nota khas guru besar

141
NOTA KHAS GURU BESAR SEBUAH KOMPILASI NUKILAN PEMIKIRAN YANG DISAMPAIKAN DI DALAM MESYUARAT GURU SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 17 26400 BANDAR JENGKA PAHANG DARUL MAKMUR antara tahun 1997 – 2002 1

Upload: hamzah-mohamed

Post on 12-Jun-2015

1.432 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Nukilan pemikiran dalam memotivasi organisasi sekolah dalam menangani perubahan dan mencipta kecemerlangan keseluruhan...

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Khas Guru Besar

NOTA KHASGURU BESAR

SEBUAH KOMPILASI

NUKILAN PEMIKIRAN

YANG DISAMPAIKANDI DALAM MESYUARAT GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN JENGKA 1726400 BANDAR JENGKA

PAHANG DARUL MAKMUR

antara tahun1997 – 2002

HAMZAH B. MOHAMED

1

Page 2: Nota Khas Guru Besar

MELAKUKAN PERKARA BETUL KALI PERTAMA (DIRFT)DAN MEMBINA SIKAP MENTAL YANG POSITIF

1. Saya telah menyatakan bahawa pendekatan yang hendak kita gunakan di dalam usaha membina dan mewujudkan budaya kerja dan budaya sekolah yang cemerlang melalui empat ciri berikut:

i. DIRFT (Do It Right First Time) ii. Penambahbaikan Berterusan iii. Zero Defect atau Tanpa Cacat iv. Total Quality Education.

2. Keempat-empat ciri tersebut bukan senang dicapai tetapi harus diingat bahawa ianya TIDAK MUSTAHIL dilakukan jika setiap dari kita mempunyai sikap mental yang positif.

3. Sikap mental yang positif akan melahirkan perubahan tingkahlaku yang juga sudah tentu positif yang pada akhirnya akan membentuk tingkahlaku kumpulan dan seterusnya tingkahlaku atau prestasi organisasi yang pasti positif dan produktif.

4. Salah satu ciri orang yang bersikap positif ialah tidak pandai mencari dan memberi berbagai alasan malah sebaliknya sedia dan ingin mencuba sebarang tugas atau tang- gungjawab yang diberi dengan sehabis daya upaya dan dengan sebaik-baiknya.

5. Dalam pengajaran dan pembelajaran cabaran utama guru dari aspek DIRFT ialah memastikan anak didik diajar dengan betul, dan jika berlaku kesalahan, kesalahan tersebut diperbetulkan dengan serta-merta sehingga anak didik tidak melakukan kesilapan lagi. Dan aspek inilah kadang-kadang kita lalai atau anggap remeh menye- babkan berlakunya ‘kelemahan pembelajaran’ yang begitu ketara.

6. Bagi mencapai tahap DIRFT yang tinggi kita seharusnya memiliki integriti diri yang tinggi meliputi kejujuran, kebenaran, kebolehpercayaan, keikhlasan, kebertanggung- jawaban, kematangan dan kesetiaan.

7. Perkara-perkara yang berlawanan dengan yang tersebut di atas melambangkan sikap mental yang bukan positif. Muslihat adalah petanda dari kelemahan yang biasanya dilakukan bagi menutup kesalahan dan kelemahan.

8. Seperti kata Dr.Sidney Newton Bremer (1995):

“ Satu pembohongan seringkali memerlukan satu pembohongan lain sebagai usaha untuk menutup pembohongan pertama. Dalam jangka panjang kebenaran selalu mengalahkan pembohongan.”

9. Dalam hubungan ini kita sebagai guru-guru khususnya orang-orang mukmin harus

2

Page 3: Nota Khas Guru Besar

memahami aspek integriti diri dan kaitannya dengan prestasi diri secara menyeluruh seperti kata sepotong hadis Nabi S.A.W.

Mafhumnya: “ Tidak lurus iman seseorang hamba Allah itu sehingga lurus hatinya; dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya.” (Riwayat Ahmad Ibn Hanbal)

KOMITMEN INDIVIDU DAN KECEMERLANGAN ORGANISASI

3

Page 4: Nota Khas Guru Besar

1. Kecemerlangan perlukan reformasi di peringkat sekolah terutama menumpukan kepada faktor-faktor dalaman yang meliputi:

- dasar-dasar sekolah - amalan-amalan - tanggapan - sikap dan motivasi staf - matlamat dan kesetiaan serta pencapaian organisasi.

2. Reformasi perlukan penglibatan total seluruh staf bukannya bersifat invidualistik atau sekumpulan guru sahaja.

3. Setiap individu adalah anggota organisasi. Tingkahlaku individu merupakan tingkah- laku organisasi.Ertinya prestasi dan kecemerlangan organisasi adalah juga prestasi cemerlang seluruh anggotanya.

4. Organisasi yang cemerlang didukungi oleh anggota-anggotanya yang cemerlang terutama dalam aspek pengetahuan, sikap dan komitmen.

5. Bagaimanakah sepatutnya kita berperanan agar kecemerlangan diri dan kecemerlangan organisasi ini boleh dicapai? Secara ringkasnya kita perlu sedar di- samping menunjukkan komitmen seperti berikut:

- tingkatkan ilmu dan pengetahuan serta kesedaran - dengan ilmu pengetahuan kita ubah sikap mental - ubah tingkahlaku individu - ubah tingkahlaku kumpulan - akhirnya ubah tingkahlaku organisasi.

6. Nilai-nilai murni seperti mematuhi masa, hasil kerja yang berkualiti, menepati ‘deadline’ misalnya sukar dihayati jika kita tidak mampu mengubah sikap dan memberikan komitmen yang padu biar pun kita ‘mengetahui akan kebaikannya.’

7. Yang demikian kita sepatutnya bukan sahaja cemerlang dalam mengenalpasti aspek-aspek negatif organisasi kita seperti masih ramai murid-murid tidak pandai menulis, membaca dan mengira; tetapi kita seharusnya cemerlang pula dalam aspek mengubah semua yang negatif tersebut kepada positif.

8. Apabila kita menyedari hakikat kecemerlangan diri dan hubungannya dengan kece- merlangan organisasi sahajalah baru kita dapat menunjukkan komitmen dan iltizam bagi mencapainya.

9. Orang-orang yang mempunyai komitmen terhadap profesionnya tidak mudah berfi- kir atau bersikap atau pun bertindak seperti:

4

Page 5: Nota Khas Guru Besar

i. kepentingan peribadi mengatasi kepentingan organisasi ii. setiap ‘kerja’ yang dibuat sentiasa mahukan imbalannya iii. sangat berkira dalam aspek masa, tenaga atau wang ringgit iv. tidak mahu berkorban masa, cuti dan sebagainya demi meningkatkan pencapaian organisasi.

10. Seorang guru yang dedikasi dan komited tidak sekadar merasa sudah melaksanakan tanggungjawab apabila selesai mengajar tetapi seperti kata Hamdan Sheikh Tahir (1979):

“ Seorang guru yang berjiwa ikhtisas memandang lapangan perguruan bukan dengan kacamata hendak mendapat gaji dan mendapat cuti penggal, tetapi memandangnya dengan kacamata mahu berkhidmat, berbakti dan berjasa kepada masyarakat dan negara. Oleh itu khidmat guru bukanlah terhad kepada batasan jam, hari dan minggu. Tugas seorang guru tidaklah terhenti apabila murid-murid tidak berada di hadapannya di dalam bilik darjah. Seorang guru yang berjiwa ikhtisas sentiasa mengingati kepentingan murid-muridnya di mana-mana ia berada. Inilah bezanya di antara seorang yang menjadi guru dengan seorang yang bekerja sebagai guru.”

11. Oleh itu usahlah tanyakan ‘ apakah yang organisasi boleh berikan kepada kece- merlangan anda’; tetapi tanyalah ‘ apakah yang anda boleh berikan untuk kece- merlangan organisasi dan diri anda?’

PROFESIONALITI GURU KUNCI KEGEMILANGAN ORGANISASI

5

Page 6: Nota Khas Guru Besar

1. Kemajuan dan peningkatan prestasi sekolah sebagai organisasi pendidikan tidak mungkin tercapai tanpa wujudnya kemajuan dan peningkatan dari pihak guru-guru sendiri.

2. Setiap individu mesti boleh menyumbangkan secara aktif dan positif, boleh memain- kan peranan dan berfungsi sepenuhnya dengan tahap “profesionaliti” yang tinggi. Amat tidak wajar sebagai individu kita hanya jadi “passenger” sahaja. Kita mesti membantu segala proses mencapai ketrampilan, kecemerlangan dan kegemilangan.

3. Menurut Eric Hoyle (1980) profesionaliti bermaksud sikap dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh seseorang terhadap ‘profesionnya’ serta taraf pengetahuan dan ketrampilan dalam bidang pekerjaan itu.

4. Seseorang yang sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan kualiti pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya dikatakan mempunyai profesionaliti yang tinggi. Dengan lain perkataan guru itu melihat per- guruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu ‘pekerjaan’ tetapi sebagai ‘profesion.’

5. Profesionaliti guru dan prestasi sekolah akan menentukan imej sekolah di mata masyarakat dan jabatan pendidikan sendiri. Oleh itu kita harus sedar bahawa kitalah yang sebenarnya menentukan imej dan prestasi ini khususnya dari aspek Penilaian Tahap Satu (PTS) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) saban tahun.

6. Untuk itu kita mesti belajar menjadi individu guru yang mempunyai serta mengamal- kan ciri-ciri berikut:

(a) suka bekerja, penuh minat dan semangat (b) sedia bertanggungjawab kepada bidang tugas (c) berfikiran dan bersikap matang (d) menjadi contoh yang baik kepada rakan dan pasukan (e) menganggap dan melihat perubahan sebagai positif dan penting bagi kecemerlangan (f) tidak menyebar perkara-perkara tidak benar dalam apa jua perkara yang boleh menjejaskan usaha-usaha peningkatan yang dijalankan.

7. Menurut falsafah Confucius:

“ If you want to rule the country, first put your house in order; if you want to cultivate your morality, first put your heart right. To put your heart right, you must be SINCERE.”

8. Oleh itu supaya kita berbeza dari orang lain ( yang lebih berketrampilan dan ber- profesionaliti), Confucius menyatakan:

6

Page 7: Nota Khas Guru Besar

“ By nature, human being are more or less alike, it is through continuous LEARNING and PRACTICE that set them apart.”

VISI DAN WAWASAN MENGUBAH PEMIKIRAN DAN TINDAKAN

1. Visi dan wawasan sekolah bermaksud melihat (melalui minda) masa hadapan sekolah. Ia merupakan ‘gambaran visual’ tentang sekolah yang bagaimanakah yang akan dihasilkan atau yang diidamkan atau yang hendak dijadikan.

2. Kebolehan mengkonsepsikan sesuatu keadaan yang ingin dicapai melibatkan kebolehan‘kognitif’ dan ‘pemikiran konsepsual’.

3. Setiap wawasan perlukan perubahan (yang kadang-kadang amat tidak digemari oleh sesetengah orang) bagi mengatasi masalah dan kelemahan dengan tujuan mencapai matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

4. Wawasan juga dapat dikatakan sebagai obor yang membayangkan masa hadapan dan menjadi panduan bagi tindakan yang akan diambil.

5. Visi dan wawasan sekolah mesti didukungi oleh semua anggota organisasi dan kita harus sedar bahawa kejayaan organisasi bukan ditentukan kerana kerajinan, kesungguhan, kebulatan muafakat, kebertanggungjawaban anggota-anggotanya sahaja, tetapi kerana wujudnya kebolehan semua orang “mengongsi visi dan wawasan” yang sama.

6. Duke (1987) menyatakan:

“ Vision permits a leader to see beyond his or her immediate situation, to comprehend why things must be done in a certain way. Vision enables a leader to make decisions about how best to spend time, not just randomly responding to the demands of others. It prods school leaders to be proactive rather than reactive.”

7. Oleh itu perlulah kita boleh berkongsi visi dan wawasan sekurang-kurangnya dalam aspek-aspek berikut: i. Pengajaran-pembelajaran sentiasa di tahap yang bermutu dan berkesan. ii. Pengukuran dan penilaian jadi alat penting dan dirancang, disedia dan dilaksana- kan secara penuh profesionalisme. iii. Mendukung sistem dan proses serta menganggapnya satu perkara yang melibat- kan semua orang dan bagi kepentingan semua pihak

7

Page 8: Nota Khas Guru Besar

iv. Ketrampilan diri sentiasa dipertingkatkan dari segi teknikal, konsepsual dan juga kesaling-bergantungan. v. Menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan organisasi bukan kerana rasa terpaksa tetapi kerana kepuasan kendiri yang tinggi.

8. Dengan berkongsi visi dan wawasan kita dapat:

i. Mengubah (transform) organisasi daripada keadaan yang sedia ada kepada suatu kedaan lebih dinamik serta mempunyai matlamat pencapaian. ii. Menanamkan semangat bertanggungjawab untuk melakukan perubahan pada diri; yakni SIKAP, PEMIKIRAN dan PERLAKUAN. iii. Semai budaya baru di mana segala tenaga dapat digerakkan dan segala sumber dapat digunakan.

9. Seperti kata Garfield;

“ Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali kalau ada orang yang mengubahnya.”

KEPASTIAN KUALITI DAN PROSES DALAMPENGHASILAN OUTPUT YANG BERKUALITI

1. Kualiti dapat diertikan sebagai suatu keadaan yang cemerlang atau amat baik. Menurut istilah TQM kualiti diertikan sebagai sesuatu yang memenuhi kehendak- kehendak pelanggan atau/dan ‘stakeholders’.

2. Kehendak-kehendak ini diterjemahkan kepada standard-standard tertentu berasaskan ciri-ciri kualiti.

3. Output atau hasil yang berkualiti mestilah mematuhi standard-standard kualiti yang ditetapkan dalam setiap peringkat ‘proses’ pengeluaran atau penghasilan tersebut.

4. Dalam hubungan pengurusan kurikulum sama ada di peringkat bilik darjah, kumpulan atau kelompok dan seterusnya ke peringkat sekolah memerlukan ‘pengurusan yang berkualiti’ yang akan dipamerkan melalui kecekapan pentadbiran, kebolehan kakitangan, kelicinan sistem-sistem operasi dan sebagainya.

5. Amat tidak bijak jika kita semua sangat menyedari tentang HASIL atau OUTPUT sesuatu perkara tetapi dalam masa yang sama kita meremehkan “PROSES” bagi mencapainya. Inilah kekeliruan konsep kita dalam pendidikan berkualiti.

6. Dalam pengurusan kualiti fokus diberi kepada pembangunan sistem-sistem dan proses-proses kerja yang berkualiti. Ini kerana hanya sistem dan proses yang

8

Page 9: Nota Khas Guru Besar

berkualiti sahaja dapat menjamin penghasilan output yang berkualiti.

7. Dengan yang demikian salah satu prinsip pengurusan kualiti ialah “menekankan kepastian kualiti” yaitu menekankan kepada pencegahan daripada timbulnya masalah-masalah kualiti dalam penghasilan sesuatu output, melalui tindakan- tindakan yang dirancang dan sistematik.

8. Justeru itu barulah dapat dipastikan output yang dikeluarkan tidak mempunyai kecacatan (defect free) atau kesilapan (error free).

9. Kita boleh fikirkan sendiri apakah standard-standard kualiti yang perlu dipatuhi misalnya dari aspek masa, hasil kerja murid-murid kita, ketrampilan dalam 3M dan seumpamanya.

10. Robiah Sidin (1994) menyebut intepretasi tentang konsep kualiti ini sebagai berikut:

“...boleh diertikan bahawa pendidikan yang berkualiti itu ialah pendidikan yang berjaya menghasilkan pengeluaran pelajar mengikut standard atau kriteria- kriteria yang ditetapkan. Biasanya standard itu berdasarkan keupayaan kognitif

yang diterjemahkan dalam bentuk pencapaian dalam peperiksaan. Ungkapan ‘prestasi cemerlang’yang ditunjukkan oleh seseorang pelajar umumnya dikaitkan dengan pencapaian yang cemerlang apabila seseorang itu mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran tertentu... Jadi, untuk memperolehi pendidikan yang berkualiti seperti dibuktikan menerusi pencapaian yang tinggi dan cemerlang, maka proses mengajar dan belajar di sesebuah sekolah mestilah pula lengkap dan mencukupi.”

11. Jika kita benar-benar menyedari hakikat betapa pentingnya segala proses dalam pengajaran-pembelajaran khususnya adalah tidak mustahil aspek kualiti ini dapat dicapai. Umpama kata Newton Bremer;

“ There is no such thing as becoming a first class person by second and third class efforts.”

GURU PEMBENTUK SIKAP DAN KECEMERLANGAN PELAJAR

1. Pembentukan sikap yang positif, cemerlang serta prestasi yang tinggi merupakan salah satu aspek tugas murni guru-guru menerusi program kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

9

Page 10: Nota Khas Guru Besar

2. Sebahagian besar daripada kita telah melaksanakan tugas-tugas murni ini dengan baiknya namun begitu tidak kurang pula yang tidak menekankan pembentukan sikap yang cemerlang ini dalam proses pengajaran-pembelajaran.

3. Kita mungkin kurang sedar bahawa apa yang berlaku dalam aktiviti-aktiviti bilik dar- jah sebenarnya perlukan usaha gigih, komitmen dan ketrampilan dalam perkara- perkara seperti: - siapkan latihan atau kerja rumah sebaik mungkin - kesalahan ditegur dan diperbetulkan segera - pembetulan kerja murid dinilai atau diperiksa - latihtubi yang sesuai dari segi kuantiti dan kualiti dibuat - berikan pengukuhan negatif atau positif

4. Guru-guru patut menegaskan sifat-sifat seperti rajin, bersungguh-sungguh, mahu mencuba dan tidak mudah putus asa serta memberi perhatian rapi misalnya dalam pembentukan sikap dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

5. Untuk itu guru mesti menegaskan piawaian kerja atau tugasan yang tinggi dan meminta pelajar membuat semula tugasan jika tidak memuaskan. Dengan cara ini pelajar sentiasa diperingatkan tentang pentingnya amalan membuat kerja yang bermutu tinggi dan sempurna.

6. Semua ini tidak dapat direalisasikan jika guru sendiri tidak mempunyai ciri-ciri yang sama tersebut di atas kerana guru memainkan peranan penting. Komitmen guru dan kesanggupan mereka untuk sama-sama bertungkus lumus dengan pelajar mestilah ada.

7. Banyak penyelidikan yang dibuat membuktikan bahawa dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar, guru yang bersungguh-sungguh dan cekap adalah jauh lebih berkesan daripada guru yang hanya berprestasi cemerlang.

8. Cuba kita renungkan apakah kita telah menepati ciri-ciri seorang guru yang bersungguh-sungguh, cekap, beriltizam dan sebagainya? Apakah kita telah ‘berubah’, lebih kreatif dan innovatif, mempunyai senarai keutamaan tugas dan seumpamanya?

9. Jika kita masih banyak ruang kelemahan yang perlu diperbaiki adalah belum terlambat bagi kita memulakan langkah pertama ke arah pembentukan sikap cemerlang ini melalui mempelajari pengetahuan dan kemahiran baru, mengenalpasti matlamat hidup dan akhirnya menemui as-sakinah.

10.Semua ini sudah tentu perlukan kita bersikap sentiasa ingin belajar terutama aspek-as- pek yang belum kita ketahui.Penghalangnya adalah apabila kita merasakan kita sudah sangat mengetahui seperti kata-kata Epictetus (55-135 M);

10

Page 11: Nota Khas Guru Besar

“ It is impossible for anyone to begin to learn what he believes he already knows”

BUDAYA MEDIOCRITY PENGHALANGKECEMERLANGAN ORGANISASI

1. Mengajak orang melakukan perkara yang baik adalah agak sukar walaupun perkara yang baik itu sangat ‘simple’ sifatnya apatah lagi bagi melakukan perkara-perkara yang dianggap berat.

2. Kebiasaan yang kita lakukan selama ini tidak semestinya benar dan betul dari segi ikhtisas, tatatertib dan perhubungan pengurusan. Oleh itu memang sukar dan sakit untuk melakukan perubahan yang diperlukan bagi merobah keadaan yang tidak menggalakkan ini.

3. Budaya ‘mediocrity’ selama ini berlaku dalam kebanyakan organisasi - iaitu sikap ber- pada dan berpuas hati dengan keadaan yang ada merupakan penghalang kepada segala bentuk kecemerlangan apatah lagi dalam hubungan usaha negara khasnya Kementerian Pendidikan merealisasikan ‘ Pendidikan Bertaraf Dunia’.

4. Ciri-ciri budaya mediocrity ini antaranya:

* buat sesuatu asal ada sahaja. * sering sesuatu dianggap mudah, malah lebih buruk lagi sikap mempermudah- mudahkan. * lambat dalam bertindak; mematuhi ‘deadline’ tidak jadi budaya kerja. * ‘malu’ buat kerja yang terbaik, terkemas dan teratur tetapi tidak ‘malu’ buat yang sebaliknya. * wujudnya pemikiran ‘lepas tangan’

5. Bagi mengatasi kelemahan serta mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang baik maka beberapa langkah telah diambil bagi membetulkan ‘fokus profesionalisme’ seperti:

* penekanan kepada kurikulum dan pembelajaran * pencerapan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah * semakan pemeriksaan buku latihan murid-murid oleh GB dan GPK-GPK * mesyuarat guru setiap bulan dan perjumpaan khas yang kerap diadakan * perhimpunan lima minit setiap hari * disiplin guru dari segi kehadiran dan penyempurnaan tugas.

6. Oleh itu semua orang sewajarnya boleh memahami dan seterusnya menghayati bahawa pengurusan “core business” kita di sekolah hari ini perlukan setiap dari kita lebih komitmen serta bertindak pantas setiap detik dan waktu.

11

Page 12: Nota Khas Guru Besar

7. Sempena tahun baru ini marilah kita menghapuskan segala pemikiran singkat dan sempit dan unsur-unsur budaya mediocrity yang wujud sebelum ini. Perbaikilah sikap, cara berfikir dan bertindak sama ada secara individu, kelompok, kumpulan atau organisasi.

8. Peringatan daripada Imam Al-Khalil bin Ahmad amat berguna kita jadikan renungan:

“ Terdapat empat jenis manusia. Ada manusia yang mengetahui dan tahu mereka mengetahui. Tanyalah (belajar) pada mereka. Ada manusia yang mengetahui dan tidak tahu bahawa mereka mengetahui. Mereka ini pelupa. Ingatkan mereka! Ada manusia yang tidak menge- tahui dan tahu bahawa mereka tidak mengetahui. Mereka perlukan petunjuk. Ajarilah mereka. Dan ada manusia yang tidak mengetahui dan tidak tahu pula bahawa mereka tidak mengetahui. Mereka jahil. Hindarilah mereka!”

- (Keagungan Ilmu: Franz Rosenthal, m.s. 288)

KEMAJUAN PENCAPAIAN DAN BUDAYA SEKOLAH

1. Usaha mewujudkan satu budaya sekolah yang lebih positif adalah diperlukan bagi pembangunan kemajuan sesebuah sekolah atau pembangunan organisasi bukanlah dicapai dengan tumpuan kepada kemudahan fizikal sahaja tetapi tidak menjamin pencapaian produktiviti yang tinggi.

2. Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa kemajuan dan produktiviti dicapai kerana tumpuan kepada budaya sekolah yang antaranya merangkumi:

12

Page 13: Nota Khas Guru Besar

i) interaksi pelajar dan guru ii) sikap dan kepercayaan (yang jadi amalan) iii) tradisi yang diamalkan iv) proses pengajaran di bilik darjah

3. Dalam semua nota khas saya telah menyampaikan “message” ini sama ada secara tersurat atau tersirat. Tajuk dan tema yang disentuh sebelum ini semuanya menjurus ke arah pembentukan budaya kerja, budaya belajar dan budaya sekolah yang dimaksudkan itu.

4. Secara jujur kita harus menyoal diri sendiri sejauh manakah kita telah memahami dan seterusnya menghayatinya?

5. Penilaian tidak bergantung kepada persepsi semata-mata tetapi bergantung kepada prinsip, objektif, dan bukti-bukti nyata yang berlaku. Sebagai contoh kita masih: i) sukar mematuhi garispanduan yang paling asas ii) tidak ada “seriousness” dalam aspek-aspek yang sangat memerlukannya iii) ada unsur megah kalau kita orang yang paling lewat siapkan sesuatu tugas dan seumpamanya iv) berfikiran bahawa kita tidak perlu tunjukkan ‘penglibatan’ atau ‘terlibat’ dalam aktiviti organisasi (yang kita sendiri adalah ahlinya).

6. Dr. Hussein Mahmood (1993) menyebut:

“ Sebenarnya, budaya sekolah bukanlah dicorakkan oleh budaya pelajar yang berlainan latar belakang dan kebolehan. Sebenarnya budaya sekolah wujud daripada sistem sekolah melalui amalan pengurusan, pengajaran dan interaksi antara satu sama lain. Jika kita mahu menghalusi budaya sekolah ini, kita boleh melihat beberapa sistem yang lain, seperti sistem komunikasi pengetua dengan guru, sistem pepriksaan dan penilaian, sistem kawalan dan keselamatan, sistem penggunaan kemudahan sekolah, sistem pengaliran pelajar dan pelbagai lagi. Sistem-sistem ini sebagai komponen budaya sekolah sewajarnya dikaji dan diperbaiki sekiranya pihak sekolah ingin mencapai kemajuan.”

