perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 ucapan kp... · perhimpunan bulanan jabatan...

33
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA TUAN HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA 12 MEI 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA 8.30 PAGI DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

54 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016

TEKS UCAPAN

YANG BERUSAHA TUAN HAJI

ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH

JABATAN KIMIA MALAYSIA

12 MEI 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA

8.30 PAGI

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

Page 2: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

2

(Salutasi)

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara dan saudari

Pengerusi Majlis

Yang Berusaha Puan Rosnah binti

Awang

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),

Jabatan Kimia Malaysia

Yang Berusaha Puan Hasnah binti

Hussin

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Kimia Malaysia

Page 3: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

3

Pengarah-Pengarah Bahagian

Pegawai-pegawai kanan

Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,

warga KIMIA yang saya hormati

sekalian.

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati

Sejiwa.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah

SWT kerana dengan berkat limpah

kurniaNya, dapat kita bersama-sama

Page 4: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

4

dalam Majlis Perhimpunan Bulanan

Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat

bagi bulan Mei 2016 pada pagi yang

berbahagia ini.

2. Terlebih dahulu, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

warga kerja Bahagian Khidmat

Pengurusan (BKP) kerana telah

mengatur dan menganjurkan Majlis

Perhimpunan Bulanan kita pada pagi

ini dengan begitu baik sekali.

Page 5: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

5

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[PENEMPATAN & PEMANGKUAN

PEGAWAI SAINS GRED KHAS C VK7 &

C52]

3. Saya rasa belum terlewat bagi saya

untuk mengucapkan tahniah kepada

Tuan Haji Ahmad Latfi bin Mahamud

dan Dr. Cornelia Charito Siricord atas

pemangkuan ke Pegawai Sains Khas

C VK7. Seperti semua sedia maklum,

Tuan Haji Ahmad Latfi telah

ditempatkan sebagai Pengarah

Page 6: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

6

Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan

Johor, manakala Dr. Cornelia pula

ditempatkan sebagai Pengarah

Bahagian Forensik di Kimia Ibu

Pejabat.

4. Saya juga ingin mengucapkan syabas

dan tahniah kepada 2 orang pegawai

atas pemangkuan ke Pegawai Sains

Gred C52 berkuatkuasa pada 1 Jun

nanti iaitu Encik Saiful Fazamil bin

Mohd. Ali dan Dr. Vanitha A/P

Kunalan.

Page 7: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

7

Hadirin sekalian,

[PERSARAAN BULAN MEI 2016]

5. Pada bulan Mei ini, beberapa orang

pegawai akan bersara, mereka

adalah:

Dr. Kamarruddin bin Asri (Pengarah

Bahagian Forensik) : 1 Mei

Encik Mohd. Yusni bin Abu Kassim

(Pembantu Operasi N14) : 31 Mei

6. Setinggi penghargaan dan ucapan

ribuan terima kasih diucapkan pada

Page 8: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

8

yang bersara pada bulan ini. Jasa

anda semua pada Jabatan Kimia

Malaysia tidak akan dilupakan.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

[LAWATAN RASMI TIMBALAN MENTERI

MOSTI]

7. Untuk makluman, YB Datuk Dr. Abu

Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan

Menteri MOSTI telah mengadakan

lawatan rasmi ke JKMC Bintulu pada 5

Mei dan JKMC Sibu pada 6 Mei yang

Page 9: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

9

lepas. Saya juga turut serta dalam

sesi lawatan tersebut.

Hadirin sekalian,

[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKM

CAWANGAN BINTULU, SIBU, PULAU

PINANG & KEDAH]

8. Saya sendiri turut mengadakan

lawatan kerja ke empat cawangan

Jabatan Kimia pada bulan Mei ini.

Cawangan yang terlibat adalah

cawangan Bintulu (5 Mei), Sibu (6

Page 10: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

10

Mei), Pulau Pinang dan juga Kedah (9

Mei).

9. Lawatan ini bertepatan dengan

saranan KSN supaya semua ketua

jabatan turun padang untuk melihat

sendiri keadaan kakitangan masing-

masing ke arah memberi

perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Langkah ini bertujuan menjaga

kebajikan penjawat awam dalam

melaksanakan tugas.

Page 11: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

11

10. Dalam lawatan ini, saya dapat melihat

sendiri keadaan cawangan dan

beramah mesra dengan kakitangan

Kimia cawangan. Lawatan ini juga

membolehkan sistem terbuka

dijalankan, sebagai contoh, ruang

diberi kepada semua warga Kimia

untuk bersua muka dan memberi idea

atau menyatakan sebarang masalah

terus kepada saya.

11. Terima kasih kepada semua yang

telah memberi kerjasama dalam sesi

Page 12: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

12

lawatan ini terutamanya yang memberi

pandangan semasa sesi dialog

diadakan. Pihak pengurusan akan

cuba untuk mengambil tindakan atas

segala pandangan yang diutarakan.

