biasiswa hadiah latihan persekutuan

Download Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan

Post on 20-Jul-2015

236 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 5/17/2018 Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan

    1/34

    LAMPIRAN 1

    TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI PEGAWAIPERKHIDMATAN GUNASAMA UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKATSARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SESI 2013

    Pegawai Perkhidmatan Gunasama bermaksud perkhidmatan yang KetuaPerkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Skimperkhidmatan yang terlibat ialah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai TeknologiMaklumat, Pegawai Latihan Vokasional dan Pegawai Psikologi.1. Syarat Umum

    Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman,minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalampengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkankeberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklahmempunyai kelayakan ljazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yangsetaraf dengannya.

    2. Syarat Khususi) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang

    berkhidmat dalam perkhidmatan tetap:ii) Pegawai berumur tidak melebihi 43 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran

    (Ph.D) dan 45 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana pada 1 Januari 2013;iii) Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang kurangnya selama 3 tahun

    (Iantikan selewat-Iewatnya 1 Januari 2009) pad a tarikh tutup permohonan;iv) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup

    permohonan;v) Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% kealas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut(2008,2009 & 2010 atau 2009,2010 & 2011). Penilaian setahun LNPT genap12 bulan;vi) Memiliki syarat kelayakan akademik seperti berikut-

    Tempoh MinimumPeringkat Kelulusan PNGK atau setaraf Pengalaman Bekerja diPengajian Peringkat P&P(pada 1 Januari 2012)2.00 - 2.49 10 tahun

    Sarjana 2.50 - 2,99 5 tahun3.00 dan ke atas 3 tahun

    Ph.D Lulus Peringkat Sarjana 3 tahun

    1

  • 5/17/2018 Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan

    2/34

    LAMPIRAN 1

    vii) Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendekseperti berikut-

    Tempoh Kursus Tempoh Menunggu(pada 1Januari 2013)Lebih daripada 12 bulan 2 tahun

    Lebih daripada 3 bulan dan kurang 1 tahundaripada 12 bulanKurang daripada 3 bulan Tiada

    viii)Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaanMahkamah;IX ) Telah mengisytiharkan harta; dan

    x) Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA.xi) Menyediakan Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) (dalam Bahasa

    Melayu atau Bahasa Inggeris untuk pengajian Dalam Negara dan BahasaInggeris bagi pengajian di Luar Negara) mengikut panduan di LAMPIRAN 3dengan pilihan Bidang Pengkhususan di LAMPIRAN 4A.Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara

    xii) Telah lulus ujian Bahasa Inggeris skor minimum sama ada TOEFL 580(Paper-Based) atau 230 (Computer-Based) atau 88 (Internet-Based) atau IELTS6.5 semasa mengemukakan permohonan. Walau bagaimanapun, bagi calonyang sedang menduduki ujian rnr, semua slip keputusan perludikemukakan semasa menghadiri temuduga.Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti di luar negara (termasuknegara-negara bukan berbahasa Inggerrs). Hanya ujian Bahasa Inggeris yangdiambil pada atau selepas 1 Julai 2011 sahaja diambilkira bagi tujuan ini;

    *xii) Menerima tawaran tempat pengajian di universiti-universiti terkemuka seperti diLAMPIRAN 5 dalam pelbagai bidang pengkhususan.

    xiii) Calon-calon yang mendapat conditional offer daripada Harvard University,Massachusetts Institute of Technology (MIT), Oxford University danCambridge University dalam bidang-bidang spesifik mengikut kekuatan bidangdalam universiti berkenaan akan diberi keutamaan untuk mendapat penajaan keluar negara;

    *xiv) Telah lulus Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara: dan

    2

  • 5/17/2018 Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan

    3/34

    LAMPIRAN 1

    *xv) Pegawai dan ahli keluarga bebas daripada sebarang penyakit kronik(LAMPIRAN 6).* Sebarang rayuan untuk melonggarkan syarat-syarat di atas tidak akan dilayanoleh Jabatan ini. Walau bagaimanapun, calon boleh mendapatkan tempatpengajian dan mengikuti Kursus Khas Kenegaraan setelah berjayaditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan.

    3. KemudahanPegawai-pegawai yang berjaya dipilih akan ditawarkan Hadiah LatihanPersekutuan dengan kelulusan Cuti Belajar Bergaji Penuh.

    4. Ikatan PerjanJian Dengan KerajaanPegawai-pegawai yang berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuandikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan.

    5. Tatacara Permohonana) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam

    talian di portal JPA www.jpa.gov.rny atau http://esilav2Ipa,gov,myPermohonan dibuka mulaj 9 April 2012 sehingga 30 April 2012.b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak untuk

    dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama-sama:(i) Salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau perincianperatusan markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya;(ii) Salinan Ijazah Sarjana lengkap dengan transkrip atau perincianperatusan markah/PNGK atau kelulusan yang setaraf dengannya

    (sekiranya ada);(iii) Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yangtelah berkeluarga);

    (iv) Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposety.(v) Salman Slip keputusan TOEFL atau IELTS (bagi permohonan pengajian

    di Luar Negara);dan(vi) Salinan Surat Akuan Doktor oleh Pegawai Perubatan & Kesihatanberdaftar sekiranya pegawai atau ahli keluarga menghidap penyakit

    kronik.