7. Yang demikian kita sewajarnya dapat berperanan dan menyumbang secara penuh kese- daran dan iltizam supaya kemajuan pencapaian merupakan ‘milik bersama’ dan yang lebih penting daripada itu supaya tidak ada seorang pun yang akan ‘ketinggalan bas’!

MENCEGAH BERLAKUNYA KESILAPAN LEBIH BAIKDARIPADA MEMBETULKANNYA

13

Page 14: Nota Khas Guru Besar

1. Paradigma bermaksud dan boleh diertikan sebagai suatu model,teori,persepsi, tanggap- an atau’frame of reference’. Dalam pengertian yang umum paradigma adalah cara kita ‘melihat’ dunia - bukan dari segi deria penglihatan visual tetapi dari segi menerima, memahami dan mentafsir.

2 Dalam mengejar kecemerlangan terutama kecemerlangan akademik salah satu aspek penting yang tidak boleh dipandang remeh ialah ‘KUALITI’ yang amat berkait rapat dengan paradigma kita menampilkan tahap kecekapan dan keberkesanan dalam setiap aspek tugas dan kerja kita.

3. Kualiti mesti menjadi agenda utama dan teras budaya kerja kita sehari-hari terutama bidang tugas yang amat biasa kita lakukan seperti:

i) kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran ii) kualiti dalam pemeriksaan hasil kerja murid iii) kualiti dalam menggubal soalan ujian dan penilaian iv) kualiti dalam pengurusan masa (time management) dan pengurusan diri v) kualiti dalam hasil kerja diri sendiri.

4. Kesilapan atau kesalahan sebenarnya boleh dielakkan jika kita mengamalkan sikap “Prevention is better than cure” yakni satu sifat dalaman diri yang tidak membenarkan terjadinya ‘kesilapan’ dan berusaha sungguh-sungguh bagi mempastikannya tidak ber- laku.

5. Kesilapan atau kesalahan terjadi kerana wujudnya dua faktor iaitu : i. kurangnya pengetahuan ii. kurangnya perhatian.

6. Philip Crosby dalam Quality Without Tears menyatakan;

“ Lack of attention must be corrected by the person himself, through an acute reappraisal of his or her moral values. Lack of attention is an attitude problem. The person who commits himself or herself to watch each detail and carefully avoid error takes the giant step toward setting a goal of Zero Defects in all things.”

7. Oleh itu kita haruslah berusaha supaya aspek pencegahan berlakunya kesilapan dan kesalahan diberi keutamaan. Ciri beri perhatian serius boleh kita jadikan tabiat diri yang positif jika diiringi dengan ‘will power’ yang kuat yang akhirnya menjadi amalan seperti kata perumpamaan Melayu, “ Alah bisa tegal biasa.”

14

Page 15: Nota Khas Guru Besar

PEMUPUKAN NILAI POSITIF PERLUKANKESUNGGUHAN DAN KETEGASAN

1. Peranan yang dimainkan oleh guru-guru bagi mendukung sistem pendidikan KBSR dan KBSM amat penting dalam memberi penekanan dan pemupukan nilai-nilai positif yang seimbang melalui perkembangan jasmani, mental, rohani, moral, afektif, emosi, estetika dan sosial.

2. Sistem pendidikan negara yang berasaskan perspektif bersepadu merangkumi perkem- bangan domain kognitif, psikomotor dan afektif seseorang murid mestilah diberi galakan secara menyeluruh.

3. Untuk itu kita perlu menyedari bahawa di samping tugas pengajaran dan pembelajaran yang utama, guru-guru tidak boleh lari dari tugas-tugas dan tanggungjawab penyisipan, penerapan dan pemupukan nilai-nilai positif seperti kebenaran, keadilan, kesetiaan, kerajinan, kebersihan, bekerjasama dan lain-lain lagi dalam semua program dan aktiviti di peringkat bilik darjah atau sekolah.

4. Adalah tidak wajar sama sekali jika kita sendiri tidak dapat memahami dan seterusnya mengongsi visi yang sama dalam objektif mencapai kecemerlangan dan ketrampilan apabila kita bersikap dan bertindak:

i) Tidak serius malah tunjukkan sifat main-main. ii) Tidak menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran dalam proses melakukan penilaian sesuatu perkara. iii) Tunjukkan unsur mempersendakan objektif aktiviti atau program yang diatur (kriteria penting dianggap remeh). iv) Gagal mengajar nilai-nilai murni kerana diri kita dipengaruhi oleh nilai negatif yang tidak wajar diamalkan. v) Menjadi duri dalam daging kepada organisasi.

5. Sebagai anggota organisasi yang mempunyai matlamat tertentu terutamanya mewujud- kan suasana yang kondusif bagi pembentukan budaya sekolah dan budaya kerja yang mapan kita mestilah sama-sama boleh mempengaruhi rakan sejawat kita ke arah yang lebih positif dan produktif dan mestilah dapat dibuktikan secara jelas dan nyata.

6. Mempunyai pemikiran yang tepat haruslah dijadikan prinsip bekerja kita supaya kita tidak tergolong ke dalam kelompok pemikiran “bebalisme” seperti disenaraikan oleh Syed Husein al- Attas dalam Intellectuals In Developing Societies (1977): i. Tidak mampu mengenali masalah. ii. Jika diberitahu, dia tidak berupaya menyelesaikannya.

15

Page 16: Nota Khas Guru Besar

iii. Tidak mampu mempelajari apa yang diperlukan, malah tidak memiliki kemahiran belajar. iv. Tidak mengaku kebebalannya. v. Tidak boleh menghubung-kaitkan sesuatu dalam konteks ruang dan waktu dan dengan faktor lain. vi. Hanya memberikan tindakbalas kepada suasana sementara.

vii. Berfikir hanya melalui sebab terhad dan tidak melalui urutan sebab-

akibat. viii. Terpenjara dengan tabiat sendiri tanpa berfikir secara kritis tentang asas pemikirannya. ix. Tidak berfikir dengan mendalam. x. Tidak konsisten. xi. Tidak mempunyai tenaga akal dan hanya menurut apa yang mudah. xii. Tidak berupaya berbicara dengan abstraksi yang tinggi tanpa menentang hakikat.

MENGATASI KELEMAHAN DAN KEMEROSOTAN PERLUKANKOMITMEN PADU SELURUH GURU

1. Mengangkat imej sekolah terutamanya aspek pencapaian akademik pelajar-pelajar merupakan cabaran utama semua guru.

2. Kelemahan pengurusan kurikulum sama ada secara makro atau mikro mestilah ada

16

Page 17: Nota Khas Guru Besar

puncanya dan jika punca-punca ini tidak dikenalpasti dan diatasi secara total selagi itulah kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki.

3. Antara petunjuk yang boleh kita gunakan dalam mengenalpasti kelemahan-kelema- han tersebut adalah seperti:

i. latar belakang prestasi beberapa tahun kebelakangan ii. fokus pengajaran dan pembelajaran jelas atau tidakiii. komitmen guru menyeluruh atau sebahagian sahajaiv. sistem pengurusan kurikulum berkesan atau tidak v. sistem pengesanan yang konsisten dilakukan atau tidak.

4. Pemikiran atau budaya memberi tumpuan kepada tahap terakhir dalam satu-satu pe- ringkat persekolahan sahaja misalnya UPSR, bukan kepada keseluruhan peringkat persekolahan yang bermula di tahap satu, adalah punca wujudnya keadaan kadar buta huruf yang tinggi, penguasaan kemahiran yang dhaif, kemahiran belajar yang rendah serta semangat belajar yang longlai di kalangan pelajar-pelajar.

5. Tidak wajar kita beranggapan hanya segelintir guru-guru sahaja yang ‘bertanggung- jawab’ kepada kejayaan pelajar-pelajar padahal sebenarnya semua orang adalah ber- tanggungjawab dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti sejak dari tahun satu lagi.

6. Bruce Ross-Larson dalam bukunya Malaysia 2000 - A Preliminary Inquiry (1978) menyatakan:

“ The single thing holding back students, and hence the entire system, is their present ineptitude in basics. There must therefore be greater insistence that teachers do what they are paid for. Teachers must respect their students sufficiently to insist that students learn the requisite basic skills. The practice of passing on ill-equipped students to the next standard or form must be abolished.”

7. Oleh itu sebenarnya tidak patut ada orang berfikiran yang ia tidak terlibat atau ter- pinggir dalam apa jua program dan aktiviti peningkatan pencapaian dan imej seko- lah.

8. Guru-guru mengajar tahun satu, dua dan tiga adalah sama penting (kalau pun tidak lebih penting) dengan guru-guru yang mengajar tahun empat, lima dan enam. Jihad memerangi ‘kelemahan dan kemerosotan’ pencapaian akademik hendaklah jadi tugas dan tanggungjawab semua orang.

9. Mulai sekarang marilah kita mengubah paradigma lama kita kepada paradigma baru, membina aspek-aspek positif “inner-self” kita lebih daripada aspek-aspek yang negatif, memupuk dan memantapkan kekuatan daripada menghimpun kelemahan, agar kejayaan pelajar-pelajar kita juga adalah kejayaan kita sebagai guru-guru yang

17

Page 18: Nota Khas Guru Besar

cemerlang.

PROFESIONALITI DAN DISIPLIN KENDIRI KE ARAHKECEMERLANGAN ORGANISASI

1. Kemajuan, peningkatan pencapaian atau prestasi sesebuah sekolah berhubung rapat dengan kualiti diri, profesionaliti dan ketrampilan guru-guru dalam memberikan pen- didikan yang berkesan dan bermutu setiap waktu.

2. Namun begitu lumrahnya kita mudah leka atau alpa malah kadang-kadang hilang punca hingga kita sebagai guru-guru merasa sudah cukup melaksanakan tugas, tang- gungjawab dan peranan pada hal sebenarnya masih banyak aspek yang tidak diberi perhatian, yang perlu dinilai semula atau refleksi diri.

3. Salah satu sikap yang menghalang kita meningkatkan disiplin diri dan budaya kerja ialah apabila kita tidak dapat menerima hakikat wujudnya ‘kelemahan’ yang begitu jelas dilakukan. Sebagai contoh antaranya:

i. arahan pentadbiran atau kehendak pekeliling (yang sangat jelas) tidak dilaksanakan.

i. bidang tugas yang berkaitan secara langsung dengan kita tidak kita ambil tahu atau seolah-olah tidak tahu.

iii. tidak berani mengingatkan atau menegur rakan sejawat dalam hal-hal yang amat wajar kita berbuat demikian.

iv. wujudnya sindrom ‘kerana hendak ambil hati (tetapi) akhirnya kerja tak jadi’.

iv. akhirnya berlaku keadaan yang tidak sistematik, kekaburan konsep dan hierarki yang tidak jelas yang membawa kepada kelemahan yang menyeluruh

di dalam semua segi.

4. Kita seharusnya memiliki tahap profesionaliti yang tinggi agar bukan sahaja kepen- tingan anak didik kita terjamin dan terpelihara tetapi juga imej dan disiplin kendiri dan motivasi diri yang tinggi dan cemerlang boleh dicapai.

5. Antara ciri-ciri profesionaliti guru yang dimaksudkan adalah:

i. laksanakan tugas dan tanggungjawab seikhlas mungkin.i. sentiasa amalkan disiplin kendiri yang terbit dari lubuk hati nurani yang

bersih (bukan kerana orang).iii. tahap dan mutu pengajaran dan pembelajaran di aras yang tinggi biarpun

ketika ketiadaan ketua.iv. sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua

18

Page 19: Nota Khas Guru Besar

perkara.

v. memahami dan mematuhi peraturan yang ada tanpa perlu diberi peringatan atau teguran.

6. Oleh yang demikian guru-guru haruslah menunjukkan profesionaliti yang benar-benar utuh dalam membina iklim pembelajaran yang kondusif disamping memiliki darjah keprihatinan yang tinggi terhadap apa yang terjadi dan tidak terjadi kepada anak didik kita.

7. Dalam lain perkataan, guru yang mempunyai profesionaliti yang tinggi “ sentiasa membantu murid-muridnya menjadi yang terbaik,” seperti kata Maslow (1976);

“ The function and the goal of education, in less technical way, is helping the person to become the best that he is able to become.”

FUNGSI PENYELIAAN DAN PENILAIAN BAGI MENINGKATKANMUTU PENGAJARAN GURU

1. Penilaian boleh dianggap sebagai proses mengumpul maklumat bagi digunakan sebagai asas membuat keputusan atau tindakan lanjut.

2. Kegunaan maklumat-maklumat tersebut termasuklah:

i. Meningkatkan pembelajarn murid.

19

Page 20: Nota Khas Guru Besar

i. Meningkatkan prestasi pengajaran guru.i. Merancang aktiviti P&P yang berkesan.ii. Memperbaiki atau mengubahsuai program yang sedang berjalan.iii. Merangka dan memulakan program baru.

3. Fungsi terpenting penyeliaan dan penilaian harus difahami supaya dapat meningkat- kan kualiti proses pengajaran-pembelajaran kerana gurulah sebenarnya yang bertang- gungjawab meningkatkan pembelajaran murid melalui aktiviti P&P secara bersepadu dan menyeluruh.

4. Pembelajaran adalah matlamat utama sistem pendidikan negara dan kerana itu seko- lah (dan guru) adalah bertanggungjawab atau akauntabel terhadap kemajuan pelajar- pelajarnya. Di sini akauntabiliti bererti apabila seseorang itu dapat memberi jawapan terhadap sesuatu yang berlaku atau terjadi.

5. Oleh itu penilaian jadi alat untuk akauntabiliti yang dimaksudkan itu. Jadi matlamat sebenar penilaian ialah untuk membentuk sifat serta sikap yang positif di pihak guru- guru supaya mahu meningkatkan lagi mutu pengajaran dan juga mengubah tingkah laku jika perlu.

6. Penyeliaan adalah prasyarat untuk penilaian yang akauntabel. Secara spesifik tujuan penilaian adalah:

i. Meningkatkan pengajaran dengan mengenalpasti cara-cara mengubah sistem, persekitaran dan tingkah laku pengajar.

i. Melindungi pelajar-pelajar daripada mendapat pengajaran yang tidak ber- mutu.

iii. Mengutip maklumat agar sistem pendidikan boleh diubahsuai secara tersu- sun dan rasional.

iv. Mengutip maklumat supaya pentadbiran dan guru boleh merancang prog- ram-program meningkatkan profesion perguruan.

7. Berdasarkan rekod penyeliaan atau pencerapan pengajaran-pembelajaran di bilik darjah yang dibuat dalam tahun 1993, 1994, 1995 dan 1996 didapati masih kedapat- an teguran atau cadangan tidak diambil endah atau tidak berubah ke arah yang lebih positif. Situasi yang ditemui antaranya:

i) 60% masa bersifat “berpusatkan guru”.i) Pengajaran Bahasa Inggeris tidak gunakan bahasa tersebut sepenuhnya.

i) Guru tidak bekalkan kerja rumah.ii) Guru guna bahasa /loghat daerah.i) Tidak catat segi kuantiti latihan bertulis dalam BRM.

i) Tidak buat demonstrasi sewaktu P&P.i) Tidak buat rekod prestasi (PKBS).i) Tiada latihan/penilaian terhadap pencapaian objektif.

20

Page 21: Nota Khas Guru Besar

8. Oleh itu amatlah diharapkan kita dapat mengubah aspek-aspek yang masih didapati kurang berkesan atau kurang menggalakkan dalam proses pengajaran-pembelajaran kepada tahap yang lebih positif dan berkesan secara menyeluruh dan berterusan.

PERUBAHAN KE ARAH KEBAIKAN DAN PENINGKATAN

1. Semua peraturan, tatacara atau prosidur yang dibuat adalah dengan beberapa tujuan antaranya mematuhi prinsip dan garispanduan bagi membentuk budaya gemilang di kalangan anak didik dan guru-guru sendiri.

2. Bagi mencapai tahap budaya gemilang ini maka kita haruslah boleh mengubah bebe- rapa pendekatan yang diguna pakai ke arah yang lebih berkesan.

3. Untuk maksud itu ciri-ciri berikut perlulah ada dan dapat dihayati dengan baik:

i) jelas konsep dan matlamat ii) dasarkan prinsip yang betul

iii) dapat berkongsi visi dan wawasaniii) tindakan dan halatuju yang seragam dan tekaliii) sentiasa positif dan optimistikiii) dasarkan ‘APA’ yang betul bukan ‘SIAPA’ yang betul.

4. Unsur-unsur kelemahan mestilah dikenalpasti sebelum tindakan perubahan dapat di- lakukan. Oleh itu kita harus menerima ulasan dan teguran yang berkaitan jika kita mahukan peningkatan ke arah yang lebih baik sama ada aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran mahu pun aspek-aspek aktiviti luar bilik darjah.

5. Dengan demikian kita guru-guru mestilah berkebolehan melihat semua ini secara ‘menyeluruh’ bukannya secara ‘terasing’ antara satu-satu aspek dengan aspek yang lain. Banyak contoh yang boleh kita fikirkan sendiri.

6. Dalam melakukan perubahan kita harus bijak dan tahu sebenarnya apa yang kita ubah bukan sekadar mahu membuat perubahan. Ini bergantung kepada sejauh mana seseo- rang itu memahami soal ‘PRINSIP’ dan ‘CONCEPTUAL CLARITY’ berhubung satu-satu perkara itu.

7. Semua kita mempunyai potensi untuk melakukan perubahan ke tahap yang lebih posi- tif dalam banyak aspek sama ada aspek peribadi atau pun organisasi, yang meliputi hal-hal seperti: i) motivasi dalaman diri

ii) pengurusan masaii) ketepatan fokus

21

Page 22: Nota Khas Guru Besar

ii) disiplin kendiriiii) keberkesanan dan ketrampilan diri

8. Sebenarnya belum terlambat untuk kita belajar sesuatu yang baru dalam apa jua bi- dang lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kerjaya kita, kecuali wujudnya perasaan sudah tidak perlu belajar lagi seperti kata Epictetus (55 - 135 M);

“ It is impossible for anyone to begin to learn what he believes he already knows.”

MENJAGA REPUTASI DIRI DAN ORGANISASITANGGUNGJAWAB SEMUA

1. Organisasi diwujudkan bagi mencapai matlamat dan objektif tertentu yang telah ditetapkan melibatkan individu dan kumpulan yang saling bergantungan antara satu sama lain.

2. Peranan dan pentingnya setiap individu tidak dapat dinafikan dalam hubungan mem- bentuk dan mewujudkan organisasi yang cemerlang dan gemilang.

3. Oleh itu semua orang adalah penting. Maksudnya tidak patut ada orang bersikap

22

Page 23: Nota Khas Guru Besar

‘tidak apa’ terhadap kepentingan organisasi.

4. Sebagai orang-orang yang dianggap profesional kita seharusnya boleh menyumbang kepada kegemilangan organisasi dalam berbagai aspek terutamanya mengangkat imej yang tinggi perlukan ciri-ciri berikut antaranya:

i) Komitmeni) Dedikasii) Rasa kepunyaan (Sense of belonging)ii) Wujud rasa terpanggil yang tinggii) Keikhlasan

5. Bagaimana kita menilai tahap komitmen, dedikasi, sense of belonging ini umpama- nya? Secara ringkas kita boleh menilai diri menerusi ciri-ciri berikut:

i) Ada rasa keterlibatan dalam semua aktiviti organisasi.i) Menyokong aktiviti yang dijalankan oleh organisasi.i) Rela berkorban sedikit ruang waktu bagi melahirkan bahawa kita adalah

satu pasukan.iv) Kuantiti hasil kerja, mutu kerja,keberkesanan kos dan pelaksanaan pera-

turan dan arahan pentadbiran.

6. Anak didik kita sentiasa memerhati dan menilai setiap guru yang berinteraksi dengan mereka dalam seluruh sistem dan budaya sekolah yang kita pamerkan sepanjang wak- tu. Semua ini akan menjadi suatu bentuk penilaian terhadap reputasi kita sebagai guru. 7. Tindak tanduk dan tingkah laku kita akan jadi ikutan dan teladan. Malang sekali jika reputasi kita terjejas di mata dan di hati anak didik kita nanti bahawa kita:

- Bukan guru yang berwibawa tapi penuh helah dan tipu daya. - Bukan guru yang dedikasi tapi orang yang nafsu-nafsi. - Bukan guru yang hendak mengajar tetapi guru yang songsang ajar. - Bukan guru yang berempati tetapi guru yang tidak mengerti. - Bukan guru yang dihargai tetapi guru yang dilupai. - Bukan guru yang dinanti-nanti tetapi guru yang dihindari. - Bukan guru yang memberi erti tetapi guru yang tidak berisi. - Bukan guru yang sejati tetapi guru yang tidak kenal DIRI!

8. Pengaruh dan unsur-unsur yang merugikan diri dan organisasi harus dikenalpasti dan dihindari agar keutuhan diri dan organisasi sentiasa dipelihara melalui pendekatan:

i) Mendukung sistem dan proses serta menganggapnya satu hal yang melibatkan semua orang dan bagi kepentingan semua pihak.

ii) Meningkatkan ketrampilan diri dari segi teknikal, konsepsual dan kesaling- bergantungan.

iii) Menyumbang kepada kemajuan organisasi bukan kerana rasa terpaksa tetapi

23

Page 24: Nota Khas Guru Besar

kerana kepuasan kendiri yang tinggi.

9. Sidney Newton Bremer menyatakan bahawa “weak habit-of-thought” adalah punca kepada semua kelemahan dan ketidakbahagiaan manusia. Menurutnya lagi:

“ Since the key to every man is his thought, let us become accurate thinkers.”

10.Untuk itu kita wajar melakukan penilaian kendiri bagi menyingkirkan unsur-unsur buruk agar tidak menjadi seperti kata perumpamaan Melayu;

* Dengar cakap enggang telan buah belolok, dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

* Langit berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir jadi hamba orang.

CIRI BERPAKSIKAN PRINSIP MENGUBAH BUDAYAMEDIOCRITY ORGANISASI

1. Setiap ibubapa dan penjaga mempunyai hasrat yang tinggi terhadap kecemerlangan anak-anak mereka di sekolah. Begitu juga setiap orang guru berhasrat agar anak didik mereka mencapai kegemilangan dalam pendidikan yang biasanya diukur dari aspek pencapaian akademik.

2. Sekadar berhasrat atau menaruh harapan adalah tidak memadai jika aspek-aspek yang ‘fundamental’ tidak diberi perhatian atau tumpuan secara serius.

3. Kecemerlangan memang sukar dicapai tetapi ianya bukan perkara yang mustahil ter- jadi jika unsur-unsur ‘seriousness’, ‘strictness’, ‘timeliness’, dan ‘faithfulness’

24

Page 25: Nota Khas Guru Besar

misalnya dapat diterapkan dalam setiap proses dan peringkat pembelajaran.

4. Bagaimana kita mengenali unsur-unsur ini sudah dihayati atau tidak terutamanya dalam hasil kerja-kerja kita? Sebagai contoh antaranya boleh dikesan seperti berikut:

i) Tak dapat bezakan mana yang prinsip mana yang bukan prinsip.ii) Tidak dapat ubah cara kerja kerana masih belum faham-faham hala tuju

organisasi dan situasi semasa.iii) Menyangka amalan sebelumnya sudah betul dan tepat tetapi sebenarnya

tidak betul malah melanggar prinsip dan peraturan.iv) Akhirnya wujud budaya mediocrity yang merugikan diri dan misi organisasi.

5. Marilah kita menilai segala persepsi, visi dan misi kita; prinsip hidup dan integriti diri; pemikiran, sikap dan perlakuan kita dalam hubungan penyempurnaan tugas sebagai guru yang berprofesionaliti dalam semua segi.

6. Sebagai orang-orang yang yang dianggap berpendidikan dan berhemah kita wajar dapat menunjukkan tahap penyempurnaan tugas sentiasa cekap dan berkesan yakni tidak dicemari oleh kerja-kerja kita yang separuh hati, ambil mudah, anggap remeh dan sebagainya padahal setiap orang telah diberikan senarai semak tugas berkaitan.

7. Oleh itu kemana kita akhirnya jika kita masih gagal belajar dari kelemahan dan kesi- lapan? Fikirkan pula bagaimana anak didik kita akan berubah dan bertambah maju jika kita sebagai guru-gurunya tidak berubah dan tidak bertambah maju?

