teks ucapan kppa sempena program jom aktif...

30
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF 1PESARA 13 NOVEMBER 2014, 9.15 PAGI DEWAN SERBAGUNA, KOMPLEKS E PUTRAJAYA

Upload: ngohanh

Post on 06-Jul-2018

241 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD

ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

PROGRAM JOM AKTIF 1PESARA

13 NOVEMBER 2014, 9.15 PAGI

DEWAN SERBAGUNA, KOMPLEKS E

PUTRAJAYA

Page 2: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”.

Yang Berbahagia Datuk Farida Mohd. Ali

Ketua Setiausaha

Kementerian Kesihatan Malaysia

Yang Berbahagia Dato’ Seri Zainal

Rahim Seman

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam (Operasi)

Jabatan Perkhidmatan Awam

Page 3: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

3

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan limpah kurnia dan

inayah-Nya jua kita dapat bersama-

sama dalam Program Jom Aktif 1Pesara

bertemakan “Pesara Berilmu Sejahtera

Hidupmu” yang julung-julung kalinya

diadakan ini. Program ini telah

direalisasikan hasil jalinan kolaborasi

dan kerjasama padu JPA bersama-sama

Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Saya ingin mengambil kesempatan

di sini untuk mengalu-alukan kehadiran

semua bakal pesara Kerajaan yang sudi

meluangkan masa untuk turut serta

Page 4: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

4

dalam Program Jom Aktif 1Pesara pada

hari ini.

3. Saya juga ingin merakamkan

ucapan penghargaan dan terima kasih

atas sokongan padu dan kerjasama erat

yang dizahirkan oleh wakil-wakil

kementerian dan agensi-agensi

Kerajaan, persatuan pesara, pihak

industri, para penceramah dan barisan

media dalam menjayakan Program Jom

Aktif 1Pesara.

Page 5: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

5

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

4. Tanggal 16 Oktober 2014

menyaksikan peristiwa bersejarah dan

bermakna kepada rakyat Malaysia

apabila Malaysia terpilih sebagai wakil

tidak tetap Majlis Keselamatan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB). Sebelum ini, Malaysia juga

pernah menjadi wakil tidak tetap PBB

pada tahun-tahun sebelum ini dan

berperanan besar dalam membuat

keputusan di Majlis Keselamatan PBB

seperti campur tangan ketenteraan

Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1990

Page 6: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

6

dan Perang Kosovo pada 1998-1999.

Malaysia juga konsisten dalam

memperjuangkan banyak isu misalnya

isu senjata pemusnah dan nuklear,

pembangunan mapan dan seimbang,

serta isu kemanusiaan khasnya nasib

penduduk Palestin.

5. Pelantikan Yang Berbahagia Tan

Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha

Negara sebagai presiden baharu

Pertubuhan Komanwel Bagi

Pentadbiran Awam dan Pengurusan

(CAPAM) untuk penggal 2014 hingga

2016 merupakan satu penghormatan

dan manifestasi keyakinan negara-

Page 7: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

7

negara Komanwel dan CAPAM

terhadap kepimpinan negara kita.

6. Kejayaan demi kejayaan yang

berlaku ini menunjukkan Negara kita

berwibawa dan diiktiraf oleh dunia.

Pelantikan Malaysia ke dalam Majlis

Keselamatan PBB dan sebagai

presiden baharu CAPAM membuktikan

suara kita didengari dan mampu

mempengaruhi sesuatu keputusan.

7. Laporan terbaharu Bank Dunia

yang melibatkan kajian terhadap

ekonomi 189 buah negara

Page 8: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

8

menunjukkan bahawa kedudukan

ekonomi Malaysia dalam senarai Ease

of Doing Business Report 2015 telah

meningkat dua anak tangga berbanding

tahun sebelumnya iaitu dari kedudukan

ke-20 ke kedudukan ke-18. Malaysia

telah berjaya mengatasi negara seperti

Taiwan (19), Switzerland (20), Thailand

(26), Belanda (27) dan Jepun (29).

Selain itu, Malaysia juga berada di

tangga pertama dalam kalangan

ekonomi Asia Timur dan kedua di

ASEAN selepas Singapura.

