cerpen “budi semangkuk daging”

14
CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Upload: tayte

Post on 14-Jan-2016

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”. Watak Utama. Puan Ainun ~ pemilik rumah di kejiranan berkenaan sejak 6 tahun. Watak lain. Hanif. Hanif ~ anak Puan Ainun ~ adik Shafiq Shafiq ~ anak Puan Ainun ~ abang Hanif Encik Hilal ~ suami Puan Ainun. Encik Hilal. Shafiq. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Page 2: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Watak Utama

Puan Ainun ~ pemilik rumah di kejiranan berkenaan sejak 6

tahun

Page 3: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Watak lain

Hanif~ anak Puan Ainun~ adik Shafiq

Shafiq ~ anak Puan Ainun ~abang Hanif

Encik Hilal ~ suami Puan Ainun

Hanif

Encik HilalShafiq

Page 4: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Mak Cik Cheng: jiran Puan AinunMak Cik Punita: jiran Puan Ainun / berusia 30-an

/ orang IpohMak Cik Salbiah: jiran di sebeleh belakang

rumah Puan Ainun / tukang beri resepi daging masak Minang

Mak Cik ChengMak Cik Salbiah

Mak Cik Punita

Page 5: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Latar Tempat

~rumah Puan Ainun~kawasan kejiranan berbilang kaum

Page 6: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Latar Masa

~petang (waktu memasak daging masak Minang / ketika keluarga Puan Ainun

menikmati bubur kacang)~pagi (ketika Puan Ainun menyidai pakaian /

meninjau rumah Punita)~satu minggu sebelumnya (imbas kembali Puan

Ainun tentang jualan langsung Punita)

Page 7: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Sinopsis Cerpen

Puan Ainun tersenyum kerana resepi daging masak Minang yang diberi oleh Puan Salbiah, jirannya menjadi. Sementera menunggu daging empuk, dia menyediakan empat biji mangkuk kaca untuk dihantar kepada jiran-jirannya. Dua orang anaknya, Shafiq dan Hanif ditugaskan menghantar masakan itu kepada Mak Cik Cheng dan Mak Cik Punita, sedangkan dia sendiri akan ke rumah Puan Salbiah. Bertukar-tukar makanan sudah menjadi biasa bagi mereka.

Page 8: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Namun, apabila kembali, Hanif memberitahu bahawa Puan Punita menyuruhnya membawa balik pemberian mereka. Puan Ainun berasa pelik kerana dia dan Punita yang baharu menyewa 6 bulan di situ tidak pernah berselisih faham.

“Kenapa agaknya dia menolak

pemberianku?Kami tidak pernah

berselisih faham….”

Page 9: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Kemudian, Puan Ainun teringat peristiwa dia menolak dengan baik produk jualan langsung makanan kesihatan Punita. Dia mula syak bahawa Punita menyimpan dendam. Dua hari yang lepas pula Punita tergesa-gesa masuk kereta dan hanya tersenyum tanpa kata. Selama ini Puan Ainun biasa mengangkat pakaian jemuran Punita dan menyiram pokok bunga jirannya itu.

Page 10: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Sejak itu, Puan Ainun nekad untuk renggang dengan Punita. Ketika melihat pagar rumah sewa Punita dikunci dengan mangga besar, Puan Ainun tambah geram kerana sebelum ini Punita akan meninggalkan kunci kepadanya.

Page 11: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Ketika asyik melayan perasaan tentang Punita sambil menyidai pakaian, Puan Ainun disapa oleh Puan Cheng. Masakan Puan Ainun dipuji dan akan dibalas dengan kek coklat. Walaupun Puan Ainun tidak lagi mahu menyiram pokok bunga Punita, tetapi Shafiq dan Hanif pula yang berbuat demikian tanpa disuruh. Setelah lima hari, baru Punita pulang, tetapi Puan Ainun pura-pura tidak nampak.

Page 12: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Pada petang hari itu, Puan Ainum memasak bubur kacang dan menikmatinya bersama suami, Encik Hilal dan dua orang anak mereka. Dia hanya menghantar bubur kacang kepada puan Cheng, tidak untuk Punita. Ketika hendak berkemas, tiba-tiba Shafiq membimbit sebuah beg plastik berisi limau bali pemberian Mak Cik Punita.

Page 13: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Puan Ainun muncung dan meminta Shafiq memulangkan semula limau bali itu. Shafiq terpinga-pinga, manakala Encik Hilal hairan akan "pergaduhan" itu.

“Shafiq,hantar balik limau bali

ni ke rumah Punita!”

“……..kenapa pula dengan Ainun ni?”

Page 14: CERPEN “BUDI SEMANGKUK DAGING”

Encik Hilal hanya menggeleng tanda kesal apabila Puan Ainun bercerita tentang penolakan Punita tempoh hari. Encik Hilal mengingatkan bahawa Punita beragama Hindu dan tidak makan daging (lembu). Puan Ainun menepuk dahi, lalu bingkas ke dapur menyiapkan mangkuk bubur kacang untuk dihantar sendiri kepada Punita.

“Isteriku sayang..orang

India tidak makan

daging.”