teks ucapan kppa sempena program jom aktif … · ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan...
TRANSCRIPT
UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD
ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
PROGRAM JOM AKTIF 1PESARA
13 NOVEMBER 2014, 9.15 PAGI
DEWAN SERBAGUNA, KOMPLEKS E
PUTRAJAYA
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi dan
Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”.
Yang Berbahagia Datuk Farida Mohd. Ali
Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia
Yang Berbahagia Dato’ Seri Zainal
Rahim Seman
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam (Operasi)
Jabatan Perkhidmatan Awam
3
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan limpah kurnia dan
inayah-Nya jua kita dapat bersama-
sama dalam Program Jom Aktif 1Pesara
bertemakan “Pesara Berilmu Sejahtera
Hidupmu” yang julung-julung kalinya
diadakan ini. Program ini telah
direalisasikan hasil jalinan kolaborasi
dan kerjasama padu JPA bersama-sama
Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Saya ingin mengambil kesempatan
di sini untuk mengalu-alukan kehadiran
semua bakal pesara Kerajaan yang sudi
meluangkan masa untuk turut serta
4
dalam Program Jom Aktif 1Pesara pada
hari ini.
3. Saya juga ingin merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih
atas sokongan padu dan kerjasama erat
yang dizahirkan oleh wakil-wakil
kementerian dan agensi-agensi
Kerajaan, persatuan pesara, pihak
industri, para penceramah dan barisan
media dalam menjayakan Program Jom
Aktif 1Pesara.
5
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
4. Tanggal 16 Oktober 2014
menyaksikan peristiwa bersejarah dan
bermakna kepada rakyat Malaysia
apabila Malaysia terpilih sebagai wakil
tidak tetap Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB). Sebelum ini, Malaysia juga
pernah menjadi wakil tidak tetap PBB
pada tahun-tahun sebelum ini dan
berperanan besar dalam membuat
keputusan di Majlis Keselamatan PBB
seperti campur tangan ketenteraan
Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1990
6
dan Perang Kosovo pada 1998-1999.
Malaysia juga konsisten dalam
memperjuangkan banyak isu misalnya
isu senjata pemusnah dan nuklear,
pembangunan mapan dan seimbang,
serta isu kemanusiaan khasnya nasib
penduduk Palestin.
5. Pelantikan Yang Berbahagia Tan
Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha
Negara sebagai presiden baharu
Pertubuhan Komanwel Bagi
Pentadbiran Awam dan Pengurusan
(CAPAM) untuk penggal 2014 hingga
2016 merupakan satu penghormatan
dan manifestasi keyakinan negara-
7
negara Komanwel dan CAPAM
terhadap kepimpinan negara kita.
6. Kejayaan demi kejayaan yang
berlaku ini menunjukkan Negara kita
berwibawa dan diiktiraf oleh dunia.
Pelantikan Malaysia ke dalam Majlis
Keselamatan PBB dan sebagai
presiden baharu CAPAM membuktikan
suara kita didengari dan mampu
mempengaruhi sesuatu keputusan.
7. Laporan terbaharu Bank Dunia
yang melibatkan kajian terhadap
ekonomi 189 buah negara
8
menunjukkan bahawa kedudukan
ekonomi Malaysia dalam senarai Ease
of Doing Business Report 2015 telah
meningkat dua anak tangga berbanding
tahun sebelumnya iaitu dari kedudukan
ke-20 ke kedudukan ke-18. Malaysia
telah berjaya mengatasi negara seperti
Taiwan (19), Switzerland (20), Thailand
(26), Belanda (27) dan Jepun (29).
Selain itu, Malaysia juga berada di
tangga pertama dalam kalangan
ekonomi Asia Timur dan kedua di
ASEAN selepas Singapura.
8. Kejayaan demi kejayaan yang
diperolehi negara pada hari ini
9
membuktikan bahawa Perkhidmatan
Awam termasuklah golongan pesara
menjadi entiti penting dalam
menyokong Kerajaan ke arah
mentransformasi penyampaian
perkhidmatan untuk rakyat.
