tempatan selasa, 17 julai 2018 /a9 upf, kolej edufly taja ... · pelan kebajikan, memaja sebanyak...

1
Biasiswa penuh secara percuma bernilai RM12 juta Tempatan /A9 Selasa, 17 Julai 2018 KOTA KINABALU: Presta- si dalam akademik kurang memuaskan? Kekurangan dalam sokongan kewangan? Biasiswa UPF kini dibuka untuk permohonan! Sila buat panggilan untuk temu- duga segera! Universal Peace Federa- tions (UPF) telah menan- datangani memorandum ker- jasama dengan Kolej EduFly untuk mempromosikan satu pelan kebajikan, memaja sebanyak 300 pax biasiswa penuh secara percuma, den- gan jumlah nilai RM12 juta. Biasiswa ini memberikan peluang untuk mengikuti program Diploma Pentadbi- ran Perniagaan atau Diploma Pengurusan Pelancongan di Kolej EduFly secara per- cuma. UPF adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kedudukan seb- agai perunding khas dengan Majlis Ekonomi dan Sosial dalam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Ia menawarkan program bantuan dan kemanusiaan, projek perkhidmatan pem- belajaran, pendidikan per- watakan dan program sukan dengan tumpuan khusus kepada kepimpinan peribadi dan kemahiran dalam peny- PETALING JAYA: Universiti Malaysia Sabah (UMS) muncul sebagai penerima anugerah pemenang tempat ketiga pertandingan Universiti Awam Bebas Denggi 2018, di sini. Bertemakan ‘Komuniti ASEAN Membanteras Denggi’, pertandingan itu disertai 20 universiti awam seluruh negara sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN. Kemenangan itu menyaksikan UMS menerima hadiah wang tunai RM2,000 yang disampaikan Menteri Kesihatan Dr Haji Dzulkefly Ahmad. Sementara itu, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS Prof Dr Mohammad Saffree Jeffree berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak pengurusan UMS, FPSK dan seluruh warga universiti. “Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap segala usaha yang dijalankan sekali gus membolehkan universiti ini dinobatkan sebagai sebuah kawasan bebas denggi. “Dalam masa yang sama, pengiktirafan ini pasti akan memberi suntikan motivasi kepada seluruh warga UMS untuk berusaha lebih gigih bagi mencapaitahapkecemerlangan lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya yang yang hadir mewakili naib canselor UMS. Pada program itu, johan dan penerima anugerah tempat kedua masing- masing dimenangi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). KOTA KINABALU: Kaedah bertaraf dunia digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) perkembangan awal muzik kanak-kanak menerusi pendekatan Orff, Kodaly dan Dalcroze. Wakil Dekan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) Profesor Dr Dzurizah Ibrahim berkata melalui pendekatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu, guru muzik dapat meningkatkan kemahiran praktikal semasa melakukan aktiviti ‘hands- on’ dengan alat-alat perkusi berpic dan tanpa pic. UPF, Kolej EduFly taja biasiswa DARI KIRI: Ng Shu Lin, Sudesh Balasubramaniam, Yutaka Yamada, Tan Sri Dr Devaki Ayathurai Krishnan, Yap Keong Foon dan Jacky Ng. DARI KIRI: Ng Shu Lin bersama Sudesh Balasubramaniam dan disertai oleh Yutaka Yamada serta Tan Sri Dr Devaki Ayathurai Krishnan, menyerahkan replika cek bernilai RM12 juta kepada Yap Keong Foon dan Jacky Ng. emaian aman damai sepan- jang tahun. Pengarah Urusan Kolej EduFly Yap Keong Foon berkata selepas beliau dilantik sebagai ‘Duta Perdamaian’ oleh UPF, beliau berazam untuk menyokong gerakan keamanan dalam bidang pendidikan. Menurutnya, yuran pen- gajian untuk Diploma Pen- tadbiran Perniagaan (jurusan pemasaran digital) adalah RM40,000 dan program dua tahun ini membolehkan pe- lajar mempelajari kemahiran pemasaran dalam talian atau online. Semangat untuk melan- jutkan pembelajaran masih terbakar meskipun tidak berprestasi baik dalam aka- demik dan kurang sokongan kewangan? Jangan putus asa! Andalah calon yang kita cari! Anda boleh menjana pendapatan semasa belajar! Daftarlah dengan segera! Latihan praktikal perda- gangan dalam talian adalah teras kursus. Kursus ini membolehkan para pelajar menjalankan latihan dan praktik secara komprehensif dalam urusniaga, penguru- san dan operasi kedai dalam talian. Di samping itu, selaras dengan tujuan dan misi UPF, ini adalah tajaan bi- asiswa program kepimpinan perwatakan. Mereka yang telah menerima biasiswa per- cuma ini akan dapat peluang keemasan untuk mencapai matlamat kehidupan peribadi dan kerjaya mereka. Selain itu, impian mereka untuk maju ke arah mem- peroleh pendidikan tinggi juga dapat direalisasikan. Dengan aktif mengambil ba- hagian dalam pelbagai aktiviti perkhidmatan masyarakat anjuran UPF selepas waktu persekolahan, pelajar