pengasingan kuasa

24
1 DOKTRIN PENGASINGAN KUASA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DANAMALANNYADALAMPERLEMBAGAAN ARAB SAUDI, IRAN DAN MALAYSIA ABD KHALIL BIN MOHD KHALID DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHISEBAHAGIAN DARIPADA SYARATMEMPEROLEH0AZAH SARJANA PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2002 COPYRIGHT © UiTM

Upload: keke-chuan-cassiopeia

Post on 30-Oct-2014

382 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengasingan kuasa

1

DOKTRIN PENGASINGAN KUASA MENURUT PERSPEKTIFISLAM DANAMALANNYADALAMPERLEMBAGAAN

ARAB SAUDI, IRAN DAN MALAYSIA

ABD KHALIL BIN MOHD KHALID

DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHISEBAHAGIANDARIPADA SYARATMEMPEROLEH0AZAH

SARJANA PENGAJIAN ISLAM

FAKULTI PENGAJIAN ISLAMUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

2002

COPYRIGHT © UiTM

Page 2: pengasingan kuasa

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumberaya.

2 Sept. 2002 ABD KHALIL MOHD KHALIDP14671

COPYRIGHT © UiTM

Page 3: pengasingan kuasa

Ill

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kesyukuran yang tidak terhingga penulis ucapkan terhadap Allah (s.w.t),selawat dan salam kepada junjungan Rasulullah (saw).

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan kajianilmiah yang bertajuk "Doktrin Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif IslamDan Amalannya Dalam Perlembagaan Arab Saudi, Iran dan Malaysia".

Penulis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang dihormati Prof. Dr.Abdul Samat Musa selaku penyelia yang telah memberikan tunjuk ajarsehingga penulisan ini selesai sekalipun di tengah kesibukan beliau sebagaiTimbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam.

Limpahan kasih sayang buat bonda lantaran doa restu dan sokongan.Ingatan yang berkekalan buat isteri yang dikasihi atas segala pertolongan,pengorbanan dan dorongan. Buat anak-anak yang disayangi, jadikanlah usahaabah ini sebagai aspirasi untuk menyusun langkah menuju masa depan yanggemilang. Insya Allah.

Terima kasih juga penulis ucapkan kepada rakan- taulan , saudara maradan sesiapa sahaja yang telah memberikan pertolongan dan sokongan.

Semuga Allah SWT memberkati dan melimpahkan rahmat serta nikmatnyake atas kita semua. Amin.

COPYRIGHT © UiTM

Page 4: pengasingan kuasa

IV

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai kedudukan doktrin pengasingan kuasa dariperspektif Islam. Penelitian dibuat untuk melihat sejauh mana amalan doktrinpengasingan kuasa digunapakai dalam perlembagaan-perlembagaan modenArab Saudi, Iran dan Malaysia. Kaedah yang digunakan ialah penyelidikanperpustakaan dengan membuat pembacaan dan penganalisaan yang luasterhadap hasil tulisan cendiakawan undang-undang barat dan Islam, dulu dankini bagi menilai dan membuat perbandingan yang wajar. Kajian ini terbahagikepada Hma bab. Penulis mencungkil idea-idea awal yang berkaitan denganpengasingan kuasa dan diikuti dengan asal-usul, latar belakang dan sebabmusabab kelahiran doktrin ini pada Bab Pertama. Pandangan Islam mengenaidoktrin yang diperbincangkan telah dihuraikan dalam Bab Kedua denganmeneliti kemungkinan kewujudan praktisnya dalam sistem pemerintahan awalnegara Islam sejak zaman Rasulullah (saw) khususnya Piagam Madinah danpemerintahan beberapa orang sahabat baginda yang terdekat. Pemakaiandoktrin ini di negara Islam pada masa kini dikhususkan kepada perbincanganperlembagaan Arab Saudi dan Republik Islam Iran dihuraikan dalam BabKetiga. Penggunaan doktrin pengasingan kuasa dalam Perlembagaan Malaysiadihuraikan secara khusus dalam Bab Keempat. Tinjauan dibuat terhadapkedudukan doktrin, dilihat di sudut teori dan praktisnya sejak zaman awalkemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Bab Kelima pula dimuatkan denganperbandingan dan analisa di antara Perlembagaan Malaysia dengan Islam disudut teori dan amalannya dalam penggunaan doktrin pengasingan kuasa.Setelah membuat penelitian, adalah dirumuskan bahawa doktrin pengasingankuasa ini sesuai digunakan dalam sebuah negara Islam dengan sedikit ubahsuai. la lebih lagi penting untuk dipraktikkan di Malaysia bagi menjaminkeadilan dan sekaligus menghindarkan kemungkinan berlakunya sebarangpenyelewengan kuasa. Lantaran kewajaran penggunaannya, penulis membuatbeberapa kritikan mcmbina serta mengajukan beberapa saranan yang praktikalkhusus untuk Malaysia di segi penggunaan doktrin tersebut yang bersesuaiandengan ajaran Islam dan keperluan semasa.

