teori behaviourisme

12
TEORI BEHAVIOURISME Teori pemerolehan bahasa yang dipelopori oleh Bloomfield dalam Teori Behaviourisme menganggap bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan melalui rangsangan dan gerak balas. Menurut Bloomfield, pengukuhan perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Murid-murid perlu diberi ganjaran agar murid-murid terus berkeinginan untuk belajar. Berlandaskan kepada teori pemerolehan ini, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi sangat penting dan berkesan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini bermakna guru- guru perlu menyusun pelajaran dengan baik melalui latihan secara berulang-ulang. Sebagai contoh, apabila guru mengajar kemahiran menyebut suku kata terbuka dan tertutup, guru akan meminta murid-murid menyebut dan mengeja suku kata tersebut secara berulang-ulang. Proses pengulangan yang banyak seperti yang ditegaskan oleh Bloomfield boleh menghasilkan murid- murid yang dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan guru,rakan dan kelas. Menurut Bloomfield dalam Teori Behaviourisme, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar. Ini bermakna, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik seperti penggunaan bahan-bahan makmal bahasa, kad-kad bacaan yang menarik. Bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik minat murid untuk belajar dan tidak bosan dan ini membolehkan latih tubi dilakukan dalam keadaan bermakna. Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan bahasa. Ia dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan dalam teori ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih

Upload: xgeniusx

Post on 03-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

TEORI BEHAVIOURISME

TRANSCRIPT

TEORI BEHAVIOURISMETeori pemerolehan bahasa yang dipelopori oleh Bloomfield dalam Teori Behaviourisme menganggap bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan melalui rangsangan dan gerak balas.Menurut Bloomfield, pengukuhan perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.Murid-murid perlu diberi ganjaran agar murid-murid terus berkeinginan untuk belajar.Berlandaskan kepada teori pemerolehan ini, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi sangat penting dan berkesan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran bahasa.Ini bermakna guru- guru perlu menyusun pelajaran dengan baik melalui latihan secara berulang-ulang.Sebagai contoh, apabila guru mengajar kemahiran menyebut suku kata terbuka dan tertutup, guru akan meminta murid-murid menyebut dan mengeja suku kata tersebut secara berulang-ulang.Proses pengulangan yang banyak seperti yang ditegaskan oleh Bloomfield boleh menghasilkan murid-murid yang dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan guru,rakan dan kelas.

Menurut Bloomfield dalam Teori Behaviourisme, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan.Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar.Ini bermakna, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik seperti penggunaan bahan-bahan makmal bahasa, kad-kad bacaan yang menarik.Bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik minat murid untuk belajar dan tidak bosan dan ini membolehkan latih tubi dilakukan dalam keadaan bermakna.

Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan bahasa. Ia dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan dalam teori ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola ( bermula daripada senang kepada yang lebih susah ) . Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran. Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan.Kemudiannya pembelajaran bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa turut diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran yang merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa, pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan lain-lain bertindak sebagai pengukuh. Mengikut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguhkan oleh guru dengan cara memberi pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Hal ini merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan.Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :

Latihan yang dikukuhkan -> pembelajaran -> perubahan tingkah laku

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah. Bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh murid-murid. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.Keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi.Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.Kekuatan Teori Behaviorisme) Kelebihan yang pertama yang kami perolehi melalui teori ini adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan jelas. Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Kelemahan Teori Behaviorisme) Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran. Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja.Ancaman yang seterusnya adalah merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru boleh mendatangkan kesan negatif kepada murid. Hal ini kerana murid akan berasa diri mereka tidak begitu penting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana mereka tidak dapat berkongsi idea dan pendapat bersama rakan-rakan dan juga guru. Sebagai contoh guru hanya akan mengajar dan murid hanya perlu menerima apa yang diajar oleh guru sebagai tindak balas hasil daripada rangsangan yang guru tunjukkan. Dan hasilnya murid tidak dapat mengembangkan idea dari dalam fikiran mereka sendiri dan hanya bergantung kepada guru semata-mata. Selain itu, ancaman bagi teori ini ialah ganjaran. Teori ini terlalu menekankan aspek ganjaran yang perlu diberikan guru kepada murid sekiranya murid dapat melakukan sesuatu perkara dengan baik. Hal ini dapat menjadikan murid melakukan sesuatu bukan atas dasar ingin memperbaiki pencapaian dan menambah pengetahuan, sebaliknya disebabkan oleh ganjaran semata-mata.

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwin

RumusanBerdasarkan teori ini, guru adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul. Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi. Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar.

Copy and WIN :http://bit.ly/copynwin T.Pemerolehan ;PengenalanPemerolehan Bahasa Kanak-Kanak Secara Mentalis Dan Behaviourisme. Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938).Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu.Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. B.F. Skinner mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu; Rangsangan tindak balas Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat.Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya. Menurut teori E.H Lenneberg ( Abdullah Hassan, 1992 :261 ), semua kanak-kanak yang sihat dan normal mula bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang sama. Menurut beliau, apabila tiba masanya seseorang anak itu akan dengan serta-merta tertarik terhadap bunyi yang didengar dan mula menggunakan pancainderanya untuk memilih bunyi yang penting. Menurut beliau, otak manusia mengambil masa yang panjang untuk membesar, dan hal ini dapat memberi keupayaan kepada bahasa untuk tumbuh dan berkembang. Teori Behaviouris adalah berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak.Teori ini juga dikenali sebagai teori mekanis. Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ahli keluarganya, khususnya daripada ibu bapanya. Oleh hal demikian, ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka. Kanak-kanak menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul. Behaviorisme berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh. Kelihatan teori ini menekankan perilaku, dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Teori ini berpandangan bahawa bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri manusia. Justeru bahasa ialah proses perilaku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas. Golongan behaviouris berpendapat bahawa pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu.Rumusan Teori Behaviourisme menekankan perilaku, dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri manusia. Proses perilaku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas.Pemerolehan akan terjadi melalui ulangan perlakuan itu. Perkara-perkara seperti latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan.Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diperoleh. Oleh hal demikian, kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka. Hal ini bermakna bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kena-mengena dengan fikiran atau daya mental. Dari segi teori mentalis, seseorang kanak-kanak boleh menggunakan keupayaan yang sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. Kanak-kanak perlu didadahkan kemahiran berfikir kritis untuk memperolehbahasa. Pemerolehan bahasa ialah proses penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara formal. Walaupun teori Behaviouris dan teori mentalis. Proses pemerolehan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan ibu bapa, adik-beradik, guru, kawan-kawan mereka sendiri serta persekitarannya.Ibu bapa harus memberi peneguhan agar anak bermotivasi mempelajari sesuatu . 11Ibu bapa harus menekankan kepada pemerolehan mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.