telegram: “chiefmin kota kinabalu” jabatan · pdf fileberkuasa jalan seperti...

8
Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU” JABATAN KETUA MENTERI (CHIEF MINISTER’S DEPARTMENT) Bil. JKM(S) 100-9/8 Klt.2 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia 15 Jun 1998 Semua Setiausaha Tetap Kementerian, Semua Ketua-Ketua Jabatan, Semua Badan-Badan Berkanun Negeri Semua Ketua Agensi-Agensi Negeri, Semua Pegawai Daerah, Semua Penolong Pegawai Daerah. GARISPANDUAN UNTUK PENGALIHAN DAN PEMASANGAN SEMULA KEMUDAHAN AWAM DALAM DALAM RIZAB JALAN_______________________________________ Dengan hormatnya, sukacita saya menarik perhatian Yang Berbahagia Datuk/tuan/puan ke atas perkara di atas. 2. Sepertimana Datuk/tuan/puan sedia maklum bahawa isu pengalihan dan pemasangan semula kemudahan awam seperti paip-paip air, kabel telekom dan letrik dalam rizab jalanraya kerapkali menimbulkan masalah kepada jabatan-jabatan/agensi-agensi yang menyediakan kemudahan awam khasnya pihak-pihak berkuasa jalan seperti Jabatan Kerja Raya dan kuasa-kuasa tempatan. Masalah-masalah ini timbul disebabkan ketiadaan garispanduan tersebut di atas sebagai panduan dalam melaksanakan semua kerja-kerja berhubungkait pengalihan dan pemasangan semula kemudahan awarn dalam rizab jalan. Beberapa masalah juga timbul seperti menentukan siapa sepatutnya bertanggungjawab membiayai kerja-kerja pengalihan dan pemasangan semula kemudahan awarn yang terlibat serta kos yang sepatutnya dibayar dan juga masalah penyelarasan kerja yang melibatkan pelbagai Agensi. 3. Bagi mengatasi masalah ini supaya tidak berleluasa dan berlanjutan tanpa kawalan, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menerima pakai garis panduan tersebut di atas (sila lihat Lampiran A) yang dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Garis panduan ini telahpun diterima pakai diperingkat Persekutuan dan juga negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Untuk tujuan keseragaman di kedua-dua peringkat; Negeri dan Persekutuan, semua Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri hendaklah menggunakan garis panduan tersebut di atas dalam melaksanakan semua kerja-kerja yang berhubungkait dengan pengalihan dan pemasangan semula kemudahan awam dalam kawasan rizab jalan diseluruh negeri. .. /2

Upload: phamthu

Post on 17-Mar-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU” JABATAN · PDF fileberkuasa jalan seperti Jabatan Kerja Raya dan kuasa-kuasa tempatan. Masalah-masalah ... pemasangan semula kemudahan awam dalam

Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU” JABATAN KETUA MENTERI(CHIEF MINISTER’S DEPARTMENT)

Bil. JKM(S) 100-9/8 Klt.2 Kota KinabaluSabah, Malaysia

15 Jun 1998

Semua Setiausaha Tetap Kementerian,Semua Ketua-Ketua Jabatan,Semua Badan-Badan Berkanun NegeriSemua Ketua Agensi-Agensi Negeri,Semua Pegawai Daerah,Semua Penolong Pegawai Daerah.

GARISPANDUAN UNTUK PENGALIHAN DAN PEMASANGAN SEMULA KEMUDAHANAWAM DALAM DALAM RIZAB JALAN_______________________________________

Dengan hormatnya, sukacita saya menarik perhatian Yang Berbahagia Datuk/tuan/puan keatas perkara di atas.

2. Sepertimana Datuk/tuan/puan sedia maklum bahawa isu pengalihan danpemasangan semula kemudahan awam seperti paip-paip air, kabel telekom dan letrikdalam rizab jalanraya kerapkali menimbulkan masalah kepadajabatan-jabatan/agensi-agensi yang menyediakan kemudahan awam khasnya pihak-pihakberkuasa jalan seperti Jabatan Kerja Raya dan kuasa-kuasa tempatan. Masalah-masalahini timbul disebabkan ketiadaan garispanduan tersebut di atas sebagai panduan dalammelaksanakan semua kerja-kerja berhubungkait pengalihan dan pemasangan semulakemudahan awarn dalam rizab jalan. Beberapa masalah juga timbul seperti menentukansiapa sepatutnya bertanggungjawab membiayai kerja-kerja pengalihan dan pemasangansemula kemudahan awarn yang terlibat serta kos yang sepatutnya dibayar dan jugamasalah penyelarasan kerja yang melibatkan pelbagai Agensi.

