teks pengerusi majlis sanjungan budi

7
TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH Tarikh : 6 Februari 2015 Masa : 11.30 pagi Tempat : Dewan Haji Abbas SMK Batu Muda PERKARA/ PEMBACA BUTIRAN CATATAN Ketibaan Tetamu Siti hajar Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hajah Noraizah Bt Shaharudin mantan Penolong Kanan Kokorikulum dan YDP PIBG Datuk Dr. Muhd Nor Bin Ali Akhbar dengan diiringi Pn Hajah Faridah bt Salleh, Pengetua SMK Batu Muda Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “ Lambaian Kasih” sempena persaraan Pn Hajah Noraizah Bt Shaharudin Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Tetamu kehormat dan para hadirin diminta berdiri. ................................... (Lagu Negaraku) Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk Bacaan Doa Cikgu shuhaida Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Hadirin yang dimuliakan, Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang

Upload: haffiz-yasin

Post on 01-Oct-2015

100 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

teks pengacara majlis persaraan

TRANSCRIPT

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIHTarikh: 6 Februari 2015Masa: 11.30 pagiTempat: Dewan Haji Abbas SMK Batu MudaPERKARA/ PEMBACABUTIRANCATATAN

Ketibaan TetamuSiti hajar Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hajah Noraizah Bt Shaharudin mantan Penolong Kanan Kokorikulum dan YDP PIBG Datuk Dr. Muhd Nor Bin Ali Akhbar dengan diiringi Pn Hajah Faridah bt Salleh, Pengetua SMK Batu MudaBiji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseriPagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaKami bawakan kepada anda Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan Pn Hajah Noraizah Bt Shaharudin Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Tetamu kehormat dan para hadirin diminta berdiri....................................(Lagu Negaraku)Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk

Bacaan DoaCikgu shuhaidaBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh imam muda..................................... Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

UcapanAlu-aluanSiti hajarAmin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada imam muda .............................................................

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkatiMelayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.Yang DihormatiDATUK DR. MUHD NOR BIN ALI AKHBAR

YDP PIBG SMK BATU MUDAYang DiraikanPN HAJAH NORAIZAH BT SHAHARUDIN

Mantan Penolong Kanan Kokorikulum Smk Batu MudaYang Berusaha PUAN HAJAH FARIDAH BT SALLEHPengetua SMK Batu MudaYang dihormatiDif-dif jemputan,SeterusnyaBarisan guru, murid-murid, hadirin hadirat yang diRahmati Allah sekalian.Selamat datang ke :Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan Yang Diraikan Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan mantan Penolong Kanan Kokorikulum yang amat kami kasihi.Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangPencapaianmu gemilangBegitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan pencapaian yang dilakukan oleh Yang Diraikan Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Penolong Kanan Kokorikulum Smk Batu Muda

UcapanCikgu shuhaidaMajlis seterusnya menjemput dan mempersilakanYang DihormatiDatuk Dr. Muhd Nor Bin Ali Akhbar,selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SMK Batu Muda untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan.

Ucapan YDP MGB&PPDSiti hajarTerima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Datuk Dr. Mohd Nor Bin Ali Akhbar atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Puan Hajah Faridah Bt Salleh, pengetua SMK Batu Muda untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Persembahan MultimediaCikgu shuhaidaTerima kasih diucapkan kepadaPuan Hajah Faridah Bt Salleh atas ucapan beliau sebentar tadi.Para Hadirin yang kami muliakan,Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badanUntuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin, mantan Penolong Kanan Kokorikulum Smk Batu Muda ..Sebelum itu izinkan saya mengukir sedikit coretan kasih buat Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin.

UcapanYang diraikan pn hajahSiti hajarItulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan. Puan Hajah Noraizah Binti Shaharudin Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

PersembahanKhas Gurindam JiwaCikgu shuhaidaHadirin yang dimuliakan,Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin,mantan Penolong Kanan Kokorikulum Smk Batu Muda. Majlis dengan segala hormatnyamenjemput dan mempersilakan.***Ucapan GBMajlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn Hajah Noraizah atas ucapan itu tadi.Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

.

Penyampaian Hadiah & cenderamataSiti hajarMajlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Puan Hajah Noraizah Bt ShaharudinUntuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan Hajah Faridah Bt Salleh, Pengetua Smk Batu Muda diiringi YDP PIBG Datuk Dr Muhd Nor Bin Ali Akhbar untuk menyampaikan cenderamata kepada Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Penutup

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin,

Cikgu shuhaida

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Dipertuan PIBG bagi mengiringi Puan Hajah Faridah, pengetua SMk Batu Muda atas pemberian cenderamata kepada mantan Penolong Kanan Kokorikulum Smk Batu Muda kitaUmpama memanjat dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabulYang menerima sudah menerimaKita telah pun berada di hujung acara.Untuk cikgu noraizah.Guru umpama bintang cemerlangWalau bersara jasa dikenangRaut wajah damai dan tenang,Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa baktimu tetap dikenang,Budi baikmu tetap disanjung.Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduanDengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

PenutupSiti hajarCikgu shuhaidaMajlismengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hajah Noraizah Bt Shaharudin kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Puan Hajah Noraizah bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Lambaian Kasih ini.Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembaliMajlis menjemput tetamu terhormat hadirin dan hadirat untuk menjamu selera ...Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh