perhimpunan bulanan jpa...ucapan pengarah bahagian penyelidikan dan perancangan, jabatan...

24
UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN KE ARAH KEGEMILANGAN” Bismillahirrahmanirrahim Yang Berusaha Saudara dan Saudari Pengacara Majlis, Yang Berbahagia Tan Sri Jamaluddin bin Haji Ahmad Damanhuri, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ismail bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Yang Berbahagia Dato’ Zakaria bin Mohd Taib, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Pengarah-pengarah Bahagian, Y. Bhg. Dato’-Dato’/ Datin-Datin/Tuan-Tuan/Puan-Puan/Saudari Saudari Pegawai JPA yang saya hormati sekelian, 1

Upload: others

Post on 04-Jul-2021

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS

PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004

TEMA: “MENJANA PERUBAHAN KE ARAH KEGEMILANGAN”

Bismillahirrahmanirrahim Yang Berusaha Saudara dan Saudari Pengacara Majlis, Yang Berbahagia Tan Sri Jamaluddin bin Haji Ahmad Damanhuri, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ismail bin Adam, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Yang Berbahagia Dato’ Zakaria bin Mohd Taib, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Pengarah-pengarah Bahagian, Y. Bhg. Dato’-Dato’/ Datin-Datin/Tuan-Tuan/Puan-Puan/Saudari Saudari Pegawai JPA yang saya hormati sekelian,

1

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

MUKADIMAH

1. Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., kerana dengan limpah dan

kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun dalam Majlis

Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Februari 2004 bersamaan bulan

Zulhijjah 1424 Hijrah. Terima kasih juga diucapkan kepada Y. Bhg. Tan

Sri, yang memberikan kepercayaan kepada Bahagian Penyelidikan dan

Perancangan (BPP) untuk menganjurkan perhimpunan pada kali ini dan

seterus untuk saya menyampaikan ucapan.

2. Sebagaimana kita semua maklum, terdapat dua peristiwa penting

dalam bulan ini yang menjadi sejarah penting dalam kalendar Islam iaitu

Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau

Hari Raya Qurban yang kita sambut baru-baru ini dan Maal Hijrah atau

tahun baru Islam yang akan disambut pada 22 Februari ini. Sehubungan

itu, saya dan seluruh pegawai BPP ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Menyambut Tahun Baru 1425 Hijrah kepada semua pegawai JPA yang hadir dalam perhimpunan pada pagi

ini.

TEMA

3. Walaupun kedua-dua peristiwa ini wujud dan berlaku dalam masa

yang singkat, tetapi ia telah menjadi satu peristiwa yang agung 2

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

sehingga diingati dan disambut hingga ke hari ini. Perkara ini berlaku

kerana falsafah dan pengajaran yang boleh dicontohi daripada

peristiwa-peristiwa tersebut sangat banyak dan relevan sehingga ke hari

ini. Sempena dengan dua peristiwa besar tersebut, tema yang dipilih

untuk perhimpunan pada pagi ini ialah “MENJANA PERUBAHAN KE ARAH KEGEMILANGAN”. Walaupun peristiwa agung ini merupakan

sejarah Islam, namun pengajaran yang diperolehi rentetan daripada

peristiwa tersebut merupakan sesuatu yang bersifat universal dan

sesuai kepada semua kaum/golongan serta boleh dikaitkan dengan

peranan kita sebagai anggota Perkhidmatan Awam dalam

meningkatkan kecemerlangan diri dan organisasi.

4. Tema ini merupakan suatu gambaran umum bahawa dalam usaha

untuk mencapai kegemilangan dalam perkhidmatan, setiap daripada kita

selaku anggota Perkhidmatan Awam dan sebagai insan yang

mempunyai pelbagai ragam dari segi sikap, minda, emosi, dan naluri,

sewajarnya mempunyai kecenderungan untuk berubah atau berhijrah

dari segi minda dan sikap ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Dengan kata lain, dalam membina organisasi yang gemilang, ia memerlukan satu penghijrahan atau perubahan minda dan sikap oleh setiap anggota dalam organisasi itu sendiri untuk mengamalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah dan sedang diamalkan sekarang. Contoh peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w

merupakan contoh yang masih relevan hingga ke hari ini kerana iktibar

yang boleh dicontohi di sebalik falsafah penghijrahan tersebut amat

banyak.

3

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

5. Penghijrahan ini pula tidak dapat lari atau dipisahkan daripada tuntutan melakukan pengorbanan oleh setiap individu

dalam segala aspek pembentukan diri melalui amalan sifat-sifat baik

yang akan membawa kecemerlangan dan prestasi individu serta

organisasi. Hijrah itu sendiri merupakan satu pengorbanan yang harus

dialami sama ada dalam bentuk fizikal, mental, mahupun spiritual.

