teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda...

25
TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 OLEH YB. DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN PENGERUSI RISDA AUDITORIUM SULTAN AHMAD SHAH, IBU PEJABAT RISDA 26 Mei 2016 (Khamis) Bersamaan 19 Syaaban1437 H 9.00 PAGI

Upload: others

Post on 04-Jan-2020

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016

OLEH

YB. DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN PENGERUSI RISDA

AUDITORIUM SULTAN AHMAD SHAH,

IBU PEJABAT RISDA

26 Mei 2016 (Khamis) Bersamaan 19 Syaaban1437 H

9.00 PAGI

Page 2: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Selamat pagi, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia. Terima kasih Pengerusi Majlis; Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohamat bin Muda Ketua Pengarah RISDA Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Najib bin A. Samad Timbalan Ketua Pengarah ( Pembangunan ) Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Ihwan bin Sudim@Hj. Basri Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pengurusan dan Korporat) Yang Berusaha Tuan Haji Ghazali bin Abd. Majid Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn. Bhd. Yang Berusaha Encik Nasarudin bin Malek Pengarah Bahagian Tanam Semula Dan Perladangan

Page 3: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

3

Pengarah-pengarah Bahagian dan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Milikan RISDA

Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,

kita dapat bersama-sama hadir dalam Majlis Perhimpunan

Bulanan pada hari ini. Saya berasa amat gembira dapat bersama

dengan warga RISDA pada hari ini kerana melalui perhimpunan

seperti ini, kita dapat berinteraksi sesama kita dan saya juga

berpeluang untuk menyampaikan isu-isu semasa kerajaan dan

juga RISDA kepada hadirin sekalian.

Perhimpunan Bulanan RISDA kali ini dihoskan oleh Bahagian

Tanam Semula & Perladangan. Bahagian ini mempunyai

Page 4: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

4

peranan dan tanggungjawab yang amat penting dalam organisasi

RISDA khususnya dalam program pembangunan RISDA. Sebagai

mana yang kita sedia maklum, Tanam Semula merupakan core

business RISDA yang memainkan peranan utama dalam

pengwujudan RISDA bermula dari tahun 1973 sehingga kini.

Saya sedar bahawa isu penyesuaian semula sebahagian

peruntukan di bawah program-program tanam semula khususnya

pada awal tahun ini merupakan isu hangat diperkatakan sama ada

diperingkat kakitangan mahupun pekebun kecil. Namun saya

bersyukur isu ini dapat ditangani dengan baik oleh kita semua.

Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,

Page 5: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

5

Dalam keaadaan ekonomi negara yang tidak menentu,

kerajaan perlu membuat penyesuaian semula bajet yang telah

diluluskan, agar program yang telah dirancang dapat memenuhi

keperluan sebenar rakyat melalui perbelanjaan yang optimum.

Pada awal tahun 2016 peruntukan yang disalurkan di bawah

program Tanam Semula adalah berjumlah RM427,828,500.00

namun penyesuaian semula telah dilakukan kepada

RM 287,549,639.00. Penyesuaian semula ini adalah perlu bagi

membolehkan lain-lain program yang turut sama pentingnya

dilaksanakan.

Page 6: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

6

Kerajaan sentiasa mengambil berat keperluan pekebun kecil

dan penilaian untuk menambah peruntukan di bawah program

Tanam Semula akan sentiasa dipertimbangkan bagi memastikan

nasib pekebun kecil terbela.

Sebagai wakil kerajaan, kita harus lebih prihatin dan berusaha

dengan lebih gigih bagi memastikan projek-projek pembangunan

dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan

akhirnya memberi impak ataupun ‘outcome’ yang diharapkan oleh

masyarakat. Kelewatan dalam melaksanakan projek

pembangunan sudah tentunya akan melibatkan pertambahan kos

yang lebih besar dan mengakibatkan pembaziran serta akan

mengecewakan harapan rakyat.

Page 7: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

7

Amanah yang diberikan kepada kita sebagai penjawat awam

hendaklah dilaksanakan dengan segera dan tidak berlengah.

