teks pengerusi pantun

Upload: usu-is

Post on 14-Apr-2018

549 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    1/16

    PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    TEKS JURUPANTUN

    DI SEDIAKAN OLEH :

    ENCIK ISKANDAR BIN PADZIL

    PENGERUSI TEKNIK NEGERIUNIT KOKURIKULUM SPK

    JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    2/16

    TEKS PENGERUSI PANTUN

    BAHAGIAN TEKS

    PEMBUKAAN

    GELANGGANG

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Yang Berbahagia . [ nama dan jawatan ]Yang Berusaha . [ nama dan jawatan ]Yang Dihormati [ nama dan jawatan ]

    Yang dihormati dif dif jemputan, Yang dihormati para hakim, guru guru pengiring, para pemantun dan hadirinyang dikasihi lagi dimuliakan.

    Bersyukur kita ke Hadrat llahi kerana pada hari ini kita sama sama dapat beramah mesra dan saling bertukarpendapat dalam Pesta Pantun Peringkat . sambil berhubung mesra, kita dapat menghayati

    keindahan warisan Melayu yang tak luput ditelan zaman biarpun arus kemajuan dihirup segar sekarang ini.

    Puisi Melayu indah terperi,menyimpan sejarah sepanjang masa;meraut seni menyulam tradisi,

    tersimpul ikatan jalinan mesra.

    Sebelum gelanggang pantun dibuka, saya mempersilakan pasukan pantun dari....... dan pasukan dari mengambil tempat masing masing.

    Saya mempersilakan barisan hakim yang dedikasi dan bijaksana mengambil tempat mengikut prosedur masing masing. Pihak majlis mempersilakan.

    PENGENALAN

    PEMANTUN

    Eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini.Di sebelah kanan saya ialah pasukan pantun dari

    . Dipersilakan pemantun kelima daripada pasukan (5) ........................................... ..untuk memperkenalkan pasukan mereka. Para pemantun daripada pasukan ..........................................................

    ialah :

    Pemantun pertama

    Pemantun kedua

    Pemantun ketiga

    Pemantun keempat

    2

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    3/16

    Pemantun Kelima

    Manakala di sebelah kiri saya ialah pasukan pantun daripada . Dipersilakan pemantun(E) ............................................. untuk memperkenalkan pasukan mereka. Para pemantun

    daripada ............................................ ialah :

    Pemantun pertamaPemantun kedua

    Pemantun ketiga

    Pemantun keempat

    Pemantun kelima

    Hakim hakim yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ialah :

    Hakim 1 ( Isi ) K. Hakim

    Hakim 2 ( Isi )

    Hakim 3 ( Bahasa )Hakim 4 ( Bahasa )

    Hakim 5 ( Persembahan )

    Di sebelah saya ialah penjaga masa yang sentiasa setia dengan penggunaan masa yang telah ditetapkan iaitu

    PERATURAN

    PERTANDINGAN

    Landasan peraturan wajar dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta. Sehubungan itu, saya bacakan

    peraturan peraturan pertandingan pantun:

    1. Pantun yang dibenarkan ialah pantun empat kerat dengan dua baris pembayang dan dua baris maksud.2. Masa yang dibenarkan untuk menjual dan membeli pantun ialah:

    2.1 Masa menjual pantun 15 saat untuk pusingan pertama dan 30 saat untuk

    pusingan ketiga serta pusingan tambahan2.2 Masa untuk membeli pantun 60 saat untuk pusingan pertama, kedua, ketiga dan

    pusingan tambahan2.3 Untuk pusingan kedua, masa menjual dan membeli pantun ialah 60 saat.

    2.4 Pantun hanya boleh dijual dan dibeli setelah loceng dibunyikan iaitu:

    3

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    4/16

    (A) JUAL PANTUN

    Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta pemantun menjualkan pantun danloceng akan dibunyikan dua kali setelah tamat masa menjua, iaitu tamatnya 15 saat untuk pusingan

    pertama. Sementara pusingan kedua masa menjual pantun adalah 60 saat dan masa menjual pantun bagi

    pusingan ketiga danpusingan tambahan adalah 30 saat.

    (B) BELIAN PANTUN

    Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja dan jurupantun meminta pemantun membeli pantun.