8. Yang demikian kita sepatutnya berazam dan berusaha untuk menjadi kategori guru yang ‘excellent’ dan bukan setakat guru yang bergelar guru sahaja seperti kata Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1997);

“ Most schools have some exellent teachers, some mediocre teachers, and some who do not belong in the profession. Master teachers can set the tone and pace of a school. Since many people are not proactive, these teachers can inspire others to lift their sights and adapt to the environment they create.” -(The Power Principle, m.s. 237)

TUJUAN DAN NIAT PENENTU FOKUS DALAM HUBUNGANTINGKAH LAKU INTERPERSONAL

1. Setiap tingkah laku mempunyai tujuan atau ‘nawaitu’ yang tingkah laku tersebut cuba memenuhinya. Biasanya manusia mempamerkan tingkah laku berdasarkan niat mereka dan apa yang dibuat berasaskan perkara yang paling penting bagi setiap indi- vidu.

25

Page 26: Nota Khas Guru Besar

2. Dalam hubungan interpersonal di dalam sesebuah organisasi tujuan atau niat itu mesti -lah disesuaikan agar ianya tidak akan menjejaskan prestasi organisasi secara keselu- ruhan.

3. Apakah unsur-unsur semua niat ini? Dari satu kajian ada empat ‘niat umum’ yang boleh menentukan bagaimana manusia bertingkah laku di dalam satu-satu situasi tertentu.

4. Dalam hubungan memahami dan mengendali tingkah laku yang dianggap sukar dalam kerangka organisasi, empat niat (nawaitu) tersebut adalah:

~ get the task done ~ get the task right ~ get along with people ~ get appreciation from people.

5. Kita akan mengambil langkah-langkah yang sesuai mengikut niat kita sama ada hen- dak siapkan tugas (tindakan cepat, elak kesilapan); buat tugasan yang betul (ambil masa, prihatin kepada yang terperinci); atau hendak seiring jalan dengan orang lain (rela korbankan hasrat diri, ikut orang) dan , atau dapatkan penghargaan daripada orang lain (hasrat beri sumbangan pada orang lain, fokus kepada penghargaan).

6. Oleh itu unsur-unsur niat ini boleh jadi penentu kepada fokus kita dalam perlakuan tugas sehari-hari dan ini perlu kita fahami agar perlakuan tugas menjadi penyumbang penting ke arah kegemilangan anak didik dan organisasi.

7. Namun begitu jika niat misalnya ‘get along with people’ tidak berdasarkan prinsip dan tatakerja yang berkaitan, boleh wujudkan sindrom budaya ‘kerja kerana kawan’ yang boleh menjejaskan organisasi dalam banyak segi.

8. Dalam mengetahui dan memahami aspek niat, fokus dan ‘assertiveness’ ini maka dapatlah kita melaksanakan tugas seharian kita dengan baik dan cemerlang seterusnya matlamat dan objektif organisasi (sekolah) mencapai sasaran yang ditentukan.

9. Yang paling baik ialah apabila kita dapat mengendalikan kehendak niat dan tingkah laku pada aras yang seimbang di mana ‘task focus’ dan ‘people focus’ ini dapat men- jadikan kita sebagai orang yang lebih matang, bijak, berhikmah dan berbudi seperti yang ditulis oleh Rick Brinkman dan Rick Kirschner (1994);

“ All of these intents, getting it done, getting it right, getting along and getting appreciation have their time and place in our lives. Often, keeping them in balance leads to less and more success. To get it done, take care to get it done right. If you want it done right, avoid complications by making sure everyone is getting along.

26

Page 27: Nota Khas Guru Besar

For a team effort to succeed, each party must feel valued and appreciated.”

~Dealing With People You Can’t Stand, m.s.19.

MENGURUS “PRIME TIME” DAN KAITAN DENGANKEBERKESANAN DAN KUALITI KERJA

1. Keberkesanan tugas dalam organisasi bergantung kepada sejauh mana setiap ahli itu menyedari, memahami, dan merealisasikan setiap jenis tugas itu disempurnakan tepat pada waktunya.

2. Adalah tidak wajar sama sekali ada pula mana-mana anggota organisasi yang meng- anggap dirinya ‘tidak terlibat’, ‘tidak berkenaan’, malah lebih malang jika wujud pe- mikiran dan sikap yang ditunjukkan bahawa kita ‘tidak makan saman’.

3. Soal organisasi soal survival semua orang. Organisasi wujud perlukan ahli-ahlinya yang mendukung organisasi itu supaya dapat mencapai matlamat dan objektifnya. Dalam aspek ini kita perlu ketepikan sikap negatif yang akhirnya bukan sahaja men- jejaskan organisasi tetapi juga mencemar imej dan prestasi diri.

27

Page 28: Nota Khas Guru Besar

4. Di dunia ini semua manusia dikurniakan masa selama 24 jam sehari semalam- tidak ada bezanya antara seorang ketua dengan seorang pengikut - di mana semua jadual kerja kita sama ada organisasi atau peribadi sepatutnya diuruskan secara cekap dan berkesan.

5. Oleh itu, setiap dari kita semestinya boleh membezakan mana ‘prime time’ kita dan mana yang bukan. Semua tugas patut diberi senarai keutamaan barulah kita tidak ter- jebak dalam situasi nampak sibuk menyiapkan sesuatu tugasan tetapi sebenarnya ia tidaklah penting malah boleh dilakukan kemudian manakala tugasan yang amat pen- ting dan patut diutamakan kita cuaikan hingga luput begitu sahaja.

6. Dalam aspek ‘prime time’ ini saya masih dapati ada kalangan kita ‘keliru’ mana satu yang perlu diutamakan seperti misalnya antara proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan kerja menjawab surat.

7. Sebab itulah saya telah ucapkan dahulu bahawa kesediaan ‘mengongsi visi yang sama’ di kalangan semua anggota organisasi amat penting malah menjadi prasyarat bagi mengubah budaya kerja ke arah yang lebih cemerlang dan berkesan.

8. Saya tidak menyediakan ‘nota khas’ ini sekadar untuk hiasan mesyuarat atau omong kosong tetapi ia disediakan dengan tujuan membuka minda, membuka mata hati, me- ngenal diri dan motivasi dalaman agar perkara-perkara yang kita ‘tidak nampak’ se- belum ini iaitu unsur-unsur mediocrity, complacent, lepas tangan, tidak anggap serius, tidak konsisten,ambil mudah, tidak peduli dan seumpamanyalah antara peng- halang mencapai kecemerlangan.

9. Oleh itu, dalam aspek mengurus kerja-kerja dan ‘prime time’ setiap orang adalah tanggungjawab empunya diri. Amatlah dikesali tugas yang kita wajib buat kita serah- kan atau harapkan orang lain lakukannya. Soalan yang kita kena jawab ialah.......... “sampai bila?”.

KEJELASAN KONSEP DAN PENGERTIAN UJIANDAN PENILAIAN

1. Budaya sekolah tidak wujud dan berkembang sebagaimana seharusnya jika setiap orang (guru) dan murid tidak mempunyai wawasan dan visi yang jelas terutama dari aspek konsep dan pengertian.

28

Page 29: Nota Khas Guru Besar

2. Budaya sekolah sebenarnya perlu dipupuk dan disuburkan agar objektif ‘menggalak- kan perolehan ilmu pengetahuan’ mengenai pendidikan di kalangan guru-guru sentiasa menyerlah sepanjang masa.

3. Unsur-unsur yang terangkum dalam pemupukan budaya sekolah, seperti nilai, keperca- yaan, simbol dan sebagainya adalah berpotensi sekali bagi mempengaruhi pemikiran, perasaan serta tingkah-laku anggota organisasi sekolah.

4. Ujian dan penilaian adalah salah satu ‘proses’ pengajaran dan pembelajaran. Kepen- tingan aspek ini dapat dilihat dari sudut berikut:

i. Maklumat tentang kesan pengajaran dan pembelajaran murid.ii. Mengesan penguasaan sesuatu kemahiran di samping mengesan kemajuan

murid mengenai beberapa kemahiran.iii. Penilaian sebagai proses yang sistematis bagi menentukan sejauh mana

objektif - objektif pembelajaran sudah dicapai oleh murid. Ia juga satu proses mengenal pasti ciri-ciri manusia dan situasi P&P yang boleh dan perlu diubah.

iv. Ujian pula sebagai satu proses menentukan peringkat pencapaian seseorang murid di dalam sesuatu bidang yang telah dipelajari. v. Penilaian dapat menilai pengetahuan, kemahiran, sikap, dan tingkah-laku

murid secara lebih menyeluruh.

5. Oleh itu kita guru-guru perlulah dapat menyedari, memahami dan menghayati bahawa proses P&P adalah tidak lengkap tanpa mengambil kira aspek penilaian ini.

6. Dengan demikian, unsur-unsur berikut perlu diambil perhatian berat dan jika perlukan perubahan ianya mesti diubah:

i. Perancangan setiap ujian/penilaian menepati tujuan sama ada penilaian formatif, penilaian mengesan kemajuan atau/dan penilaian sumatif. ii. Sebaik-baiknya gunakan Jadual Penentu Ujian (JPU) ketika merancang/menggu- bal penilaian formal berbentuk formatif.

iii. Selain menepati ciri-ciri kebolehpercayaan (reliability), kesahan (validity), seimbang, menepati objektif, dan adil, yang penting setiap ujian/penilaian perlu diperiksa/semak dengan rapi dan sepenuhnya bukan secara pandangan rambang

sepintas lalu tanpa tanda kesalahan atau pembetulan oleh guru.

7. Robiah Sidin (1994) menyatakan;

“ Di Semenanjung Malaysia, kita boleh melihat statistik yang membuktikan bagaimana tingginya pendaftaran persekolahan di peringkat rendah, iaitu lebih kurang 98 peratus bagi kelompok umur 6 tahun tiap-tiap tahun. Tetapi janganlah kita lupa bahawa bilangan besar ini juga menunjukkan ciri-ciri

29

Page 30: Nota Khas Guru Besar

keciciran, buta huruf, dan buta tulisan. Ada di kalangan mereka hingga ke tingkatan satu, misalnya tidak tahu menulis, membaca apatah lagi membuat matematik. Golongan begini tidak dapat menguasai kemahiran asas itu.”

Pendidikan Di Malaysia, m.s.80

8. Justeru tidak wajar jika wujud keadaan kurang jelas dari segi konsep dan pengertian ujian/penilaian dalam pembentukan ilmu pengetahuan dan pengembangan pengetahu- an dan sikap murid-murid jika guru-guru menganggap ujian/penilaian sebagai ‘urusan biasa’ dan tidak perlu diambil berat sehingga kita bertemu dengan keadaan perbezaan pencapaian ‘kemahiran’ yang amat ketara antara tahap satu dengan tahap dua.

SINDROM NEGAHOLIK JEJASKAN REPUTASI DIRI DANPRESTASI ORGANISASI

1. Iklim sekolah yang digambarkan melalui segala bentuk amalan dan budaya belajar serta budaya kerja akan menentukan sesebuah sekolah atau organisasi itu berkesan, cemerlang dan gemilang atau sebaliknya.

2. Semua dasar, amalan, kepercayaan (belief), prinsip dan objektif yang ditetapkan mestilah pula dapat dihayati oleh semua guru, kakitangan dan murid-murid.

3. Sebenarnya prestasi sesebuah organisasi atau sekolah bergantung kepada prestasi setiap individu yang mendukung organisasi tersebut dalam setiap aspek dan sepan- jang waktu.

4. Malangnya kadang-kadang terdapat segelintir anggota organisasi yang seolah-olah tidak menampilkan ciri-ciri seorang anggota yang sehaluan dengan aspirasi yang cuba ditingkatmajukan sama ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum, perhubungan pengurusan, hierarki tugas dan bidang kuasa yang perlukan komitmen dan perlakuan

30

Page 31: Nota Khas Guru Besar

sikap (termasuk pemikiran) yang menggalakkan.

5. Cuba renungkan apakah punca, indikator-indikator dan yang paling penting ‘impli- kasinya’ terhadap organisasi jika hal-hal berikut masih wujud dan berterusan di pe- ringkat diri individu, rakan sejawatan dan kumpulan :

i. Tidak mengongsi visi dan wawasan yang sama.ii. Pemikiran negatif atau acuh tak acuh dan bodoh-sombong seperti

ungkapan “peduli apa?” (apabila ditegur dengan niat ingatan yang baik?

iii. Masih enggan mengakui ‘kelemahan’ dan ‘kesilapan’ yang jelas dan dengan bukti-bukti yang nyata seterusnya tidak juga mahu mengubah sikap dan perlakuan, malah seolah-olah wujudnya megah-diri pula melakukannya.

iv. Orang-orang sidang petang umpamanya beranggapan tidak perlu melaksanakan dasar, arahan seperti yang diamalkan oleh orang-orang sidang pagi. Mengapa pula demikian? v. ‘Berkiblatkan’ sekolah lain dalam beberapa perkara yang diri sendiri tidak faham mengenai dasar, bidang kuasa dan peraturan atau ‘style’ sesuatu keputusan yang diambil berhubung satu-satu isu tertentu.

vi. Mengubah jadual aktiviti atau program sesuka hati tanpa kebenaran atau makluman Guru Besar terlebih dahulu.

6. Sindrom “negaholic” perlu kita kikis dan hapuskan dari minda dan diri kita. Orang negaholik sentiasa ‘menafikan’ dengan pendekatan ‘saya tidak boleh’ dalam segala perlakuannya menyebabkan individu berkenaan terhalang mencapai perubahan yang lebih positif jika ia mengubah paradigma kepada pendekatan ‘saya boleh’. Inilah yang hendak kita capai dalam kerjaya keguruan kita.

7. Siapa negaholik? Cherie Carter-Scott mengungkapkan orang negaholik seperti berikut:

“ A corporate negaholic is one who is victimized by inner forces which manifest themselves through various negative attitudes, thoughts, words, or behaviours. Corporate negaholics unconsiously sabotage not only their own actions, but those of their co-workers and the mission of the organization.”

8. Kerana itulah dalam banyak kesempatan saya sering menyampaikan mesej supaya ianya dapat difikir, dicernakan dan diberi perhatian agar kita sebagai individu dan sekolah sebagai organisasi mencapai perubahan dan peningkatan dari masa ke semasa.

9. Pesanan daripada Imam Khalil b. Ahmad sesuai sekali jadikan renungan: “ Terdapat empat jenis manusia. Ada manusia yang mengetahui dan tahu mereka mengetahui. Tanyalah (belajar) pada mereka. Ada manusia yang mengetahui dan tidak tahu bahawa mereka mengetahui. Mereka ini pelupa.

31

Page 32: Nota Khas Guru Besar

Ingatkan mereka! Ada manusia yang tidak mengetahui dan tahu bahawa mereka tidak mengetahui. Mereka perlukan petunjuk. Ajarilah mereka. Dan ada manusia yang tidak mengetahui dan tidak tahu pula bahawa mereka tidak mengetahui. Mereka jahil. Hindarilah mereka!”

- (Keagungan Ilmu: Franz Rosenthal, m.s. 288)

KEMAHUAN (IRADAH) DENGAN TINDAKAN POSITIF MEMBENTUKBUDAYA KERJA YANG TEKAL DAN BERKESAN

1. Budaya kerja yang tekal (konsisten), sistematik dan menunjukkan ciri-ciri keber- kesanan yang tinggi tidak berlaku secara kebetulan. Ianya digerakkan oleh indivi- du-individu yang mempunyai pengetahuan (teori dan praktikal), kemahiran (tekni- kal dan operational), ketrampilan tertentu dan ciri-ciri personaliti lain yang meng- galakkan. 2. Dalam organisasi kita tidak bekerja seorang diri. Walau bagaimana kecil pun tugas yang kita buat, kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa ada orang lain yang turut terlibat malah yang turut membantu.

3. Kita amat arif dengan jawatankuasa-jawatankuasa, kumpulan kerja atau kelompok atau ‘task force’ yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugasan. Adalah tidak wajar jika kita tidak dapat ‘melihat’ ini dan peranan yang patut malah wajib kita lak- sanakan.

4. Sikap yang menunjukkan kita hanya ‘berminat’ terhadap tugas-tugas yang kita

32

Page 33: Nota Khas Guru Besar

‘sukai’ sahaja tidak melambangkan kita seorang penjawat awam dalam hubungan tugas dan tanggungjawab yang mesti disempurnakan.

5. Dalam konteks bahawa semua orang adalah sama, maka tidak patut sama sekali kita tidak komited kepada rakan-rakan yang lain dan seolah-olah sekadar menjadi ‘penu- mpang’. Di sinilah letaknya ‘cara berfikir’ dan ‘sikap’ yang menentukan diri kita be- rada di tahap yang mana - positif atau negatif?, dedikasi atau tak peduli?, mengerti atau buat tak reti? Jawapannya semua ada di dalam diri!

6. Bagi orang-orang yang berfikiran terbuka, ingin belajar dan memajukan diri di sam- ping mempunyai prinsip yang utuh, tidak ada satu pun tugas atau kerja yang melemah -kan jiwa raganya. Orang-orang seperti ini dapat dikenali melalui ciri-ciri berikut:-

i) Melihat sesuatu dari sudut positifnya tidak dari sudut negatif semata-mata.ii) Sedia belajar jika tugas tersebut memerlukan “pembelajaran” perkara-perkara

yang baru.iii) Menunjukkan sikap proaktif, imaginatif, inovatif serta kreatif berdasarkan hasil/

produk/output yang bermutu.iv) Tidak suka mengambil kesempatan, curi tulang, penting diri, pandai buat helah

dan yang paling buruk pandai memberikan jawapan-jawapan biarpun jawapan yang bodoh sekali pun. v) Pandai mengatur, menjadual masa dan cara serta tidak perlu diselia atau ditun- juk arah.

7. Yang demikian pelaksanaan tugas-tugas bersama amat bergantung kepada integriti diri yang dinilai dari ‘perilakunya’ bukan dari ‘profesionnya’, seperti kata-kata JUNIUS;

“ Integrity in men is to be measured by their conduct, not by their professions.”

8. Sidney Newton Bremer (1989) menyatakan: “ The mark of a man, his true value or worth, is not to be found in what he says or professes, but in what he does and how he does it. Lip service is cheap, narrow and mean unless there is the capability and will to back it with positive actions. It’s not what we say that counts; we elevate humanity only in the doing.”

- (366 Self-Motivating Essays For Students & Adults, m.s. 124)

9. Kesimpulannya tidak ada jalan pintas bagi menukar pola berfikir yang tidak produk- tif kecuali dengan kemahuan (iradah) serta diiringi tindakan positif.

SIKAP DAN AMALAN PENGAJARAN GURU MERANGSANG

33

Page 34: Nota Khas Guru Besar

PENINGKATAN PROFESIONALISME

1. Pengajaran dan pembelajaran merangkumi pelbagai aspek proses yang perlu sentiasa diurus dan ditangani oleh guru-guru sebaik yang mungkin dalam setiap situasi dan keadaan.

2. Pengajaran hendaklah dilihat secara menyeluruh, berterusan dan berkesan dan kerana itu tingkah laku pengajaran guru perlukan pemahaman yang jelas dan mendalam.

3. Tingkah laku pengajaran yang diharapkan ialah di mana guru menjadi aktif, kreatif, menarik dan hidup. Contoh guru yang hidup ialah aktiviti bilik darjah yang dilaksana- kan secara menarik serta melibatkan setiap pelajar.

4. Aspek tingkah laku pengajaran ini berkait rapat dengan profesionalisme guru sebagai sikap terhadap profesion dan pelaksanaan setiap tugasan dalam profesion tersebut (Hoyle 1980) patut sekali diutamakan.

5. Kajian oleh Nazir Sekolah Persekutuan (1988) dan Bahagian Latihan Guru (1980) merumuskan bahawa tingkah laku pengajaran guru di sekolah rendah iaitu program KBSR tidak banyak berbeza daripada tingkah laku pengajaran sebelum KBSR diper- kenalkan.

6. Oleh itu, sikap dan amalan tingkah laku pengajaran adalah bukti kepada tahap dan mutu, sifat-sifat diri, dan ciri-ciri guru yang berwibawa, yang melibatkan aspek:

a) Pengetahuan - teras kepada profesion yakni guru terlibat secara langsung dengan ilmu pengetahuan serta aspek yang berkaitan dengannya. b) Pengupayaan - dilihat sebagai peluang dan keyakinan menjalankan tugas penga- jaran sesuai dengan keperluan murid sebagai pelanggan. c) Akauntabiliti - bertanggungjawab memenuhi keperluan pelajar selari kehendak ibu bapa, masyarakat dan pentadbir. d) Komited - yakni bersungguh-sungguh, bertanggungjawab laksanakan tugas bukan kerana fikirkan imbuhannya dan berpandangan jauh terhadap tugasnya.

7. Dapatan pemeriksaan 312 buah buku latihan murid sekolah kita (liputan Januari hingga Jun 1998) menunjukkan 41% (daripada 17 pemeriksaan) orang murid tidak membuat pembetulan! Bagaimana kita dapat mempastikan yang benar, yang betul dan yang hak telah dipelajari oleh murid-murid kita jika kesalahan-kesalahan tidak dibuat pembetulan?

8. Guru bertanggungjawab meningkatkan pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti penga- jaran-pembelajaran, penggunaan sumber dan penilaian terhadap pencapaian pelajar. Bagaimanakah peningkatan boleh dicapai jika salah satu aspek penting ke arahnya tidak dilaksanakan dan guru tidak pula bertindak tegas mengatasinya?

34

Page 35: Nota Khas Guru Besar

9. Ibn ‘Aqnin menggariskan tujuh syarat (ciri-ciri) seorang guru yang berwibawa:

i) Kemahiran yang lengkap tentang subjeknyaii) Amalan hidup yang selaras dengan ilmu.iii) Penerimaan akan tidak adanya upah bagi pengajarannya.iv) Layanan kepada pelajar seolah-olah mereka anak-anaknya.

v) Keyakinan mendalam tentang kecemerlangan ilmu dan amalan yang dimaklum- kan dari ilmu, begitu juga keinginan menanamkan keyakinan ini dalam diri pelajar-pelajarnya dan dengan itu itu memimpin mereka ke arah kebahagiaan.

vi) Lembut dan sabar dengan pelajar-pelajarnya.vii) Menggunakan kurikulum yang bertingkat-tingkat yang disesuaikan

dengan ke- mampuan mental dan tahap perkembangan pelajarnya.

10.Yang demikian guru perlu mampu memikirkan pendekatan pengajaran yang bertum- pu kepada aktiviti dan ‘task-based’ yakni setiap pengajaran dimulakan atau diringi dengan aktiviti agar pelajar menjadi aktif, terlibat dan mengalami secara langsung.

11.Ringkasnya pendekatan tingkah laku pengajaran guru bukan lagi pendekatan secara ‘look and see’ , tetapi sebaliknya pendekatan secara ‘look, see, feel and do’.

BERGURU KEPALANG AJAR IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI

1. Pemantauan dan pengesanan dilakukan dengan tujuan utamanya bagi mempastikan ‘output’ yang terhasil mencapai standard atau mutu yang cemerlang.

2. Bagi menentukan output yang sedemikian maka sudah tentu proses atau ‘throughput’ nya mesti terjamin berkesan dan sentiasa diberi fokus sejelas-jelasnya.

3. Proses ini bagi guru-guru dikenali sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi perancangan aktiviti, bahan pengajaran, kerja-kerja bertulis, pengawasan, pemeringkatan pencapaian, penggabungjalinan, pemulihan/pembetulan, pengukuhan dan pengayaan serta penilaian dan pencapaian.

4. Satu daripada punca kelemahan yang wujud adalah kerana berlakunya pengajaran - pembelajaran yang meremehkan aspek ‘pembetulan’. Apalah ertinya jika murid- murid terus terbiar dan akhirnya ‘terbiasa’ dengan kesalahan/kesilapan ini jika tidak diperbetulkan serta-merta, akan terus-terusan menganggap yang ‘salah’ itu ‘betul’!

5. Inilah yang dimaksudkan ‘DIRFT’ (Do It Right First Time) sebagai satu pencegahan terjadinya kesalahan atau dengan kata lain tidak perlukan pembetulan. Namun kesa- lahan/kekurangan/kesilapan tetap terjadi tetapi ianya tidak boleh dibiarkan sahaja.

35

Page 36: Nota Khas Guru Besar

Maka di sinilah pula aspek PEMBETULAN menjadi wajib hukumnya!

6. Adalah malang sekali jika di kalangan kita masih tidak menyedari dan tidak dapat melihat ini sebagai wajib, biar pun sudah diperjelaskan kesan sebab-akibatnya serta telah dibuktikan dengan ‘findings’ di peringkat dalaman sekolah kita.

7. Menjadi seorang guru yang berkesan, berwibawa dan berketrampilan tidak semudah yang disangka malah perlukan komitmen dan peribadi proaktif yang tinggi, dapat mencegah pengajaran-pembelajaran yang tidak sempurna kerana wujudnya sikap ambil mudah, lepas pandang dan sebagainya.

8. Kita seharusnya sedar dan insaf bahawa anak didik kita umpama kuntum-kuntum bunga bangsa yang sedang berkembang (potensi, bakat, kemahiran, intelek, emosi, rohani dan jasmaninya) akan terhalang oleh kerana wujudnya guru-guru yang kepa- lang ajar!

