ucapan yas kp jbpm perhimpunan bulanan april 2012 teks ucapan...ucapan yas dato’ wan mohd nor bin...

33
UCAPAN YAS DATO’ WAN MOHD NOR BIN HJ IBRAHIM KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BULAN APRIL 2012 PADA 27 April 2012 (Jumaat) MASA 8.30 pagi TEMPAT DEWAN SUTERA IBU PEJABAT JBPM

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UCAPAN

YAS DATO’ WAN MOHD NOR BIN HJ IBRAHIM KETUA PENGARAH

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

BULAN APRIL 2012

PADA 27 April 2012 (Jumaat)

MASA 8.30 pagi

TEMPAT DEWAN SUTERA

IBU PEJABAT JBPM

2

حیمبسماهللالرحمنالر

السألمعلیكمورحمةاهللاوبرگاتھ Selamat pagi, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Yang Berusaha Saudara/Saudari Pengacara Majlis YAS Dato’ Mahadi Bin Md.Ali Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia YAS Dato’ Hj Amer bin Hj Yusof Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Tn Hj Ramli bin Jusof Pengarah Pengurusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia YS Penolong-penolong Ketua Pengarah

3

Pegawai-Pegawai Kanan,Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian.

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan

tahniah dan terima kasih di atas kejayaan

Bahagian Pengurusan menjayakan perhimpunan

bulanan bagi bulan April 2012. Tidak lupa juga

saya mengucapkan berbanyak-banyak terima

kasih di atas kehadiran tuan/puan ke

perhimpunan bulanan pada pagi ini.

2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum,

Bahagian Pengurusan mempunyai beberapa

Cawangan iaitu Cawangan Sumber Manusia,

Cawangan Kewangan, Cawangan Teknologi

Maklumat dan Cawangan Pentadbiran. Saya

percaya, perhimpunan bagi bulan April ini telah

4

dijayakan atas kerjasama semua Cawangan di

bawah Bahagian Pengurusan.

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, 3. Pada masa ini jumlah perjawatan di

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

adalah 12,706 atau kira-kira 91.5% daripada

jumlah perjawatan yang diluluskan berjumlah

13,881. Ini bermakna, JBPM masih mempunyai

1,195 jawatan yang masih belum diisi.

Bagaimanapun, berasaskan maklumat yang

diterima daripada SPA, hampir keseluruhan

daripada kekosongan jawatan lantikan (KB 41,

KB 29 dan KB 17) akan diisi sepenuhnya

sebelum menjelang akhir tahun 2012, iaitu:

5

(a) Pegawai Bomba Gred KB17 dan Penguasa

Bomba Gred KB41 yang akan melaporkan

diri di Akademi Bomba dan Penyelamat

Malaysia pada 2 Mei 2012, status pengisian

akan bertambah kepada kepada 13,043

atau (93.96 %);

(b) SPA akan menawarkan seramai 102

jawatan KB41 menjelang Ogos 2012. Ini

bermakna, kekosongan jawatan KB41 pada

masa ini akan diisi sepenuhnya dalam suku

tahun keempat tahun ini;

(c) Bagi gred KB29 pula, urusan Pusat

Penilaian Invidivu Bomba (PPIB) telah

dijalankan pada 9 April 2012 melibatkan

seramai 1008 calon. Temuduga lisan oleh

6

SPA dijangka akan diadakan pada Mei

2012, dan pengambilan dijangka akan

dibuat pada Ogos 2012. Ini bermakna

kekosongan semasa bagi jawatan gred

KB29 akan diisi sepenuhnya dalam suku

tahun keempat tahun ini;

(d) permohonan baru KB17 telah dimajukan ke

SPA untuk mengisi 422 jawatan kosong

sedia ada dan 500 kekosongan dijangka

(naik pangkat dan bersara). Pihak SPA

telah mengesahkan secara lisan bahawa

Ujian Fizikal dan Kecergasan dijangka akan

dilaksanakan pada bulan Mei 2012.

Berasaskan kepada pengalaman, adalah

dijangka pengisian akan berlaku pada

November 2012 nanti.

