teks ucapan kppa sempena hari terbuka psikologi · mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah...
TRANSCRIPT
UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN
HARI TERBUKA PSIKOLOGI 2014
“KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PEMANGKIN
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM”
9 SEPTEMBER 2014, 11.00 PAGI
DEWAN SRI SIANTAN, PUTRAJAYA
2
(Salutations akan disediakan di rostrum)
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-
Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul
dalam Majlis Hari Terbuka Psikologi
Tahun 2014 ini. Pertamanya, saya
mengucapkan ribuan terima kasih dan
tahniah kepada sekretariat Jabatan
Perkhidmatan Awam, Kementerian-
kementerian, Setiausaha-setiausaha
Kerajaan Negeri dan juga pihak
Perbadanan Putrajaya yang telah berjaya
menganjurkan Program Hari Terbuka ini.
Kerjasama yang ditunjukkan antara
semua pihak jelas membuktikan bahawa
3
kita mampu untuk memecahkan benteng
silo dan melaksanakan sesuatu program
bersama-sama untuk kebaikan
perkhidmatan awam dan rakyat.
2. Progam pada hari ini merupakan yang
julung-julung kali diadakan dalam usaha
untuk meningkatkan kualiti penyampaian
perkhidmatan dengan membuka ruang
untuk mendekati pelanggan, mendengar
dan berkongsi maklumat khususnya
berhubung perkhidmatan psikologi dan
kaunseling. Ia juga merupakan jaringan
kerjasama strategik antara agensi awam,
NGO dan swasta dalam usaha
mengeratkan perkongsian sumber dan
4
kepakaran demi kesejahteraan dan
manfaat bersama.
3. “Kesejahteraan Psikologi Pemangkin
Transformasi Perkhidmatan Awam”
merupakan tema yang dipilih sempena
Hari Terbuka Psikologi. Tema ini
bertepatan dengan peredaran dan
kehendak semasa kerana aspek
psikologi yang sejahtera merupakan
komponen penting dalam menentukan
tahap keupayaan individu untuk bekerja
dan menyumbang tenaga dalam
perkhidmatan. Malah ia merupakan
faktor penting yang melonjakkan agenda
transformasi yang telah kita
5
direncanakan. Justeru itu, setiap
penjawat awam perlu mempunyai tahap
persediaan dan kemampuan beradaptasi
dengan landasan transformasi yang telah
diperkenalkan.
AGENDA TRANSFORMASI NASIONAL
YBhg. Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan
yang saya kasihi sekalian,
4. Kerajaan di bawah kepimpinan Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri telah
menggariskan matlamat dan hala tuju
yang jelas untuk merealisasikan hasrat
mencapai status negara maju
6
berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
Justeru, agenda besar transformasi
negara ini telah menggariskan beberapa
program antaranya Program
Transformasi Kerajaan (GTP), Program
Transformasi Ekonomi (ETP), Program
Transformasi Politik (PTP) dan pelbagai
lagi.
TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
5. Bagi mengukuhkan pelbagai program
transformasi tersebut, Kerangka
Transformasi Perkhidmatan Awam telah
7
diketengahkan oleh JPA dan kini turut
dilaksanakan di kesemua kementerian
dan jabatan. Tafsiran transformasi
perkhidmatan awam di mata rakyat
cenderung tertumpu kepada kualiti
penyampaian perkhidmatan awam itu
sendiri.
6. Persoalan kepada sejauh mana
perkhidmatan awam benar-benar telah
berubah terus menjadi fokus rakyat yang
sentiasa terdedah dengan maklumat
sama ada melalui media rasmi atau
media sosial. Mereka mengharapkan
kualiti penyampaian perkhidmatan awam
dapat memenuhi kehendak mereka,
8
karenah birokrasi dikurangkan, langkah
yang cepat dan tepat dapat diambil
dalam menangani masalah mereka dan
sudah tentu perubahan kepada nilai dan
kualiti penjawat awam dipertingkatkan.