    Loceng dibunyikan dua kali menandakan masa membeli pantun telah tamatnya, iaitu 60 saat. Pantun yangdibeli / dijawab selepas loceng dua kali dibunyikan tidak akan diberi sebarang markah.

    3. Pemantun yang gagal menjual pantun dalam tempoh masa yang dibenarkan tidak mendapat sebarang

    markah. Sebaliknya pembeli pantun tersebut tetap dikehendaki membeli pantun berasaskan tema

    yang sepatutnya dijual oleh pihak lawan.

    4. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang pantun yang dijualkan oleh penjual pantun kecualiatas permintaan jurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim.

    5. Setiap pemantun dikehendaki menjual 3 rangkap pantun berdasarkan tema yangditetapkan dan membeli rangkap pantun.

    6. Pertandingan pantun dijalankan dalamempat pusingan.

    7. Jika berlaku seri, pasukan mendapat markah isi terbanyak dikira sebagai pemenang.

    Sekiranya berlaku seri, markah dalam bahasa akan dikira.

    8. PEMBAHAGIAN MARKAH

    Isi : 20 markahBahasa : 20 markah

    Persembahan : 10 markah

    9. PERTANDINGAN INI DIHAKIM OLEH LIMA HAKIMIsi : 2 hakim

    Bahasa : 2 hakim

    4

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    5/16

    Persembahan : 1 hakim

    10. Pemantun tidak dibenarkan berbincang atau meniru dalam kumpulan masing-masing

    sama ada secara lisan ataupun bertulis. Sekiranya berlaku perbincangan atau meniru, markah akandipotong sebanyak 50 peratus daripada jumlah markah keseluruhan .

    11. Pada pusingan kedua, semua pemantun hendaklah berpantun secara spontan / bebasberdasarkan tema yang terkawal yang dipilih oleh pemantun sendiri. Prosedurnya,

    selepas sahaja selesai pusingan pertama, para pemantun hendaklah menyerahkansemua kertas / nota / buku / bahan kepada urus setia. Maksudnya, tidak ada apa-apa

    bahan bersama - sama pemantun. Pemantun akan diberi kertas kosong, mencabutundian tema, diberikan 60 saat untuk menjual dan membeli pantun berdasarkan tema

    tersebut secara spontan.

    12. Pada pusingan ketiga, semua pemantun hendaklah berpantun secara spontan / bebas

    berdasarkan tema pemantun sendiri. Pemantun mesti menyerahkan borang

    pernyataan tema pantun kepada juru pantun untuk diumumkan oleh juru pantunsebelum pertandingan dimulakan. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang tema pantunyang disebutkan oleh juru pantun pantun kecuali atas budi bicara juru pantun setelah mendapat arahan

    daripada ketua hakim. Pantun hendaklah dicipta dan dijual dalam masa 30 saat. Pemantun juga tidak boleh

    mempunyai sebarang bahan rujukan, iaitu tidak ada apa-apa bahan bersama-sama pemantun kecuali kertaskosong dan alat tulis yang telah diberikan semasa pusingan kedua.

    13. Pada pusingan ketiga, pemantun boleh menjualkan pantun dengan tema yang sama dalam pusingan awal

    dan kedua. Bagaimanapun, untuk memperoleh markah yang baik, sewajarnya pemantun dapat menjualkanpantun yang berbeza seperti aspek pembayang, soalan, pemilihan diksi dan lain-lain.

    14. Pada pusingan tambahan, pemantun keempat hendaklah berpantun secara spontan / bebas berdasarkantema pemantun sendiri. Pemantun mesti menyerahkan tema pantun kepada juru pantun untuk

    diumumkan oleh jurupantun sebelum menjualkan pantun masing-masing. Pembeli pantun tidakdibenarkan meminta mengulang tema pantun yang disebutkan oleh juru pantun pantun kecuali atas budibicarajurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim. Pantun hendaklah dicipta dan dijual

    dalam masa 30 saat. Pemantun juga tidak boleh mempunyai sebarang bahan rujukan, iaitu tidak ada apa-apa bahan bersama-sama pemantun kecuali kertas kosong dan alat tulis yang telah diberikan semasa

    pusingan kedua.

