terima kasih pengerusi majlis

23
Terima kasih Pengerusi Majlis ,Para juri penjun jung kesaksamaan… kelompok pendidik bestari, hadirin pendengar yang dikasihi,… .. .dekat dihati…….. Selamat sejahtera …. dan Salam 1 MalaysiaBerbun ga kemesraan arena pada hari ini….. saya warnai dengan pidato yang berjudul ….. “ BudiBahasa Amalan Mulia”. Hadirin yang dihormati,Merujuk Kamus Dewan edisi keempat , budi membawa maksud perangai atau tingkahlaku , …… bahasa , didefinasikan sebagai percakapan atau tingkahlaku yang baik, Amalan pula merupakaan sesuatu yang dilakukan sebagai kebiasaan, manakala …. mulia pula adalah luhur dan tinggi….lalu saya simpulkan frasa…… “ Budi Bahasa Amalan Mulia sebagai…..“ perangai atau tingkahlaku baik yang dijadikan amalan dalam kehidupan kita Bismilahhiramannirahim… Kalau tidak kerana bintang,

Upload: sk-gelong-gajah

Post on 26-Sep-2015

60 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ada

TRANSCRIPT

Terima kasih Pengerusi Majlis,Para juri penjunjung kesaksamaankelompok pendidik bestari, hadirin pendengar yangdikasihi,...dekat dihati..Selamat sejahtera.dan Salam 1 MalaysiaBerbunga kemesraan arena pada hari ini..saya warnai dengan pidato yang berjudul.. BudiBahasa Amalan Mulia.Hadirin yang dihormati,Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, budimembawa maksud perangai atau tingkahlaku,bahasa, didefinasikansebagai percakapanatautingkahlaku yang baik,Amalanpula merupakaan sesuatu yang dilakukan sebagai kebiasaan, manakala.muliapulaadalah luhur dan tinggi.lalu saya simpulkan frasa Budi Bahasa Amalan Mulia sebagai..perangai atau tingkahlaku baik yang dijadikan amalan dalam kehidupan kita

Bismilahhiramannirahim

Kalau tidak kerana bintang, Tak akan bulan kelihatan tinggi , Kalau tidak kerana pidato, Tak akan saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan , Singgah sebentar di laluan Kerai, Salam satu Malaysia saya hulurkan , Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum W.B.H Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati. Jauh berlayar si pedagang Cina , Singgah di Melaka menjual sutera . Bahasa melayu bahasa perantara , Tonggak utama perpaduan negaraHadirin dan hadirat yang dihormatiCogan kata Hidup Muafakat Membawa Berkat merupakan antara cogan kata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh anggota masyarakat berkenaan. Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada hari ini yang bertajukBahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsi sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa, setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai wadah perpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di dunia.

Hadirin yang dihormati, Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaaba yang berbunyi bahasa menunjukkan bangsa. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat kecinaan, kemelayuan ataupun keindiaan.Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau pengsan ah Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu

Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa Melayu. Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi baharu terbit merupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman daripada bahasa Cina dan India yang mengalami proses kemalaysiaan sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyrakat di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi, Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulah bahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800 buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang sangat penting untuk memupuk perpaduan. Masarakat yang tidak berilmu ibarat masyarakat yang tidak bertamadun. Apabila tidak bertamadun, sudah tentulah masyarakat bertindak membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Oleh itu, sudah tentulah kucar-kacir akan menodai keamanan sesebuah negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik. Sesungguhnya, langkah ini dapat merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan di kawasan bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak mahukan sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada pendapat saya, jurang itu boleh memecahbelahkan perpaduan. Apabila bahasa Melayu kembali dalam pengajaran subjek kritikal ini, sudah tentulah jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan, sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi. Selain dasar baharu itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai wahana yang sangat utama untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa betapa prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnya kerajaan tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.

Hadirin yang dirahmati, Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang memperlekehkan bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah anasir yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia. Oleh itu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kita keranabahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.

Sekian, terima kasih.

Terima kasih saudara/i pengacara majlis.Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana.Dif-dif kehormat.Rakan-rakan seperjuangan.Sidang hadirin warga dewan, aspirasi negara.Assalamualaikum WM WB dan salam 1 Malaysia.Prof. Dr Awang Sariyan ada menyatakan bahawa kisah kegemilangan Bahasa Melayu (BM) pada zaman silam telah membuana di jagat rayanamun, sekadar mengagumi sejarah silam, kita tidak mungkin dapat mengangkat martabatnyaJusteru, berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana, melalui mauduk pidato sayaBAHASA JIWA BANGSA.Bahasa, menurut Kamus Dewan, adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia. JIWA, BERMAKSUD nyawa atau roh. Manakala, bangsa pula bermaksud, kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Dalam konteks pidato saya, konsep bangsa dan bahasa secara total merujuk kepada bangsa Malaysia dan bahasa kebangsaan kita, yakni BM.Persoalannya sidang dewan sekalian, mengapakah bahasa itu dikatakan jiwa @ roh bangsa? Apakah keistimewaan BM kita yang sekian lama diagung-agungkan dalam adikarya seantero dunia. Marilah bersama-sama saya, merungkai persoalan ini satu persatu melalui empat nirmala kata, inspirasi mahakarya.Sidang hadirin sekalianHeraclitus menyatakan bahawa bahasa sangat berkait rapat dengan semua aspek kehidupan manusia. Melalui bahasa, sesuatu masyarakat mempamerkan nilai-nilai dan budaya mereka kepada bangsa lain. Pepatah Melayu menyatakan, bahasa menunjukkan bangsa. Hatta, saya rangkumkan frasa ini dengan nirmala kata saya yang pertama; BAHASA MELAYU MENCERMINKAN JATI DIRI BANGSA MALAYSIA.Jati diri @ identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan sesuatu kumpulan manusia dengan kumpulan manusia lain. Menuturkan sebuah bahasa yang sama ialah antara ciri yang menentukan jati diri sesebuah bangsa.Tahukah anda? Rakyat Switzerland menuturkan 4 bahasa yang berlainan iaitu Bahasa Perancis, Jerman, Italy dan Roman mereka semua adalah bangsa Swiss. Di Malaysia, kita juga mempunyai satu bahasa kebangsaan yang dituturkan olah masyarakat pelbagai keturunan tanpa was-was. Tuntasnya, realiti BM sebagai cermin jati diri bangsa Malaysia, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.Hadirin yang saya muliakan.Nirmala kata saya yang kedua; BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU.Prof. Dr Shahir Mohamad Zain menyatakan bahawa BM pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya. Catatan-catatan Melayu Kuno dalam prasasti Funan dan Champa seawal abad ke-7 mengandungi ilmu-ilmu asas dalam bidang sains dan matematik. Bahasa ini kemudiannya berkembang dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, teknologi, undang-undang, sastera dan agama.Sehingga mutakhir ini, BM telah berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa dalam ilmu moden. Oleh itu, tidak hairanlah jika BM kini sedang diajar dan dikaji di 108 buah pusat pengajian tinggi di serata dunia. Sebagai pewaris tinta para sarjana, sejuk hati dan mata memandang, apatah lagi telinga ini mendengar, setiap bait kata yang dilafazkan oleh para peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu baru-baru ini. Inilah citra BM sebagai bahasa ilmu.Meniti kita kepada nirmala kata saya yang ketiga; BAHASA MELAYU PEMANGKIN PERPADUAN.Konsep perpaduan telah lama diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sehingga hari ini, perpaduan masih lagi menjadi agenda utama negara di bawah Gagasan 1 Malaysia. Dengan bahasa yang sama, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tetap bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang agama, adat resam dan budaya yang berbeza. Selepas negara mencapai kemerdekaan, BM telah dijadikan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.BM juga telah menjadi agen penyatuan rakyat dari segenap ceruk rantau, kesatuan dan persatuan, sama-sama melupakan perbezaan ras dan dogma dalam perjuangan membebaskan Tanah Melayu dari belenggu kolonial serta meredakan kemelut perkauman dalam era pasca kemerdekaan. Bukankah Herodotus ada berpesan bahawa, bangsa yang melupakan sejarah, akan mengulangi sejarah. Oleh itu, fikir-fikirkan.Nirmala kata saya yang keempat dan terakhir; BAHASA MELAYU TERAS PEMBINAAN NEGARA BANGSA.BM telah menjadi asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang merdeka. Menurut Prof. Dr Teo Kok Seong, maruah bangsa Malaysia terletak pada martabat bahasa Melayu yang menjadi lambang kedaulatan pemerintah dan negara. Ini kerana, BM telah mendukung peranan penting sebagai bahasa peradaban dan tamadun tinggi pada suatu ketika dahulu. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, BM digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran dan undang-undang.Ironisnya, di Malaysia kita tidak perlu menjadi seperti Biscmark dan Machiavelli yang membina negara bangsa mereka dengan kuku besi, helah dan darah. Cukup sekadar, memartabatkan BM sebagai bahasa kebangsaan sebagai ramuannya.Sidang dewan sekalianIngin saya simpulkan, bahawa BM bukan semata-mata untuk Orang Melayu tetapi, untuk semua rakyat Malaysia lantaran bahasa mencerminkan identiti dan citra penuturnya. Daripada bahasa juga, lahir budi bahasa, ilmuan, keharmonian dan kecemerlangan bangsanya.Akhir kata dari saya.Anak jati Negeri SembilanUntuk menjadi bangsa yang dihormati dan disegani, BAHASA perlu dijulang tinggiYakinlah (nyanyi), Bahasa Jiwa Bangsa.Sekian, Wabillahitaufiqwalhidayah.Bahasa Jiwa Bangsa.