[MAJLIS DIALOG ANTARA JKMC KEDAH

BERSAMA PELANGGAN]

12. Pada 20 April 2016 yang lalu, JKMC

Kedah telah mengadakan Majlis

Dialog JKMC Kedah Bersama

Pelanggan Seksyen Alam Sekitar &

Page 13: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

13

Air 2016 bertempat di Aula Perdana,

JKMC Kedah.

13. Seramai 15 orang pelanggan dari

agensi-agensi sekitar negeri Kedah

dan Perlis dan 3 orang pegawai sains

dari JKMC Pulau Pinang telah

menyertai sesi dialog ini. Antara

agensi pelanggan yang terlibat ialah

Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan

Pengairan & Saliran (JPS), Jabatan

Kesihatan Negeri (JKN) dan Lembaga

Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Page 14: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

14

14. Tujuan program ini diadakan adalah

untuk menambahbaik penyampaian

perkhidmatan Jabatan Kimia Malaysia

dalam membantu pelanggan

melaksanakan program-program

berhubung dengan keselamatan air

dan alam sekitar. Penganjuran dialog

ini juga dapat mengeratkan hubungan

dan kerjasama strategik di antara

JKMC Kedah dan para pelanggan.

Page 15: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

15

[Karnival Creativity & Science4U 2016]

15. Pada bulan Mei ini, JKMC Sabah telah

dan akan terlibat dalam dua siri

program Karnival Creativity &

Science4U yang berlangsung di negeri

Sabah:

Kompleks Sukan, Kota Belud,

Sabah pada 6 – 7 Mei 2016

Dewan Tun Hamdan, Tamparuli,

Sabah pada 17 – 18 Mei 2016

Page 16: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

16

16. Karnival ini merupakan anjuran

Kementerian Sains, Teknologi &

Inovasi (MOSTI). Karnival ini

dianjurkan bagi merangsang kreativiti

dan meningkatkan minat pelajar dalam

bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan

dan Matematik (STEM).

17. JKMC Sabah telah dijemput menyertai

pameran dan menganjurkan

pertandingan CSI (Crime Scene

Investigation).

Page 17: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

17

18. Tahniah kepada Pengarah serta

semua pegawai dan kakitangan JKMC

Sabah atas kerjasama dan usaha

gigih mereka dalam menjayakan

program ini.

[PROGRAM SEJIWA SENADA 2016]

19. Untuk makluman, JKMC Kuching,

Sarawak pula telah terlibat dengan

dua (2) siri Program Sejiwa Senada

iaitu:

Dewan Suarah, Kota Samarahan

(15-17 April)

Page 18: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

18

“Grand Finale” di Metro City,

Kuching (21-24 April)

20. Pameran tersebut mendapat

sambutan dari segenap lapisan

masyarakat. Tujuan utama pameran

adalah antara lainnya bagi

menggalakkan orang awam mencintai

sains serta mengenali peranan

Jabatan Kimia Malaysia dengan lebih

mendalam.

Page 19: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

19

21. Saya ingin sekali lagi merakamkan

penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada Pengarah serta semua

pegawai dan kakitangan JKMC

Kuching, Sarawak atas komitmen

mereka dalam menjayakan program

ini.

22. Terima kasih saya ucapkan kepada

semua pihak yang terlibat dalam

program-program tersebut. Seperti

diketahui YB Menteri MOSTI amat

menggalakkan semua jabatan agar

Page 20: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

20

terlibat secara aktif dalam program

sebegini.

Tuan/Puan,

[PROGRAM CSR UNIT OSH-MARA]

23. Pada 5 April 2016, Unit OSH Jabatan

Kimia Malaysia dengan kerjasama

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah

menganjurkan Program

Tanggungjawab Sosial Korporat

(CSR) mengenai Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan di Sekolah.

Page 21: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

21

24. Program ini telah diadakan di Maktab

Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala

Kubu Bharu, Selangor yang telah

dihadiri oleh Pegawai Bahagian

Pemantauan dan Inspektorat MARA

Ibu Pejabat, Ketua Pelajar MRSM,

Guru, Pembantu Makmal sekolah

MRSM dan pensyarah institut latihan

di bawah kendalian MARA.

25. Fokus program adalah memberi

pendedahan maklumat tentang

keselamatan dan kesihatan

Page 22: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

22

penggunaan bahan kimia yang

terdapat di sekolah, penggunaan dan

pemakaian PPE dengan betul dan

juga pemeriksaan terhadap kebuk

wasap yang telah dijalankan oleh

juruteknik higien Jabatan.

Hadirin sekalian,

[PUSPANITA : EVENING TEA PARTY]

26. Pada 8 April yang lalu, Puspanita

Kimia telah menganjurkan program

“Evening Tea Party with Puspanita” di

Page 23: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

23

Shah Village Hotel. Majlis yang telah

disempurnakan oleh Puan Fathilah

binti Ismail, Pengerusi Puspanita

Kimia ini telah dihadiri oleh 151 orang

ahli.