Y. Bhg. Tan Sri, Dato’-Dato’/ Datin-Datin dan para hadirin sekelian,

PERUBAHAN KE ARAH KEGEMILANGAN

6. Sebagai permulaan, izinkan saya menjelaskan dahulu konsep hijrah atau perubahan ke arah kegemilangan yang boleh diterapkan

dalam pengurusan kita pada hari ini berdasarkan kepada hijrah agung

yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum

daripada itu, marilah kita mengimbau kembali falsafah sebenar di

sebalik penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w daripada kota Mekah al-

Mukarramah ke kota Madinah al-Munawwarah yang yang dahulunya

dikenali sebagai Yathrib dan kekal menjadi peristiwa yang akan diingati

dan disambut sehingga ke hari ini. 7. Hijrah Rasulullah s.a.w bersama-sama sahabat baginda Saidina

Abu Bakar as-Siddiq di tengah malam yang gelap gelita pada tahun 622

Masihi sebenarnya bukanlah bermaksud perpindahan untuk

memperolehi kesenangan serta takut kepada penderitaan dan

kekejaman. Dalam pengertian yang lebih luas, penghijrahan tersebut

bermaksud penghijrahan untuk keluar dari medan perjuangan 4

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

yang sempit ke gelanggang yang lebih luas. Selain daripada itu,

penghijrahannya juga membawa perubahan daripada yang jahil dan batil kepada yang hak atau kebenaran supaya kehidupan akan

menjadi lebih baik, lebih maju dan lebih bermakna. Konsep perlunya

perubahan diri ini telah dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya dalam

surah Ar-Ra’d, ayat 11 yang bermaksud:

“Sesunggguhnya Alllah tidak mengubah apa yang ada pada

sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada

pada diri mereka”.

L. N. Tolstoy pula pernah berkata:

“Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of

changing himself”.

8. Berdasarkan kepada peristiwa penghijrahan ini, marilah kita

renungi beberapa iktibar dan pengajaran yang boleh dikaitkan dengan

aspek pengurusan yang melibatkan peranan kita sebagai individu dan

entiti dalam sesebuah organisasi. Terdapat lima perkara yang ingin saya

bincangkan sebagai intisari pengajaran yang boleh kita hayati bersama-

sama daripada peristiwa hijrah ini, iaitu:-

Perjuangan ke arah yang lebih baik; Perancangan yang strategik; Keberanian dan kecekalan menghadapi risiko; Perpaduan dan kerjasama; dan Keimanan dan akauntabiliti.

5

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

Perjuangan Ke Arah Kebaikan

9. Secara umumnya, perkara pertama yang akan dinyatakan oleh

kebanyakan orang mengenai peristiwa hijrah ini ialah penghijrahan dari sesuatu yang tidak baik kepada yang lebih baik. Setiap

penghijrahan itu sebenarnya adalah satu perjuangan. Perjuangan yang

dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah untuk memelihara akidah serta

dapat mempertingkatkan lagi keyakinan diri dan keselamatan pengikut-

pengikutnya dalam mengamalkan ajaran suci daripada fitnah musuh-

musuhnya. Ini bermakna perjuangan yang dilakukan melalui

penghijrahan adalah bertujuan mendapatkan sesuatu yang lebih baik

daripada yang sedia ada dan daripada persekitaran yang terbatas

kepada persekitaran yang lebih kondusif.

10. Sekiranya dikaitkan dengan senario kita pada hari ini khususnya

sebagai anggota Perkhidmatan Awam, perjuangan melalui penghijrahan ke arah kebaikan atau ”towards betterment” ini adalah merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk kemajuan diri dan organisasi. Sebagaimana kita semua tahu, salah

satu daripada aspek yang diterapkan dalam Sistem Saraan Malaysia

ialah pembelajaran yang berterusan (life-long learning). Dalam era

globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, setiap hari ada sahaja

perkara baru yang dicipta atau pendekatan baru yang diketengahkan

dalam apa jua bidang. Mereka yang leka dan selesa dengan kapasiti yang sedia ada tanpa berhasrat untuk mempelajari sesuatu yang baru pasti akan ketinggalan. Justeru, sikap ingin terus maju perlulah

diamalkan oleh setiap daripada kita, seiring dengan perkembangan 6

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

yang terus memacu di sekeliling kita. Melalui penggunaan segala

sumber-sumber dan peluang yang telah ada dengan sepenuhnya dan

melalui program latihan dan pembangunan kerjaya yang disediakan,

tidak mustahil kecemerlangan diri dapat dicapai sekiranya setiap di

antara kita sentiasa menanam dan menyalakan semangat ingin tahu,

berfikiran rasional dan positif serta ingin berbakti kepada masyarakat

amnya dan organisasi khususnya. Dalam istilah kompetensi, kecenderungan perilaku yang positif seperti keinginan untuk menimba ilmu (desire for knowledge) dan berorientasikan kejayaan (achievement orientation) merupakan kayu pengukur terhadap tahap

kompetensi seseorang.