3. Bagi mengatasi masalah ini supaya tidak berleluasa dan berlanjutan tanpa kawalan,Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menerima pakai garis panduan tersebut di atas(sila lihat Lampiran A) yang dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JabatanPerdana Menteri. Garis panduan ini telahpun diterima pakai diperingkat Persekutuan danjuga negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Untuk tujuan keseragaman di kedua-duaperingkat; Negeri dan Persekutuan, semua Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Negerihendaklah menggunakan garis panduan tersebut di atas dalam melaksanakan semuakerja-kerja yang berhubungkait dengan pengalihan dan pemasangan semula kemudahanawam dalam kawasan rizab jalan diseluruh negeri.

.. /2

Page 2: Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU” JABATAN · PDF fileberkuasa jalan seperti Jabatan Kerja Raya dan kuasa-kuasa tempatan. Masalah-masalah ... pemasangan semula kemudahan awam dalam

-2-

4. Surat Pekeliling ini akan berkuatkuasa mulai dari tarikh surat ini dikeluarkan.Sekiranya Yang Berbahagia Datuk/tuan/puan mempunyai kesulitan untuk melaksanakanmana-mana peraturan seperti yang ditetapkan dalam garis panduan ini, Datuk/tuan/puanadalah dinasihatkan supaya berhubung terus dengan Jabatan Kerja Raya.

Sekian dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP & AMANAH”

(YB TAN SRI DATU KHALIL BIN DATU HJ. JAMALUL)Setiausaha Kerajaan Negeri

s.k. Setiausaha PersekutuanPejabat Setiausaha PersekutuanTingkat 3, Rumah Persekutuan88592 KOTA KINABALU.

Page 3: Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU” JABATAN · PDF fileberkuasa jalan seperti Jabatan Kerja Raya dan kuasa-kuasa tempatan. Masalah-masalah ... pemasangan semula kemudahan awam dalam

LAMPIRAN A

GARIS PANDUAN UNTUKPENGALIHAN DAN PEMASANGAN

SEMULA KEMUDAHAN AWAMDALAM RIZAB JALAN

Page 4: Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU” JABATAN · PDF fileberkuasa jalan seperti Jabatan Kerja Raya dan kuasa-kuasa tempatan. Masalah-masalah ... pemasangan semula kemudahan awam dalam

GARIS PANDUAN UNTUK PENGALIHAN DANPEMASANGAN SEMULA KEMUDAHAN AWAM

DALAM RIZAB JALAN_________________________________________

1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memaklumkan prosedur kerja serta kaedahpembayaran bagi pengalihan dan pemasangan semula kemudahan-kemudahanawam seperti tiang dan kabel telekom dan letrik paip-paip air dan saluran gas,pembentungan dan kemudahan-kemudahan awam lain dalam rizab jalan yangterlibat dengan kerja-kerja pembesaran dan menaikkan taraf jalan.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Soal pengalihan dan pemasangan semula beberapa kemudahan awarn dalam rizabjalan yang terlibat dengan kerja-kerja pembesaran dan menaikkan taraf jalan telahmenimbulkan beberapa masalah kepada pihak-pihak berkuasa jalan termasukKerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Penguasa-penguasa Tempatan.Antara masalah yang dikenal pasti termasuk soal menentukan siapa yangbertanggungjawab membiayai dan jumlah kos yang sepatutnya dibayar bagikerja-kerja pengalihan dan pemasangan semula kemudahan awam tersebut danjuga masalah penyelarasan kerja antara agensi-agensi yang terlibat. Masalah initimbul kerana terdapat peraturan-peraturan yang tidak seragam berhubung denganperkara ini diterimapakai oleh pihak-pihak berkuasa jalan dan agensi-agensikemudahan awam yang terlibat.