9. Malah dalam penarafan Malaysia
di bawah World Competitiveness
Yearbook 2014 telah meletakkan
Malaysia di tangga pertama bagi Dana
Pembiayaan Persaraan (Pension
Funding) di bawah faktor Kecekapan
Kerajaan atau Government Efficiency.
Ini membuktikan bahawa Kerajaan telah
memberi keutamaan kepada
10
pengurusan dana bagi pembiayaan
persaraan masa hadapan dan
merupakan manifestasi kesungguhan
Kerajaan dalam menjamin
kesejahteraan golongan pesara.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
10. Kemakmuran negara kita Malaysia,
sering kali menjadi perhatian pihak luar
terutamanya di peringkat antarabangsa.
Ini terbukti apabila Majalah
International Living telah
menyenaraikan Malaysia sebagai antara
destinasi terbaik di kalangan negara-
negara Asia untuk diduduki selepas
11
bersara. Perkara ini dinyatakan dalam
artikel mereka bertajuk The World’s
Best Places to Retire in 2014. Pemilihan
Malaysia ini adalah berdasarkan kepada
beberapa faktor antaranya faktor kos
sara hidup, kemudahan infrastruktur,
cuaca, budaya hormat-menghormati
yang dipamerkan dan pelbagai lagi
faktor positif yang lain.
11. Persoalannya di sini ialah jika
Malaysia boleh dikatakan menjadi
“syurga tempat tinggal” kepada
golongan pesara dari luar negara,
mengapa pesara kita tidak boleh
menikmati kelebihan tersebut? Apakah
12
kemudahan yang boleh disediakan oleh
Kerajaan kepada kumpulan pesara
Kerajaan? Sesuatu harus dilaksanakan
agar pesara di Malaysia, khususnya
dalam kalangan pesara Kerajaan akan
terus merasakan Malaysia sebagai bumi
bertuah yang banyak membawa faedah
kepada mereka walaupun setelah
melewati gerbang persaraan.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
12. Jabatan Perkhidmatan Awam dan
Kementerian Kesihatan Malaysia bukan
sahaja bertanggungjawab menyediakan
13
kemudahan terbaik kepada pegawai-
pegawai yang sedang berkhidmat dalam
Perkhidmatan Awam negara. Malah,
golongan pesara juga merupakan
kumpulan berkepentingan atau
stakeholder yang perlu diberi perhatian.
Menyedari hakikat ini, JPA telah diberi
mandat oleh Kerajaan untuk mengetuai
program 1Pesara yang dahulunya
dikenali sebagai program 1Malaysia
Civil Service Retirement Support.
13. Untuk makluman semua, 1Pesara
merupakan salah satu inisiatif terbaharu
yang disediakan untuk menjaga
kebajikan pesara penjawat awam.
14
Inisiatif yang diterajui JPA dengan
kerjasama Kementerian Kewangan,
Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Sumber Manusia ini
bernaung di bawah lembayung Strategi
Lautan Biru Kebangsaan atau National
Blue Ocean Strategy (NBOS).
14. Inisiatif ini juga merupakan satu
lagi manifestasi keprihatinan Kerajaan
kepada golongan pesara Kerajaan yang
telah banyak menabur budi dan jasa
bakti sepanjang berada dalam tempoh
perkhidmatan. Program Jom Aktif
1Pesara pada hari ini juga merupakan
15
salah satu inisiatif yang diadakan untuk
mengembangkan lagi mesej kita.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
15. Program Jom Aktif 1Pesara
anjuran Kementerian Kesihatan
Malaysia dan JPA pada hari ini yang
bertemakan “Pesara Berilmu Sejahtera
Hidupmu” bertujuan memberi
pendedahan awal mengenai inisiatif-
inisiatif yang diperkenalkan di bawah
NBOS. Maklumat mengenai peluang-
peluang menaik taraf hidup selepas
persaraan, pengurusan kewangan dan
peluang dalam bidang keusahawanan
16
serta perkongsian maklumat penjagaan
kesihatan selepas bersara.