    5

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    6/16

    [ Pilih salah satu pantun di bawah untuk dibaca ]

    Indah cuaca senja menjelang,

    lebat rimbun pohon mengkudu;Bismillah kata pembuka gelanggang,

    silat pantun anak Melayu.

    ATAU

    Mekar budaya bangsa tersohor,falsafah bangsa pengukir zaman;

    Pesta pantun hidup subur,

    agar terpelihara budaya berzaman.

    PUSINGAN

    PERTAMA

    FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA

    1 A

    2 B

    3 C

    KE PUSINGAN PERTAMA

    Hajat si miskin menumpang si kaya,

    berbincang mesra tersemat di hati;hajat hati biarlah berjaya,

    pusingan pertama ujian menanti.

    6

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    7/16

    Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan pertama ini telah ditetapkan sebelum

    pertandingan. Saya harap semua peserta telah bersedia. Ayuh kita mulakan pusingan yang pertama.

    1 - A

    Baiklah, dipersilakan pemantun pertama (1) ............................. dari .................................. menjualkan

    pantun kepada pemantun pertama dari (A) ............. Dari .............................................. dengantema ....................................................... 15 saat dari sekarang.

    Arahan pengerusi pantun:

    Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Nota : 1 Setelah pantun dibeli / dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada ketua

    hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. ( sama ada hakim bersediaatau tidak)

    A 1

    Seterusnya dipersilakan pemantun pertama (A) ....................... dari .................................menjualkan pantunkepada pemantun pertama (1) ..............dari .................................................... dengan

    tema ............................................. 15 saat dari sekarang.

    Arahan pengerusi pantun:

    Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    2 B

    Baiklah, dipersilakan pemantun kedua (2) ..................... dari ................................... menjualkan pantunkepada pemantun kedua (B) .............. dari ...................................... dengan

    tema.............................................. 15 saat dari sekarang.

    7

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    8/16

    Arahan pengerusi pantun:

    Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari

    sekarang.

    B 2

    Seterusnya dipersilakan pemantun kedua (B) ............................ dari.................................... menjualkan

    pantun kepada pemantun kedua (2) .......... dari .............................. dengantema ..................................................... 15 saat dari sekarang.

    Arahan pengerusi pantun:

    Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    3 C

    Baiklah, dipersilakan pemantun kedua (3) ...................... dari ............................... menjualkan pantun

    kepada pemantun kedua (C) .................... dari ...................................... dengantema............................................... 15 saat dari sekarang.

    Arahan pengerusi pantun:

    Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    C 3Baiklah, dipersilakan pemantun ketiga (C) .................... dari ................................. menjualkan pantunkepada pemantun ketiga (3) .................... dari ........................................... 15 saat dari sekarang.

    Arahan pengerusi pantun:

    8

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    9/16

    Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    PUSINGAN KEDUA FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA

    PUSINGAN KEDUA

    FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA

    1 A

    2 B

    3 C

    Sayang pauh patahnya dahan,Tempat merbuk berkidung mesra;

    Banyak tajuk jadi pilihan,

    Undian dibuat menguji minda.

    Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, di pusingan kedua, tema-tema pilihan dibuat melalui undian.Oleh itu setiap peserta diminta memilih tema pantun berdasarkan sampul yang disediakan . Para peserta diberi

    masa selama 1 minit ATAU 60saat untuk mencipta pantun secara spontan. Pemantun tidak dibenarkan menirusebarang nota/merujuk kepada mana-mana nota untuk mencipta pantun. Sebelum pertandingan dimulakan, saya

    mempersilakan kepada penjaga masa untuk memungut

    Nota : Pengerusi pantun sila rujuk format pertandingan pusingan kedua.

    1 B

    Peserta pertama (1)....................................... dari pasukan....... sila nyatakan nombor pilihan undi anda.

    9

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    10/16

    Setelah pemantun duduk.

    Anda telah mendapat tema .. Sila cipta dan jual pantun tersebut dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Setelah pantun dijual.

    Pantun dijual indah terserlah. Diminta kepada pemantun (B)...................... dari ................................... untuk

    menjawab pantun tersebut dalam masa 60 saat dari sekarang.