COPYRIGHT © UiTM

Page 5: pengasingan kuasa

THE DOCTRINE OF SEPARATION OF POWERS IN THE ISLAMICPERSPECTIVE AND IT'S PRACTICE IN THE

CONSTITUTIONS OF SAUDI ARABIA,IRAN AND MALAYSIA

ABSTRACT

The aim of this study is to evaluate the position of the doctrine of separation ofpowers from the Islamic perspective. A careful study is made to see how farthe practice of the doctrine of separation of powers is adopted in modernconstitutions of Saudi Arabia, Iran and Malaysia. The method used is library'sresearch includes an extensive reading and analysis of writings by current andpast intellectuals in the fields of western and Islamic laws so that a fairevaluation and comparison could be made. The study is divided into fivechapters. In Chapter One, the writer uncovers early ideas put forward withregard to power separation, followed by its origin, background and reasons forits emergence. In Chapter Two, the doctrine discussed earlier is explainedfurther in the light of the possibility that it might have been practically appliedin the governance of an early Islamic State since the time of Prophet (pbuh),particularly in the Medina Charter and his close companions. The adoption ofthis doctrine in Islamic countries is specifically analyzed in the context of theconstitutional systems of Saudi Arabia and the Islamic Republic of Iran inChapter Three. In Chapter Four, the application of the doctrine of separationof powers in the Malaysian Constitution is specifically explained. Its positionis viewed from the standpoint of theory and practice since the early days ofindependence until today. In Chapter Five, a comparison and analysis betweenthe Malaysian Constitution and Islam is made from the standpoint of theoryand practice. This results in the conclusion that, with some modifications, thedoctrine can be suitably applied in an Islamic country. More important, itshould be particularly applied in Malaysia in order to maintain justice and atthe same time, prevent any possible abuse of powers. Based on the suitabilityof its application, the writer makes several constructive criticisms and putforward practical suggestions as to how the doctrine of separation of powerscould be fully realized, particularly in Malaysia, consistent with the teachingsof Islam and the current needs.

COPYRIGHT © UiTM

Page 6: pengasingan kuasa

VI

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI AKTA DAN STATUT x

JADUAL TRANSLITERASI xii

PENDAHULUAN 1

BAB I MENGENALIDOKTRIN PENGASINGAN KUASA

1.1 Pendahuluan 8

1.2 Asal-usul doktrin pengasingan kuasa 9

1.3 Defmisi doktrin pengasingan kuasa 15

1.4 Konsep pengasingan kuasa 16

BAB II DOKTRIN PENGASINGAN KUASA MENURUTPERSPEKTIF ISLAM

2.1 Pendahuluan 19

2.2 Amalan pengasingan kuasa dalam zaman awalpemerintahan Islam 20

2.2.1 Zaman pemerintahan Rasulullah (saw) 202.2.2 Zaman pemerintahan khulafa al-rasyidin 222.2.3 Zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz 26

2.3 Pandangan Islam terhadap pengasingan kuasa 28

COPYRIGHT © UiTM

Page 7: pengasingan kuasa

Vll

2.4 Badan-badan dalam pemerintahan Islam dan fungsi-fungsinya 30

2.4.1 Pendahuluan 302.4.2 Badan legislatiaf 312.4.3 Badan eksekutif 352.4.4 Badan kehakiman 40

BAB III DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DALAMPERLEMBAGAAN ARAB SAUDI DAN IRAN

3.1 Pengenalan 48

3.2 Amalan doktrin pengasingan kuasa di Arab Saudi 49

3.2.1 Pendahuluan 493.2.2 Badan legislatif 513.2.3 Badan eksekutif 533.2.4 Badan kehakiman 54

3.3 Amalan doktrin pengasingan kuasa di Republik Islam Iran 56

3.3.1 Pendahuluan 563.3.2 Badan legislatif 573.3.3 Badan eksekutif 593.3.4 Badan kehakiman 60

3.4 Hubungan di antara ketiga-tiga badan berkuasa dalamnegara Islam 61

BAB IV DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DALAMPERLEMBAGAAN MALAYSIA

4.1 Pendahuluan 64

4.2 Falsafah dan amalan pengasingan kuasa menurut perlembagaanMalaysia 65

4.3 Ketua negara 67

4.4 Kuasa legislatif 69

4.4.1 Parlimen 694.4.2 Dewan Undangan Negeri 70

COPYRIGHT © UiTM

Page 8: pengasingan kuasa

Vlll

4.5 Kuasa eksekutif 71

4.5.1 Jemaah Menteri 714.5.2 Kuasa eksekutif negeri 72

4.6 Kuasa kehakiman 73

4.6.1 Institusi kehakiman 744.6.2 Perlantikan dan kedudukan para hakim 74

4.7 Amalan pengasingan kuasa di Malaysia 75

BAB V ANALISA PERBANDINGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pendahuluan 80

5.2 Beberapa aspek perbandingan 80

5.2.1Badanlegislatif 815.2.2 Badan eksekutif 865.2.3 Badan kehakiman 90

5.3 Saranan untuk Malaysia 95

5.3.1 Badan eksekutif 965.3.2 Badan legislatif 975.3.3 Badan kehakiman 98

5.4 Penutup 99

RUJUKAN 106

COPYRIGHT © UiTM

Page 9: pengasingan kuasa

IX

SENARAIAKTA DAN STATUT

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82).

Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Akta Perlembagaan (pindaan) 1988 (Akta A 704).

Akta Polls 1967 (Akta 344) pindaan Mac 1997.

Constitution of Brunei 1984

Constitution of the state of Sabah 1990

Constitution of the state of Sarawak 1991

Constitution of the state of Johore 1990

Constitution of the state of Kedah 1990

Constitution of the state of Malacca 1990

Constitution of the state of Penang 1990

Constitutions of the states of Malaysia 1991

Constitution of the Republic of Yaman 1994

Constitution of Morocco 1996

Iraq constitution 1990

Kuwait constitution 1962

Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1997.

The constitution of the Islamic Republic of Iran 1980.

The constitution of the Republic of Pakistan 1962.

The constitution of the Islamic Republic of Pakistan 1990.

The constitution of Kingdom of Saudi Arabia. 1995.

The constitution of the State of America 1787.

The constitution of the Arab Republic of Egypt 1980

COPYRIGHT © UiTM

Page 10: pengasingan kuasa

The constitution of Libya 1951-1969

The constitution of the Hashemite Kingdom of Jordonl952

The Emergency Powers (Kelantan) 1977 (Akta 192).

COPYRIGHT © UiTM

Page 11: pengasingan kuasa

XI

= a

j = u

JADUAL TRANSLITERASI

f- = ' o^ = d

SJ = b Ja = t

*̂ = t Ji = Z

& = th £ = c

£ = j t = gh

C = h ui = f

C = kh J = q

j = d ^ = k

J = dh J = 1

j = r •« = m

j = z o = n

(_>* = S A = h

o*1 = sy j = w

Vokal panjang Vokal pendek

=

Diftong ** *«j = aw c£ = ay

= iy JA- = uw

COPYRIGHT © UiTM

Page 12: pengasingan kuasa

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Sebagai sebuah sistem hidup yang sempurna, Islam bukan saja membicarakan tentang ketuhanan,

akhlak dan ibadat-ibadat ritual seperti solat, haji dan puasa, bahkan termasuk juga persoalan

kenegaraan. Oleh itu perbincangan mengenai kenegaraan yang meliputi aspek pemerintahan,perundangan dan kehakiman adalah perkara penting dalam Islam sejak zaman Rasulullah (saw)sehinggalah ke hari ini.

Mengkaji dan mengambil idea-idea bernas dari man a-man a sumber sekalipun adalah

dibenarkan, malah digalakkan oleh Islam. Sejarah menunjukkan bahawa umat Islam terdahulu

banyak mengambil manfaat terutamanya ilmu pengetahuan yang berguna dari tamadun-tamadunlampau seperti Cina, India, Greek, Mesir, Rom dan Parsi.(Azam, 1990 : 63)

Apa yang perlu ialah ilmu-ilmu tersebut hendaklah dinilai menurut neraca Islam. Sekiranyasesuai ianya boleh terus dipakai. Andainya bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam maka

hendaklah ditolak atau jika boleh diubahsuai maka hendaklah dilakukan sedemikian agar serasi

dengan ajaran Islam. Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi (1999:31-33), kita tidak boleh menafikan

terdapatnya kesan-kesan positif dari tamadun barat yang boleh dimanfaat oleh umat Islam seperti

kemajuan ilmu berkaitan sains dan teknologi. Kesemua ini mampu memudahkan manusia dalammenjalani kehidupan.

Dalam bidang pentadbiran, negara Madinah hanya terbentuk pada abad ke 7 M dan telahdidahului oleh banyak tamadun-tamadun besar sebelumnya. Sekalipun Nabi (saw) mendapat panduan

wahyu, baginda juga kerap meminta idea dari para sahabat dalam mentadbir negara. Sebagai contoh

Rasulullah (saw) telah menggali parit di sekitar kota Madinah yang merupakan taktik peperanganyang belum dikenali oleh orang-orang Arab. la adalah taktik perang Parsi yang dicadangkan oleh

COPYRIGHT © UiTM

Page 13: pengasingan kuasa

la adalah taktik perang Parsi yang dicadangkan oleh Salman al-Farisi. Begitu juga Umar

al-Khattab yang mengambil sistem kharaj dan diwan dari luar. (Al-Qardawi, 1998 : 255)

Contoh-contoh di atas merupakan petunjuk kepada kita betapa terbukanya sikap

Islam terhadap ilmu pengetahuan dan pencapaian tamadun terdahulu. Oleh itu penulisberpendapat adalah amat berfaedah jika doktrin pengasingan kuasa yang dikembangkan di

barat ini dikaji untuk dimanfaatkan setelah disesuaikan dengan maslahat umat Islam dan

maqasid syanyyah. Penulis memilih judul ini untuk dianalisa menurut fiqh siyasi keranabidang ini agak kurang diceburi berbanding fiqh 'ibadah, muamalah, munakahat danseumpamanya. la juga termasuk dalam perbincangan siyasah syar iyyah yang memerlukan

kepada penilaian wajar oleh para ilmuan Islam.

