teori kuasaan dan tambatan

114
SINTAKSIS BAHASA MELAYU : PENERAPAN TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN RAMLI MD. SALLEH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1994

Upload: pejoi78

Post on 11-Jun-2015

3.509 views

Category:

Documents


52 download

DESCRIPTION

Teori Kuasaan dan Tambatan

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Kuasaan Dan Tambatan

SINTAKSIS BAHASA MELAYU : PENERAPAN TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN

RAMLI MD. SALLEH

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1994

Page 2: Teori Kuasaan Dan Tambatan

SINTAKSIS BAHASA MELAYU: PENERAPAN TEORI KUASAAN

DAN TAMBATAN

Oleh Ramli Md. Salleh

Page 3: Teori Kuasaan Dan Tambatan

KANDUNGAN

muka surat

Latarbelakang Penyelidikan

BAB 1: TEORI TRANSFORMASI GENERATIF 1.0 Pengenalan 1 2.0 Transformasi Pasif 2 2.1 Tahap Pertama 2 2.2 Tahap Kedua 5 2.3 Tahap Ketiga 10 2.4 Tahap Keempat 13 3.0 Penutup 15

BAB 2: KOMPONEN TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN 1.0 Pengenalan 15 2.1 Komponen Dasar 15

2.1.1 Leksikon 15 2.1.2 Subkategorisasi 16 2.1.3 Rumus X-berpalang 17

2.2 Komponen Transformasi 22 2.2.1 Transformasi 22

3.0 Penutup 23

BAB 3: TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN 3.0 Pengenalan 24 3.1 Latar Belakang Model Teori Kuasaan dan Tambatan 24 3.2 Teori Kuasaan dan Tambatan 27

3.2.1 Struktur-D 27 3.2.2 Struktur-L 28 3.2.3 Ubah-oc 28 3.2.4 PerubahanX0 32 3.2.5 PerubahanFX 35 3.2.6 Subjacency 35

3.3 Modul-Modul 36 3.3.1 Teori Kasus 36 3.3.2 Teori Theta 39 3.3.3 Teori Kawalan 40 3.3.4 Teori Tambatan 42

3.4 Penutup 43

Page 4: Teori Kuasaan Dan Tambatan

muka

BAB 4: URUTAN DASAR BAHASA MELAYU 4.0 Pengenalan 44 4.1 Urutan Perkataan 44 4.2 Kategori-Kategori Frasa FN, FP, FA 46

4.2.1 Penjodoh Bilangan 46 4.2.2 Frasa Nama (FN) 49 4.2.3 SendiNama 51 4.2.4 Frasa Adjektif 55

4.3 Struktur Ayat 56 4.4 Struktur Internal Fleksi 61

4.4.1 Fleksi 62 4.4.2 Fleksi dan AGR 64

4.5 ADA Sebagai Kata Kerja Biasa 67 4.6 Komplemen Finit dan Tak Finit 72

BAB 5: KATA KERJA BANTU 5.0 Pengenalan 78 5.1 Kata Kerja Bantu Dalam Bahasa Melayu 78

5.1.1 Kata Kerja Bantu Aspek dan Modal 79 5.2 Struktur Ayat Dasar Bahasa Melayu 85 5.3 Kategori Frasa 87

5.3.1 Frasa Nama (FN) 88 5.3.2 Frasa Preposisi (FP) 89 5.3.3 Frasa Adjektif (FA) 91 5.3.4 Frasa Kerja (FK) 91

5.4 Kata Kerja Bantu Bahasa-Bahasa Serumpun 92 5.4.1 Bahasa Tagalog 92 5.4.2 Kata Kerja Bantu Bahasa Tagalog 95 5.4.3 Kata Bantu Ragam (Modal) 96 5.4.4 Soalan Ya-Tidak 96

5.5 Penutup 97

BAB 6: KESIMPULAN 98

BIBLIOGRAFI 102

Page 5: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Latarbelakang Penyelidikan

1.0. Pengenalan

Laporan ini ialah laporan cuti sabatikal saya yang berjalan antara 1 Januari - 30

September, 1994. Cuti sabatikal ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu cuti dalam

negeri dan cuti luar negara. Cuti dalam negeri dihabiskan di kampus induk di Bangi

selama tiga bulan dan cuti luar negara dihabiskan di Department of Indo-Pacific

Languages, University of Hawaii at Manoa, Hawaii selama enam bulan. Selaras

dengan tujuan cuti sabatikal saya, semasa di Hawaii, saya telah mengikuti beberapa

kuliah peringkat sarjana, iaitu Graduate Seminar, Topic in Syntax, dan Seminar on the

Government and Binding Theory untuk mengetahui perkembangan terkini teori

Kuasaan dan Tambatan, iaitu teori yang saya gunakan dalam penulisan buku bertajuk

Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan. Di samping

itu, saya juga memungut maklumat tentang aspek sintaksis bahasa Tagalog dan

Indonesia, khususnya aspek kata kerja bantu, yang diajarkan di University of Hawaii.

2.0. Manuskrip Buku

Laporan yang dikemukakan ini berupa manuskrip buku bertajuk Sintaksis Bahasa

Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan. Manuskrip ini mengandungi

lima bab: i. Tahap-Tahap Perkembangan Teori Transformasi Generatif, (ii)Komponen Teori Kuasaan dan Tambatan, (iii) Teori Kuasaan dan Tambatan, (iv)Binaan Dasar Bahasa Melayu, (iv) Kata Kerja Bantu, dan (v) Penutup. Bab pertama

i

Page 6: Teori Kuasaan Dan Tambatan

membincangkan perkembangan teori TG, iaitu teori yang mendasari teori Kuasaan

dan Tambatan. Sebenarnya, teori Kuasaan ini merupakan versi terkini teori TG

dengan beberapa pembaharuan dan pembetulan dari teori TG lama. Dalam bab ini

dibicarakan bagaimana teori ini berkembang dari tahap awalnya hinggalah tahap

terkini. Beberapa konsep telah berubah, misalnya konsep transformasi. Dalam versi

awal transformasi merupakan rumus opsional yang terdiri dari berbagai-bagai rumus

berdasarkan struktur ayat yang dilahirkan. Contohnya, jikalau ayat pasif yang

dihasilkan, rumus transformasi dinamakan rumus pasif. Satu lagi pembaharuan yang

dibicarakan ialah tentang makna ayat. Dalam versi awal makna ayat itu diberikan

interpretasi pada struktur dasar ayat, tetapai dalam versi terkini interpretasi makna

dibuat pada peringkat struktur lahir.

Bab dua membicangkan tentang komponen dasar yang terdapat dalam teori Kuasaan

dan Tambatan. Komponen-komponen ini termasuklah Leksikon, iaitu set atau senarai

kata beserta maklumat yang dipunyai oleh penutur asli satu-satu bahasa itu,

Subkategorisasi, iaitu maklumat sintaksis satu-satu kata dalam senarai kata bahasa. Di

samping itu disentuh juga tentang rumus struktur frasa yang berbentuk rumus x-

berpalang, iaitu rumus sintaksis yang digunakan untuk membentuk ayat dalam suatu

bahasa itu.

Bab tiga pula membicarakan khusus tentang teori Kuasaan dan Tambatan. Dalam bab

ini diterangkan bahawa teori ini terdiri dari modul-modul yang atonomi tetapi masih

berkaitan dengan modul-modul lain. Fakta ini menjelaskan sifat teori ini yang

Page 7: Teori Kuasaan Dan Tambatan

modular. Oleh kerana itu, andainya satu pembaharuan dibuat pada satu modul, ini

akan mengakibatkan modul-modul lain. Jadi setiap implikasi mesti diambil kira. Di

samping itu, diperkenalkan dibincangkan juga tentang konsep-konsep baru dan

subbidang-subbidang teori ini. Antara subbidang yang dibincangkan ialah Ubah-alfa,

Kasus, Kuasaan, Kawalan, dan Tambatan. Perbincangan ini juga cuba menerapkan

data-data dari bahasa Melayu di mana sesuai untuk menerangkan fenomena sintaksis

yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Perbincangan dalam bab empat pula menerang dan menghuraikan tentang urutan kata

dan binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat terbitan atau ayat struktur lahir

tidak dibincangkan di sini kerana aspek itu memerlukan satu kajian lain. Perbincangan

ini penting untuk pembaca mengetahui urutan kata dasar dan binaan ayat dasar dalam

bahasa Melayu dan jenis-jenis frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Di samping

itu beberapa saranan dibuat bagaimana untuk menganalisis bahasa Melayu itu dan bab

ini membuat beberapa andaian.

Bab kelima membincangkan kata kerja bantu dalam bahasa Melayu dan bahasa

Tagalog, iaitu satu bahasa serumpun dengan bahasa Melayu yang tergolong ke dalam

rumpun Austronesia. Perbandingan dibuat antara kata kerja bantu kedua-dua bahasa

ini. Kesimpulan yang didapati ialah sistem kala kata kerja bantu bahasa Tagalog itu

lebih rencam daripada sistem kala kata kerja bantu bahasa Melayu. Sehubung dengan

itu didapati juga sistem kala bahasa Tagalog itu bersifat fleksi, walaupun bahasa

tersebut tidak tergolong ke dalam bahasa berfleksi seperti bahasa Perancis atau Arab.

iii

Page 8: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Bahagian seterusnya melihat struktur ayat dasar kedua-dua bahasa ini dan didapati

bahasa Melayu itu mempunyai struktur dasar subjek - predikat, sementara bahasa

Tagalog mempunyai struktur dasar predikat - subjek.

Bab keenam merupakan kesimpulan kajian ini dan dihuraikan segala dapatan dan

andaian yang dibuat tentang bahasa Melayu.

3.0. Penghargaan

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi terima kasih kepada

Universiti Kebangsaan Malaysia kerana membiayai cuti sabatikal saya ini. Seterusnya

ucapan terima kasih juga untuk Department of Indo-Pacific Languages, University of

Hawaii at Manoa kerana memberi kesempatan kepada saya menghadiri kuliah dan

juga kerana memberikan kemudahan bilik pejabat, perpustakaan, dan Iain-lain semasa

saya di sana.

Page 9: Teori Kuasaan Dan Tambatan

BAB 1

TEORI TRANSFORMASI GENERATIF (TG)

1.0. Pengenalan

Bab ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan teori

Transformasi Generatif (TG) dengan melihat perubahan dalam

transformasi Pasif. Selari dengan itu, diharapkan perbincangan

ini dapat memaparkan gambaran keseluruhan teori Transformasi

Generatif dari penelitian transformasi Pasif. Perbincangan ini

membahagikan sejarah perkembangan teori ini kepada empat tahap,

iaitu semenjak penerbitan Syntactic Structures oleh Chomsky pada

1957 sehigga kini.

Tahap yang pertama merujuk pada tahap primer tatabahasa

tranformasi, dari 1957 ke awal 1960an. Tahap kedua merangkumi

Teori Standard, atau model Aspects dari penerbitan Chomsky 1965,

iaitu Aspects of the Theory of Syntax. Tahap ketiga ialah awal

1970an di mana beberapa perubahan dibuat ke atas teori tersebut.

Tahap ini, yang juga dikenali sebagai Teori Standard Tambahan

(Extended Standard Theory) diwakili oleh artikel Chomsky,

"Remarks on Nominalization" (1970) dan disertasi Ph.D dari MIT,

"The Root and Structure-Preserving Transformations" oleh Joseph

Emonds (1970). Tahap keempat adalah sama dengan teori terkini

iaitu Teori Standard Tambahan Semakan (Revized Extended Standard

Theory), sama dengan Teori Tikas (Trace Theory) atau Teori

1

Page 10: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Kuasaan dan Tambatan (Government and Binding). Tahap ini bermula

dari akhir 70an hingga kini. Walau bagaimanapun, Chomsky (1987)

menyatakan bahawa konsep Kuasaan dan Tambatan hanyalah merupakan

dua di antara konsep penting teori ini. Beliau mencadangkan

istilah Teori Prinsip dan Parameter (TPP) adalah lebih sesuai

untuk menggantikan istilah Kuasaan dan Tambatan.

2.0. Transformasi Pasif

2.1. Tahap Pertama

Transformasi Pasif, seperti yang dihuraikan dalam Syntactic

Structures merupakan satu transformasi opsional yang beroperasi

ke atas satu ayat bertipe FN-|_ + KKB + KK + FN2 (di mana KK adalah

transitif) . Di dalam bahasa Inggeris, transformasi ini

mengandungi tiga operasi yang berjalan serentak; (1) pertukaran

FN-, subjek dengan FN2 objek, (2) penyelitan elemen Kata Auxiliari

be + EN, dan (3) penyelitan elemen by. di sebelah kiri subjek

baru. Jadi, transformasi ini diaplikasikan secara opsional ke

atas satu urutan terminal yang berbentuk (1) untuk menerbitkan

(2) .

(1) Russia-Past-defeat-Persia

(2) Persia-Past-be + EN-defeat-by + Russia

Di dalam bahasa Melayu pula, transformasi ini juga mengandungi

tiga operasi yang berjalan serentak; (1) pertukaran di antara FN-|_

subjek dengan FN2 objek, (2) penyelitan elemen "oleh" di sebelah

2

Page 11: Teori Kuasaan Dan Tambatan

kiri subjek baru, dan (3) penggantian imbuhan aktif "me" oleh

imbuhan pasif "di" pada kata kerja.

Sila lihat contoh-contoh (3) untuk bahasa Inggeris dan (4)

untuk bahasa Malaysia.

(3)a.

Persia was defeated by Russia

(4)a.

Ahmad membaca buku

1 Dalam bahasa Melayu terdapat satu lagi bentuk pasif seperti dalam (1) di bawah. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk di dalam hujah utama perbincangan. sila lihat Chung (1975), Nik Safiah Karim (1978) untuk perbincangan lanjut.

(l)a. Buku saya baca. (l)b. Buku engkau baca.

3

Page 12: Teori Kuasaan Dan Tambatan

b. A

X FK

FN-,

I Buku

Masalah mengenai membuat satu rumus transformasi dapat

digambarkan pada setiap tahap sejarah tatabahasa Transformasi

melalui transformasi Pasif. Dalam banyak hal, transformasi pasif

itu sendiri sangat menarik dari segi teorinya. Salah satu

masalah awal yang dialami dalam kerja-kerja mengaplikasikan teori

tatabahasa transformasi kepada data-data linguistik yang tertentu

ialah untuk mendapatkan huraian struktur konstituen pasif yang

betul di dalam bahasa Inggeris. Konsep vrumus transformasi' pada

tahap pertama didefinisikan sebagai

"an optional or obligatory rule which effects a simple or generalised structural change on a structural description, potentially also changing the meaning (Chomsky, 1957:44) .

Secara spesifik, domain satu-satu rumus transformasi ialah

rentetan terminal satu struktur frasa, dan menjalankan beberapa

operasi asas ke atas rentetan tersebut, seperti permutasi,

gantian, cantuman dan pengguguran. Dalam memberi definisi

kepada domain ini, syarat-syarat struktural yang boleh dikenakan

ke atas rententan terminal hanya merupakan syarat-syarat yang

diizinkan oleh satu set Booklean iaitu syarat-syarat mengenai

1 dibaca

KP

oleh

FNn J-

Ahmad

4

Page 13: Teori Kuasaan Dan Tambatan

kebolehanalisaan. Selanjutnya, struktur konstituen yang lahir,

berbanding dengan struktur ayat kernel (dasar atau mudah)

ditandakan kepada output suatu transformasi oleh "rumus-rumus

khas" yang berkait dengan setiap operasi elementari yang boleh

dilakukan dalam suatu analisis rentetan terminal itu. Jadi,

terdapat satu set rumus untuk operasi permutasi, satu set untuk

operasi gantian, dan satu set lagi untuk operasi pengguguran, dan

sebagainya. Oleh kerana satu transformasi itu beroperasi ke atas

satu rententan terminal dan bukannya ke atas suatu rajah pohon,

transformasi pasif dalam tahap pertama kelihatan seperti

mewujudkan keadaan yang tidak konsisten. Bowers (1981) khasnya

mengatakan bahawa rumus ini akan melahirkan struktur pasif dengan

frasa oleh (by) yang salah, yang sepatutnya merupakan satu Frasa

Preposisi (FP) dalam struktur lahir. Ini terjadi akibat daripada

kenyataan (1) transformasi dalam tahap pertama tidak berdaya atau

tidak boleh menerbitkan nodus baru (dalam kes ini, FP) , dan (2)

elemen oleh (by) merupakan satu item yang diselitkan secara

transformasi. Mengadakan satu "rumus khas" untuk satu struktur

konstituen lahir merupakan suatu yang ad hoc, kerana ia

dimotivasikan semata-mata oleh transformasi pasif. (Chomsky,

1957, hal. 73-74)

2.2. Tahap Kedua

Buku Chomsky Aspects of the Theory of syntax merupakan satu

usaha untuk menyelesaikan masalah ini, berikutan dari satu

cadangan dalam The Integrated Theory of Linguistic Descriptions

(Katz dan Postal, 1964). Transformasi pasif ini diubahsuai

5

Page 14: Teori Kuasaan Dan Tambatan

dengan cara berikut. Rumus permutasi eka (dengan penyelitan by

dan be+EN) yang dicadangkan terdahulu sekarang digantikan oleh

satu urutan yang terdiri daripada dua operasi. Yang pertama

ialah menggantikan FN subjek untuk elemen kosong "dummy" PASIF,

yang digeneratkan dalam struktur dasar bersama-sama dengan

preposisi by di bawah naungan satu nodus FP yang sebaliknya pula

dinaungi oleh nodus adverba "gaya". Operasi kedua kemudiannya

mencantumkan FN objek ke sebelah kiri elemen kata kerja

auxiliari. Kata kerja, yang disubkategorisasikan sebagai

[FN+Gaya] boleh merupakan sama ada transitif atau tak transitif;

yang terdahulu itu merupakan pasif-pseudo, seperti dalam (5).

(5) Huck was looked up to by Tom (dari Chomsky, 1965,

m.s. 104-105) .

Perhatikan bahawa proses pasif itu hanya terhad pada kata kerja

yang boleh menerima kata adverba gaya. Juga perhatikan bahawa

pasif tidak terbit daripada aktif seperti yang terjadi dalam

tahap pertama, tetapi dari satu struktur dasar yang abstrak, yang

waj ib berlaku berdasarkan kehadiran elemen kosong (dummy)

"PASIF". Satu transformasi dari model Aspects ini merupakan satu

rumus wajib yang mengkibatkan satu perubahan struktur dalam satu

rajah pohon atau struktur frasa, selain daripada pemajmukan dan

penyambungan, tanpa mengubah makna (Chomsky, 1965, m.s. 142-143).

Sekarang, oleh kerana struktur di mana rumus transformasi

diaplikasikan, merupakan satu representasi abstrak, yang tidak

perlu dikaitkan dengan apa cara pun kepada struktur lahir ayat,

6

Page 15: Teori Kuasaan Dan Tambatan

bolehlah dxsimpulkan bahawa kita boleh dengan sewenang-wenangnya

mengeneratkan elemen-elemen kosong (dummy) seperti "oleh PASIF,

Soalan, IMP, NEG" dan Iain-lain dalam struktur dasar ayat. Dari

satu segi, ini menimbulkan masalah untuk memberi justifikasi bagi

bentuk dasar yang mendasari konstruksi lahir seperti bentuk

pasif, kerana tidak terdapat apa-apa bukti sintaksis atau

semantik tersendiri untuk menyokong bentuk dasar frasa "oleh

PASIF" yang diperlukan untuk melahirkan transformasi tersebut.

