kuasa kehakiman

29
Kuasa Kehakiman Kuasa Kehakiman adalah dipegang oleh Mahkamah Atasan (yang merangkumi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Khas, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak); dan Mahkamah Rendah (merangkumi Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, Mahkamah Syariah, Mahkamah untuk Kanak-kanak, Mahkamah Penghulu dan Mahkamah Anak Negeri) seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan. Ketua Kehakiman ialah Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan Malaysia. Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa meluluskan rang undang-undang yang digubal Parlimen atau oleh Badan Perundangan Negeri. Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut: Mahkamah Malaysia (Bahasa Inggeris sahaja) Badan Kehakiman Malaysia Kuasa Kehakiman Yang di-Pertuan Agong Syarat-Syarat Dasar Privasi Dasar Keselamatan Hak Cipta Soalan Lazim Hubungi Kami Mengenai Kami Piagam Pelanggan PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Upload: mazlinas

Post on 30-Jun-2015

1.035 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuasa Kehakiman

Kuasa Kehakiman

Kuasa Kehakiman adalah dipegang oleh Mahkamah Atasan (yang merangkumi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Khas, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak); dan Mahkamah Rendah (merangkumi Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, Mahkamah Syariah, Mahkamah untuk Kanak-kanak, Mahkamah Penghulu dan Mahkamah Anak Negeri) seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan.

Ketua Kehakiman ialah Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan Malaysia. Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa meluluskan rang undang-undang yang digubal Parlimen atau oleh Badan Perundangan Negeri.

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Mahkamah Malaysia (Bahasa Inggeris sahaja) Badan Kehakiman Malaysia Kuasa Kehakiman Yang di-Pertuan Agong

Syarat-Syarat   Dasar Privasi   Dasar Keselamatan   Hak Cipta   Soalan Lazim   Hubungi Kami   Mengenai Kami   Piagam Pelanggan

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Sesuai untuk resolusi 1024 x 768 dengan sokongan paparan Internet Explorer 7.0+.

http://www.malaysia.gov.my/BM/Main/MsianGov/GovGovernance/GovJudicialAuthority/Pages/GovJudicialAuthority.aspx

Page 2: Kuasa Kehakiman

BADAN KEHAKIMAN

Bagi memperlengkapkan pengetahuan kita berkenaan dengan perundangan di Malaysia, maka adalah wajar untuk mengetahui hierarki mahkamah yang sedia ujud di Malaysia dalam menjalankan serta memperlengkapkan sistem kehakiman yang diamalkan di Malaysia pada masa sekarang ini.

HIERARKI MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA

MAHKAMAH PERSEKUTUAN^

MAHKAMAH RAYUAN^

MAHKAMAH TINGGI DI MALAYA / SABAH & SARAWAK^

MAHKAMAH SESYEN^

MAHKAMAH MAJISTRET^

MAHKAMAH PENGHULU / ANAK NEGERI / BUMIPUTERA

MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Menurut Perlembagaan Persekutuan[1], antara bidangkuasa Mahkamah Persekutuan di Malaysia adalah :

a. untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya.

b. apa-apa bidangkuasa asal (original jurisdiction) atau bidangkuasa menasihat (advisory jurisdiction) sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan[2]; dan

c. apa-apa bidangkuasa lain sebagaimana yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan.

Selain dari itu, dengan terdapatnya pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan[3], kebenaran daripada seorang hakim Mahkamah Persekutuan mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan atau deklarasi (declaration) bahawa mana-mana undang-undang yang berkaitan adalah tidak sah yang berdasarkan kepada Perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan.

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 juga telah dipinda oleh Seksyen 17 Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 1995 yang memperuntukkan bahawa :

Page 3: Kuasa Kehakiman

Apa-apa prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah Agung pada 23 Jun 1994 hendaklah disambung atau diteruskan, megikut mana-mana yang berkenaan, di hadapan Mahkamah Persekutuan dan bagi maksud ini, Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa Mahkamah Agung sebelum 24 Jun 1994.

