teks guru besar

3
TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA HARI GURU 2015 Bismillah……. Assalamualaikum wm..wbt.., Yang berusaha Yang berusaha Yang berusaha Yang dihormati, ___________________________________________________ AJK PIBG, barisan guru yang dedikasi seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allat S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita berhimpun pada hari yang berbahagia ini sempena Sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Guru pada hari ini adalah sebagai tanda pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru. Selaku Guru Besar ________________, saya ingin mengambil kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas segala pengorbanan dan sumbangan besar para guru terhadap murid-murid dan sekolah ini. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Upload: fadzlyrizal

Post on 07-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Teks Guru Besar sempena Sambutan Hari Guru

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Guru Besar

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA HARI GURU 2015

Bismillah…….

Assalamualaikum wm..wbt..,

Yang berusaha

Yang berusaha

Yang berusaha

Yang dihormati, ___________________________________________________

AJK PIBG, barisan guru yang dedikasi seterusnya murid-murid yang dikasihi

sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allat S.W.T kerana dengan izin dan

limpah kurnianya dapat kita berhimpun pada hari yang berbahagia ini sempena

Sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Guru pada hari ini adalah sebagai tanda

pengiktirafan kita yang tidak terhingga terhadap jasa dan sumbangan para guru.

Selaku Guru Besar ________________, saya ingin mengambil

kesempatan pada hari yang amat bermakna ini untuk mengucapkan Selamat

Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan

setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas segala pengorbanan dan

sumbangan besar para guru terhadap murid-murid dan sekolah ini.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

“Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak”. Begitulah tema hari

guru pada tahun ini. Pada pendapat saya, guru-guru di sekolah ini telah

memainkan peranan penting ke arah membina ilmu dan menyempurnakan

akhlak murid-murid. Apa yang saya lihat ialah para guru di sekolah ini bukan

sahaja menekankan aspek kurikulum dan kokurikulum semata-mata malah telah

berusaha untuk membangunkan modal insan dengan memberi tumpuan kepada

sistem nilai iaitu aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri para pelajar.

Page 2: Teks Guru Besar

Guru turut memainkan peranan yang signifikan kepada pembinaan dan

pembangunan sahsiah serta peribadi murid-murid bertepatan dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang menuntut agar para guru dapat melahirkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Hadirin yang saya muliakan,

Saya yakin dengan adanya guru-guru yang berdedikasi, proaktif, inovatif

dan ibu bapa yang prihatin maka Insha-Allah kejayaan pasti menjadi milik anak-

anak sekalian. Dengan keringat guru-guru ini, maka sekolah dapat melahirkan

insan yang mulia demi membina masa depan yang sejahtera.

Hadirin sekalian,

Bertitik tolak daripada sumbangan dan pengorbanan guru ini, maka

sewajarnya murid-murid dan masyarakat meraikan sambutan hari guru pada hari

ini sebagai menghargai warga pendidik . Bak kata pujangga tentang guru,

Dialah pemberi paling setia,

Tiap akar ilmu miliknya,

Pelita dan lampu segala,

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa, dia juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan  Selamat Hari Guru. Semoga

para guru sekalian akan terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus

menabur jasa kepada nusa dan bangsa.

Sekian, wabilahitaufiq wal-hidayah wassalam....