9. Dapatan Jemaah Nazir Persekutuan baru-baru ini antara lain menyebut terdapatnya situasi ‘tidak membuat pembetulan’ oleh murid-murid di dalam pencerapan penga- jaran yang dilakukan. Soalnya adakah perkara ini tidak pernah Guru Besar tegur dan ulas? Bukankah baharu sahaja dibentangkan Laporan Pemeriksaan Buku Latihan Murid, Januari - Jun 1998 yang mendapati 41% murid tidak membuat pembetulan?

10.Siapakah yang bertanggungjawab di sebalik ‘tidak membuat pembetulan’ ini? Sayang kita masih ‘kabur mata hati’ dalam menyempurnakan tugas-tugas hakiki kita sendiri. Wajarkah lagi kita menyalahkan orang lain?

11.Waspadalah kita agar tidak tergolong ke dalam kelompok pemikiran “bebalisme” seperti disenaraikan oleh Syed Husein al-Attas dalam Intellectuals In Developing Societies (1977):

i. Tidak mampu mengenali masalah.ii. Jika diberitahu, dia tidak berupaya menyelesaikannya.

iii. Tidak mampu mempelajari apa yang diperlukan, malah tidak memiliki kemahiran belajar.

iv. Tidak mengaku kebebalannya. v. Tidak boleh menghubung-kaitkan sesuatu dalam konteks ruang dan waktu dan dengan faktor lain.

vi. Hanya memberikan tindakbalas kepada suasana sementara.vii. Berfikir hanya melalui sebab terhad dan tidak melalui urutan sebab-akibat.

viii. Terpenjara dengan tabiat sendiri tanpa berfikir secara kritis tentang asas pemi- kirannya.

ix. Tidak berfikir dengan mendalam.x. Tidak konsisten.xi. Tidak mempunyai tenaga akal dan hanya menurut apa yang mudah.

36

Page 37: Nota Khas Guru Besar

xii. Tidak berupaya berbicara dengan abstraksi yang tinggi tanpa menentang haki-

kat.

MENGUBAH POLA BERFIKIR DAN BERTINDAK MENGUBAHPERSPEKTIF INDIVIDU KE MERCU KEJAYAAN

1.Mengubah paradigma tidak dapat dielak jika kita ingin mencapai tahap kecemerlangan jaya diri yang tinggi sama ada dari aspek tugas-tugas hakiki dan yang berkaitan dengan profesionalisme kita atau aspek-aspek berkaitan keutuhan diri peribadi secara amnya.

2. Paradigma sangat berguna dalam banyak cara tetapi ianya juga boleh jadi batu peng- halang kepada pencapaian yang baru semata-mata kerana ‘rangka rujukan’ kita tidak mengakui wujudnya sesuatu peluang itu.

3. Bagaimanakah kita boleh mengubah paradigma ke tahap yang lebih bermakna dan memenuhi kepuasan kerjaya kita? Satu daripadanya ialah dengan belajar berfikir dan bertindak di luar pola berfikir dan bertindak yang biasa kita buat.

4. Satu contoh di mana kita menunjukkan pola berfikir yang biasa ialah apabila kita memberi jawapan yang sangat “naïve” tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh jika ditanya mengapa bilik darjah kotor? Jawapan yang biasa kita beri ialah murid tidak bertugas!

5. Apakah wajar jawapan sedemikian sedangkan kita sebagai guru sepatutnya kitalah

37

Page 38: Nota Khas Guru Besar

yang ‘menguasai’ murid agar tugas itu dilaksanakan, bukannya sekadar menjawap (spontan tanpa fikir) tetapi jawapan yang menampilkan kecetekan daya taakulan diri sendiri!

6. Sangatlah rugi jika ada orang yang tidak belajar-belajar dari kelemahan dan kesilap- an (semalam) dalam memperbaiki sebab-sebab berkaitan bagi menjamin tidak ber- ulang lagi kelemahan yang sama (hari ini) dan bertukar menjadi manusia dengan dengan pola berfikir dan bertindak yang baru (hari esok).

7. Puisi oleh Portia Nelson berikut sesuai sekali menggambarkan perspektif yang mungkin ditemui ketika kita berubah dari satu paradigma ke paradigma yang lain:

Autobiography in Five Short Chapters

I I walk down the street. There is a deep hole in the sidewalk. I fell in. I am lost ... I am helpless. It isn’t my fault. It takes forever to find a way out.

II I walk down the same street. There is a deep hole in the sidewalk. I pretend I don’t see it. I fell in again. I can’t believe I am in the same place. But it isn’t my fault. It still takes a long time to get out.

III I walk down the same street. There is a deep hole in the sidewalk. I see it is there. I still fell in ... it’s a habit. My eyes are open. I know where I am. It is my fault. I get out immediately.

IV I walk down the same street. There is a deep hole in the sidewalk. I walk around it.

38

Page 39: Nota Khas Guru Besar

V I walk down another street.

(The Principle Power, Blaine Lee)

8. Yang demikian selagi kita tidak mengubah paradigma ke arah kebaikan selagi itulah kita tidak mencapai kemenangan seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang ber- maksud:

“ Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T.”

PENDEKATAN “NEXT TIME” YANG POSITIF MENJANAKEBERKESANAN ORGANISASI

1. Mencapai ‘keberkesanan’ dalam erti kata yang luas perlukan setiap anggota organi -sasi itu dapat melihatnya dari semua sudut dan aspek sama ada aspek kurikulumnya, kokurikulumnya, iklimnya atau pun tahap pengurusan data dan maklumat yang ber- kaitan pada setiap waktu.

2. Keberkesanan hanya boleh dicapai jika semua pihak boleh meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Semua ini sudah tentu perlukan setiap dari kita menjunjung prinsip dan objektif yang sama. Setiap orang adalah penting yakni penting dari segi faham bidang tugas, faham laksanakan tugas dan faham ianya untuk ‘KITA’ bukan untuk ‘SAYA’ sahaja.

3. Bagaimanakah keberkesanan dapat dikenalpasti? Antara ciri-ciri yang penting apabila segala urusan yang dirujuk itu menampilkan ciri-ciri:

i) Sentiasa menepati piawaian.ii) Disempurnakan tepat pada masanya.iii) Tidak terdapat kesilapan.iv) Maklumat yang tepat dan kemaskini.v) Pengiktirafan oleh pihak luar.vi) Wujudnya “Sense of Belonging” di kalangan ahli.

39

Page 40: Nota Khas Guru Besar

vii) Jadi rujukan kepada organisasi yang lain.

4. Mengapa keberkesanan sukar dicapai bergantung kepada banyak faktor. Selain faktor sistem, nilai, falsafah diri, manusia adalah faktor utama menjadikan sesuatu organisasi itu berkesan atau sebaliknya.

5. Teori X McGregor menyatakan bahawa:i. Kebanyakan orang tak sukakan kerja.ii. Kebanyakan orang hendak mengelak tanggungjawab.iii. Kebanyakan orang punyai cita-cita diri sendiri.iv. Kebanyaka orang lebih suka dipimpin (daripada memimpin).v. Kebanyak orang punyai kebolehan yang sedikit dalam menyelesaikan masalah.vi. Kebanyakan orang terdorong (motivated) untuk bekerja dasarkan kerana

makanan, pakaian, perlindungan dan keselamatan.vii. Kebanyakan orang perlukan kawalan rapi bagi mencegah kesalahan-

kesalahan dan menghalang buang masa.

(Motivating People; Dayle M.Smith 1995)

6. Umum mengetahui bahawa keberkesanan tidak mungkin dicapai tanpa kesedaran dan disiplin kendiri serta memiliki paradigma ‘next time’ yang positif.

7. Orang yang berprinsip menggunakan disiplin (diri) bagi menghasilkan yang terbaik di kalangan mereka yang dipengaruhinya. Orang-orang ini mengakui kesalahan, kesilapan dan perlunya “course corrections” di peringkat awal lagi sementara sesuatu masih boleh dilakukan.

8. Yang penting orang-orang ini melakukannya dalam konteks penerimaan, sikap ambil tahu dan ‘concern’ yang tulen, sehingga tidak berlaku salah faham terhadap niat dan komitmen mereka yang ikhlas itu.

9. Blaine Lee dalam bukunya The Principle Power (1997) mengungkap paradigma “next time” sebagai satu konsep yang praktikal bagi menukar orientasi kita. Katanya;

“ If you focus on the past, all you can do is feel bad. What already happened cannot be changed. But a different future can be created. Next time I can be wiser. Next time I can try harder. Next time, if I see things differently, I can respond differently. There is hope in ‘next time’. The positive approach to discipline focuses on 20 percent on what went wrong, and 80 percent on what could be different next time.”

10.Bolehkah kita melakukannya “next time”? Bolehkah kita berjanji kepada diri kita

40

Page 41: Nota Khas Guru Besar

bahawa “next time” kita tidak mengulangi perkara-perkara tidak matang berulang- kali? Nah... “ tepuk dada tanyalah jiwa”!

BELAJAR DARI KELEMAHAN DAN KEKURANGAN BAGIMENINGKATKAN PRESTASI DAN IMEJ KENDIRI DAN ORGANISASI

1. Kebolehan menilai secara keseluruhan aspek-aspek kefahaman bidang tugas, keupa- yaan bertindak, kemahiran mengelola amat penting bagi kita mengetahui tahap ke- berkesanan dan sejauh mana sebenarnya kita telah memberi perhatian kepada aspek- aspek tersebut.

2. Semakan tugas akhir tahun misalnya adalah satu cara bagi mengetahui secara jelas apakah prestasi kita dalam melaksanakan tugas-tugas itu dapat dipertanggungjawab- kan dan menyakinkan atau sebaliknya.

3. Didapati masih ada kelemahan-kelemahan yang wujud terutama dalam hubungan mengenal pasti fungsi dan bidang tugas menyebabkan tidak tercapainya sasaran atau objektif seperti mana yang dihasratkan.

4. Sebagai contoh kelemahan-kelemahan berpunca dari sebab-sebab wujudnya keadaan keadaan berikut:

i. Buku Panduan Tugas 1998 tidak dibaca sepenuhnya.ii. Kualiti standard yang ditentukan tidak dicapai.iii. Sikap ‘tunggu dan lihat’ masih wujud sehingga ada aspek yang patut dilaksan-

akan tidak dijalankan.iv. Kurang prihatin kepada aktiviti-aktiviti berkaitan P&P yang perlukan sikap

41

Page 42: Nota Khas Guru Besar

‘ambil berat’. v. Agenda mesyuarat panitia yang ‘kurang’ menyentuh atau melaporkan hal-hal yang perlu disokong dengan ‘perangkaan’ supaya ciri-ciri profesionalisme yang tinggi telah dihayati.

5. Membentuk dan mengubah budaya serta sikap kerja yang berkualiti dan cemerlang sebenarnya tidak akan diperolehi jika hanya sekadar berharap di dalam hati tetapi tidak diikuti dengan tindak ikut yang positif dan berkesan.

6. Salah satu unsur penting meningkatkan prestasi, sikap dan seterusnya produktiviti ialah sikap ‘mahu belajar’ bukan sahaja perkara-perkara yang kita belum tahu malah ada ketikanya kepada perkara-perkara yang kita ‘rasa sudah tahu’!

7. Malangnya terdapat manusia yang berfikiran tidak perlu ‘belajar’ lagi kerana sudah mengetahui konon, tetapi sebenarnya inilah yang menjadi penghalang kepada sikap sentiasa ingin belajar (termasuk ertinya memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang berlaku sebelumnya) seperti yang diungkapkan oleh Epictetus (55 - 135 M):

“It is impossible for anyone to begin to learn what he believes he already knows.”

8. Oleh itu amatlah wajar kita belajar menjadi individu guru yang mempunyai serta mengamalkan ciri-ciri berikut:

(a) Suka bekerja, penuh minat dan semangat.(b) Sedia bertanggungjawab kepada bidang tugas.(c) Berfikiran dan bersikap matang.(d) Menjadi contoh yang baik kepada rakan dan pasukan.(e) Menganggap dan melihat perubahan sebagai positif dan penting bagi

kecemerlangan. (f) Tidak menyebar perkara-perkara tidak benar dalam apa jua perkara yang boleh menjejaskan usaha-usaha peningkatan yang dijalankan.

9. Sempena tahun baharu 1999 dan bulan Ramadhan al-mubarak ini marilah kita sama- sama memperbaharui azam dan iltizam agar sikap dan budaya ‘sentiasa belajar’ ini akan meningkatkan lagi prestasi dan imej kendiri serta sekolah dan anak didik kita.

KEBOLEHAN MENYELESAIKAN MASALAH UKURANKETRAMPILAN DAN KEBERKESANAN DIRI

1. Setiap orang yang sihat pemikiran (mental) dan seimbang dalam sikap dan perlakuan mengakui bahawa sesuatu yang dituju sedapat-dapatnya dicapai dengan ciri-ciri ke-

42

Page 43: Nota Khas Guru Besar

berkesanan paling tinggi lagi berkualiti.

2. Salah satu aspek penting ialah ‘menyelesaikan masalah’. Ianya bukan sahaja satu ukuran sebagai prasyarat ‘ketrampilan diri’ tetapi yang lebih penting ialah kebajikan ‘pelanggan’ sama ada anak didik atau penjaga mereka.

3. Ukuran ini dapat dilihat berlaku dalam banyak aspek khususnya berkaitan dengan tu- gas-tugas hakiki dan rasmi dalam banyak konteks organisasi dan orang ramai atau pelanggan.

4. Sayang sehingga sekarang masih didapati beberapa insiden yang jelas menunjukkan ada kita yang gagal atau tidak ada kemahiran menyelesaikan masalah sehingga hal- hal yang ‘kecil’ pun menantikan Guru Besar juga bagi mengatasinya.

5. Saya memandang serius hal-hal serupa ini kerana ianya akan memberikan gambaran kurang baik terhadap sekolah sendiri. Antara insiden tersebut misalnya;

i) Tidak berupaya menangani masalah bekas murid yang meminta salinan Sijil Berhenti sekolah.

ii) Menyuruh penjaga meminta borang SPBT daripada Guru Besar sendiri.iii) Promosi jualan kepada murid tanpa kebenaran dan makluman Guru Besar

terlebih dahulu.iv) Tindakan yang sangat lambat (sangat tidak peka) terhadap perkara-perkara

yang menyumbang kepada keadaan fizikal sekolah yang patutnya sentiasa terurus dalam segenap bidang.

6. Sudah banyak aspek yang Guru Besar sentuh selama ini namun nampaknya masih ada yang bersifat ‘slow learner’ dan paling buruk bersikap ‘lepas tangan’.

7. Lumrahnya kita tidak suka akan perkara-perkara yang dianggap kurang enak dikaitkan dengan diri kita, tetapi apakah kita cukup sedar dan berusaha melakukan ‘personal change’?

8. ‘Personal change’ hanya dapat berlaku apabila diri kita telah mencapai tahap ‘sedar diri’ yang tinggi melalui proses berikut:

i) Membuang pandangan (views) dan perangai yang lama.ii) Menimbangkan kemungkinan-kemungkinan yang baru.iii) Memantapkan cara-cara yang baru.

9. Amatlah malang setelah diberi panduan, arahan, tunjuk cara, kaedah dan teknik serta konsep-konsep yang berkaitan kita masih gagal menyelesaikan masalah.

10.Hanya diri kitalah sendiri yang tahu pada tahap mana kita berada dan ‘thinking style’ yang kita anuti pessimist, optimist atau realist seperti ungkapan William Arthur Ward;

43

Page 44: Nota Khas Guru Besar

“ The pessimist complains about the wind; The optimist expects it to change; The realist adjusts the sails.”

IKLIM JANGKAAN YANG TINGGI SEBAGAI CIRI PENTINGMEMBENTUK SEKOLAH BERKESAN

1. Sekolah sebagai institusi membentuk manusia melalui proses pendidikan yang me- nyeluruh dan bersepadu tidak sahaja diharap dapat merealisasikan segala agenda negara khususnya Falsafah Pendidikan Negara pada tahap yang tinggi dan cemer- lang tetapi juga perlu berusaha ke arah menjadi sekolah yang berkesan.

2. Satu daripada ‘ciri sekolah berkesan’ ialah aspek ‘Iklim Jangkaan Yang Tinggi Bagi Mencapai Kejayaan’ yang bermaksud sebagai satu iklim yang perlu bagi guru- guru melaksanakan strategi-strategi tambahan sperti ‘reteaching’ dan ‘regrouping’ bagi mempastikan bahawa semua pelajar benar-benar belajar dan dapat dipamerkan dalam seluruh organisasi sekolah.

3. Usaha-usaha meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan menerusi pendekatan ini tidak akan dicapai jika guru-guru sebagai ahli organisasi gagal menghayati dan mempamerkan ‘iklim’ tersebut dan seterusnya gagasan ‘school wide improvement’ (yang melibatkan semua orang) dan ‘continuous improvement’ (yang bersifat ber- terusan) turut tidak dicapai.

4. Segala aktiviti, amalan dan prosedur yang ditunjukkan adalah indikator-indikator sama ada aspek iklim jangkaan yang tinggi ini telah dihayati atau tidak.

5. Sehingga kini beberapa aspek masih belum memenuhi ciri yang dimaksudkan itu misalnya;

44

Page 45: Nota Khas Guru Besar

Perjalanan acara harian seperti perhimpunan (termasuk persediaan yang teran- cang sama ada pengumuman, ucapan atau pun aktiviti oleh murid).

Berlaku berbagai jenis gangguan yang menghalang ketekalan akibat sikap acuh tak acuh di pihak mereka yang terlibat.

Kurang semangat ‘kesejawatanan’ apabila ada pihak seolah-olah membiarkan sahaja atau tidak membantu supaya aktiviti-aktiviti itu berada di tahap yang berterusan.

6. Oleh itu kita perlu mampu ‘melihat’ semua hal berkait rapat dan penting dan sama- sama membantu ke arah mencapai status sekolah berkesan, dan ini dapat kita lihat berdasarkan apa yang kita buat dan juga apa yang kita tidak buat.

7. Daripada ‘bukti’ (evidence dalam bahasa mahkamah) adalah jelas kita masih:

i) Tebal dengan sikap dan prestasi kerja yang gagal mencapai target atau deadline

yang ditetapkan.ii) Masih ada perasaan ‘malu’ dan ‘segan’ hendak menyatakan sesuatu hal demi

kebaikan dan kecemerlangan produktiviti.iii) Lemah malah tidak ada kemahiran melakukan ‘cross reference’ dalam menyedia

dan melaksanakan tugasan-tugasan yang perlukan standard kualiti yang tinggi.iv) Tidak berupaya menggerakkan rakan sejawatan melaksanakan tugasan berkaitan

oleh kerana gagal meletakkan objektif kerja sebagai prinsip utama.

8. Selagi ciri-ciri ‘virus perisian’ yang mengecewakan ini tidak dapat kita musnahkan selagi itulah operasi sistem kita sentiasa akan menerima ‘error message’ terpapar di monitor komputer peribadi dan komputer network kita.

9. Memahami semuanya ini, dan untuk menjadi guru berkesan sekolah berkesan bergantung kepada kemahuan diri peribadi. Kuncinya ada pada setiap diri dan bukan pada diri orang lain.

KETRAMPILAN PERSONNEL MEMBENTUKORGANISASI YANG BERKESAN

1. Seperti yang dimaklumi sesebuah organisasi tidak mungkin mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan tanpa sokongan dan kerjasama padu setiap personnelnya, apatah lagi bagi mewujudkan sebuah organisasi yang gemilang, berkesan dan berkua- liti aras tinggi.

2. Semua urusan perlukan prosedur bagi pastikan tidak berlaku kelewatan, kecacatan,

45

Page 46: Nota Khas Guru Besar

kesalahan dan kealpaan yang menjadi penyebab kepada kemerosotan prestasi organi- sasi. Setiap dari personnel mestilah faham bahawa prosedur patut dipatuhi oleh semua dan dalam semua keadaan dan waktu.

3. Hasil kerja atau output/produktiviti dalam bentuk apa sekali pun akan mencerminkan ‘ketrampilan’ kita sendiri.

4. Apakah ketrampilan (competency)? Ringkasnya ketrampilan ialah ‘what we can do’. Jadi berpengetahuan atau ‘TAHU’ sahaja belum cukup jika ciri-ciri tahu itu tidak di sokong dengan ‘sejauh mana dan apa yang kita buat’?

5. Seterusnya apa yang kita buat (termasuk apa yang kita tidak buat) menjelaskan siapa kita, apa minda (stail berfikir) kita terhadap setiap aspek output atau produktiviti sama ada secara am atau khusus.

6. Keadaan dan kenyataan yang wujud mencerminkan seolah-olah segelintir personnel kita belum berjaya mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan menggalakkan. Ini boleh dikesan melalui keadaan di mana:

i) Tiada sistem rekod yang kemaskini dan meyakinkan.ii) Tiada usaha meningkatkan mutu kerja selain buat sekadar ‘asal buat sahaja.’iii) Tidak tahu, lupa yakni jawapan asal jawap.iv) Tidak gunakan masa perdana masing-masing kepada hal-hal produktiviti

sebaliknya dihabiskan di kantin atau di sudut-sudut tertentu. v) Tidak juga berubah walau pun telah diberi teguran, peringatan dalam setiap mesyuarat guru, taklimat mingguan dan mesyuarat pengurusan sekolah ter- masuk sesi kaunseling persendirian.

7. Selain itu cara berfikir kita juga akan menentukan tahap ketrampilan output dan tingkahlaku interpersonal di dalam organisasi. Antara contohnya:

i) Setahun dua lagi kerja teruk, lepas ini esok senanglah setelah bertugas di sekolah menengah........BENARKAH?

ii) Suka biarkan seorang berdua sahaja bertungkus-lumus yang lain tukang pandang dan tumpang nama sahaja.......BAIKKAH?

iii) Tahun ini tidak mahu tanggungjawab apa-apa.........APAKAH ERTINYA?

8. Kita kena mencari apakah penghalangnya kepada ketrampilan dan produktiviti ini. Adakah kerana fahaman, kepercayaan atau pegangan diri yang tidak kongruen dengan misi dan matlamat organisasi?

9. Untuk mewujudkan organisasi yang berkesan kita perlukan personnel yang berke- trampilan tinggi dan unsur-unsur berikut haruslah wujud dan dihayati;

i) Semua orang terlibat.ii) Meletakkan tugas sebagai amanah.

46

Page 47: Nota Khas Guru Besar

iii) Tidak ada perasaan iri hati dan buruk sangka.iv) Disimpulkan oleh BENAR, IKHLAS dan JUJUR.

APA YANG DISEMAI ITULAH YANG DITUAI

1. Senario dan prestasi hari ini yang dibuktikan daripada data dan maklumat sah mene- rusi ujian dan penilaian serta tingkah-laku pencapaian seluruh warga sekolah tidak wujud tanpa sebab dan penyebab.

2. Setiap dari kita patut malah wajib memiliki ketrampilan mentafsir segala data, mak- lumat, simbol dan indikator-indikator yang berkaitan sebab-akibat (cause and effect) yang meletakkan kita pada situasi dan kedudukan yang amat tidak menggalakkan pada satu-satu ketika.

3. Di sinilah ‘sejarah’ dapat mengajar kita bahawa setiap akibat atau kesan itu ada sebab dan penyebabnya! Sebagai contoh kelemahan amat ketara prestasi matematik dan Ba- hasa Inggeris khasnya di kalangan calon-calon UPSR 1999 sekolah kita (dasarkan P1 dan P2), tidak sahaja menggambarkan ‘ketidakcapaian’ kita kini tetapi yang sebenar- nya berpunca dan berlaku beberapa tahun dahulu ketika murid-murid ini berada di ta- hap satu.

4. Inilah kesan akibat daripada organisasi dengan personnelnya yang tidak ada misi dan visi, tidak ada sistem pengurusan pemantauan dan penilaian yang jitu, cekap lagi ber- kesan, di samping wujudnya budaya mediocrity yang merosakkan yang kita anggap itulah budaya paling ‘best’ di dalam dunia!

5.Cuba renungkan secara ikhlas (sepenuh-penuh ikhlas), adakah senario dan perilaku berikut bukan penyebab dan sebab kepada ‘kerosakan-kerosakan’ yang dimaksudkan?

i) Guru mendakwa tidak tahu nak mengajar.

47

Page 48: Nota Khas Guru Besar

ii) Sehingga Jun 1996 cuma ada 5 latihan sahaja Bahasa Melayu.iii) Murid-murid ini (Tahun 3 1996) ‘terbiar’ tidak ada guru dan tidak ada pula

guru pengganti.iv) Sikap tidak pentingkan ‘akademik’ tetapi lebihkan aspek-aspek lain (aktiviti

yang tidak meningkatkan akademik). v) Perilaku pengajaran yang buruk: culas, malas atau langsung tidak masuk meng- ajar, lewat ke sekolah atau masuk kelas, tidak tulis dan tidak hantar Buku Re- kod Mengajar, keluar ke kedai sewaktu bertugas, bersengkongkol dengan orang-orang yang jadikan sekolah macam ‘kelab’ dan ‘fun-fair’,tidak jalankan tugas yang dipertanggungjawabkan serta berbagai-bagai lagi karenah yang se- umpamanya. 6. Unsur-unsur buruk disebutkan itu bukan untuk dijadikan alasan atau meratapi diri yang malang tetapi untuk dijadikan penawar yang pahit yang mesti ditelan. Kita tidak boleh membiarkan keadaan dan pencapaian murid-murid kita yang tidak menggalakan ini.