akan Yuran pengajian untuk Diploma Pentadbiran Perniagaan (jurusan pemasaran digital) adalah RM40,000 dan program dua tahun ini membolehkan pelajar mempelajari kemahiran pemasaran dalam talian atau online. YAP KEONG FOON Pengarah Urusan Kolej EduFly menerima latihan kompre- hensif, mengalami transfor- masi persendirian, dari segi keperibadian intrinsik dan kepakaran luaran. Tajaan biasiswa UPF penuh secara percuma kini boleh didapati untuk lepasan SPM, iaitu pemuda berumur 18 hingga 30 tahun. Mereka yang memohon Diploma mesti memenuhi kelayakan sekurang-kurangnya tiga kredit dalam SPM; manakala sijil terbuka kepada semua graduan SPM. Sekiranya perlu, UPF akan membantu pelajar mencari penginapan dan peluang pekerjaan sam- bilan. Sekiranya berminat, sila menghubungi Mr You 017- 9231792 (Kuala Lumpur), Ms Ong 013-5148318 (Ma- laysia Utara), Ms Pauline 016-3531080 (Sabah) dan Mr Simon 014-6236296 (Sarawak) untuk maklumat lanjut. UMS terima Anugerah Universiti Awam Bebas Denggi 2018 MOHAMMAD Saffree ber- gambar bersama anugerah yang dimenangi UMS. KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan dipercayai ejen perjudian tanpa lesen bola sepak Piala Dunia 2018 sepanjang Op Soga 7, sejak 14 Jun lepas. Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata kesemua enam suspek berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun itu diberkas menerusi empat serbuan di sekitar Kuala Terengganu. “Polis merampas wang tunai RM3,275 dan enam telefon bimbit pelbagai jenama yang digunakan untuk kegiatan itu. “Siasatan awal mendapati nilai had pertaruhan ialah antara RM1,500 hingga RM5,000 sahaja kerana mereka tidak mengambil wang tunai, sebaliknya semua urusan dilakukan secara transaksi dalam talian,” katanya. Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi 2017 kepada 292 pegawai polis Kontinjen Terengganu, di sini pada Isnin. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000, jika sabit kesalahan. - Bernama SUNGAI PETANI:Dua buruh lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan manakala dadah jenis heroin seberat 405 gram yang dianggarkan bernilai RM8,280, dirampas dalam serbuan pukul 10 pagi di sebuah rumah teres di Bandar Mutiara dekat sini, pada Ahad. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt. Sazalee Adam berkata, dalam serbuan itu, polis menemui satu beg plastik hitam mengandungi 414 paket plastik lutsinar berisi ketulan dan serbuk dadah di atas lantai di bilik utama rumah berkenaan. “Polis menahan dua lelaki tempatan, masing-masing berusia 29 dan 24 tahun direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 21 Julai bagi membantu siasatan. “Sementara itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 29 tahun positif dadah jenis Methamphetamine, manakala suspek berusia 24 tahun positif ganja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, pada Isnin. Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek aktif dengan aktiviti pengedaran dadah sejak lima bulan lepas, dan kawasan tumpuan mereka ialah sekitar kawasan Flat Paya Nahu. “Suspek berusia 29 tahun didapati mempunyai satu rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983, manakala suspek berusia 24 tahun mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan. “Paket kecil dadah terbabit dipercayai dijual pada harga RM20 setiap satu..polis masih menyiasat dari mana bekalan dadah ini diperoleh dan sama ada ia berkaitan dengan sindiket pengedaran dadah,” katanya. -Bernama Enam suspek ejen judi Piala Dunia 2018 ditahan Dua buruh ditahan, dadah bernilai RM8,280 dirampas P&P muzik kanak-kanak guna kaedah bertaraf dunia Bengkel anjuran Unit Penyelidikan Warisan Borneo, Program Muzik, FKSW dan The Music Place itu merupakan lanjutan daripada bengkel tahap satu yang diadakan pada tahun lepas. Seramai 36 peserta dari Sabah dan Semenanjung Malaysia serta lima peserta luar negara iaitu Macao, Korea, Guangzhou dan Brunei yang menghadiri bengkel itu bermula 16 hingga 20 Julai 2018. DZURIZAH merasmikan Bengkel Early Childhood Music Level II. PENYAMPAIAN replika cek berjumlah RM5,000 oleh Pengarah The Music Place Abby Lim (dua dari kanan) kepada Dzurizah (dua dari kiri). “Di samping itu, guru muzik dapat meningkatkan kefahaman perkembangan muzik awal kanak-kanak melalui aktiviti pergerakan badan. “Melalui Bengkel ‘Early Childhood Music Level II’, dapat memberi latihan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan Orff, Kodaly dan Dalcroze yang disampaikan oleh pensyarah Universiti Hawaii Dr Loong Chet Yeng,” jelasnya ketika merasmikan bengkel itu di sini, pagi Isnin. PARA peserta bengkel yang menghadiri Early Childhood Music Level II.