    3

    http://www.jpa.gov.rny/http://www.jpa.gov.rny/
  • 5/17/2018 Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan

    4/34

    LAMPIRAN 1

    c) Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan olehpegawai Kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan danProfesional atau setaraf atau lebih tinggi.

    d) Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak dikemukakanmelalui Ketua Jabatan serta tidak memenuhi syarat kelayakan yangditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

    e) Pegawai Perkhidmatan Gunasama yang sedang berkhidmat di sebelas(11) buah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) (seperti diperenggan 5(f)) diwajibkan memohon melalui 2 kaedah berikut:

    (i) Aplikasi HRMIS - Aplikasi HRMIS boleh dicapai di www.eghrmisgov.my(dibawah modul Pembangunan - sila klik Program Pengajian). Panduandan tatacara permohonan boleh dimuat turun di laman web HRMIS.

    (ii) Perkhidmatan Dalam Talian - Permohonan perlu dibuat dengan mengisiborang permohonan secara dalam talian di portal JPA www-ipagov myatau http.//esilav2.jpa.gov my.f) Agensi-agensi di bawah JPM yang terlibat adalah :

    (i) Istana Negara(ii) Jabatan Audit Negara(iii) Jabatan Peguam Negara(iv) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia(v) Parlimen Malaysia(vi) Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja, Malaysia(vii) Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri(viii) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(ix) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(x) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(xi) Suruhanjaya Pilihan Raya

    6. Ujian Khas Hadiah Latihan PersekutuanBagi pemohon yang berjaya untuk dipanggil temuduga, pemohon diwajibkanuntuk menduduki Ujian Khas Hadiah Latihan Persekutuan secara online yangboleh dicapai semasa semakan panggilan temuduga di portal JPAwww.ipa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my.

    4

    http://www.eghrmisgov.my/http://www.ipa.gov.my/http://esilav2.jpa.gov.my./http://esilav2.jpa.gov.my./http://www.ipa.gov.my/http://www.eghrmisgov.my/
  • 5/17/2018 Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan

    5/34

    LAMPIRAN 1

    7. Tanggungjawab Ketua Jabatan7.1 Ketua Jabatan adalah dinasihatkan supaya membuat semakan yang teliti

    dan memberi sepenuh perhatian kepada syarat-syarat yang ditetapkan.Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untukmemperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

    7.2 Sebelum mengemukakan pencalonan, Ketua Jabatan adalah dimintauntuk membuat perancangan yang teliti dan hanya memperakukancalon yang boleh dilepaskan oleh Ketua Jabatan pad a tahun 2013kelak. Sekiranya kesemua calon yang diperakukan oleh Jabatan berjayaditawarkan HLP ini, Ketua Jabatan berkenaan adalah dikehendakimemberi pelepasan kepada mereka untuk menjalani pengajian.

    7.3 Oleh kerana bilangan biasiswa yang diperuntukkan bagi pengajian diluar negara adalah amat terhad, Ketua Jabatan hendaklah memastikanhanya pegawai-pegawai yang benar-benar layak dan berkebolehansahaja dicalonkan untuk pengajian di luar negara dan bidang kursus yangmereka akan ikuti itu tidak ditawarkan oleh IPTA tempatan. Selaindaripada itu, Ketua Jabatan hendaklah mencalonkan mereka yangmempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik sahaja danterbukti melalui pencapaian Ujian Bahasa Inggeris (TOEFLlIEL TS).

    7.4 Memandangkan kos sara hidup di luar negara adalah tinggi, KetuaJabatan juga hendaklah mengambilkira faktor kewangan/kemampuanpemohon untuk menyara hidup diri dan keluarganya berdasarkankemudahan yang mampu disediakan oleh Kerajaan mengikut kelayakanpemohon. Perhatian ke atas kemampuan kewangan pegawai adalahuntuk mengelakkan masalah tersebut daripada memberi kesan yangnegatif terhadap prestasi dan kemajuan pengajian pemohon kelak.

    7.5 Semua pencalonan hendaklah diperakukan oleh Panel PembangunanSumber Manusia (PPSM) seperti yang dinyatakan dalam PekelilingPerkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005. Pencalonan yang lengkap hendaklahdikemukakan ke Bahagian Perkhidmatan, Jabatan ini selewat-Iewatnyapada 7 Mei 2012. Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan olehKetua Jabatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan iru.Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab Panel PembangunanSumber Manusia untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:(i

Recommended

View more >