7. Dalam hubungan sebab-akibat ini kita haruslah sedar dan memahami Hukum Ganjaran (Law of Compensation) melalui ungkapan “ Apa yang disemai, itulah yang dituai”; (kebejatan sebelum ini kita tanggung hari ini).

8. Kebejatan dalam konteks tugas seseorang guru atau pendidik itu meliputi:

i) Tidak menepati waktu, curi tulang, kongkalikong.ii) Tidak tepati janji, tidak kota apa yang dikata.iii) Tidak memeriksa buku latihan, tugasan atau kerja rumah murid dengan

sempurna.iv) Memberi penilaian atau markah secara tidak jujur, lebih kurang atau

tidak profesional (tak ikut skima dan sebagainya).v) Tidak ambil tindakan yang wajar ke atas apa jua perilaku pembelajaran

murid (lemah kawalan kelas, tak berani tegur, biarkan sahaja).vi) Lewat dalam tindakan, suka tunggu saat akhir, buat tak tahu, nanti apa-

bila diminta.vii) Output/produktiviti mutu kerja yang sub-standard, melepas batuk di

tangga, perlukan pembetulan berkali-kali.viii) Kebejatan paling besar ialah kebejatan berfikir apabila memiliki stail

pemikiran yang memusnah diri dan organisasi.

9. Oleh itu sentiasalah ingat dan waspada bahawa apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat hari ini akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti, dan kerana itu juga setiap guru patut sedar;

“ If the student fails to learn, the teacher fails to teach.”

48

Page 49: Nota Khas Guru Besar

- Anon

KESIAPSIAGAAN DAN KEGAGALANMENGAMBIL TINDAKAN ADALAH PENGHALANG

STATUS GURU DAN ORGANISASI YANG BERKESAN

1. Satu daripada unsur menentukan kejayaan, keberhasilan atau produktiviti ialah aspek kesiapsiagaan.

2. Banyak kegagalan yang berlaku berpunca daripada tidak adanya unsur kesiapsiagaan ini dalam diri peribadi menyebabkab organisasi juga turut terheret ke lembah kemero- sotan dan kegagalan.

3. Jika kemalangan ada puncanya, begitu juga setiap kegagalan ada sebabnya. Selagi kita tidak menyedari dan mengenalpasti puncanya selagi itulah kita terus berada di tahap yang tidak memungkinkan kita mencapai status guru yang berkesan.

4. Semuanya ini datangnya dari daripada kepercayaan (belief), sikap (attitude) dan akhir- nya ditunjukkan dengan perbuatan dan tindakan.

5. Pendeknya seseorang itu akan bertingklah-laku (bertindak) kerana sikapnya terhadap sesuatu perkara berdasarkan apa yang dia percayai.

6. Sebagai contoh, jika seseorang itu percaya bahawa mematuhi/menepati waktu itu ti- dak penting maka dia akan bersikap acuh tak acuh dan ditunjukkan dengan tingkah- laku seperti datang lambat, lengahkan kerja atau paling teruk terus tidak berbuat apa- apa.

49

Page 50: Nota Khas Guru Besar

7. Begitulah sebaliknya jika seseorang itu percaya dengan kerja kuat, bersungguh-sung- guh, cekal hati dan yakin diri nescaya dia menunjukkan sikap yang amat positif mela- lui tingkah-lakunya yang jelas sentiasa sedia melaksanakan tugas, tidak tunggu arahan apatah lagi tunggu ditegur.

8. Alfred John dalam bukunya How To Develop A Powerful Personality (1995) berkata;

“ The habit of enmui or laziness is more deep-rooted than we may generally realise. The lazy person has many excuses at his finger-tips and his main fault is to keep his eyes shut to the practical side of life... Work of any kind is out of the question because his main consideration is his leisure and his physical comfort.”

9. Jika ditanyakan kepada semua orang, tiada seorang pun yang suka dan enak dirinya dilabel sebagai orang yang lemah, rendah diri, tiada keyakinan, malas, bebal, suka bergantung kepada orang lain dan sebagainya; tetapi sedarkah kita apa yang kita buat dan tingkah-laku kita sering mempamerkan sifat-sifat mazmumah di atas?

10.Ingatlah bahawa reputasi kita bergantung kepada jati diri kita sendiri - bukannya dari- pada orang lain. Kita patut belajar daripada orang-orang lain yang memiliki ciri-ciri mulia terutamanya sentiasa selaras antara apa yang difikir, apa yang dirasa, apa yang diucap dengan apa yang dibuat.

ASPEK POSITIF PEMANTAUAN BERTUJUAN PENINGKATANBUDAYA KERJA ORGANISASI SEKOLAH

1. Program pemantauan PKKP Daerah Maran baru-baru ini bukan sahaja bagi melihat, mengesan dan menilai segala aspek pengurusan dan pentadbiran kurikulum tetapi melangkaui semua aspek budaya sesebuah sekolah.

2. Budaya sekolah pula ditunjukkan melalui ciri-ciri dan tingkah-laku murid-murid dan guru-gurunya dalam interaksi dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Kebanyakan sekolah tidak terlepas daripada menunjukkan ciri-ciri kelemahan yang lebih daripada aspek atau ciri-ciri kekuatan yang boleh dibanggakan.

3. Saya berasa beruntung dapat melihat, mengesan dan menilai terutamanya aspek peng- urusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah yang dipantau kerana darinya kita dapat mengukur sejauh mana sekolah kita lebih baik dan berjaya dalam banyak hal.

4. Kelemahan-kelemahan ketara yang ditemui adalah: i) Panitia mata pelajaran tidak memuaskan dari segi kandungan, format, fokus perbin- cangan dan aspek menepati takwim, malah setengah-setengah mata pelajaran lang-

50

Page 51: Nota Khas Guru Besar

sung tidak wujud panitianya. ii) Aktiviti kokurikulum sangat tidak memuaskan dari segi kefungsiannya, pelaporan, rekod dan perancangan serta tidak ada satu sistem pengesanan yang komprehensif dan efektif; bukti tidak adanya daya kreativiti dan inovatif di kalangan GPK-GPK berkaitan!iii) Pencerapan P&P tidak dilaksanakan (sewajarnya) dan tidak atau belum lagi jadi

budaya kerja yang profesional walau pun arahan mengenainya telah dikeluarkan sejak 1987 lagi (melalui Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987). iv) Semua sekolah yang dipantau gagal menghantar laporan-laporan berkala yang di- kehendaki seperti Laporan Disiplin/Salah-laku, Laporan Kecemaran Sosial, Lapor- an Kaunseling, Lampiran A Pencerapan, Lampiran B Mesyuarat Panitia, Laporan Kajian Mingguan Aedes, Laporan Program Celik Al-Quran (PCAQ) dan seumpama- nya yang sedang berkuatkuasa. v) Sistem fail tidak memuaskan: tiada kertas minit, surat tiada dinomborkan, fail ber- campur-aduk isinya, tiada surat litup, daftar fail yang ketinggalan zaman, tak tahu mana satu fail yang ‘rasmi’ mana satu pula fail ‘peribadi’ kegunaan guru-guru, kan- dungan fail tidak diikat dengan tali fail. vi) Tidak wujudkan juruaudit dalam, tiada nombor pesanan L/O, dan tidak lengkap tanda tangan L/O di ruangan-ruangan yang disediakan.vii) Tidak ada mesyuarat guru secara profesional dari segi agenda, fokus dan penyimpan- an minit dengan kemas.

5. Bagaimana budaya kerja, budaya sekolah yang unggul, berkesan lagi mengesankan dapat dibentuk, diwujudkan dan dipamerkan jika kelemahan-kelemahan ketara fungsi setiap aspek dan setiap personnel di sesebuah sekolah itu terus-terusan berada dan berasa amat selesa dengan cara kerja yang tidak berkualiti itu?

6. Itulah sebabnya mengapa saya sentiasa mengingatkan guru-guru semua bahawa mem- bina budaya dan tamaddun bukan dibina dalam satu hari; perlukan semua orang peka dan prihatin kepada segala perkara yang berkaitan.

7. Amatlah mendukacitakan jika ada lagi di antara kita masih tidak sedar malah berting- kah-laku macam orang mabuk gadung apabila mengemukakan kenyataan atau tidak dapat memberikan jawapan yang menyakinkan umpamanya;

i) Tidak tahu ‘target setting ‘ sekolah sendiri!ii) Tidak tahu berapa bilangan target murid dapat 5A.iii) Tidak tahu dan yakin dengan apa yang telah dibuat seperti soal diagnosis dan

program khas sekolah, dan paling memalukan apabila kita kata.... “tanyalah Guru Besar!”

8. Yang demikian kita hendaklah lebih berwaspada, lebih bijak dan lebih profesional dalam menghadapi soalan-soalan pihak pemantau. Saya amat berharap tidak berulang lagi respon kita yang akan “memakan diri sendiri”.

51

Page 52: Nota Khas Guru Besar

PENCEGAHAN MASALAH LEBIH UTAMADAN LEBIH PENTING DARIPADA

PENYELESAIAN MASALAH

1. Penambahbaikan berterusan (continuous improvement) merupakan satu konsep ber- kaitan usaha-usaha dan tindakan-tindakan bagi meningkatkan kualiti produktiviti dan kualiti prestasi kerja dalam semua ruang lingkup aktiviti dan program sesebuah organisasi.

2. Dalam hidup kerjaya, kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa semua urusan perlukan tindakan, perhatian, tumpuan, cara pelaksanaan, mengatasi halangan dan kesulitan, mendapatkan kerjasama rakan sejawat dan sebagainya.

3. Kejayaan atau kegagalan melaksanakan dan menyempurnakan tugas sama ada ianya tugas-tugas profesional P&P dalam bilik darjah, tugas di luar bilik darjah atau pun tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepada kita bergantung kepada satu unsur penting iaitu kebolehan atau kecekapan ‘mencegah masalah’ dan tidak sekadar menyelesaikan masalah.

4. Apabila unsur ‘mencegah masalah’ ini tidak menjadi kriteria dan amalan tindakan maka banyak terdapat berlaku kelemahan dan kegagalan melaksanakan tugas yang sepatutnya sekarang tidak harus lagi berlaku.

5. Aspek ‘mencegah masalah’ ini hendaklah dilihat dari sudut menentukan sesuatu masalah itu tidak akan timbul jika usaha-usaha dilakukan bagi mengatasinya. Banyak contoh yang boleh kita lihat bagi menjelaskan idea ini:

i) Latihan individu dibuat bagi sediakan murid ‘menghadapi’ peperiksaan tidak akan tercapai jika latihan dibuat dengan pendekatan ‘kumpulan’. ii) Penggunaan kamus waktu latihan/ujian amat tidak tepat dengan teknik ‘kemahir-

52

Page 53: Nota Khas Guru Besar

an belajar’...akibatnya murid habis masanya dengan asyik ‘merujuk kamus’ saha- ja.

iii) Latihan atau latih tubi tidak cukup menyebabkan persembahan murid (di perhim- punan contohnya) tidak cemerlang dan tidak berkualiti, akibat dari sikap ‘aktiviti sampingan’ sahaja. iv) Kerja-kerja yang sepatutnya sudah diselesaikan tahun (atau tahun-tahun) lalu ru- panya masih ‘terbengkalai’ hingga sekarang...satu contoh ‘classic’ bagaimana tidak adanya kebolehan ‘mencegah masalah’ ini timbul di kemudian hari, (con- toh buku stok dan urusan proses buku-buku perpustakaan!).

v) Harapkan orang lain akan bantu atasi masalah yang dibuatnya sendiri, kemudian beri berbagai alasan seperti tak cukup masa, tak tahu nak buat, tiada pembantu dan sebagainya.

vi) Tidak nampak atau tidak merasakan bahawa kegagalan ‘mencegah masalah’ ini akhirnya menjejas imej organisasi secara keseluruhan.

vii) Tidak beri perhatian berat kepada tempoh atau ‘deadline’ atau ‘pelan tindakan’

yang telah diberikan oleh pihak jabatan dalam menyempurnakan sesuatu tindak- an, sehingga menampakkan kita seolah-olah tidak ‘membaca’ langsung isi kandungan surat-surat berkaitan, akibatnya perkara yang tidak patut jadi masalah akhirnya menjadi satu masalah kerana tidak mampu ‘mencegahnya daripada ber- laku’.

6. Membina organisasi yang berkualiti (lagi berkesan) perlukan perkongsian komitmen, bahasa yang satu dan pelan bertindak yang praktikal dan hendaklah dijadikan sebagai ‘proses kualiti’ yang berterusan dalam pelaksanaannya.

7. Tiga prinsip yang perlu bagi mencapai kualiti adalah:

Prinsip 1 : Kualiti ialah sebarang produk atau servis yang memuaskan hati pelang- gan. Ia bukan soal lebih baik atau lebih mahal - ia soal menepati kehe- ndak pengguna. Untuk capai kualiti semua pelanggan (luar dan dalam) organisasi mestilah berpuas hati.

Prinsip 2 : Standard kerja ialah ‘defect free’ (tiada kecacatan). Setakat hampir- hampir belum cukup. Untuk capai kualiti setiap orang mesti ada sikap ‘defect free’ dalam apa sahaja yang dibuat.

Prinsip 3 : Kualiti diukur dengan ‘price of non quality’ (PONQ). PONQ ialah apa jadi kos kepada organisasi dari segi masa, kewangan atau pun peluang apabila perkara-perkara tidak dilakukan dengan cara yang paling baik. Ianya bertujuan mengenalpasti kecacatan dan mengesan penghapusan- nya.

8. Setiap orang berpeluang luas bagi mencapai kualiti produktiviti ini dengan meletakkan

53

Page 54: Nota Khas Guru Besar

prinsip kualiti tersebut di atas sebagai garis panduan yang penting agar ketrampilan ‘mencegah masalah’ menjadi ciri penting kepada kejayaan diri dan organisasi dalam setiap perkara yang ditangani.

MEMAHAMI PRINSIP DAN OBJEKTIF PENENTU PENGHASILAN KERJAYANG BERMUTU DAN CEMERLANG

1. Satu daripada aspek penting melaksanakan program dan aktiviti sekolah ialah memahami dan mematuhi PRINSIP dengan tekal dan betul apatah lagi bagi program dan aktiviti yang sudah menjadi dasar sesuatu tindakan itu diambil sama ada yang diarahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri atau dasar di peringkat sekolah sendiri.

2. Selain memahami prinsip, kita perlulah pula memahami apakah objektif-objektif yang hendak dicapai menerusi program dan aktiviti tersebut. Lumrahnya mana- mana program atau aktiviti yang tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan dianggap sebagai gagal.

3. Apabila gagal mencapai objektif maka wujudlah keadaan-keadaan seperti berikut:-i) Kerja jadi sia-sia, membazir waktu, tenaga dan kos.ii) Tidak berlaku perubahan sikap dan tingkah-laku yang diharapkan.iii) Gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab.iv) Gagal memainkan “peranan” yang semestinya.v) Hilang kepercayaan terhadap kewibawaan kerja guru di kalangan murid-murid.

4. Akibat tidak memahami prinsip inilah maka (masih) berlaku perkara-perkara atau ‘kerja buat’ yang tidak patut dan tidak wajar sama sekali berlaku seperti:-

i) Melakukan pencerapan pengajaran & pembelajaran sewaktu / semasa ujian bulanan dijalankan.

ii) Tidak memeriksa atau menyemak semua hasil kerja murid sama ada kerja rumah, tugasan khas (projek) serta projek bacaan.

iii) Membiarkan atau membenarkan murid-murid menggunakan buku latihan yang bukan latihan rasmi (berlogo) sekolah.

iv) Tindakan cepat dan pantas tidak dibuat (hingga mengambil masa yang terlalu

54

Page 55: Nota Khas Guru Besar

lama) sampai menjejaskan pelanggan terutama penjaga dan ibu bapa murid.

5. Teguran dan penjelasan Guru Besar selama ini telah pun diberi dan meliputi semua aspek berkaitan kurikulum, kokurikulum, P&P, pengurusan bilik darjah, pengurusan hal ehwal murid, stail berfikir dan tingkah-laku, motivasi diri, budaya kerja berkualiti dan sistematik dan sebagainya. Silalah semak kembali semuanya ini. Tidak ada satu pun aspek yang diabaikan tetapi sayangnya masih terdapat segelintir guru-guru yang tidak faham-faham.

6. Ulasan Guru Besar berhubung kelemahan mata pelajaran Bahasa Inggeris misalnya (terutama merujuk kepada sikap dan budaya kerja sebelum ini ) telah dianggap oleh guru sebagai ‘tidak menggalakkan’, negatif, menafikan kerja kuat guru-guru berkena- an!

7. Inilah apa yang Guru Besar sebut tak faham prinsip dan objektif. Prinsip yang Guru Besar ulas ialah berlakunya ‘guru tidak mengajar’ dan akibatnya objektif pendidikan tidak tercapai terbukti dengan prestasi yang amat lemah atau rendah dalam sesuatu mata pelajaran itu. Bukankah ini kenyataan? Mengapa kita tidak dapat menerima teguran yang ada asas dan bukti? Teguran kepada sikap ‘main-main’ dan ambil mudah yang semua orang tahu ianya memang berlaku sebelum ini?

8. Selagi kita enggan mengakui dan menerima apa jua ‘kelemahan’ kerana sikap cuai dan alpa kita, maka selama itulah kita akan ‘terhijab’ oleh tanggapan, tafsiran dan kesimpulan yang salah!

9. Jika kita berpegang kepada prinsip yang betul tidaklah perlu kita berasa gundah- gulana atau berdukacita, kecuali kita terlibat dengan ‘kelemahan-kelemahan’ tersebut; bak kata bidalan Melayu ‘Siapa yang makan lada dialah terasa pedasnya’ dan ‘Siapa yang makan nangka dialah terkena getahnya’!

10.Oleh itu sekali lagi saya tegaskan bahawa menjadi guru bukanlah dengan ‘meniru- niru’ sahaja; ianya datang dari hati yang murni, mencurah jasa dan bakti tanpa mengharap pujian serta melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas tanpa mengharapkan balas. Inilah yang patut kita capai dan janganlah lupa kepada ‘Hukum Ganjaran’ iaitu “Apa yang disemai itulah yang dituai”.

11.Marilah ‘perbetulkan’ dan perbaiki semua ‘kelemahan’, kelalaian dan kecuaian kita supaya dapat menjadi seorang guru yang tidak resah dan gelisah melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita setiap hari ibarat kata-kata Saiyidina Umar Al-Khattab: “ Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari”.

55

Page 56: Nota Khas Guru Besar

CIRI-CIRI DIRI GURU YANG UNGGULTIDAK TERLETAK KEPADA BERAPA LAMA

SESEORANG ITU MENJADI GURU

1. Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan murni telah diakui oleh masyarakat dan negara dan oleh seluruh tamadun manusia. Namun begitu ‘ke- muliaan’ dan ‘kemurnian’ profesion ini sering dicemarkan oleh pengamal-pengamal- nya sendiri.

2. Ramai beranggapan guru-guru yang sudah lama, bertahun-tahun menjadi guru dan dikira berpengalaman, berketrampilan serta sepatutnya boleh menjadi ‘role model’ kepada guru-guru baru tidak selalunya benar.

3. Yang jeliknya guru-guru yang kita anggap senior, berpengalaman bertahun-tahun kerap mengecewakan kita dalam banyak segi terutama dari segi pemikiran, tanggapan, sikap serta perlakuan.

4. Antara sebab-sebab wujudnya segolongan guru-guru yang jelik ini adalah:

i) Tidak ada kesedaran diri dan keinsafan sejati terhadap tugas hakiki iaitu mengajar dan mendidik.

ii) Wujud rasa bangga-diri kerana sudah lama mengajar (konon) jadi walau apa pun yang dibuat tidak rasa ianya suatu kesalahan apatah lagi suatu ‘dosa’!

iii) Sifat bebal, angkuh dan bodoh-sombong sebab rasa tidak perlu belajar bagi ‘memperbaiki diri’ atau kerana tidak ‘kenal diri’!

iv) Pihak pemimpin organisasi pula tidak mampu membimbing, mendisiplin dan mengambil tindakan yang tepat, betul dan berani bagi mengawal organisasi- nya.

v) Akibat wujudnya ‘budaya nafsu-nafsi’ apabila semua orang rasa mereka be- bas lepas tidak terikat dan tidak perlu mematuhi peraturan dan undang- undang.

56

Page 57: Nota Khas Guru Besar

vi) Bila sudah ‘naik lemak’ dengan budaya bebal ini akhirnya ada orang yang tak mampu lagi bezakan mana dia tugas utama....antara hadir acara rasmi sekolah atau memenuhi jemputan Persatuan Bola Sepak Daerah...fikirkanlah!

5. Marilah renungkan senario-senario ini. Tidakkah ianya melambangkan ‘kebebalan’ dan ‘kebodoh-sombongan’?

i) Sangat lemah kawalan kelas, sampai masa peperiksaan pun tidak langsung wujud macam suasana peperiksaan; ada guru tak masuk mengawas; murid riuh-rendah guru tercogok jadi tunggul kayu; malah sampai ada guru yang ‘memancing ikan’ di kolam sekolah ketika itu! ii) Tidak sempurnakan Nota Serah Tugas; tak serah tugas-tugas kelas dan bahan serta peralatan apabila bertukar sekolah.

iii) Mengabaikan tugas hakiki; berniaga waktu sekolah dan aktif ke hulu ke hilir mengekori wakil rakyat. iv) Buat soalan yang dia belum/tidak ajar sehingga dibantah oleh murid-muridnya sendiri. Apakah jenis orangnya guru begini?

v) Tidak mahu mengajar Muzik (misalnya) kerana anggap ‘muzik haram’ Sayang dia lupa dengan tidak mengajar itu tidakkah si guru ini ‘makan duit haram’? Inilah kebebalan yang paling besar.

6. Satu daripada tugas penting seseorang Guru Besar adalah memastikan semua ‘guru mengajar dan semua murid belajar’, di samping mengambil langkah-langkah dan tindakan yang tidak membenarkan berlakunya segala macam unsur negatif di kalang -an individu dan kumpulan guru di sekolah.

7. Lima ‘tonggak’ yang kena kita fahami dan patuhi setiap masa dan ketika adalah:

i) Bersikap seriusii) Berdisipliniii) Menepati waktuiv) Berkualitiv) Mematuhi peraturan dan arahan.

8. Saya tidak akan berkompromi dengan orang-orang yang bersikap, berfikiran dan berperangai seperti yang dinyatakan di atas, demi keutuhan misi dan organisasi. Jadi awasilah diri masing-masing agar tidak terjebak.

57

Page 58: Nota Khas Guru Besar

KOMITMEN DAN DEDIKASI MENJAYAKAN MISI

1. Membina kecemerlangan, kejayaan dan keberkesanan melalui kerja berpasukan yang meletakkan kepentingan organisasi sekolah mengatasi kepentingan diri peribadi merupakan prasyarat yang mesti dipenuhi tanpa kompromi daripada seluruh warga pendidik.

2. Sesungguhnya apa jua bentuk kejayaan kita (murid dan sekolah juga) adalah hasil kerja keras dan semangat juang yang tinggi sebelum ini, dan ianya patutlah pula kini menjadi prinsip kita seluruhnya supaya kejayaan yang lebih menyerlah dapat dicapai. 3. Sejak kira-kira tiga tahun kebelakangan ini kita telah berjaya ‘mengangkat imej dan martabat sekolah’ kita ke tahap yang lebih baik berdasarkan petunjuk berikut:

i) Peratus kelulusan terus meningkat tiga tahun berturut-turut kepada 60.8 % tahun lalu berbanding 56.6 % (1998); 45.5.% (1997) dan 38.4% (1996).

ii) Peratus pencapaian Bahasa Inggeris juga meningkat kepada 62.2 % tahun lalu berbanding 57.8 % (1998); 45.5. % (1997) dan 38.4 % (1996).

iii) Kedudukan pertama di antara sekolah-sekolah Kelompok Bandar Jengka B dari segi peratus kelulusan dan pencapaian Bahasa Inggeris.

iv) Berjaya melepaskan sekolah daripada senarai 10 sekolah terendah ‘rankingnya’ di peringkat daerah beberapa tahun yang lalu.

v) Berjaya mencapai (menyamai) 60.8 % kelulusan sejak pencapaian 60.4 % tahun 1988 - selepas sebelas tahun!.

4. Oleh itu kita mestilah berazam dan berusaha lebih giat lagi bagi meneruskan cita-cita dan matlamat bagi ‘mengangkat imej dan martabat sekolah’ tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

5. Namun begitu, semua kita mestilah sedar dan faham benar-benar bahawa apa jua bentuk sikap, pemikiran, perlakuan dan gejala yang timbul daripada angkara indivi- du atau kumpulan yang menjadi ‘perosak’ tidak dibenarkan wujud sama sekali.