11. Selain daripada itu, setelah kita mencapai sesuatu kejayaan dan

kemajuan, janganlah mudah berpuas hati dengan setakat pencapaian

tersebut. Kita harus berusaha untuk menguruskan kejayaan berkenaan

di samping terus mempertingkatkan lagi ke tahap yang lebih gemilang

dan terbilang. Teringat saya akan kata-kata hikmat yang berbunyi

seperti berikut:

“Sebatang tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat

untuk meletakkan sebelah kaki si pemanjatnya, tetapi sekadar

sebagai tempat berpijak sejenak, cukup untuk membolehkan ia

meletakkan kakinya yang sebelah lagi pada suatu tempat yang

lebih tinggi”

12. Semangat untuk terus maju ini boleh dikaitkan dengan konsep

Kaizen atau melakukan penambahbaikan yang berterusan. Setiap penambahbaikan yang dilakukan walaupun sedikit, hendaklah

7

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

dibuat dengan penuh ketekunan, kesabaran dan dedikasi. Pepatah

Cina ada menyatakan “Be not afraid of going slowly, but only afraid of

standing still”. Seseorang pekerja yang berdedikasi ialah yang

menjalankan tugas tanpa mengutamakan dan mengharapkan upah,

ganjaran dan sanjungan, tetapi akan merasa puas sekiranya kerja yang

dihasilkan cepat, berkesan dan berkualiti. Melalui ketekunan pula, setiap

pekerjaan dan penambahbaikan yang dilakukan akan dapat ditumpukan

sepenuhnya untuk mencapai matlamat mengikut jadual perancangan

dan tahap kualiti yang dikehendaki. Oleh sebab perubahan persekitaran

sangat pantas dan kebolehan untuk beradaptasi dengan perubahan

tersebut sangat diperlukan, maka sudah pasti penambahbaikan perlu

dilaksanakan secara yang berterusan. Sekiranya kita mempunyai minat

untuk memperbaiki kerja-kerja yang dijalankan pada setiap hari, ini

menandakan kita mempunyai motivasi yang tinggi untuk terus berjaya.

13. Dalam konteks memberikan perkhidmatan kepada pelanggan

pula, kita harus sedar dan faham bahawa masyarakat yang sebahagian besarnya merupakan pengguna atau pelanggan kita semakin tinggi pengetahuan dan kemahuan mereka. Masyarakat

memberikan persepsi terhadap pegawai Kerajaan berdasarkan kepada

“point of interaction” iaitu melalui pengamatan yang dibuat dan

pengalaman yang dialami. Oleh itu, apa yang harus dilakukan untuk

memulihkan persepsi negatif terhadap pegawai Perkhidmatan Awam

ialah merupakan satu perjuangan dalam melakukan perubahan paradigma dari segi pemikiran dan tindakan. Budaya “Mesra Rakyat” dan mementingkan pelanggan yang telah, sedang dan akan terus diterapkan dalam Perkhidmatan Awam tidak

8

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

terbatas setakat melihat kepada sistem dan proses dalaman sahaja, tetapi haruslah menilainya melalui impak yang diterima oleh pelanggan itu sendiri. Y.A.B Perdana Menteri telah menegaskan

bahawa segala perubahan yang hendak dilakukan sama ada dari segi

sistem, prosedur, syarat dan cara berinteraksi akan menjadi lebih fokus

dan berfaedah kepada rakyat sekiranya dilakukan berlandaskan kepada

kefahaman dan keperluan mereka..

14. Alhamdulillah, penekanan yang diberikan oleh kepimpinan negara

sekarang untuk memberikan keutamaan kepada pelanggan serta

mempertingkatkan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan

merupakan langkah yang selari dengan motto Jabatan kita iaitu

“Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami”. Bagaimanakah kita boleh

mendakwa kita telah memberi perkhidmatan yang semakin baik pada

setiap hari dan telah dapat memuaskan hati pelanggan sekiranya masih

banyak teguran dan masalah yang dilaporkan masih belum

diselesaikan. Oleh itu, tindakan penyelesaian yang segera dan

pemantauan yang berterusan terhadap segala aduan dan maklumbalas

yang diberikan oleh pelanggan haruslah diberi perhatian yang serius

dan sewajarnya.

Perancangan Strategik

15. Setiap tindakan yang hendak dilakukan perlu dirancang terlebih

dahulu. Dalam konteks peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w., perancangan yang dibuat sebelum, semasa dan selepas penghijrahan harus dilihat sebagai proses pelaksanaan terhadap satu perancangan

9

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

yang strategik. Berdasarkan kepada visi atau wawasan untuk

membentuk sebuah masyarakat Islam yang ideal dan menjadi contoh

untuk selama-lamanya, maka misi utama Baginda ialah mencari tempat

yang paling sesuai untuk meneruskan pengembangan ajaran Islam.

Penghijrahan yang dimulakan pada malam hari yang gelap gelita bagi

mengelakkan daripada musuh merupakan strategi yang telah difikirkan

terlebih dahulu dalam usaha mencapai objektif atau matlamat yang ingin

dicapai oleh Baginda.

16. Strategi yang terancang merupakan asas untuk kejayaan

seterusnya seperti petikan kata-kata Aristotle yang berbunyi: “Well

begun is half done”. Begitulah juga bagi kita yang berada dalam sebuah

organisasi (JPA) yang sememangnya telah mempunyai visi, misi,

objektif dan strategi yang khusus. Tetapi pernahkah kita bertanya

berapa orangkah yang benar-benar faham dan dapat menghayati visi,

misi, objektif dan strategi tersebut? Apatah lagi untuk

menterjemahkannya kepada suatu bentuk tindakan yang berkesan

dalam usaha menjadikan Jabatan ini akan benar-benar cemerlang dan

bertaraf dunia. Misi dan objektif sesebuah organisasi tidak akan berjaya dan bererti sekiranya anggota yang terlibat di dalamnya tidak memahami misi tersebut. Pemahaman di peringkat individu akan membawa kesan terhadap kumpulan pekerja dan seterusnya kepada organisasi.

17. Keadaan ini sebenarnya menuntut supaya kita sewajarnya berpandangan jauh ke hadapan melalui perancangan yang strategik dengan menilai segala kelemahan, kekuatan, peluang

10

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

dan cabaran dalam persekitaran yang dinamik untuk menentukan halatuju organisasi ini seterusnya. Melalui pencapaian dan kejayaan

projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang lepas, kita harus menilai sama ada

pencapaian tersebut adalah yang terbaik dan masih relevan dengan

hasrat Jabatan masa kini. Setiap aktiviti atau projek yang dirancang

hendaklah mengambil kira segala aspek persekitaran seperti

kemampuan sumber yang ada dan kekangan yang harus dihadapi dan

tidak dapat dielakkan.

18. Sebagai contoh, dalam keadaan peruntukan yang terbatas, kita

harus berusaha dan berikhtiar untuk melaksanakan aktiviti yang telah

dirancang tanpa menggunakan kos yang tinggi. Oleh itu, kreativiti menggunakan segala sumber yang ada serta perbelanjaan yang berhemah (prudent) harus diamalkan. Dalam konteks Model Kompetensi, tingkah laku pemikiran sebegini dipanggil “pemikiran ubahsuai (adaptive thinking)”.

19. Di JPA ini, di antara langkah-langkah yang kita jalankan ke arah

perancangan strategik ini ialah Seminar Perancangan Strategik, Kajian

Separuh Penggal dan beberapa seminar dan forum lain yang

dilaksanakan di peringkat Jabatan dan Bahagian. Segala output yang

dibincangkan dalam seminar ini merupakan input yang diperolehi

daripada setiap Bahagian. Melalui analisa pencapaian yang diperolehi,

kita akan dapat mengetahui kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran

yang harus dihadapi dalam kita merancang halatuju Jabatan ini seiring

dengan kehendak dan tuntutan persekitaran semasa. Oleh itu, segala resolusi yang dicapai dalam seminar ini bukan sahaja harus

11

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

diketahui dan difahami di peringkat pengurusan sahaja, tetapi perlu diperjelaskan sehingga ke peringkat sokongan. Ini akan memberi

lebih kesedaran kepada mereka untuk memberikan komitmen

sepenuhnya terhadap tugasan yang diberi ke arah mencapai objektif,

misi dan visi JPA.

Keberanian dan Kecekalan

20. Peristiwa Hijrah telah mengajar kita betapa pentingnya sikap

berani dan cekal di dalam hati dalam membuat sesuatu keputusan atau

usaha tanpa merasa takut dengan segala rintangan dan risiko yang

akan ditempuhi. Kecekalan dan keberanian kaum Muhajirin menempuh

segala ranjau kepayahan, penderitaan, kehilangan harta benda dan

keluarga serta penyeksaan merupakan aset pengajaran yang penting

dalam membentuk jiwa yang kental kepada generasi masa kini.

Kecekalan yang berteraskan kepada keyakinan akhirnya menghasilkan kejayaan. Keberanian dan kecekalan yang berasaskan

perkiraan risiko (calculated risk) yang diamalkan oleh baginda

Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Hijrah ini boleh dijadikan iktibar oleh

setiap insan di dalam sesebuah organisasi. 21. Sebagai pegawai yang telah dipilih menganggotai JPA, apakah

kita telah cukup berani untuk bersaing dengan penuh cekal dalam

memartabatkan JPA sebagai sebuah organisasi bertaraf dunia dari segi

perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia sektor

awam? Keberanian dan kecekalan yang dimaksudkan bukanlah dari segi fizikal, tetapi merupakan kecekalan mental dan

12

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

spiritual dalam menghadapi segala risiko serta rintangan dan halangan yang harus dihadapi. Sebagai contoh, penyertaan kita di

dalam Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) pada tahun ini harus

dianggap sebagai menguji keberanian dan kecekalan kita untuk

menghadapi saingan daripada agensi-agensi lain yang lebih

berpengalaman dan bersedia dalam menyertai anugerah ini. Walaupun

ini merupakan penyertaan kita yang pertama, sedangkan sesetengah

agensi yang akan bersaing telah beberapa kali menyertainya, namun

kita tidak perlu takut dan mudah menyerah kalah sebelum bertanding.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha menggembleng seluruh usaha dan tenaga dengan menggunakan segala sumber yang ada secara optimum untuk membuat persiapan yang sewajarnya ke arah ini.

22. Keberanian kita berhujah atau memberikan pendapat dengan beradad serta fakta yang lengkap dan jitu melambangkan bahawa kita telah membuat persediaan yang rapi dengan pencarian dan penerokaan data dan maklumat yang terkini. Ini termasuklah berani

mencuba sesuatu yang baru dalam usaha meningkatkan kemajuan diri.

Seorang penulis dan ahli falsafah Jerman ada menyatakan:

“Kehilangan kehormatan adalah celaka, tetapi yang lebih celaka

lagi ialah kehilangan keberanian”. (Johann Wolfgang von Goethe)

Penggunaan data dan maklumat yang lengkap, betul dan konsisten melalui sistem yang standard akan membantu memberikan keyakinan kepada JPA dalam memberikan ulasan dan

13

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

maklumbalas yang diperlukan oleh pihak pelanggan atau stakeholders. Pembangunan projek-projek HRMIS dan POWER

merupakan di antara langkah positif yang dilakukan oleh JPA berhubung

dengan perkara ini.

Perpaduan dan Kerjasama

23. Di antara perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w

dalam peristiwa penghijrahan baginda ialah mendirikan masjid. Melalui masjid ini, satu institusi dibina ke arah membentuk perpaduan dan kerjasama di antara kaum Muhajirin dari Mekah dengan masyarakat tempatan Madinah iaitu kaum Ansar. Di atas kesedaran bahawa

perpaduan merupakan penyatuan tenaga, idea dan cita-cita dalam satu

ikatan yang padu, maka penyatuan di antara puak-puak yang berbeza

ini telah membawa kepada kecemerlangan Islam sehingga dapat

disebarkan ke seluruh pelusuk tanah Arab dan Eropah.

24. Jika dilihat dilihat kepada keadaan kita di JPA ini, apakah

perpaduan dan kerjasama sesama kita daripada Bahagian-bahagian

yang berlainan telah erat dan ampuh? Setiap orang mempunyai tugas

dan peranan yang berbeza mengikut di mana kita ditempatkan serta

tanggungjawab yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, visi, misi dan

objektif kita dalam organisasi iaitu JPA adalah sama. Ini

menggambarkan bahawa apa sahaja yang kita lakukan adalah untuk kejayaan organisasi dan atas nama JPA. Oleh itu perpaduan dan

kerjasama amat penting kerana adalah mustahil seorang anggota dalam

sesebuah organisasi dapat melaksanakan tugas dan 14

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

tanggungjawabnya dengan berkesan secara bersendirian. Budaya

bekerjasama dan bekerja sebagai sebuah pasukan harus dipupuk dan

diterapkan kerana setiap daripada kita adalah melengkapi di antara satu

sama lain. Sabda Nabi Muhammmad S.A.W yang diriwayatkan oleh

Ahmad Termizi menyatakan:

“Bandingan orang-orang mukmin yang saling sayang menyayangi

dan berlemah lembut di antara mereka adalah seperti satu tubuh

badan yang apabila satu anggota merasa sakit menyebabkan

seluruh badan berjaga malam dan merasa demam”.

25. Di antara kerjasama yang perlu ada ialah menjalankan tugas secara kolektif; menyedari bahawa idea-idea yang diperolehi secara berkumpulan akan lebih mantap dan jitu ke arah mencapai kejayaan organisasi; dan mempercayai sesuatu yang rumit dan sukar akan menjadi mudah sekiranya mendapat pandangan daripada lebih ramai individu. Penganjuran aktiviti-aktiviti bersama

seperti program Team-buiding, sambutan Hari Keluarga, Malam JPA,

Kegiatan Sukan dan Rekreasi, Senaman Bersama-Sama Tan Sri KPPA

dan lain-lain lagi adalah merupakan langkah yang dirancang dan

dilaksanakan untuk mewujudkan semangat perpaduan, bekerjasama

dan setia kawan di kalangan seluruh pegawai JPA. Oleh itu,

keengganan kita untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ini

menunjukkan kita masih belum sedar dan menghayati sepenuhnya

objektif organisasi ke arah mewujudkan semangat “esprit de corp” di

kalangan seluruh pegawai JPA.