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Biasiswa penuh secara percuma bernilai RM12 juta

Tempatan /A9Selasa, 17 Julai 2018

“ “

KOTA KINABALU: Presta-si dalam akademik kurang memuaskan? Kekurangan dalam sokongan kewangan? Biasiswa UPF kini dibuka untuk permohonan! Sila buat panggilan untuk temu-duga segera!

Universal Peace Federa-tions (UPF) telah menan-datangani memorandum ker-jasama dengan Kolej EduFly untuk mempromosikan satu

pelan kebajikan, memaja sebanyak 300 pax biasiswa penuh secara percuma, den-gan jumlah nilai RM12 juta.

Biasiswa ini memberikan peluang untuk mengikuti program Diploma Pentadbi-ran Perniagaan atau Diploma Pengurusan Pelancongan di Kolej EduFly secara per-cuma.

UPF adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang

mempunyai kedudukan seb-agai perunding khas dengan Majlis Ekonomi dan Sosial dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ia menawarkan program bantuan dan kemanusiaan, projek perkhidmatan pem-belajaran, pendidikan per-watakan dan program sukan dengan tumpuan khusus kepada kepimpinan peribadi dan kemahiran dalam peny-

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Sabah (UMS) muncul sebagai penerima anugerah pemenang tempat ketiga pertandingan Universiti Awam Bebas Denggi 2018, di sini.

Bertemakan ‘Komuniti A S E A N M e m b a n t e r a s Denggi’, pertandingan itu disertai 20 universiti awam seluruh negara sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN.

K e m e n a n g a n i t u menyaksikan UMS menerima hadiah wang tunai RM2,000 yang disampaikan Menteri Kesihatan Dr Haji Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS Prof Dr Mohammad Saffree Jeffree berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak pengurusan UMS, FPSK dan seluruh warga universiti.

“Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap segala usaha yang dijalankan sekali gus membolehkan universiti ini dinobatkan sebagai sebuah kawasan bebas denggi.