Dengan adanya pindaan tersebut menunjukkan bahawa bidangkuasa yang dipunyai oleh Mahkamah Persekuan adalah menyamai bidangkuasa Mahkamah Agung sebagaimana sebelum berkuatkuasanya pindaan tersebut. Dalam kes Tan Boon Kean v PP[4], Mohd Azmi FCJ dengan merujuk kepada ratio dalam kes Khoo Hi Chiang v PP[5] telah menyatakan bahawa :

Bagi tujuan melenyapkan sebarang keraguan (doubts), kami perlu menekankan juga bahawa kami adalah terikat dengan ratio dalam kes Khoo Hi Chiang di mana tanggungjawab mahkamah pada penutup kes pendakwa adalah untuk membuat satu penilaian maksima keterangan-keterangan yang ada.

Dalam kes Dalip Bhagwan Singh v PP, mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah agung yang lama sebelumnya boleh menyimpang (to part) daripada keputusan-keputusannya sendiri yang terdahulu (its own previous decisions). Tetapi walaubagaimanapun, kuasa tersebut hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Sekiranya terdapat dua keputusan Mahkamah Persekutuan yang bercanggah, maka keputusannya yang terkemudian (terkini) akan mengatasi keputusannya yang terdahulu.

MAHKAMAH RAYUAN

Mahkamah Rayuan mula diperkenalkan dalam struktur hierarki mahkamah di Malaysia pada tahun 1994. penubuhannya bertujuan untuk mewujudkan saluran tambahan bagi mendengar kes-kes rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan juga bertujuan untuk mengurangkan beban Mahkamah Persekutuan untuk mendengar kes0kes rayuan yang dibawa di hadapannya.

Menurut Perlembagaan Persekutuan[6], bidangkuasanya adalah untuk memutuskan kes-kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan apa-apa bidangkuasa lain sebagaimana yang diberikan atau di bawah undang-undang Persekutuan. Dalam kes Dalip Bhagwan Singh (supra), mahkamah telah memutuskan bahawa Mahkamah Rayuan di Malaysia secara umumnya terikat dengan semua keputusannya sendiri melainkan jika terdapat pengecualian tertentu seperti yang diperuntukan dalam kes Young v Bristol Aeroplane (1994) yang membenarkan Mahkamah Rayuan di malaysia untuk menyimpang daripada keputusan sendiri yang terdahulu.

MAHKAMAH TINGGI

Mahkamah Tinggi di malaysia adalah terikat kepada keputusan-keputusan yang dibuat

Page 4: Kuasa Kehakiman

oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Walaubagaimanapun, keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi akan mengikat mahkamah bawahan (subordinate courts). Namun begitu, hakim Mahkamah Tinggi tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh hakmi Mahkmah Tinggi yang lain tetapi ia berhak mengikutinya.

Dalam kes Sundralingam v Ramanathan Chettiar[7], Azmi CJ telah menyatakan bahawa :

Dalam situasi ini kami patut mencontohi amalan di England, di mana hakim Mahkamah Tinggi tidak akan membalikkan keputusan hakim yang lain tetapi hanya boleh tidak bersetuju dengan keputusan itu dan memberi keputusannya sendiri. Ini merupakan amalan di negara ini...

MAHKAMAH BAWAHAN / RENDAH

Secara amnya, mahkamah-mahkamah bawahan di Malaysia adalah tidak terikat dengan keputusan mereka sendiri, tetapi walaubagaimanapun, ianya masih terikat dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah atasan (superior courts).

Di Malaysia terdapat beberapa mahkamah bawahan iaitu :

a. Mahkamah Sesyen

Akta Mahkamah Rendah 1948[1] memperuntukkan bidangkuasa Mahkamah Sesyen yang inter alia adalah :

1) membicarakan kes-kes kemalangan kenderaan bermotor, tuan rumah dan penyewa (landlord and tenant), distress; dan

2) bidangkuasa sivil bagi amaun yang tidak melebihi RM250,000-00.

3) bidangkuasa jenayah bagi membicarakan serta memutuskan kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati[2].

4) meminta rekod apa-apa prosiding yang dijalankan di hadapan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu[3].

b. Mahkamah Majistret

Akta Mahkamah Rendah 1948[4] juga menggariskan bidangkuasa yang diperuntukkan kepada Mahkamah Majistret dalam menjalankan kuasanya. Terdapat dua bahagian yang utama iaitu :

1) Bidangkuasa Majistret Kelas Pertama

Page 5: Kuasa Kehakiman

Antara tindakan guaman yang boleh dibicarakan serta diputuskan oleh Majistret Kelas Pertama adalah :

a) segala tindakan guaman sivil yang amaun dalam pertikaiannya adalah tidak melebihi RM25,000-00.

b) membicarakan serta memutuskan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang penghukumannya adalah tidak melebihi lima tahun penjara / denda sebanyak RM10,000-00 / sebat sehingga 12 kali[5] / gabungan mana-mana hukuman yang disebutkan tersebut / kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sahaja[6] / kesalahan-kesalahan di bawah seksyen-seksyen 392 dan 457 Kanun Keseksaan[7].