7

4. Cawangan Pengurusan Sumber Manusia

(CPSM) telah mengemukakan kertas cadangan

permohonan bagi perjawatan BBP Jasin Bestari,

BBP Kota Kinabatangan dan Pengkalan Udara

Bertam, melibatkan 191 perjawatan. Dalam

pada itu, 5 (lima) buah BBP baru (dalam

pembinaan) yang dijangka siap pada tahun

2012, iaitu BBP Jelapang, BBP Bandar Putra,

Kulai, BBP Parit Raja, BBP Temerloh dan BBP

Song Sarawak. Jabatan juga bercadang untuk

mendapatkan perjawatan baru untuk kelima-lima

balai ini. Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, 5. Urusan yang paling tak digemari, bagaikan

“ditelan mati emak, diluah mati bapa” ialah

8

menimbang permohonan pertukaran pegawai.

Saya bersimpati dengan rayuan demi rayuan

yang diterima daripada tuan/puan dengan

pelbagai alasan / justifikasi, tetapi pertimbangan

hanya boleh diberikan dalam ruang lingkup yang

sangat terhad, iaitu berasaskan kekosongan

jawatan dan kepentingan terhadap tugas di satu-

satu kawasan/daerah. Pada masa ini, jabatan

telah menerima 791 permohonan pertukaran

daripada pelbagai gred, yang sebahagian

besarnya menggunakan alasan untuk menjaga

ibu bapa yang uzur dan telah tua. Saya faham

situasi ini, kerana kita sendiri pun sudah tua,

mana mungkin ibu bapa masih muda dan mana

mungkin yang tua akan sihat selamanya.

Bagaimana pun kesemua permohonan ini akan

ditimbangkan nanti.

9

6. Cawangan Pengurusan Sumber Manusia,

telah mengadakan naziran perjawatan sebagai

satu usaha dalam memenuhi aspirasi jabatan

untuk pemantauan dengan lebih rapi

dilaksanakan terhadap pengurusan sumber

manusia di peringkat Jabatan Bomba dan

Penyelamat Negeri dan Akademi. Objektif

naziran ini adalah bertujuan untuk memastikan

jentera pentadbiran di negeri–negeri dan

akademi dapat berfungsi secara cekap dan

berkesan selaras dengan hasrat Jabatan untuk

menjadi sebuah organisasi unggul ”a great

organisation”. Ia juga merupakan satu kaedah

audit pengurusan bagi mengesan kelemahan

dan dapat memperkemaskan kedudukan

negeri–negeri dari aspek perkhidmatan dan

perjawatan. Sehubungan itu, CPSM telah pun

10

menyelesaikan naziran bagi 9 buah JBPM

Negeri bermula pada 25 Januari sehingga 9

Mac 2012. Cadangan penambahbaikan untuk

kelemahan yang dikenalpasti akan dilaksanakan

secara berterusan bagi memantapkan

pengurusan sumber manusia Jabatan.

7. Jabatan ini melalui Mesyuarat Panel

Pengurusan Sumber Manusia pada 22 Mac

2012 telah bersetuju memperkenalkan Sijil

Perkhidmatan Terpuji kepada pegawai-pegawai

Jabatan ini yang telah menunjukkan

perkhidmatan cemerlang tetapi tidak dapat

diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

kerana kekangan kuota Jabatan. Sungguhpun

penerima tidak diberikan habuan dalam bentuk

wang ringgit, tetapi setiap penerimaan akan

11

dicatatkan ke dalam buku perkhidmatan masing-

masing dan ‘merit’ akan diberikan semasa

menimbang kenaikan pangkat nanti. Tahniah

diucapkan kepada 315 orang penerima Sijil

Perkhidmatan Terpuji Tahun 2012 yang julung

julung kali diadakan. Semoga inovasi yang telah

dimulakan ini dapat membantu meningkatkan

lagi mutu sistem penyampaian perkhidmatan

kerajaan.

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, 8. Pengurusan Psikologi merupakan bidang

baru di JBPM. Jawatankuasa Perkhidmatan

Psikologi, Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia (JKPSI) telah ditubuhkan pada 24

November 2011, dan Unit Perkhidmatan

12

Psikologi ditubuhkan di bawah Cawangan

Sumber Manusia. Melalui Unit Pengurusan

Psikologi, perkhidmatan kaunseling kepada

semua warga JBPM sama ada secara sukarela

(walk-in) atau dirujuk oleh pegawai penyelia.