27. Walau saya tidak menghadiri majlis

ini, namun yang saya dengar, majlis

ini berlangsung dengan amat meriah

sekali. Program ini telah berjaya

mencapai objektifnya iaitu

mengeratkan hubungan antara ahli.

Page 24: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

24

[PUSPANITA : PERTANDINGAN BOLA

JARING]

28. Untuk makluman semua, Puspanita

Kimia telah dilantik sebagai Biro

Sukan Puspanita MOSTI. Biro

tersebut telah berjaya menganjurkan

pertandingan persahabatan Bola

Jaring di antara agensi-agensi di

bawah MOSTI pada 16 April 2016

yang lepas.

29. Pemilihan pemain bola jaring

PUSPANITA MOSTI telah di buat hasil

Page 25: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

25

daripada pertandingan ini dan salah

seorang pemain bola jaring Jabatan

Kimia Malaysia iaitu Puan Siti Hajar

binti Hussin telah terpilih dan telah

meneruskan pelawanan di peringkat

PUSPANITA Kebangsaan. Beberapa

ahli PUSPANITA turut terlibat dalam

penganjuran Karnival Sukan Tahunan

PUSPANITA Kebangsaan tersebut.

Tahniah diucapkan!

Page 26: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

26

[KELAB : EKSPEDISI GUNUNG NUANG]

30. Pada 23 April yang lepas, Kelab

Sukan & Kebajikan Kimia telah

mengadakan suatu Ekspedisi Gunung

Nuang, Hulu Langat yang disertai oleh

21 orang kakitangan Jabatan Kimia

Malaysia. Ekspedisi tersebut diketuai

oleh En. Khairul Faizi bin Yusoff,

Penolong Setiausaha Biro Sosial.

Ekspedisi bermula pada 8.00 pagi dan

berakhir 4.30 petang.

Page 27: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

27

31. Program sebegini amat digalakkan

bagi menyahut seruan kerajaan bagi

menjalani hidup yang lebih sihat dan

cergas. Saya mengesyorkan agar

program sebegini dapat dijalankan

dengan lebih kerap.

Hadirin yang dihormati sekalian,

[SAMBUTAN HARI PEKERJA]

32. Sambutan Hari Pekerja peringkat

kebangsaan telah diadakan pada 1

Mei lepas di Putra World Trade Centre

Page 28: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

28

(PWTC) di Kuala Lumpur dan telah

disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri

Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia dengan

tema “Pekerja Berkemahiran

Penggerak Ekonomi”.

33. Tarikh 1 Mei merupakan satu tarikh

yang tidak asing lagi kepada kita

semua khususnya warga pekerja di

seluruh dunia. Mungkin ramai

daripada kita sudah maklum bahawa

tarikh 1 Mei ini dipilih daripada kisah

Page 29: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

29

‘May Day’ yang berlaku di United

States pada 1 Mei 1886 apabila

Kesatuan Pekerja meminta supaya

tempoh bekerja dipendekkan kepada

8 jam sehari. Sejak daripada itu,

pelbagai cadangan dan keputusan

dibuat sehinggalah satu resolusi

dicapai di mana kini kebanyakan

negara di seluruh dunia menyambut

Hari Pekerja, sebagai menghargai

usaha dan penat lelah pekerja dalam

usaha membangunkan negara. Untuk

kisah penuh saya sarankan tuan-tuan

Page 30: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

30

dan puan-puan membuat pembacaan

sendiri.

34. Hari Pekerja sebenarnya

mengingatkan kita betapa besarnya

sumbangan para pekerja ke atas

pembangunan negara. Pekerja adalah

tonggak kemajuan, kemakmuran dan

keharmonian sesebuah negara. Tanpa

pekerja, terutamanya pekerja yang

dedikasi dan produktif, tidak mungkin

kita akan mencapai kemajuan dan

kemakmuran seperti yang dinikmati

Page 31: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

31

sekarang ini. Justeru, kita harus

melihat sambutan Hari Pekerja ini

sebagai wadah bagi menghargai

sumbangan seluruh warga pekerja

dalam memacu pembangunan negara

ke arah kamajuan dan kemakmuran.

Hadirin sekalian,

[PENUTUP]

28. Sebelum mengakhiri ucapan saya

pada pagi yang berbahagia ini, saya

mengambil kesempatan mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Page 32: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

32

2016 kepada semua warga kerja

Jabatan Kimia Malaysia. Semoga

tema pada tahun ini “Pekerja

Berkemahiran Penggerak Ekonomi”

akan menjadikan kita pekerja yang

lebih kreatif, berinovatif serta

berkemahiran ke arah mencapai taraf

negara berpendapatan tinggi selaras

dengan konsep 1Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan. Inshaa Allah...

Page 33: PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2016 Ucapan KP... · perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia mei 2016 teks ucapan yang berusaha tuan haji ismail bin talib ketua

33

Akhir kata, dengan semangat 1Malaysia dan

1KIMIA saya akhiri ucapan saya pada pagi

ini dengan lafaz

Wabillahittaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh

Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.