2) Bidangkuasa Majistret Kelas Kedua

Ianya termaktub dalam Akta[8] yang sama antaranya :

a) guaman asal tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000-00 samada beserta faedah atau sebaliknya[9],

b) kesalahan-kesalahan jenayah yang melibatkan penghukuman yang tempoh penjara maksimumnya tidak melebihi 12 bulan penjara atau denda sahaja[10],

c) tempoh penjara tidak melebihi 6 bulan / denda tidak melebihi RM1,000-00 / gabungan kedua-dua hukuman tersebut[11].

c. Mahkamah Penghulu (bagi Malaysia Barat sahaja)

Seksyen 94[12] memperuntukkan bahawa bagi tindakan guaman sivil tuntutan yang dibenarkan adalah tidak melebihi RM50-00 serta kesemua pihak yang terbabit adalah dari bangsa Asia yang bertutur serta memahami Bahasa Melayu. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM25-00[13]. Manakala bagi bidangkuasa jenayah[14] pula, ia hanya boleh mendengar serta membicarakan seterusnya menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan kecil sahaja yang mana awardnya adalah termaktub dalam seksyen 96.

DISEDIAKAN OLEH :LAJNAH UNIT GUAMAN & UNDANG-UNDANG, DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG

--------------------------------------------------------------------------------

[1] Perkara 121(2).

Page 6: Kuasa Kehakiman

[2] Perkara 128 dan Perkara 130.

[3] Seksyen 2 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 yang meminda Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan.

[4] (1995) 3 MLJ 514.

[5] (1994) 1 MLJ 265.

[6] Perkara 121(1B).

[7] (1967) 2 MLJ 211.

http://members.tripod.com/pemudapas_b.bendera/Guaman___Undang-Undang/Badan_Kehakiman/badan_kehakiman.html

Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Badan KehakimanFrom WikisourceJump to: navigation, search

Perkara 121. Kuasa kehakiman Persekutuan.

(1) Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya, iaitu—

(a) satu di Negeri-Negeri Tanah Melayu, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Malaya dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri-Negeri Tanah Melayu yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong; dan(b) satu di Negeri Sabah dan Sarawak, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri Sabah dan Sarawak yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong;(c) (Dimansuhkan),

dan mana-mana mahkamah bawahan yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan dan Mahkamah Tinggi dan mahkamah bawahan itu hendaklah mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

(1A) Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.

Page 7: Kuasa Kehakiman

(1B) Maka hendaklah ada suatu Mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah Rayuan dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Mahkamah Rayuan hendaklah mempunyai bidang kuasa yang berikut, iaitu—

(a) bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya (kecuali keputusan Mahkamah Tinggi yang diberikan oleh pendaftar atau pegawai lain Mahkamah itu dan yang boleh dirayukan kepada seorang hakim Mahkamah itu di bawah undang-undang persekutuan); dan(b) apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

(2) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai bidang kuasa yang berikut, iaitu—

(a) bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya;(b) apa-apa bidang kuasa asal atau runding yang dinyatakan dalam Perkara 128 dan 130; dan(c) apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

(3) Tertakluk kepada apa-apa batasan yang dikenakan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan, apa-apa perintah, dekri, penghakiman atau proses mahkamah-mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) atau mana-mana hakimnya hendaklah (setakat yang dibenarkan oleh keadaannya) berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya mengikut maksudnya di seluruh Persekutuan, dan boleh dilaksanakan atau dikuatkuasakan di mana-mana bahagian Persekutuan dengan sewajarnya; dan undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan supaya mahkamah di satu bahagian Persekutuan atau pegawainya bertindak membantu mahkamah di suatu bahagian lain.

(4) Pada menentukan tempat pejabat pendaftaran utama bagi Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang hendaklah berunding dengan Ketua-Ketua Menteri bagi Negeri Sabah dan Sarawak dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.

Perkara 122. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan.