8. Kejayaan demi kejayaan yang

diperolehi negara pada hari ini

Page 9: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

9

membuktikan bahawa Perkhidmatan

Awam termasuklah golongan pesara

menjadi entiti penting dalam

menyokong Kerajaan ke arah

mentransformasi penyampaian

perkhidmatan untuk rakyat.

9. Malah dalam penarafan Malaysia

di bawah World Competitiveness

Yearbook 2014 telah meletakkan

Malaysia di tangga pertama bagi Dana

Pembiayaan Persaraan (Pension

Funding) di bawah faktor Kecekapan

Kerajaan atau Government Efficiency.

Ini membuktikan bahawa Kerajaan telah

memberi keutamaan kepada

Page 10: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

10

pengurusan dana bagi pembiayaan

persaraan masa hadapan dan

merupakan manifestasi kesungguhan

Kerajaan dalam menjamin

kesejahteraan golongan pesara.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

10. Kemakmuran negara kita Malaysia,

sering kali menjadi perhatian pihak luar

terutamanya di peringkat antarabangsa.

Ini terbukti apabila Majalah

International Living telah

menyenaraikan Malaysia sebagai antara

destinasi terbaik di kalangan negara-

negara Asia untuk diduduki selepas

Page 11: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

11

bersara. Perkara ini dinyatakan dalam

artikel mereka bertajuk The World’s

Best Places to Retire in 2014. Pemilihan

Malaysia ini adalah berdasarkan kepada

beberapa faktor antaranya faktor kos

sara hidup, kemudahan infrastruktur,

cuaca, budaya hormat-menghormati

yang dipamerkan dan pelbagai lagi

faktor positif yang lain.

11. Persoalannya di sini ialah jika

Malaysia boleh dikatakan menjadi

“syurga tempat tinggal” kepada

golongan pesara dari luar negara,

mengapa pesara kita tidak boleh

menikmati kelebihan tersebut? Apakah

Page 12: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

12

kemudahan yang boleh disediakan oleh

Kerajaan kepada kumpulan pesara

Kerajaan? Sesuatu harus dilaksanakan

agar pesara di Malaysia, khususnya

dalam kalangan pesara Kerajaan akan

terus merasakan Malaysia sebagai bumi

bertuah yang banyak membawa faedah

kepada mereka walaupun setelah

melewati gerbang persaraan.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

12. Jabatan Perkhidmatan Awam dan

Kementerian Kesihatan Malaysia bukan

sahaja bertanggungjawab menyediakan

Page 13: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

13

kemudahan terbaik kepada pegawai-

pegawai yang sedang berkhidmat dalam

Perkhidmatan Awam negara. Malah,

golongan pesara juga merupakan

kumpulan berkepentingan atau

stakeholder yang perlu diberi perhatian.

Menyedari hakikat ini, JPA telah diberi

mandat oleh Kerajaan untuk mengetuai

program 1Pesara yang dahulunya

dikenali sebagai program 1Malaysia

Civil Service Retirement Support.

13. Untuk makluman semua, 1Pesara

merupakan salah satu inisiatif terbaharu

yang disediakan untuk menjaga

kebajikan pesara penjawat awam.

Page 14: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

14

Inisiatif yang diterajui JPA dengan

kerjasama Kementerian Kewangan,

Kementerian Kesihatan Malaysia dan

Kementerian Sumber Manusia ini

bernaung di bawah lembayung Strategi

Lautan Biru Kebangsaan atau National

Blue Ocean Strategy (NBOS).

14. Inisiatif ini juga merupakan satu

lagi manifestasi keprihatinan Kerajaan

kepada golongan pesara Kerajaan yang

telah banyak menabur budi dan jasa

bakti sepanjang berada dalam tempoh

perkhidmatan. Program Jom Aktif

1Pesara pada hari ini juga merupakan

Page 15: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

15

salah satu inisiatif yang diadakan untuk

mengembangkan lagi mesej kita.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

15. Program Jom Aktif 1Pesara

anjuran Kementerian Kesihatan

Malaysia dan JPA pada hari ini yang

bertemakan “Pesara Berilmu Sejahtera

Hidupmu” bertujuan memberi

pendedahan awal mengenai inisiatif-

inisiatif yang diperkenalkan di bawah

NBOS. Maklumat mengenai peluang-

peluang menaik taraf hidup selepas

persaraan, pengurusan kewangan dan

peluang dalam bidang keusahawanan

Page 16: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

16

serta perkongsian maklumat penjagaan

kesihatan selepas bersara.