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Setelah meneliti senarai tajuk pelajar sarjana dan doktor falsafah di Universiti KebangsaanMalaysia khususnya, serta meninjau tajuk-tajuk buku mengenai undang-undangperbandingan di Perpustakaan Tun Sri Lanang, penulis dapati tidak terdapat sebarang

tulisan atau kajian perbandingan dibuat mengenai doktrin perasingan kuasa seperti tajuk

yang dikemukakan ini. Bahkan sehingga kajian ini siap penulis tidak lagi bertemu mana-

mana buku atau kajian ilmiah seperti tajuk yang dipersembahkan.

Dalam bukunya bertajuk al-Sultat-al-thalath, Dr. Sulaiman Muhammad al-

Tamawiy (1967) membincangkan tajuk perasingan kuasa menurut Islam secara umum.Beliau juga melihat pemakaian doktrin ini secara ringkas di dalam perlembagaan negaraArab iaitu Emiriyah Arab Bersatu, Iraq, Maghribi, Kuwait, Jordan , Tunisia, Lubnan, Syria

dan Libya. Beliau tidak berpeluang membuat ulasan terhadap perlembagaan Arab Saudi

dan Republik Islam Iran sepertimana yang penulis lakukan kerana kedua-dua

perlembagaan tersebut belum ujud pada masa itu.

Al-Mawardi (1966) yang termasyhur dengan kitab Al-AhKam al-Sultaniyyah tidak

membincangkan topik pengasingan kuasa. Dr. Abd. Hamid al-Mutawalli (1981) dalamkitabnya Al-Islam wa~mabadi nizam al-huhn hanya mengambil ruang beberapa mukasurat untuk sekadar mengulas pandangan Montesquieu mengenai doktrin ini. Demikian

COPYRIGHT © UiTM

Page 14: pengasingan kuasa

juga yang dilakukan oleh Muhammad al-Mubarak (1980) dalam kitabnya Nizam al-Islam,al-hukm wa al-daulah. Beliau hanya menyentuh secara sepintas lalu akan keharusan

pemakaian doktrin pengasingan kuasa dalam sebuah negara Islam.

Prof. Dr. Saleem Shad Faruqi yang menulis dalam Jumal Fikrah (bil. 2. 1999)bertajuk 'Democratic constitutionalism in Islam and in the the modern state of Malaysia',

menghuraikan keperluan penggunaan doktrin pengasingan kuasa dalam sebelas baris ayatsahaja. Appadorai (1974) hanya menghuraikan sepintas lalu pemakaian doktrinpengasingan kuasa dan amalan pemakaian secara perbandingan antara Amerika Syarikatdan Britain dalam bukunya The substance of the politics.

Manakala di Malaysia, penulis seperti Kalimuthu (1987) dalam bukunya Asas-asas sains politik menerangkan sedikit sebanyak tentang doktrin perasingan kuasa diMalaysia serta dibandingkan dengan amalannya di Britain dan Amerika Syarikat.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas (1997) turut menyentuh asal-usulpenggunaan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia dalam buku beliau yang bertajukPrinsip perlembagaan dan pemerintah di Malaysia. Malaysia dikatakan tidak memakaidoktrin pengasingan kuasa ini secara mutlak malah telah diubahsuai terlebih dahulu. TunMohamed Suffian (1990) dalam bukunya Pengenalan sistem undang-undang Malaysiahanya menerangkan tentang peranan ketiga-tiga badan berkuasa di Malaysia. Beliau tidakmenyentuh secara langsung doktrin pengasingan kuasa.

Secara umumnya , samada ahli undang-undang dari kalangan umat Islammahupun bukan Islam, dalam dan luar negara, menjelaskan doktrin pengasingan kuasa inidari sudut-sudut yang berbeza. Oleh itu tajuk kajian yang dikemukakan ini belum pernahdibuat oleh mana-mana penulis sebelum ini. Sekira ada sekalipun, sudah pasti pendekatandan olahannya berbeza. Dengan itu disertasi ini dapat menambahkan lagi koleksi ilmu-ilmu bermanfaat khususnya di dalam bidang undang-undang perlembagaan danpentadbiran Islam.

COPYRIGHT © UiTM

Page 15: pengasingan kuasa

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk merungkai kekeiiruan pandangan di kalangan sebahagian

umat Islam mengenai kedudukan ilmu-ilmu asing atau yang bukan bersumberkan al-Quran

dan al-Sunnah. Kekeiiruan ini membawa kepada perselisihan yang menyebabkanperpecahan dan renggangnya hubungan silaturrahim.

Sebahagian masyarakat Islam menolak mentah-mentah apa jua ilmu dan

pengalaman yang berasal dari pemikiran orang-orang bukan Islam dan pengambilannya

dikatakan satu kesalahan disisi agama kerana ajaran Islam telah sedia lengkap dansempurna. Manakala sebahagian pula gemar mengambil apa jua idea yang dianggap moden

untuk dipakai oleh umat Islam supaya kononnya dapat bertanding dengan orang-orang

bukan Islam. Namun kebanyakannya berakhir dengan kekecewaan.