Di samping itu, satu masalah lain ialah agak sukar untuk melihat

dalam keadaan mana elemen "oleh PASIF" itu boleh dianggap sebagai

adverba gaya. Sebagai contoh, kata kerja yang tidak boleh

dipasifkan yang disubkategorisasikan dengan fitur [- gaya],

dapat meramalkan dengan betul ketidakgramatisan (3) tetapi tidak

dapat meramalkan ketidakgramatisan (4) .

(3) *John resembles Mary happily.

(4) John resembles Mary uncannily.

Dorongan utama penggunaan struktur dasar yang abstrak ini

terbitnya daripada Hipotesis Katz - Postal yang mengandaikan

bahawa transformasi tidak menukar makna. Mengikut hipotesis ini,

struktur dasar merupakan tahap yang hanya relevan pada

interpretasi semantik. Tahun-tahun 60an merupakaan tumbuhnya

teori Semantik Generatif. Andainya hipotesis ini betul, setiap

ketaksaan struktur mesti diterangkan oleh perbezaan pada struktur

dasar. Oleh itu, setiap elemen mesti berada pada struktur dasar.

Disebaliknya, struktur dasar dan transformasi hanya boleh

diadakan dengan menggunakan pendekatan makna. Dan semua

7

Page 16: Teori Kuasaan Dan Tambatan

persamaan makna mesti direpresentasikan oleh persamaan pada

struktur dasar. Walau bagaimanapun, seterusnya, konsep "struktur

dasar" telah dimansuhkan memandangkan tidak terdapatnya keperluan

teori untuk membezakannya daripada representasi semantik (Lihat

Newmeyer 19 8 0 untuk keterangan lanjut).

Kesahan hipotesis Katz - Postal ini telah dipersoalkan oleh ahli-

ahli semantik interpretasi (atau "Lexicilists", termasuk

Chomsky), iaitu pihak penentang aliran semantik generatif.

Dokumen terpenting penentangan ini ialah artikel Chomsky (1970)

"Remarks on Nominalization" . Di sini dibahaskan bahawa jikalau

hendak dipertahankan pendapat iaitu transformasi tidak menukar

makna, terpaksalah dibuat andaian bahawa semua makna itu tidak

ditentukan sebelum diaplikasikan rumus transformasi. Ayat-ayat

berikut, (5) dan (6) dengan terang menunjukkan perbezaan makna,

yang menyarankan bahawa pasif merupakan satu transformasi yang

mengubah makna (seperti yang disarankan di dalam Syntactic

Structure).

(5) Many arrows did not hit the target.

(6) The target was not hit by many arrows.

Juga, di dalam (7) dan (8), di mana (7) memberi implikasi bahawa

Einstein masih hidup, tetapi praandaian ini tidak terdapat dalam

(8) .

(7) Einstein has visited Princeton.

(8) Princeton has been visited by Einstein.

Page 17: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Jadi, praandaian tidak boleh terdapat dalam pasif, atau

praandaian itu mesti ditentukan pada tahap struktur lahir.

Selanjutnya, j ika diandaikan bahawa (10) itu satu bentuk pasif

daripada (9) , jadi skop adverba mesti diberi interpretasi pada

tahap struktur lahir.

(9) The doctor cleverly has examined John.

(10) John cleverly has been examined by the doctor.

(semua contoh adalah dari Newmeyer 19 80).

Seterusnya dua lagi analisis telah dikemukakan. Bolinger (1978)

memperkenalkan satu analisis yang dipanggil analisis performatif

dan analisis ke atas struktur ayat deklaratif oleh Ross, tetapi

analisis-analisis ini juga tidak boleh mempertahankan konsep

struktur dasar seperti yang digambarkan dan dibahaskan di dalam

model Semantik Generatif.

Kejatuhan model Semantik Generatif berkaitan dengan dapatan

Peter-Ritchie di mana mereka menunjukkan bahawa transformasi

tidak dikonstrain. Ini menjadikan teori transformasi generatif

seperti yang diformulasikan tidak membuat apa-apa kenyataan

mengenai bahasa manusia. la hanya menyatakan bahawa ayat dalam

suatu bahasa itu boleh diterbitkan oleh beberapa set rumus.

Khususnya, satu rumus transformasi, yang secara tidak langsung

boleh disamakan dengan fungsi mesen "Turing", yang hanya

melukiskan set rajah pohon yang tidak terhad kepada rajah pohon

lain, boleh disalahaplikasikan atau mengelirukan. Ini adalah

kerana ia boleh diaplikasikan bila sahaja deskripsi strukturnya

9

Page 18: Teori Kuasaan Dan Tambatan

diperolehi. Jadi, transformasi pasif boleh "overgenerate"

seperti yang terlihat dalam (11) dan (12) di bawah.

(11) The man that saw John likes the dog.

(12)a. The man that saw the dog is liked by John.

b. The dog is liked by the man that saw John.

2.3. Tahap Ketiga

Untuk mengawal rumus-rumus transformasi, di samping

mendapatkan motivasi teoretikal yang lebih baik dan mencabar

tentang penggunaan simbol-simbol "dummy" dalam model Asects,

Joseph Edmonds telah memperkenalkan satu hipotesis yang dinamakan

9

hipotesis "Structure-Preserving" . Rumus transformasi pasif

boleh dianggap sebagai "structure-preserving" dalam erti kata

bahawa struktur sintaksis yang diterbitkannya mempunyai ciri-ciri

yang dimotivasikan secara tersendiri oleh rumus-rumus dasar.

(Untuk perbincangan lanjut, sila lihat Emonds (1978).

Rumus transformasi tahap ketiga mengandungi dua operasi; (1)

komponen pertama transformasi pasif ialah "agent postposing";

iaitu proses mengalih ke belakang Frasa Nama pelaku, dan (2)

komponan kedua, "NP preposing",- iaitu proses mengalih ke hadapan

(2) Rumus transformasi "Structure Preserving" mengalih satu konstituen dari nodus A ke satu nodus B yang sama jenis dengan nodus A. Dengan kata lain, transformasi ini menggantikan satu jenis nodus dengan satu nodus lain yang sama jenisnya. (misalnya, ganti FN dengan FN) .

10

Page 19: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Frasa Nama yang kedua. Struktur dasar ini boleh digambarkan

seperti dalam (13), dan rumus "Agent Postposing" sebagai rumus

"structure-preserving diaplikasikan untuk menerbitkan struktur

(14) .

(13:

Russia

(14)

H defeat Persia by Russia

Kemudian, "NP Preposing" diaplikasikan ke atas (14), dan nodus FN

yang kosong dalam posisi subjek akan secara wajib digantikan oleh

FN objek Persia, menerbitkan satu struktur yang betul dan baik

dalam (15) ; (gambaran ini tidak mengambil kira pembentukan

"passive auxiliary" dalam bahasa Inggeris).

11

Page 20: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(15:

Persia

was defeated

Teori "Structure-Preserving" Emonds ini merupakan satu kelebihan

berbanding dengan analisis yang ad hoc tentang rumus pasif yang

dibincangkan dalam Aspects. Walau bagaimanapun, teori ini tidak

berjaya untuk menyelesaikan beberapa masalah yang fundamental.

Pertamanya, dengan ketiadaan kekangan yang kuat tentang adanya

nodus-nodus kosong dalam struktur dasar, adalah tidak jelas dalam

keadaan bagaimana nodus-nodus kosong ini boleh diterbitkan atau

dibenarkan.

Kedua, juga tidak jelas tentang adanya motivasi sintaksis yang

tersendiri untuk mengadakan frasa FP "by + 0" yang membolehkan

rumus pasif beraplikasi. Namun, memang tidak boleh dinafikan

bahawa rumus transformasi tnesti diubah mengikut garis panduan

yang diperkenalkan dalam teori Emonds ini. Teori Emonds ini

masih diterima sekarang memandangkan tidak adanya satu cara yang

tidak ad hoc yang boleh menerbitkan satu struktur konstituen yang

betul untuk ayat pasif.

12

Page 21: Teori Kuasaan Dan Tambatan

2.4. Tahap Keempat

Sehingga tahap ketiga, memang menjadi andaian umum bahawa

setiap satu konstruksi lahir yang berbeza daripada struktur

dasarnya, terdapat satu rumus transformasi untuk menerbitkan

struktur lahir tersebut. Chomsky di dalam artikelnya "Condition

on rule of Grammar (1976) menimbulkan dan membahaskan konsep

"Construction-Specific Transformation Grammar" ini. Oleh kerana

itulah di dalam perkembangan teori Transformasi Generatif tahap

keempat membicarakan tentang kemungkinanya satu program

penyelidikan untuk menyelidik satu konsep di mana rumus seperti

"Alih FN" dan "Alih WH" boleh menerbitkan beberapa konstruksi

lain. Jadi, dengan ini konstruksi yang mempunyai nama yang

"tertentu" dalam teori tradisional itu hanyalah oleh kerana (1)

rumus yang tertentu untuk interpretasi semantik ke atas output

kepada transformasi, (2) ciri-ciri penyebaran morfem-morfem

tertentu, dan (3) konfigurasi dasar yang berbeza yang terdapat

dalam bahasa yang berbeza, dan bukannya transformasi yang

berbeza.

Rumus Alih X, yang pada anggapan umum merupakan satu

transformasi tunggal sekarang, tidak boleh disamakan dengan

transformasi dalam teori tradisional. Ini adalah kerana rumus

ini tidak melibatkan Deskripsi Struktural atau Perubahan

Struktural. Rumus ini juga tidak boleh diinterpretasikan sebagai

rumus yang mengaitkan satu set rajah pohon yang berkaitan. Pada

prinsipnya, sekarang konstituen X boleh dialih oleh rumus ini

kepada mana-mana kedudukan yang bertipe X yang kosong. Isi

13

Page 22: Teori Kuasaan Dan Tambatan

kepada nodus yang dialih itu berada pada satu kedudukan yang

baru, dan diikat dengan nodus X pada kedudukan asalnya, yang

sekarang kosong. Di mana X merupakan satu FN, Alih X adalah satu

rumus gantian. Jikalau X merupakan satu WH (iaitu Frasa tanya),

nodus yang beralih yang menaungi satu elemen WH akan dicantumkan

kepada KOMP . Rumus mi adalah satu rumus yang bebas, yang boleh

menerbitkan struktur yang tidak dikehendaki dan tidak gramatis.

Tetapi untuk menghindarkan ini daripada berlaku beberapa prinsip

bebas akan menilai struktur-struktur terbitan ini. Prinsip-

prinsip yang merupakan sub-sistem teori ini termasuklah; (1)

teori Kawalan, (2) teori - Theta, (3) teori Tambatan, (4) teori

Kasus, dan (5) teori Kawalan. (lihat Chomsky 1981) . Dari segi

ini, iaitu pendapat tentang Alih X, transformasi pasif seperti di

dalam (16) boleh disatukan atau dikelompokkan dengan satu lagi

transformasi iaitu "menaikkan subjek ke subjek" (atau Raising

subject to subject) seperti dalam (17).

(16)a. [e] was punched [John] (struktur dasar) NP

b. John> was punched [tj] (struktur lahir) NP

(17)a. [e] seems [ [John] to be happy] (struktur NP S NP dasar)

b. John^ seems [ [t^] to be happy (struktur S NP lahir)

(elemen t adalah satu tikas yang ditinggalkan oleh Alih X).

Emonds (1985) menganggap bahawa satu elemen tanya (WH element) dicantum ala-Chomsky (Chomsky-adjoin) pada A, sementara Chomsky (1986) menyarankan supaya elemen tanya ini dialik ke kedudukan "specifier"; iaitu "specifier" kepada Frasa Komplemen, FK=A).

14

Page 23: Teori Kuasaan Dan Tambatan

3.0. Penutup

Bab ini telah membincangkan dengan ringkas sejarah teori

'transormasi', khasnya transformasi pasif. rumus transformasi

pasif ini merupakan salah satu daripada rumus-rumus yang mencabar

dan kontroversial. Sehingga sekarang pun masih belum ada satu

analisis tentang sturktur pasif ini yang betul-betul canggih dan

dapat menghuraikannya dengan cara yang natural.

15

Page 24: Teori Kuasaan Dan Tambatan

BAB 2

KOMPONEN TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN

1.0 Pcngenalan

Bab ini membicarakan tentang komponen-komponen yang terdapat dalam teori

Kuasaan dan Tambatan. Pemaparan konsep ini dibuat secara ringkas sahaja kerana

pengaplikasiannya ke atas data bahasa Melayu akan dibuat dalam bab-bab seterusnya.

2.1. Komponen Dasar

2.1.1 Leksikon

Setiap penutur natif suatu bahasa itu memahami bahasanya kerana ia mempunyai

pengetahuan tentang perbendaharaan kata atau senarai kata yang terdapat dalam

bahasanya. Senarai kata ini dipanggil leksikon yang mengandungi satu set kemasukan

kata bagi setiap kata. Kemasukan kata ini mengandungi semua maklumat tentang

suatu kata tersebut. Maklumat pertama ialah maklumat fonologi, iaitu bagaimana

suatu kata itu disebut. Kedua, ialah maklumat morfologi, iaitu maklumat yang

menerangkan sama ada suatu kata itu berbentuk dasar atau terbitan. Maklumat ketiga

merupakan maklumat semantik, iaitu tentang makna suatu kata itu. Akhirnya,

kemasukan kata juga memberikan maklumat tentang golongan kata tersebut, iaitu

15

Page 25: Teori Kuasaan Dan Tambatan

sama ada kata tersebut tergolong ke dalam kategori Kata Nama, Kata Kerja, Kata

Adjektif, atau Kata Preposisi. Maklumat terakhir ini merupakan maklumat sintaksis.

2.1.2. Subkategorisasi

Chomsky (1965) menyarankan bahawa maklumat sintaksis dalam suatu

kemasukan kata adalah seperti berikut.

(l)kirim: +KK [+ FN FP] < + subjek animat >

< +objek langsung animat>

Maklumat pertama menyatakan bahawa kata tersebut adalah suatu kata kerja.

Semua fakta yang terdapat di dalam braket di atas dipanggil kerangka subkategorisasi.

Tanda garis bawah menunjukkan kedudukan kata kerja kirim berbanding dengan

elemen lain dalam kerangka tersebut. Misalnya, kata kerja kirim menerima satu objek

langsung yang merupakan satu Frasa Nama dan satu Prasa Preposisi. Sementara itu,

maklumat di dalam braket bersiku menunjukkan had pilihan yang boleh di ambil oleh

kata kerja kirim. Maklumat yang terdapat di dalam kerangka subkategorisasi iaitu

maklumat di dalam braket hanyalah maklumat sintaksis. Sementara itu, maklumat di

dalam braket bersiku adalah maklumat semantik yang diperlukan oleh elemen-element

tersebut dalam konteks tertentu. Walau bagaimanapun, dalam perkembangan terakhir

16

Page 26: Teori Kuasaan Dan Tambatan

teori ini, had pilihan, iaitu maklumat di dalam braket bersiku itu telah dihapuskan. Ini

berkaitan dengan konsep peranan theta yang tidak akan dibincangkan di sini.

2.1.3. Rumus X-berpalang

Terdapat pertindihan maklumat antara kerangka subkategorisasi dengan rumus

struktur frasa, iaitu kedua-duanya memberi maklumat tentang jenis struktur kategori

suatu bahasa itu. MIsalnya, rumus struktur frasa seperti dalam (2) menunjukkan

bahawa Frasa Kerja mengandungi kata kerja, frasa nama dan frasa preposisi.

(2) FK — > KK (FN) (FP)

Seperti tertera di atas maklumat yang sama terdapat dalam (1), iaitu kemasukan kata

suatu kata kerja seperti kirim menyatakan bahawa kirim hadir di dalam satu

konstituen yang mengandudngi kata kerja, frasa nama dan frasa preposisi. Oleh kerana

segala maklumat yang terdapat dalam rumus struktur frasa juga terdapat dalam

kerangka subkategorisasi, ada cadangan untuk menggugurkan salah satu.

Chomsky (1970) mencadangkan satu teori yang lebih umum untuk menangani

pertindihan antara rumus struktur frasa dengan kerangka subkategorisasi ini, yang

dipanggil teori X-berpalang. Teori ini dikembangkan dalam Jakendoff (1977). Dengan

adanya teori ini, rumus struktur frasa tidak diperlukan lagi. Semua kategori leksikal,

17

Page 27: Teori Kuasaan Dan Tambatan

iaitu Nama, Kerja, Adjektif, dan Preposisi menjadi kepala kepada peluasan frasa.

Secara abstraknya, dari kategori kepala ini boleh dikembangkan secara skema saperti

di bawah.

(3) X" I

X'

X

X boleh diinterpretasikan sebagai N,K,A atau P dan (3) boleh diberikan dalam rumus

di bawah.

(4)a. X" —-> ... X'...

b. X '—>. . .X ' . . .

c. X' —> ... X ...

(4) boleh dimudahkan lagi dengan hanya menggunakan satu skema seperti dalam (5).

(5)Xn—->.. .Xn"! ...

di mana 1 n 3, dan "..." mengandungi sama ada kategori formatif, atau peluasan maksimum

'Untuk perbincangan lanjut tentang aplikasi teori X-berpalang dalam bahasa Melayu, sila lihat Mashudi Kader (1989).

18

Page 28: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Berdasarkan teori X-berpalang ini, semua frasa dikepalai oleh kategori leksikal.

Dengan kata lain, semua frasa adalah endosentrik. Kepala setiap peluasan adalah

peluasan kosong (X). Teori X-berpalang membezakan dua tahap peluasan X" dan X'.

Gabungan kata "specifier" yang semuanya merupakan kategori formatif dengan X'

dalam (4a) membentuk X", iaitu peluasan maksimum. Gabungan adjung dengan X'

dalam (4b) membentuk peluasan pertengahan X', sementara gabungan komplemen

dengan X juga membentuk peluasan X' seperti dalam (4c). (4a) boleh digambarkan

seperti dalam (6a), (4b) seperti dalam (6b) dan (4c) seperti dalam (6c).

(6)a. N"

SP(N) N'

seorang N ramai tiga tiada

A"

SP(A) A'

I I sangat A terlalu kurang tidak

19

Page 29: Teori Kuasaan Dan Tambatan

K"

SP(K)

I sudah belum akan sedang

1 K

P"

SP(P)

betul

P'

dekat

(6)b. N'

N

I kedatangan

N"

I Ahmad

A'

A I

gembira

P"

I tentang keputusan itu

20

Page 30: Teori Kuasaan Dan Tambatan

di Kuala Lumpur

K!

K N"

I baca buku

Kesimpulannya, "..." mengandungi hanya Ym a^, atau kategori formatif; iaitu kata

"specifier" bagi kategori formatif dan komplemen dan adjung bagi Ym a^.

Walau pun skema peluasan bertahap dalam (4) diandaikan sebagai sejagat,

tetapi kedudukan konstituen berbanding dengan kepala peluasan tidaklah sejagat.

Andainya peluasan maksimum mengikuti kepala seperti dalam bahasa Melayu (Ramli

Md.Salleh 1987) bahasa Inggeris (Travis 1984) dan Iain-lain, bahasa sedemikian

dinamai bahasa berkepala awal. Sebaliknya, jika peluasan maksimum mendahului

kepala seperti bahasa Cina (Huang 1982) bahasa Vata, Gbadi (Koopman 1984) dan

Iain-lain, bahasa sedemikian dinamai bahasa berkepala akhir.