Kesempurnaan adalah aspek yang penting dan perlu

dititikberatkan dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Kita hendaklah memastikan perkhidmatan yang diberikan

adalah sempurna dan elak melaksanakan kerja secara sambil

lewa dan acuh tak acuh sahaja. Walaupun pada ketika ini

kerajaan telah menstruktur semula peruntukan yang telah diagih

kepada RISDA, ini tidak bermakna qualiti hasil kerja menurun

seperti mana menurunnya peruntukan tersebut.

Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,

Page 8: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

8

Mengatur kerja dengan bijak adalah antara perkara penting

yang perlu dilakukan oleh kita semua. Kadang kala kita

merasakan seperti tidak pernah cukup waktu dalam satu hari,

adakalanya terasa tertinggal banyak tugas sehingga kita jadi

cemas, seterusnya stress yang akhirnya akan mengundang

penyakit seperti gastrik, darah tinggi, jantung dan sebagainya.

Oleh itu saya menyeru agar kita semua mengatur waktu dengan

lebih efektif. Tanyakan diri kita bagaimana kita menghabiskan

waktu. Sebab itu pengurusan RISDA menekankan agar kita

semua bekerja secara bersungguh-sungguh dan bijak (work hard

and smart).

‘Hard work is just completing any task without applying much of any ideas, no thinking out of the box concept unlike where in smart

Page 9: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

9

work we will think out of the box, add some creativity, innovativeness to it’. Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,

Kerja keras atau bersungguh-sungguh (working hard)

sudah pasti adalah jambatan untuk kejayaan. Namun, apabila kita

mempunyai 24 jam dalam satu hari seperti orang lain, maka kita

perlu mengatur kerja kita secara bijak (work smart) untuk

memperoleh nilai hasil yang lebih baik daripada usaha yang telah

dilakukan.

Saya ingi berkongsi beberapa tips yang boleh kita lakukan

untuk bekerja secara bijak (work smart) supaya kita boleh

Page 10: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

10

menguruskan diri kita sendiri, meningkatkan produktiviti

seterusnya menggembirakan orang lain antaranya:

a. Perancangan

Rancang masa dan rancang kerja anda. Merancang

masa dengan baik memberikan anda laluan untuk fokus

kepada tugasan yang penting dan bukan hanya yang segera.

Kenalpasti objektif dan cipta visi. Jadikan objektif sebagai

tanda arah dan visi sebagai destinasi anda, dengan ini

memudahkan anda untuk mengatur strategi. Pelbagai cara

antaranya menggunakan kalendar atau day planner.

Keseimbangan hidup (life balance) adalah

merangkumi bagaimana kita merancang masa bersama

keluarga, teman-teman disamping menyelesaikan tugasan

Page 11: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

11

yang diamanahkan.

b. Kongsi urusan mengikut keutamaan (share priorities)

Apabila kita bekerja dalam satu pasukan, kita perlu

kongsi bersama ahli kumpulan kita apa keutamaan tugas

yang perlu diselesaikan. Orang lain tidak akan tahu

melainkan kita kongsi bersama mereka. Sebagai contoh diri

saya sendiri, saya kongsi jadual kerja saya dengan ahli

pengurusan RISDA yang lain. Jadi ini memudahkan kita

merancang kerja agar seiring.

Page 12: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

12

c. Delegasikan tugas

Aturkan tugas yang boleh diserahkan kepada ahli

kumpulan untuk diselesaikan di bawah pemantauan anda.

Catat tugasan dan nama individu yang anda delegasikan

tugas itu tadi. Kerana pemantauan tetap perlu ada. Jadi

banyak kerja boleh diselesaikan berbanding jika kita lakukan

secara sendirian. Outsoursce jika perlu sekiranya tugasan

itu bukan di bawah kemahiran kita.

d. Kreatif dalam menyelesaikan tugas.

Jangan tetap pada satu langkah yang diamalkan

secara turun temurun jika kita boleh laksanakan dengan

Page 13: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

13

lebih cepat dan efektif melalui konsep kerja yang baharu.

Berfikir di luar kotak, belajar daripada orang lain dan

membuat perancangan kerja.

‘With both hard work and smart work we can achieve our results,

but hard work is that which consumes more effort and time to

reach a goal. Where smart work is a brain work that which reaches

its goal in a short period’.

Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,

Page 14: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

14

TRANSFORMASI RISDA

Bahagian Tanam Semula dan Perladangan telah melakukan

beberapa transformasi dalam tugasan harian antaranya:

a. Memendekkan ansuran bayaran tanam semula daripada 6

ansuran kepada 5 ansuran;

b. Aplikasi sistem TS online telah memudahkan dan

mempercepatkan lagi proses permohonan tanam semula ;

c. Pembangunan sistem e-Khairat PK yang telah membantu dan

memudahkan proses semakan, kemaskini dan tuntutan

Tabung Khairat Kematian Pekebun Kecil RISDA (TKKPR);

Page 15: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

15

d. Mengemaskini semua Arahan Ketua Pengarah (AKP) di

bawah Bahagian Tanam Semula dan Perladangan dan

menyusun semula standard operating procedure (SOP) sedia

ada agar ianya bersesuaian dengan keadaan semasa dan;

e. Pihak RISDA juga telah memulakan langkah proaktif dengan

membangunkan sebuah Sistem Pembangunan RISDA yang

menyeluruh bagi menggantikan sistem tanam semula sedia

ada iaitu SMB serta lain-lain program yang difikirkan sesuai.

Sistem ini juga nanti akan menjadi sebagai monitoring system

bukan lagi reporting system dan dijangka akan digunakan

mulaia tahun 2018.

Page 16: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

16

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Dalam memenuhi matlamat tag line Kementerian Kemajuan

Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) iaitu Membandarkan Luar

Bandar, ianya tidak hanya melihat kepada pembangunan

prasarana sahaja, malah ia lebih menyeluruh merangkumi aspek

sosial dan ekonomi.

Dalam konteks ini adalah menjadi tanggungjawab

Kementerian dan RISDA khususnya untuk memastikan

masyarakat kampung, usahawan-usahawan kampung dan desa

diberi pendedahan dengan perkembangan-perkembangan yang

berlaku khususnya dalam sektor ekonomi negara. Mereka perlu

bersungguh-sungguh merebut sebarang peluang yang ditawarkan

Page 17: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

17

menerusi maklumat yang diperolehi daripada perkembangan yang

didedahkan.

Dalam bidang perladangan sebagai contoh, core business

bagi sesuatu aktiviti perladangan yang telah dilaksanakan sejak

bertahun lamanya perlu diperkemaskan. Sekiranya sebelum ini

bidang perladangan hanya tertumpu kepada pelaksanaan kerja-

kerja pertanian dan pembekalan input pertanian, maka kita harus

mengorak langkah yang lebih berani dengan mempelbagaikan

fungsi dan peranan perladangan itu sendiri menerusi R&D

(Research and Development).

Kedua, menyediakan struktur pemasaran untuk produk-

produk perladangan di samping menyediakan pelan promosi dan

Page 18: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

18

pemasaran di peringkat dalaman dan global.

Ketiga, kesediaan individu yang terlibat untuk mencari ilmu

pengetahuan, menghadiri siri-siri latihan yang berkaitan dan tidak

segan untuk bergaul dengan ahli-ahli korporat yang telah berjaya.

Kita mesti mempunyai fikiran yang terbuka.

Dato’-Dato’ dan para hadirin yang dihormati sekalian,

Dalam bidang perniagaan pula, RISDA perlu bergerak secara

aktif agar pekebun kecil di kampung-kampung khususnya diberi

peluang dan harapan untuk membangunkan ekonomi mereka

sendiri. Kita perlu bekalkan mereka dengan kemahiran merancang

supaya mereka dapat memperbaiki kehidupan mereka. Pekebun

Page 19: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

19

kecil perlu diterapkan konsep berfikir secara lebih luas daripada

batasan-batasan yang terhad dan RISDA bertanggungjawab

membuka ruang bagaimana hendak melaksanakan projek-projek

yang boleh memberi sumber baru kepada pendapatan mereka di

luar bandar.

Pembangunan yang perlu kita lonjakkan untuk masyarakat

luar bandar iaitu pekebun kecil bukan hanya dengan menyediakan

prasarana, jalanraya,rumah atau bantuan tanam semula semata-

mata tetapi mindset masyarakat yang perlu diubah. Dan yang

akan mengubahnya adalah kita dan untuk melengkapkannya

adalah dengan membantu masyarakat ini supaya kehidupan

masyarakat ini dapat ditingkatkan.