“Dalam masa yang sama, pengiktirafan ini pasti akan memberi suntikan motivasi kepada seluruh warga UMS untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai tahap kecemerlangan lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya yang yang hadir mewakili naib canselor UMS.

Pada program itu, johan dan penerima anugerah tempat kedua masing-masing dimenangi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

K O T A K I N A B A L U : Kaedah bertaraf dunia digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) perkembangan awal muzik kanak-kanak menerusi pendekatan Orff, Kodaly dan Dalcroze.

Wakil Dekan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) Profesor Dr Dzurizah Ibrahim berkata melalui pendekatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu, guru muzik dapat meningkatkan kemahiran praktikal semasa melakukan aktiviti ‘hands-on’ dengan alat-alat perkusi berpic dan tanpa pic.

UPF, Kolej EduFly taja biasiswa

DARI KIRI: Ng Shu Lin, Sudesh Balasubramaniam, Yutaka Yamada, Tan Sri Dr Devaki Ayathurai Krishnan, Yap Keong Foon dan Jacky Ng.

DARI KIRI: Ng Shu Lin bersama Sudesh Balasubramaniam dan disertai oleh Yutaka Yamada serta Tan Sri Dr Devaki Ayathurai Krishnan, menyerahkan replika cek bernilai RM12 juta kepada Yap Keong Foon dan Jacky Ng.

emaian aman damai sepan-jang tahun.

Pengarah Urusan Kolej EduFly Yap Keong Foon berkata selepas beliau dilantik sebagai ‘Duta Perdamaian’ oleh UPF, beliau berazam untuk menyokong gerakan keamanan dalam bidang pendidikan.

Menurutnya, yuran pen-gajian untuk Diploma Pen-tadbiran Perniagaan (jurusan pemasaran digital) adalah RM40,000 dan program dua tahun ini membolehkan pe-lajar mempelajari kemahiran pemasaran dalam talian atau online.

Semangat untuk melan-jutkan pembelajaran masih terbakar meskipun tidak berprestasi baik dalam aka-demik dan kurang sokongan kewangan? Jangan putus asa! Andalah calon yang kita cari! Anda boleh menjana pendapatan semasa belajar! Daftarlah dengan segera!

Latihan praktikal perda-gangan dalam talian adalah teras kursus. Kursus ini membolehkan para pelajar menjalankan latihan dan praktik secara komprehensif dalam urusniaga, penguru-san dan operasi kedai dalam talian.

Di samping itu, selaras dengan tujuan dan misi UPF, ini adalah tajaan bi-asiswa program kepimpinan perwatakan. Mereka yang telah menerima biasiswa per-cuma ini akan dapat peluang keemasan untuk mencapai matlamat kehidupan peribadi dan kerjaya mereka.

Selain itu, impian mereka untuk maju ke arah mem-peroleh pendidikan tinggi juga dapat direalisasikan. Dengan aktif mengambil ba-hagian dalam pelbagai aktiviti perkhidmatan masyarakat anjuran UPF selepas waktu persekolahan, pelajar akan

Yuran pengajian untuk Diploma Pentadbiran Perniagaan (jurusan pemasaran digital) adalah RM40,000 dan program dua tahun ini membolehkan pelajar mempelajari kemahiran pemasaran dalam talian atau online.

YAP KEONG FOONPengarah Urusan Kolej EduFly

menerima latihan kompre-hensif, mengalami transfor-masi persendirian, dari segi keperibadian intrinsik dan kepakaran luaran.

Tajaan biasiswa UPF penuh secara percuma kini boleh didapati untuk lepasan SPM, iaitu pemuda berumur 18 hingga 30 tahun. Mereka yang memohon Diploma mesti memenuhi kelayakan sekurang-kurangnya tiga kredit dalam SPM; manakala sijil terbuka kepada semua graduan SPM. Sekiranya perlu, UPF akan membantu pelajar mencari penginapan dan peluang pekerjaan sam-bilan.