21

Page 31: Teori Kuasaan Dan Tambatan

2.2. KOMPONEN TRANSFORMASI

2.2.1. Transformasi

Dalam perbincangan seterusnya andaian yang dibuat ialahayat mempunyai dua

tahap representasi sintaksis, iaitu Struktur Dalam (Struktur-D) dan Struktur Lahir

(Struktur-L). Struktur-D adalah tahap yang peka dengan syarat-syarat teori X-

berpalang, iaitu setiap kategori adalah peluasan daripada kepala yang merapakan

kategori leksikal, dan Xn menaungi terns Xn"l. Struktur-L pula merapakan tahap

yang lebih superfisal yang menggambarkan kedudukan elemen-elemen dalam ayat.

Kedua-dua tahap sintaksis ini berhubungan antara satu sama lain menerusi

transformasi, biasanya transformasi peralihan di mana elemen yang berasal pada suatu

kedudukan pada Struktur-D dialhi ke kedudukan lain pada tahap Struktur-L. Di antara

contoh transformasi peralihan ini ialah transformasi Pasif, Peralihan Kata Kerja,

Peralihan Fleksi, dan Iain-lain. Secara umumnya model teori ini kelihatan seperti di

bawah.

(7) Struktur-D

I Transformasi

I Struktur-L

22

Page 32: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Penjelasan dan perbincangan tentang Struktur-D, Struktur-L, dan

Transformasi akan dibuat dalam bab 3.

3.0 PENUTUP

Bab ini telah menyentuh konsep-konsep Leksikon, Subkategorisari dan rumus

x-berpalang yang terdapat pada bahagian dasar teori. Dalam bahagian transformasi

pula telah dihuraikan konsep-konsep Struktur-D, Struktur-L dan transformasi.

Konsep-konsep ini penting untuk mengikuti perbicangan dalam bab-bab seterusnya.

23

Page 33: Teori Kuasaan Dan Tambatan

BAB 3

Teori Kuasaan Dan Tambatan

3.0. Pengenalan

Tujuan bab ini adalah untuk menyoroti konsep-konsep dan

prinsip-prinsip asas Teori Kuasaan dan Tambatan (KT) sebagai

panduan untuk memahami teori tersebut. Di mana sesuai contoh-

contoh akan diberikan dalam bahasa Melayu, manakala contoh-contoh

lain adalah dalam bahasa Inggeris memandangkan bahawa bahasa ini

telah lebih banyak diterokai, sekurang-kurangnya oleh teori KT

ini.

3.1. LATAR BELAKANG MODEL TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN

Perkembangan Teori Transformasi Generatif (TG) boleh

dibahagikan kepada 4 tahap. la bermula dengan terbitnya buku

Syntactic Structures (Chomsky, 1957). Ini diperkuat lagi dengan

terbitnya buku Aspect of the Theory of Syntax (Chomsky, 1965.) .

Tahap ini sering dikenali dalam penulisan linguistik sebagai

Teori Standard Tambahan (TST) (Extended Standard Theory) diwakili

oleh beberapa penerbitan penting terutamanya makalah yang ditulis

oleh Chomsky (1970) bertajuk "Remarks on Nominalization". Satu

lagi penerbitan penting ialah disertasi Ph.D bertajuk "The Root

and Structure Preserving Constraint" yang ditulis oleh Joseph

Emonds, seorang penuntut Massachusetts Institute of Technology

(MIT). Tahap keempat TG yang juga dikenali dengan Teori Standard

24

Page 34: Teori Kuasaan Dan Tambatan

bermula pada akhir tahun 70-an hingga sekarang. Tahap ini juga

dikenali dengan Teori Kuasaan dan Tambatan (Government and

Binding - GB) bersempena dengan buku utama yang mewakilinya,

iaitu Lectures on Government and Binding (Chomsky, 1981) .

Dua perubahan dariapda Teori Standard (1) kepada Teori

Standard Tambahan (2) ialah pengenalan teori X berpalang dan

kesedaran bahawa struktur-L memberi sumbangan yang signifikan

kepada interpretasi semantik.

Seterusnya satu lagi pembaharuan diperkenalkan, iaitu dengan

pengenalan tikas (trace). Dengan ini juga interpretasi semantik

dibuat pada struktur-L dan komponen transformasi diperkecil

kepada bentuk yang paling minimum dengan pengenalan ubah-' .

Pembaharuan ini juga dikenali sebagai Teori Standard Tambahan

Semakan (3).

(1) Model Teori Standard

Rumus Struktur Frasa Leksikon

Struktur-D rumus semantik Represe semanti

transformasi

v Struktur-L

rumus fonologi

Representasi fonetik

25

Page 35: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(2) Model Teori Standard Tambahan

Rumus Struktur Frasa Teori X Leksikon

Struktur-D

I Struktur-L

rumus fonologi

Representasi Fonetik

Representasi semantik

(3) Model Teori Standard Tambahan Semakan (Model-T)

Rumus Struktur Frasa Teori X

Leksikon

(a) rumus pengguguran (b) rumus fonologikal (c) tapisan (filters (d) stilistik

Representasi fonetik (bentuk fonetik)

Struktur-D

Struktur-L

Ubah-Alfa

a) rumus quantif b) rumus kawalan

Representasi Seman (bentuk ligikal)

26

Page 36: Teori Kuasaan Dan Tambatan

3 . 2 . TEORI KUASAAN DAN TAMBATAN

S t r u k t u r a s a s t e o r i K T m e n g a n d u n g i b e b e r a p a t a h a p

r e p r e s e n t a s i s e p e r t i yang t e r g a m b a r dalam (3) d i a t a s . S i f a t dan

h u b u n g a n a n t a r a t a h a p - t a h a p i n i b e r i k u t a n d a r i p a d a i n t e r a k s i

b e b e r a p a subkomponen yang mudah dengan p r i n s i p yang t e r s e n d i r i

t e r l i h a t da lam (4) d i bawah.

(4) ( i ) T e o r i X (X-bar)

(ii) Teori Kuasaan (Government)

(iii) Teori Theta

(iv) Teori Kasus (Case)

(v) Teori Tambatan (Binding)

(vi) Teori Kawalan (Control)

Salah satu ciri penting teori KT ini ialah sifat modularnya. Ini

bermaksud bahawa komponen-komponen teori ini berinteraksi antara

satu sama lain. Output satu-satu komponen itu menjadi input

kepada komponen-komponen lain.

3.2.1 Struktur-D

Struktur Dasar (Struktur-D) yang ditentukan oleh teori X

berpalang dan teori theta menerbitkan Struktur Lahir (Struktur-L)

melalui rumus transformasi Ubah- (lihat 2.2.3. untuk

perbincangan tentang teori theta dan Mashudi Kader dalam keluaran

yang sama untuk teori X ) .

27

Page 37: Teori Kuasaan Dan Tambatan

3.2.2. Struktur-L

Representasi Struktur-L diubah kepada representasi Bentuk

Fonotik (BF) melalui beberapa rumus yang berbeza, termasuk

beberapa tapisan (filter), rumus perubahan stilistik dan rumus

fonologikal; dan ke dalam representasi Bentuk Logikal (BL) yang

merupakan rumus yang memberi interpretasi kepada kata-kata

bilangan; rumus Wh-Raising (Aoun, Hornstein dan sportiche (1981)

dan Huang (1984) yang merupakan rumus untuk menginterpretasikan

frasa-frasa in situ" (iaitu frasa-frasa soalan Wh yang tidak

malalui rumus sintaksis Perubahan- Wh) . Biasanya perubahan

daripada Struktur-L ke dalam BF dikenali sebagai "bahagian kiri"

tatabahasa dan perubahan Struktur-L ke dalam BL sebagai "bahagian

kanan" tatabasa. (Lihat rajah3).

3.2.3. Ubah-<*

Dalam Teori Standard dan Teori Standard Tambahan terdapat

berbagai-bagai rumus transformasi. (Lihat Chung 1975, 1976), Nik

Safiah Karim (1978) dan Mashudi Kader (1981) untuk bahasa

Malaysia dan Ross (1967) dan Emonds (1976) untuk bahasa Inggeris.

Rumus-rumus ini yang berupa "construction-specific" adalah

seperti pasif, klausa relatif, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dalam KT, komponen transformasi adalah

lebih mudah dan umum. Operasi Ubah-o(, dengan boleh merupakan

apa-apa kategori sahaja, dikawal atau "constrained" oleh satu

prinsip, iaitu subjacency. Ini bertujuan supaya ayat-ayat yang

28

Page 38: Teori Kuasaan Dan Tambatan

dibina tidak merupakan ayat-ayat yang tidak gramatis. Kategori-

kategori yang dirangkumi oleh alpha boleh bertaraf maksimal atau

minimal. Contoh kategori maksimal ialah kategori frasa seperti

FN, FK, Fp dan Fs (X dalam teori X berpalang). Kategori minimal

pula ialah kategori leksikal atau kata seperti KK, KN, KP dan KS

(X° dalam X-berpalang). Kategori pertengahan iaitu X (iaitu X-

satu palang) tidak boleh berubah dalam bahasa. Walau

bagaimanapun, Rouveret dan Vergnaud (1980) menunjukkan bahawa X

boleh mengalami perubahan dalam bahasa Perancis.

Representasi struktur ayat dalam bentuk sistem struktur

frasa ditinggalkan dengan digantikan dengan sistem X berpalang

(Chomsky 1970, Jackendoff 1977) . Kepala kepada satu frasa

menggambarkan satu frasa maksimal FX, dengan X merangkumi

kumpulan fitur [+N, ±K], dan [+N, -K] merupakan Kata Nama. [-N,

-K] satu adjektif. Selanjutnya, dalam keadaan "unmarked" (biasa)

semua kategori leksikal mempunyai struktur komplemen yang sama,

dan, dalam satu-satu bahasa itu komplemen biasanya nadir pada

posisi atau kedudukan yang sama berbanding dengan kepala. ini

menerbitkan bahasa-bahasa yang berkepala awal (hed-initial

languages), iaitu bahasa-bahasa yang komplemennya mengikuti

kepala, dan bahasa-bahasa yang berkepala akhir (head-final

languages), iaitu bahasa-bahasa yang komplemennya mendahului

kepada. spesifikasi ini, sama ada kedudukan awal atau akhir

satu-satu kepala itu, biasanya dikenali sebagai parameter kepala

awal/kepala akhir dalam teori X berpalang (head-initial/head-

final parameter). Contoh bahasa-bahasa berkepala awal adalah

29

Page 39: Teori Kuasaan Dan Tambatan

seperti bahasa Malaysia (Ramli Md. Salleh, 1987), bahasa Inggeris

(Emonds, 1985) dan bahasa-bahasa berkepala akhir adalah seperti

bahasa Cina (Huang 1982), Jepun, Vata dan Gbadi (Koopman 1984) .

Apabila Ubah-Alfa berlaku, iaitu perubahan satu konstituen

daripada satu posisi kepada posisi lain, ini meninggalkan tikas

(t) atau "trace" di tempat asalnya. Tikas diperlukan kerana

dalam Teori Standard Tambahan Semakan, interpretasi semantik

dilakukan pada Sturktur-L. Dengan perkataan lain, tujuannya

untuk mengetahui dari mana satu item itu diubah dalam Struktur-D.

Contohnya, apabila satu FN diubah, ini akan meninggalkan satu

tikas (t) pada posisi asalnya.

(5) a. Ali jumpa ap di dalam bilik itu. (Struktur-D)

b. Apakah Ali jumpa t di dalam bilik itu? (Struktur-L)

Kedudukan di mana satu-satu kategori itu diubah dipanggil

"landing position." Chomsky (1986) mencadangkan satu teori

perubahan seperti yang terlihat dalam (6) di bawah.

(6) Teori Perubahan (Chomsky 1986)

a. Tidak ada perubahan ke posisi komplemen.

b. Hanya X° boleh berubah ke posisi kepala .

c. Hanya projeksi maksimal sahaja boleh berubah ke

posisi specifier

d. Hanya projeksi maksimal dan minimal (X° dan X")

sahaja boleh menjalani rumus Ubah-

30

Page 40: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Penyataan (6) boelh dijelaskan lagi melalui rajah (7) di

bawah yang merupakan pengembangan struktur ayat (A) . Mengikut

(7), setipa ayat mengandungi nodus Komplementizer yang opsional.

Untuk pe yelaras, Chomsky (1986) telah memasukkan ayat ke dalam

teori X berpalang. Jadi sekarang kategori yang secara

konvensional dikenali sebagai A dilabelkan sebagai Frasa Infleksi

(FI) dan A' dilebel sebagai Frasa Komplementizer (FK). FI dan FK

sekarang dianggap sebagai salah satu projeksi maksimal selain FN,

FK dan FA. Sebagai satu projeksi maksimal, FI mempunyai INFL (I)

sebagai kepada dan FK mempunyai Komplementizer (K) sebgai kepala.

C (K) IP (FI = A)

NP (FN) I'

"T^""^ VP(FK)

v (KK) LIP (FN)

Berdasarkan (6a), tidak boleh berubah ke kanan. Dengan

perkataan lain tidak ada transformasi ke kanan dalan bahasa yang

natural. Seterusnya mengikut (6b) satu kategori leksikal hanya

boleh berubah ke posisi kepala sahaja (lihat 3.4 untuk

perbincangan lanjut). Sementara itu syarat (6c) pula menyatakan

bahawa hanya projeksi maksimal seperti FN, FK, FP, dan FA sahaja

boleh berubah ke posisi "specifier". Sebagai contoh, posisi

"specifier" dalam (7) ialah posisi FN (lihat 3.5). akhir sekali,

31

Page 41: Teori Kuasaan Dan Tambatan

syarat (6d) pula menyatakan bahawa hanya kategori kepala (=X°)

dan kategori maksimal (=X") sahaja berubah dalam bahasa.1

3.2.4 Perubahan X°

Perubahan X° ialah perubahan satu kategori kepala seperti KK

dan INFL Perubahan X° dikawal oleh satu prinsip yang dikenali

dengan Generalized Head Movement Constraint. Sebenarnya prinsip

ini tleah diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Travis (1984)

dan telah diubah suai oleh emonds (1985) dan Lobeck (1986).

(8) The Generalized Head Movement Constraint

suatu kepala hanya boleh diubah ke dalam atau

dicantumkan kepada suatu kepala lain yang menguasainya.

Contoh perubahan X° boleh digambarkan seperti dalam (9a-c).

FK

I KK = (X°)

I ti

Walau bagaimanapun Rouvert dan Vergnaud (1980) mengatakan dalam b a h a s a P e r a n c i s , k a t e g o r i p e r t e n g a h a n (=X') b o l e h b e r u b a h . Dengan pe rka t aan l a i n , boleh merupakan X ' .

32

(9) a,

I = (X)

KKJ

Page 42: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(9) b. FI

leksikal

FK

KK = (X°)

(9) c.

K = (X°)

K = (X o,

(9a,b) menunjukkan KK yang merupakan kepala kepada FK telah

berubah ke satu posisi kepala lain, iaitu INFL, kepala kepada FI.

Perbezaan antara (9a) dan (9b) adalah dalam (9a) KK yang berubah

itu masuk ke dalam nodus INFL yang kosong. Perubahan ini

merupakan satu penggantian (subtitution). Sementara itu dalam

(9b) KK dicantumkan dengan cantuman-Chomsky kepada nodus INFL

yang berisi dengan leksikal. Perubahan ini merupakan satu

cantuman (adjunction). (9c) pula menggambarkan perubahan KK ke

INFL dan ke KOMP. sila lihat contoh-contoh (10). Contoh-contoh

dalam (11) menunjukkan perubahan INFL ke KOMP.

33

Page 43: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(10) a.

b.

c.

Ali pergi ke sekolah.

Pergikah Ali ke sekolah?

[ pergikah, [ Ali [ ti [ t>ke sekolah]]]] K' FI I' FK

(11) a.

b.

c.

Ali sudah pergi ke sekolah.

Sudahkan Ali pergi ke sekolah?

[sudahkahi[ Ali[ ti[pergi ke sekolah]]]] K' FI I' FK

Dalam perubahan X°, X° yang berubah itu mestilah berubah ke

satu psosis X° yang terdekat dan tidak boleh terus melompat ke

satu posisi X° yang lebih tinggi seperti yang tergambar dalam

(12) di bawah. Jikalau ini berlaku ia akan melahirkan ayat-ayat

yang tidak gramatis seperti dalam (13). (Lihat Ramli Md. Salleh,

1987 untuk perbincangan yang lebih terperinci).

(12)

K

KK.

leksikal

X

34

Page 44: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(13) a. *Masukkah aminah sudah ke dalam bolik itu?

b. *Berjalankah dia akan boleh selepas kemalangan itu?

3.2.5 Perubahan FX

Contoh-contoh Perubahan FX adalah seperti berikut:

(14) a. Dengan siapakah dia tinggal di rumah?

b. Bilakah awak akan datang?

(15) a. [ Dengan siapakah^ [ dia [ [tinggal di rumah tH]] ] ] CP IP I' FK

b. [ Bilakah^ [ awak [ akan [ datang tj]]]] CP IP I' FK

Struktur-L dalam (15) menunjukkan bahawa dua frasa-wh yang

sebenarnya FN, iaitu dengan siapa dalam (15b) telah berubah

tempat dari tempat asal ke pangkal ayat dengan meninggalkan tikas

masing-masing.

3.2.6 SUBJACENCY

Subjacency merupakan syarat kepada Ubah- yang berupa

syarat universal.

(16) Syarat Subjacency (dari Van Riemsdijk & William, 1986)

Tiada ada rumus yang menghubungkan X, Y dalam

struktur...X... [ ...[ ,..Y...(atau...Y... ]... ]...

X) di mana dan merupakan nodus-nodus yang

mengikat (bounding nodes).

35

Page 45: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Dalam bahasa yang lebih mudah, apa yang dimaksudkan oleh

(16) ialah satu konstituen atau kategori yang menjalani Ubah-

tidak boleh diubah melangkaui lebih daripada satu nodus yang

mengikat (bounding nodes) dalam tiap-tiap satu rumus yang

diaplikasikan.

Teori universal menentukan bahawa nodus yang mengikat ini

ialah FN, A dan A. Walau bagaimanapun ada bahasa-bahasa yang

mempunyai nodus mengikat (bounding nodes) sama ada terdiri

daripada A atau A. contohnya ayat (17) di bawah tidak gramatis

kerana telah melanggar subjacency.

(17) +Which books did you ask John where Bill bought.

(18) *[ [you ask John[ [Bill bought [which book] [Where]]]] Ki IP K2 IP

X

Dengan ringkas subjacency menentukan bahawa setiap satu

perubahan itu mestilah bersifat "successive cyclic movement."

Dengan cara ini ayat tidak "over-generate."

3.3. MODUL-MODUL

3.3.1. Teori Kasus

Kasus mula-mula diperkenalkan oleh Rouveret dan Vergnaud

(1980). Kasus merupakan bentuk namaan suatu FN untuk menyatakan

hubungan FN itu dengan kata-kata lain dalam ayat. Chomsky (1981)

menyatakan bahawa Kasus adalah untuk menentukan sama ada suatu

36

Page 46: Teori Kuasaan Dan Tambatan

ayat itu gramatis atau tidak. Semua FN yang nyata (overt), iaitu

yang mempunyai pewujudan fonetik mesti mempunyai kasus. syarat

ini nyata dalam Tapisan Kasus.

(19) Tapisan Kasus (Chomsky, 1981) *FN, jika FN tidak mempunyai Kasus.

Sebagai contoh, dalam bahasa Inggeris kata ganti nama

mempunyai kedudukan yang berbeza - lihat paradigma dalam (20).

(20) he - him - his

Ketiga-tiga bentuk ini dikenali sebagai mempunyai kasus yang

berbeza, he mempunyai kasus nominatif, him kasus objektif, dan

his kasus genitif. Bentuk kasus yang berbeza ini digunakan pada

kedudukan yang berbeza dalam ayat.