16. Saya sering berpesan kepada para

penjawat awam bahawa mereka perlu

menyediakan kemudahan atau

perkhidmatan yang sama taranya

kepada kedua-dua pihak baik kepada

pegawai yang masih berkhidmat

mahupun yang telah bersara.

17. Biar untung sama diraih. Bagi yang

masih berkhidmat atau telah bersara,

kita tiada bezanya. Kita sama-sama

terlibat menghulurkan tenaga dan

mencurah bakti demi ibu pertiwi.

Page 17: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

17

Namun, apabila nafiri berundur

ditiupkan, ada yang terpaksa melangkah

pergi meninggalkan Perkhidmatan

Awam yang dikasihi. Kita yang masih

berada di dalam perkhidmatan Kerajaan

ini haruslah sentiasa mengenang jasa

kuntuman budi kumpulan pesara yang

telah banyak menabur budi dan bakti

kepada negara untuk sekian lamanya.

18. Atas dasar inilah, maka empat

perkara telah digariskan sebagai teras

yang memayungi inisiatif 1Pesara iaitu:

Aspek Pertama: kesejahteraan

pesara yang meliputi aspek

Page 18: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

18

pembelajaran sepanjang hayat

dan bantuan khidmat

kerohanian;

Aspek Kedua: bekerja semula

dengan menyediakan panduan

kepada pesara yang masih

ingin menabur bakti kepada

masyarakat. Sebagai

makluman, daripada seramai

1,599 pesara yang mendaftar

dengan Jobs Malaysia, 589

orang telah diambil bekerja.

Untuk JPA sendiri, di bawah

kontrak untuk perkhidmatan

(contract for service), seramai

Page 19: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

19

1,979 pesara telah diambil

bekerja semula di mana 859

pesara terdiri dari kumpulan

Pengurusan dan Profesional

manakala 1,120 terdiri di

kalangan kumpulan pelaksana.

Di Kementerian Kesihatan

Malaysia pula, seramai 66

orang doktor perubatan/pakar

perubatan telah diambil

semula untuk berkhidmat.

Aspek Ketiga: Kelangsungan

penjagaan kesihatan yang

disediakan oleh KKM yang

meliputi kemudahan perubatan

Page 20: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

20

dan laluan pantas atau Rapid

Lane yang disediakan bagi

pesara mendapatkan khidmat

nasihat kesihatan. Dari tahun

2012 hingga 2014, seramai

105,871 pesara telah

mendapat faedah bantuan

perubatan yang melibatkan

kos sebanyak RM204.8 juta.

Manakala bagi perkhidmatan

Rapid Lane pula, sebanyak 904

kemudahan kesihatan telah

disediakan yang meliputi

kemudahan di Hospital

Kerajaan, Pusat Kesihatan dan

Klinik Pergigian dengan

Page 21: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

21

seramai 24,126 pesara telah

menggunakan perkhidmatan

ini.

Aspek Keempat:

Keusahawanan dan Kewangan

yang meliputi penyediaan

maklumat berhubung

keusahawanan bagi pesara

yang berhasrat untuk

menceburkan diri dalam

bidang tersebut dan juga

maklumat berkaitan

pengurusan kewangan.

Page 22: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

22

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

19. Penganjuran program ini diharap

dapat membantu para pesara agar terus

produktif dan sejahtera dalam apa jua

bidang yang diceburi selepas memasuki

alam persaraan. Pesara perlu bangkit

membuktikan bahawa bersara bukan

bermakna malapnya masa hadapan atau

tamatnya era kesejahteraan hidup,

malah bersara sebenarnya membuka

lembaran baharu ke arah kehidupan

yang lebih gemilang.

Page 23: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

23

20. Sebagai pesara, faktor kesihatan

merupakan elemen yang amat penting

untuk dititikberatkan. Ini adalah kerana

faktor usia yang semakin meningkat

bakal mengundang pelbagai penyakit

yang tidak diingini. Bak kata pepatah

‘mencegah lebih baik dari mengubati’.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan tuan-

tuan dan puan-puan untuk sentiasa

mengamalkan gaya hidup sihat agar

kesihatan diri sentiasa terjaga.