16. Saya sering berpesan kepada para
penjawat awam bahawa mereka perlu
menyediakan kemudahan atau
perkhidmatan yang sama taranya
kepada kedua-dua pihak baik kepada
pegawai yang masih berkhidmat
mahupun yang telah bersara.
17. Biar untung sama diraih. Bagi yang
masih berkhidmat atau telah bersara,
kita tiada bezanya. Kita sama-sama
terlibat menghulurkan tenaga dan
mencurah bakti demi ibu pertiwi.
17
Namun, apabila nafiri berundur
ditiupkan, ada yang terpaksa melangkah
pergi meninggalkan Perkhidmatan
Awam yang dikasihi. Kita yang masih
berada di dalam perkhidmatan Kerajaan
ini haruslah sentiasa mengenang jasa
kuntuman budi kumpulan pesara yang
telah banyak menabur budi dan bakti
kepada negara untuk sekian lamanya.
18. Atas dasar inilah, maka empat
perkara telah digariskan sebagai teras
yang memayungi inisiatif 1Pesara iaitu:
Aspek Pertama: kesejahteraan
pesara yang meliputi aspek
18
pembelajaran sepanjang hayat
dan bantuan khidmat
kerohanian;
Aspek Kedua: bekerja semula
dengan menyediakan panduan
kepada pesara yang masih
ingin menabur bakti kepada
masyarakat. Sebagai
makluman, daripada seramai
1,599 pesara yang mendaftar
dengan Jobs Malaysia, 589
orang telah diambil bekerja.
Untuk JPA sendiri, di bawah
kontrak untuk perkhidmatan
(contract for service), seramai
19
1,979 pesara telah diambil
bekerja semula di mana 859
pesara terdiri dari kumpulan
Pengurusan dan Profesional
manakala 1,120 terdiri di
kalangan kumpulan pelaksana.
Di Kementerian Kesihatan
Malaysia pula, seramai 66
orang doktor perubatan/pakar
perubatan telah diambil
semula untuk berkhidmat.
Aspek Ketiga: Kelangsungan
penjagaan kesihatan yang
disediakan oleh KKM yang
meliputi kemudahan perubatan
20
dan laluan pantas atau Rapid
Lane yang disediakan bagi
pesara mendapatkan khidmat
nasihat kesihatan. Dari tahun
2012 hingga 2014, seramai
105,871 pesara telah
mendapat faedah bantuan
perubatan yang melibatkan
kos sebanyak RM204.8 juta.
Manakala bagi perkhidmatan
Rapid Lane pula, sebanyak 904
kemudahan kesihatan telah
disediakan yang meliputi
kemudahan di Hospital
Kerajaan, Pusat Kesihatan dan
Klinik Pergigian dengan
21
seramai 24,126 pesara telah
menggunakan perkhidmatan
ini.
Aspek Keempat:
Keusahawanan dan Kewangan
yang meliputi penyediaan
maklumat berhubung
keusahawanan bagi pesara
yang berhasrat untuk
menceburkan diri dalam
bidang tersebut dan juga
maklumat berkaitan
pengurusan kewangan.
22
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
19. Penganjuran program ini diharap
dapat membantu para pesara agar terus
produktif dan sejahtera dalam apa jua
bidang yang diceburi selepas memasuki
alam persaraan. Pesara perlu bangkit
membuktikan bahawa bersara bukan
bermakna malapnya masa hadapan atau
tamatnya era kesejahteraan hidup,
malah bersara sebenarnya membuka
lembaran baharu ke arah kehidupan
yang lebih gemilang.
23
20. Sebagai pesara, faktor kesihatan
merupakan elemen yang amat penting
untuk dititikberatkan. Ini adalah kerana
faktor usia yang semakin meningkat
bakal mengundang pelbagai penyakit
yang tidak diingini. Bak kata pepatah
‘mencegah lebih baik dari mengubati’.