Sesiapa yang menyedari mereka menghadapi

masaalah berhubung dengan psikologi, atau

menyedari mana-mana pegawai di bawah

pengawasan masing-masing menghadapi

masalah psikologi bolehlah berhubung terus

dengan Pegawai Psikologi jabatan.

9. JBPM sedang memperkasakan program

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). Sasaran utama program AKRAB

adalah untuk menambah ahli daripada 7 ahli

kepada 30 ahli pada November 2012. Untuk

13

tujuan tersebut, program utama AKRAB bagi

tahun 2012 meliputi:

Kursus AKRAB Tahap 1 dan Kursus

AKRAB Tahap 2;

Dua siri ceramah AKRAB;

Kurssus Pasca AKRAB;

Menubuhkan Jawatankuasa AKRAB,

JBPM;

Menerbitkan brosur AKRAB;

Banting AKRAB;

Facebook dan email AKRAB.

10. JBPM juga telah merancang untuk

melaksanakan Program Pementoran. Seramai

12 orang mentor dan 12 orang menti akan

dilantik pada 2012. Padanan mentor-menti akan

14

dilaksanakan pada Mei 2012. Bagi

melengkapkan keperluan “Star Rating”, Unit

Perkhidmatan Psikologi juga telah

melaksanakan Sistem Pengurusan Audit

Nilai(SPAN) bermula pada 12 Mac hingga 24

April 2012. Seramai 6303 warga JBPM telah

terlibat dengan pelaksanaan SPAN. Hasil

pelaksanaan SPAN akan dijadikan dokumen

rujukan semasa merancang program

pembangunan modal insan pada tahun 2013.

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, 11. Sistem Kad Perakam Waktu telah

diperkenalkan kepada sektor awam seawal

1980an. Namun demikian, melalui masa,

15

mungkin sebahagian daripada kita telah lupa

atau kurang memahami maksud di sebalik

sistem tersebut diperkenalkan. Setiap orang

pegawai awam (tanpa pengecualian) perlu

memastikan kad perakam waktu masing-masing

diselenggara dengan baik, hadir dan pulang

dalam waktu yang dibenarkan, tidak diketik /

mengetik oleh atau bagi pihak orang lain dan

patuh pada disiplin yang ditetapkan. Kegagalan

mematuhi peraturan Sistem Kad Perakam

Waktu ini boleh disabitkan untuk tindakan

tatatertib. Walaupuan Surat Pekeliling Am Bilangan 11 Tahun 1981 yang ditandatangani

oleh Ketua Setiausaha Negara bertarikh 25

November 1981 telah memperjelaskan

peraturan sistem kad perakam waktu ini, saya

telah mengeluarkan surat pekeliling baru dan

16

diedarkan kepada semua anggota bomba. Saya

harap tuan/puan tidak menyalahertikan surat

pekeliling tersebut dan bersedia mematuhinya.

12. Jabatan ini serius dalam usaha untuk

memastikan setiap pegawai di Jabatan ini

menjaga disiplin dan tatakelakuan masing-

masing. Pemakaian PERATURAN-

PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN,

KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN

PERKHIDMATAN) 2005 akan dipergiatkan.

Dalam masa empat bulan pertama tahun ini,

Lembaga Tatatertib JBPM telah bersidang

sebanyak 4 kali melibatkan 55 kes perlanggaran

tatatertib. Daripada jumlah kes yang disabitkan,

seramai 18 orang pegawai dan kakitangan

JBPM telah dikenakan hukuman buang kerja

17

atas berbagai kesalahan termasuklah

penyalahgunaan dadah dan tidak hadir

bertugas. Saya sebenarnya tidak begitu gemar

menjatuhkan hukuman ke atas pegawai-pegawai

saya kerana secara tak langsung mencerminkan

kegagalan jabatan dalam mendisiplinkan

pegawai-pegawai bomba, tetapi di atas tugas

dan tanggungjawab yang diamanahkan, maka

hukuman terpaksa dibuat. Oleh itu, saya

menyeru supaya kita boleh berkerjasama untuk

menjaga tatakelakuan masing-masing dan

memelihara imej Jabatan sebagai agensi

penyelamat utama di Negara ini.