58

Page 59: Nota Khas Guru Besar

6. Untuk itu kita harus berani mengakui kelemahan diri dan jiwa kita (jika masih demi- kian) yang terus-terusan gagal berubah dan meningkat dari segi ketrampilan, kecekap- an dan keberkesanan kerja-kerja kita.

7. Tidak ada gunanya terpesona dengan kata-kata ‘alaf baru’, ‘tahun baru’ atau seba- gainya sedangkan kita masih enggan melakukan perubahan dan peningkatan diri; masih terperosok di dalam terowong masa yang ketinggalan zaman; masih tidak belajar-belajar daripada kelalaian, kealpaan dan keangkuhan malah ada ketikanya kita bersifat seperti kanak-kanak yang belum mumayyiz!

8. Inilah cabaran paling besar apabila kita tidak memperoleh ‘makna’ (walau pun kita punya ilmu, fakta, kemahiran, data dan maklumat) dalam hidup dan kerjaya kita seper- ti apa yang ditakrifkan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1978):

“ Merujuk kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ia (ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu.”

9. Oleh itu setiap detik dan ketika, setiap ruang dan waktu, setiap peluang dan kesempat- an mestilah ditangani sebaik-baiknya, dan hal ini memerlukan komitmen dan dedikasi yang paling tinggi dari setiap orang agar kejayaan misi bukan sahaja merupakan jasa bakti terhadap organisasi malah ianya juga memberi kepuasan diri peribadi. 10.Yang demikian slogan “Komitmen Dan Dedikasi Menjayakan Misi” benar-benar menjadi kenyataan. InsyaAllah.

KESEJAWATANAN CIRI ORGANISASIYANG BERKUALITI DAN BERKESAN

1. Pada dasarnya semua guru berfungsi sebagai pendidik kepada pelajar. Tidak kira sama ada ianya seorang guru berijazah atau latihan maktab, guru sementara (ter- masuk guru ganti) atau guru tetap, gurur senior atau guru junior, guru sesi pagi atau guru sesi petang, kesemuanya menjalankan fungsi asas mengapa seseorang itu merasakan dirinya terpencil daripada berinteraksi secara kolegial di antara satu sama lain.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan kolegialiti atau kesejawatanan? Menurut definisi Ensiklopedia Brittanica, “ A collegium is a body of persons, no fewer than three, associated together by common function.”

3. Kesejawatanan juga membawa makna satu budaya kerja yang ada kaitannya dengan

59

Page 60: Nota Khas Guru Besar

perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati, nasihat-menasihati, atau tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme.

4. Empat ciri petunjuk kepada kesejawatanan di sekolah adalah:

i) Percakapan (Talk) : Guru-guru sentiasa bercakap mengenai hal-hal amalan mengajar dan belajar, di samping mengelak bercakap mengenai hal peribadi atau kelemahan sekolah (saha- ja).

ii) Saling Memerhati : Semua terlibat memerhati P&P, menilai dan mengulas (Mutual Observation) secara positif pengajaran rakan-rakan.

iii) Membuat Persediaan : Sama-sama terlibat dalam perancangan dan juga penye- Secara Bersama diaan bahan mengajar.

iv) Saling Menunjuk-ajar : Guru dan pentadbir saling terlibat dengan tugas menga- ajar dan menyebar maklumat dan strategi serta berlaku- nya pemindahan ilmu dan kepakaran.

5. Dalam organisasi formal (yakni sekolah) terdapat juga organisasi informal yang di- gerakkan oleh berbagai perasaan dan sentimen, dan oleh berbagai fakta dan minat individu atau kumpulan. Ringkasnya manusia tidak berkelakuan sebagai individu yang memencilkan diri, tetapi sebagai ahli kepada kumpulan sosial mempamerkan berbagai komitmen dan rasa setia.

6. Melalui kesejawatanan, organisasi informal ini dapat dipupuk ke arah matlamat yang positif di mana wujudnya budaya kerja yang cemerlang dan berkesan. 7. Kesejawatanan wujud apabila ahli-ahli dalam kumpulan sejawatan dibawa berinteraksi secara formal dalam pelbagai ruang kerja dan bidang tugas di sekolah.

8. Murphy et.al. (1985) menyebut kriteria berikut sebagai penting bagi membentuk dan mewujudkan proses kesejawatanan yang berkesan di sekolah :

“ Two important points must be made about these processes grouped together under the rubric of ‘collegial relations’. First, in effective schools, the primary focus for these collegial process is academic matters and student achievement, not social development. Second, in effective schools, strong administrative and collegial relations work well together.”

9. Apakah petunjuknya pula apabila suasana kesejawatanan itu telah diamalkan di seko- lah? Petunjuk berikut boleh jadikan panduan;

i) Daripada banyak berbual ‘kosong’ kepada berbual mengenai dan cara-cara mengatasi masalah P&P.

ii) Daripada berfikiran semua kerja-buat kita paling betul kepada berfikiran banyak amalan kita tidak betul, tidak efektif jadi perlu diubah.

60

Page 61: Nota Khas Guru Besar

iii) Daripada bersikap “aku-aku, kamu-kamu” dan tak perlu bantuan lagi, kepa- da sikap “aku dan kamu” adalah rakan sejawat, dan dengan satu matlamat.

iv) Daripada merahsiakan ilmu dan kepakaran serta merasa sudah cukup, kepa- da perkongsianilmu dan kepakaran secara bijak, dan memberi manfaat ber- sama.

10.Yang demikian kita semua seharusnya dapat meningkatkan tahap kesejawatanan di antara kita dalam konteks “Komitmen Dan Dedikasi Menjayakan Misi”, dan dapat membezakan di antara ‘pergerakan’ dan ‘kemajuan’ seperti diungkapkan oleh Alfred A. Montapert;

“ Do not confuse motion and progress. A rocking horse keeps moving but does not make any progress.”

MEMBANGUN SEKOLAH BERKESAN

1. Kajian-kajian terhadap keberkesanan dan kejayaan sekolah mengenalpasti wujudnya perkaitan rapat yang konsisten antara iklim sekolah yang positif dengan lain-lain ciri pengukuran iaitu; pencapaian akademik, disiplin yang tinggi, produktiviti staf dan pengurusan yang berkesan.

2. Inti kepada iklim sebuah sekolah yang berkesan dipengaruhi oleh ‘keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah itu’.

3. Ciri-ciri yang terdapat di dalam sekolah berkesan (termasuk pembangunan yang ber- terusan) adalah:

i) kepemimpinan pengajaran yang berkesanii) tujuan yang jelasiii) iklim sekolah yang teratur, tertib dan selamativ) jangkaan penguasaan minima semua muridv) ujian digunakan bagi penilaian dan ‘membetulkan arah’ programvi) matlamat akademik yang jelasvii) penglibatan ibu bapa dan penjagaviii) wujudnya kesejawatanan (collegiality)

4. Abdul Rahman Arshad (1989) pernah berkata, “ Kalau kita hendak menebus mutu pendidikan negara ini, yang paling penting bukan di sekolah menengah. Apakah sebabnya?”

5. Bagi beliau beberapa keadaan di sekolah-sekolah rendah seluruh negara perlukan ‘perubahan’ dan ‘pembangunan’ yang amat mendesak jika ‘keberkesanan’ sekolah sekaligus pendidikan dan pencapaian para pelajar hendak dipertingkatkan.

61

Page 62: Nota Khas Guru Besar

6. Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu adalah:

i) Suasana di sekolah rendah ini dari segi persekitarannya tidak begitu menggalakkan.

ii) Oleh kerana tahap akademik juga rendah, maka profesionalismenya juga rendah.

iii) Sekolah-sekolah itu kecil; oleh itu kaitan dan perhubungan dari segi membangunkan fikiran hampir tidak ada.

iv) Terdapat guru-guru di sekolah rendah yang kurang mendapat latihan dalam perkhidmatan, Majlis Guru Besar hendak dibangunkan secara lebih luas, jangan jadi satu badan yang “ceremony”; badan yang bertemu hanya untuk

melantik jawatankuasa, tetapi majlis in mempunyai orang yang perlu melihat dari segi kesesuaian buku teks, sistem mengajar, kaedah-kaedah yang digunakan, perbincangan mengenai pencapaian. Inilah keutamaan untuk meningkatkan profesionalisme.

7. Membangun budaya sekolah yang berkesan adalah satu proses berterusan yang ber- sifat evolusi yang digerakkan oleh tekanan luaran, potensi dalaman dan respon kepada hal-hal yang kritikal.

8. Bagi mencapai tahap tersebut, wawasan yang jelas mestilah digerak dan dikekalkan; visi yang dikongsi dan dibangunkan bersama oleh seluruh organisasi. Sekolah- sekolah yang menuntut ‘mengongsi visi’ ini digelar sebagai ‘high concensus schools’.

9. Di sekolah-sekolah ini ciri-ciri berikut dapat dilihat dengan jelas:

i) Menghargai permuafakatan : semua guru mengambil berat terhadap ‘kesihatan’ sekolah sebagai organisasi. Menghindarkan keterasingan, sikap pentingkan diri sendiri hingga tidak mahu akui wujudnya masalah atau tidak mahu melihat masalah orang lain. Bahkan dengan permuafakatan guru-guru bersama-sama menyelesaikan masalah, membuat keputusan serta menghargai kesaling-bergantungan.

ii) Berorientasikan komuniti : di mana kejayaan dan kegagalan dikongsi bersama, tolong-menolong dan bertingkah-laku menurut norma-norma dan kepercayaan dalam organisasi. Guru-guru tidak hilang punca, tidak menyalahkan orang lain jauh sekali daripada memejamkan mata kepada situasi-situasi yang bermasalah. Sebaliknya guru-guru mempamerkan sikap positif yang tinggi.

iii) Keyakinan guru-guru : penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, lebih bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, lahirkan idea-idea kreatif. Seko- lah jadi tempat kerja yang menyeronokkan sementara guru-guru mendapat pe- nyempurnaan dan kepuasan profesionalisme.

62

Page 63: Nota Khas Guru Besar

10.Oleh kerana setiap dari kita juga adalah ‘pemimpin’, maka kita mestilah memiliki dan membuktikan ciri-ciri akauntabiliti dan kredibiliti dalam semua tindak-tanduk kita selaku guru-guru yang berkesan. Edmond R. Murrow menyatakan:

“ To be persuasive, we must be believable; To be believable, we must be credible; To be credible, we must be truthful.”

ANTARA ‘KEBIASAAN’ DAN SEDAR-DIRIDALAM MENGUBAH PERSEPSI DAN KUALITI DIRI

DALAM PENGURUSAN ORGANISASI

1. Sikap seseorang terbentuk daripada seluruh didikan, pengalaman, persepsi, corak pemikiran, tabiat, perangai dan perilaku, sebagai apa yang dialami dan yang diamal- kan, akan menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri diri peribadi seseorang itu.

2. Sifat-sifat dan ciri-ciri peribadi ini pula akan menentukan sama ada seseorang itu berpersonaliti yang positif, mantap, tenang, berfikiran terbuka dan waras, atau seba- liknya dalam setiap perilaku terutama dalam aspek kebolehan, ketrampilan dan ke- unggulan menyempurnakan tugas, yang lumrahnya kita terperangkap dengan menta- liti ‘perkara biasa’.

3. Sebenarnya Guru Besar telah berulang-kali menyentuh ‘aspek kemampuan diri’ ini supaya kita tidak terjebak dalam ‘mentaliti kebiasaan’ sehingga akhirnya kita me- mandang rendah, anggap remeh perkara-perkara yang serius telah ditangani pada tahap substandard dan tidak berkualiti.

4. Beberapa petunjuk telah membuktikan kewujudan sindrom ‘mentaliti kebiasaan’ dan tahap sedar-diri yang rendah ini, iaitu antaranya;

i) Borang-borang Diagnosis P1 diisi secara lebih kurang, tanda (-/) bukan tanda(x) ; guru suruh murid tulis sendiri nama mereka dan murid juga tanda sen-

diri analisis soalan yang berkenaan. Apakah maksud dan ertinya perbuatan ini? Adakah guru anggap ini perkara remeh; Guru Besar tidak akan sedar atau tahu?

ii) Borang Laporan Semakan Buku Latihan juga dibuat secara ‘hendak tak hendak’ saja - tiada butiran lengkap, tiada cadangan, catat ala kadar - menggambarkan orang yang melakukannya bersikap ‘kerja kerana terpaksa’.

iii) Ketua Panitia yang tidak berperanan positif dan aktif sehingga tak tahu apa per- kembangan, apa yang telah dibeli, apa yang belum sehingga dakwa kekurangan peralatan dan jejaskan P&P; alatan dibiar tanpa diurus sewajarnya, membuat la- poran yang menunjukkan ‘ketidakcaknaan’ sendiri, dan tak mahu ( tak tahu ?) pelajaran PJ tidak dibuat di padang sekolah!

63

Page 64: Nota Khas Guru Besar

5. Tiga petunjuk tersebut sudah cukup bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan sikap ‘kebiasaan’ yang merosakkan, persepsi yang tidak tepat dan tidak jelas, salah konsep serta masih belum sedar-sedar bahawa banyak perkara kita perlu ubah dan tingkatkan. 6. Mentaliti ‘kebiasaan’ tidak akan menjadikan kita orang-orang yang berkualiti dan cemerlang, tidak akan menjadikan organisasi kita gemilang dan terbilang kecuali semua kita dapat melakukan semua perkara secara ‘luar biasa’ yakni hebat dalam pengurusan masa, hebat dalam mengelola, hebat dalam cara berfikir dan bertindak, hebat dalam hasil, produktiviti dan segala kerja-buat.

7. Ingatlah, sifat diri yang suka ‘komplen’ dan ‘salahkan orang lain’ atau keadaan ada- lah satu daripada sifat yang tidak baik. Mengapa tidak komplen dan salahkan diri sendiri? Bilakah lagi hendak belajar daripada kesalahan dan ‘kebiasaan’ yang tidak produktif?

8. Lumrahnya terdapat tiga golongan manusia;

i) The few that make things happen.ii) The many who watch things happen.iii) The majority who do not know what has happen.

9. Kita sepatutnya lebih ramai berada di kategori pertama iaitu orang-orang yang ‘make things happen’, bukan orang-orang yang hanya ‘tunggu dan lihat’ dan paling malang orang-orang yang tidak tahu (tak sedar) apa yang sebenarnya berlaku!

GURU SEBENAR GURUKE SEKOLAH TIDAK JEMU MENGAJAR TIDAK LESU

1. Tema perayaan Hari Guru tahun ini “Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan” mempunyai makna yang mendalam dan menyeluruh yang sewajarnya direnung dan difikirkan oleh seluruh golongan guru di negara ini.

2. Elemen ‘bersatu’ hendaklah ditanggapi sebagai bersatu di dalam menggarap dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan 2020 serta cabaran-cabaran baru hasil daripada dasar langit terbuka, era globalisasi, E-dagang, K-ekonomi dan sebagainya yang menjadi satu tugas guru dalam menyediakan ‘sumber manusia’ melalui bidang pendidikan.

3. Martabat profesion keguruan yang dianggap telah terhakis begitu rupa hari ini, tidak akan dapat dipulih atau ditingkatkan selagi guru-guru sendiri tidak ‘bersatu’ dalam segala tindak-tanduk dan gelagat memperbaiki sikap dan ketrampilan budaya kerja yang berkualiti.

64

Page 65: Nota Khas Guru Besar

4. Untuk mengangkat martabat profesion keguruan guru-guru hendaklah benar-benar mampu menampilkan individu dan kelompok guru yang tulen atau guru yang sebenar guru; bukan mengharap dan meminta pihak-pihak di luar bidang keguruan mengiktiraf atau memandang tinggi kepada profesion ini.

5. Namun demikian sedarkah kita bahawa dalam banyak kedaan dan petunjuk-petunjuk yang wujud menandakan bahawa gelagat guru-guru tidak menyumbang kepada penghormatan dan martabat guru-guru jika:

i) Melebihkan tumpuan kepada kerja-kerja luar seperti terlibat dengan kelas tusyen (akibat murid dan sekolah sendiri diketepikan).

ii) Lebihkan ‘main’ daripada proses P&P; ujian ditunda-tunda sesuka hati kerana memberi laluan kepada sukan atau acara-acara bukan akademik.

iii) Terdapat segelintir guru-guru yang nampak ‘busy by doing nothing’, kuat berborak, masa perdana dibuang begitu sahaja dengan hal-hal yang

kurang penting atau yang tidak produktif.iii) Tidak dapat melihat dan menyedari perkaitan antara program utama

(P&P dalam bilik darjah) dengan program sokongan seperti projek BUKTI, penggunaan perpustakaan/ Pusat Sumber dan sebagainya.

6. Sebagai contoh analisis peminjaman buku-buku (Januari - April 2000) oleh murid- murid sekolah kita menunjukkan satu trend yang sangat tidak menggalakkan; iaitu Januari - tiada ; Februari - 13 orang (7.1%); Mac - 6 orang sahaja (3.3%) dan April - 97 orang (53.3%) sahaja murid-murid Tahap Dua yang meminjam.

7. Mengapa keadaan ini berlaku? Adakah murid tidak tahu? Adakah guru-guru tidak ‘assertive’ dan tegas dalam soal ini? Bagaimana ini hendak dikaitkan dengan prestasi projek BUKTI sendiri jika ada murid-murid yang tidak langsung meminjam buku (ertinya tidak membaca buku) walau pun telah diberi peringatan?

8. Soalan seterusnya bagaimana kita hendak melahirkan murid-murid yang ‘cemerlang’ jika asas-asas kepada ‘pendidikan berkualiti’ menerusi pemerolehan dan penguasaan pengetahuan am dan khusus tidak ditekan dan diberi keutamaan?

9. Di sinilah letaknya mengapa saya menyatakan bahawa guru sebenar guru adalah guru yang ke sekolah tidak jemu, mengajar tidak lesu; yakni guru-guru yang tinggi komitmennya terhadap profesion dan kemajuan serta kebajikan anak didiknya tidak pernah akan merasa jemu untuk ke sekolah; dan guru yang komited serta tinggi profesionalitinya tidak akan merasa lesu ketika mengajar walau apa pun keadaan dan cabaran yang dihadapi.

10.Yang demikian kita guru-guru patutnya memberikan lebih tumpuan kepada kebajikan menyeluruh anak didik kita berbanding yang lain seperti kata Frank Pajares;

65

Page 66: Nota Khas Guru Besar

“ Few teachers truly understand the effect which they have on their students. Fewer yet given much thought to the tremendous damage which their actions and attitudes often have. Our problem as educators is that far too often we begin the academic year worrying more about our courses and about our academic responsibilities than about our students, those fragile human beings who sit across from us and stare, waiting to learn and eager to know.”

SIFAT DAN CIRI PEMBENTUKAN PEMIMPINDAN KEPEMIMPINAN PROFESIONALISME

1. Kepemimpinan boleh didefinisikan sebagai suatu proses yang kompleks di mana de- ngannya seseorang itu mempengaruhi orang-orang lain melaksanakan dan menyem- purnakan misi, tugasan atau pun objektif-objektif yang telah ditetapkan.

2. Perkaitan antara individu dengan fungsi-fungsi tertentu (di dalam hierarki bidang tugas dan tanggungjawab) setiap dari kita sebenarnya memainkan peranan pemimpin ini di dalam situasi-situasi tertentu sama ada dalam situasi guru selaku ‘pemimpin kepada murid-murid’ atau pun selaku ‘pemimpin di kalangan rakan sejawat’ di pelba- gai peringkat aktiviti.

3. Pendeknya semua daripada kita pernah, selalu atau sedang memainkan peranan pem- impin (kepemimpinan) ini walau pun mungkin terdapat ada orang yang tidak begitu menyedarinya.

4. Ciri penting yang mesti wujud dalam diri seorang pemimpin ialah memiliki ‘clear sense of direction’; mendapat kepercayaan serta mempunyai daya menyampaikan visi masa depan yang kuat.

5. Untuk menjadi pemimpin yang baik lagi dihormati (termasuk peranan selaku Ketua Panitia, Guru Kanan, Pengerusi AJK-AJK dan sebagainya) kita mestilah memenuhi syarat-syarat dan sifat-sifat JADI, TAHU, dan BUAT; sebagaimana apa yang dinya- takan oleh Donald Clark (1997) “ A respected leader concentrates on what she is (be) (beliefs and character), what she knows (job, tasks, human nature), and what she does (implement, motivate, provide direction)”

6. Ciri-ciri yang lebih terperinci di bawah Kerangka Kepemimpinan ini adalah seperti berikut: ~ Jadi seorang profesional : setia kepada organisasi, berkhidmat tanpa pentingkan diri dan bertanggungjawab.

66

Page 67: Nota Khas Guru Besar

~ Jadi seorang profesional dengan watak yang baik : kejujuran, ketrampilan, lurus, komitmen, integriti, keberanian, berterus-terang dan imaginatif. ~ Jadi seorang yang profisien ( secara teknik ) : ertinya mesti tahu kerja sendiri dan tahu benar pula dengan kerja-kerja orang bawahan serta mampu melatih orang- orang lain. ~ Tahu empat faktor kepemimpinan : pengikut, ketua, komunikasi dan situasi. ~ Tahu (kenali) diri sendiri : kelemahan dan kekuatan diri, pengetahuan dan kema- hiran, serta cari penambahbaikan kendiri secara berterusan. ~ Tahu sifat manusia : keperluan dan emosi, tingkah-laku dan aspirasi dan bagai- mana manusia bertindak balas terhadap ‘stress’. ~ Tahu organisasi anda : seperti tahu ke mana hendak dapatkan bantuan, iklim dan budaya. ~ Sediakan hala tuju : penentuan matlamat, penyelesaian masalah, membuat kepu- tusan dan merancang (perubahan dan tindakan). ~ Melaksanakan : komunikasi, penyelarasan, penyeliaan dan penilaian. ~ Memotivasi : mampu membina ‘morale’ dan semangat kekitaan, melatih dan membimbing, kaunseling dan juga jadi ‘role-model’.

7. Di peringkat operasionalnya pula seseorang pemimpin mestilah mempunyai tiga ciri penting yang mesti diterjemah, di realisasikan dan dihayati dalam seluruh organisasi itu. Tiga ciri tersebut ialah mengongsi visi, penggunaan sumber (manusia, maklumat dan sumber modal), dan nilai.

8. Hanya pemimpin yang ada visi sahaja yang boleh membawa organisasi dan pengikut- nya menuju wawasan, yang mampu menggerakkan dan mendorong subordinat dengan meletak dan memberikan nilai yang tinggi dalam semua aspek yang ditanganinya/

9. Seterusnya seorang pemimpin yang bervisi sentiasa ‘melihat’ jauh ke depan melewati ruang dan waktu di samping menunjukkan ‘arah teladan,’ juga sentiasa berkongsi kegemilangan bersama-sama pengikut, serta berjaya meninggalkan ‘legacy’ (warisan).

10.Oleh itu selaku guru-guru (yakni pemimpin kepada generasi akan datang) cabaran yang dihadapi setiap hari tidaklah mudah namun di sinilah letaknya betapa perlunya kita dapat melaksanakan kedua-dua ‘tugas’ mengurus dan memimpin ini dapat di- lakukan dengan betul dan tepat seperti apa yang disebut oleh Warren Bennis;

“ Managers are people who do things right, while leaders are people who do the right things”.

67

Page 68: Nota Khas Guru Besar

TINDAKAN PENINGKATAN DAN PENAMBAHBAIKANSEBAGAI PROSES MENJANA KEBERKESANAN

YANG MENYELURUH

1. Kejayaan, kemajuan dan kecemerlangan sekolah sebagai sebuah organisasi pendidik -an (yang berkesan dan bersepadu) menjadi fokus dan impian kepada seluruh anak didik, ibu bapa dan penjaga mereka, dan juga bagi guru-guru dan para pengurus ku- rikulum sendiri bukanlah satu perkara yang asing lagi bagi kita.

2. Setiap kejayaan, kemajuan dan kecemerlangan yang dicapai memerlukan penglibatan dan pengorbanan dari segi tenaga, idea dan fikiran, kemahiran merancang dan menge- lola, juga aspek kewangan dan masa yang bukan sedikit.

3. Semua kita sudah sangat faham bahawa apa jua kemajuan, peningkatan dan kecem- erlangan sekolah tidak datang secara ‘kebetulan’ atau secara ‘bernasib baik’ sahaja tanpa melakukan perubahan pendekatan dengan pelbagai tindakan pembetulan dan pembaikan yang telah kita lakukan secara ‘all out’ dan bersungguh-sungguh.

4. Semua pendekatan tindakan yang telah diambil selama ini dan sekarang hendaklah difahami dan dihayati sebagai sutau ‘kitaran’ atau ‘cycle’ yang bersifat berterusan tanpa henti, dan dengan itu mestilah dilayani sepenuhnya tanpa ada perasaan ‘kerja lebih kurang’ dan sebagainya.

