjaga kebun sekolah. TKS digunakan dalam kajian ini kerana rangka kerja yang dicadangkan iaitu mereka bentuk, melaksana dan menilai sesuatu projek sesuai dalam memupuk pengambilan sayur dikalangan murid!murid dan melatih sikap bertanggungja&ab terhadap alam sekitar. Kanak!kanak belajar dengan cara memerhati orang lain tidak kira orang de&asa atau pun ra sebaya. 'usteru itu TKS amat sesuai digunakan di dalam mendidik pelajar tentang kepentin pengambilan sayuran dan memupuk sikap bertanggungja&ab terhadap alam sekitar. Selain itu ciri!ciri lain yang boleh diterapkan melalui TKS adalah pemerolehan pengetahuan atau kemahiran tertentu dengan cara memerhati orang lain. %embelajaran ini adalah suatu prose dalaman yang mungkin akan mendorong kepada sesuatu tingkah laku yang positif. %embelajaran ini mungkin juga tidak akan mendorong individu kepada sesuatu tingkah laku yang positif kerana ia tidak berlaku secara serta merta tetapi perlu dipupuk untuk indiv tersebut menyesuaikan diri sebelum mengamalkan tingkah laku tersebut

Upload: asnida-ismail

Post on 05-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Teori Kognitif Sosial

TRANSCRIPT

Teori Kognitif Sosial (Social Cognitive Theory)Teori Kognitif Sosial (TKS) boleh digunakan untuk rangka kerja kajian ini. Teori ini menekankan pada pengaruh tingkah laku, peribadi individu dan alam sekitar yang berinteraksi secara berterusan didalam bentuk salingan. Dengan menggunakan tiga ciri ini ke dalam konteks taman sekolah, dapat membantu memahami dan membayangkan bagaimana kebun di sekolah boleh melahirkan interaksi yang dinamik di antara perlakuan, peribadi individu dan faktor persekitaran.

TKS digunakan secara meluas dalam membentuk penglibatan positif kanak-kanak dalam membentuk tingkah laku yang sihat. Ini juga selari dengan idea-idea yang dibangunkan dalam mencari kaedah berkesan yang melibatkan pendidikan alam sekitar. Sebagai contoh, program taman sekolah dapat member peluang kepada para guru untuk mengajara subjek-subjek seperti matematik, sains, seni, pendidikan kesihatan dan bahasa bermadah melalui aktiviti-aktiviti hands-on. Pada masa yang sama, para guru boleh mengajar kemahiran perlakuan atau tingkah laku yang diperlukan dalam menjaga kebun sekolah.

TKS digunakan dalam kajian ini kerana rangka kerja yang dicadangkan iaitu mereka bentuk, melaksana dan menilai sesuatu projek sesuai dalam memupuk pengambilan sayur dikalangan murid-murid dan melatih sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Kanak-kanak belajar dengan cara memerhati orang lain tidak kira orang dewasa atau pun rakan sebaya. Justeru itu TKS amat sesuai digunakan di dalam mendidik pelajar tentang kepentingan pengambilan sayuran dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Selain itu, ciri-ciri lain yang boleh diterapkan melalui TKS adalah pemerolehan pengetahuan atau kemahiran tertentu dengan cara memerhati orang lain. Pembelajaran ini adalah suatu proses dalaman yang mungkin akan mendorong kepada sesuatu tingkah laku yang positif. Pembelajaran ini mungkin juga tidak akan mendorong individu kepada sesuatu tingkah laku yang positif kerana ia tidak berlaku secara serta merta tetapi perlu dipupuk untuk individu tersebut menyesuaikan diri sebelum mengamalkan tingkah laku tersebut

FAKTOR TINGKAH LAKU PELAJARMenunjukkan minat dalam merasa dan makan sayur-sayuranMenunjukkan perlakuan bertanggungjawab terhadap alam sekitar