13. Jabatan sentiasa berusaha keras untuk

memantau penggunaan minyak untuk

kenderaan rasmi Jabatan bagi mengekang

18

masalah penyalahgunaan ataupun kehilangan

Kad Inden Minyak. Pada tahun ini, Bahagian

Pengurusan telah berjaya merealisasikan

pengwujudan Sistem Kod Jabatan dan Dual Kad

di seluruh balai, zon dan bahagian di dalam

Jabatan ini. Satu inisiatif telah diambil oleh

Bahagian Pengurusan dengan mengadakan

“Road show” bermula dari awal tahun 2012

bagi memberi penerangan terperinci berkaitan

Kad Inden Minyak dan Buku Log.

Bagaimanapun, saya harapkan agar

penggunaan Sistem SmartPay Online dan

Sistem Kod Jabatan untuk kad Inden Pemandu

serta Kad Inden Kenderaan mampu mengekang

masalah yang sedang dihadapi, tetapi

pemantauan berterusan oleh pegawai penyelia

masih diperlukan .

19

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, JBPM, melalui Bahagian Pengurusan juga telah

mengambil tindakan untuk mempastikan

penggunaan Sistem Maklumat Pengurusan

Sumber Manusia (HRMIS) dilaksanakan

mengikut jadual. Pada 31 Disember 2011,

prestasi pencapaian penggunaan HRMIS bagi

modul rekod peribadi dan profil perkhidmatan

mencatatkan peratusan yang tinggi, iaitu 98.37%

dan 98.08% masing-masing. Saya percaya,

dengan kerjasama tuan/puan, pencapaian boleh

ditingkatkan ke 100%. Bahagian Pengurusan

JBPM juga telah berjaya melaksanakan modul

Perolehan Sumber Manusia bagi anggota

gunasama dan modul Penamatan Perkhidmatan

dengan sepenuhnya melalui aplikasi HRMIS.

20

Pada tahun ini, penekanan akan diberikan

kepada submodul pengurusan cuti dan modul

prestasi. Mulai tahun ini semua urusan

permohonan cuti akan dilaksanakan melalui

aplikasi HRMIS, bermula di peringkat Ibu

Pejabat, yang kemudiannya diperluaskan ke

negeri-negeri. Disamping itu, penetapan

Sasaran Kerja Tahunan dan Laporan Penilaian

Prestasi Tahunan (LNPT) akan diisi dan dinilai

melalui aplikasi HRMIS.

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, 14. Cawangan Teknologi Maklumat telah

membangunkan sistem myAPPS secara

inhouse. Di bawah sistem ini, aplikasi seperti

eLOG, Sistem Maklumat Bomba Sukarela,

21

Sistem Aduan dan Teman Pili Bomba, Aduan

Kerosakan Perkakasan ICT, Sistem Maklumat

Pesara dan Sistem Maklumat Pasukan Khas

Bomba telah dibangunkan. Aplikasi-aplikasi

yang disediakan tersebut adalah untuk

memenuhi keperluan dan permohonan oleh

Bahagian-bahagian yang terlibat.

Bagaimanapun, aplikasi-aplikasi ini hanya boleh

dicapai berdasarkan kepada tahap capaian

pengguna yang dibenarkan.

15. Sehingga 20 April 2012, seramai 9,876

orang telah didaftarkan didalam myAPPS.

Bagaimanapun, ketepatan maklumat yang

dipaparkan adalah bergantung kepada

kemaskini profil yang telah dibuat oleh individu.

Oleh hal yang demikian, semua pegawai

22

dipohon supaya mengemaskini maklumat dan

memberi maklumat yang betul dalam profil

individu myAPPS. Ini adalah untuk memastikan

jabatan mempunyai senarai direktori yang

lengkap dari peringkat Pengurusan Tertinggi, Ibu

Pejabat Negeri, Pejabat Zon dan Balai di seluruh

Malaysia. Dengan cara ini, carian maklumat

seseorang individu dapat dilaksanakan dengan

mudah, cepat dan tepat.

16. Laman web jabatan telah dinaik taraf

sebagai Portal dan telah boleh dilayari mulai 12

April 2012. Sebarang komen penambahbaikan

dan maklumbalas mengenai portal baru ini boleh

dihantar kepada Cawangan Teknologi

Maklumat. Untuk makluman semua, portal /

laman web sedang dinilai oleh Multimedia

23

Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC)

bermula 1 April hingga 31 Mei 2012. Ahli-ahli

Jawatankuasa Kandungan Laman Web/Portal

JBPM adalah dipohon untuk memberi kerjasama

melihat maklumat yang sedia ada di dalam

portal ini dan sentiasa menyediakan maklumat-

maklumat yang terkini untuk tujuan dikemaskini

oleh Cawangan Teknologi Maklumat.