Mengenai sistem pemerintahan barat khususnya demokrasi, penulis bersetujudengan pandangan ulama terkenal Dr. Yusuf al-Qardawi (1998 : 225) yang mengharuskan

kita mengambil pengajaran dari barat dengan dua syarat iaitu ;

a. Apabila kita dapati perkara itu mengandungi maslahat yang hakiki,sekalipun terdapat sedikit sebanyak unsur-unsur negatif. Apa yang

penting ialah faedahnya lebih besar dari mudaratnya kerana syariat Islam

ditegakkan di atas asas perkiraan maslahat dan menghapuskan kerosakan.b. Kita hendaklah mengubah dan mengembangkan apa yang kita ambil

sehingga ia bertepatan dengan nilai agama, akhlak, hukum syariat dan

adat resam kita.

Tegasnya apa juga yang hendak kita ambil atau tolak mestilah dinilai terlebihdahulu. Kita tidak boleh menerima sesuatu perkara asing dengan membabi-buta. Prosesislamisasi perlu dilakukan sebelum sesuatu perkara dijadikan amalan.

Menyedari akan kebaikan yang ada pada doktrin pengasingan kuasa ini makapenulis berusaha mencungkil manfaat tersebut agar boleh digunakan oleh umat Islam.

Doktrin ini perlu diberikan perspektif yang betul menurut syariat Islam. Proses islamisasi

COPYRIGHT © UiTM

Page 16: pengasingan kuasa

terhadap doktrin ini perlu dilakukan demi memudahkan umat Islam untuk

menggunakannya.

Setelah mengkaji kedudukan doktrin pengasingan kuasa di zaman Nabi (saw) dan

beberapa sahabat terdekat, penulis memfokuskan kajian terhadap dua buah negara Islam

masa kini iaitu Iran dan Arab Saudi. Kedua-dua negara ini dipilih sebagai contoh negara

Islam kini kerana telah mengisytiharkan dengan jelas dalam perlembagaan mereka

kedudukan syariat Islam sebagai dasar utama negara. Penulis hanya memfokuskan kajian

terhadap perlembagaan kedua-dua negara tersebut.

Gabungan dari maklumat di zaman awal Islam dan kedua-dua negara Islam

tersebut maka dibuat analisa kedudukan sebenar doktrin pengasingan kuasa dalam Islam.

Hasil dari analisa ini bolehlah dimanfaat oleh mana-mana negara khususnya yang

diperintah oleh umat Islam.

Setelah itu penulis mencadangkan penggunaan doktrin perasingan kuasa ini

supaya dilaksanakan di Malaysia berdasarkan perspektif Islam, bukan diambil terus dari

barat. Dengan itu keamanan dan keadilan sebenar yang dicita-citakan akan tercapai, Insya

Allah.

METODOLOGI KAJIAN

Metod kajian yang digunakan ialah kaedah penyelidikan perpustakaan. Bahan-bahan yang

dirujuk ialah Al-Qur'an, al-hadith, kitab-kitab/z^A, jurnal-jurnal, buku undang-undang dan

peruntukan undang-undang seperti akta dan perlembagaan serta bahan-bahan lain yangbekenaan.

Dengan itu penulis memanfaat ke mud ah an yang sedia ada terutamanya di

Perpustakaan Tun Sri Lanang dan Perpustakaan Fakulti Undang-Undang, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak

dan khidmat Perpustakaan al-Bukhari, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pahang.

COPYRIGHT © UiTM

Page 17: pengasingan kuasa

Penulis juga dapat meminjam buku-buku dari individu tertentu dikalangan

pensyarah dan rakan taulan. Selain panduan dan bantuan daripada penyelia, penutis jugamengambil pandangan dari pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan

Malaysia dan pensyarah undang-undang dari Universiti Teknologi MARA.Penulis sendiri

sempat membeli beberapa buah buku yang berkaitan dari toko-toko buku dan pameran

yang diadakan.

Melalui penelitian terhadap perlembagaan negara-negara yang berkaitan, buku-

buku, kitab-kitab dan bahan-bahan lain maka penjelasan, perbandingan dan analisa telah

dibuat oleh penulis sekadar kemampuan yang dimiliki.

SUSUNAN BAB

Disertasi ini mengandungi lima bab kesemuanya. Bab yang pertama diisi denganpengenalan, asal-usul, latarbelakang, defmisi, konsep dan sebab-sebab yangmembawa kepada kelahiran doktrin pengasingan kuasa.

Dalam bab kedua, penulis talah meneliti kemungkinan wujudnya praktis

pengasingan kuasa di dalam zaman awal Islam khususnya di zaman Rasulullah (saw)

dan khulafa al-rasyidin. Seterusnya doktrin ini dilihat kedudukannya dari perspektif

Islam.

Bab ketiga dipenuhi dengan penelitian terhadap perlembagaan Arab Saudi

dan Iran. Penulis mengkaji sejauhmana pemakaian doktrin pengasingan kuasa dalam

perlembagaan-perlembagaan tersebut.