7. Selaras dengan hasrat tersebut, JPA
selaku Peneraju Transformasi
Perkhidmatan Awam telah
memperkenalkan Kerangka Transformasi
Perkhidmatan Awam untuk memacu
pembangunan perkhidmatan awam yang
berkualiti, berprestasi tinggi, dinamik,
berdaya saing, berjiwa rakyat dan
berintegriti. Sehubungan itu, kita telah
memperkenalkan Lima Teras Strategik
9
yang menjadi gagasan utama
transformasi perkhidmatan awam iaitu:
i) Mendaya Upaya Bakat;
ii) Merekayasa Organisasi;
iii) Merakyatkan Perkhidmatan Awam;
iv) Merangkum dan Sepunya; dan
v) Membudaya Nilai.
8. Kelima-lima teras ini diformulasi untuk
menyokong Agenda Transformasi
Nasional ke arah sebuah negara maju
berpendapatan tinggi, inklusif dan lestari
pada tahun 2020.
KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MELALUI
TRANSFORMASI MINDA
10
YBhg. Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan
yang saya kasihi,
9. Kejayaan agenda transformasi
nasional dan teras-teras yang
menyokongnya adalah hasil
penggemblengan pelbagai aspek
pengurusan sama ada dari segi
kepimpinan, pendekatan perancangan,
struktur pentadbiran dan pengurusan
sumber manusia itu sendiri.
10. Dalam hal ini, Y.A.B. Perdana
Menteri juga sering mengingatkan semua
penjawat awam agar sentiasa melakukan
proses anjakan dan pembaharuan, yang
11
perlu dimulakan dengan pemikiran dan
sikap yang betul serta kemahiran dan
semangat bekerja yang tinggi. Persepsi
tradisional bahawa perkhidmatan awam
adalah bidang pekerjaan yang berisiko
rendah dan mempunyai ganjaran rendah
(low risk-low reward) juga seharusnya
diubah.
11. Dalam konteks melakukan
perubahan inilah, saya melihat
bagaimana perkhidmatan psikologi boleh
berperanan secara aktif dalam
membangun dan memperkasakan modal
insan perkhidmatan awam. Subset
psikologi perlulah diaplikasikan secara
12
bijak dalam aspek pengurusan sumber
manusia. Ini kerana, perkhidmatan
psikologi bukan sahaja berupaya
memulihkan masalah-masalah kehidupan
tetapi juga mampu membangunkan
kualiti dan keperibadian penjawat awam.
Melalui aplikasi psikologi yang holistik,
subset-subset psikologi dapat diterap
dengan baik dan berkesan. Kita mahu
penjawat awam yang mempunyai daya
fikir yang kreatif dan inovatif, mempunyai
daya tahan emosi serta mampu
menunjukkan tingkah laku yang boleh
dicontohi. Saya sangat berharap, aspek
psikologi dalam organisasi ini dapat
diaplikasikan kepada semua peringkat
13
dari kumpulan pelaksana hinggalah
kepada pihak pengurusan.
12. Selain itu, program-program
pembangunan, pencegahan dan
intervensi psikologi perlu diteruskan
dengan lebih meluas agar penjawat
awam dapat dibangun mahupun
diberikan bantuan awal sama ada oleh
Pegawai Psikologi atau rakan-rakan yang
berkeupayaan memberikan bantuan.
Program-program kesedaran tentang
kesejahteraan minda juga perlu
dilipatgandakan pelaksanaannya bagi
membendung masalah daripada menjadi
14
“barah” yang akan merebak dan
mempengaruhi kesejahteraan organisasi.
SEJAHTERA MENDEPANI
TRANSFORMASI
Para hadirin yang saya kasihi sekalian,
13. Dalam abad ke-21 ini, cabaran-
cabaran organisasi menjadi semakin
kritikal. Tuntutan-tuntutan kepada
inovasi, pencapaian organisasi,
keupayaan daya saing, kecemerlangan
bisnes memerlukan sebuah organisasi
yang mempunyai pekerja yang berupaya
memberikan sumbangan terbaik,
15
mempunyai daya tahan serta berupaya
mendepani sebarang masalah. Dalam
konteks inilah, saya melihat bagaimana
pengurusan sumber manusia melalui
usaha pembangunan modal insan yang
ampuh, akhirnya akan dapat melalui
proses transformasi dengan jayanya dan
kita harapkan ianya berlaku dalam
suasana cukup sejahtera.
14. Strategi utama yang perlu
dilakukan ialah usaha untuk merubah
minda dan memenangi jiwa penjawat
awam. Sebagai penggerak transformasi
perkhidmatan awam, setiap daripada kita
perlu bersedia untuk meningkatkan
16
keupayaan dan penguasaan ilmu
pengetahuan, berupaya memberi nilai
tambah dalam melaksanakan tugas serta
dengan karekter yang betul bersesuaian
dengan tugas yang telah diamanahkan.