(1) Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang dipertua Mahkamah (yang digelar "Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan"), Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, empat[1][2] orang hakim lain dan apa-apa bilangan hakim tambahan yang dilantik menurut Fasal (1A).

Page 8: Kuasa Kehakiman

(1A) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, boleh melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan olehnya:

Dengan syarat bahawa tiada hakim tambahan yang sedemikian menjadi tidak layak untuk memegang jawatan oleh sebab dia telah mencapai umur enam puluh enam tahun.

(2) Seseorang hakim Mahkamah Rayuan selain Presiden Mahkamah Rayuan boleh bersidang sebagai hakim mahkamah Persekutuan jika Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian, dan hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (mengikut kehendak keadaan) oleh Ketua Hakim Negara.

Perkara 122A. Keanggotaan Mahkamah Rayuan.

(1) Mahkamah Rayuan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi (yang digelar "Presiden Mahkamah Rayuan") dan, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, sepuluh[3] orang hakim lain.

(2) Seseorang hakim Mahkamah Tinggi boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Rayuan jika Presiden Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian, dan hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (mengikut kehendak keadaan) oleh Presiden Mahkamah Rayuan selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.

Perkara 122AA. Keanggotaan Mahkamah Tinggi.

(1) Setiap Mahkamah Tinggi hendaklah terdiri daripada seorang Hakim Besar dan tidak kurang daripada empat orang hakim yang lain; tetapi bilangan hakim yang lain itu tidaklah boleh, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, melebihi—

(a) empat puluh tujuh, di Mahkamah Tinggi di Malaya; dan(b) sepuluh, di Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak.

(2) Mana-mana orang yang layak untuk dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah itu jika ditetapkan bagi maksud itu (mengikut kehendak keadaan) mengikut Perkara 122B.

Perkara 122AB. Pelantikan pesuruhjaya kehakiman.

(1) Supaya segera diselesaikan urusan Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan,boleh melalui perintah melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi pesuruhjaya kehakiman bagi apa-apa tempoh atau apa-apa maksud yang dinyatakan dalam perintah itu; dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai kuasa untuk

Page 9: Kuasa Kehakiman

melaksanakan apa-apa fungsi hakim Mahkamah Tinggi yang ternyata kepadanya dikehendaki dilaksanakan; dan apa-apa jua yang dilakukan olehnya apabila bertindak mengikut pelantikannya hendaklah mempunyai kesahan dan kesan yang sama seolah-olah dilakukan oleh seorang hakim Mahkamah itu, dan berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan itu dia mempunyai kuasa yang sama dan menikmati kekebalan yang sama seolah-olah dia seorang hakim Mahkamah itu.

(2) Peruntukan Fasal (2) dan (5) Perkara 124 hendaklah terpakai bagi seseorang pesuruhjaya kehakiman sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi hakim Mahkamah Tinggi.

Perkara 122B. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

(1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan (tertakluk kepada Perkara 122C) hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

(2) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan seseorang hakim, selain Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara.

(3) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Hakim Besar setiap Mahkamah Tinggi dan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Menteri bagi setiap Negeri Sabah dan Sarawak.

(4) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan seseorang hakim selain Ketua Hakim Negara, Presiden atau seseorang Hakim Besar, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Persekutuan, dengan Presiden Mahkamah Rayuan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Rayuan dan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke mana-mana satu Mahkamah Tinggi, dengan Hakim Besar Mahkamah itu.

(5) Perkara ini hendaklah terpakai bagi penetapan seseorang untuk bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi di bawah Fasal (2) Perkara 122AA sebagaimana Perkara ini terpakai bagi pelantikan seseorang hakim mahkamah itu, selain Hakim Besar.

(6) Walau apa pun tarikh pelantikan mereka masing-masing sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang diberikan selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara, boleh menentukan susunan keutamaan hakim-hakim sesama mereka sendiri.

Perkara 122C. Pertukaran hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain.

Page 10: Kuasa Kehakiman

Perkara 122B tidaklah terpakai bagi pertukaran seseorang hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi yang lain, melainkan jika pertukaran itu adalah sebagai Hakim Besar atau pertukaran Hakim Besar; dan pertukaran yang sedemikian boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, selepas berunding dengan Hakim-Hakim Besar bagi kedua-dua Mahkamah Tinggi itu.

Perkara 123. Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Seseorang layak dilantik di bawah Perkara 122B sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, sebagai hakim Mahkamah Rayuan atau sebagai hakim mana-mana Mahkamah Tinggi jika—

(a) dia seorang warganegara; dan(b) bagi tempoh sepuluh tahun sebelum pelantikannya dia telah menjadi peguam bela bagi mahkamah itu atau mana-mana satu daripada mahkamah itu atau menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri, atau pada suatu masa menjadi peguam bela dan pada suatu masa lain berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri.

Perkara 124. Sumpah jawatan hakim.

(1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, sebelum menjalankan fungsi jawatannya, hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam, dan hendaklah berbuat demikian di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

(2) Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, selain Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, sebelum menjalankan fungsi seorang hakim hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam berhubung dengan kewajipan kehakimannya dalam apa-apa jua jawatan. (2A) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Presiden Mahkamah Rayuan hendaklah berbuat demikian di hadapan hakim kanan yang ada bagi Mahkamah Rayuan.

(3) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Besar Mahkamah Tinggi hendaklah berbuat demikian di hadapan hakim kanan yang ada bagi Mahkamah Tinggi itu.

(4) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah berbuat demikian di hadapan Ketua Hakim Negara atau, jika Ketua Hakim Negara tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah Persekutuan.

(4A) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim Mahkamah Rayuan hendaklah berbuat demikian di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan atau, jika Presiden Mahkamah Rayuan tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah Rayuan.

Page 11: Kuasa Kehakiman

(5) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim Mahkamah Tinggi (tetapi bukan Hakim Besar) hendaklah berbuat demikian di hadapan Hakim Besar Mahkamah itu atau, jika Hakim Besar tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah itu.

Perkara 125. Tempoh jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh enam tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh enam tahun.

(2) Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali mengikut peruntukan yang berikut dalam Perkara ini.

(3) Jika Perdana Menteri, atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan bahawa seseorang hakim Mahkamah Persekutuan patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal mengikut Fasal (4) dan merujukkan representasi itu kepadanya; dan boleh atas syor tribunal itu memecat hakim itu daripada jawatan.

(3A) Jika seseorang hakim telah melakukan pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) tetapi Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa pelanggaran itu tidak mewajarkan hakim itu dirujukkan kepada tribunal yang dilantik di bawah Fasal (4), Ketua Hakim Negara boleh merujukkan hakim itu kepada suatu badan yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan untuk mengendalikan pelanggaran itu.

(3B) Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi boleh, selepas berunding dengan Perdana Menteri, menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang hendaklah juga mengandungi peruntukan tentang tatacara yang hendaklah diikuti dan sanksi yang boleh dikenakan selain pemecatan seseorang hakim daripada jawatannya di bawah Fasal (3), berhubung dengan pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika itu.

(3C) Kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) hendaklah dipatuhi oleh tiap-tiap hakim Mahkamah Persekutuan dan tiap-tiap pesuruhjaya kehakiman.

(4) Tribunal yang dilantik di bawah Fasal (3) hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada lima orang yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau, jika ternyata kepada Yang di-Pertuan Agong suai manfaat pelantikan sedemikian dibuat, orang yang memegang atau pernah memegang jawatan yang setaraf dengannya di mana-mana bahagian lain di dalam Komanwel,

Page 12: Kuasa Kehakiman

dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh anggota yang terkanan mengikut susunan yang berikut, iaitu, Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden dan Hakim-Hakim Besar mengikut keutamaan mereka sesama mereka sendiri, dan anggota lain mengikut tarikh pelantikan mereka memegang jawatan yang melayakkan mereka menjadi anggota (antara dua orang anggota, dengan yang lebih tua mendahului yang lebih muda jika tarikh pelantikan mereka itu sama).

(5) Sementara menanti apa-apa rujukan dan laporan di bawah Fasal (3) Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Perdana Menteri dan, dalam hal mana-mana hakim lain selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara, menggantung seseorang hakim Mahkamah Persekutuan daripada menjalankan fungsinya.

(6) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan hakim Mahkamah Persekutuan, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.

(6A) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi terma jawatan hakim Mahkamah Persekutuan selain saraan mereka.

(7) Saraan dan terma lain jawatan (termasuk hak pencen) bagi seseorang hakim Mahkamah Persekutuan tidak boleh, selepas pelantikannya, diubah menjadi kurang baik baginya.