Oleh itu, saya ingin mengingatkan tuan-
tuan dan puan-puan untuk sentiasa
mengamalkan gaya hidup sihat agar
kesihatan diri sentiasa terjaga.
Penjagaan kesihatan secara menyeluruh
merupakan suatu amalan kehidupan
yang memberikan kesan positif kepada
seseorang individu, institusi keluarga
dan juga masyarakat. Malah saya,
24
sebagai KPPA walaupun sibuk dengan
program dan mesyuarat, saya akan cuba
mencari kesempatan untuk berjoging
pada waktu pagi atau petang.
21. Selain bersenam, kesihatan mental
juga perlu kita dititikberatkan. Pastikan
rehat kita mencukupi agar tekanan
berkurang dan tubuh badan serta minda
berada dalam keadaan stabil dan
tenang. Kalau anda sedang mengalami
stress, pergilah rehat sebentar dengan
mendengarkan muzik, menghidup udara
segar di luar bangunan atau minum
segelas air suam. Apabila kita berada
dalam keadaan sihat dan gembira, kita
25
akan dapat memberikan khidmat yang
terbaik kepada ahli keluarga dan
masyarakat.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
22. Tuan-tuan dan puan-puan bakal
pesara memainkan peranan penting
sebagai pelaksana dan jurucakap dasar-
dasar kerajaan, memahami dengan jelas
dasar yang diperkenalkan dan
membantu kerajaan mempertingkatkan
kesedaran di kalangan rakyat mengenai
dasar-dasar yang diperkenalkan.
26
23. Dengan bertindak sebagai satu
pasukan Perkhidmatan Awam, pelbagai
dasar dapat dijelaskan kepada 1.5 juta
penjawat awam dan sekiranya 1.5 juta
penjawat awam ini seterusnya
menerangkan kepada ahli keluarga dan
rakan-rakan mereka, maka terdapat
kesan berganda yang boleh memberi
impak yang besar kepada kefahaman
dan pengetahuan mengenai dasar-dasar
yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan.
24. Sehubungan itu, saya memohon
agar tuan-tuan dan puan-puan dapat
meletakkan diri sebagai saluran
penghubung antara kerajaan dengan
27
rakyat dalam menyalur dan
memperjelaskan maklumat mengenai
dasar kerajaan kepada masyarakat.
25. Sebagaimana kumpulan pesara
yakni pegawai-pegawai Kerajaan yang
terdahulu dari kita sanggup
mengorbankan masa dan tenaga bagi
memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada rakyat dan negara, kita
penjawat awam pada hari ini haruslah
menyahut semboyan perjuangan
tersebut dan meneruskan
tanggungjawab yang terletak di atas
jemala kita dengan penuh integriti dan
akauntabiliti.
28
26. Perkhidmatan yang diberi perlu
berasaskan pertimbangan yang tegas
dan bijaksana serta disertai dengan
budi pekerti yang mulia. There must be
a humanistic approach to every service
rendered, the human face must be there
all the time. Dengan itu kepercayaan
rakyat terhadap Perkhidmatan Awam
sentiasa kukuh dan terpelihara. We hold
the people’s trust, we must therefore be
trusted. Inilah citra “Berkhidmat Untuk
Negara” yang perlu kita tampilkan
dalam memberi perkhidmatan terbaik
kepada rakyat selaras dengan slogan
“Merakyatkan Perkhidmatan Awam”.
29
27. Saya yakin dan percaya dengan
komitmen dan iltizam yang tinggi, kita
semua akan berjaya merealisasikan
Agenda Transformasi Negara dan
Transformasi Perkhidmatan Awam yang
sedang giat dilaksanakan. Mudah-
mudahan segala usaha murni yang kita
gemblengkan termasuk pelaksanaan
Program Jom Aktif 1Pesara ini akan
memperoleh rahmat dan keredhaan
Allah SWT jua, InsyaAllah.
28. Oleh itu, dengan lafaz Bismillahhir
rahmannir rahim, saya merasmikan
Program Jom Aktif 1Pesara ini.
30
Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Terima kasih.