    B 1

    Pusingan ini diteruskan lagi dengan menjemput pemantun B ............................. dari .......................................untukmenyatakan nombor pilihan. (Setelah mendapat tema ) Anda telah mendapat tema ...................... Sila cipta dan jual

    pantun anda dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Pantun di jual indah sekali. Dijemput kepada pemantun (1) ................................... dari .........................................untuk membeli pantun tersebut dalam masa 60 saat dari sekarang.

    2 C

    Peserta kedua (2).................................... dari pasukan. ..................sila nyatakan nombor pilihan undi anda.

    Setelah pemantun duduk.

    Anda telah mendapat tema .. Sila cipta pantun tersebut dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Setelah pantun dijual.

    Pantun dijual indah terserlah. Diminta kepada pemantun (C).................................. dari .................................untukmenjawab pantun tersebut dalam masa 60 saat dari sekarang.

    C 2

    Pusingan ini diteruskan lagi dengan menjemput pemantun C ............................. dari ..................................untuk

    10

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    11/16

    menyatakan nombor pilihan. (Setelah mendapat tema ) Anda telah mendapat tema ...................... Sila cipta dan jualpantun anda dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Pantun di jual indah sekali. Dijemput kepada pemantun (2) .................................. dari..........................untukmembeli pantun tersebut dalam masa 60 saat dari sekarang.

    3 A

    Peserta ketiga (3)................................. dari pasukan.......... sila nyatakan nombor pilihan undi anda.

    Setelah pemantun duduk.

    Anda telah mendapat tema .. Sila cipta pantun tersebut dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Setelah pantun dijual.

    Pantun dijual indah terserlah. Diminta kepada pemantun (A)...................... dari pasukan...................................untukmenjawab pantun tersebut dalam masa 60 saat dari sekarang.

    A 3

    Pusingan ini diteruskan lagi dengan menjemput pemantun A ............................. dari pasukan.................................untuk menyatakan nombor pilihan. (Setelah mendapat tema ) Anda telah mendapat tema ...................... Sila cipta

    dan jual pantun anda dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Pantun di jual indah sekali. Dijemput kepada pemantun (3) ........................ dari............................ untuk membeli

    pantun tersebut dalam masa 60 saat dari sekarang.

    11

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    12/16

    PUSINGAN KETIGA FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KETIGA

    FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KETIGA

    1 A

    2 B

    3 C

    KE PUSINGAN KETIGA

    (Pilih dan baca salah satu pantun di bawah)

    Rumpun serai padat berbaris,

    Bunga mawar indah mencelah;Budaya berpantun penyeri majlis,

    Pusingan ketiga bertambah meriah.

    Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan ketiga adalah tema pemantun sendiri.

    Jurupantun akan menyatakan tema pantun kepada pembeli pantun. Masa menjual pantun adalah 30 saat. Pembelipantun tidak dibenarkan meminta mengulang tema pantun yang disebutkan oleh penjual pantun kecuali atas

    permintaan jurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim. Borang pernyataan tema pantun telah

    diserahkan kepada jurupantun.

    12

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    13/16

    1 C

    Di pusingan ketiga ini, pemantun pertama(1).....................................dari ........ akan menjualkan pantun

    kepada pemantun ketiga (C)........................................ dari .. Tema yang akan dijualkanialah............................................... Sila jual pantun anda dalam masa 30 saat dari sekarang.

    Arahan Pengerusi Pantun

    Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Seterusnya pula dipersilakan kepada pemantun (C)........................................ dari ..................................... untuk

    menjualkan pantun beliau kepada pemantun (1).................................. dari..................................... Tema yang telah

    dipilih ialah ..................................................... ... Sila jual pantun anda dalam masa 30 saat dari sekarang.

    Anda telah mendengar pantun tersebut, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    2 A

    Pertandingan diteruskan lagi dengan menjemput pemantun (2) ................................ dari...............................untuk

    menjualkan pantun beliau kepada pemantun (A)............................................ dari.............................. ...................Temanya ialah.................................... Sila jual dalam masa 30 saat dari sekarang.

    Anda telah mendengar soalan tersebut, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    A 2

    Seterusnya pula dipersilakan kepada pemantun (A)............................... dari ..............................untuk menjualkanpantun beliau kepada pemantun (2)................................. dari..................................... Tema yang telah dipilih

    ialah ........................................................ Sila jual pantun anda dalam masa 30 saat dari sekarang.