(8) Walau apa pun Fasal (1), kesahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang hakim Mahkamah Persekutuan tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa dia telah mencapai umur yang dia dikehendaki bersara.

(9) Perkara ini hendaklah terpakai bagi seseorang hakim Mahkamah Rayuan dan bagi seseorang hakim Mahkamah Tinggi sebagaimana Perkara ini terpakai bagi seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, kecuali bahawa sebelum menggantung seseorang hakim Mahkamah Rayuan atau hakim Mahkamah Tinggi selain Presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di bawah Fasal (5), Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu dan bukan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

(10) Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi bertanggungjawab kepada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.

Perkara 125A. Penjalanan kuasa oleh hakim-hakim.

(1) Walau apa-pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, dengan ini ditegaskan bahawa—

(a) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah Tinggi;(aa) Presiden Mahkamah Rayuan dan seseorang hakim Mahkamah Rayuan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Tinggi; dan

Page 13: Kuasa Kehakiman

(b) seseorang hakim Mahkamah Tinggi di Malaya boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, dan sebaliknya.

(2) Peruntukan Perkara ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perlembagaan ini mulai dari Hari Malaysia.

Perkara 126. Kuasa menghukum kerana penghinaan.

Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi berkuasa menghukum apa-apa penghinaan terhadapnya.

Perkara 127. Sekatan mengenai perbincangan di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim

Kelakuan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidaklah boleh dibincangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen kecuali atas suatu usul khusus yang notis mengenainya telah diberikan oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu, dan tidaklah boleh dibincangkan di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri.

Perkara 128. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.

(1) Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja, dan tidak mana-mana mahkamah lain, mempunyai bidang kuasa bagi memutuskan mengikut mana-mana kaedah mahkamah yang mengawal selia penjalanan bidang kuasa sedemikian—

(a) apa-apa soal sama ada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu Negeri adalah tidak sah atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan mengenai sesuatu perkara yang mengenainya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang; dan(b) pertikaian atas apa-apa soal lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri.

(2) Tanpa menjelaskan apa-apa bidang kuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah mahkamah yang mengawal selia perjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu.

(3) Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan rayuan dari Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seorang hakim Mahkamah itu hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undag persekutuan.

Perkara 129. (Bidang kuasa khas Mahkamah Agung tentang tafsiran Perlembagaan-Dimansuhkan).

Page 14: Kuasa Kehakiman

(Dimansuhkan).

Perkara 130. Bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.

Perkara 131. (Rayuan daripada Mahkamah Persekutan - Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

Perkara 131A. Peruntukan berkenaan dengan ketidakupayaan, dsb. Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar.

(1) Apa-apa peruntukan yang dibuat oleh undang-undang persekutuan supaya fungsi Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan atau Presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi dilaksanakan oleh seorang hakim lain Mahkamah Persekutuan sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu atau sekiranya Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar itu tidak berdaya menjalankan fungsinya, bolehlah meliputi fungsinya di bawah Perlembagaan ini.

(2) Apa-apa peruntukan yang dibuat oleh undang-undang persekutuan supaya fungsi Presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi dilaksanakan oleh seorang hakim lain Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu atau sekiranya Presiden atau Hakim Besar itu tidak berdaya menjalankan fungsinya, bolehlah meliputi fungsi Presiden atau Hakim Besar di bawah Perlembagaan ini selain fungsi sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Badan_Kehakiman

Mahkamah MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Malaysia

Page 15: Kuasa Kehakiman

Rencana ini sebahagian daripada siri:

Politik dan kerajaanMalaysia

Kerajaan[sorok] [sorok]

Perlembagaan Kontrak sosial

Eksekutif[sorok] [sorok]

Yang di-Pertuan Agong o Tuanku Mizan Zainal Abidin

Kabinet o Perdana Menteri

Mohd Najib Abdul Razak o Timbalan Perdana Menteri

Muhyiddin Yassin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Perundangan[sorok] [sorok]

Parlimen o Dewan Negara o Dewan Rakyat

Badan Kehakiman[sorok] [sorok]

Sistem undang-undang Kehakiman

Pilihan raya[sorok] [sorok]

Pilihan raya o Suruhanjaya Pilihan Raya

Parti politik/gabungan

Page 16: Kuasa Kehakiman

o Barisan Nasional o Pakatan Rakyat

Pembangkang Pilihan raya umum terakhir

Hubungan luar[sorok] [sorok]

Hubungan luar negeri

Bahagian-bahagian[sorok] [sorok]

Negeri o Dewan Undangan Negeri

Menteri Besar Ketua Menteri

Wilayah Persekutuan

Negara-negara lain · Atlas

Portal Politik

papar • bincang • sunting

Bangunan Sultan Abdul Samad meletakkan Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur bersama-sama dengan Mahkamah Perniagaan.

Malaysia ialah sebuah persekutuan tiga belas negeri, dengan hampir semua kuasa kehakiman terletak pada sistem mahkamah persekutuan.

Page 17: Kuasa Kehakiman

Isi kandungan[sorok]

1 Sejarah o 1.1 Pembentukan Malaysia o 1.2 Rayuan Majlis Privi o 1.3 Reformasi 1994 o 1.4 Diadili oleh juri

2 Mahkamah Atasan o 2.1 Mahkamah Persekutuan o 2.2 Mahkamah Rayuan o 2.3 Mahkamah Tinggi

3 Mahkamah Bawahan o 3.1 Mahkamah Sesyen o 3.2 Mahkamah Majistret o 3.3 Mahkamah lain

4 Mahkamah Syariah 5 Senarai Ketua Hakim Negara 6 Lihat juga 7 Pautan luar

[sunting] Sejarah

Sistem mahkamah Malaysia berasal daripada piagam tahun 1807 yang dikenali sebagai Piagam Keadilan Pertama yang memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris hak daripada Kerajaan Diraja British untuk mengadakan Mahkamah Keadilan di penempatan Pulau Pinang.

Sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963, terdapat tiga Mahkamah Agung di dalam Komanwel Asia Tenggara:

Mahkamah Agung Persekutuan Tanah Melayu Mahkamah Agung Singapura Mahkamah Agung Sarawak, Borneo Utara dan Brunei

Setiap Mahkamah Agung yang terdiri daripada sebuah Mahkamah Tinggi dan sebuah Mahkamah Rayuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara.

[sunting] Pembentukan Malaysia

Dalam tahun 1963 wilayah-wilayah British yang masih tinggal, telah dikorporatkan menjadi Persekutuan Malaysia yang lebih besar. Perlembagaan 1963 telah diganti dengan pelbagai Mahkamah Rayuan dan satu Mahkamah Persekutuan Malaysia, yang diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, bersama tiga Mahkamah Tinggi, yang masing-masing diketuai oleh Ketua Hakim, seperti di bawah ini:

Page 18: Kuasa Kehakiman

Mahkamah Tinggi Malaya Mahkamah Tinggi Singapura Mahkamah Tinggi Borneo

Satu Mahkamah Agong Keadilan telah diwujudkan di Brunei.

Mahkamah Tinggi Singapura telah berhenti menjadi sebahagian daripada sistem mahkamah Malaysia apabila Singapura meninggalkan persekutuan tersebut pada 9 Ogos 1965.

[sunting] Rayuan Majlis Privi

Walaupun selepas kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia, menurut perjanjian antara Her Majesty The Queen dan Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan Artikel 131 daripada Perlembagaan Persekutuan, keputusan kehakiman daripada Mahkamah Persekutuan boleh diambil di atas rayuan ke Judicial Committee of the Privy Council di London.

Rayuan Majlis Privi ke atas perkara jenayah dan perlembagaan telah di mansuhkan pada 1 Januari 1978. Rayuan sivil juga telah dimansuhkan pada 1 Januari 1985, di mana Mahkamah Persekutuan telah dinamakan semula sebagai "Mahkamah Agung Malaysia".

[sunting] Reformasi 1994

Dalam tahun 1994, bagi mengekalkan tingkat kedua di dalam sistem rayuan yang telah hilang apabila rayuan-rayuan Majlis Privi telah dibatalkan, Perlembagaan telah diubah untuk menubuhkan Mahkamah Rayuan Malaysia (diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan) dibawah Mahkamah Agong, yang mana sekali lagi dinamakan semula "Mahkamah Persekutuan Malaysia".

Sebagai sebahagian daripada Malaysia Barat, Mahkamah Tinggi Borneo telah dinamakan "Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak". The office of Lord President of the Supreme Court was replaced by that of "Chief Justice of Malaysia", while the Chief Justices of Malaya and Borneo were re-titled "Chief Judge of Malaya" and "Chief Judge of Sabah and Sarawak" respectively. These changes were seen by many in the Opposition as an attempt to downgrade the prestige of the judiciary.

[sunting] Diadili oleh juri

Sehingga 1995, hak diberi untuk memohon perbicaraan diadili juri - juri yang biasanya terdiri dari 7 orang lelaki dan wanita - dalam kesemua kes-kes berat (capital cases).

Perbicaraan diadili juri dibolehkan dalam kesemua kes pendakwaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang merupakan bekas-bekas koloni British, sehinggalah ia dihadkan kepada kes-kes berat sahaja pada 1978. Di Negeri-Negeri Melayu, perbicaraan diadili juri tidak dibenarkan ketika pemerintahan kolonial dan kes-kes berat dikendalikan oleh seorang hakim bersama dua orang panaksir (assessor) tetapi kemudiannya di perkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman selepas

Page 19: Kuasa Kehakiman

kemerdekaan pada 1957 . Di Sabah dan Sarawak, perbicaraan kes-kes berat masih dibicara oleh hakim dan dua assessors, seperti sebelum kemerdekaan.

Pada 1 Januari 1995, perbicaraan diadili juri dimansuhkan di seluruh Malaysia.

[sunting] Mahkamah Atasan

[sunting] Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan boleh membicarakan semua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Mahkamah ini juga membicarakan rayuan-rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan yang berkait dengan kes yang dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa aslinya, iaitu kes-kes yang bukan dirayu berdasarkan keputusan Mahkamah-mahkamah Bawahan.

[sunting] Mahkamah Rayuan

Mahkamah Rayuan umumnya membicarakan semua kes rayuan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, kecuali perintah atau keputusan mahkamah yang dibuat melalui persetujuan. Untuk kes-kes yang melibatkan:

tuntutan melebihi RM10000 keputusan mahkamah atau perintah yang berkait dengan kos sahaja; rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman

interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;

kebenaran Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu.

Mahkamah Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi.

[sunting] Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.

Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait dengan:

kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-perkara suami isteri; kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat; penjagaan kanak-kanak;

Page 20: Kuasa Kehakiman

pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet; injunksi , pelaksanaan tertentu (specific performance), atau pembatalan kontrak; kesahan individu.

Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.

Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988), para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.

[sunting] Mahkamah Bawahan

Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kedua-dua kes jenayah dan sivil.

[sunting] Mahkamah Sesyen

Agak serupa dengan Mahkamah Sesyen Suku di England, Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).

Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa yang mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.

[sunting] Mahkamah Majistret

Para majistret terbahagi kepada Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua, dengan Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan yang sah serta kuasa yang lebih besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya tidak dilantik.

Mahkamah Majistret membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000. Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kesalahan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun atau yang melibatkan hukuman denda sahaja, tetapi boleh mengenakan hukuman yang tidak melebihi lima tahun pemenjaraan, denda sehingga RM10,000 dan/atau hukuman merotan sebanyak 12 kali.

Mahkamah Majistret juga membicarakan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Penghulu.

Page 21: Kuasa Kehakiman

[sunting] Mahkamah lain

Mahkamah Penghulu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM50, jika pihak-pihak yang berkenaan berbangsa Asia dan memahami bahasa Melayu.

Bidang kuasa jenayah terhad kepada kesalahan-kesalahan kecil yang dituduh terhadap seorang berbangsa Asia yang ditetapkan khas dalam warannya yang hukuman denda tidak melebihi RM25.

Mahkamah Penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak, sebaliknya kedua-dua negeri ini mempunyai Mahkamah Orang Asli yang mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara-perkara awam yang berkenaan dengan adat dan undang-undang orang asli.

Terdapat juga Mahkamah Juvenil untuk kes-kes yang melibatkan orang-orang bawah umur.

[sunting] Mahkamah SyariahRencana utama: Mahkamah Syariah di Malaysia

Terdapat sebuah sistem selari Mahkamah Syariah negeri yang mempunyai bidang kuasa yang terhad terhadap undang-undang Islam (syariah) negeri. Mahkamah-mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang melibatkan orang Islam, dan umumnya tidak boleh mengenakan hukuman melebihi tiga tahun pemenjaraan, denda melebihi RM5,000, dan/atau hukuman merotan melebihi enam kali.

file:///C:/Documents%20and%20Settings/fpau1pc50/Desktop/Mahkamah_Malaysia%20wikipedia.htm