Andai patah sayap rajawali,bertongkat jua saya ke mari,bukan kerana ingin bermimpi,tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi Bahasa Jiwa Bangsa.

Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan.

Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.Bahasaditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara.Jiwapula merupakan roh atau nyawa. SeterusnyaBangsadapat didefinisikan sebagai j enis manusia daripada satu asal keturunan.

Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksudmilik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan.SesungguhnyaBahasaitu menunjukkanjati diri sesuatubangsa.Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatubangsa itu sendiri.

Yang kurik itu kundi.Yang merah itu saga,Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Apakahwasilahterpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas BahasaKebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa.Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.

Persoalannya kini, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa? Perlu dinyatakan di sini, hanya bahasa kebangsaan yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarakkan jati diri kebangsaan.

Tidak melayu hilang di duniaKata-kata keramat LaksamanaHangTuah ini mungkin hanya tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya.

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan BahasaKebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia.Komponen pertama, bahasa kebangsaan bahasa perpaduan.Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadiBahasa Lingua Francabagi negara-negara di kepulauan Melayu.Halini telah menjadi kebanggaan kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan taraf pembangunan yang dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini, Dasar BahasaKebangsaan telah mengiktiraf BahasaKebangsaan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setia purusan. Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan kita juga menetapkan bahawa BahasaKebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Denganadanya dasar-dasar ini,kita bukan sahaja dapat memastikan BahasaKebangsaan termaktub dalam perlembagaan,tetapi dapat dihayati dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat.

Warga pendengar yang budiman,

Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa peradaban moden. BahasaKebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia. Sekiranya diabaikan ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia.

BahasaKebangsaan juga adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum,agama,budaya dan bahasa ibunda. Sekiranya ini dilakukan secara bersama,maka gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri kitaYABDato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan.

Hadirin yang dimuliakan,

Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa berperanan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh masyarakat di seantero dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengamalkan Bahasa Melayu dalam apa jua perkara agar kita dapat menaikkan taraf BahasaKebangsaan kita seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkan serangkap pantun,

Sedap makan kacang kelisa,Buah peria pahit dan maung,Bahasa menggabungkan etnik bangsa,Satu Malaysia sama bernaung.

Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. BahasaKebangsaan harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020. Secara konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali,bahasa itulah yang menunjukkan bangsa.

Sekian terima kasih....... Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.