Penjagaan kesihatan secara menyeluruh

merupakan suatu amalan kehidupan

yang memberikan kesan positif kepada

seseorang individu, institusi keluarga

dan juga masyarakat. Malah saya,

Page 24: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

24

sebagai KPPA walaupun sibuk dengan

program dan mesyuarat, saya akan cuba

mencari kesempatan untuk berjoging

pada waktu pagi atau petang.

21. Selain bersenam, kesihatan mental

juga perlu kita dititikberatkan. Pastikan

rehat kita mencukupi agar tekanan

berkurang dan tubuh badan serta minda

berada dalam keadaan stabil dan

tenang. Kalau anda sedang mengalami

stress, pergilah rehat sebentar dengan

mendengarkan muzik, menghidup udara

segar di luar bangunan atau minum

segelas air suam. Apabila kita berada

dalam keadaan sihat dan gembira, kita

Page 25: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

25

akan dapat memberikan khidmat yang

terbaik kepada ahli keluarga dan

masyarakat.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

22. Tuan-tuan dan puan-puan bakal

pesara memainkan peranan penting

sebagai pelaksana dan jurucakap dasar-

dasar kerajaan, memahami dengan jelas

dasar yang diperkenalkan dan

membantu kerajaan mempertingkatkan

kesedaran di kalangan rakyat mengenai

dasar-dasar yang diperkenalkan.

Page 26: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

26

23. Dengan bertindak sebagai satu

pasukan Perkhidmatan Awam, pelbagai

dasar dapat dijelaskan kepada 1.5 juta

penjawat awam dan sekiranya 1.5 juta

penjawat awam ini seterusnya

menerangkan kepada ahli keluarga dan

rakan-rakan mereka, maka terdapat

kesan berganda yang boleh memberi

impak yang besar kepada kefahaman

dan pengetahuan mengenai dasar-dasar

yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan.

24. Sehubungan itu, saya memohon

agar tuan-tuan dan puan-puan dapat

meletakkan diri sebagai saluran

penghubung antara kerajaan dengan

Page 27: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

27

rakyat dalam menyalur dan

memperjelaskan maklumat mengenai

dasar kerajaan kepada masyarakat.

25. Sebagaimana kumpulan pesara

yakni pegawai-pegawai Kerajaan yang

terdahulu dari kita sanggup

mengorbankan masa dan tenaga bagi

memberikan perkhidmatan yang terbaik

kepada rakyat dan negara, kita

penjawat awam pada hari ini haruslah

menyahut semboyan perjuangan

tersebut dan meneruskan

tanggungjawab yang terletak di atas

jemala kita dengan penuh integriti dan

akauntabiliti.

Page 28: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

28

26. Perkhidmatan yang diberi perlu

berasaskan pertimbangan yang tegas

dan bijaksana serta disertai dengan

budi pekerti yang mulia. There must be

a humanistic approach to every service

rendered, the human face must be there

all the time. Dengan itu kepercayaan

rakyat terhadap Perkhidmatan Awam

sentiasa kukuh dan terpelihara. We hold

the people’s trust, we must therefore be

trusted. Inilah citra “Berkhidmat Untuk

Negara” yang perlu kita tampilkan

dalam memberi perkhidmatan terbaik

kepada rakyat selaras dengan slogan

“Merakyatkan Perkhidmatan Awam”.

Page 29: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

29

27. Saya yakin dan percaya dengan

komitmen dan iltizam yang tinggi, kita

semua akan berjaya merealisasikan

Agenda Transformasi Negara dan

Transformasi Perkhidmatan Awam yang

sedang giat dilaksanakan. Mudah-

mudahan segala usaha murni yang kita

gemblengkan termasuk pelaksanaan

Program Jom Aktif 1Pesara ini akan

memperoleh rahmat dan keredhaan

Allah SWT jua, InsyaAllah.

28. Oleh itu, dengan lafaz Bismillahhir

rahmannir rahim, saya merasmikan

Program Jom Aktif 1Pesara ini.

Page 30: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA PROGRAM JOM AKTIF …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/13NOV... · bakal mengundang pelbagai penyakit yang tidak diingini. Bak kata

30

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.