(21) a. He lives here (= nominatif).

b. I can't stand him ( = objektif).

c. His car has broken down (= genitif).

(22) Kedudukan Kasus Pemberi Kasus

objek KK objektif KK

objek preposisi objektif KP

subjek nominatif INFL

Seperti yang tergambar dlam (22), kasus (sama ada nyata atau

abstrak) diberi kepada FN dalam lingkungan sintaksis yang

tertentu. contohnya, aobjek kepada KK mendapat kasusnya daripada

KK, dan objek kepada KP mendapat kasusnya daripada KP tersebut.

37

Page 47: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Penanda kasus mempunyai sifat yang sama. Pertama, semuanya

adalah daripada kategori leksikal. Keuda, penanda kasus ini sama

ada leksikal (KK dan P) atau INFL yang bukan kategori leksikal,

tetapi bukan frasa. Ketiga, kesemua ialah kepala kepada frasa

yang mengandungi FN yang mendapat kasus. contohnya KK ialah

kepada kepada FK, KP kepala kepada FP dean INFL kepala kepada

ayat (A). Walau bagaimanapun tidak semua kepala frasa merupakan

penanda kasus - contohnya (N dan A).

Penandaan kasus hanya boleh dilakaukan apabila penanda kasus

dan FN yang akan menerima kasus mempunyai hubungan struktur -

dikenali sebagai "kuasaan" atau "government". Secara umumnya,

kuasaan merupakan satu perhubungan antara kepala dengan

komplemennya. Ada dua syarat penting dalam penadaan satu-satu

kasus itu:

(i) satu Fn yang akan ditandakan kasusnya mestilah

dikuasai oleh penanda kasus tersebut.

(ii) Penanda dan penerima kasus mestilah berada dalam

projeksi maksimal yang sama.

Sebagai panduan, lihat paradigma dalam (23) di bawah:

(23) a. [ KK FN] FK

b. i. [KK[ PFN]] FK FP

ii. [ KK [ FN FK]] FK A'

38

Page 48: Teori Kuasaan Dan Tambatan

ixi. [ KK FN-, [ PFN2] ] FK FP

iv. [ FN [ KK]] A FK

Contohnya, KK menguasai FN dalam (23a) dan seterusnya menandakan

kasusnya, tapi dalam (23-i), (23-ii) dan (23-iv). Dalam (23-iii)

kk menguasai FN-^ tidan FN2 .

3.3.2. Teori Theta

Teori Theta dalam teori KT bertujuan untuk menghuraikan

hubungan antara KK dengan "argument". Contohnya, KK dalam (24)

mempunyai dua "argument", FN Ahmad dan buku.

(24) Ahmad membaca buku.

Seterusnya, Teori Theta menentukan keadaan bila satu FN itu

boleh menjadi "argument" satu KK. Untuk membezakan jenis-jenis

"argument" istilah seperti "agen", "patient" dan "goal"

digunakan.

Peranan theta sebagai agen, "patient", "goal" dan Iain-lain

ditandakan oleh KK. Seperti juga dengan penandaan kasus,

penandaan theta (theta marking dilakukan di bawah "government".

Maksudnya, KK tidak dapat menandakan theta kepada FN yang

kedudukannya dalam klausa yang lebih atas atau lebih bawah pada

struktur-D. Dengan perkataan lain penanda dan penerima theta

mestilah berada dalam projeksi maksimal yang sama.

39

Page 49: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(25) FN...[ ..KK [ FN...]...] IP IP

Contohnya, kedua-dua FN dalam (25) di atas tidak boleh menjadi

argumen kepada KK dan KK tidak boleh menandakan theta kepada

keuda-dua FN tersebut kerana kedua-dua penanda dan penerima theta

tidak berada dalam projeksi maksimal yang sama. Walau

bagaimanapun ada kecualinya; iaitu penandaan theta kepada subjek.

Jika FK merupakan satu projeksi maksimal, jadi subjek adalah di

luar projeksi maksimal tersebut dan KK tidak menguasai subjek.

Tetapi secara amnya, subjek ialah subjek kepada FK, jadi

dikatakan bahawa penadaan theta kepada subjek dibuat oleh FK.

Ini dipanggil "indirect theta marking" dan subjek itu dikenali

sebagai "external argument".

(26) [ Ahmad [ membaca buku]] A FK

Argument yang lain adalah "internal" kerana dikuasai oleh KK.

(27) [ FN [ KK FN FN FP ] ] IP FK

Semua FN internal" dalam (27) dikausai dan ditandai thetanya oleh

KK.

3.3.3. Teori Kawalan

Teori Kawalan ini memperkatakan tentang satu kategori

kosong, iaitu bentuk pronominal (PRO) yang tidak mempunyai

pewujudan fonetik.

40

Page 50: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(28) a. Ahmad duduk berdoa.

b. Ahmad duduk PRO berdoa.

PRO berbeza darikada tikas (trace) walaupun kedua-duanya

merupakan kategori kosong. PRO dianggap seperti FN leksikal dan

PRO terbit pada Strukur-D, sementara tikas wujud daripada

perubahan dan terbit pada Struktur-L. PRO ditandakan

antesedennya, iaitu satu FN yang hadir sebelumnya di tahap Bentuk

Logikal untuk tujuan interpretasi. Dengan kata lain PRO di "co-

indexed" dengan sesuatu FN.

(29) Ahmad-i_ duduk PRO.̂ berdoa.

Dalam Teori Standard dengan interpretasi semantik dibuat pada

tahap Struktur-D, hubungan kawalan ditentukan oleh satu

transformasi pengguguran, "Equi Deletion": iaitu subjek ayat

(kalau dalam bahasa Inggeris - ayat infinitif) digugurkan jika ia

identikal dengan sesuatu FN sebelumnya. Tetapi dalam teori KT,

oleh sebab interpretasi semantik dibuat pada tahap Struktur L,

PRO digunakan. Dalam teori KT didapati bahawa gagasan identiti

tidak mencukupi. Contohnya, Struktur-D ayat (30A) tidak

mempunyai makna yang sama seperti Struktur-L (30b); malah (30b)

bermakna seperti dalam (30c), dan (30a) mempunyai interpretasi

(30d) .

(30) a. Everyone, wants everyone to win.

b. Everyone^ wants PROj_ to win.

c. For all X, X wants X to win.

d. For all X, X wants that for all Y to win.

41

Page 51: Teori Kuasaan Dan Tambatan

2.3.4 Teori Tambatan

Dalam Teori KT, oleh sebab interpretasi dilakukan

keseluruhannya pada tahap Struktur-L, harus ada hubungan tikasnya

setelah melalui Ubah . Tikas ini mesti ditambatkan (bind)

kepada konstituen yang dipindahkan itu.

(31) Siapakah^ awak suka t^

Juga untuk tujuan interpretasi semantik kata-kata anafora

seperti himself dan Iain-lain, pronominal seperti his, him dan

Iain-lain mestilah dihubungkan dengan antesedennya. Teori

Tambatan mengandungi beberapa syarat atau prinsip (32) dan

contoh-contoh seperti dalam (33) di bawah.

(32) Syarat Tambatan

a. Anafora, resiprokal, tikas mesti diikat pada

tempat-tempat tertentu.

b. Pronomina adalah bebas pada tempat-tempat tertentu.

c. FN biasa adalah bebas.

(33) a. Who^ does he+^/- think e^ left.

b. He*.j/ thinks John^ left.

(34) a. John^ cut himself^

b. They^ shot the arrows.: at each other.:

c. They.: shot the arrows • at each other.:

42

Page 52: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Misalnya dalam (33a) tikas dihubungkan melalui ikatan dengan

antesedennya yang mempunyai indeks yang sama, iaitu who, (33b)

pula menunjukkan bahawa pronomina adalah bebas, iaitu tidak perlu

diikat dengan antesedennya apabila ia berada pada satu posisi

tertentu. Sementara itu John dalam (33b) adalah bebas dan tidak

perlu diikat. (34-c) ialah contoh-contoh kata anfora himself,

iaitu (34a) dan kata resiprokal each other iaitu (34b,c).

Mengikut syarat (32a) anafora dan resiprokal mesti diikat kepada

antesedennya.

3.4. PENUTUP

Bab ini cuba memaparkan dengan secara ringkas konsep-konsep

teori Kuasaan dan Tambatan. Seperti yang dinyatakan pada

bahagian awal, sebahagian besar contoh-contoh adalah daripada

bahasa Inggeris. Ini kerana konsep-konsep yang bersangkutan

masih belum diterokai dalam bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa

Melayu dan bahasa serumpun yang lain. Di harapkan lebih ramai

ahli bahasa berminat untuk menerokai konsep-konsep tersebut untuk

melihat kesesuaiannya dalam bahasa Malaysia.

43

Page 53: Teori Kuasaan Dan Tambatan

BAB 4

Urutan Dasar Bahasa Melayu

4.0 Pengenalan

Bab ini mengandungi satu huraian tentang binaan dasar bahasa

Melayu. Untuk memudahkan pembaca mengikuti perkara-perkara yang

akan dibincangkan di dalam bab-bab berikutnya, bab ini

mengandungi binaan dasar bahasa Melayu. Bahasa Melayu mengandungi

beberapa dialek: dialek daerah, sebagai contoh, dialek daerah

Utara, Selatan, Timur dan Barat. ; dan dialek sosial seperti

dialek bazar, kolokuil dan bahasa Melayu standard. Di dalam bab

ini, perbincangan berdasarkan bahasa Melayu standard (selepas

ini, bahasa Melayu). Ini adalah kelainan yang digunakan di dalam

situasi formal seperti di radio, televisyen, sekolah dan Iain-

lain.

4.1 Urutan Perkataan

Bahasa Melayu adalah satu bahasa "konfigurational" dengan

kedudukan yang tetap bagi subjek FN [FN,A], FLEKSI dan FK. Urutan

perkataan adalah sangat penting dalam bahasa Melayu kerana bahasa

ini tidak menggunakan sistem deklensi atau konjugasi. Tidak

terdapat penandaan kasus yang nyata ke at as FN, dan juga tidak

kedapatan fenomena penyesuaian di antara FN subjek [FN,A] dan

kata kerja. Kata kerjanya tidak ditandai dengan apa-apa fleksi.

44

Page 54: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Kala biasanya ditandai oleh keadaan, adverba masa atau kata kerja

bantu. Persoalan ini akan dibincangkan dalam bahagian 1.5.

Urutan kata dasar dalam satu ayat penyata ialah Subjek-

FLEKSI-Kata Kerja-Objek. Objek langsung biasanya terdapat selepas

kata kerja. Objek tak langsung dan FN oblik biasanya terdapat

bersama preposisi (lihat Chung [1975] dan Mashudi Kader [1981] ,-

konstruksi yang tidak mengikuti pola yang tersebut di atas akan

dibincangkan di dalam bahagian seterusnya.

(1) a. Ali telah membeli buku itu di kedai semalam.

b. Siti membeli sebuah jam untuk Ali.

c. Ayah telah menyembelih lembu dengan pisau.

d. Ali mengambil buku dari para.

e. Ali memberi sepuluh ringgit kepada dana itu.

Di antara kata kerja dan objek langsung atau di antara

preposisi dan FNnya tidak boleh diselitkan dengan apa-apa

kategori. Dengan perkataan lain, objek kepada satu kata kerja

atau preposisi mesti terus mengikuti kepalanya.

(2) a. *Ali telah membeli semalam buku itu di kedai.

b. *Ali telah membeli di kedai buku itu semalam.

c. *Siti membeli sebuah jam untuk semalam Ali.

d. *?Ayah telah menyembelih dengan pisau lembu itu.

e. *?Ali mengambil dari para buku itu.

45

Page 55: Teori Kuasaan Dan Tambatan

f. *?Ali memberi kepada dana itu sepuluh ringgit.

g. *?Siti membeli untuk Ali sebuah jam.

Perhatikan bahawa di dalam (2a,d) tiap-tiap ayat mengandungi

satu argumen menyelit di antara kata kerja dan objek langsungnya,

sementara di dalam (2b) satu adverba menyelit di antara kata

kerja dan objek langsungnya dan di dalam (2c) satu adverba

menyelit di antara preposisi dan objeknya. Ayat-ayat di dalam

(2d,e,f,g) ditandai dengan " + ?" untuk menunjukkan bahawa ayat-

ayat tersebut diterima secara marginal sebagai konstruksi "Heavy

NP Shift". Ketidakgramatisan ayat-ayat di dalam (2) boleh

diterangkan dengan teori Kasus, khasnya, syarat ke atas

"adjacency" yang berhubung dengan penandaan Kasus (Chomsky

[1981], Stowell [1981]), satu persoalan yang akan dibincangkan di

dalam bab 3.

4.2 Kategori-Kategori Frasa FN,FP,FA

Bahagian berikutnya membincangkan mengenai projeksi kategori

leksikal (N,P,A) dan penyebarannya:kepala-akhir lawan kepala-

awal.Di bawah akan ditunjukkan bahawa kategori leksikal mempunyai

projeksi maksimal, dan semuanya adalah berkepala-awal.

4.2.1 Penjodoh Bilangan

Sebelum perbincangan selanjutnya akan dibincangkan terlebih

dahulu secara ringkas sistem penjodoh bilangan dalam bahasa

Melayu, yang merupakan saatu-satunya elemen yang mendahului kata

46

Page 56: Teori Kuasaan Dan Tambatan

nama kepala dalam struktur permukaan. Sistem nombor ditandai

dengan wujudnya satu kategori yang dipanggil penjodoh bilangan

namaan.l Penjodoh bilangan merupakan sejenis "grammatical

formatives" yang mengikuti kata nombor dan kata bilangan dan

bertindak sebagai penerang kepada kata nama kepala. Walau

bagaimanapun, perlu disebut bahawa di dalam perkembangan semasa

bahasa Melayu, pemakaian sesetengah daripada penjodoh bilangan

ini adalah wajib sementara sesetengahnya pula adalah opsional.

Sebagai contoh, penjodoh bilangan bagi kata nama animate adalah

wajib, tetapi bagi kata nama tak animate, wajib atau opsionalnya

kehadiran satu-satu penjodoh bilangan itu ditentukan oleh kata

nama yang wujud bersama.

(3) a. Dua orang budak

b. Dua batang kayu

c. Dua (batang) pensel

Penjodoh bilangan boleh dibahagikan kepada dua kategori

sintaksis: (i) yang berfungsi sebagai kata nama dan (ii) yang

berfungsi hanya sebagai penjodoh bilangan. Di bawah diberikan

contoh-contoh daripada kedua-dua kategori:

(4) i. orang; penjodoh bilangan bagi manusia.

ekor,- penjodoh bilangan bagi binatang.

biji; penjodoh bilangan bagi benda bulat dan kecil.

batang; penjodoh bagi benda yang panjang.

kuntum,- penjodoh bilangan bagi bunga.

47

Page 57: Teori Kuasaan Dan Tambatan

ii. utas; penjodoh bilangan bagi benda seperti benang.

helai; penjodoh bilangan bagi benda yang nipis (seperti

kertas, baju, dll.)

Seterusnya, penjodoh bilangan hanya wujud bersama kata nama

yang boleh dibilang dan ditandai oleh sejenis fitur semantik

(contohnya, ± animate, ± manusia).

Persoalan yang timbul sekarang ialah kedudukan dasar

penjodoh bilang ini. Sperti yang disebutkan awal tadi, penjodoh

bilangan merupakan "grammatical formatives", dan sebagai

"grammatical formatives" seperti kata "determiner", kata kerja

bantu, kata nafi dan sebagainya, kata-kata ini mestilah mempunyai

kedudukan dasar di dalam "Specifier" yang dikenali sebagai FS (X)

di dalam sistem X-berpalang. Oleh kerana itu, kata-kata ini

mempunyai kedudukan dasar di dalam FS(N) bersama-sama dengan kata

nombor dan kata bilangan yang boleh wujud bersama. Bahawa FS (N)

menaungi lebih daripada satu morfem bukanlah merupakan satu

keadaan yang luar biasa kerana terdapat bukti-bukti di mana INFL,

yang dianggap sebagai FS(K) di dalam Emonds (1985), di dalam

bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain boleh menaungi satu kumpulan

morfem seperti morfem kala, nafi dan modal di dalam struktur

dasar. Lihat sebagai contoh bahagian 1.4. untuk bahasa Melayu,

Koopman (1984) untuk bahasa-bahasa Kru, dan Lobeck (1986) untuk

bahasa Inggeris.

48

Page 58: Teori Kuasaan Dan Tambatan

4.2.2. FRASA NAMA (FN)

Struktur internal FN di dalam bahasa Melayu boleh

dibahagikan ke dalam dua jenis berdasarkan urutan perkataan kata

"specifier" yang menerangkan kata nama kepala. Jenis pertama

boleh ditunjukkan dengan baiu itu dan jenis kedua dengan tiga

helai baju. ramai orang dan sebagainya. Di dalam contoh yang

terdahulu itu, kata penentu itu mengikuti kata nama kepala,

sementara di dalam contoh yang terkemudian, kata nombor dan kata

bilangan bersama dengan kata bilangan mendahului kata nama kepala

dalam satu urutan yang tetap: KATA NOMBOR/KATA BILANGAN-PENJODOH

BILANGAN-KATA NAMA.

Kedudukan kata penentu yang mengikuti kata nama ini

merupakan satu keadaan yang tidak selari kerana lain-lain ahli

FS(N) seperti kata nombor dan kata bilangan biasa mendahului kata

nama kepala. Keadaan sedemikian juga terdapat dengan kata kerja,

kata preposisi, dan kata adjektif. Sebagai contoh, seperti yang

akan ditunjukkan kemudian, kata kerja di dalam bahasa Melayu di

dahului oleh kata kerja bantu dan kata nafi, kata preposisi

didahului oleh kata betul-betul dan kata adjektif didahului oleh

kata sangat. Dengan perkataan lain, semua ahli FS(X) mengikut

prinsip "Head Placement of non-phrasal Modifiers" yang diutarakan

oleh Emonds (1985) kecuali kata penentu. Prinsip ini secara

kasarnya mengatakan bahawa semua kata penerang yang bukan frasa

mendahului kepala di dalam struktur dasar. Untuk mengikut prinsip

ini, dicadangkan bahawa kata penerang yang mengikuti kata nama

49

Page 59: Teori Kuasaan Dan Tambatan

kepala di dalam struktur lahir timbul daripada posisi pra-kepala

di dalam struktur batin. Jadi, semua kata "specifier" mendahului

kata nama kepala di dalam struktur batin.

Sejauh ini, kita hanya memperkatakan posisi kata "specifier"

berbanding dengan kata leksikal kepala. Telah ditunjukkan bahawa

kata "specifier" namun terdapat di dalam dua posisi di dalam

struktur lahirnya, iaitu mendahului dan mengikuti kata nama

kepala. Sekarang, bagaimana pula dengan posisi komplemen? Di

dalam bahasa Melayu,, semua komplemen kepada kata nama mesti

mengikuti kata nama kepala.

(5)a. Pembangunan ke atas bandar itu telah bermula.

b. Ayam yang dibeli oleh ayah itu telah dimasak.

c. Baju merah itu telah dicuri.

d. Baju Ahmad telah dicuri.