Bahasa Jiwa Bangsa

Teknik atau Cara Menulis Naskah PidatoPada uraian di atas telah dijelaskan bahwamenulis naskah pidatoharus melalui tiga kegiatan yaitu, mengumpulkan bahan, membuat kerangka, dan menguraikan isi naskah pidato secara terperinci. Penjelasannya adalah sebagai berikut.

a. Mengumpulkan BahanSetelah Anda meneliti persoalan dan merumuskan tujuan pidato serta menganlisis pendengar, maka Anda sudah siap untuk menggarap naskah pidato. Anda boleh mulaimenulis naskah pidatodengan menggunakan hal apa yang telah Anda ketahui mengenai persoalan yang akan Anda bicarakan/sampaikan. Jika hal ini Anda anggap kurang cukup, maka Anda harus mencari bahan-bahan tambahan yang berupa fakta, ilustrasi, cerita atau pokok-pokok yang konkret untuk mengembangkan pidato ini. Tidak ada salahnya Anda bertanya kepada orang/pihak yang mengetahui persoalan yang akan Anda bicarakan. Buku-buku, perturan-peraturan, majalah-majalah, dan surat kabar merupakan sumber informasi yang kaya yang dapat Anda gunakan sebagai bahan dalam rangka menguraikan isi pidato Anda.b. Membuat Kerangka PidatoKerangka dasar dapat Anda buat sebelum mencari bahan-bahan, yaitu dengan menentukan pokok-pokok yang akan dibicarakan, sedangkan kerangka yang terperinci baru dapat Anda buat setelah bahan-bahan selesai Anda kumpulkan. Dengan bahan-bahan itu Anda dapat menyusun pokok-pokok yang paling penting dalam tata urut yang baik, di bawah pokok-pokok utama tadi. Di dalam kerangka ini harus terlihat adanya kesatuan dan koherensi antarbagian Sebagai gambaran perhatikanlahcontoh kerangka pidatodi bawah ini.Contoh Kerangka PidatoInti dari kerangka pidato adalah: (1) pendahuluan, (2) isi, dan (3) penutup1. Pendahuluan: bagian pendahuluan memuat salam pembuka, ucapan terima kasih (bila ada yang diberi ucapan), dankata pengantaruntuk menuju kepada isi pidato;2. Isi: bagian ini memuat uraian pokok yang terdiri atas topik atau pokok utama dan sub-subtopik yang memperjelas atau menghubungkan dengan topik utama;3. Penutup: bagian penutup memuat kesimpulan, harapan (bila ada), dan salam penutup.c. Menguraikan isi pidatoDengan menggunakan kerangka yang telah Anda buat, ada dua hal yang Anda lakukan: (1) Anda dapat mempergunakan kerangka tersebut untuk berpidato, yaitu berpidato dengan menggunakan metode ekstemporan, dan (2) menulis atau meyusun naskah pidato secara lengkap yang Anda bacakan atau Anda hafalkan.Bagian-bagian yang terdapat dalam dalam kerangka pidato di atas akan dijelaskan lebih lanjut pada uraian berikut ini.Butir (1) dan butir(3), yaitu bagian pendahuluan dan bagian penutup tidak memuat inti pembicaraan atau isi pidato, sehingga tidak diuraikan secara terperinci di sini tetapi dapat dilihat langsung padacontoh naskah pidatosetelah bahasan ini selesai dibicarakan. Jadi, yang akan diperjelas secara rinci adalah bagian isi pidatod. Struktur Isi PidatoStruktur isi pidato adalah rangkaian isi pidato dari awal hingga akhir. Rangkaian ini disusun agar pidato berlangsung menarik dan tujuan pidato tercapai dengan baik. Ada beberapa cara merangkai isi pidato, antara lain: (1) mengikuti alur dasar pidato, dan (2) mengikuti pola organisasi pidato.(1) Alur dasar pidato, yaitu rangkaian isi pidato yang mengikuti alur dasar pidatoyang bergerak melalui tiga tahap: (a) tahap perhatian, yaitu tahap pertamayang dilakukan pembicara dengan baik; (b) tahap kebutuhan, yaitu tahapyang dilakukan pembicara dalam menjelaskan pentingnya masalah yang akandibicarakan sehingga pendengar akan berusaha memahami masalah atau hal-hal penting yang disampaikan pembicara. (c) tahap penyajian, yaitumerupakan tahap pembicara menyajikan materi pidato yang telahdipersiapkan melalui naskah kerangka pidato.Itulah tahap-tahap yang dilalui seorang pembicara dalam menyelesaikan pidatonya, tetapi penjelasan tahap-tahap di atas adalah tahap yang dilalui padajenis pidato informasi. Sekarang mari kita lihat beberapa pola organisasi pidato yang dapat Anda pilih!(2) Pola Organisasi Pidato, pola organisasi pidato dapat digolongkan ke dalamtiga tipe besar, yaitu (a) pola uraian; (b) pola sebab, dan (c) pola topik.Baiklah mari ikuti uraiannya.1. pola uraian; ada dua macam urutan yang digunakan untuk menyusun/menulis isi pidato, yaitu: urutan kronologis dan urutan ruang.Urutan kronologis, adalah susunan isi yang dimulai dari periode atau data tertentu, bergerak maju atau mundur secara sistematis. Sementara itu, urutan ruang adalah susunan isi yang berurutan berdasarkan kedekatan fisik satu dengan yang lainnya. Umpamanya, membicarakan mulai dari SD A kemudian menunjuk ke SD B yang letaknya paling dekat dengan SD A tadi, dan seterusnya.2. pola sebab; sebagaimana terlihat dari namanya, organisasi pidato yangmenggunakan pola sebab yang bergerak dari satu analisis sebab di saat inibergerak ke arah analisis akibat di masa yang akan datang, atau darideskripsi kondisi di saat ini bergerak ke arah analisis sebab-sebab yangmemunculkannya.3. pola topik; pola organisasi pidato yang menggunakan pola topikdilakukan apabila materi yang dibicarakan lebih dari satu periode ataukelompok. Oleh karena itu, di dalam isi pidato akan terdapat beberapasubtopik.Tahap-tahap Menyusun/Menulis Naskah PidatoAda beberapa tahap yang harus dilakukan dalammenulis naskah pidatoyaitu Memilih Subjek dan Membatasi Tujuan Umum Pidato1. Membatasi subjek untuk mencocokkan waktu yang tersedia, menjaga kesatuan dan kepaduan pidato2. Menyusun ide pokok menurut tahap-tahap urutan alur dasar pidato (perhatian, kebutuhan, kepuasan, dan lain-lain) atau menurut salah satu pola organisasi.3. Memasukkan dan menyusun submateri yang berhubungan di setiap pokok.4. Mengisi materi pendukung yang memperkuat atau membuktikan ide.5. Memeriksa draft kasar, untuk meyakinkan bahwa subjek telah cukup terekam dan mencerminkan tujuan khusus pidato.Nah demikianlahTeknik atau Cara Menulis Naskah Pidato,Jika anda ingin contoh pidato lengkap klik disiniKumpulan Contoh Pidato Lengkap.Musim penghujan, rumah anda belum ada kanopinya? KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAHAnak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai galakan, saya kerap pula diminta menyediakan teks pidato bagi tajuk-tajuk pidato spontan yang mereka mungkin akan terima pada hari pertandingan tersebut. Berikut merupakan beberapa teks pidato yang mungkin boleh menjadi panduan kepada para pelajar yang suka mengambil bahagian dalam pertandingan pidato.KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIANKebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya.Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri.Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya.Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan taulan.Orang yang mementingkan kebersihan akan tehindar daripada sebarang penyakit seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan cabang iman.Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana kebersihan lambing ketamadunan seseorang.KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMANegara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik.Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur yang ada di negara kita.Mengapa ini terjadi?? Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat digunakan??Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan banyak lagi.Jika semua pengguna mematuhi pertauran yang ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu.Sikap ini akan sentiasa diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan.Keselamatan semua pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna.Oleh itu, berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita.Sekian, terima kasih.FAEDAH MENABUNGBerapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap orang?Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.Maksudnya jika hari ini kita berjimat cermat, hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari kemudian.Menabung sangat penting.Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan yang diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa.Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja.Wang yang disimpan secara berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung pelajaran adalah tinggi.Ini membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita.Oleh itu marilah kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata orang sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.Sekian, terima kasih.KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANGTahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang?Bagaimana untuk mendapatkan makanan seimbang?Dan apakah kepentingan makanan seimbang?Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.Makanan seimbang amat penting untuk semua orang.Kegagalan individu mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ badan gagalberfungsi dengan baik.Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar.Pengambilan makanan berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang tajam.Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya konsentrasi pelajar di dalam kelas.Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang.Tanpa pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri.Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan.Terima kasih.KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUMKegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan.Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan unit beruniform.Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar.Antara manafaatnya adalah kegiatan kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan.Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan masa senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain, berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain.Ini membantu mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang rendah akhlak.Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik terutama kepada para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi.Bak kata orang; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.Kalau tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya!Sekian, terima kasih.

SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya warga dewan sekalian. Assalamualaikum wm..wbt...

Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan.Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa, 1Malaysia bolehlah ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya untuk kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

TAJUK PIDATO : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana,Dif-Dif Terhormat dan seterusnya hadirin hadirat sekalian.

Assalamualaikum pembuka bicara.Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Begitulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada hari ini. Sebelum lidah menerus bicara, izinkan saya mendefinisikan dahulu tajuk pidatoan ini.

Mengikut kamus dewan, alam sekitar ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi dan di langit.Tanggungjawab pula ditakrifkan sebagai amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh seseorang, manakala bersama pula diertikan sebagai semua yang terlibat.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau mencorakkan alam sekitar merupakan satu kesedaran dan tanggungjawab semua pihak. Bak kata pepatah hadirin-hadirat sekalian, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Maka segala usaha untuk membersihkan dan mencantikkan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.

Hadirin yang dihormati,

Negara kita Malaysia sedang dilimpahi dengan arus pembangunan yang maha hebat. Di sana sini mata dapat menikmati bangunan pencakar langit. Kita amat berbangga dengan arus pembangunan yang kita nikmati. Namun di sebalik pembangunan yang semakin rancak, janganlah pula kita leka dengan isu pembangunan alam sekitar kerana sesungguhnya kedua-dua pembangunan ini amat berkait rapat.

Hadirin yang dihormati,

Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga haiwan ternakan. Rasa tanggungjawab itu lebih daripada yang dituntut kerana menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan secara sendirian. Semua pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita tidak mahu menuding jari ke arah pihak lain sekiranya alam sekitar tercemar. Yang perlu kita lakukan adalah melihat ke dalam diri kita sendiri dan perlu bertanggungjawab untuk memulihara alam. Tahukah hadirin sekalian, fenomena tanah runtuh, jerebu, sungai dipenuhi sampah-sampah sarap dan dipenuhi toksid dan seribu lagi masalah berkaitan alam sekitar mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak menyayangi alam sekitar.

Kita sewajarnya mencontohi sikap masyarakat Jepun yang yang mempercayai semangat alam. Mereka percaya sekiranya alam sekitar sihat dan segar, manusia dan penghuninya juga demikian.

Hadirin yang dikasihi.

Wajah kita sebenarnya dapat dilihat daripada alam sekitar. Alam sekitar ialah imej kita. Alam yang cantik akan menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan ini secara tidak langsung hadirin sekalian, akan membantu dasar ekonomi Negara. Kita boleh beralih ke sector pelancongan untuk menarik pelabur luar. Oleh itu amat wajar sekiranya kita mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memelihara alam sekitar.

Hadirin yang dihormati,

Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar ?Sudah tentulah jawapannnya merujuk kepada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi pendidikan supaya mencintai alam sekitar. Manakala golongan dewasa pula diingatkan supaya menjadi teladan kepada golongan muda terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Para pengusaha perlu beringat dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya berusaha mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar lebih menarik. Mereka perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk sama-sama menjaga dan memelihara alam sekitar agar kelestariannya terpelihara. Jelaslah hadirin sekalian bahawa pendidikan menjadi teras kepada rasa tanggungjawab ini. Benar kata seorang pujangga Yunani, iaitu hanya pendidikan sahaja yang dapat mengubah alam ini. Kata-kata itu mengingatkan kita kepada rasa tanggungjawab yang lebih besar maknanya dalam konteks mencintai alam sekitar.

Hadirin sekalian.

Malaysia juga sebenarnya sudah mulai sedar tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar. Sambutan Hari Alam Sekitar yang disambut pada setiap 23 April menunjukkan kepekaan kita terhadap alam sekitar.

Berdasarkan hujah yang telah saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama. Kita tentu tidak mahu hidup kita diselubungi pencemaran. Yang kita perlu untuk tubuh badan kita ialah sumber makanan dan udara yang sihat. Oleh itu, untuk memastikan tubuh kita sihat, semuanya bergantung pada alam sekitar yang sihat.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua yang berada di dalam dewan ini agar sama-sama bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar. Renungilah bait-bait ini sebelum saya menutup bicara :Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawaDia dikelar manusia, yang jahil tentangnya.Sekian, terima kasih.

Nilai Strategis Pembelajaran SejarahOrang tidak akan belajar sejarah kalai tidak ada gunanya. Kenyataan bahwa sejarah terus ditulis orang di semua peradaban dan sepanjang waktu, sebenarnya cukup menjadi bukti bahwa sejarah itu perlu.Sekarang ini yang paling penting adalah bagaimana sejarah yang diajarkan di sekolah bisa memiliki peran strategis di dalam menanamkan nilai-nilai di dalam diri siswa sehingga memiliki kesadaran terhadap eksistensi bangsanya. Dalam pembangunan bangsa pengajaran sejarah tidak semata-mata berfungsi untuk memberi pengetahuan sejarah sebagai kumpulan informasi fakta sejarah, tetapi juga bertujuan menyadarkan anak didik atau membangkitkan kesadaran sejarahnya.Untuk mengemas pendidkan sejarah sehingga dapat menghasilkan internalisasi nilai diperlukan adanya pengorganisasian bahan yang beraneka ragam serta metode sajian yang bervariasi. Di samping itu gaya belajar subjek didik juga perlu mendapat perhatian, agar tidak kehilangan bingkai moral dan afeksi dari seluruh tujuan pengajaran yang telah ada. Karena tanpa bingkai moral, pengajaran sejarah yang terlalu mengedepankan aspek kognitif tidak akan banyak pengaruhnya dalam rangka memantapkan apa yang sering disebut sebagai jati diri kepribadian bangsa.Mata pelajaran Sejarah memiliki arti strategis dalam pembentukan watak dan peradaban bangsa yang bermartabat serta dalam pembentukan manusia Indonesia yang memiliki rasa kebangsaan dan cinta tanah air. Pembentukan kepribadian nasional beserta identitas dan jati diri tidak akan terwujud tanpa adanya pengembangan kesadaran sejarah sebagai sumber inspirasi dan aspirasi. Kepribadian nasional, identitas, dan jati diri berkembang melalui pengalaman kolektif bangsa, yaitu proses sejarah. Materi sejarah, sesuai dengan Permen Diknas no 22 tahun 2006:1. Mengandung nilai-nilai kepahlawanan, keteladanan, kepeloporan, patriotisme, nasionalisme, dan semangat pantang menyerah yang mendasari proses pembentukan watak dan kepribadian peserta didik2. Memuat khasanah mengenai peradaban bangsa-bangsa, termasuk peradaban bangsa Indonesia. Materi tersebut merupakan bahan pendidikan yang mendasar bagi proses pembentukan dan penciptaan peradaban bangsa Indonesia di masa depan3. Menanamkan kesadaran persatuan dan persaudaraan serta solidaritas untuk menjadi perekat bangsa dalam menghadapi ancaman disintegrasi bangsa.4. Sarat dengan ajaran moral dan kearifan yang berguna dalam mengatasi krisis multidimensi yang dihadapi dalam kehidupan sehari-hari.5. Berguna untuk menanamkan dan mengembangkan sikap bertanggung jawab dalam memelihara keseimbangan dan kelestarian lingkungan hidup.Pada dasarnya ada 2 tujuan pembelajaran sejarah , yaitu : tujuan yang bersifat ilmiah akademik sebagaimana disajikan dalam pendidikan profesional di perguruan tinggi, dan tujuan pragmatis yang digunakan sebagai sarana pendidikan dijenjang pendidikan dasar dan menengahDalam Permen Diknas No 22 tahun 2006 mengenai STANDAR ISI UNTUK SATUAN PENDIDIKAN DASAR DAN MENENGAH, disebutkan bahwa tujuan pembelajaran sejarah adalah sebagai berikut :1. Membangun kesadaran peserta didik tentang pentingnya waktu dan tempat yang merupakan sebuah proses dari masa lampau, masa kini, dan masa depan2. Melatih daya kritis peserta didik untuk memahami fakta sejarah secara benar dengan didasarkan pada pendekatan ilmiah dan metodologi keilmuan3. Menumbuhkan apresiasi dan penghargaan peserta didik terhadap peninggalan sejarah sebagai bukti peradaban bangsa Indonesia di masa lampau4. Menumbuhkan pemahaman peserta didik terhadap proses terbentuknya bangsa Indonesia melalui sejarah yang panjang dan masih berproses hingga masa kini dan masa yang akan datang5. Menumbuhkan kesadaran dalam diri peserta didik sebagai bagian dari bangsa Indonesia yang memiliki rasa bangga dan cinta tanah air yang dapat diimplementasikan dalam berbagai bidang kehidupan baik nasional maupun internasional.