2.2 Bagi mengatasi masalah berbangkit dan juga dengan tujuan mewujudkankeseragaman dalam prosedur kerja serta kaedah pembayaran pengalihan danpemasangan semula kemudahan awam dalam rizab jalan yang terlibat denganpembesaran dan menaikkan taraf jalan, Kerajaan telah menetapkan supayaprosedur dan kaedah seperti terkandung dalam garis panduan ini diterimapakaioleh semua pihak berkuasa jalan termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri,Penguasa-penguasa Tempatan, agensi-agensi kemudahan awam dansyarikat-syarikat swasta yang memberi perkhidmatan kemudahan awam.

3.0 PROSEDUR KERJA BAGI PENGALIHAN DANPEMASANGAN SEMULA KEMUDAHAN AWAM

3.1 Peringkat Perancangan

3.1.1 Apabila sesuatu projek jalan diluluskan untuk pelaksanaan, adalah menjaditanggungjawab jurutera projek/pihak berkuasa jalan berkenaan untukmemaklumkan kepada, Jawatankuasa Koordinasi Kemudahan Awam Negeri(JKKN) yang dipengerusikan oleh Pengarah JKR Negeri atau JawatankuasaKoordinasi Kemudahan Awam Penguasa Tempatan yang dipengerusikan olehYang Dipertua Majlis Tempatan (bergantung pada lokasi projek), agensi-agensikemudahan awam dan agensi-agensi lain yang terbabit, mengenai projek yangakan dilaksanakan dan juga kemudahan-kemudahan awam yang mungkin terlibatdalam pengalihan.

1

Page 5: Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU” JABATAN · PDF fileberkuasa jalan seperti Jabatan Kerja Raya dan kuasa-kuasa tempatan. Masalah-masalah ... pemasangan semula kemudahan awam dalam

3.1.2 Pemberitahuan mengenai pelaksanaan projek kepada Jawatankuasa-jawatankuasaKoordinasi Kemudahan Awam Negeri dan Penguasa Tempatan dan agensi-agensiberkenaan memberi maklumat awal supaya pihak-pihak berkenaan dapatmemulakan perancangan awal terhadap kemungkinan mengalih kemudahan-kemudahan awam dan juga membolehkan agensi-agensi itu menyediakan ataumemohon peruntukan (belanjawan) bagi tujuan pengalihan dan pemasangansemula kemudahan awam tersebut. Jurutera projek pihak berkuasa jalan perlu jugamemaklumkan segala perkembangan dan pindaan kepada jadual pelaksanaanprojek jalan kepada agensi-agensi jalan terlibat.

3.1.3 Setelah maklumat mengenai sesuatu projek jalan diterima, agensi kemudahanawam yang terlibat adalah dikehendaki berhubung dengan pihak berkuasa jalanberkenaan untuk mengemukakan maklumat terperinci (jika ada) mengenaikemudahan awam yang mungkin terlibat dalam projek jalan berkenaan.

3.2 Peringkat Reka Bentuk

3.2.1 Jurutera projek/pihak berkuasa jalan berkenaan hendaklah melantik juruukur tanahdan perunding jika perlu, untuk menjalankan kerja-kerja penyiasatan danpengukuran terperinci serta mengumpulkan maklumat mengenai kemudahan awamyang terlibat dan membuat reka bentuk awal.

3.2.2 Setelah juruukur tanah dilantik, jurutera projek/pihak berkuasa jalan berkenaanperlu pula mengadakan mesyuarat antara juruukur tanah dan semua agensikemudahan awam yang terlibat, menerangkan mengenai skop kerja yang lebihterperinci termasuk penjajaran semula, pelebaran jalan, aras baru jalan danmaklumat penting yang lain.

3.2.3 Dua (2) set pelan yang menunjukkan lokasi jalan sedia ada dan sempadan rizabjalan hendaklah dikemukakan kepada semua agensi kemudahan awam yangterlibat. Pelan yang diutamakan adalah dalam bentuk "Revenue Sheet" denganskala yang bersesuaian iaitu 1 inci: 4 rantai.

3.2.4 Agensi kemudahan awam seterusnya dikehendaki menandakan semua kemudahanawam sedia ada terutama sekali kemudahan awam yang dipasang di bawah tanah,lengkap dengan maklumat terperinci seperti saiz, jenis, lokasi berkaitan denganjalan yang sedia ada dan lain-lain, di atas pelan yang diberikan. Agensi kemudahanawam berkenaan juga dikehendaki membuat anggaran kos bagi kerja-kerjapengalihan dan pemasangan semula kemudahan awam berdasarkan reka bentukawal yang disediakan. Setelah kesemua aktiviti ini disiapkan, satu (1) set pelanyang menunjukkan lokasi kemudahan awam dan anggaran kos pengalihan yangterlibat perlu dikembalikan kepada pihak berkuasa jalan berkenaan dalam tempohsatu (1) bulan.