Kesimpulannya, satu FN di dalam bahasa Melayu itu

mengandungi satu kata nama kepala dan satu atau lebih daripada

satu kata penerang. Kata penerang bukan frasa seperti kata

bilangan dan kata bilangan yang opsional sentiasa mendahului

kata nama kepala, sementara kata penentu mengikuti kepala di

dalam struktur lahir. Semua penerang berbentuk frasa seperti FN

genetif, frasa adjektif, dan komplemen-komplemen lain mengikuti

kata nama kepala. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa FN di dalam

bahasa Melayu bersifat seperti FN di dalam bahasa Inggeris,

kecuali FN kepunyaan yang dikedepankan - satu anomali di dalam

bahasa Inggeris - tidak wujud.

50

Page 60: Teori Kuasaan Dan Tambatan

4.2.3. Sendi Nama

Di dalam bahasa Melayu, terdapat dua kelas kata sendi nama:

(i) kata sendi nama biasa seperti dari, kepada, dengan. untuk.

dll., dan (ii) "kata adverba tempat dan arah" seperti di bawah,

di sana. di luar, ke dalam, dll. Kata preposisi biasa mengandungi

morfem bebas seperti terlihat di dalam (6a) dan (7a-c) dan

partikel yang diimbuhkan kepada objeknya seperti terlihat di

dalam (6b) dan (7d-e).

(6)a. dekat

untuk

dari

selama

dengan

kepada dll.

b. di­

ke-

(7)a. Dia belajar selama tiga jam.

b. Ahmad memberi $10.00 kepada budak itu.

c. Ahmad membeli bunga untuk Mary.

d. Saya tinggal di Kuala Lumpur.

e. Dia pergi ke Kuala Lumpur semalam.

"Kata adverba tempat dan arah" mengandungi satu kombinasi

kata partikel arah ke atau kata partikel tempat di dan satu kata

51

Page 61: Teori Kuasaan Dan Tambatan

adverba. Kata-kata partikel ini adalah sama secara fonologisnya

dengan kata-kata sendi nama biasa yang terdapat di dalam (6b).

(8)a. di bawah

di atas

di sini

ke dalam

ke luar

ke bawah

Kata-kata adverba ini boleh di anggap sebagai kata-kata

sendi nama tak transitif (lihat Klima yang disebut di dalam

Emonds (1973)), iaitu kata-kata sendi nama yang tidak memerlukan

apa-apa objek, yang berlainan daripada kata-kata sendi nama biasa

dalam (6) yang mesti memerlukan objek. Selanjutnya, sesetengah

daripada kata-kata adverba di dalam konstruksi partikel-adverba

mempunyai sifat yang seakan sama dengan partikel di dalam

konstruksi kata kerja-partikel dalam bahasa Inggeris (up, out,

in, dll), yang telah dibincangkan di dalam Emonds (1973, 1976)

sebagai kata-kata preposisi tak transitif. Sebagai kata preposisi

tak transitif, kata-kata ini boleh diaplikasikan rumus Perubahan

Partikel (Particle Movement). Kita akan kembali membincangkan

rumus ini di dalam bab 2.

(9)a. Dia melempar ke luar buku itu.

b. Dia melempar buku itu ke luar.

(10)a. Ahmad membawa ke bawah lampu itu.

b. Ahmad membawa lampu itu ke bawah.

52

Page 62: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(11)a. Dia membayar balik hutangnya.

b. Dia membayar hutangnya balik.

Satu lagi ciri kata preposisi biasa dan kata sendi nama tak

transitif ialah kebolehannya untuk qwujud bersama "specifier"

atau kata penerang betul-betul. Keadaan ini sama dengan kata

sendi nama dalam bahasa Inggeris (lihat Jackendoff (1973) , Emonds

(1973,1976)). Kata "specifier" atau penerang ini biasanya

mendahului kata sendi nama sementara komplemen yang berbentuk

frasa biasanya mengikutinya.

(12)a. John berdiri betul-betul dekat pejabat itu.

b. Dia berjalan betul-betul di bawah jambatan.

c. Aminah jatuh betul-betul di sini.

Sekali lagi, bahasa Melayu menunjukkan sifat yang sangat

sama dengan sifat bahasa Inggeris, iaitu berhubung FP. Seperti

yang telah kita lihat, seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu

mempunyai kedua-dua kata preposisi transitif dan tak transitif.

Sebagai satu kata leksikal kepala, satu kata preposisi boleh

didahului oleh satu kata "specifier" atau penerang. Dalam bab 3,

akan dibahas bahawa kata preposisi tersebut tidak boleh

dipisahkan daripada objeknya. Di sini akan diperkatakan tentang

penandaan Kasus.

Seperti yang telah ditunjukkan di atas, bahasa Melayu

merupakan satu bahasa yang mempunyai kata preposisi, dan kata

53

Page 63: Teori Kuasaan Dan Tambatan

preposisi bersama dengan komplemennya merupakan satu konstituen

yang boleh melalui rumus Perubahan-Wh, Topikalisasi dan

Pendepanan Fokus di dalam konstruksi soalan ia-tidak. Kesemua

konstruksi ini akan dibincangkan di dalam bahagian lain. Walau

bagimanapun, harus disebutkan di sini bahawa kata preposisi di

dalam bahasa Melayu tidak boleh dipisahkan daripada objeknya

(lihat Chung (1975) dan Mashudi Kader (1981)). Di bawah diberikan

beberapa contoh.

(13)a. Kepada siapakah awah beri buku itu?

b. Dengan apakah Ahmad pukul pencuri itu?

c. Di manakah dia peregi ke sekolah?

d. Di Kuala Lumpurkah awak beli buku itu?

e. Dengan Abukah awak pergi ke Kuala Lumpur?

f. Ke Kuala Lumpur, dia pergi semalam.

(14)a. *Siapakah awak beri buku tiu kepada?

b. *Apakah Ahmad pukul pencuri itu dengan?

c. *Manakah dia pergi ke sekolah di?

d. *Kuala Lumpurkah awak beli buku itu di?

e. *Abukah awak pergi ke Kuala Lumpur dengan?

f. *Kuala Lumpur dia pergi ke semalam.

Kata sendi nama boleh digulungkan bersama dengan kata kerja

yang mempunyai fitur [-N] dan seperti kata kerja, kata-kata ini

dianggap sebagai penanda Kasus. Sebagai satu penanda Kasus, kata

ini tidak boleh dipisahkan daripada penerima Kasus kerana bahasa

Melayu mematuhi syarat "strict adjacency" di dalam proses

54

Page 64: Teori Kuasaan Dan Tambatan

penandaan Kasus (lihat Chomsky (1981), Stowell (1981)). Kita

akan membahaskan perkara ini dalam bab 3.

Sebagai kesimpulannya, kita telah menunjukkan bahawa

terdapat satu kategori leksikal P yang mengepalakan satu peluasan

maksikum FP. Selanjutnya, P sebagai kepala boleh diterangkan oleh

satu kata "specifier" atau penerang, dan terdapat dua jenis kata

preposisi: transitif dan tak transitif.

4.2.4 Frasa Adjektif

Di dalam bahasa Melayu, kata adjektif wujud selepas kata

nama. Kata ini boleh diterangkan oleh elemen darjat seperti kata

perbandingan dan Iain-lain ekspresi penerang (seperti sangat),

dan kata adjektif boleh menerima komplemen yang berbentuk frasa.

Kata "specifier" atau penerang mesti mendahului kata kepala

sementara komplemen frasa mesti mengikuti kepala.

(15)a. Baju merah.

b. Baju sangat merah.

c. Sangat gembira tentang keputusan itu.

Jadi, seperti kata nama, kata sendi nama, dan kata kerja,

satu kata adjektif juga merupakan satu kategori leksikal major

dalam bahasa Melayu dan boleh diluaskan kepada satu peluasan

maksimal FA. FA akan dibincangkan lagi di dalam 1.6.

55

Page 65: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Sebagai kesimpulan, perbincangan di atas menunjukkan

beberapa persamaan di antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Contohnya, di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, kata nama

kepala didahului dalam struktur dasar oleh kata penegas, nombor

dan kata bilangan. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu berbeza

daripada bahasa Inggeris di mana kata kepunyaan yang

dikedepankan, iaitu satu anomali di dalam bahasa Inggeris, tidak

wujud. Begitu juga, seperti kata kerja dalam bahasa Inggeris,

kata kerja dalam bahasa Melayu didahului oleh kata kerja bantu

dan kata nafi.

Perbincangan ini juga menunjukkan bahawa semua kategori

leksikal mempunyai peluasan maksimal, dan kesemuanya adalah

berkepala-awal. Dalam struktur dasar semua kata penerang yang

bukan frasa mendahului kata leksikal kepala. Seterusnya,

perbincangan ini juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu secara

kasarnya mempunyai sifat sama dengan bahasa Inggeris berhubung

dengan parameter kepala-awal/kepala-akhir dalam teori X-

berpalang. Ini bermaksud kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris mempunyai struktur komplemen yang sama. Di dalam kedua-

dua bahasa komplemen mengikuti kepala, dan ini menjadikan bahasa-

bahasa ini bahasa-bahasa berkepala-awal.

4.3. Struktur Ayat

Dalam bahagian ini, kita akan melihat konstituen di dalam

ayat. Tipologi Subjek-Kata Kerja-Objek (SKO) menunjukkan bahawa

56

Page 66: Teori Kuasaan Dan Tambatan

konstituen yang relevan dalam ayat ialah subjek dan predikat

(lihat Travis (1984)). Ini adalah ruraus perluasan ayat Chomsky

yang original:

(17) A > FN FK

Dengan andaian bahawa sesuatu elemen sintaksis iaitu INFL

merupakan elemen yang menyatakan kala dan aspek di samping

menyatakan kewujudan dan kadangkala ketidakwujudan "judgement in

a preposition" (lihat Emonds (1985, bab 3)), berdasarkan pendapat

Emonds dan Travis, kita masukkan INFL ke dalam sistem jenis SKO.

Konstituen yang relevan sekarang ialah S,K,0 dan INFL, dan

konstituen yang relevan bagi ayat ialah (i) FN subjek, (ii) INFL,

dan (iii) FK. Sekarang kita ada rumus (18) untuk perluasan ayat:

(18) A > FN INFL FK

Berbalik kepada bahasa Melayu, berdasarkan INFL berada di

antara FN subjek dan FK di dalam ayat biasa, kita mengenalpasti

kedudukan yang betul konstituen INFL ini. (Kita akan berbalik di

dalam bahagian 1.4. untuk melihat justifikasi nodus sintaksis

ini) . Dengan perkataan lain, kita harus melihat sama ada INFL

dalam bahasa Melayu dikuasai terus oleh ayat atau oleh FK (iaitu

predikat dalam istilah tradisional). Dalam bahagian ini, kita

akan mengatakan bahawa INFL bukannya dikuasai terus oleh ayat,

tetapi dianalisis sebagai dikuasai terus oleh Predikat (= INFL').

Dengan lain perkataan, kita akan menyangkal pendapat bahawa

struktur ayat itu merupakan satu struktur yang "flat" seperti

dalam (18), tetapi seharusnya seperti dalam (19), yang sama

57

Page 67: Teori Kuasaan Dan Tambatan

dengan pendapat Huang (1982), Pesetsky (1982), dan Chomsky

(1986b).

(19) a. A >FN INFL'

b. INFL' > INFL FK

Di bawah diberi beberapa justifikasi untuk mempertahankan

(19) . Argumen pertama berkait dengan sifat INFL dan FK dalam

bahasa Melayu. Terdapat beberapa bukti seperti yang terdapat di

dalam konstruksi soalan ya-tidak yang menunjukkan INFL dan FK

merupakan satu konstituen (rujuk Freeman, Hetzron & Schwartz

(1970) dan Mashudi Kader (1981)). Di sebelah pihak lain pula,

terdapat juga bukti seperti Pengguguran FK dan Inversi Subjek-

KKB yang menunjukkan bahawa INFL dan FK bukan merupakan satu

konstituen yang sama (rujuk Nik Safiah Karim (1978)) .

Sekarang kita lihat data, yang dimulai dengan konstruksi

soalan ya-tidak. (Kita akan memperkatakan konstruksi ini secara

terperinci dalam bab 3 dan 4 ). Secara kasarnya, rumus soalan ya-

tidak ini dilakukan bila suatu bahagian ayat hendak disoal,

bahagian itu akan dibawa kekedudukan awal ayat. Lazimnya, penanda

soalan KAH diletakan di hadapan konstituen atau bahagian

tersebut. Jadi, dari satu ayat penyata (20a) akan terdapat

(20b,c) .

3 (20) a. Aminah pergi ke sekolah

b. Pergikah Aminah ke sekolah?

c. Ke sekolahkah Aminah pergi?

58

Page 68: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Bila kata kerja didahului oleh sesuatu elemen dalam Fleksi

seperti kata nafi atau KKB (rujuk 1.4.) elemen ini boleh disoal

seperti terlihat dalam contoh di bawah.

(21) a. Aminah sudah pergi ke pasar.

b. Sudahkah Aminah pergi ke pasar?

(22) a. Aminah tidak pergi ke pasar.

b. Tidakkah Aminah pergi ke pasar?

Perhatikan bahawa secara tidak langsung, ayat-ayat di dalam

(b) juga merupakan contoh Inversi Subjek-KKB dalam bahasa Melayu.

Kita akan memperkatakan persoalan ini di bawah dan juga dalam bab

2 dan 3. Elemen Fleksi dan FK boleh juga diubah bersama dan

disoal. Walau bagaimanapun, membawa ke hadapan FK secara

tersendiri dan meninggalkan fleksi di belakang tidak dibenarkan.

(23) a. Sudah pergi ke pasarkah Aminah?

b. *Pergi ke pasarkah Aminah sudah?

c. *Pergikah ke pasar sudah Aminah?

(24) a. Tidak pergi ke pasarkah Aminah?

b. *Pergi kepasarkah Aminah tidak?

c. *Pergi ke pasarkah tidak Aminah?

Ketidakgramatisan (23b,c) dan (24b,c) menunjukkan bahawa

Fleksi menubuhkan satu konstituen dengan FK, dan dengan Konstrain

Pemindahan Unit Schwartz (1972), memanglah Fleksi dan FK terpaksa

diletakkan di bawah satu noda yang sama, iaitu Fleksi'.

59

Page 69: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Terakhir sekali diberikan bukti dari contoh adverba ayat

seperti "mungkin", "sesungguhnya", "sebenarnya", dll. Adverba

jenis ini boleh hadir pada tiga kedudukan iaitu, sebagai anak

kepada Ayat (awal, sebelum Fleksi dan akhir). Biasanya, kedudukan

akhir yang dinaungi oleh A merupakan kedudukan dengan intonasi

koma (rujuk Jackendoff (1972)). Kita akan memperkatakan lagi

tentang adverba ini di bahagian lain. Kedudukan terhad adverba

ayat ini memberi bukti tambahan yang menunjukkan Fleksi dalam

bahasa Melayu dinaungi oleh Fleksi' dan bukannya sebagai anak

kepada A.

(25) a. Mungkin Ali terlalu letih untuk belajar.

b. Ali mungkin telah terlalu letih untuk belajar.

c. Ali telah terlalu letih untuk belajar, mungkin.

d. *Ali telah mungkin terlalu letih untuk belajar.

Pada sebelah pihak lain, seperti diperkatakan terdahulu,

terdapat juga bukti menunjukkan bahawa Fleksi dalam bahasa Melayu

kadang-kadang tidak merupakan unit bersama dengan kata kerja dan

pelengkapnya. Sebahagian dari bukti ini ialah adanya Pengguguran

FK dalam bahasa Melayu (rujuk Nik Safiah Karim (1978)) .

(26) a. Ahmad boleh berenang dan Ali juga boleh.

Bukti selanjutnya ialah Fleksi boleh berpindah melangkahi FN

subjek ke kedudukan awal ayat, meninggalkan FK di belakang dalam

konstruksi Inversi Subjek-KKB.

(27) a. Dapatkah Ahmad pergi ke sekolah?

60

Page 70: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Sebagai kesimpulannya, bukti yang nyata bercanggah tentang

sifat konstituen ini boleh diatasi jika diandaikan bahawa Fleksi

dalam bahasa Melayu bukannya anak (iaitu dinaungi terus ) oleh A,

tetapi anak kepada Fleksi'. Jadi, A dalam bahasa Melayu itu

berstruktur seperti dalam (19).

4.4. STRUKTUR INTERNAL FLEKSI

Struktur internal noda Fleksi dalam bahasa Melayu boleh

digambarkan seperti dalam (28):

(28) FLEKSI

NAFI ASPEK MODAL

Seperti disebutkan di atas, kata kerja dalam bahasa Melayu

tidak difleksikan dari segi kala. Kala ditentukan dengan cara

konteks, adverba masa atau kata kerja bantu, iaitu kata aspek.

secara spesifiknya, kala masa kini dan masa lampau ditentukan

oleh kontek atau adverba masa. Keadaan ini boleh dijelaskan dalam

ayat-ayat di bawah:

(29) a. Petani itu menuai padi.

i. Petani itu menuai padi.

ii. Petani itu sudah menuai padi.

b. Petani itu menuai padi semalam.

c. Petani itu akan menuai padi.

61

Page 71: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Interpretasi yang paling digemari bagi (a) ialah dalam kala

masa kini. Lain-lain interpretasi didapati dari kontek di mana

ayat itu hadir. Sebagai contoh, dalam satu wacana tentang kala

lampau, interpretasi yang diberikan ialah kala lampau.

Interpretasi yang tidak boleh didapati dari (a) ialah kala masa

hadapan, kala masa perfect, dan kala masa lampau perfect. Ini

adalah kerana kala bahasa Inggeris yang sama terpaksa ditentukan

dengan menggunakan kata-kata aspek seperti AKAN seperti dalam

(29c), SUDAH atau PERNAH atau kedua-duanya sekali seperti dalam

contoh (30a), (30b) dan (30c).

(30) a. Ali telah pergi ke Seattle.

b. Ali pernah pergi ke Seattle.

c. Ali sudah pernah pergi ke Seattle.

Kehadiran kata nafi TIDAK terga\mbar dalam (28)4.

(31) a. Dia tidak membaca buku itu.

b. Dia tidak akan pergi ke Kuala Lumpur.

c. Aminah tidak boleh bercakap Ingeris.

4.4.1. Fleksi

Setelah membicarakan struktur internal noda Fleksi,

sekarang dibicarakan properti noda ini dan diberikan justifikasi

untuk menaikkannya ke status sebagai satu konstituen sintaksis.

Satu soalan yang mungkin dikemukakan ialah, mengapa elemen-elemen

di dalam (28) dimasukkan di bawah Fleksi, dan tidak di bawah

62

Page 72: Teori Kuasaan Dan Tambatan

noda-noda lain seperti A atau FK. Ahli tatabahasa seperti

Winstedt (1939), Asmah Haji Omar (1971), Lutfi Abas (1972), Nik

Safiah Karim (1978) dan Mashudi Kader (1981) mempunyai analisis

yang berbeza di mana elemen-elemen dalam (28) dimasukkan di bawah

noda FK. Dengan kata lain, dalam analisis mereka, mereka tidak

mengiktiraf adanya noda sintaksis Fleksi. Elemen-elemen dalam

(28) dianggap sebagai kata kerja biasa. Walau bagaimanapun, dalam

kajian ini kita mengandaikan satu noda sintaksis Fleksi. Di bawah

diberikan beberapa sebab:

(i) Dalam bahasa Melayu, elemen-elemen (iaitu, Nafi, KKB)

di bawah noda Fleksi lazimnya direalisasikan sebagai

perkataan dan sentiasa hadir di antara FN subjek dan FK

dalam ayat biasa.

(32) a. Ali belum pernah pergi ke Amerika.

b. Dia akan pergi bercuti ke Eropah.

(ii) Elemen dalam (28) boleh diikuti terus oleh FK kosong.

(33) a. Saya tidak pernah menunggang kuda, tetapi John telah

pernah.