15

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

Keimanan dan Taqwa

26. Intisari yang terakhir iaitu yang kelima hasil daripada pengajaran

yang boleh diperolehi daripada peristiwa hijrah ini ialah keimanan dan

taqwa. Sesungguhnya persiapan utama yang disediakan oleh

Rasulullah s.a.w sebelum bermulanya hijrah ialah memberi kekuatan

rohani dan jasmani. Kekuatan rohani merupakan keyakinan akidah yang mantap dan teguh sementara kekuatan jasmani pula adalah dari segi keteguhan ekonomi, kekuatan ketenteraan, ketinggian disiplin dan kesempurnaan fizikal. Setelah segala persiapan dan

perancangan dibuat serta pelaksanaan dilakukan, baginda memohon

dan berserah kepada Tuhan untuk mengizinkan supaya kejayaan boleh

dicapai.

27. Kita semua harus sedar bahawa dalam konteks berorganisasi,

peranan setiap pemimpin dan yang dipimpin serta peranan anggota perkhidmatan awam mengambil tanggungjawab sepenuhnya mengurus dan mengamalkan nilai-nilai murni ke arah mencapai kecemerlangan dalam diri dan dalam organisasi adalah sangat

penting. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota

untuk memperolehi kesucian hidup melalui pengamalan nilai-nilai dan

etika murni.

28. Y.A.B Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad

Badawi telah menegaskan bahawa “Kita telah diberi amanah, kita mesti beramanah” atau “ We hold the people’s trust, we must therefore be trusted”. Oleh itu, sebarang kerja yang dilakukan

16

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

perlulah ikhlas dan penuh dedikasi dan setiap kuasa yang diberikan

dalam kapasiti masing-masing haruslah digunakan secara yang

profesional, adil dan saksama. Kita juga mempunyai akauntabiliti dan

perlu bertanggungjawab terhadap setiap apa yang dilakukan. Y.A.B

Perdana Menteri sebagai pemimpin di negara kita pernah menyatakan

bahawa kita semua adalah hamba yang wajib bertanggungjawab kepada Tuhan. Y. Bhg Tan Sri KPPA juga kerap mengingatkan supaya

setiap anggota Perkhidmatan Awam mestilah jujur (honest), berintegriti

(full of integrity), merendah diri (humality), pintar (intelligent) dan bekerja

kuat (hard-working). Kesedaran ini hendaklah ditanam di setiap sanubari

kita semua semasa menjalankan tugas dalam kapasiti dan kuasa yang

diberikan kepada kita. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Qiamah, ayat

36 yang bermaksud:

“Patutkah manusia menyangka bahawa ia akan ditinggalkan

terbiar, yakni dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak

dihidupkan semula untuk menerima balasannya”

29. Selain daripada itu, kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat dan kemudahan yang dikecapi selama ini. Kesyukuran boleh

berlaku dalam dua bentuk iaitu syukur yang mutlak kepada Tuhan di

atas nikmat dan anugerah yang diberikan dengan melaksanakan segala

suruhanNya serta meninggalkan laranganNya; dan syukur sesama makhluk atau manusia sesama manusia melalui kesedaran

melaksanakan tugas dengan cemerlang sebagai menghargai segala

kemudahan yang telah diperolehi dalam perkhidmatannya. Kepercayaan

bahawa setiap kebajikan dan kebaikan yang dilakukan akan dibalas

dengan kebajikan juga sama ada di dunia ataupun di akhirat 17

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

haruslah dijadikan pegangan hidup di sepanjang masa.

30. Kemudahan seperti rawatan kesihatan, kebajikan anggota seperti

tempat tinggal yang selesa melalui penyediaan kuarters atau pinjaman

perumahan yang diberikan, pendapatan tetap bulanan serta pemberian

bonus setiap tahun, persekitaran tempat kerja yang selamat dan selesa

serta bermacam-macam lagi haruslah diterima dengan penuh rasa

kesyukuran. Kesyukuran ini harus ditunjukkan melalui ketaatan kita

terhadap organisasi, kesungguhan untuk berkhidmat dengan gigih dan

berkualiti serta menghindari daripada melakukan segala perkara-

perkara yang dilarang atau ditegah oleh Jabatan dan Kerajaan.

Y. Bhg. Tan Sri, Dato’-Dato’/ Datin-Datin dan para hadirin sekelian,

KONSEP PENGORBANAN DALAM PENGHIJRAHAN

31. Setelah kita mengetahui segala pengajaran yang boleh diperolehi

daripada peristiwa hijrah, marilah kita merenung akan hubung kaitnya

dengan pengorbanan. Seperti yang telah saya nyatakan di awal ucapan

saya tadi, penghijrahan tidak dapat lari atau dipisahkan daripada keperluan melakukan pengorbanan dan hijrah itu sendiri adalah satu pengorbanan. Jika kita amati daripada setiap intisari pengajaran

yang dijelaskan tadi, kita akan sedari bahawa semuanya memerlukan

pengorbanan. Oleh itu, perkara seterus yang akan saya sentuh dalam

ucapan ialah menghuraikan secara ringkas sahaja mengenai apakah

pengorbanan yang dituntut ke atas kita sebagai penjawat awam

terhadap organisasi dan negara. 18

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

32. Ahli-ahli sains politik Islam seperti Al-Farabi, Ibnu Khaldun, Ibnu

Rusyd, al-Kindi, al-Mawardi al-Maududi dan Ahmad Shalabi pula telah

bersetuju bahawa terdapat empat (4) tugas utama yang memerlukan

pengorbanan rakyat kepada negara iaitu:

• kewajipan memberikan bai’ah (persetujuan) kepada pemimpin;

• setia dan patuh yang tidak berbelah bagi; • berkorban mempertahankan negara dari segala ancaman

musuh; dan

• bersikap “siddiq” atau benar, setia serta jujur dengan penuh kerelaan untuk bekerja dan berusaha ke arah kebajikan, kemakmuran demi kesejahteraan rakyat dan negara.

33. Dalam kontek organisasi kita, persetujuan kepada pemimpin bermakna kita harus menghormati siapa sahaja yang telah dipilih menjadi ketua. Dengan mengelakkan berlakunya sebarang konflik di

antara pihak yang memimpin dengan yang dipimpin, kita akan dapat

mewujudkan persefahaman yang harmoni dalam organisasi. Janji yang

dilafazkan dalam Ikrar Perkhidmatan Awam haruslah diamalkan kerana

setiap kata mesti dikota dan setiap janji mesti ditepati. Oleh itu, kita

haruslah berpegang teguh dengan segala janji yang dipersetujui dan

jangan sekali-kali mengkhianati atau mengingkarinya. Persetujuan ini

juga melibatkan kesedian kita untuk mengorbankan kepentingan peribadi, masa, tenaga, harta, maupun nyawa demi kepentingan perkhidmatan dan negara. Y.A.B Perdana Menteri sendiri ada

19

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

menyatakan bahawa pengorbanan dalam menyumbangkan tenaga dan

berkhidmat kepada negara juga adalah satu pengorbanan yang boleh

dilakukan oleh kita semua.

34. Sikap setia dan patuh yang tidak berbelah bagi perlu diamalkan, sama ada dalam perkara yang disukai atau tidak, susah

atau senang, selagi ketaatan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran

agama dan peraturan/dasar sesebuah organisasi. Sabda Nabi

Muhammmad S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

yang bermaksud:

“Diwajibkan ke atas orang Islam itu dengar dan taat (kepada

pemimpin) dalam perkara yang disukainya dan dalam perkara

yang dibencinya, kecuali ia diperintah melakukan maksiat.”

35. Melalui Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam yang kita lafazkan

dalam perhimpunan bulan lalu, terkandung perkara yang menghendaki

kita berkorban mempertahankan negara dari segala ancaman musuh sama ada dari dalaman dan luaran. Sesunggguhnya musuh

ini tidak semestinya dalam bentuk yang nyata seperti pembocor rahsia

kerajaan, pengamal rasuah atau penceroboh cyber, tetapi juga meliputi

musuh yang tidak nampak dan lebih kritikal seperti malas, leka, tidak

amanah, suka membuang masa, melengah-lengahkan kerja dan

sebagainya.

36. Bersikap “siddiq” atau benar, setia dan jujur dengan seluruh jiwa raga, penuh rela untuk bekerja dan berusaha ke arah kebajikan, kemakmuran demi kesejahteraan rakyat dan negara

20

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

merupakan salah satu daripada pengorbanan dalam pembentukan sahsiah diri. Anggota yang bersifat positif, dinamik, inovatif dan

kompetitif akan menjadi aset penting sekiranya mereka sanggup

berkorban dengan rela hati dalam mengutamakan kepentingan

masyarakat dan organisasi. Oleh itu, jadilah seorang pekerja yang merupakan aset dan bukannya liabiliti kepada organisasi. Sekurang-kurangnya kita dapat meninggalkan satu legasi kepada

organisasi sebelum bersara dalam memberikan sumbangan ikhlas

kepada Perkhidmatan Awam.

Y. Bhg. Tan Sri, Dato’-Dato’/ Datin-Datin dan para hadirin sekelian,

RUMUSAN

37. Secara ringkasnya, apa yang dapat dirumuskan dalam ucapan

saya dalam perhimpunan ini ialah penghijrahan berasaskan kepada contoh yang dituruti daripada peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w beserta pengorbanan yang dituntut untuk dilakukan dengan sepenuh hati hendaklah diterjemahkan melalui pengamalan perlakuan oleh setiap individu dalam sesebuah organisasi. Selain

