teori ert.docx

6
Kumpulan “One Team” Agnes Lau, Chee Seow Kiong, Frederick Tang, Ku Mui Mui, Lau Lee Lee TUT 4 Teori Rasional Emotif (Rasional Emotive Theory) Bi l Perkara Teori Rasional Emotif (Rasional Emotive Theory) 1. Pandangan teori terhadap sifat manusia Berandaian bahawa secara lahiriah, manusia mempunyai potensi untuk berfikir dalam bentuk rasional dan tidak rasional. Potensi atau tingkah laku dalam bentuk yang rasional dianggap sebagai individu yang sihat, manakala tidak rasional pula dianggap sebagai individu yang tidak sihat. Menganggap proses pemikiran manusia mempunyai perkaitan yang rapat dengan proses emosi. Menganggap segala masalah yang timbul pada diri manusia bukannya berpunca daripada faktor luaran, tetapi hasil daripada pemikiran yang tidak rasional terhadap sesuatu peristiwa yang dialaminya . Percaya bahawa manusia berfikir tentang sesuatu perkara atau masalah yang menimpa ke atas diri dalam pelbagai bentuk iaitu bentuk perkataan, frasa, ayat, imej, fantasi dan mimpi. Beranggapan bahawa seseorang individu atau manusia itu masih dianggap normal jika segala pemikiran, perasaan dan tingkah laku tidak rasional belum sampai ke tahap menganggu cara dia berfungsi dalam masyarakat. 2. Konsep Bergantung kepada konsep rasionalisasi 1

Upload: jovanna-ting

Post on 26-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori ERT.docx

Kumpulan “One Team”Agnes Lau, Chee Seow Kiong, Frederick Tang, Ku Mui Mui, Lau Lee Lee TUT 4

Teori Rasional Emotif (Rasional Emotive Theory)

Bil Perkara Teori Rasional Emotif (Rasional Emotive Theory)1. Pandangan teori

terhadap sifat manusia

Berandaian bahawa secara lahiriah, manusia mempunyai potensi untuk berfikir dalam bentuk rasional dan tidak rasional. Potensi atau tingkah laku dalam bentuk yang rasional dianggap sebagai individu yang sihat, manakala tidak rasional pula dianggap sebagai individu yang tidak sihat.

Menganggap proses pemikiran manusia mempunyai perkaitan yang rapat dengan proses emosi.

Menganggap segala masalah yang timbul pada diri manusia bukannya berpunca daripada faktor luaran, tetapi hasil daripada pemikiran yang tidak rasional terhadap sesuatu peristiwa yang dialaminya.

Percaya bahawa manusia berfikir tentang sesuatu perkara atau masalah yang menimpa ke atas diri dalam pelbagai bentuk iaitu bentuk perkataan, frasa, ayat, imej, fantasi dan mimpi.

Beranggapan bahawa seseorang individu atau manusia itu masih dianggap normal jika segala pemikiran, perasaan dan tingkah laku tidak rasional belum sampai ke tahap menganggu cara dia berfungsi dalam masyarakat.

2. Konsep penting Bergantung kepada konsep rasionalisasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan-persoalan diri yang sedang dihadapi akibat sistem kepercayaan yang negatif atau tidak rasional.

Mengemukakan kaunselor yang aktif, berwibawa, berkeyakinan dan mampu mengaplikasikan pelbagai teknik kaunseling dalam mengubah sistem kepercayaan klien.

Berfokuskan aspek kognitif ini mengajar klien unutk mempunyai keyakinan semula dalam menangani segala masalah yang sedang dihadapinya itu.