5. Pendekatan tindakan-tindakan pembaikan, peningkatan dan seterusnya penambah- baikan sepanjang masa harus dianggap sebagai ‘proses’ dan bukannya sebagai ‘pro- gram’ sahaja. Ciri terpenting sesuatu proses itu ialah ianya mestilah berlaku berterus- an dan dalam waktu yang sama mengambil tindakan memperbaiki aspek-aspek yang didapati lemah atau berada di bawah ‘Standard Quality’ seperti yang telah ditetap- kan.

6. Namun begitu adalah mudah sebahagian daripada kita menjadi ‘leka’, selesa, rasa cukup betul dan kena caranya, rasa tidak tergugat atau apa saja yang boleh ditakrif- kan sebagai sikap ambil mudah yang sebabkan kita ‘tersasar daripada fokus dan matlamat sebenar’.

7. Satu daripada konsep yang kita cuba terapkan ialah konsep atau gagasan ‘tidak ada kelas yang dibiarkan tanpa guru’ bukanlah bererti semata-mata ada guru (penggan- ti) tetapi proses P&P yang berkesan dan bermakna (effective and meaningful lessons)

68

Page 69: Nota Khas Guru Besar

tidak berlaku; apatah lagi jika berlaku ‘kelas yang tak ada guru!’ Tentulah tujuan dan matlamat ini ‘jauh panggang dari api’.

8. Inilah soal pokoknya yang mesti difahami oleh semua guru. Tidak patut lagi wujud keadaan seolah-olah kita tidak faham konsep ini apabila keadaan-keadaan berikut terus berlaku:

(i) Guru tidak masuk mengajar terutama kelas-kelas ganti seperti yang dijadualkankerana sikap tidak beri perhatian serius.

(ii) Masa murid-murid terbuang begitu sahaja dengan tingkah-laku yang tidak me- nyumbang kepada pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran atau

pun pembentukan nilai dan tingkah-laku yang positif.(iii) Kesilapan menyusun jadual ganti menyebabkan tujuan dan objektif jadi

sia-siasahaja; manakala empunya diri yang sedar akan hal tersebut mengambil sikap

‘berdiam diri’! Di manakah unsur kesejawatanan yang sepatutnya ditunjukkan?

(iv) Akibat daripada wujudnya rasa dan pemikiran ‘tak perlu merancang’ (lebih awal), menyemak dan mengesan serta memantau bagi menepati ciri-ciri “Zero

Defect” yang sebenar-benarnya diamalkan.(v) Masa perdana (terutama masa senggang) tidak dimanfaatkan sewajarnya deng-

an kerja-kerja berkaitan tetapi hilang begitu sahaja, kemudian kita ‘nampak si- buk’ di waktu lain yang sepatutnya kita tumpukan kepada proses P&P!

9. Oleh itu hendaklah diambil perhatian berat bahawa selagi sikap ‘mencegah masalah lebih utama daripada menyelesai masalah’ belum menjadi budaya kerja dan darah daging maka selagi itulah kita sentiasa akan gagal memenuhi ‘Standard Quality’ dalam penghasilan kerja dan dalam pengurusan masa yang berkesan dan produktif.

10. Ciri-ciri kualiti diri dan perlakuan organisasi ini dapat dicapai jika satu daripada si- kap negatif iaitu sikap ‘sentiasa nanti ditegur’ dihapuskan daripada kamus minda dan diganti dengan sikap sebaliknya.

69

Page 70: Nota Khas Guru Besar

MENGHAYATI SEMBILAN PRINSIPQUALITY CYCLE OF PROCESS

1. Apa pun nama yang kita berikan kepada sesebuah sekolah sama ada sebagai sekolah bestari, sekolah berkesan atau pun sekolah berwatak tidak akan menjadi kenyataan jika tanpa wujudnya orang atau sekumpulan orang yang sanggup bukan sahaja menguar- uarkan slogan dan mengobarkan semangat tetapi juga menumpukan perhatian dan memberikan komitmen yang jitu dan padu.

2. Sekolah berkesan tidak akan berkesan jika orang-orang di dalamnya tidak mengamal- kan prinsip-prinsip kepemimpinan dan pengurusan personel, tidak menghayati Total Quality Management sama ada ‘kerja-kerja mengajar dan belajar’ atau pun ‘kerja- kerja pejabat’.

3. Sekolah berwatak tidak akan jadi berwatak jika tidak ada ‘personality and character’ yang tanpa ‘originality’ dan kreativiti, yang tidak ada pelan kontigensi dalam mengo- ngsi visi, tidak memikir dan tidak mementingkan organisasi.

4. Kita telah menyaksikan betapa sekolah kita pernah mengalami kemerosotan prestasi akademik (UPSR) selama beberapa tahun. Namun hasil usaha gigih guru-guru, kita telah berjaya mengatasi kemunduran ini.

5. Sejak 1997 kita telah melakukan berbagai pendekatan dan tindakan-tindakan ‘pembetulan’ dan ‘pembaikan’ semata-mata bagi membuktikan bahawa:

i. SKJ 17 bukanlah sekolah yang ‘mundur’ selamanya.ii. SKJ 17 mampu membina imej dan wataknya yang tersendiri.iii. SKJ 17 mempunyai kumpulan guru-guru yang tidak kurang daripada sekolah- sekolah lain yang telah mantap dan cemerlang.iv. SKJ 17 dengan budaya belajar dan budaya sekolah yang betul dan sihat boleh diwujudkan dan mencapai objektifnya.v. SKJ 17 boleh menjadi kebanggaan murid-murid, guru-guru dan

kakitangannya serta kebanggaan masyarakat setempat.

6. Semua pendekatan dan tindakan yang diambil adalah bersifat proses yakni ianya dianggap sebagai suatu ‘kitaran’ atau ‘cycle’ dan setiap tahap atau peringkat proses

70

Page 71: Nota Khas Guru Besar

itu hendaklah ditangani sepenuhnya tanpa ada perasaan ‘kerja lebih-kurang’ dan sebagainya.

7. Kita telah memikir dan memutuskan bahawa terdapat (antaranya) Sembilan Prinsip ‘Quality Cycle of Process’ (QCoP) yang telah, sedang dan tetap akan jadi garispan- duan kita dalam usaha kita merealisasikan sekolah kita menjadi sekolah yang berke- san, berwatak dan cemerlang.

8. Sembilan Prinsip Quality Cycle of Process yang dimaksudkan itu adalah :

1. Do It Right First Time (DIRFT)...And All The Time.2. Guru Mengajar Murid Belajar.3. Mengongsi Visi Yang Sama.4. Apa Yang Disemai Itu Yang Dituai.5. Penambahbaikan Berterusan.6. Mencegah Masalah Lebih Utama Daripada Menyelesai Masalah.7. Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang Betul.8. Permuafakatan Dan Kesejawatanan.9. Guru Sebenar Guru : Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu.

9. Dari itu renung dan fikirkanlah sendiri betapa ciri-ciri prinsip tersebut amat penting difahami dan dihayati sama ada dari segi diri peribadi mahu pun dari segi organisasi dalam semua perkara dan urusan yang akhirnya menentukan kejayaan dan kecemer- langan atau pun sebaliknya.

10.Ingatlah bahawa membina, memupuk, membangun, mengukir dan membentuk wajah dan watak, budaya kerja dan ketrampilan diri adalah lebih sukar daripada merosak, meruntuh dan memusnahkan segala kejayaan dan keunggulan yang telah tercipta.

71

Page 72: Nota Khas Guru Besar

BENCHMARKING DALAM MENGUKUR PRESTASIDAN MERANGKA STRATEGI PENINGKATAN ORGANISASI

1. Keberkesanan, kecemerlangan dan kegemilangan sesuatu institusi atau organisasi sewajarnya menjadi satu daripada objektif utama dan penting yang perlu digarap dan dihayati sepanjang masa.

2. Benchmarking boleh didefinisikan sebagai, “ An ongoing process of measuring and comparing the performance of organizations / businesses in order to encourage continous improvement towards best practice.”

3. Satu lagi definisi berbunyi : “ Benchmarking is an ongoing systematic means of for measuring and comparing the work processes of an organization.”

4. Sekurang-kurangnya ada dua tujuan antara mengapa perlu adanya benchmarking;(i) Benchmarking membekalkan pengurus/institusi dengan standard atau rujukan

luar bagi membuat penilaian terhadap kualiti dan kos kepada proses-proses yang mereka laksanakan.

(ii) Benchmarking dapat menggantikan pendekatan “ikut rasa” atau pendekatan “meraba dalam gelap” dengan menggunakan analisis dan fakta :

~ bagaimana bagus itu bagus? ~ banding dengan apa?

5. Oleh itu benchmarking boleh membantu kita dari aspek-aspek berikut :(i) Mengenalpasti peluang-peluang bagi melakukan usaha-usaha penambahbaikan.(ii) Menilai dan mengukur betapa besarnya kesan dan kepentingan peluang-

peluang tersebut.(iii) Mengenalpasti lain-lain institusi (sekolah) yang berjaya dan beroperasi

dengan baik berbanding dengan institusi (sekolah) sendiri.

(iv) Mengenalpasti idea-idea atau amalan-amalan daripada tempat lain yang bergu- na untuk dipertimbangkan bagi diamalkan di institusi kita pula.

6. Kita boleh gunakan benchmarking dalaman untuk menganalisis amalan-amalan dalaman unit atau bahagian sesuatu institusi dengan tujuan mengenalpasti bidang- bidang prestasi terbaik dan bagi mengukur garis dasar (baseline) prestasi.

72

Page 73: Nota Khas Guru Besar

7. Benchmarking dalaman lumrahnya menjadi langkah pertama dalam memeriksa dan memahami proses-proses dan prestasi sesebuah institusi itu.

8. Benchmarking kompetitif pula bermakna menggunakan data daripada rakan sebaya (Sekolah Kelompok misalnya) dan juga pesaing-pesaing langsung bagi membuat per- bandingan di antara institusi kita dengan institusi lain.

9. Ingatlah bahaw apabila institusi / organisasi kita telah dapat mencapai tahap amalan terbaik dalam semua aspek berhubung persekolahan dan kependidikan, sudah pasti institusi/organisasi kita akan mencapai apa yang dipanggil sebagai sekolah berkesan, sekolah berwatak atau pun sekolah model.

10.Dalam hubungan ini tentulah benchmarking ini dapat menunjukkan (setelah mem- buat perbandingan) manakah, atau apakah bentuk, sifat, rupa, dan budaya sekolah yang baik itu seperti apa yang diungkapkan oleh Roland S. Barth (1990) –

“ I see a good school as one in which I would like to teach or be a principal. I see it as a school that I would like my daughters

to attend. I see it as a school that I would be proud to be remembered for helping to create.”

MENGHINDAR CIRI-CIRI SEKOLAH BERPRESTASI RENDAHBAGI MENCAPAI INSTITUSI YANG BERKUALITI

1. Kira-kira 1,919 buah sekolah telah dikenalpasti sebagai sekolah-sekolah berprestasi rendah atau “low performing schools” berdasarkan keputusan UPSR 1999, yang merupakan kelulusan di bawah 30%.

2. Jemaah Nazir Persekutuan menyatakan keadaan pencapaian yang amat rendah ini berlaku kerana wujudnya sindrom himpunan, perkembangan minda akademik tidak setimpal dengan keperluan peperiksaan, kadar pembelajaran lambat berbanding per- tumbuhan perhatian dan perasaan dan pra-syarat kependidikan untuk mengambil peperiksaan tersebut tidak mencukupi.

3. Apakah ciri-ciri yang terdapat di sekolah berprestasi rendah ini ? Persekutuan Guru- Guru Amerika (American Federation of Teachers) menyenaraikan sembilan ciri :

(i) Kurangnya standard akademik.(ii) Prestasi rendah di kalangan murid-murid.(iii) Kurangnya peningkatan pencapaian sekian lama.(iv) Tinggi kadar kekacauan dan keganasan.(v) Tinggi kadar ponteng sekolah.(vi) Tinggi kadar ketidakhadiran staf.

73

Page 74: Nota Khas Guru Besar

(vii) Kadar keciciran yang tinggi.(viii) Kadar perubahan (pertukaran) staf yang tinggi.(ix) Iklim sekolah yang negatif.

4. Oleh itu “usaha dan kerja” menukarkan sekolah rendah prestasi ini (seperti yang pernah dilalui oleh SKJ 17) kepada sekolah berkesan perlukan komitmen tinggi bukan bermula ‘di luar sana’, tetapi berlaku dan berkobar dari dalam – dari dalam hati dan minda para guru dan pendidik yang bekerjasama menuju suatu set keper- cayaan dan keyakinan yang dikongsi bersama mengenai kurikulum, pengajaran dan penilaian.

5. Ertinya dengan perkembangan ini, kita bergerak daripada individu-individu yang mencari bagi peningkatan pembangunan profesionalisme mereka kepada kesejawat- anan di mana mereka mempercayai antara satu sama lain dan secara terbuka ghairah mencari perkaitan antara pengajaran mereka dengan apa yang dilakukan oleh pihak- pihak lain.

6. Untuk menentukan kejayaan, pendidik perlu mengetahui disiplin mereka dan memi- liki kecerdasan interpersonal yang tinggi, bukan sahaja dengannya seseorang pendi- dik itu memahami ‘body language’ pelajarnya sebagai salah satu bentuk komunikasi, tetapi juga perlu dalam hubungan dengan rakan sebaya seseorang pendidik.

7. Dengan wujudnya kumpulan pendidik yang memberi satu model mental kepada ke- percyaan asas, mereka mestilah pula membentuk satu ‘perkongsian visi’ terhadap apa yang mewujudkan sebuah sekolah yang berkualiti.

8. Apabila situasi sedemikian rupa telah menjadi kehidupan dan ‘darah daging’ kepa- da kumpulan pendidik ini baharulah kita dapat menangani ketidaksamaan antara realiti terkini sekolah dengan ‘perkongsian visi masa depan’ sekolah kita! Seharus- nyalah tarikan antara realiti semasa dengan perkongsian visi ini menjana tenaga dan motivasi bagi melakukan penambahbaikan yang berterusan, yang sudah tentu perlu- kan keberanian kepada kerja kuat bersama peningkatan yang tekal – adalah bersifat ‘self-rewarding’.

9. Seperti yang dirumuskan oleh American Federation of Teachers (AFT) ; “ The first essential step in improving low-performing schools is to established clear standards for what students are expected to know and be able to do. Without clear standards, substandard work is almost impossible to define, making it that much harder for teachers to spot problems early, demand that students get the extra help they might need, and hold students accountable.”

74

Page 75: Nota Khas Guru Besar

ASPEK MENGHADAPI CABARAN FAKTOR PENENTUKEJAYAAN ATAU KEGAGALAN MISI

1. Merenung kembali apa yang telah dirancang dan apa yang tidak dirancang, apa yang telah dibuat dan apa yang tidak dibuat, apa yang telah berubah dan apa yang tidak berubah, apa yang telah meningkat dan apa yang tidak meningkat (malah semakin merosot), sepatutnya dapat menyedarkan kita semua terhadap ‘keadaan dan hal’ atau status setiap diri dan organisasi kita tentang di mana, dan ke mana kita selepas ini.

2. Apakah kita masih mahu mendakwa kita benar-benar berjaya meningkatkan mutu kerja disamping hasil kerja yang mencapai standard kualiti yang tinggi jika pada hakikatnya kita belum betul-betul berjaya menghadapai cabaran tugas dan tanggungjawab sebagaimana sepatutnya?

3. Aspek menghadapi cabaran inilah yang merupakan satu daripada faktor yang menentukan ‘komitmen dan dedikasi’ itu dapat menjayakan misi atau sebaliknya. Indikator-indikator yang mudah menunjukkan aspek menghadapi cabaran sebenarnya masih berada di tahap yang rendah seperti yang dibuktikan melalui;

i) tidak sanggup menunaikan tugas pada hari-hari bertugas semasa cuti seperti yang telah ditetapkan;ii) tidak menunaikan pemeriksaan buku tulis bulan Oktober 2000 kerana sikap ‘ambil mudah’ kerana terpengaruh dengan ‘mentaliti hendak bercuti’;iii) tidak menyertakan tandatangan pada pelaporan-pelaporan yang dikehendaki satu bukti buat kerja ‘asal buat’ dan tidak amalkan ‘do it right first time’;iv) menyerahkan dokumen-dokumen tugasan setelah diminta (beberapa kali) seolah-olah tidak ada langsung sifat bertangggjawab seperti orang-orang profesional.

4. Apa yang menghairankan ialah kelemahan-kelemahan prestasi kerja ini telah begitu banyak diulas, ditegur dan diberi nasihat, namun sifat bebal, melawan dalam diam nampaknya belum dapat diatasi, menyebabkan ciri-ciri yang tidak menggalakkan ini masih wujud dan berlaku.

5. Apakah yang menghalang kita daripada menjadi orang-orang yang profesional dan berkesan; orang-orang yang sentiasa melakukan ‘kerja-kerja baik’ dan orang-orang yang bersikap positif dalam kemajuan kerjaya?

6. Marilah fikirkan sedalam-dalamnya supaya pola berfikir dan sikap serta ego kita tidak

75

Page 76: Nota Khas Guru Besar

mengheret diri kita kepada keadaan-keadaan di mana;

i) Kita tahu benar (tentang sesuatu kerja) tetapi sengaja buat tak tahu. ii) Kita nampak jelas (benda dan perkaranya) tetapi kita sengaja buat-buat tak nampak. iii) Kita sedar akan risiko dan implikasinya tetapi kita sengaja mencari penyakitiv) Kita pernah mengalaminya (sebelum ini) tetapi kita tidak pernah mahu belajar

daripadanya; dan v) Kita sangka kita muhasabah, tetapi sebenarnya kita sentiasa berada dalam lalai dan ghaflah.

7. Melakukan perubahan ke arah kecemerlangan diri dan prestasi secara total perlulah menukar posisi 360º dan hal ini tidak mungkin digagah tanpa memegang prinsip ‘fikir benar, cakap benar dan buat benar’.

STANDARD KUALITI DAN PENARAFAN SEKOLAHDAN HUBUNGANNYA DENGAN PRESTASI SERTA

BUDAYA KERJA CEMERLANG DI SEKOLAH

1. Mencipta, membina, memupuk dan mengekalkan sebarang ‘kecemerlangan’ perlu difahami dan dihayati sepenuh hati oleh setiap warga organisasi tanpa mengira kedudukan, status dan ‘pangkat’ dengan meletakkan kepentingan dan kebajikan anak didik terutamanya, agar hasil daripada kemajuan dan kecemerlangan memberi kepuasan dan manfaat kepada semua orang.

2. Menurut istilah ISO (International Standardization Organization), kualiti (produk) itu dipengaruhi oleh berbagai-bagai unsur, dan unsur-unsur ini perlu dikawal (ciri- cirinya) yang akan menentukan ‘proses’ setiap unsur itu pada akhirnya akan menen- tukan ‘kualiti’.

3. Aspek kualiti bukanlah sesuatu yang baharu kepada kita, Cuma apa yang ‘baru’ ialah pendekatan dan kaedah yang diikuti dengan aktiviti ‘pemantauan’ kualiti yang perlukan kita sentiasa memenuhi dan mencapai ‘standard’ yang ditetapkan sebelum kita diiktiraf telah mencapai standard kualiti.

4. Jemaah Nazir Sekolah (JNS) akan melaksanakan Standard Kualiti Dalam Pendidikan mulai tahun 2001 ini dan akan digunapakai oleh sekolah-sekolah seluruh negara.

5. Standard didefinisikan oleh Jemaah Nazir Sekolah (JNS) sebagai: “ Satu nilai tara, atau ukur tara, atau sukatan asas atas tahap kecemerlangan yang ditetapkan atau dikehendaki atau mesti dicapai mengikut set kriteria yang ditetapkan.”

76

Page 77: Nota Khas Guru Besar

6. Standard Kualiti Pendidikan pula dirumuskan sebagai “ sukatan input (misalnya sumber pendidikan, tenaga guru, waktu) secara yang patut dan munasabah yang harus dipergunakan atau diperlakukan oleh institusi pendidikan (Guru Besar, guru dan murid) untuk menyampai dan menerima pelajaran bagi mencapai objektif- objektif institusi pendidikan yang diterbitkan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020”.

7. Seterusnya sekolah-sekolah juga akan diminta membuat penarafan terhadap status atau tahap masing-masing berdasarkan tujuh ‘band’ Penarafan Sekolah iaitu: 1. sekolah lampau lemah : 0 – 29 % 2. sekolah sangat lemah : 30 – 44 % 3. sekolah lemah : 45 – 59 % 4. sekolah baik : 60 – 74 % 5. sekolah harapan : 75 – 84 % 6. sekolah cemerlang : 85 – 94 % 7. sekolah gemilang : 95 – 100 %

8. Jika kita melihat dari aspek pencapaian akademik (sekolah) kita kini berada di ‘taraf’ ‘sekolah baik’ (67.2 % 2000) berbanding dengan yang lampau lemah dan sangat lemah antara tahun 1990 – 1996.

9. Inilah yang sering saya utarakan, yang sering perkatakan bahawa tanpa ‘misi dan visi’, tanpa ‘komitmen dan dedikasi’, tanpa mengubah persepsi dan prestasi serta tanpa kerja keras secara berpasukan dalam aspek pemajuan pendidikan secara keseluruhan tidak mustahil kita masih kekal bergelut dengan ‘taraf sekolah lemah’! Apakah ini yang kita dambakan?

10.Oleh itu masa depan yang cemerlang dan gemilang (dalam konteks standard kualiti dan penarafan sekolah ini) tidak mustahil kita capai apabila semua kita bersama- sama bersatu padu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing ke tahap yang paling cemerlang sekaligus merealisasikan betapa sebenarnya “We Care, We Share, and We Excel”, seperti kata YB Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad; “ Sudah pasti kekuatan kita amat bergantung kepada penyatuan hati dan penghayatan wawasan yang sama. Wawasan kita ialah untuk menyediakan perkhid- matan pendidikan terbaik dan berkualiti demi membangunkan generasi masa depan Malaysia yang dinamis dan progresif.”

77

Page 78: Nota Khas Guru Besar

WE CARE, WE SHARE AND WE EXCEL

1. We care: membawa pengertian yang luas dan mendalam di mana seluruh guru dan kakitangan sekolah benar-benar bersifat dan bersikap ‘ambil berat’, ‘ambil tahu’

terhadap semua perlakuan dan prestasi kerja terutamanya proses ‘belajar dan mengajar’ yang menjurus kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap optimum.

2. Dari sikap ‘We Care’ inilah wujudnya perasaan dan semangat kekitaan yang padu; apa yang melibatkan murid tetap diambil perhatian yang diikuti dengan tindakan

pantas, betul dan tepat secara berkesan; apa jua yang melibatkan organisasi dan sekolah tidak ada seorang guru pun yang bersikap tidak peduli, dan tidak kisah atau pun bersikap tidak tahu apa yang berlaku.

3. Puncak kepada prihatin yang sejati setiap anggota organisasi tidak mungkin mengkhianati misi dan visi; bahkan sebaliknya akan menjadi “Guru Sebenar Guru,

Ke Sekolah Tidak Jemu, Mengajar Tidak Lesu”.

4. We Share: pula menunjukkan sikap berkongsi segalanya yang berkaitan dengan imej, kualiti dan prestasi sekolah secara menyeluruh dan bersepadu. Elemen “We

Share’ ini dapat diwujudkan menerusi kefahaman dan kesedaran terhadap apa jua kemudahan dan keselesaan; kesulitan dan kekangan; kejayaan atau pun kegagalan; adalah milik semua orang.

5. Pendeknya aspek ‘We Share’ dapat disimpulkan sebagai ‘mengongsi visi’ yang akhirnya dapat pula ‘mencipta realiti’ sebagai hasil atau produk daripada “Apa

yang disemai itulah yang dituai”.

6. “Hasil yang dituai” ialah hasil yang berkualiti dan cemerlang, akan menjadi kenyataan apabila kita sedia “berkongsi” ilmu dan pengetahuan, kemahiran dan

kepakaran, pengalaman dan pendedahan, kepintaran dan kebijaksanaan, bakat dan kebolehan, kesetiaan dan kesejawatanan, yang selalunya dipamerkan menerusi komitmen dan dedikasi yang berterusan.

7. And We Excel : dapat dimaksudkan sebagai prestasi atau ‘status’ sekolah setelah berjaya mengatasi segala macam kelemahan dan kemerosotan terutamanya pencapaian akademik para pelajarnya. Selama kira-kira tujuh tahun (1990-1996), SKJ 17 telah mengalami ‘kemerosotan prestasi UPSR’ yang amat ketara lagi memalukan. (1990: 26.4%; 1991: 27.4%; 1992: 35.5%; 1993: 33.9%; 1994: 25.7%; 1995: 34.3%; dan 1996 : 38.4%); tetapi hasil daripada kegigihan mengubah budaya, mengubah sikap dan perlakuan semua pihak yang terlibat, kini SKJ 17 telah dapat ‘menebus maruah’ dan

78

Page 79: Nota Khas Guru Besar

mengangkat ‘imej dan martabat’ sebagai sekolah yang baik.