15. Strategi yang kedua ialah dengan
melakukan transformasi sikap bagi
membentuk sistem kepercayaan dan
corak berfikir yang positif. Sebagai
penjawat awam, kita telahpun dididik
bermula seawal perkhidmatan dengan
nilai dan etika pekerjaan yang betul
seperti adil, amanah, mulia, bijaksana,
bersyukur dan sebagainya.
Sesungguhnya, dengan berpegang teguh
17
kepada nilai dan etika, ianya akan dapat
menzahirkan tingkah laku yang positif
dan memberi impak kepada peningkatan
kualiti perkhidmatan.
16. Selain itu, salah satu aspek yang
turut penting dalam mewujudkan
kesejahteraan psikologi ialah aspek
spiritualiti di tempat kerja. Spiritualiti
dalam makna yang mudahnya ialah
usaha setiap individu mencari makna dan
tujuan hidup mahupun bekerja. Setiap
dari kita harus jelas dengan tujuan
bekerja dengan bersandar kepada
pegangan dan amalan baik kehidupan.
Sekiranya kita ada kekuatan spiritual,
18
saya yakin setiap sesuatu tugas yang
kita laksanakan dapat dilakukan dengan
penuh kerelaan dan sepenuh hati.
Kajian-kajian yang telah dijalankan,
mendapati kewujudkan aspek spiritualiti
ditempat kerja berupaya untuk
meningkatkan kreativiti, kepuasan kerja
individu serta meningkatkan komitmen
terhadap pencapaian matlamat
organisasi.
YBhg. Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan
yang saya kasihi,
17. Usaha-usaha untuk membentuk
kelakuan organisasi yang positif (positive
19
organizational behavior) ini merupakan
kerjasama strategik antara pengurusan
sumber manusia dan perkhidmatan
psikologi. Sehubungan itu, Ketua
Jabatan, pengurus sumber manusia dan
perkhidmatan psikologi perlu bersama-
sama berganding bahu dalam
membentuk budaya organisasi yang
bersiap sedia dan berupaya untuk
berubah. Melalui kerjasama strategik
inilah, kompetensi tenaga kerja dapat
dibangun dan kekal relevan dengan
tuntutan semasa. Saya juga
menyarankan agar pengurusan sumber
manusia dapat mengoptimumkan
penggunaan aplikasi psikologi dalam
20
pengurusan mereka, malah jika perlu
struktur yang lebih baik serta peluang
kerjasama yang lebih strategik diambil
dalam memastikan perkhidmatan
psikologi ini dapat diakses dengan lebih
mudah oleh pekerja mahupun anggota
masyarakat.
18. Selain itu, saya juga
menyarankan agar semua penjawat
awam sentiasa diberi pendedahan dan
tunjuk ajar secara lebih aktif menerusi
siri latihan, khidmat nasihat dan peluang-
peluang untuk terlibat dalam proses
perubahan. Dalam melalui proses
tersebut, Pegawai-Pegawai Psikologi di
21
Jabatan Perkhidmatan Awam,
kementerian, jabatan dan SUK negeri
perlu dilibatkan dan turut serta
membantu penjawat awam dalam
menerima dan mengadaptasi proses
transformasi yang sedang kita tempuhi.
19. Sesungguhnya, keterlibatan
setiap dari penjawat awam dengan
minda yang positif dan jiwa yang kental
ini menjadi titik tolak menentu masa
depan negara yang kita cintai ini.
20. Akhir kata, saya mengucapkan
terima kasih dan syabas kepada semua
yang hadir, terima kasih kepada
22
Bahagian Pengurusan Psikologi JPA,
kementerian-kementerian, pihak
Perbadanan Putrajaya dan semua yang
terlibat dalam menjayakan penganjuran
program ini. Semoga kerjasama-
kerjasama strategik ini akan dapat
dipergiatkan dan diteruskan pada masa-
masa yang akan datang.
Dengan lafaz Bismillahhir rahmannir
rahim, saya dengan ini merasmikan Hari
Terbuka Psikologi Tahun 2014.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah,
Wassalam’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Terima kasih.