Sekiranya berminat, sila menghubungi Mr You 017-9231792 (Kuala Lumpur), Ms Ong 013-5148318 (Ma-laysia Utara), Ms Pauline 016-3531080 (Sabah) dan Mr Simon 014-6236296 (Sarawak) untuk maklumat lanjut.

UMS terima Anugerah Universiti Awam Bebas Denggi 2018

MOHAMMAD Saffree ber-gambar bersama anugerah yang dimenangi UMS.

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan dipercayai ejen perjudian tanpa lesen bola sepak Piala Dunia 2018 sepanjang Op Soga 7, sejak 14 Jun lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata kesemua enam suspek berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun itu diberkas menerusi empat serbuan di sekitar Kuala Terengganu.

“Polis merampas wang tunai RM3,275 dan enam telefon bimbit pelbagai jenama yang digunakan untuk kegiatan itu.

“Siasatan awal mendapati nilai had pertaruhan ialah antara RM1,500 hingga

RM5,000 sahaja kerana mereka tidak mengambil wang tunai, sebaliknya semua urusan dilakukan secara transaksi dalam talian,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi 2017 kepada 292 pegawai polis Kontinjen Terengganu, di sini pada Isnin.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000, jika sabit kesalahan. -Bernama

SUNGAI PETANI:Dua buruh lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan manakala dadah jenis heroin seberat 405 gram yang dianggarkan bernilai RM8,280, dirampas dalam serbuan pukul 10 pagi di sebuah rumah teres di Bandar Mutiara dekat sini, pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt. Sazalee Adam berkata, dalam serbuan itu, polis menemui satu beg plastik hitam mengandungi 414 paket plastik lutsinar berisi ketulan dan serbuk dadah di atas lantai di bilik utama rumah berkenaan.

“Polis menahan dua lelaki tempatan, masing-masing berusia 29 dan 24 tahun direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 21 Julai bagi membantu siasatan.

“Sementara itu, uj ian saringan air kencing mendapati suspek berusia 29 tahun positif dadah jenis Methamphetamine, manakala suspek berusia 24 tahun positif ganja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, pada Isnin.

Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek aktif dengan aktiviti pengedaran dadah sejak lima bulan lepas, dan kawasan tumpuan mereka ialah sekitar kawasan Flat Paya Nahu.

“Suspek berusia 29 tahun didapati mempunyai satu rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983, manakala suspek berusia 24 tahun mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Paket kecil dadah terbabit dipercayai dijual pada harga RM20 setiap satu..polis masih menyiasat dari mana bekalan dadah ini diperoleh dan sama ada ia berkaitan dengan sindiket pengedaran dadah,” katanya. -Bernama

Enam suspek ejen judi Piala Dunia 2018 ditahan

Dua buruh ditahan,

dadah bernilai RM8,280 dirampas

P&P muzik kanak-kanak guna kaedah bertaraf dunia

Bengkel anjuran Unit Penyel idikan Warisan Borneo, Program Muzik, FKSW dan The Music Place itu merupakan lanjutan daripada bengkel tahap satu yang diadakan pada tahun lepas.

Seramai 36 peserta dari Sabah dan Semenanjung Malaysia serta lima peserta luar negara iaitu Macao, Korea, Guangzhou dan Brunei yang menghadiri bengkel itu bermula 16 hingga 20 Julai 2018.

DZURIZAH merasmikan Bengkel Early Childhood Music Level II.

PENYAMPAIAN replika cek berjumlah RM5,000 oleh Pengarah The Music Place Abby Lim (dua dari kanan) kepada Dzurizah (dua dari kiri).

“Di samping itu, guru muzik dapat meningkatkan kefahaman perkembangan muzik awal kanak-kanak melalui aktiviti pergerakan badan.

“Melalui Bengkel ‘Early Childhood Music Level II’, dapat memberi latihan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan Orff, Kodaly dan Dalcroze yang disampaikan oleh pensyarah Universiti Hawaii Dr Loong Chet Yeng,” jelasnya ketika merasmikan bengkel itu di sini, pagi Isnin. PARA peserta bengkel yang menghadiri Early Childhood Music Level II.