17. Pada tahun ini juga, Jabatan akan

membuat perolehan bagi Firewall bagi

menggantikan firewall sedia ada, dan bagi

meningkatkan tahap keselamatan dan kawalan

rangkaian komputer di Ibu pejabat ditingkatkan.

Selain itu proses rasionalisasi laman web dan

email juga akan dilaksanakan pada tahun ini

apabila dilaksanakan perolehan server-server

24

baru bagi emel dan laman web. Rasionalisasi ini

akan melibatkan penggabungan emel dan laman

web negeri dengan emel dan laman web Ibu

Pejabat dan server-server ini akan ditempatkan

di Ibu Pejabat.

18. Selain itu, perolehan komputer dan

pencetak juga akan dibuat kepada 48 zon

diseluruh negara pada tahun ini. Jabatan

mengambil maklum akan kekurangan komputer

dan pencetak di Ibu Pejabat, Ibu Pejabat Negeri-

negeri dan Balai. Jabatan akan sentiasa

memohon bajet setiap tahun untuk perolehan

perkakasan ICT untuk keperluan warga JBPM

dengan sasaran satu anggota satu komputer.

25

19. Dalam usaha menyokong ‘’paperless’,

JBPM juga bercadang untuk mengalakkan

penggunaan e-mail. Sebagaimana jabatan

Kerajaan yang lain, saya menyeru tuan/puan

supaya menggunakan email sebagai ‘perantara’

untuk menyampaikan maklumat. Sebagai

permulaan, saya mencadangkan supaya surat

panggilan mesyuarat dan pengedaran minit

mesyuarat khususnya yang melibatkan Ibu

Pejabat dibuat melalui e-mail. Pada masa yang

sama, saya harapkan agar Cawangan Teknologi

Maklumat dapat membantu jabatan supaya

memahirkan penggunaan e-mail di kalangan

warga JBPM, dan setiap orang pegawai dan

anggota bomba hendaklah mempunyai alamat

e-mail rasmi masing-masing supaya mudah

dihubungi. Pada masa yang sama usaha

26

memperlengkapkan infrastruktur dan

perkakasan ICT seperti yang dijadualkan

hendaklah diteruskan.

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

20. Bagi tahun 2012, Jabatan telah

diperuntukkan sebanyak 42% daripada

peruntukan Kementerian bagi belanja mengurus

(B43) iaitu sebanyak RM 683,930,900.00 (termasuk one off aset Jabatan). Jabatan juga

perlu melaksanakan perolehan mengikut jadual

dan mengelak daripada peruntukan belanja

mengurus ini gagal dihabiskan dalam tahun

semasa. Sehubungan dengan itu, seluruh

pegawai Jabatan yang terlibat dengan sebarang

27

Jawatankuasa Perolehan diharap dapat

memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu

bagi menjayakan proses pelaksanaan perolehan

di Jabatan. 21. Pada tahun ini, Jabatan telah dikunjungi

oleh pegawai audit dari Jabatan Audit Negara

dan Jabatan Akauntan Negara. Terdapat

beberapa isu yang telah ditegur dan

dibangkitkan oleh kedua-dua kunjungan audit ini

meliputi baucar bayaran, surat setuju terima,

jaminan bon pelaksanaan, penyerahan bekalan

dan dokumen-dokumen sokongan bagi proses

pembayaran. Jabatan juga telah diperingatkan

supaya menguruskan perolehan mengikut

tatacara yang dibenarkan, merancang perolehan

setiap tahun dan perolehan tidak

28

dipecahkecilkan. Dalam hal ini, oleh kerana

urusan perolehan dan prosedur pengurusan

kewangan dikawal oleh peraturan dan garis

panduan tertentu, maka kuasa budi bicara tidak

dapat saya gunakan.