daripada itu, peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah

Ibrahim a.s dan putera kesayangannya Nabi Ismail a.s merupakan

simbol pengorbanan sejati yang tidak berbelah bagi kepada Yang Maha

Pencipta. 38. Iktibar atau pengajaran utama daripada kedua-dua peristiwa

Hijrah dan Korban yang telah kita perkata tadi adalah melibatkan 21

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

perubahan dalaman individu ke arah melakukan perubahan kepada

organisasi supaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Ini

mempunyai hubungan dengan pengurusan tahap kematangan emosi atau emotional quotient (EQ) atau kadangkala dikenali juga sebagai kecerdasan emosi (emotional inteligence). Kemampuan emosi

seseorang dalam membina hubungan yang prihatin terhadap diri sendiri

dan orang lain merupakan aset insan yang tidak kelihatan (invisible

human asset) tetapi memberi impak terhadap prestasi pekerja dan

organisasi. Pengurusan organisasi yang mengambil kira faktor pengurusan emosi individu ke arah mengamalkan sifat-sifat yang murni seperti perubahan minda dan sikap, keberanian, kecekalan, ketaqwaan dan lain-lain lagi dengan penuh kesedaran dan keinsafan dalam diri masing-masing akan memudahkan organisasi melaksanakan visi, misi, objektif dan strategi yang digubal. Natijahnya, kecemerlangan individu berkenaan akan mempengaruhi

kecemerlangan kumpulan pekerja/organisasi dan akhirnya menuju

kepada pencapaian kecemerlangan Perkhidmatan Awam

keseluruhannya.

39. Melalui kempen-kempen program-program pembaharuan seperti ,

Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam

Pentadbiran, Program Pengurusan Kualiti Secara Menyeluruh (TQM)

dan lain-lain lagi, Kerajaan berharap agar semua anggota Perkhidmatan Awam termasuk kita di JPA dapat bersama-sama mempamerkan budaya kerja yang mencerminkan imej perkhidmatan yang bersih dan bebas daripada rasuah dan segala bentuk penyelewengan. Di dalam perjuangan kita menentang

22

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

rasuah, Y.A.B Perdana Menteri kita pernah bebarapa kali menyarankan

supaya kita hendaklah berikrar kepada diri kita bahawa “Saya benci kepada rasuah”. Mudah-mudahan melalui ikrar yang diluahkan secara

bersungguh-sungguh dan berterusan ini akan dapat menghindarkan diri

daripada amalan keji tersebut. Dengan menguasai ciri-ciri murni ini, di

samping kepimpinan yang jitu, akan dapat menjadikan JPA khususnya,

dan perkhidmatan awam amnya dihormati dan disegani bukan sahaja di

mata masyarakat setempat bahkan di kalangan masyarakat

antarabangsa jua. Insya’Allah.

Y. Bhg. Tan Sri, Dato’-Dato’/ Datin-Datin dan para hadirin sekelian,

PENUTUP 40. Insya-Allah, jika kita dikurniakan umur yang panjang dan

kesihatan yang sejahtera oleh Allah S.W.T, akan kita melangkah ke

tahun 1425 Hijrah. Semoga permulaan tahun baru Hijrah ini akan turut

disertai dengan keazaman, iltizam, dan lebih bersemangat untuk kita

bersama-sama berhijrah ke arah mencorak peranan dan fungsi JPA

dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang disuburi

dengan nilai dan amalan murni yang utuh dan mantap demi

kesejahteraan perkhidmatan awam khususnya serta agama,

masyarakat, dan kemakmuran negara yang kita cintai ini. Kita juga

harus mengambil peluang di sini untuk melakukan muhasabah diri (self-reflection) bagi membuat penilaian terhadap sumbangan kita

kepada organisasi selama satu tahun ini dan memikirkan bagaimana

kita dapat terus memberikan sumbangan yang lebih baik dan 23

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JPA...UCAPAN PENGARAH BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN, JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPA PADA 4 FEBRUARI 2004 TEMA: “MENJANA PERUBAHAN

bermakna. Di bawah kepimpinan Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji

Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, pengurusan JPA yang

mempunyai pemimpin yang berwawasan, serta sokongan dan komitmen

yang tinggi dari kita semua, Insya-Allah JPA akan terus mencapai

kecemerlangan yang diwarisi.

41. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada Y. Bhg. Tan Sri KPPA, Dato’-Dato’ TKPPA, Pengarah-

pengarah Bahagian, tuan-tuan dan puan-puan yang hadir di

perhimpunan bulanan anjuran Bahagian Penyelidikan dan Perancangan

pada pagi ini. Saya juga merakamkan ucapan penghargaan kepada

semua pihak, khususnya pihak urusetia di BPP dan BKP yang telah

bertungkus lumus untuk menjayakan perhimpunan pada pagi ini.

42. Akhir sekali, saya bagi pihak pengurusan JPA, diri saya, dan

seluruh pegawai Bahagian Penyelidikan dan Perancangan, sekali lagi

mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin, dan Selamat Menyambut Maal Hijrah Tahun 1425. Mudah-mudahan

tahun hijrah yang akan datang membawa lebih nikmat, berkat dan

kebahagiaan kepada kita semua, Insya-Allah.

Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Februari 2004

24