Teori personaliti A-B-CA : Peristiwa yang meransang atau

1

Page 2: Teori ERT.docx

Kumpulan “One Team”Agnes Lau, Chee Seow Kiong, Frederick Tang, Ku Mui Mui, Lau Lee Lee TUT 4

(Activating)

situasi hidup yang mencabar

B(Belief)

: Kepercayaan ataupun reaksi kognitif yang timbul

Kepercayaan rasional/ tidak rasional

C(Consequences)

: Akibat/ Kesan emosi Tingkah laku emotif/ behavioral

3. Matlamat bimbingan dan kaunseling

Memperbaiki dan merubah sikap, persepsi, cara berfikir, keyakinan serta pandangan-pandangan klien yang irasional dan tidak logik menjadi pandangan yang rasional dan logik agar klien dapat mengembangkan diri, meningkatkan sel-actualizationnya seoptimal mungkin melalui tingkah laku kognitif dan afektif yang positif.

Menghilangkan gangguan-gangguan emosional yang merusak diri sendiri seperti rasa takut, rasa bersalah, rasa berdosa, rasa cemas, merasa was-was, rasa marah.

4. Strategi / Teknik yang diguna untuk membantu klien

Terapi rasional emotif menggunakan pendekatan- pendekatan yg menitikberatkan ikatan antara proses kognitif dan emotif.

Kognitif a) Klien berhujah tentang kepercayaan- kepercayaan yg tidak rasional.

b) Klien melakukan aktiviti- aktiviti tertentu sebagai kerja rumah.

c) Klien akan mencabar sistem kepercayaanya dengan bukti- bukti tertentu.

d) Klien digalakkan menghayati falsafah hidup baru yg tidak semestinya dikongkong oleh nilai-nilai mutlak seperti “mesti”@ “patut”.

e) Klien disuruh untuk membaca bahan-bahan yg berkaitan dengan

2

Page 3: Teori ERT.docx

Kumpulan “One Team”Agnes Lau, Chee Seow Kiong, Frederick Tang, Ku Mui Mui, Lau Lee Lee TUT 4

teori dan kajian terapi rasional emotif.

Emotif a) Penerimaan tanpa syarat.b) Permainan rol.c) Contoh @ model.d) Gambaran, bayangan @ khayalan.e) Latihan-latihan mencabar.

5. Peranan kaunselor

1. Aktif dan terus.2. Berfungsi untuk menunjuk arah, mengajar dan

membetulkan pemikiran tidak rasional klien.3. Harus cerdik, berpengetahuan luas, empathetic,

tekal, berfikiran saintifik, berminat untuk menolong orang dan merupakan pengguna teknik RET.

4. Terapi rasional emotif sangat menekankan aspek kognitif dan tidak mementingkan perhubungan di antara kaunselor dan klien.

Amat bersikap mengarah di dalam pendekatannya,

Amat aktif di dalam usahanya mencabar, menunjuk dan menyoal,

Membantu klien memahami kepercayaan tidak rasional,

Mengajar klien idea dan alternative baru, Beritahu kebaikan idea baru.

5. Tindakan tidak semestinya terbatas kepada sesi kaunseling sahaja tetapi kadang-kala klien perlu menjalankan kegiatan-kegiatan tertentu.

6. Lain-lain a) Sumbangan /

kelebihan teori1. Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang

dihadapi oleh klien. Dengan itu, perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat.

2. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain.

3. Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir.

4. Rawatan utk kemurungan, kegelisahan, masalah rumahtangga, pengurusan tekanan, latihan kemahiran, penyalahgunaan dadah, latihan assertion, kecelaruan pemakanan, serangan panik,

3

Page 4: Teori ERT.docx

Kumpulan “One Team”Agnes Lau, Chee Seow Kiong, Frederick Tang, Ku Mui Mui, Lau Lee Lee TUT 4

performance anxiety dan fobia sosial.

b) Kelemahan teori 1. Ada setengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.

2. Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logic.

3. Ada juga setengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka.

4. Tidak menitik-beratkan emosi. Tidak memfokus pada penerokaan konflik-konflik dalaman (underlying), dan tidak cukup memberi perhatian pada sejarah silam klien.

4