3.2.5 Setelah semua maklumat bersama-sama dengan pelan ukur yang lengkapdiperolehi, jurutera projek/pihak berkuasa jalan seterusnya perlu menyediakan rekabentuk jajaran jalan yang muktamad dengan tujuan supaya, seberapa boleh,mengelakkan keperluan pengalihan kemudahan awam.

3.2.6 Apabila reka bentuk penjajaran jalan muktamad tersebut telah disediakan, satu (1)set pelan penjajaran jalan itu hendaklah dihantar semula kepada agensikemudahan awam bagi mereka menyemak dan menandakan kedudukankemudahan awam sedia ada dengan tepat agar dapat mengelak ataumengurangkan pengalihan kemudahan awam berkenaan. Agensi kemudahan

2

Page 6: Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU” JABATAN · PDF fileberkuasa jalan seperti Jabatan Kerja Raya dan kuasa-kuasa tempatan. Masalah-masalah ... pemasangan semula kemudahan awam dalam

awam berkenaan seterusnya hendaklah mengembalikan pelan muktamad yang terperinci itu dalam tempoh satu (1) bulan kepada pihak berkuasa jalan bersertadengan cadangan pengalihan kemudahan awam yang berkaitan.

3.2.7 Apabila semua pelan telah siap disediakan, jurutera projek/pihak berkuasa jalanhendaklah mengadakan satu mesyuarat untuk memutuskan kerja-kerja pengalihankemudahan awam terbabit. Mesyuarat akan berbincang mengenai opsyen yangperlu dan boleh diambil ke atas cadangan pengalihan kemudahan awam berkenaaniaitu:-

a) Mengelakkan sebarang kerja-kerja pengalihan.b) Memberikan perlindungan kepada kemudahan awam sedia adac) Mengalihkan kemudahan awam sedia ada.

Opsyen yang dipilih hendaklah menimbangkan faktor kos dan masa yangdiperlukan untuk pelaksanaan prolek jalan serta kesulitan yang akan dihadapi olehpengguna-pengguna kemudahan awam berkenaan.

3.2.8 Di peringkat ini, keputusan hendaklah dibuat untuk menetapkan sama ada pihakberkuasa jalan berkenaan atau agensi kemudahan awam sendiri yang akanmenjalankan kerja-kerja pengalihan kemudahan awam tersebut.

3.2.9 Sekiranya keputusan dibuat supaya pihak berkuasa jalan berkenaan menjalankankerja-kerja pengalihan kemudahan awam, maka:-

i) Seberapa boleh, jurutera projek/pihak berkuasa jalan hendaklahmenyediakan Senarai Kuantiti secara terperinci kerja pengalihan danpemasangan semula itu berdasarkan pelan dan penentuan kerjayang ditetapkan oleh agensi kemudahan awam yang terlibat.

ii) Jurutera projek/pihak berkuasa jalan hendaklah menyemak samaada agensi kemudahan awam berkenaan memerlukan subkontraktoryang berdaftar dengan mereka untuk membuat kerja-kerjapengalihan dan pemasangan semula tersebut. Jika perlu, makapernyataan hendaklah dimuatkan dalam fasal kontrak yangkontraktor utama dimestikan memilih subkontraktor yang berdaftardengan agensi kemudahan awam berkenaan sahaja, bagimenjalankan kerja-kerja pengalihan dan pemasangan semulatersebut.

iii) Jurutera projek/pihak berkuasa jalan hendaklah juga menyemakdengan agensi kemudahan awam terlibat bagi menentukan sama adaagensi berkenaan memerlukan atau tidak pengawasan/penyeliaankerja secara berterusan oleh kakitangan mereka sendiri terhadapkerja-kerja pengalihan dan pemasangan semula kemudahan awamyang khusus (special services).

iv) Dalam kes-kes di mana tawaran kerja projek jalan perlu dipanggildengan segera, satu Peruntukan Sementara (Provisional Sum) yangberpatutan hendaklah disediakan dalam tawaran kerja pengalihan danpemasangan semula kemudahan awam tersebut.