(iii) Bukti ketiga untuk menyokong bahawa Fleksi adalah satu

konstituen sintaksis ialah Inversi Subjek-KKB.

(iv) Justifikasi terakhir ialah elemen aspek dalam (28)

dihadkan hanya kepada klausa yang mengandungi

interpretasi kala. Klausa yang tidak mengandungi

63

Page 73: Teori Kuasaan Dan Tambatan

interpretasi kala tidak boleh mengandungi elemen aspek.

Hal ini akan dibincangkan lagi dalam 1.7.

(34) a. Saya mahu supaya Ahmad pergi.

b.*Saya mahu supaya Ahmad akan pergi.

Sebagai kesimpulannya, kita telah member! beberapa

justifikasi tentang perlunya satu konstituen sintaksis Fleksi

dalam bahasa Melayu dan kedudukannya dalam struktur ayat Melayu

seperti yang digambarkan dalam (19) . Juga, telah dibincangkan

kesamaan dengan bahasa Inggeris seperti Inversi Subjek-KKB dan

Pengguguran FK, dan juga perbezaan seperti Pendepanan dalam

Soalan ya-tidak, Kala, dll.

4.4.2. Fleksi dan AGR

Chomsky (1981) mengandaikan bahawa Fleksi mengandungi satu

kumpulan fitur [+ Kala, (AGR)]. Jika FleksiL [+Kala] , ia akan

mengandungi AGR, iaitu satu noda yang membawa interpretasi

terdapatnya penyesuaian antara subjek-kata kerja dalam bahasa-

bahasa fleksi. Noda ini mengandungi fitur-fitur orang, gender dan

nombor. Dari perbincangan dalam bahagian 1.1. dan 1.4. telah

ditunjukkan bahawa kata kerja dalam bahasa Melayu tidak mempunyai

apa-apa tanda morfologi yang nyata seperti fleksi dan penyesuaian

subjek-kata kerja. Oleh kerana itu memang betullah andaian bahawa

noda Fleksi yang berkala mempunyai AGR, dan noda Fleksi yang

tidak berkala tidak mempunyai AGR.

64

Page 74: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Perbincangan ini sekarang membawa kita untuk membincangkan

tentang persoalan teoretikal iaitu, penandaan Kasus. Sejak

Chomsky (1981), AGR adalah faktor atau elemen yang menentukan

penandaan Kasus Nominatif untuk bahasa-bahasa berkasus seperti

Ingeris. Dalam Stowell (1981), penandaan Kasus ini pula

ditentukan atau ditandai oleh Kala kepada frasa FN subjek.

Persoalan yang timbul sekarang ialah, oleh kerana Fleksi tidak

mempunyai sama ada Kala atau AGR dalam bahasa Melayu,pada

perinsipnya bagaimankah Kasus Nominatif itu ditandakan pada FN

subjek? Untuk sementara waktu diandaikan bahawa dalam bahasa

Melayu, Kasus Nominatif itu ditandakan pada FN subjek secara

struktur. Perbincangan ini akan diteruskan apabila kita

membicarakan tentang teori Kasus dalam bab 3.

Akhirnya, KKB jenis aspek dihadkan hanya untuk klausa

berkala seperti terlihat dalam (34) dan contoh di bawah.

(35) a. Ali berharap supaya John pergi.

b. *Ali berharap supaya John telah pergi.

(3 6) a. Ali berharap bahawa John akan pergi.

b. *Ali berharap bahawa John pergi.

Sebagai kesimpulan, telah ditunjukkan bahawa KKB dalam

bahasa Melayu memperlihatkan ciri-ciri sintaksis seperti

berikut:-

65

Page 75: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(i) KKB aspek dihadkan kepada klausa berkala sahaja.

(ii) KKB menduduki tempat kedua dalam ayat biasa and aspek

dan modal boleh wujud dalam urutan seperti tergambar

dalam (28).

(iii) Tidak ada benda boleh menganggu antara aspek dan modal.

(iv) KKB perlu diikuti oleh FK; dan KKB tidak menandakan

peranan theta kepada FN subjek. Peranan theta untuk FN

subjek ditentukan oleh kata kerja dalam FK (lihat

Chomsky (19 81)) .

KKB dalam bahasa Melayu berkongsi dua ciri umum dengan modal

dalam bahasa Inggeris: (i) secara morfologi, KKB dalam bahasa

Melayu dan modal dalam bahasa Inggeris sentiasa direalisasikan

dalam bentuk kelas kata; (ii) KKB dalam bahasa Melayu berkongsi

properti sintaksis dasar dengan modal dalam bahasa Inggeris, yang

merupakan satu topik yang banyak diperkatakan dalam kesusasteraan

(lihat Chomsky (1957), Emonds (1976, 1985), Jackendoff (1977)).

Salah satu isu penting ialah status modal, iaitu sama ada ia

boleh dianggap sebagai kata kerja biasa atau tidak. Bagi bahasa

Melayu, Freeman, Hetzron & Schwartz (1970), Nik Safiah Karim

(1978) dan Mashudi Kader (1981) menganggap KKB sebagai kata kerja

biasa. Dalam perbincangan ini, walau bagaimanapun, KKB tidak

dianggap sebagai kata kerja biasa tetapi sebagai elemen yang

berbeza di bawah FLEKSI.

66

Page 76: Teori Kuasaan Dan Tambatan

4.5. ADA sebagai Kata Kerja Biasa

Bahagian ini akan membincangkan idea bahawa kata pemeri ada

ialah kata kerja biasa dalam bahasa Melayu. Idea ini dapat

diperakukan j ika rumus untuk pengembangan ayat seperti dalam

(19), yang diulang sebagai (37) dapat diterima.

(37) a. A > FN FLEKSI'

b. FLEKSI > FLEKSI FK

Di antara kesan yang timbul daripada idea ini ialah

kesimpulan bahawa (37) adalah struktur yang betul bagi ayat dalam

bahasa Melayu, dan bukannya (38) seperti yang dicadangkan oleh

ahli bahasa, bahasa Melayu seperti Nik Safiah Karim (1978) dan

Asmah Hj. Omar (1980).

(38) a. A >FN FN FK

Kesan lain berkaitan dengan penandaan Kasus, satu persoalan

yang akan dibincangkan dalam bab S.

Di bawah akan diberikan beberapa justifikasi untuk memilih

(37) dan bukannya (38). Walau bagaimanapun, sebelum berbuat

demikian, akan dibuat satu review ringkas mengapa penyokong (38)

menganggapnya sebagai rukus yang betul untuk mengembangakan ayat

dalam bahasa Melayu. Perhatikan ayat-ayat berikut.

67

Page 77: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(39) a. Ahmad guru.

b. Ahmad pandai.

c. Ahmad pergi ke sekolah.

Berdasarkan (38), ayat dalam (3 9) akan ditandakan struktur

(40a), (40b) dan (40c).

(40) a. A b. A

FN I

Ahmad

FN I

guru

FN

I Ahmad

FK I A

I pandai

FN | 1

Ahmad KK 1 1

pergi

FK

KP

I

""""FP

FN

1 sekolah

Rumus (38) mengatakan bahawa sesetengah ayat tidak mempunyai

kata kerja tetapi mungkin mempunyai kata nama atau kata adjektif

sebagai predikat seperti yang tergambar dalam (40a) dan (40b).

Adjektif diandaikan sebagai elemen karyaan dan didefinisikan

mengikut ciri sintaksis [+N, +K]. Ini adalah kerana adjektif dan

kata kerja wujud secara menyaling (lihat Mashudi Kader (1981)).

Di bawah ditunjukkan bahawa ini adalah tidak benar. Mula-mula

perbincangan tentang kata pemeri ada dibuat dahulu.

68

Page 78: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Mashudi Kader (1981) menunjukkan bahawa kata ada mempunyai

tiga makna: (i) sebagai kata kerja punya, yang secara dasarnya

sama dengan kata Inggeris has, have; (ii) sebagai kata kopula;

dan 9iii) sebagai satu morfem yang menunjukkan kewujudan.

Semuanya ini terdapat dalam (41), (42) dan (43). Di dalam

perbincangan ini, kata ada di dalam (ii) dan (iii) dianggap

sebagai kopula.

(41) a. Mary ada sebuah rumah besar.

(42) a. Mary adalah seorang murid.

b. Mary adalah pandai.

(43) a. Mary ada di rumah.

b. Mary ada.

Dalam perbincangan ini, pengkhususan kita adalah tentahg

kata ada. Kata kopula ada lazimnya digugurkan pada struktur-L

dalam struktur seperti FN - FN dan struktur FN - FA. Dengan

demikian, kita akan dapat (44a) dan (44b).

(44) a. Mary seorang murid.

b. Mary pandai.

Andaian adanya kata kerja dalam setiap ayat dalam (44) dapat

dirumuskan dari kenyataan bahawa kata kerja itu mesti wujud pada

posisi awal ayat dalam soalan ya-tidak.

(45) a. Adakah Mary seorang murid?

b. *Mary seorang murid?

69

Page 79: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(46) a. Adakah Mary pandai?

b. *Mary pandai?

Kata kopula ada bersifat lebih seperti satu kata kerja

daripada kata kerja bantu dalam erti kata bahawa, seperti satu

kata kerja ia boleh didabului oleh kata kerja bantu.

(47) a. Mary sudah ada di perpustakaan bila saya tiba.

b. Dia akan ada di rumahnya minggu depan.

c. Awak mesti ada di sana pada pukul satu.

d. Ahmad tidak ada di pejabatnya.

Dan juga, ada boleh digugurkan dalam struktur Pengguguran

FK.

(48) a. John sudah ada di rumah, dan Mary juga sudah.

Kesimpulannya, dari bukti yang tergambar di atas, boleh

diandaikan bahawa ada merupakan kata kerja biasa yang serupa

dengan kata kerja Inggeris be.

Selanjutnya, dibincangkan tentang kebaikan-kebaikan untuk

menerima rumus (37) dan menolak rumus (38). Pertama, j ika kita

menerima (38), kata adjektif tidak dapat dimasukkan ke dalam

teori X -berpalang dalam erti kata bahawa kata adjektif tidak

dapat menjadi kepala kepada satu projeksi maksimal FA seperti

yang tergambar dalam (40b). Sebaliknya, jika (37) diterima

sebagai pengembangan A yang betul dalam bahasa Melayu dan ada

70

Page 80: Teori Kuasaan Dan Tambatan

sebagai kata kerja biasa, kita dapat mengandaikan satu struktur

FA dalam kerangka X-berpalang. Satu projeksi maksimal FA mesti

diandaikan jika kata adjektif boleh menerima satu komplemen

sebagai satu properti leksikal, atau suatu kata penerang boleh

menerangkan satu kata leksikal kepala (contohnya, sangat) .

Sebenarnya, ini merupakan satu andaian yang betul kerana kata

adjektif dalam bahasa Melayu boleh diterangkan oleh suatu kata

penerang dan juga boleh menerima satu komplemen.

49 a. Saya sangat marah dengan kenyataan yang dibuatnya itu.

Satu sebab lain untuk menerima (37) dan tidak (3 8) ialah

sekiranya (38) diterima, kita akan kehilangan satu generalisasi

melintang-kategori, khususnya ayat-ayat di dalam (42) dan (43)

akan mempunyai struktur yang berbeza. Sebaliknya, jika (37)

diterima, ayat-ayat tersebut akan mempunyai struktur yang

sejajar.

(50) a. FN kopula FN

b. FN kopula FA

c. FN kopula FP

Bukti tambahan untuk menyokong (37) berkaitan dengan isu

teori, khususnya penandaan peranan theta. Sebagai contoh, kata

kerja ada diperlukan untuk tujmuan penandaan peranan theta.

71

Page 81: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Sebagai kesimpulan perbincangan mengenai ada, telah

dibincangkan dalan analisis yang diutarakan di sini, yang

disokong secara tersendiri oleh beberapa konstruksi, ada lebih

baik dan wajar dianggap sebagai kata kerja biasa. Selari dengan

analisis ini, ayat dalam (39) sekarang hanya mempunyai satu

struktur dasar. Selanjutnya, jika ayat dalam bahasa Melayu

dikembangkan seperti dalam (37) dan mengandungi satu nodus

sintaksis yang tersendiri, iaitu Felksi, dalam bahagian yang

beruratan akan dibincangkan kesan nodus ini terhadap klausa,

iaitu klausa finit lawan klausa tak finit.

••• 6 Komplemen Finit dan Tak Finit

Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang mempunyai (KOMP)LEMEN

di awal ayat. Menurut Emonds (1985) wujudnya KOMP, ini dalam

suatu bahasa itu menandakan terdapatnya transformasi pendepan

frasa soalan. Pemandangan ini benar kerana terdapat transformasi

tersebut dalam bahasa Melayu, yang akan dibincangkan secara

terperinci dalam bab-bab mendatang. rumus dasar bagi KOMP ialah

seperti tergambar dalam (51).

(51) A' > KOMP A

Perhatikan ayat-ayat di bawah:-

(52) a. Orang itu berharap bahawa John akan pergi.

b. Saya percaya bahawa Ahmad telah pergi.

c. Bahawa John telah pergi adalah ketara.

d. Adalah ketara bahawa John telah pergi.

72

Page 82: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(53) a. Orang itu berharap supaya John pergi.

b. Bagi John untuk pergi adalah susah.

c. Saya beli sebuah buku supaya awak baca.

d. Adalah susah bagi John untuk pergi.

Posisi KOMP boleh juga kosong. Ertinya, dalam klausa finit,

kata komplemen bahawa boleh digugurkan. Walau bagaimanapun,

dalam klausa tak finit, kata komplemen supaya atau bagi tidak

boleh digugurkan.

(54) a. Orang itu berharap John akan pergi.

b. Saya percaya Ahmad telah pergi.

(55) a. *Orang itu berharap John pergi

b. *Saya beli sebuah buku awak baca

Biar diandaikan buat seketika bahawa (54) diterbitkan oleh

suatu rumus pengguguran kata komplemen dalam erti kata Chomsky

dan Lasnik (1977) .

Sehingga kini, terdapat tiga kajian tentang komplemen dalam

bahasa Melayu, wong (1970) , dan Nik Safiah Karim (1978)

mengutarakan satu analisis di mana Kata penerang seperti bahawa,

supaya, bagi, dan sama ada adalah diwujudkan secara transformasi.

Mengikut Wong dan Nik Safiah Karim setiap kata kerja dalam bahasa

Melayu yang boleh menerima satu Komplemen telah

disubkategarosasikan dalam leksikan dengan spesifikasi fitur yang

mengatakan jenis kata komplemen yang akan hadir dalam bentuk

lahirnya. Kemudian, satu rumus Penempatan Kataa Komplemen yang

73

Page 83: Teori Kuasaan Dan Tambatan

sensitif dengan specifikasi fitur kata kerja dalam ayat metrik

akan memasukkan Kata Komplemen yang sesuai. (Untuk perbincangan

lanjut, sila lihat Wong (1970)) .

Pada satu pihak lain, Mashudi Kader (1981) mengemukakan satu

analisis lain yang menyatakan bahawa KOMP (LEMEN) itu

digeneratkan pada base. Kajian ini mengandaikan bersama dengan

Mashudi Kader bahawa KOMP digeneratkan di dalam base melalui

rumus (51).

Klausa sama ada berbentuk penyata atau soalan dan berbentuk

fimit atau tak fimit (lihat Chomsky & Lasmik (1977)) dan Chomsky

(1981). Dalam bahagian ini, perbincangan akan berkisar tentang

Klausa penyata finit dan tak finit. Klausa soalan akan

dibincangkan dalam bab lain. Perhatikan ayat-ayat dalam (52) dan

(53) mengandungi satu klausa tak finit yang diperkenalkan oleh

Kata Komplemen supaya atau bagi. Perhatian perlu diberikan

kepada contoh (53a, c) kerana contoh-contoh ini adalah bave

infinitives. Persoalannya sekarang ialah, bagaimana kita tahu

bahawa komplemen dalam (52) merupakan klausa finit dan komplemen

dalam (53) adalah klausa tak finit? Satu cara untuk menentukan

ini ialah dengan melihat kehadiran kata kerja bantu, khususnya

kata kerja bantu aspek.

(56) a. *Orang itu berharap bahawa John pergi

b. *Saya percaya bahawa Ahmaad pergi

C. *Bahawa John pergi adalah ketara

d. *Adalah ketara bahawa John pergi

74

Page 84: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(57) a. *Orang itu berharap supaya John sudah pergi

b. *Bagi John untuk pergi akan pergi adalah susah

c. *Saya beli sebuah buku syapaya awak akan baca

d. *Adalah susah bagi John untuk akan pergi

Ketidakhadiran kata kerja bantu aspek dalam (56) menjawab

soalan mengapa ayat-ayat tersebut tidak gramatis. Perhatikan

bahawa kesemua klausa komplemen diperkenalkan oleh kata komplemen

bahawa yang dikhaskan hanya untuk klausa finit, dan zaman klausa

finit mesti mempunyai kalata. Sebaliknya, ayat-ayat dalam (57)

tidak gramatis kerana hadirnya kata kerja bantu aspek. Klausa

komplemen diperkenalkan oleh Kata Komplemen supaya dan bagi, yang

dikhaskan hanya untuk klausa tak finit, dan klausa tak finit

tidak semestinya mengandungi kala. Walau bagaimanapun, implikasi

yang penting dari ayat-ayat dalam (56) dan (57) ialah menyokong

andaian bahawa ayat dalam bahasa Melayu memerlukan nodus Fleksi.

Sehingga kini, kenyataan yang dibuat hanyalah merupakan

kenyataan yang tidak rasmi tentang andaian bahawa Kata Komplemen

bahawa dikhususkan hanya untuk klausa finit, sementara supaya dan

bagi dikhaskan untuk Klausa tak finit. Jikalau diteliti dengan

mendalam terdapat satu penyebaran kata komplemen yang berkaitan

dengan fitur [+ Finit] dan [- Finit]. Terdapat penyesuaian

antara kata komplemen dengan fitur yang tergambar dalam (58) di

bawah .-

75

Page 85: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(58) a. bahawa + ASPEK

b. supaya, bagi - ASPEK

c. *bahawa - ASPEK

d. * supaya, bagi + ASPEK

Para digma (58) raenunjukkan bahawa kata komplemen mes'ti

sesuai dengan fitur kata kerja bantu yang menentukan sama ada

satu klausa komplemen itu finit atau tidak. Jadi, kata komplemen

bahawa ditentukan oleh fitur dalaman [+ Finit, + Aspek], dan

secara inherent adalah fimit. Sementara itu kata komplemen

supaya atau bagi ditentukan dengan fitur inherent [- finit,

Aspek], dan secara inherent adalah tak finit. Berdasarkan (58)

perhatikan perbezaan antara (52) dan (53) di mana klausa

komplemen dalam (52) mengandungi elemen aspek, sementara klausa

komplemen dalam (53) tidak mengandungi apa-apa elemen aspek.

Jadi, klausa komplemen dalam (52) mengandungi kala dan sepadan

dengan klausa komplemen dalam (53) tidak mengandungi apa-apa

elemen kala dan sepadan dengan klausa tak finit dalam bahasa

Inggeris (58) juga menunjukkan bahawa jenis klausa komplemen yang

dibenarkan adalah ditentukan oleh kata komplemen dalam KOMP.

Kata komplemen bahawa menerima klausa finit, sementara kata

komplemen supaya atau bagi menerima klausa tak finit. Dengan ini

jelas menunjukkan bahawa syarat dalam (58c,d) meramalkan

ketidakgramatisan (56) dan (57) .