Bab yang keempat penulis khususkan untuk meneliti pemakaian doktrinpengasingan kuasa dalam perlembagaan Malaysia. Setiap bidangkuasa diteliti agar

dapat dianalisa dengan sebaik mungkin.

Manakala bab yang kelima merupakan rumusan kepada semua perkara

yang telah dibincangkan dalan bab satu hingga empat. Analisa telah dibuat denganmembandingkan dari aspek keanggotaan dan bidangkuasa pada badan legislatif,

COPYRIGHT © UiTM

Page 18: pengasingan kuasa

eksekutif dan kehakiman. Penulis juga mengemukakan cadangan-cadangan membina

untuk Malaysia dan seterusnya membuat penutup dalam bab yang terakhir ini.

COPYRIGHT © UiTM

Page 19: pengasingan kuasa

BAB I

MENGENAU DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

UPENDAHULUAN

Islam amat menghargai apa jua ilmu yang bermanfaat sekalipun berasal dari pengataman

atau idea mereka yang bukan menganut Islam. Sikap Islam yang amat terbuka inimemungkinkan umatnya mencari dan menimba apa jua ilmu pengetahuan yang berguna.Pencarian terhadap ilmu pengetahuan sentiasa digalakkan oleh Islam selagi hayatdikandung badan.

Walau bagaimanapun, setiap ilmu yang dipelajari, perlulah diteliti dan dinilaiterlebih dahulu menurut neraca Islam. Begitulah juga yang perlu dilakukan terhadap idedoktrin pengasingan kuasa yang begitu popular di kalangan penulis undang-undangperlembagaan barat Doktrin pengasingan kuasa telah dijadikan salah satu asas pentingdalam kebanyakan perlembagaan negara moden hari ini. Sebahagian dari negara yangdipimpin oleh umat Islam hari ini juga turut menggunapakai doktrin ini walaupun denganmembuat pengubahsuaian.

Penulis merasa terpanggil untuk meneliti dan menilai kedudukan sebenar doktrinpengasingan kuasa. Kiranya benar-benar elok, maka bolehlah disyorkan kepada negara-negara Islam agar dapat diamalkan sebagai satu kaedah bernegara dalam dunia moden hari

ini. Sebaliknya jika doktrin ini lebih banyak membawa keburukan maka sewajarnyanegara-negara Islam menghindarinya.

COPYRIGHT © UiTM

Page 20: pengasingan kuasa

Untuk itu adalah lebih wajar doktrin ini dicungkil asal usulnya agar dapat

dikenali dengan lebih jelas. Setelah mengenalinya secara terperinci baharulah justifikasidapat dibuat secara lebih adil dan saksama.

1.2 ASAL-USUL DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

Menurut Franz Neumann (Montesquieu 1949:lvi), pengasas sebenar atau boleh digelar

sebagai bapa kepada doktrin pengasingan kuasa ialah seorang ahli undang-undang

berbangsa Perancis bernama Charles Louis Scondat Baron de Montesquieu.Beliaudilahirkan pada 18 Januari 1689 di negeri Chateau de la Brede yang terletak di barat daya

Perancis berhampiran bandar Bordeaux (Grolier Encyclopedia of Knowledge 1991. vol.

13:57-58).

Montesquieu dilahirkan di kalangan golongan berada yang mendapat pendidikan

sains dan undang-undang. Apabila bapa saudaranya meninggal dunia pada 1716 , beliautelah menggantikannya sebagai ketua hakim di Bordeaux. Beliau memegang jawatan

tersebut selama sepuluh tahun sebelum meletakkan jawatan kerana ingin menceburi

bidang penulisan secara persendirian (Ebenstein 1969:423).

Semasa hayatnya, Montesquieu telah menyaksikan kekejaman pemerintah

Perancis iaitu Raja Louis XIV. Raja tersebut memiliki kuasa mutlak dalam memerintahnegara. Kuasa tanpa batasan yang dimilikinya itu telah menyebabkannya bertindak sesuka

hati terhadap rakyat. Rakyat yang tidak tertahan dengan kezaliman raja telah bertindak

melakukan pemberontakan dan berkesudahan dengan jatuhnya Raja Louis XIV dari

tahtanya pada tahun 1715 (Ebenstein 1969:422). Keadaan ini mendapat perhatianMontesquieu dan beliau mula memikirkan kaedah bernegara yang lebih baik bagiPerancis.

Pada 1728 Montesquieu memulakan pelayarannya ke Austria, Hungary, Itali,Switzerland, German dan Holland. Beliau sampai di England pada musim luruh 1729 dan

tinggal di sana sehingga musim bunga 1731. Semasa di England, Montesquieu berusahabersungguh-sungguh untuk memahami sistem pemerintahan negara tersebut. Beliaumenghadiri sidang kedua-dua dewan parlimen England dengan mengambil nota

COPYRIGHT © UiTM

Page 21: pengasingan kuasa

10

perdebatan di kalangan ahli parlimen serta bertemua bual dengan sebahagian ahli politik disana. Beliau mempelajari teori pemerintahan kerajaan British dan memberikan perhatianterhadap pandangan John Locke yang amat dikaguminya.