FAKTOR PERIBADI PELAJARSikap dan pemilihan terhadap sayur-sayuranTingkatkan pengetahuan tentang sayur-sayuran dan alam sekitarFAKTOR TINGKAH LAKU PELAJARAkses atau peluang untuk memakan sayur-sayuran yang ditanamMempamerkan tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitarPerlakuan rakan sebaya dijadikan contohAktiviti hands-on diterapkan di dalam pembelajaran

FAKTOR PERIBADI PELAJAR (IV) Hasil ramalanKecenderungan pemilihanKeberkesanan kendiri

FAKTOR TINGKAH LAKU PELAJAR (DV)PENGAMBILAN SAYUR-SAYURAN

FAKTOR PERSEKITARAN DI SEKOLAHintervensiPengaruh rakan sebayaPembelajaran berasaskan taman

Diambil dan disesuaikan dari Othman, K.I, Abd. Karim, M.S, Karim, R et al (2012). Factors Influencing Fruits and Vegetables Consumption Behaviour Among Adults in Malaysia. Journal of Agribusiness Marketing, Vol. 5:29- 46 dan Cullen, K.W et al (2001). Child-reported family and peer influences on fruit,juice and vegetable consumption: reliability and validity of measures. Health Education Research 16:2. 187-200

TAJUK KAJIAN:KESAN PEMBELAJARAN BERASASKAN TAMAN TERHADAP PENGAMBILAN SAYUR-SAYURAN BAGI MURID TAHUN 5

1.1 Tujuan KajianKajian ini dijalankan dengan tujuan mendalami kesan pembelajaran berasaskan taman di sekolah terhadap pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5

1.2 Objektif KajianSecara khusus, kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:i. Mengenalpasti kesan pembelajaran berasaskan taman di sekolah terhadap hasil ramalan tentang pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5ii. Mengenalpasti kesan pembelajaran berasaskan taman di sekolah terhadap kecenderungan pemilihan dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5iii. Mengenalpasti kesan pembelajaran berasaskan taman di sekolah terhadap keberkesanan kendiri dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5iv. Mengkaji kesan pembelajaran berasaskan taman di sekolah terhadap amalan pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.

1.3 Soalan Kajian Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dinyatakan untuk mencapai objektif yang bertepatan dengan tajuk kajian . Persoalan kajian telah dikenalpasti iaitu: i. Adakah terdapat perbezaan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap hasil ramalan dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5ii. Adakah terdapat perbezaan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap kecenderungan pemilihan dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.iii. Adakah terdapat perbezaan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap keberkesanan kendiri dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.iv. Adakah terdapat perbezaan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap amalan pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.

1.4 Hipotesis Kajian i. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap hasil ramalan dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5ii. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap kecenderungan pemilihan dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.iii. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap keberkesanan kendiri dalam pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.iv. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara sekolah kawalan dan sekolah eksperimen terhadap amalan pengambilan sayur-sayuran bagi murid tahun 5.

Faktor peribadiHasil jangkaanKeberkesanan kendiriKecenderungan pemilihan

Faktor tingkah lakuPengambilan sayur-sayuran

Faktor persekitaran disekolahPengaruh rakan sebayaPembelajaran berasaskan taman

PembolehubahDefinisi Operasi

Keberkesanan kendiriKepercayaan atau keyakinan yang ada dalam diri seseorang murid untuk mencapai sesuatu tingkah laku

Pembelajaran melalui pemerhatianProses pembelajaran sesuatu tingkah laku dengan cara memerhatikan rakan sebaya

Hasil jangkaanApa yang murid jangkakan jika sesuatu tingkah laku itu dilakukan

Pengaruh rakan sebaya (modeling)Belajar sesuatu aktiviti daripada rakan-rakan

PersekitaranRansangan secara fizikal

Keupayaan sesuatu tingkah lakuMengetahui sesuatu tingkah laku tersebut adalah baik dan melaksanakan tingkah laku tersebut dengan kemahiran tertentu.