22. Disamping itu, pelaksanaan sistem

perolehan secara elektronik (e-Perolehan) dan

sistem pembayaran kerajaan elektronik (e-SPKB) juga telah diperluaskan kepada pusat

tanggungjawab di negeri-negeri selaras dengan

kehendak kerajaan dalam memberi

perkhidmatan yang berkualiti secara khususnya

serta menambahbaik sistem penyampaian pihak

kerajaan secara amnya.

29

Dato’-Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian, 23. Sehingga suku tahun pertama 2012,

sebanyak 51,155 kad daftar harta modal

(Kew.PA-2) dan 53,352 kad daftar inventori

(Kew.PA-3) telah didaftarkan dengan nilai

keseluruhan aset berjumlah RM 1,919,413,208.35. Ini bermakna, JBPM

merupakan jabatan terkaya di kalangan jabatan-

jabatan di bawah KPKT, iaitu kira-kira 95%

daripada nilai aset yang dimiliki oleh jabatan /

agensi di bawah KPKT secara keseluruhannya.

Dengan nilai aset yang besar, JBPM tentunya

memikul tanggungjawab yang besar, khususnya

dalam aspek penyelenggaraan, keselamatan,

dan memaksimumkan penggunaan.

30

24. Jabatan juga telah melupuskan aset pada

suku tahun pertama 2012 bernilai RM 1,973,960.22 di mana sebahagian besar aset

yang dilupuskan ini adalah terdiri daripada

jentera, kenderaan utiliti dan peralatan operasi

yang usang dan tidak ekonomi dibaiki. Bagi

laporan kehilangan pula, sebanyak 3 kes

laporan kehilangan telah diterima pada suku

tahun pertama 2012 dengan nilai perolehan asal

RM 25,295.50 yang melibatkan kes kehilangan

kamera digital, mini rescue cutter dan chainsaw.

Sehubungan dengan itu, semua pegawai di

Jabatan diharap agar dapat mempertingkatkan

lagi tahap kesedaran dan tanggungjawab

berkaitan penjagaan aset alih kerajaan agar kes-

kes kehilangan seperti ini dapat dihindari.

31

25. Setelah mengambilkira prestasi

keseluruhan bagi kesemua stor di Jabatan ini,

kadar pusingan stok bagi suku tahun pertama

adalah 0.69 dengan nilai keseluruhan stok RM 14,856,996.90. Dinilai dari aspek pusingan stok,

JBPM menduduki tempat terakhir di kalangan

jabatan-jabatan di bawah KPKT yang

memperjelaskan bahawa pembelian barang-

barang yang kurang perlu dan dibeli dalam

kuantiti yang berlebihan telah berlaku di jabatan

ini. Langkah bagi mempertingkatkan kadar

pusingan stok segera diambil dengan

merancang perolehan stok dan juga melupuskan

stok-stok yang tidak digunapakai dan telah tamat

tempoh penggunaan.

32

26. Saya mengucapkan tahniah kepada Ibu

Pejabat, JBPM Putrajaya dan Akademi Ipoh

yang telah berjaya mendaftarkan 100% daripada

aset yang dimiliki ke Sistem Pengurusan Aset

(SPA). Bagaimanapun, oleh kerana prestasi

pendaftaran aset di beberapa buah negeri tidak

begitu memberangsangkan, maka ianya telah

mempengaruhi prestasi keseluruhan JBPM yang

hanya mencatatkan 38% bilangan kad dan

68% nilai perolehan asal. Unit Pengurusan

Aset perlu meningkatkan pemantauan ke

negeri-negeri termasuk balai supaya di akhir

tahun 2012 nanti, 100% daripada aset jabatan

telah didaftarkan di bawah SPA.

25. Bagi aset hidup (haiwan) pula, terdapat 29 ekor anjing pengesan yang masih beroperasi

33

ditempatkan di Unit Pengesan, Jalan Klang

Lama. Walaubagaimanapun, proses perolehan

baru bagi penggantian kepada sebilangan besar

aset hidup ini perlu diberi perhatian serius

Jabatan memandangkan sebahagian besar

daripadanya telah melebihi jangka hayat

pengoperasian.

26. Saya percaya, beberapa acara lagi akan

diteruskan oleh urusetia. Untuk itu, saya rasa,

memadailah ucapan saya pada pagi ini.

Sehingga kita bertemu kembali di perhimpunan

bulanan yang akan datang.

Sekian, Wabbillahhi Taufiq Wal Hidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.