telur terapung

3
TELUR TERAPUNG Topik pelajaran adalah mengenai perbezaan air, udara dan tanah. Udara adalah suatu yang tidak dapat dilihat dan dipegang didalam atmosfera. Udara ada dimana-mana iaitu di dalam tanah, di dalam air dan di sekeliling kita. Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas dan meneruskan kehidupan. Dalam eksperiment ini, ingin buktikan bahawa udara itu wujud di dalam air dan udara bergerak mengikut ruang. Berikut adalah langkah-langkah eksperiment ini: Bahan-bahan: ü 2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus) ü Air paip ü Garam ü 2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar Cara-caranya: a) Isikan air paip ke dalam kedua-dua gelas sehingga separuh gelas. b) Air paip digelas A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa bahan. c) Sementara itu, masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan kacau sehingga larut. d) Masukkan telu di dalam bekas A dan lihat apa terjadi.

Upload: intan-zuliyati

Post on 19-Nov-2015

76 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

aktiviti motivasi

TRANSCRIPT

TELUR TERAPUNGTopik pelajaran adalah mengenai perbezaan air, udara dan tanah.Udara adalah suatu yang tidak dapat dilihat dan dipegang didalam atmosfera. Udara ada dimana-mana iaitu di dalam tanah, di dalam air dan di sekeliling kita. Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas dan meneruskan kehidupan.Dalam eksperiment ini, ingin buktikan bahawa udara itu wujud di dalam air dan udara bergerak mengikut ruang. Berikut adalah langkah-langkah eksperiment ini:

Bahan-bahan: 2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus) Air paip Garam 2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar Cara-caranya:a) Isikan air paip ke dalam kedua-dua gelas sehingga separuh gelas.b) Air paip digelas A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa bahan.c) Sementara itu, masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan kacau sehingga larut.d) Masukkan telu di dalam bekas A dan lihat apa terjadi.e) Kemudian masukkan telur kedalam bekas B dan lihat apa yang terjadi. Hasilnya:

Gelas A: telur tenggelam hingga ke dasar gelasGelas B : telur terapug dipermukaan gelas.

Salah satu topik sains Tahun 1 ialah 'timbul dan tenggelam'. Salah satu hasil pembelajarannya ialah murid dapat mengubahsuai sesuatu benda yang timbul menjadi tenggelam dan benda yang tenggelam menjadi timbul. Untuk menjadikan sesuatu benda yang timbul menjadi tenggelam agak mudah sebab kita cuma perlu tambah berat pada bahan itu. Contohnya satu perahu kertas yang timbul di atas air boleh tenggelam bila kita letak benda berat seperti batu di atasnya. Tapi, untuk menjadikan bahan yang tenggelam menjadi timbul, kita perlu berfikir lebih 'up' sikit. Saya bawakan satu contoh. Telur ayam adalah bahan yang tenggelam dalam air (kecualilah dah masuk angin dan buruk). Apabila garam ditambah ke dalam air dan dilarutkan, maka telur boleh terapung di atas air. Tak caya? cuba kat rumah ek..tapi eksperimen ni mungkin takkan berjaya jika:1) garam yang dimasukkan sedikit. 2) air yang digunakan banyak.Air yang digunakan perlulah cukup masin supaya ketumpatannya lebih tinggi daripada telur lalu membolehkan telur terapung di atas air.

Mengapa fenomena ini terjadi?

Air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar, di mana banyak garam dilarutkan semakin mudah bagi objek melayang di dalamnya. Ketika saya menurunkan telur ke dalam cecair itu perlahan, telur akan terus melalui air masin, pada air garam yang telah larut ini mempunyai berat yang melebihi dari berat air dan ini menyebabkan telur melayang dan terapung dipermukaan air garam tersebut.Mengikut prinsip seorang ahli sains terkenal iaitu HUKUM ARCHIMEDESBenda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan mengalami gaya ke atas yang besarnya sama dengan berat zat cair yang dipindahkan.Contoh yang berkaitan denga reality kehidupan ialah laut mati yang berada di israel, apa saja yang berada di atasnya pasti terapung kerana di laut mati kadar garamnya sangat tinggi dan tepu. Jadi, zarah-zarahnya mampat dan udara tidak dapat menembusi garam tersebut.Sementara air tawar pula mempunyai ruang udara yang luas jadi telur itu tenggelam hingga ke dasar gelas dengan senang dan cepat. Begitu juga dengan tanah, tanah mempunyai berat, jadi apa-apa hidupan yang teperangkap didalam tanah tidak boleh hidup kerana udara tidak boleh menembusi ruang-ruang tanah yang terlalu mampat.Kesimpulannya, berat dan kandungan sesuatu objek itu mempengaruhi oleh pergerakan udara dan kemampatan udara dimana-mana sahaja.