PenutupProses globalisasi yang ditunjang dengan seperangkat piranti komunikasi dan informasi yang canggih, potensial menimbulkan seseorang mengalami dislokasi dan disorientasi. Identitas diri dan cultural sering kabur, karena adanya pelbagi ledakan kultural yang seringkali mengejutkan. Perubahan sosial yang bergitu cepat membutuhkan kepribadian yang kuat. Suatu pribadi yang mempunyai pijakan yang kuat dan orientasi yang jelas. Salah satu wahana untuk dapat mengatasi hal tersebut adalah memahami akar sejarah (historical roots) masyarakat secara utuh.Sejarah dapat memberi kontribusi pada kehidupan masyarakat luas pada umumnya dan peserta didik pada khusunya. Sejarah sangat diperlukan bagi proses pendidikan, terutama untuk memberi aspirasi dalam melatih kekuatan pikiran. Dengan cara tersebut peserta didik dapat terbuka pikirannya serta menyadari apa yang telah dilakukan, dipikirkan dan ditemukan orang.Pendidikan sejarah merupakan bagian integral dari usaha penanaman nilai-nilai yang fungsional untuk menanamkan pengetahuan. Pendidikan sejarah perlu mentransfer nilai-nilai etik dan moral yang mendasari cara berfikir, cara bersikap, dan berperilaku seseorang untuk mewujudkan keharmonisan kehidupan individu, kelompok masyarakat atau bangsa dalam membangun perdamaian, toleransi dan kesediaan menerima perbedaan. Jelas kiranya bahwa sejarah memiliki nilai didaktis yang mengajak generasi berikutnya dapat mengambil hikmah dan pelajaran dari pengalaman nenek moyangnya. Lagi pula, agar suri tauladan mereka dapat menjadi model bagi keturunannya.Nilai didaktik pengetahuan sejarah dalam pendidikan masa kini, kecuali membangkitkan kesadaran sejarah juga meningkatkan proses rasionalisasi serta melepaskan pikiran mitologis. Sejarah yang antroposentris menempatkan peran manusia sebagai pelaku dalam proses sejarah. Sudah barang tentu pengajaran sejarah membudayakan pada diri anak didik perspektif sejarah yang memberi kemampuan untuk melihat bahwa segala sesuatu adalah produksi dari perkembangan masa lampau.Eksistensi bangsa termasuk bangsa Indonesia mutlak harus dipertahankan dalam kehidupan masyarakat bangsa dunia. Pembangunan karakter bangsa (national character building) menjadi alternatif dalam mewujudkan generasi bangsa yang memahami jati diri bangsanya secara komprehensif. Salah satu upaya pembangunan karakter bangsa dapat dilakukan melalui pendidikan sejarah yang mulai diberikan sejak pendidikan dasar. Pendidikan sejarah diharapkan dapat memberikan wawasan berkenaan dengan peristiwa-peristiwa dari berbagai periode dalam upaya pembentukan sikap dan perilaku siswa.Sejarah mengajarkan kepada kita tentang perbuatan manusia pada masa lampau. Dari perbuatan-perbuatan masa lampau itu, kita dapat memetik pengetahuan, pemahaman, nilai-nilai, dan kecendrungan-kecendrungan peristiwa masa silam sebagai suatu pelajaran yang dapat dimanfaatkan pada masa kini. Di samping itu, perjalanan sejarah telah menghasilkan budaya kolektif suatu masyarakat yang diwariskan secara turun-temurun dan dapat dimanfaatkan sebagai pedoman bertingkah laku.