kemahiran asertif

Upload: nur-amirah

Post on 07-Jul-2015

1.578 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN ASERTIFDISEDIAKAN OLEH : ADELINE JOE JOHMEN AZEATUL SYAZNI BINTI MOHD. PARIS SITI NUR AMIRAH BINTI MOHAMAD KARIB WAN NURUL NAJIHAH BINTI WAN LATIFF

DEFINISI ASERTIFy Asertif bermaksud peneguhan atau ketegasan diri.

Suatu tingkahlaku yang membolehkan seseorang itu bertindak dengan cara yang selesa dan tidak cemas, menyatakan perasaannya dengan cara yang jujur dan selesa serta menggunakan haknya tanpa mengenepikan hak orang lain. y (Berman dan Rickel, 1979). Asertif berasal dari kata asing to assert yang bererti menyatakan dengan tegas.

Sambungan..y Menurut Lazarus (Fensterheim, l980), pengertian

perilaku asertif mengandungi suatu tingkah laku yang penuh ketegasan yang timbul kerana adanya kebebasan emosi dan keadaan efektif yang mendukung yang antara lain meliputi : menyatakan hak-hak peribadi, berbuat sesuatu untuk mendapatkan hak tersebut, melakukan hal tersebut sebagai usaha untuk mencapai kebebasan emosi.

KEMAHIRAN ASERTIFy Kemahiran asertif merupakan satu bentuk

komunikasi di mana seseorang individu melahirkan pemikiran, perasaan dan kepercayaannya secara jujur dan terus dengan mengambil kira pemikiran, perasaan dan kepercayaan orang lain.Setiap individu mempunyai hak-hak asasi tertentu. Kemahiran asertif boleh digunakan untuk membantu seseorang individu yang mengalami sesuatu konflik mencapai persetujuan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak tanpa mengorbankan maruah dan kehormatan diri.

MENGAPA PERLU KEMAHIRAN ASERTIFy Kemahiran asertif perlu dikuasai supaya individu

boleh menyatakan TIDAK tanpa rasa bersalah, marah atau sebarang tekanan perasaan terhadap desakan daripada sebarang pengaruh.

SITUASI KEMAHIRAN ASERTIFy Terbahagi kepada dua iaitu :

- selesa - tidak selesa

CONTOHFahmi telah merudum sejak akhir-akhir ini, melakukan prestasi yang minimum dan nyaris tidak lulus. Pada akhir kelas hari ini, dia bertanya adakah boleh untuk menyerahkan projek beberapa hari lewat. Dia tahu bahawa guru telah memberikan keizinan yang serupa dengan dua pelajar lain yang mengalami kesulitan untuk mendapatkan bahanbahan yang diperlukan.

SITUASI ASERTIFy Guru menasihati dan meminta Fahmi untuk menyiapkan

projek dengan segera. y Jika tidak berkesempatan, Fahmi diberi peluang untuk menghantar projek sehingga keesokannya.

Rasional : y Guru perlu bersikap tegas dan serius kerana prestasi pelajaran Fahmi yang agak merosot sejak kebelakangan ini. y Guru tersebut mesti menegaskan bahawa Fahmi mesti menghantar projek yang telah diberi pada hari yang telah ditetapkan agar dia tidak menimbulkan sebarang masalah lagi selepas ini

SITUASI TIDAK ASERTIFy Guru tersebut membenarkan Fahmi untuk menghantar

projeknya beberapa hari lewat. y Guru tidak memberi kata-kata nasihat apabila Fahmi lewat menyiapkan projek.- Guru seperti ini menggunakan pendekatan yang pasif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta tidak konsisten semasa mengajar dan boleh mengelirukan murid. - Tingkahlaku yang pasif ialah mengelak daripada menyatakan perasaan, kehendak, keperluan dan pendapat.

SITUASIy 1. Selepas pulang dari sekolah, Harith mengajak

Husni pergi ke pusat karaoke dan melepak bersama rakan-rakan yang lain. Ibu Husni telah berpesan kepadanya supaya terus pulang ke rumah setelah selesai sesi persekolahan.

SITUASI SELESAy Husni menghargai pelawaan Harith tetapi dalam

masa yang sama dia terpaksa menolak pelawaan tersebut kerana ibunya telah berpesan kepadanya untuk terus pulang selepas selesai persekolahan. y terima kasihmaaf.

SITUASI TIDAK SELESAy Husni menolak pelawaan Harith dan menyatakan

bahawa keluar melepak bersama rakan-rakan adalah perkara yang membazir masa.

SITUASIy Nisa adalah seorang pelajar yang pintar. Dia

memiliki seorang teman rapat iaitu Ada. Ada mengajak Nisa untuk mengajarnya pada waktu petang tetapi Nisa mempunyai aktiviti lain untuk dilakukan pada hari tersebut. Nisa perlu menziarahi neneknya yang sakit.

SITUASI SELESAy Nisa menghargai pelawaan Ada tetapi dia terpaksa

menolak pelawaan ada dengan sopan kerana dia harus menziarahi neneknya pada petang tersebut. - terima kasihmaaf. y Nisa mempelawa Ada untuk mengadakan pembelajaran bersama pada keesokan petang.

SITUASI TIDAK SELESAy Nisa menolak pelawaan Ada dan menyuruhnya

belajar sendiri. y Nisa juga tidak memohon maaf kerana kesulitan yang dihadapi.

SITUASI BERISIKOy Situasi yang berisiko bermaksud situasi yang boleh

membawa masalah atau berbahaya kepada seseorang dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. y Dalam kehidupan seharian kita seharusnya dapat mengenal pasti dan membezakan antara perbuatan atau situasi yang selamat dan berisiko.

KEMAHIRAN ASERTIF DALAM SITUASI BERISIKOy Menjauhi atau mengelakkan situasi yang berisiko y Berfikir akan kesan daripada risiko y Meminta pendapat orang lain sebelum melakukan

sesuatu yang berisiko y Perkara yang perlu dilakukan apabila menghadapi situasi berisiko

SITUASI BERISIKOy Lina mempunyai jiran lelaki yang bernama shahrul.

Sharul berminat kepada Lina dan menyatakan perasaannya kepada Lina. Lina tidak berani untuk menerima Shahrul kerana Shahrul adalah seorang yang nakal dan bermasalah. Selain itu, Lina masih lagi bersekolah.

y Lina tidak seharusnya tidak menerima perasaan

Shahrul kerana perkara yang tidak baik mungkin berlaku akibat daripada perangai Shahrul. y Lina harus menjauhkan dirinya daripada situasi tidak selamat iaitu bergaul dengan Shahrul. y Untuk mengelak perkara yang tidak diingini, lina harus berwaspada dari segi berpakaian dan tingkah laku y Memaklumkan kepada ibu bapanya

Sekian terima kasih..=)