teori disiplin asertif

14
Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter dapat diaplikasikan oleh guru untuk menangani masalah disiplin dalam kelas. Terangkan 4 cara disiplin asertif ini dapat diaplikasikan oleh guru terhadap murid-muridnya. Pengenalan Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-caranya. Menetapkan peraturan Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah. Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya.

Upload: fuad-a-hamid

Post on 12-Aug-2015

507 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Disiplin asertif canter

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Disiplin Asertif

Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter dapat diaplikasikan oleh guru untuk

menangani masalah disiplin dalam kelas. Terangkan 4 cara disiplin asertif ini dapat

diaplikasikan oleh guru terhadap murid-muridnya.

Pengenalan

Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan tentang hak

guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran

dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa

cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui

model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-caranya.

Menetapkan peraturan

Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, murid-

murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran

pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan

bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan

murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan

dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah.

Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan

peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid

yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam

kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di

bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally

telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya

berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid

tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas

sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di

bersebelahannya.

Page 2: Teori Disiplin Asertif

Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan

yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan

menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan

berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak

daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.

Peneguhan

Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin Asertif

berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap

akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-

peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan, pujian

atau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan

peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak

daripada akibat dengan mematuhi peraturan.

Sebagai contoh, dalam kelas Tahun Empat Hijau, bukannya semua murid akan menghantar

kerja rumah yang diberikan oleh guru kelas dalam masa yang ditetapkan. Malahan terdapat

beberapa murid dalam kelas tersebut yang sering tidak menghantar kerja rumah mereka.

Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah dalam kelas

kepada murid-murid yang menyiapkan dan menghantar kerja rumah dalam masa yang

ditetapkan. Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus mengamalkan tingkah laku

yang baik tersebut pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, peneguhan

tersebut juga diberikan kepada murid-murid yang lain dalam kelas terutamanya mereka yang

tidak menghantar kerja rumah atau tidak menyiapkan kerja rumah pada masa yang

ditetapkan. Dalam masa yang singkat, sesetengah murid yang tidak menghantar atau

menyiapkan kerja rumah akan berubah sikap seperti menghantar kerja rumah pada masa

yang tepat atau menyiapkan kerja rumah supaya mendapat pujian atau hadiah yang telah

diberikan oleh guru.

Page 3: Teori Disiplin Asertif

Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif terhadap

mereka yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Guru memberi amaran yang

terakhir kepada murid yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang

ditetapkan dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah.

Sekiranya masih terdapat segelintir murid yang enggan mengubah sikapnya untuk

menyiapkan dan menghatar kerja rumah yang diberi, guru harus menghantar mereka

berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Dengan ini, murid-murid sedaya upaya akan

mengelak daripada akibat dengan menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa

yang ditetapkan.

Pendekatan asertif

Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah

adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan

asertif tahu apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan

dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka

terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan

yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami

bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan

dan ke arah kegagalan.

Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan

diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-

murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan

tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka

melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-

murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid sedar dan jelas sebab peraturan itu

diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.

Page 4: Teori Disiplin Asertif

Guru asertif tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas.

Mereka dapat mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan

pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap

semua murid. Guru yang asertif memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya, ‘

peraturan kelas kita ialah angkat tangan unutuk menjawab soalan’ atau ‘angkat tangan dan

tunggu dengan senyap, cikgu akan memanggil awak.’ Secara ringkasnya, pendekatan asertif

ini dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik

darjah dengan lebih konsisten. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran

yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.

Tindakan pembetulan

Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-

murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan

pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun

kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid.

Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada

semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak

dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku

yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah denagn peraturan yang telah ditetapkan, maka

tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan.

Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran

yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap

tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini

perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru

untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan/akibat

yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembertulan/akibat dalam hierarki akan menjadi

semakin serius daripada sebelumnya.

Page 5: Teori Disiplin Asertif

Kesimpulannya, terdapat empat cara yang dapat guru aplikasikan dalam

pengurusan disiplin para murid iaitu, menetapkan peraturan kelas, peneguhan, pendekatan

asertif dan tindakan pembetulan. Nescaya jika cara-cara ini diaplikasikan dengan baik dan

mendapat sokongan daripada ibu bapa, masalah disiplin dalam bilik darjah dapat

dikurangkan dan diselesaikan.

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/disiplin-asertif.html

Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya

Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah

Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan

beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang

berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model-

model modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan

bilik darjah. Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif

Canter, Model Akibat Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan

Kelompok (Kounin).

Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik

Darjah dan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti Curwin &

Mendler, Model Melangkah Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program

Organisasi Bilik Darjah & Pengurusan Everston, Model Aliran Kemahiran Goldstein & Mc

Ginnis dan Model Penyelesaiaan Konflik & Mediasi Rakan Sebaya.

1.1 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner

Page 6: Teori Disiplin Asertif

Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat berkesan untuk mengajar

tingkah laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang kurang wajar.

Model ini menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku

melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan

negatif.

Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan

peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali

sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah

laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada

murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini boleh diberi

dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negatif pula

adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang

diingini.

Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang konsekuen

tingkah laku. Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu pengukuhan akan

lebih kerap berlaku.Kedua, tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan berlaku

dengan kerap ataupun langsung tidak akan berlaku. Ketiga, tingkah laku akan dihapuskan

atau lenyap sekiranya ianya tidak diperkukuhkan.

Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan bertambah

teguh jika pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah

jika pengukuhan tidak diberikan.

1.2 Model Disiplin Asertif Canter

Page 7: Teori Disiplin Asertif

Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Model

ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini

mempunyai beberapa prinsip tersendiri.

Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua,

tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika

mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan dendaan

yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.

Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, “guru asertif

menggangap murid mereka sebagai pesalah”. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal

kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas.

Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam

kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut

Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah bagi

mengawal tingkah laku murid-murid.

Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti guru

asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik

untuk murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di

antara guru dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil

terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid

adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan

dalam megawal kelas. Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan

murid, bercakap dengan hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara adil.

Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan sebab

yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan peraturan

yang guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan akibat negatif

kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum

jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif

untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun

boleh dipertimbangkan.

Page 8: Teori Disiplin Asertif

2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER

Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard

pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku

berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah

laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau yang berlaku sebaik sahaja

ditunjukkan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik

darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke

dalam pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial

antara individu.

Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-

elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi

rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan,

iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila

rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan untuk

meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila

rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan

tingkah laku yang diingini.

Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah dan

pujian jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat

bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Untuk

peneguhan negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika murid-murid

melanggar peraturan seperti membaca komik semasa guru sedang mengajar dan guru

merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian

kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai rangsangan yang tidak diingini.

Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-murid melakukan rangsangan yang tidak

diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku

murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar.

Page 9: Teori Disiplin Asertif

Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan

tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan

merupakan tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala

dendaan pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang

diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan yang

diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Menurut Skinner, untuk mendapat

tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas seseorang

menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan ini diperoleh di dalam bilik

darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan atau penerimaan

rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada guru.

Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk

membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku yang

seterusnya pula dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang

tetap yang diberi setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini

akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini. Sebagai contoh, guru boleh

melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti bilik darjah. Guru perlu

menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti memberikan pujian apabila setiap

kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat menjawab dengan betul. Dengan

peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula berani untuk mengangkat tangan dan

melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat bimbingan atau mendapat ganjaran selepas

dia menunjukkan tingkah laku tersebut. Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan,

guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut apabila

diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila

murid sudah berani melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti

mengangkat tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian

setiap kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya meneguhkan pada waktu-waktu

tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku tersebut. Tingkah laku ini juga

boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka masa

yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak dipanggil oleh

gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan dan melibatkan

diri dalam aktiviti bilik darjah.

Page 10: Teori Disiplin Asertif

3.0 MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER

Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan

terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah

laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan

peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-

peraturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi

Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan

peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model

ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.

Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi

secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-murid

berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru

pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah

dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di

dalam bilik darjah.

Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian, guru

perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah

laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-

keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini

boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah.

Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan

peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan,

guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan

mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.

Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk

membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Page 11: Teori Disiplin Asertif

Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan

murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu

sama lain.

Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk

mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk

belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya

guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang

murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga

jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.

a) Guru yang agresif

Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak

bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif

ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai

guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak

ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut

arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini

selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti ‘Duduk’, ‘Diam’, ‘Dengar

sini!’..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa

terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar.

b) Guru yang tidak asertif

Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang

pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan

tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid.

Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di

dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan

tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti ‘Tolonglah

berkelakuan elok sikit’ atau ‘Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!’. Mereka kelihatan kelam-

Page 12: Teori Disiplin Asertif

kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi

menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba

menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan

menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti

P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.

c) Guru yang asertif

Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan

jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina

hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara

untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan murid-

murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah

adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan

asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan

dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-

tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin

dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid

tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru

sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan

akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru

diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.

Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan

apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya

untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang

menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar

atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi

oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap

semua murid. Mereka memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,‘Peraturan

kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan’ atau ‘Angkat tangan dan tunggu

dengan senyap, cikgu akan panggil awak’.

Page 13: Teori Disiplin Asertif

Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik

darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan

murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa.

Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya

murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan

guru.

Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus

asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan

seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis

guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja

tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa

keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru.

Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan

murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan

masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid

mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan

jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat

konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina

persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran

murid.

Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan.

Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan

formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada

salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada

murid, iaitu tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk

akademik seperti meminta murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan

mengambil latihan pengayaan bagi memenuhi masa yang ada.

Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan

keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan

Page 14: Teori Disiplin Asertif

oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat

sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingini dan boleh membina persekitaran

pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk memberikan pengiktirafan

kepada murid termasuklah memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid,

memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu

bapa.

Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu

hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan

untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan

pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat

tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu

konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut

perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah

dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan.

Guru perlu merancang dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan

peraturan-peraturam yang dilaksanakan.

Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan

disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid

mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan

pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap murid-murid.

Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana peraturan yang

telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas akan tanggungjawab

yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu menyemak kefahaman murid

terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu menerangkan ganjaran yang akan

diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan ataupun melanggar peraturan.

Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan kepada sesiapa yang melanggar

peraturan dan guru harus menerangkan dan menunjukkan mengapa pembetulan perlu

dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada murid

lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid

masih tidak memahami.