3.2-10 Sekiranya diputuskan bahawa agensi kemudahan awam itu sendiri yang akanmenjalankan kerja pengalihan dan pemasangan semula kemudahan awam maka:

3

Page 7: Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU” JABATAN · PDF fileberkuasa jalan seperti Jabatan Kerja Raya dan kuasa-kuasa tempatan. Masalah-masalah ... pemasangan semula kemudahan awam dalam

i) Agensi kemudahan awam hendaklah menyediakan dokumen tawaranyang diperlukan dan mengendalikan tawaran kerja pengalihan danpemasangan semula kemudahan awam.

ii) Semua kerja pengalihan dan pemasangan semula kemudahan awamhendaklah menepati keperluan pihak berkuasa jalan berkenaan danjuga mematuhi jadual dan penentuan kerja yang ditetapkan.

3.3 Peringkat Pelaksanaan

3.3.1 Semasa pelaksanaan projek, jurutera projek/pihak berkuasa jalan hendaklahmengadakan mesyuarat lebih kerap bagi tujuan penyelarasan dan pengawasanprojek. Sebarang pindaan kepada reka bentuk sama ada dari pihak berkuasa jalanatau agensi kemudahan awam hendaklah diberitahu kepada semua agensi yangterlibat.

3.3.2 Sekiranya, kerja-kerja pengalihan dan pemasangan semula dijalankan oleh pihakberkuasa jalan, jurutera projek/pihak berkuasa jalan hendaklah menyimpan akaunyang terperinci tentang kerja-kerja pengalihan dan pemasangan semula yang dibuattermasuk segala pindaan, bagi tujuan mengemukakan tuntutan kepada agensikemudahan awam berkenaan.

3.3.3 Semua akaun untuk kerja pengalihan dan pemasangan semula kemudahan awamhendaklah disiapkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh siap kerja-kerjapengalihan dan pemasangan semula tersebut.

4.0 KAEDAH PEMBAYARAN PENGALIHAN DAN PEMASANGAN SEMULA KEMUDAHAN AWAM

4.1 Kerajaan telah menetapkan bahawa segala kos untuk pengalihan danpemasangan semula kemudahan awam dalam rizab jalan yang terlibat dengankerja-kerja pembesaran dan menaikkan taraf jalan hendaklah ditanggungsepenuhnya oleh agensi/syarikat kemudahan awam.

4.2 Cara Pengiraan Kos Pengalihan dan Pemasangan Semula

4.2.1 Apablia kerja pengalihan dan pemasangan semula kemudahan awam jalankan olehpihak berkuasa jalan berkenaan, kos yang perlu ditanggung oleh agensikemudahan awam ialah kos sebenar ditambah dengan satu imbuhan (mark up)sebanyak 25% [iaitu terrnasuk kos tetap (overhead charge) bagi agensi Kerajaanmenjalankan kerja-kerja untuk pihak swasta].

4.3 Cara Tuntutan Balik Kos Pengalihandan Pemasangan Semula

4.3.1 Apabila akaun muktamad telah siap disediakan, pihak berkuasa jalan bolehlah menghantar satu bil rnerangkumi semua kos pengalihan dan pemasangan semula

kernudahan awam yang terlibat kepada agensi/syarikat kemudahan awamberkenaan untuk menuntut balik kos pengalihan dan pemasangan semula. Carauntuk mengira kos adalah berdasarkan ketetapan seperti dinyatakan di perenggan4.2 garis panduan ini. Bayaran hendaklah diselesaikan dalam tempoh satu (1)bulan dari tarikh dikeluarkan.

4

Page 8: Telegram: “CHIEFMIN KOTA KINABALU” JABATAN · PDF fileberkuasa jalan seperti Jabatan Kerja Raya dan kuasa-kuasa tempatan. Masalah-masalah ... pemasangan semula kemudahan awam dalam

5.0 TARIKH BERKUATKUASA

5.1 Peraturan yang ditetapkan dalam garis panduan ini adalah berkuat kuasaserta-merta.

5.2 Sebarang persoalan berkaitan dengan pelaksanaan mana-mana peraturan sepertiyang ditetapkan dalam garis panduan ini, hendaklah ditujukan kepada JabatanKeria Raya, Cawangan Jalan, lbu Pelabat Jabatan Kerja Raya, Jalan SultanSalahuddin, 50508 Kuala Lumpur.

5