    Anda telah mendengar pantun tersebut, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    13

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    14/16

    3 B

    Pertandingan diteruskan lagi dengan menjemput pemantun (3) ................................ dari.................................untuk

    menjualkan pantun beliau kepada pemantun (B)....................................... dari.................................... ............. dengan

    tema................................................ Sila jual pantun anda dalam masa 30 saat dari sekarang.

    Anda telah mendengar soalan tersebut, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    B- 3

    Seterusnya pula dipersilakan kepada pemantun (B)...................................... dari.................................... untukmenjualkan pantun beliau kepada pemantun (3)..................................... dari ........................................... Tema yang

    telah dipilih ialah ............................................ ............ Sila jual pantun anda dalam masa 30 saat dari sekarang.

    Anda telah mendengar pantun tersebut, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    PUSINGAN

    TAMBAHAN

    4 D

    Untuk pengetahuan pemantun keempat dan para hakim, tema pada pusingan tambahan ini adalah tema pemantun

    keempat sendiri. Pemantun keempat mesti menyerahkan tema pantun kepada juru pantun untuk

    diumumkan oleh jurupantun sebelum menjualkan pantun kepada pihak lawan. Pembeli pantun tidakdibenarkan meminta mengulang tema pantun yang disebutkan oleh juru pantun kecuali atas budi bicara

    jurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim. Pantun hendaklah dicipta dan dijual dalam masa 30saat. Pemantun juga tidak boleh mempunyai sebarang bahan rujukan, iaitu tidak ada apa-apa bahan bersama-sama

    pemantun kecuali kertas kosong dan alat tulis yang telah diberikan semasa pusingan kedua.

    Nota : Pengerusi pantun sila rujuk format pertandingan pusingan tambahan.

    Di pusingan tambahan ini, pemantun pertama (4).................................. dari akan menjualkan pantun

    kepada pemantun keempat (D)................................dari.Dengantema.............................................................. Sila jual dalam masa 30 saat dari sekarang.

    Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    14

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    15/16

    Seterusnya pula dipersilakan kepada pemantun (D)....................................... dari........................... untuk menjualkanpantun beliau kepada pemantun (4)................................... dari..................................... Tema yang telah dipilih

    ialah ........................................................ Sila jual pantun anda dalam masa 30 saat dari sekarang.

    Anda telah mendengar pantun tersebut, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    PENUTUPAN Hadirin-hadirat yang dirahmati,

    Begitulah berakhirnya jual beli pantun antara pasukan .. dengan pasukan pantun dari Semuanya tampak meriah dan bercambah kembali susila berpantun dalam kalangan generasi alaf baru ini.

    Kenari bersenda di dahan ara,

    tiadakan sunyi bersama kawan;budaya berpantun bersambut mesra,biarlah abadi sepanjang zaman.

    Sementara menanti keputusan daripada para hakim yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, saya memberi

    peluang kepada mana-mana pelajar atau penonton untuk menjualkan pantun kepada para peserta yang ada di kiri

    dan di kanan saya ini. Dipersilakan

    KEPUTUSAN Sampailah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui pemenang dalam pertandingan ini. Sebelum itu,Tiada kata seindah madah,

    dicipta lagu tersentuh rasa;jika terdapat silap dan salah,

    maaf dipinta setiap masa.

    Nota : Sila baca keputusan dengan cermat sebelum mengumumkan pemenang.

    Tahniah kepada pasukan yang berjaya, manakala kepada pasukan yang gagal, kecewa bukan penawar segala.

    Berusahalah agar ruang kegagalan menjadi penawar berharga untuk mencipta kejayaan yang membanggakan.

    15

  • 7/29/2019 Teks Pengerusi Pantun

    16/16

    Akhirnya,

    Mekar mewangi bunga cempaka,daun semalu dikirai jangan;

    akar budi santun bahasa,

    pantun Melayu kekal berzaman.

    Ampun maaf andainya terkasar bahasa , terkhilaf bicara dan kurang berhemah ketika mengendalikan pertandinganyang menjadi perhatian semua pihak.

    Sekian, assalamualaikum..

    16