John Locke telah menyaksikan kekejaman dan kezaliman yang berlaku di England

pada abad ke 17. Locke yang dilahirkan di England (1632M - 1704M) memikirkan betapa

perlunya kuasa membuat undang-undang dan kuasa pemerintah diasingkan. Locke telah

menulis 'Two treaties of government' pada tahun 1690 yang menyentuh doktrin ini(Encyclopedia Americana 1994, vol. 17:648-650). Beliau telah membahagikan kuasanegara kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif. Watau bagaimana pun Locke tidakmemanjangkan ideanya itu dengan huraian yang lebih lanjut seperti yang dilakukan oleh

Montesquieu.

Walaupun tertarik dengan idea Locke, Montesquieu sempat menyaksikan

kelemahan-kelemahan dalam sistem politik British dan Cuba membandingkannya dengan

situasi yang berlaku di Perancis. Sebagaimana Voltaire, Montesquieu hanya berminatmelihat keadaan negara di sudut politik sahaja dan tidak peka terhadap masalah ekonomidan sosial masyarakat (Ebenstein 1969:424).

Montesquieu kembali ke Perancis pada tahun 1731 dengan membawa idea-idea

kenegaraan yang dipelajari sepanjang pengembaraannya. Pada 1734 beliau mengeluarkan

hasil tuh'sannya yang bertajuk Considerations on the greatness and decline of Romesebagai usaha awal untuk menegur pemerintah Peranchis. Dalam tulisan tersebut

Montesquieu mengatakan bahawa kerajaan England adalah lebih adil kerana di sanaterdapat sebuah badan yang memeriksa dan membetulkan kerajaan dan dirinya sendiri

secara berterusan; kesilapan yang berlaku tidak berpanjangan; dan ia amat berguna kerana

memberikan perhatian kepada rakyat Dengan lain perkataan, pemerintah yang baikmenurut Montesquieu ialah apabila ia dalam keadaan tidak menentu, ia boleh

diperbetulkan oleh undang-undangnya sendiri (Ebenstein 1969:424). Keadaan seperti diEngland ini tidak berlaku di Perancis.

Hasil kerja terunggul Montesquieu ialah penulisan buku bernama 'De L'esprit deslots' pada 1748M atau dikenali sebagai 'The spirit of laws' atau 'Spirit of the laws' dan

COPYRIGHT © UiTM

Page 22: pengasingan kuasa

11

dalam Bahasa Melayu diterjemahkan sebagai 'Semangat (roh) undang-undang'(Mohd

Salleh 1997: 7 ; Ahmad Atory 1996: 3). Beliau telah menghabiskan sebahagian besarhidupnya untuk mengembangkan idea politik pemerintahannya di dalam tulisan tersebut.

Atas kesungguhan beliau, 'Spirit of the laws' telah memberi kesan yang mendalam samada

dalam bidang intelektual mahupun politik di seluruh dunia. Kandungan terpenting dalamtulisan Montesquieu tersebut ialah berkenaan doktrin pengasingan kuasa.

Pengalaman di England telah memberi inspirasi kepada Montesquieu untuk

melakukan pembaharuan terhadap perlembagaan Perancis. Walaupun tidak wujud

pengasingan kuasa yang jelas di England, tetapi kelihatan pemerintahan British itu lebihadil berbanding Perancis. Kerajaan England terdapat institusi raja yang bertindak sebagai

eksekutif, manakala House of Lord bertindak sebagai Mahkamah Agong dan mewakilibadan legislatif (Montesquieu 1949:li). Kewujudan badan House of Lord memberikan

kesan yang besar kepada England kerana ia juga bertindak mengawal atau menegur

tingkah laku raja. Dengan itu raja tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap rakyatnya, Inimenyebabkan hak dan kebebasan rakyat England lebih terjamin berbanding dengan sistem

kuasa mutlak raja di Perancis.

Franz Neumann (Montesquieu.l949:lvi-lvii) tidak begitu bersetuju denganpandangan yang mengatakan John Locke yang menjadi pencetus idea pengasingan kuasa

yang diperkembangkan oleh Montesquieu. Beh'au melihat Locke mencampurkan ketiga-

tiga kuasa seperti peranan yang dimainkan oleh House of Lord sedangkan Montesquieuberusaha memisahkannya. Walaubagaimanapun, sepertimana yang telah disebutkan

sebelum ini bahawa Montesquieu sendiri memang kagum kepada idea-idea Locke dan

mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya.

Kembali kepada 'Spirit of the Laws', Montesquieu (1949:Ii) menyebutkan bahawa

asas keadilan politik dalam sesebuah negara seperti berikut;

Keadilan sebenar mengandungi dua unsur iaitu untuk melakukan apa sahajayang tidak dilarang oleh undang-undang yang diibuat oleh kerajaan dankerajaan yang merealisasikan 'doktrin pengasingan kuasa' di mana undang-undang dibuat oleh badan legislatif; ditadbir oleh badan eksekutif yangterpisah; dan perlaksanaan undang-undang kepada semua warganegara hanyaoleh sebuah badan kehakiman yang bebas.