Memandang kepada perbincangan ini, kelikatannya bahawa nodus

KOMP dalam bahasa Melayu tidak banyak berbeza daripada KOMP dalam

76

Page 86: Teori Kuasaan Dan Tambatan

bahasa Inggeris. Jadi, sebagai tambahan kepada rumus (51) yang

diulang di sini sebagai (59), dan ditambah seperti yang tergarabar

dalam (60).

(59) A' > KOMP A

(60) KOMP > [+ Kala]

[+ Kala] > bahawa

[- Kala] > supaya, bagi.

Sebagai langkah kesimpulan kepada perbincangan tentang

klausa finit dan tak finit, jelas di sini bahawa bahasa Melayu

akibat satu lagi persamaan dengan bahasa Inggeris, khususnya yang

berkaitan dengan nodus. Ini bermakna, jenis klausa komplemen

yang dibenarkan ditentukan oleh kata komplemen dalam KOMP. Kata

komplemen bahawa menerima klausa finit, sementara kata komplemen

supaya atau bagi menerima klausa komplemen tak finit.

77

Page 87: Teori Kuasaan Dan Tambatan

BAB 5

KATA KERJA BANTU

5.0. Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang kata kerja bantu (KKB)

dalam bahasa Melayu dan juga bahasa-bahasa Austronesia yang lain

seperti bahasa Tagalog, Indonesia, dan Iain-lain. Perbincangan

akan juga menyentuh proses sintaksis yang dilalui oleh kata kerja

bantu.

5.1. Kata Kerja Bantu Dalam Bahasa Melayu

Kata kerja bantu adalah sekumpulan kata atau leksikal yang

tertutup, iaitu kata yang jumlahnya terhad dan berkemungkinan

tidak produktif. Dalam bahasa Melayu, kata ini berjumlah kira-

kira lima belas kata sahaja. Dari segi struktur, kata kerja bantu

wujud sebelum kata kerja dalam suatu ayat. Dari segi fungsi pula,

kata ini mengembangkan lagi makna suatu kata kerja itu. Struktur

dan fungsi kata kerja bantu akan dibincangkana dengan lebih

Ianjut di bawah. Dalam bahasa Melayu, kata kerja bantu boleh

dibahagikan ke dalam dua kumpulan, iaitu kata kerja bantu aspek

dan kata kerja bantu modal.

78

Page 88: Teori Kuasaan Dan Tambatan

5.1.1. Kata Kerja Bantu Aspek dan Modal.

Kata kerja bantu aspek adalah seperti berikut:

(1) pernah

sudah

telah

sedang

akan

belum

tidak

Kata kerja aspek yang ditempatkan sebelum kata kerja dalam bahasa

Melayu menentukan sama ada perbuatan itu sudah atau belum berlaku

(sudah, telah, pernah, tidak, belum) atau pun dalam proses

berlakunya (sedang) atau kemungkinan berlakunya perbuatan itu

(akan).

Kata kerja bantu modal adalah seperti berikut:

(2) hendak

mahu

ingin

harus

mesti

boleh

dapat

79

Page 89: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Kata kerja bantu aspek dan modal boleh wujud secara

tersendiri atau wujud bersama dalam satu ayat seperti dalam (3).

(3)a. Dia akan ingin pergi memancing bila cuaca baik.

b. Ali telah boleh balik kerumah setelah berada di rumah

sakit selama tiga hari.

tetapi jikalau urutan ini diterbalikkan, ayat akan menjadi tidak

gramatis.

(4)a. *Dia ingin akan pergi memanccing bila cuaca baik.

b. *Ali boleh telah balik kerumah setelah berada di rumah

sakit selama tiga hari.

Selanjutnya, setiap satu elemen (iaitu aspek dan modal)

boleh wujud berulang. Nik Safiah Karim (1978) menyatakan bahawa

modal kelas "kewajipan" boleh wujud hanya sebagai unsur pertama

dalam urutan modal-modal, dan kelas yang dua lagi, iaitu "tujuan"

dan "kemampuan" boleh wujud secara bebas, iaitu, sebelum atau

selepas masing-masing. Walau bagaimanapun, pengulangan kata kerja

bantu aspek adalah lebih terkawal. Mengikut Soemarmo (1976)

kewujudan pengulangan dalam kata kerja aspek menunjukkan satu

proses "Progressivization". Contoh boleh didapati di bawah.

(5)a. Mereka akan sedang tidur bila kita tiba.

b. Dia akan sudah tidur ketika itu.

Bila aspek dan modal wujud bersama, urutannya ialah aspek

mendahului modal. Urutan ini tidak boleh dxganggu oleh apa-apa

80

Page 90: Teori Kuasaan Dan Tambatan

konstituen. Keadaan sama seperti kata Adjektif yang tidak boleh

dipisahkan daripada kata Nama yang diterangkannya.

(6)a. *Penduduk kampung sudah semalam boleh menuai padi.

b. Penduduk kampung sudah boleh menuai padi semalam.

(7)a. *Akankah dapat mereka membajak sawah dalam hujan ini?

b. Akan dapatkah mereka membajak sawah dalam hujan ini?

(8)a. *Sudahkahpernah dia membaca buku setebal ini?

b. Sudah pernahkah dia membaca buku setebal ini?

Perhatikan dalam contoh (6a), urutan ini telah dipisahkan

oleh satu kata adverba dan dalam (7a) dan (8a) urutan ini telah

dipisahkan oleh partikel soalah kah. Ini menyebabkan ayat-ayat

di atas tidak gramatis.

Sebagai kesimpulan bahagian ini, urutan kata kerja bantu

dalam bahasa Melayu ialah kata kerja bantu aspek mendahului kata

kerja bantu modal. Urutan ini boleh digambarkan seperti dalam

rajah di bawah.

(9) KKB

Aspek Modal

pernah sudah telah akan sedang tidak belum

hendak mahu ingin harus mesti boleh dapat

81

Page 91: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Secara umumnya, perkataan di bawah dianggap sebagai kata

kerja bantu dalam bahasa Melayu.

(10) a. Aspek

pernah

sudah

telah

sedang

akan

b. Modal

hendak

mahu

ingin

harus

mesti

boleh

dapat

Kata aspek dan modal boleh hadir secara bersendiri atau bersama

dalam satu ayat dalam susunan seperti tergambar dalam (28).5

(11) a. Dia akan ingin pergi memancing bila cuaca baik.

b. Ali telah boleh balik ke rumah setelah berada di

rumah sakit selama tiga hari.

Jika susunan ini diubah, ayat yang terhasil tidak gramatis.

(12) a. *Dia ingin akan pergi memancing bila cuaca baik.

b. *Ali boleh telah balik ke rumah setelah berada di

rumah sakit selama tiga hari.

82

Page 92: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Seterusnya, setiap elemen (iaitu kata aspek dan modal) boleh

hadir secara berulangan. Nik Safiah Karim (1978) megatakan

bahawa kumpulan kata modal yang membawa maksud "obligation" boleh

hadir hanya sebagai elemen pertama dalam urutan modal-modal.

Sementara itu, kumpulan "intention dan ability" boleh hadir

secara bebas, iaitu selepas atau sebelum masing-masing. Walau

bagaimanapun, kata aspek pengulangannya adalah lebih terhad.

Soemarmo (1976) mengakui tentang kehadiran pengulangan kata aspek

dan menamakannya sebagai proses "progressivization". Contoh

terdapat dalam (13) di bawah:

(13) a. Mereka akan sedang tidur bila kita tiba.

b. Dia akan sudah tidur ketika itu.

Susunan elemen di bawah Kata Kerja Bantu atau Fleksi seperti

dalam (28) tidak boleh diganggu oleh apa-apa konstituen seperti

juga kata nama dan kata adjektif yang menerangkannya tidak boleh

diganggu.

(14) a. *Penduduk kampung sudah semalam boleh menuai padi

b. Penduduk kampung sudah boleh menuai padi semalam.

(14) a. *Akankah dapat mereka membajak sawah itu?

b. Akan dapatkah mereka membajak sawah itu?

(15) a. *Sudahkah pernah Ali pergi ke Seattle?

b. Sudah pernahkah ali pergi ke Seattle?

83

Page 93: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Perhatikan bahawa dalam (13a), urutannya telah diganggu oleh

adverba dan di dalam kedua-dua (14a dan 15a) urutannya telah

diganggu oleh kata partikel soalan KAH. Oleh kerana itu ayat-

ayat tersebut tidak gramatis.

Akhirnya, KKB jenis aspek dihadkan hanya untuk klausa

berkala seperti terlihat dalam (34) dan contoh di bawah.

(35) a. Ali berharap supaya John pergi.

b. *Ali berharap supaya John telah pergi

(36) a. Ali berharap bahawa John akan pergi

b. *Ali berharap bahawa John pergi

Sebagai kesimpulan, telah ditunjukkan bahawa KKB dalam

bahasa Melayu memperlihatkan ciri-ciri sintaksis seperti

berikut:-

(i) KKB aspek dihadkan kepada klausa berkala sahaja

(ii) KKB menduduki tempat kedua dalam ayat biasa dan

aspek dan modal boleh wujud dalam urutan seperti

tergambar dalam (28).

(iii) Tidak ada benda boleh mengganggu antara aspek dan

modal

(iv) KKB perlu diikuti oleh FK; dan KKB tidak

menandakan peranan theta kepada FN subjek. Peranan

theta untuk FN subjek ditentukan oleh kata kerja

dalam FK (lihat Chomsky (1981).

84

Page 94: Teori Kuasaan Dan Tambatan

KKB dalam bahasa Melayu berkongsi dua ciri umum dengan modal

dalam bahasa Inggeris: (i) secara morfologi, KKB dalam bahasa

Melayu dan modal dalam bahasa Inggeris sentiasa direalisasikan

dalam bentuk kelas kata; (ii) KKB dalam bahasa Melayu berkongsi

properti sintaksis dasar dengan modal dalam bahasa Inggeris, yang

merupakan satu topik yang banyak diperkatakan dalam kesusasteraan

(lihat Chomsky (1957), Emonds (1976, 1985), Jackendoff (1977)).

Salah satu isu penting ialah status modal, iaitu sama ada ia

boleh dianggap sebagai kata kerja biasa atau tidak. Bagi bahasa

Melayu, Freeman, Hetzron & Schwartz (1970), Nik Safiah Karim

(1978) dan Mashudi Kader (1981) menganggap KKB sebagai kata kerja

biasa. Dalam perbincangan ini, walau bagaimanapun, KKB tidak

dianggap sebagai kata kerja biasa tetapi sebagai elemen yang

berbeza di bawah FLEKSI.

5.2. Struktur Ayat Dasar Bahasa Melayu

Bahasa Melayu adalah satu bahasa "konfigurational" dengan

kedudukan yang tetap bagi subjek FN, Fleksi dan FK. Urutan

perkataan adalah sangat penting kerana bahasa Melayu tidak

menggunakan sistem deklensi atau konjugasi. Tidak terdapat

penandaan Kasus yang nyata ke atas FN, dan juga tidak terdapaat

fenomena penyesuaian antara subjek FN dengan kata kerja. Kata

kerjanya tidak ditandai oleh apa-apa fleksi. Kala biasanya

ditandai oleh keadaan, adverba masa atau dengan menggunakan kata

kerja bantu aspek.

85

Page 95: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Urutan kata dasar dalam satu ayat penyata ialah Subjek-

Fleksi-Kata Kerja-Objek. Objek langsung biasanya terdapat selepas

kata kerja. Objek tak langsung dan FN oblik biasanya terdapat

bersama kata preposisi (lihat Chung (1976) dan Mashudi Kader

(1981) .

(16)a. Ali telah membeli jam itu di kedai semalam.

b. Saya membeli sebuah jam tangan untuk adik saya.

c. Pak Imam telah menyembelih lembu itu dengan pisau.

d. Pelajar itu mengambil buku dari para.

e. Emak memberi sepuluh ringgit kepada dana itu.

Di antara kata kerja dan objek langsung atau di antara kata

preposisi dan objeknya tidak boleh diselitkan dengan apa-apa

kategori. Dengan perkataan lain, objek kepada satu kata kerja

atau kata preposisi mesti mengikuti terus kepalanya, iaitu kata

kerja atau kata preposisi.

(17)a. *Ali telah membeli semalam jam itu di kedai.

b. *Ali telah membeli di kedai semalam jam itu.

c. *Saya telah membeli sebuah jam tangan untuk semalam

Ali.

d. *?Pak Imama telah menyembelih dengan pisau lembu itu.

e. *?Pelajar itu mengambil dari pada buku itu.

f. *?Emak memberi kepada dana itu sepuluh ringgit.

g. *?Saya membeli untuk Ali semalam sebuah jam tangan.

86

Page 96: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Perhatikan bahawa di dalam (lla,d) tiap-tiap ayat

mengandungi satu argumen menyelit di antara kata kerja dengan

objek langsungnya, sementara di dalam (lib) satu kata adverba

menyelit di antara kata kerja dengan objek langsungnya dan di

dalam (lie) satu kata adverba menyelit di antara kata preposisi

dengan objeknya. Ayat-ayat di dalam (lld,e,f,g) ditandai dengan

"*?" untuk menunjukkan bahawa ayat-ayat tersebut diterima secara

marginal. Ketidakgramatisan ayat-ayat di dalam (11) adalah

disebabkan kata-kata di dalam ayat tersebut tidak mengikut urutan

dasar ayat bahasa Melayu. Struktur ayat dasar bahasa Melayu boleh

digambarkan dengan rajah di bawah.

(18)

5 . 3 . Kategori Frasa

Bahagian be r iku tnya membincangkan t en t ang pe luasan k a t e g o r i

k a t a a t a u l e k s i k a l Nama (N) , Ker ja (K) , A d j e k t i f (A), dan

P r e p o s i s i (P) dan p e n y e b a r a n n y a . S e t i a p k a t e g o r i k a t a a t a u

l e k s i k a l mempunyai pe luasan maksimum.

87

Page 97: Teori Kuasaan Dan Tambatan

5.3.1. Frasa Nama (FN)

Struktur internal FN dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan

ke dalam dua jenis berdasarkan urutan perkataan kata "specifier"

seperti itu, tiga, ramai, beberapa yang menerangkan kata nama.

Jenis pertama boleh ditunjukkan dengan contohbaju itu dan

jenis kedua dengan contoh tiga helai baju, ramai orang. Dalam

contoh pertama, kata penentu itu mengikuti kata nama sementara

dalam contoh kedua, kata nombor dan kata bilangan mendahului kata

nama.

Kedudukan kata penentu yang mengikuti kata nama ini

merupakan satu keadaan yang tidak selari kerana lain-lain ahli

tempat ini seperti kata nombor dan kata bilangan biasanya

mendahului kata nama.. Keadaan sedemikian juga terdapaat pada

kata kerja, kata preposisi, dan kata adjektif. Sebagai contoh,

seperti yang ditunjukkan di atas, kata kerja dalam bahasa Melayu

didahului oleh kata kerja bantu. Sementara itu, kata preposisi

didahului oleh kata betul-betul dan kata adjektif didahului oleh

kata penguat seperti sangat, amat, terlalu. (lihat Ramli

Md.Salleh (1992) untuk perbincangan lanjut dan terperinci tentang

masaalah ini).

Sejauh ini telah diperkatakan tentang kedudukan kumpulan

kata "specifier" berbandding dengan kata leksikal. Telah

ditunjukkan bahawa kata "specifier" namaan terdapat dalam dua

kedudukan dalam struktur lahir FN. Bagaimana pula dengan

88

Page 98: Teori Kuasaan Dan Tambatan

kedudukan komplemen atau pelengkap? Dalam bahasa Melayu, semua

komplemen kepada kata nama mesti mengikuti kata nama.

(19)a. Pembangunan ke atas bandar itu telah bermula.

b. Ayam yang dibeli oleh ayah itu telah dimasak.

c. Baju merah itu sudah dibasuh.

d. Baju Ahmad belum dibasuh lagi.

Sebagai kesimpulan, satu FN dalam bahasa Melayu mengandungi

satu kata nama yang berfungsi sebagai kepala dan satu atau lebih

kata penerang. Kata penerang bukan frasa seperti kata bilangan

sentiasa mendahului kata nama kepala, sementara kata penerang itu

mengikuti kepada pada tahap struktur lahir. Semua penerang

berbentuk frasa seperti FN genetif, frasa adjektif, dan

komplemen-komplemen lain mengikuti kata nama kepala.

5.3.2. Frasa Preposisi (FP)

Dalam bahasa Melayu, terdapat dua kelas kata preposisi,

iaitu (i) kata preposisi biasa seperti dar, kepada, dengan, untuk

dan (ii) kata adverba tempat dan arah seperti di bawah, di sana,

di luar, ke dalam. Kata preposisi biasa mengandungi morfem bebas

seperti yang tergambar dalam (14a) dan (I5a-c) dan partikel yang

diimbuhkan kepada objeknya seperti dalam cosntoh (14b) dan (15d-

e) .

89

Page 99: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(20)a. dekat

untuk

dari

selama

dengan

kepada dll.

b. di

ke

(21)a. Dia belajar selama tiga jam.

b. Ahmad memberi RM10.00 kepada budak itu.

c. Ahmad membeli buinga untuk Mary.

d. Saya tinggal di Kuala Lumpur.

e. Dia pergi ke Kuala Lumpur semalam.

Kata adverba tempat dan arah mengandungi satu kombinasi kata

partikel arah ke atau kata partikel tempat di dan satu kata

adverba. Kata-kata partikel ini adalah sama secara fonologinya

dengan kata-kata preposisi biasa yang terdapat dalam (14b).

(22)a. di bawah

di atas

di sini

ke dalam

ke luar

ke bawah

90

Page 100: Teori Kuasaan Dan Tambatan

5.3.3. Frasa Adjektif (FA)

Dalam bahasa Melayu, kata adjektif wujud selepas kata nama.

Kata ini boleh diterangkan oleh elemen darjat saperti kata

perbandingan dan lain-lain ekspresi penerang seperti sangat, dan

kata adjektif boleh menerima komplemen yang berbentuk frasa. Kata

"specifier" atau penerang mesti mendahului kata kepala sementara

frasa komplemen mesti mengikuti kepala.

(23)a. Baju merah

b. Baju sangat merah

c. Sangat gembira tentang keputusan itu

Seperti kata nama, kata preposisi, dan kata kerja, kata

adjektif juga merupakan kategori leksikal yang utama dalam bahasa

Melayu dan boleh diluaskan kepada satu peluasan maksimum Frasa

Adjektif.

5.3.4. Frasa Kerja (FK)

Dalam bahasa Melayu, FK mengandungi kata kerja sebagai

kepala dan diikuti oleh objek langsung dan objek tak langsung

yang berada dalam FP. Kehadiran objek langsung dan objek tak

langsung ini beergantung kepada jenis kata kerja, iaitu sama ada

kata kerja tersebut transitif atau tak transitif. Kata kerja

transitif seperti baca, tebang adalah kata kerja transitif satu

objek, iaitu kata kerja ini hanya menerima satu objek sahaja,

berbanding dengan kata kerja transitif seperti kirim, beri yang

menerima dua objek, iaitu objek langsung dan objek tak langsung.

91

Page 101: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(24)a. Adik perempuan saya sedang membaca buku.

b. Ahmad menebang pokok.

(25)a. Ahmad menulis sepucuk surat kepada gurunya.

b. Emak memberi RM10.00 kepada pelajar itu.

Sementara itu, kata kerja tak transitif pula ialah kataa kerja

yang tidak memerlukan apa-apa objek sebagai penyambutnya. Kata

kerja sedemikian ialah seperti mandi, tidur.

(26)a. Adik sedang tidur.

b. Orang kampung mandi di perigi.

Sebagai kesimpulannya, perbincangan ini menunjukkan bahawa

semua kategori leksikal, iaitu Nama, Karja, Adjektif, dan

Preposisi berfungsi sebagai kepala dan boleh diluaskan kepada

frasa seperti Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa

Preposisi. Dalam struktur dasar, semua kata penerang yang bukan

frasa mendahului kata leksikal kepala.

5.4 Kata Kerja Bantu Bahasa-Bahasa Serumpun

5.4.1 Bahasa Tagalog

Bahasa Tagalog ialah bahasa rasmi negara Filipina. Secara

umumnya, terdapat dua jenis ayat dalam bahasa Tagalog, iaitu

ayat Predikat dan ayat Identifikasi. Ayat Predikat berstruktur

komen (predikat) dan diikuti oleh topik (subjek) , semantara ayat

Identifikasi berstruktur topik (subjek) diikuti oleh komen

(predikat).

92

Page 102: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(27)a. Ayat Predikat: Tumakbo ang bata (komen) (topik)

'lari' 'itu budak'

b. Ayat Identifikasi: Ang bata ang tumakbo (topik) (komen)

'Budak itu yang berlari'

Di antara dua jenis ayat ini, ayat jenis (1) adalah lebih biasa

dalam bahasa Tagalog. Dalam bahasa Tagalog, ayat jenis Predikat

ini mengandungi dua konstituen utama, iaitu Topik yang dikenali

sebagai subjek dalam ayat bahasa Melayu, dan Komen yang serupa

dengan predikat dalam ayat bahasa Melayu.

Urutan biasa dua konstituen dasar ini adalah seperti

berikut;

komen + Topik

Dalam bahasa Melayu, urutan biasa konstituen utama ini

adalah sebaliknya.

Subjek + Predikat

Contoh-contoh ayat dasar dalam bahasa Tagalog adalah seperti

berikut:

(28)a. Tumakbo ang bata

'Budak itu berlari'

93

Page 103: Teori Kuasaan Dan Tambatan

b. Tumakbo siya

'Dia berlari'

c. Nasa bayan si Pedro

'Pedro berada di bandar'

d. Doktor ang lalake

'Orang itu doktor'

e. Payat ang bata

'Budak itu kurus'

Bahasa Tagalog mempunyai Kasus yang nyata berbanding dengan

bahasa Melayu yang tidak menunjukkan penanda Kasus yang nyata.

(29) Penanda Kasus

NOM GEN DAT

nama diri:

nama umum:

sx

ang

ni

ng

kay

sa

(30) Ganti nama:

1.

2

3.

1

1

2.

3

.mufrad

.mufrad

.mufrad

.j amak.eks.

.j amak,i

.j amak

.j amak

.nk.

NOM

ako

ka/ikaw

siya

kami

tayo

kayo

sila

GEN

ko

mo

niya

namin

natin

ninya

nila

DAT

akin

iyo

kaniya

amin

atin

inyo

kanila

94

Page 104: Teori Kuasaan Dan Tambatan

5.4.2 Kata Kerja Bantu Bahasa Tagalog

Kata kerja dalam bahasa Tagalog mempunyai fleksi untuk

aspek. Aspek menyatakan sama ada suatu aktiviti itu sudah bermula

atau belum, dan jikalau sudah bermula, sama ada sudah siap

berlaku atau masih sedang berlaku. Tiga aspek ini adalah (1)

sudah berlaku, bagi aktiviti yang sudah bermula, (2) akan

berlaku, bagi aktiviti yang belum bermula, dan (3) belum siap

bagi aktiviti yang sudah bermula tetapi belum berakhir.

Imbuhan mag- menunjukkan aspek neutral. Biasanya, m-

digantikan oleh n- untuk menunjukkan aktiviti sudah bermula.

(31)a. Aspek neutral: maglaba basuh (pakaian)

Aspek sudah: naglaba sudah basuh (pakaian)

Aspek berterusan: naglalaba membasuh

Aspek sedang: maglalaba

Seterusnya, imbuhan urn- juga menunjukkan aspek neutral.

(32)a. Aspek neutral: bumasa 'baca'

b. Aspek sudah: bumasa 'sudah baca'

c. Aspek akan: babasa 'akan baca'

d. Aspek sedang: bumabasa 'sedang baca'

Aspek yang menggunakan imbuhan ma- sama dengan imbuhan aspek

mag- .

95

Page 105: Teori Kuasaan Dan Tambatan

(33)a.

b.

c.

d.

(34)a.

b.

c.

d.

Aspek

Aspek

Aspek

Aspek

Aspek

Aspek

Aspek

Aspek

neutral:

sudah:

akan:

sedang:

neutral:

sudah .-

akan:

sedang:

matulog

natulog

matutulog

natutulog

maupo

naupo

mauupo

nauupo

'tidur'

'sudah tidur'

'akan tidur'

'sedang tidur'

'duduk'

'sudah duduk'

'akan duduk'

'sedang duduk'

3 Kata Banbu Ragam (Modal)

(35)a. gusto

kaya

ugali

hindi

mahu

boleh

biasa

tidak/bukan

(36)b. Gusto-ng pumunta sa-tindahan ang-Nanay hendak pergi DAT-kedai NOM-emak

'emak hendak pergi ke kedai'

Soalan Ya-Tidak

Komen + ba + Topik

Amerikano ba si Jorge

'adakah George seorang Amerika?'

96

Page 106: Teori Kuasaan Dan Tambatan

5.5 Penutup

Perbincangan dalam bab ini menunjukkan bahawa sistem kata

kerja bantu dalam bahasa Melayu adalah berbeza daripada sistem

kata kerja bantu bahasa Tagalog. Sistem kata kerja bantu bahasa

Melayu, khususnya aspek adalah ringkas dan tidak rencam

berbanding sistem aspek bahasa Tagalog. Sistem aspek bahasa

Melayu hanya menunjukkan tiga waktu, iaitu sudah, akan dan

sedang, sementara sistem aspek bahasa Tagalog, selain yang tiga

tersebut, juga menunjukkan masa berpanjangan dan neutral.

Kenyataan ini menarik kerana kedua-dua bahasa ini, iaitu

bahasa Melayu dan bahasa Tagalog ke dalam bahasa yang serumpun,

iaitu rumpun Austronesia.

97

Page 107: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Bab 6. KESIMPULAN

Ini ialah kesimpulan tentang kajian sintaksis bahasa Melayu dan bahasa Tagalog,

khususnya mengenai kata kerja bantu. Kajian ini telah menunjukkan bahawa kedua-

dua bahasa ini mempunyai urutan dasar yang berbeza. Bahasa Melayu merupakan

bahasa yang berurutan subjek - kata kerja - objek (SKO), sementara bahasa Tagalog

merupakan bahasa yang berurutan kata kerja - objek - subjek (KOS). Dengan lain

kata, dalam bahasa Melayu, subjek diikuti oleh predikat, sementara bahasa Tagalog

adalah sebaliknya, iaitu predikat mendahului subjek. Dalam bahasa Tagalog,

predikat dikenali dengan nama komen, dan subjek dikenali dengan nama topik.

Walaupun, kedua-dua bahasa ini tergolong ke dalam bahasa serumpun, iaitu rumpun

bahasa Austronesia, tetapi struktur dasarnya adalah berbeza. Sehubung dengan itu,

pada struktur lahir kedua-dua bahasa ini, subjek/topik boleh dengan bebas bertukar

tempat, contohnya, kalau dalam bahasa Melayu ialah pada ay at pas if, ay at soalan, dan

sebagainya, sementara dalam bahasa Tagalog ialah dalam ayat topik.

Di samping perbezaan yang disebutkan di atas, kedua-dua bahasa serumpun ini juga

berbeza dari segi kata kerja bantu. Dalam bahasa Melayu, kata kerja bantu hanya

menunjukkan konsep kala/masa yang paling ringkas. Contohnya, kata aspek sudah,

sedang, akan, dan telah menunjukkan masa satu-satu aktiviti atau perkara itu

dilakukan. Aktiviti yang sedang dilakukan, menggunakan kata kerja bantu aspek

sedang, Aktiviti yang sudah dilakukan menggunakan kata kerja bantu sudah atau

98

Page 108: Teori Kuasaan Dan Tambatan

telah, dan aktiviti yang akan dilakukan, menggunakan kata kerja bantu aspek akan.

Selain itu, bahasa Melayu menggunakan kata adverba seperti semalam, kelmarin,

esok, hah Rabu, dan sebagainya untuk menunjukkan masa. Bagi bahasa Tagalog pula,

konsep kala adalah lebih rencam, contohnya perkara yang neutral, perkara yang sudah

dilakukan, perkara yang sedang dilakukan , dan perkara yang berterusan. Tidak seperti

bahasa Melayu yang kesemua penanda masa ini berupa kata bebas, bahasa Tagalog

pula mempunyai penanda kala/masa ini yang berbentuk imbuhan fleksi. Ini juga

merupakan satu lagi perbezaan antara bahasa Melayu dan bahasa Tagalog, iaitu

imbuhan dalam bahasa Melayu merupakan imbuhan terbitan (derivatives), sementara

imbuhan dalam bahasa Tagalog merupakan imbuhan fleksi (inflection).

Satu lagi kesimpulan yang dapat dibuat dari kajian ini ialah perbezaan tentang konsep

Kasus dari kedua-dua bahasa tersebut. Sekali lagi, kedua-dua bahasa yang serumpun

ini berbeza dari segi kata namanya. Kata nama dalam bahasa Melayu tidak

menunjukkan apa-apa Kasus dalam ayat. Misalnya, kata nama Ahmad dan kata ganti

nama dia, mereka, engkau, dan sebaginya tidak berubah sifat atau ciri apabila

ditempat pada kedudukan yang berlainan dalam ayat. Bentuk Ahmad, dia, mereka,

engkau digunakan walau di manapun kata nama- kata nama ini ditempatkan dalam

ayat, iaitu tempat subjek, tempat objek, atau tempat kepunyaan. Keadaan ini berbeza

dengan bahasa Tagalog yang kata namanya berubah bentuk bila kata nama yang sama

ditempatkan pada tempat atau kedudukan yang berbeza dalam ayat.

99

Page 109: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Seperti yang tertera dalam tajuk manuskrip ini, teori atau kerangka yang digunkan

untuk menganalisis struktur bahasa Melayu ialah teori Kuasaan dan Tambatan, iaitu

satu teori terkini bidang Linguistik yang telah banyak diaplikasikan kepada bahasa-

bahasa Indo-Eropah. Walaupun, setengah-setengah daripada konsep teori ini tidak

terdapat pada bahasa Melayu, konsep ini boleh diterapkan kepada bahasa Melayu

untuk menganalisis sintaksis bahasa tersebut. Contohnya, konsep Kasus boleh

digunakan untuk menerangkan sifat sesetengah kata dalam bahasa Melayu, khususnya

kata kerja bantu. Penggunaan konsep Kasus ini telah dapat membezakan antara kata

kerja tulen seperti tidor, makan, baca, tulis, dan sebaginya dengan kata kerja bantu

seperti sudah, sedang, telah, dan sebagainya.dan sebagainya.

Kajian ini juga telah menggunakan konsep Fleksi yang terdapat dalam bahasa-bahasa

Indo-Eropah kepada bahasa Melayu. Perbincangan di sini menunjukkan bahawa

unsur-unsur dalam nodus Fleksi adalah sama dengan konsep kata kerja bantu dalam

bahasa Melayu. Walaupun seperti yang disebutkan di atas, kata kerja bantu dalam

bahasa Melayu itu tidak serencam sistem fleksi bahasa Tagalog ataupun bahasa

berfleksi, kajian ini mendapati bahawa kata kerja bantu dalam bahasa Melayu itu

boleh menjadi ahli kepada nodus tersendiri yang dipanggil Fleksi ini. Ini berkaitan

dengan sifat kata kerja bantu dalam bahasa Melayu itu sama dengan sifat unsur-unsur

dalam nodus Fleksi. Dengan menerima kesimpulan ini, kata kerja bantu dalam bahasa

Melayu boleh dijanakan di bawah nodus Fleksi, dan bukannya di bawah nodus Frasa

Kerja.

100

Page 110: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Kajian ini juga menunjukkan bahawa teori Kuasaan dan Tambatan yang setakat ini

banyak diterapkan kepada bahasa-bahasa Indo-Eropah, boleh juga diterapkan kepada

bahasa Melayu dan dapat menerangkan dan menghuraikan fenomena bahasa Melayu

itu. Walau bagaimanapun, seperti juga dengan teori-teori lain, tidak kesemua konsep

teori ini boleh diterapkan kepada bahasa Melayu, tetapi hanya sebahagian sahaja.

Sebagai contoh, walaupun bahasa Melayu tidak mempunyai konsep Kasus secara

nyata, tetapi konsep ini dapat menerang beberapa gejala dalam bahasa Melayu. Begitu

juga dengan konsep fleksi yang dipunyai oleh bahasa-bahasa berfleksi dapat

menerangkan sistem kata kerja bantu dalam bahasa Melayu. Kesemua ini adalah

berdasarkan andaian teori Transformasi Generatif, khususnya teori Kuasaan dan

Tambatan bahawa semua bahasa itu sama dari pada struktur dasarnya. Ini semua

terangkum dalam konsep kesejagatan bahasa.

101

Page 111: Teori Kuasaan Dan Tambatan

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Akmajian, A., S. Steele dan T. Wasow 1979. "The category AUX in universal grammar", Linguistic Inquiry 10.1.

Aoun, J & D. Sportiche 1983. "On the formal theory of government". Linguistic Review 2.3.

Asmah Haji Omar 1971. Bahasa Malaysia Kini. Kuala Lumpur: Federal Publication.

Asmah Haji Omar 1973. "Noun phrase in Malay". Language Sciences 8.

Asmah Haji Omar 1975. Essays on Malaysian Linguistics. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Balitn, M. 1982. "A landing site theory of movement rules". Linguistic Inquiry 13.1.

Bergvall, V. 1985. "X' theory and the analysis of topicalization, leftdislocation, and questions". Kertas dibentangkan pada Persidangan LSA, Seattle, Washington.

Bresnan, J. 1972. "Theory of complementation in English syntax". Disertasi Ph.D., MIT.

Chomsky, N. 1957. Syntactic Structures. Tha Hague: Mouton.

Chomsky, N. 1970. "Remarks on nominalization" dim. R. Jacobs & P. Rosenbaum (peny.) Readings in English Transformational Grammar. Massachusetts: Ginn Waltham.

Chomsky, N. 1973. "Conditions on transformations" dim. S. Anderson dan P. Kiparsky (peny.) A Festschrift for Morris Halle. New York: Holt, Rinehart dan Winston.

Chomsky, N. 1977. "On wh-movement" dim. P. Culicover, A. Akmajian, & T. Wasow (peny.) Formal Syntax. New York: Academic Press.

Chomsky, N. 1980. "On binding". Linguistic Inquiry 11.1

Chomsky, N. 1981. Lectures on Government and Binding. Dordercht: Foris Publication.

102

Page 112: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Chomsky, N. 1982. Some Concepts and Consequences of the Theory of Government and Binding. Cambridge, Massachusetts: MIT Press.

Chomsky, N. 1986a. Knowledge of Language. Its Nature, Origin, and Use. New York: Praeger.

Chomsky, N. 1986b. Barriers. Cambridge, Massachusetts: MIT Press.

Chomsky, N. Dan H. Lasnik 1977. "Filters and control". Linguistic Inquiry 8.3.

Emonds, J. 1973. "Evidence that indirect object movement is a sturcture preserving rule" dim. M. Gross, M. Hale dan M.P. Schutzenberger (peny.) The Formal Analysis of Natural Languages. The Hague: Mouton.

Emonds, J. 1976. A Transformational Approach To English Syntax. New York: Academic Press.

Emonds, J. 1978. "The verbal complex VC V in French". Linguistic Inquiry 9.2.

Emonds. J. 1980. "Word order in generative grammar". Journal of Linguistic Research 1.1.

Emonds, J. 1985. A Unified Theory of Syntactic Categories. Dordrecht: Foris Publications.

Emonds, J. 1986. "Generalized NP-oc inversion: hallmark of English". Indiana University Linguistics Club Twentieth Anniversary Volume.

Greenberg, J. 1966. Universals of Languages. Cambridge, Massachusetts: MIT Press.

Huang, C.T.J. 1982. "Logical relations in Chinese and the theory of grammar". Disertasi Ph.D., MIT.

Iwakura, K. 1977. "The auxiliary system in English". Linguistic Analysis 3.2

Iwakura, K. 1980. "On wh-movement and constraints on rules". Linguistic Analysis 6.1

Jackendoff, R. 1972. Semantic Interpretation in Generative Grammar. Cambridge, Massachusetts: MIT Press.

Jackendoff, R. 1973. "The base rules for prepositional phrases" dim. S. Anderson & P. Kiparsky (peny.) A Festschrift for Morris Halle. New York: Holt, Rinehart and Winston.

103

Page 113: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Jackendoff, R. 1977. X-bar Syntax. Cambridge, Massachusetts: MIT Press.

Kluender, R. 1986. "Extended X' theory, structure preserving, and topicalization in German". Kertas dibentangkan di West Coast conference on Formal Linguistics 5, Seattle, Washington.

Koopman, H. 1984. The Syntax of Verbs. Dordrecht: Foris Publications.

Koopman, H. Dan D. Sportiche 1986. "A note on long extraction in Vata and the ECP". Natural Language and Linguistic Theory 4.3.

Lasnik, H. Dan M. Saito. 1984. "On the nature of proper government". Linguistic Inquiry 15.2.

Mashudi Kader 1981. The Syntax of Malay Interrogatives. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Newmeyer, F. 1984. "Minor movement rules" dim. C. Duncan-Rose, J. Fisiak & T. Vennemann (peny.) A Festchriftfor Robert Stockwell. London: Croom-Helm.

Nik Safiah Karim 1978. Bahasa Malaysia Syntax. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pesetsky, D. 1982. "Paths and categories". Disertasi Ph.D., MIT.

Poser, W. 1982. "Lexical rules may exchange internal arguments". Linguistic Review 2.1

Radford, A, 1981. Transformational Syntax. Cambridge: Cambridge University Press.

Rizzi, L, 1982. Issues in Italian Syntax. Dordrecht: Foris Publications.

Roberts, I. 1985. "Agreement parameters and the development of English modal auxiliaries". Natural Language and Linguistic Theory 3.1.

Ross, J. 1967. "Constraints on variables in syntax". Disertasi Ph.D., MIT.

Ross, J. 1969. "Auxiliaries as main verbs" dim. W. Todd (peny). Studies in Philosophical Linguistics. Evanston, Illinois: Great Expectation Press.

Rouveret, A. & J.R. Vergnaud 1980. "Specifying reference to the subject". Linguistic Inquiry 11.1

104

Page 114: Teori Kuasaan Dan Tambatan

Safir, K. 1981. "Infleciton govenrment and inversion". Linguistic Review 1.4.

Soemarmo, Marmo 1976. "The Semantics of proximity time relations". Foundation of Language 14.

Sportiche, D. 1981. "Bounding nodes in French". Linguistic Review 1.2.

Stowell, T. 1981. "The origin of phrase structure". Disertasi Ph.D., MIT.

Travis, L. 1984. "Parameters and effects on word order variation". Disertasi Ph.D., MIT.

Winstedt, R. 1939. Malay Grammar. London: Oxford University Press.

Wong, I. 1970. "Object complement in Malay". Disertasi Ph.D., University of Alberta.

Zagona, K. 1982. "Government and proper government of verbal projections". Disertasi Ph.D., University of Washington.

105