Page 20: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

20

Dengan pengalaman hidup sebagai anak kampung dahulu,

kita juga ingin melihat anak-anak kampung pada hari ini juga

menikmati kemudahan-kemudahan yang ada dibandar dapat

diperluaskan kepada masayarakat pekebun kecil di kampung

yang ada pada hari ini. Kita tidak ingin melihat anak-anak

kampung kita jauh ketinggalan dalam pelbagai segi dan sudut.

Oleh itu, saya berharap Dato’-dato’, tuan-tuan dan puan-puan

sekalian dalam Perkhidmatan Awam di peringkat RISDA ini dapat

menterjemahkan perubahan minda yang dimaksudkan dan

mengutamakan konteks ekonomi, rangkaian dan pemasaran

bertaraf global. Perubahan mindset sedemikianlah yang perlu kita

perluas dan perkembangkan.

Page 21: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

21

Apa yang penting pada masa ini adalah menyesuaikan industri

kampung yang menepati keadaan dan permintaan semasa.

Banyak negara sedang membangun seperti negara Thailand,

Indonesia dan Filipina malah negara-negara maju seperti Jepun

telah menjadikan kegiatan di kampung-kampung sebagai salah

satu kegiatan ekonomi yang utama dan penting.

Perkara-perkara yang dinyatakan adalah antara mengapa

perlunya anjakan minda atau perubahan pemikiran (change in

mindset) dilakukan. Kita tidak boleh membelenggukan minda

dengan pemikiran bahawa ‘tiada apa yang boleh dibuat di

kampung’ dan ‘kampung hanya untuk orang pencen sahaja’. Kita

mesti lihat jauh ke hadapan dengan berfikiran secara global.

Page 22: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

22

Selain daripada memajukan ekonomi luar bandar, saya juga

ingin menyeru supaya pembangunan sosial di kalangan anak

muda generasi pekebun kecil di kampung-kampung turut diberikan

perhatian. Gejala sosial yang semakin meningkat sejak

kebelakangan ini menuntut perhatian serius daripada kita semua

memandangkan kebanyakkan golongan yang terbabit adalah di

kalangan anak muda. Sedangkan mereka ini adalah harapan

masa depan bangsa dan negara kita. Sekiranya generasi ini

kecundang, negara bakal menjadi kucar kacir. Maka itu, peranan

membimbing golongan muda ini merupakan tanggungjawab kita

semua. Program pengembangan RISDA khususnya hendaklah

merangkumi semua perkara yang saya sampaikan tadi.

Page 23: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

23

Kita mempunyai tanggungjawab untuk mengubah keadaan

kehidupan pekebun kecil untuk membolehkan masyarakat di

peringkat luar bandar ini turut menikmati kehidupan yang

sempurna sebagaimana masyarakat di bandar. Namun saya tidak

mampu melakukan ini tanpa sokongan, dorongan dan bantuan

daripada tuan-tuan dan puan-puan.

Page 24: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

24

PENUTUP

Yang Berbahagia Dato’-dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang

dihormati sekalian,

Akhir kata saya menyeru agar kita semua sentiasa

menanamkan semangat kerja berpasukan dan elakkan diri dari

perbuatan fitnah kerana dengan kerjasama semua kakitangan di

semua peringkat serta sentiasa berfikiran positif mampu

menjadikan RISDA agensi terbaik dalam membela nasib pekebun

kecil.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah

kepada semua yang terlibat dalam persiapan perhimpunan ini dan

Page 25: TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN RISDA BIL.4/2016 … · teks ucapan perhimpunan bulanan risda bil.4/2016 oleh yb. datuk zahidi bin zainul abidin pengerusi risda auditorium sultan

25

juga yang telah hadir ke perhimpunan pagi ini. Semoga kita

memperoleh manfaat serta pengetahuan yang sangat berguna

melalui perhimpunan pada hari ini dan mudah-mudahan kita dapat

bertemu lagi pada perhimpunan akan datang. Insya Allah.

Sekian,

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamu„Alaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.