COPYRIGHT © UiTM

Page 23: pengasingan kuasa

12

Pandangan ini dengan jelas menunjukkan sikap Montesquieu yang menjadikan doktrin

pengasingan kuasa sebagai satu unsur penting untuk mengujudkan keadilan dan

menghindari kezaliman di dalam sesebuah negara.

Pandangan Montesquieu (1949:151-152) dalam 'Spirit of the laws' mengenai

doktrin pengasingan kuasa secara lebih terperinci telah disebutkankan dalam Buku XI

bahagian vi seperti berikut;Apabila kuasa membuat undang-undang dan kuasa memerintah dipunyaioleh seorang sahaja, atau oleh satu pihak yang berkuasa sahaja, nescayatidak boleh didapati kebebasan, kerana orang itu atau pihak yang berkuasaitu harus akan membuat undang-undang yang zalim supaya dapatdijalankan satu pemerintahan yang zah'm. Kebebasan juga tidak akandidapati sekiranya kuasa kehakiman tidak diasingkan daripada kuasamembuat undang-undang dan kuasa memerintah. Sekiranya kuasakehakiman itu disatukan dengan kuasa membuat undang-undang, kuasatentang jiwa dan harta rakyat akan berleluasa dan berjalan sewenang-wenangnya kerana hakim itu juga yang akan menjadi pembuat undang-undang. Jika kuasa kehakiman itu disatukan dengan kuasa memerintah,maka hakim itu akan mempunyai segala kekuatan seorang yang zalim.Segala-galanya akan hilang dan binasa sekiranya orang itu juga, atau pihakyang berkuasa itu juga mempunyai dan menjalankan ketiga-tiga kuasa ini;iaitu membuat undang-undang, menjalankan pemerintahan negara danmenghukum jenayah dan pertelingkahan antara rakyat.

Penjelasan di atas menunjukkan secara jelas bagaimana penyelewengan yang membawakepada kezaliman boleh berlaku dengan mudah apabila ketiga-tiga kuasa negara tidak

dipisahkan. Inilah yang menyebabkan kenapa Montesquieu bersungguh-sungguhmenerangkan betapa perlunya doktrin pengasingan kuasa dilaksanakan di dalam sesebuah

negara.

Berdasarkan penjelasan di atas, Tun Salleh Abas (1997:8) telah merumuskan

bahawa maksud doktrin pengasingan kuasa yang dikemukakan oleh Montesquieu itu

adalah seperti berikut;

a. Badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan membuatundang-undang; ia tidak boleh menyerahkan kuasa ini kapada badan lain;

begitu juga ia tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa yang lain lagi

COPYRIGHT © UiTM

Page 24: pengasingan kuasa

13

b. Badan yang memerintah hanya dibenarkan menjalankan pemerintahan

negara sahaja; ia tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankankuasa kehakiman; dan

c. Badan kehakiman hanya dibenarkan mengadili sesuatu pertikaian; ia

tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa

pemerintahan.

Dengan itu lahirlah doktrin perasingan kuasa atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil'separation of powers' yang membahagikan kuasa-kuasa kepada 'legislative', 'executive'dan 'judiciary' (Smith 1973:39).

Montesquieu telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menjadikan doktrin inisebagai pilihan terbaik bagi menjamin keadilan pemerintah dalam sesebuah negara. Beliau

telah menggunakan sepenuh kebijaksanaannya dengan mencipta satu teori sains politik

yang terbaik bagi menyelamatkan rakyat dalam mana-mana negara di dunia ini dari

kekejaman pemerintah. Montesquieu telah cuba memberikan keyakinan kepada manusiabahawa teori sains politik yang diutarakannya ini benar-benar merupakan satu

pembangunan dan perubahan yang positif dalam struktur pemerintahan moden. Sekiranyahasrat beliau menjadi kenyataan, sudah tentu dunia secara amnya akan menjadi aman

makmur, tiada lagi kedengaran manusia yang teraniaya atau dizalimi oleh pemerintah.

Dalam tempoh yang panjang iaitu kira-kira dua puluh tahun lamanya Montesquieu

berusaha memperkemaskan doktrin pemgasingan kuasa ini. Walaupun demikian masihterdapat beberapa kelemahan atau kekurangan doktrin itu dalan beberapa sudut. .

Montesquieu telah dikritik dengan hebat sekali oleh beberapa tokoh undang-undangterkenal seperti Blackstone, J. Madison dan T. Jafferson (Kalimuthu 1987:170), Padatahun 1750, Montesquieu terpaksa menulis sebuah buku khas untuk menyokong ide

asalnya iaitu buku yang bernama 'De 'fense de Vsprit des Lots' bagi menjawab pelbagai

sanggahan terutamanya dari golongan kristian orthodok yang ingin mengukuhkan kembali

kekuasaan mereka terhadap pemerintahan negara(77ie Encyclopedia Americana 1972. vol.9:403).

Walau bagaimanapun ide asal pengasingan kuasa tetap wujud. Professor JohnPlamenatz mengatakan bahawa kuasa legislatif dan eksekutif telah terasing sejak

COPYRIGHT © UiTM