8. Sedarkah kita satu perkara yang menarik berkaitan perubahan dan peningkatan ini adalah sebenarnya guru-guru dan tenaga-tenaga lain yang berada di tahun-tahun

kemunduran’ tersebut itulah juga yang kini telah berjaya membuktikan betapa ciri- ciri, prinsip-prinsip serta dasar-dasar yang tepat dan betul seperti; disiplin, profesionalisme, ‘collegiality’, kolaborasi, produktif dan kreatif dan seumpamanya sehingga kita ‘excel’ di dalam banyak aspek dan perspektif.

9. Di sinilah betapa memilih ‘jalan yang betul’ dalam memimpin diri dan organisasi, kebolehan dan kemampuan, membezakan antara sikap dan sifat yang ‘emotional’ dengan ‘professional’, ‘individual’ dengan ‘organizational’, dan antara illusi dengan realiti yang sebenarnya membentuk dan memperkasa guru sebenar guru.

10.Dengan kerja kuat secara berpasukan dan dengan kepercayaan dan keyakinan yang penuh kepada “Komitmen Dan Dedikasi Menjayakan Misi” bagi menjadikan SKJ17 sebagai “A Good School”, maka itulah kita memilih motto “We Care, We Share and We Excel”.

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUANDALAM PERKEMBANGAN DIRI

1. Profesionalisme keguruan hari ini semakin penting serta mendesak berbanding masa- masa lalu seiring dengan perubahan zaman serta penemuan-penemuan baru dalam penyelidikan pendidikan; sama ada kita suka atau tidak, hakikatnya dunia pendidikan sentiasa berubah.

2. Seseorang ahli profesional dianggap seorang yang berpandukan kod etika profesion itu, serta juga bertindak menurut syarat-syarat yang telah ditetapkan, dan salah satu ciri yang penting ialah ahli itu mementingkan profesionnya lebih daripada dirinya sendiri.

3. Oleh itu tahap profesionalisme di kalangan guru-guru amatlah penting dalam memenuhi jangkaan-jangkaan baru terutamanya bagi merangsang dan menangani perubahan dan peningkatan secara tekal dan berterusan.

4. Berdasarkan gagasan profesionalisme yang dinamik, guru-guru mestilah boleh membantu melakukan perubahan-perubahan ini dan untuk itu guru-guru perlu mampu memainkan peranan;

iii) Menjelaskan kepada penjaga murid (dan murid-murid sendiri) tentang apa yang mereka perlu tahu dan boleh buat.

iv) Lebih banyak komunikasi dengan penjaga bagaimana mereka boleh membantu murid-murid mencapai standard akademik yang tinggi.

79

Page 80: Nota Khas Guru Besar

v) Menyepadukan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran.vi) Membantu membaiki penilaian serta menggunakan keputusannya bagi

menambahbaik pengajaran dan pembelajaran.vii) Permuafakatan dengan guru-guru lain.viii) Mengambil bahagian cergas dalam pasukan dan membuat keputusan di

peringkat sekolah; danix) Menjadikan pembelajaran berterusan sebahagian daripada tugas guru-guru itu

sendiri.

5. Prof. Rahimah Ahmad (1992) menyatakan bahawa “ Pengiktirafan profesionalisme iaitu dari segi sekularnya tidak berbeza dengan unsur-unsur Islam, amanah, dedikasi,– ikhlas dalam menjalankan tugas (dan bagi guru-guru – mengajar!). Adalah menjadi tanggungjawab kita menjalankan tugas itu dengan sepenuh hati – tanpa mengira kepentingan diri. Inilah profesionalisme,” katanya.

6. Di samping itu, profesionalisme juga menuntut kita berkembang, meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri, menjadi lebih berpengetahuan, lebih yakin dan lebih berketrampilan, serta mengikut perkembangan ilmu.

7. Hanya dengan sikap yang positif dalam perkembangan diri yang selaras dan seiring dengan perkembangan diri, ilmu pengetahuan sahajalah guru-guru dapat mengatasi cabaran profesion perguruan secara keseluruhannya.

8. Konsep ‘belajar seumur hidup’ membolehkan pelajar menghadapi cabaran dunia yang berubah dengan pantas. Menurut UNESCO (1995), satu-satunya cara menenuhi keperluan ini ialah memastikan setiap individu belajar acara belajar dari segi:

1. Belajar untuk mengetahui (Learning To Know). 2. Belajar untuk membuat (Learning To Do). 3. Belajar untuk menjadi insan sempurna (Learning To Be). 4. Belajar untuk hidup bersama (Learning to Live Together).

9. Tugas atau peranan ini amat perlu difahami dan dimengerti semurni-murninya agar profesionalisme perguruan dapat merealisasikan harapan seperti dinyatakan oleh National Teacher Forum (1998);

“ We expect teachers to teach for understanding, not just well enough for students to pass a test. Teaching for understanding means helping students “get the habit” of thinking mathematically, solving problems scientifically, reasoning historically and geographically, seeing artistically, reading critically, writing persuasively and communicating clearly. We know that all students, not just a few, must acquire these habits if they are to participate as adults in a knowledge-based economy and self-governing society.”

80

Page 81: Nota Khas Guru Besar

ANTARA FAHAM DENGAN TIDAK FAHAM DIJELMAKAN DI DALAM PELBAGAI DIMENSI MEMPERKASA GURU SEBENAR GURU

1.Sikap, pemikiran dan tingkahlaku yang menjadi indikator penting di dalam mana- mana organisasi, kelompok sosial, masyarakat dan negara dapat menggambarkan tahap disiplin dan pencapaian di dalam pelbagai aspek dan dimensi.

2.Selaku warga organisasi, setiap kita sepatutnya sudah faham dengan cabaran, harapan dan halangan yang mesti diatasi bagi menentukan bukan sahaja diri peribadi malah organisasi yang kita dukungi berjaya mencapai matlamat dan objektif.

3. Dari itu, aspek memenuhi jangkaan perlukan tahap kefahaman dan persefahaman yang tinggi dan meluas di dalam semua aras dan ruang lingkup pelaksanaan tugas yang menjadi amanah dan tanggungjawab kita.

4. Namun demikian, sedarkah kita bahawa dalam situasi yang sepatutnya kita dapat menunjukkan kefahaman ini, kadang-kadang kita gagal membuktikannya; dan dalam masa yang sama kita tidak dapat menerima teguran sewajarnya.

5. Patutkah sikap dan keadaan sedemikian menyelubungi minda dan gaya kerja kita sehingga kita tidak lagi dapat membezakan antara objektif dan sentimen seperti:

i) Kita dakwa faham tetapi buat seperti tak faham.ii) Kita dakwa kita betul tetapi kita buat cara yang tidak betul.iii) Kita tak buat yang disuruh tetapi kita buat yang tidak disuruh.iv) Kita tak suka ditegur tetapi apa yang dibuat minta ditegur.v) Kita mencari alasan tetapi tidak akui kelemahan.

6. Saya suka tegaskan lagi bahawa selagi kita tidak mahu memahami ‘duduk perkara’ selagi itulah kita tidak mungkin bersatu hati dalam misi dan visi kita selaku golongan pendidik yang profesioanl, malah jauh panggang dari api daripada mencapai martabat guru sebenar guru.

7. Sudah agak banyak gagasan, konsep dan pendekatan yang Guru Besar kemuka dan uar-uarkan, namun apakah benar-benar kita faham?

8. Seorang guru yang perkasa, bukan kuat dan gagah dari segi fizikalnya tetapi kuat dan gagah dari segi semangat berkhidmat dan berkorban, menjunjung kebenaran, tidak lekas putus asa dan kecewa, sedia menerima tugas dan tanggungjawab, sentiasa ingin belajar dan memperbaiki kesilapan; dan paling utama dan penting SABAR di dalam semua hal dan keadaan.

9. Imam Ghazali membahagikan sabar itu kepada lapan jenis iaitu: i) ‘Iffah : Sabar menahan nafsu perut dan sex,

81

Page 82: Nota Khas Guru Besar

ii) Dhabtun Nafs : Sabar menahan keserakahan menjadi kaya. iii) Syaja’ah : Sabar untuk menang ( di dalam peperangan). iv) Hilm : Sabar menahan amarah dan kesal. v) Si’atus Sadar : Sabar menahan penghinaan dan kecaman. vi) Kitwanus Sir : Sabar menyimpan rahsia. vii) Zuhud : Sabar meninggikan kehidupan. viii) Qina’ah : Sabar menerima nasib seperti yang ada.

10.Sayugia diingat kejayaan apa pun jua dalam kehidupan dan kerjaya adalah terletak kepada ‘sikap’ seperti ungkapan Zig Ziglar:

“ It is not your aptitude, but your attitude that determines your latitude in life.”

ANASIR BEJAT DAN JAHAT JANGAN DIBIARMENGHALANG USAHA MENGANGKAT DARJAT DAN MARTABAT

1. Mengangkat ‘martabat’ dalam pengertian yang umum ialah meningkatkan ‘darjat’, kedudukan, imej dan personaliti, status berbanding apa-apa jua ukuran yang diguna pakai sebelumnya.

2. Dari segi pengertian khusus berhubung profesion dan ketrampilan individu di dalam berorganisasi dan berkerjaya mengangkat martabat dapat diertikan sebagai mengangkat kefahaman ilmu pengetahuan, menambah celik-akal terhadap apa jua fenomena alam dan manusia yang berlaku di sekeliling kita, dapat memetik buah hikmah dan kebijaksanaan daripada peristiwa sebab-akibat, serta dapat pula mengekalkan hal dan ehwal diri sentiasa berada di tahap yang tinggi dan terpuji.

3. Dalam konteks usaha mengangkat ‘martabat sekolah’ kita umpamanya, adakah kita benar-benar mengetahui dan sedar bahawa niat murni tersebut tidak mungkin berhasil tanpa kesungguhan membanteras unsur-unsur buruk selama ini serta memperbaiki kesilapan dan berusaha menerapkan amalan-amalan baru yang lebih positif dan menggalakkan.

4. Alhamdulilah, seperti yang kita sedia maklum, kita sedikit sebanyak telah pun berjaya menukar imej dan rupa sekolah kita, sekaligus berjaya mengangkat martabat sekolah ke tempat atau tahap yang lebih baik.

5. Antara buktinya dapat disebut adalah:

vi) Peningkatan kelulusan UPSR selam empat tahun berturut-turut.vii)Menjadi calon dalam kategori sekolah rendah Pertandingan 3K Tahun 2001.viii) Menjadi calon kelompok Pertandingan Kantin Berbintang peringkat Daerah

Maran bagi Tahun 2001.

82

Page 83: Nota Khas Guru Besar

iv)* Wakil daerah Maran kategori sekolah rendah Pertandingan Landskap 2001.

6. Pencapaian UPSR tahun lalu (2000) telah meletakkan sekolah kita salah sebuah sekolah sepuluh terbaik mempunyai potensi baik ini (kecuali pencapaian bilangan 5A) seperti berikut:

B.Melayu (Kefahaman) - Kedudukan dalam daerah 11/46 (98.4%)B.Melayu (Penulisan) - Kedudukan dalam daerah 6/46 (95.1%)Bahasa Inggeris - Kedudukan dalam daerah 11/46 (67.2%)Matematik - Kedudukan dalam daerah 16/46 (87.1%)Sains - Kedudukan dalam daerah 7/46 (96.7%)

7. Sayangnya kegagalan menghasilkan 5A menyebabkan kedudukan sekolah kita jatuh ke tempat 39/46 !. Inilah perkaranya yang perlu kita kaji, kupas, atasi dan usaha bersungguh-sungguh agar tahun ini, khasnya kelemahan ini dapat kita atasi dan sekaligus mengangkat martabat sekolah sewajarnya.

8. Betapa penting dan perlunya setiap warga organisasi bersatu hati, melangkah sederap, bergandingan bahu membulatkan tekad serta memfokus tepat ke sasaran yang telah kita rencanakan supaya anasir-anasir jahat dan bejat tidak berputik dan berkembang sehingga merosakkan segala-galanya.

9. Antara anasir-anasir bejat lagi jahat yang perlu dihapuskan adalah:

i) Bersikap sengaja ‘menyakitkan hati’...rakan dan Ketua Jabatan.ii) Menabur fitnah dan cerita-cerita yang diputar belit.iii) Berperangai macam budak-budak walau konon sudah pernah belajar di menara gading.iv) Tidak ada perasaaan malu barang sedikit apabila hati perut dan tingkahlaku diketahui orang.ix) Tidak dapat menerima teguran secara profesional malah melenting seperti

orang hilang akal.

10.Tidak syak lagi bahawa setiap dari kita sewajarnya dapat membuktikan niat di hati, antara apa yang difikir dengan apa yang ditutur dan dikerjakan menentukan kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan kita terhadap tugas murni mendidik insan bukan sekadar dengan lisan tetapi dengan contoh dan teladan serta membina benteng diri daripada pengaruh dan terpengaruh oleh anasir-anasir bejat dan jahat yang akan menghalang kita ‘mengangkat martabat’ profesion keguruan, tanggungjawab bersama – dari dunia sampai ke akhirat!

* SKJ 17 dicalonkan sebagai wakil kategori sekolah rendah bagi daerah Maran di dalam Pertandingan Landskap Tahun 2001 yang dikelolakan oleh Pejabat Setia

83

Page 84: Nota Khas Guru Besar

Usaha Kerajaan Negeri Pahang, Kuantan...selepas nota khas ini disampaikan dalam Mesyuarat Guru Ke-6/2001 pada 22 Mei 2001.

FOKUS YANG JELAS DAN TEPAT PRASYARATKEPADA KEMAJUAN DAN PENINGKATAN

1. Prestasi sekolah terutamanya pencapaian akademik serta kemajuan yang menyeluruh dari aspek pengurusan kurikulum, hal ehwal murid, perkhidmatan dan perjawatan, pe -ngurusan prasarana dan sebagainya amat bergantung kepada kemampuan menyelia, mengesan, dan memantau, menganalisis dan sintisis hinggalah menegur dan menga- mbil tindakan tegas dan berkesan disamping menajamkan fokus.

2. Bukan sedikit antara kita yang lari daripada ‘fokus’ sebenar dalam pelaksanaan P&P; daripada kabur fokus, lemah fokus, tersasar fokus, tak ada fokus, sampailah kepada ‘tak tahu fokus’!

3. Oleh itu salah satu tugas, tanggungjawab Guru Besar adalah ‘membetulkan fokus’ ini apabila gejala-gejala tidak profesional mulai wujud dan berkembang.

4. Dari pengalaman (saya) menangani pengurusan sekolah yang ‘rendah prestasi’ ini, saya amat yakin faktor ‘fokus’ inilah yang menjadi sebab mengapa wujudnya senario yang sangat tidak positif dalam menjadikan sekolah sebagai sebuah ‘learning organization’.

5. Antara sikap dan perlakuan yang digolongkan sebagai buruk dan tidak menyumbang kepada peningkatan dan kemajuan adalah: i) terdapatnya guru-guru yang tidak mengakui kelemahan diri, tak boleh terima teguran dan ulasan.... “periksa buku tidak penting...yang penting hasil.” ii) terdapatnya guru jenis yang ‘kusut’ (rupa diri dan kerja); berminat kepada hal- hal di luar bidang kerja, berada di kantin sampai berjam-jam dan dua tiga kali pada suatu hari! iii) terdapatnya guru-guru yang kelihatan mengajar dengan ABM belum tentu kel- as (pengajarannya) berkesan kerana ‘asasnya’ tidak betul atau tidak dibetulkan. Malah terdapat juga guru yang duduk di meja dan biarkan murid-murid buat kerja bertulis tanpa bimbingan. iv) terdapatnya guru (misalnya ketua Panitia Bahasa Inggeris) tiada daya usaha dan sangat lembab...banyak tumpukan kepada kerja-kerja“Kedai Buku”. v) terdapatnya guru-guru yang tidak teliti buat kerja, tidak ambil berat dan bersi- kap ‘asal buat sahaja...’ satu kenyataannya bahawa ‘tidak semestinya guru lama tip-top kerjanya dan tidak bermakna guru-guru baru tidak boleh buat kerja!’ vi) terdapatnya guru-guru yang ‘ikut-ikutan’; batalkan aktiviti kokurikulum sesuka

84

Page 85: Nota Khas Guru Besar

hati dengan alasan tidak buat kerana masa peperiksaan dan sekolah lain juga tidak buat! Satu contoh budaya sekolah yang tidak menekankan kecemerlangan dalam semua aktiviti.

vii) wujudnya sikap lepas tangan di pihak ‘pengurusan’ iaitu tidak ada semakan daripada pihak lebih atas apatah lagi membetulkannya...serah bulat-bulat ke- pada guru-guru di bawah. viii) sikap tidak ambil berat oleh pengurusan tertinggi untuk selesaikan sesuatu perkara...inilah buktinya ‘banyak orang hanya bergaya tetapi tidak ada daya’.

6. Contoh-contoh di atas wujud sekian lama kerana pihak yang sepatutnya membimbing dan memandu telah tidak memperjelaskan konsep dan tidak membetulkan fokus dengan tepat, cepat, dan berkesan.

7. Secara mudah DIRFT (Do It Right First Time) dapat membantu kita membina ketram- pilan kerja yang berkualiti di samping mengelakkan kita daripada tidak menepati standard atau melakukan kesalahan yang sebenarnya dapat dicegah atau dielak terlbih dahulu.

KAITAN CARA BERFIKIR DENGAN CARA BEKERJADALAM ORGANISASI

1. Secara ringkasnya, ‘budaya’ sesebuah organisasi ialah “cara kita melakukan

85

Page 86: Nota Khas Guru Besar

sesuatu kerja bagi mencapai tujuan dan objektif” (Schnieder, 1994,1997).

2. Ertinya ada dua aspek utama yang mencirikan budaya organisasi itu mencapai tahap tertentu sama ada tahap mediocre, berkualiti tinggi atau sangat lemah, iaitu pertama cara bekerja dan keduanya mencapai tujuan atau objektif.

3. Aspek cara pula dicirikan dengan beberapa keadaan yang timbul daripada ‘cara be- kerja’ yang diamalkan atau yang jadi amalan sesebuah organisasi.

4. Ini dapat dimisalkan seperti: i) Tiada sistem; ikut suka dan ikut sedap sahaja. ii) Tidaka seragam; sama ada segi format, perincian, susunan atau aliran kerja. iii) Tiada komitmen; rasa tidak terlibat, fikir bukan kerja kita dan berat nak beri kerjasama. iv) Tiada kesedaran; belum sedar-sedar bahawa setiap orang menyumbang kepa- da status terkini, masih anggap tiada kaitan diri dengan organisasi.

5. Itulah sebabnya mengapa unsur-unsur ‘sistematik’ dan ‘cara kerja’ yang berdisiplin amat penting bagi mencapai keberkesanan dan kualiti tujuan dan objektif.

6. Dengan itu apabila tujuan atau objektif telah tercapai maka ciri-ciri positif, berkualiti, cemerlang dan istimewa dapat dijelmakan menerusi: i) Bersistematik; tersusun, teratur, tertib bukan caca-marba. ii) Seragam; selaras, serupa, jelas dalam tindakan dan pendekatan. iii) Berkualiti; memuaskan hati pelanggan, ada unsur inovatif dan kreatif. iv) Berkesan; dihayati oleh semua warga organisaasi, perubahan sikap dan tingkah laku yang lebih positif dan berkekalan. v) Imej dan watak; apa yang dikenali orang (cantik, kemas, berdisiplin dan seba- gainya).

7. Dalam hubungan tugas seharian perkara ini boleh kita lihat dan rasai sendiri terutama- nya apakah tidak ada faedahnya apabila cara bekerja kita memberi pulangan yang memuaskan bukan sahaja diri sendiri bahkan dapat dikongsi bersama oleh rakan-rakan yang lain di dalam organisasi.

8. Semuanya ini perlukan kita memiliki asas pemikiran yang tepat dan betul, kerana menurut kajian Research Institute of America menyatakan bahawa, “Ineffective thinking is at the root of 94% of what goes wrong in the workplace”.

9. Kajian oleh Rhodes (1997) mendapati ada tiga cara berfikir yang asas iaitu:

i) Judging: digunakan menghakimi apa yang “betul”. ii) Describing: digunakan menjelaskan apa yang “benar”. iii) Creating: digunakan menjana yang “baru”.

10.Hanya dengan menggunakan ketiga-tiga asas ini barulah kita dapat menilai dan

86

Page 87: Nota Khas Guru Besar

menimbang mana yang benar, mana yang salah; mana yang benar kita melakukan kesilapan dan mana pula yang benar kita tidak melakukan kesilapan, di samping dapat memperincikan sebab-musababnya dengan rasional lagi berobjektif.

11.Setelah tahu mana yang ‘betul’, mana yang ‘benar’ baharulah kita dapat menjana sesuatu yang “baharu” yang sudah pasti akan memberi kesan positif dan bermakna kepada diri dan organisasi.

SEPULUH CIRI AMALAN DIRI SEBAGAI INDIVIDU BERPENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN DAN BERDAYA SAING

1. Di dalam organisasi manapun setiap ahlinya adalah individu-individu penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi mencapai tujuan dan mat- lamat melalui bidang tugas, peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.

2. Putman (1990) mendefinisikan organisasi sebagai “ Organizations are communities of people with a mission, not machines. Organizations exist to fulfill their mission and to contribute to the larger world around them.”

3. Apabila kita sudah lupa kepada ‘misi’ inilah maka berbagai unsur kebejatan pemikir- an, sikap dan tingkah laku yang bertentangan atau bercanggah dengan misi dan objek- tif ini berleluasa dan berterusan sehingga merosakkan semua orang.

4. Apabila keadaan ‘seekor kerbau yang membawa lumpur, semuanya terpalit’ berlaku maka tidak dapat tidak kedengaranlah bermacam ungkapan buruk yang dilemparkan.

5. Hanya melalui kesedaran diri (yang tinggi) sahaja, kita dapat menangkis gejala buruk ini daripada wujud sama ada di dalam diri atau pun menular ke dalam sistem organisa- si kita, sekaligus dapat membantu kita menjadi bukan setakat guru-guru yang berpeng- etahuan dan berkemahiran, malah sebagai guru-guru yang berketrampilan dan berdaya saing.

6. Beberapa ciri yang perlu ada bagi mencapai standard kualiti ini adalah antaranya;

i) Berdisiplin; sentiasa on time, kerja kemas dan berkualiti, ikut peraturan, patuhi arahan serta menjaga perhubungan interpersonal dengan rakan dan ketua jabatan. ii) Bermotivasi; setiap hari merupakan hari yang menggembirakan dan sentiasa ingin melakukan segala yang terbaik bagi diri, anak didik dan organisasi. iii) Positif; fikir dan tindakan yang positif, tidak hanya melihat kepada yang negatif, masalah juga dilihat dari sudut positif dan mempunyai pemikiran ‘yakin diri’ dan

87

Page 88: Nota Khas Guru Besar

‘yakin boleh’. iv) Kreatif; berkebolehan melakukan sesuatu yang ‘berlainan sedikit’ daripada yang biasa dibuat oleh orang lain, tidak jumud, kaku dan beku dalam merekacipta strategi dan pendekatan. v) Inovatif; ertinya ada kebolehan melakukan ‘perubahan’ dalam apa jua kerja atau tugas yang dipertanggungjawabkan sama ada kerja-kerja mengajar atau pun kerja -kerja pejabat. vi) Proaktif; boleh menjangka dan merangka perancangan dan tindakan secara ‘in advance’ tanpa menanti suruhan atau pun arahan; boleh mengurus diri dan tugas dengan lancar, licin dan berkesan. vii) Imaginatif; memiliki daya imaginatif yang tinggi sewaktu merangka dan meran- cang sebarang kerja atau melaksanakan sebarang fungsi yang perlukan daya ima- ginasi bagi merealisasikan segala yang digambarkan di dalam minda. viii) Perfectionist; punyai sikap dan gaya seseorang yang ‘perfectionist’ yakni seorang yang mementingkan ‘kesempurnaan’ di dalam semua kerja dan tindakannya. Orang yang bersifat ‘perfectionist’ tidak akan berpuas hati atau tidak akan mempamerkan hasil kerja yang sub-standard atau yang bersifat ‘melepaskan batuk di tangga’ sahaja atau ‘asal buat’ sahaja walau pun salah sana, salah sini dan tidak berkualiti. ix) Idealist; melihat dan memandang kepada kerja dan tugas secara paling unggul, guru-guru yang ideal sepatutnya mengamalkan konsep ‘guru mengajar, murid belajar’ pada tahap yang paling tinggi; semua orang ada kerja; di sekolah tempat kita mengajar dan ‘belajar’ bukan tempat berborak, gossip, adu-domba, tabur fit- nah atau tempat berpolitik! x) Profesional; ertinya setiap orang guru dapat mengasingkan antara perkara- perkara yang perlu ditangani secara profesional di samping mengelakkan perkara- perkara bersifat tidak profesional termasuk hal-hal peribadi atau bersikap emosional dalam mengurus bilik darjah dan perhubungan interpersonal di dalam organisasi.

7. Setelah setiap individu di dalam organisasi dapat memiliki dan mempamerkan ciri- ciri dan bekerja sebagai satu pasukan baharulah organisasi itu dapat membina budaya sekolah yang unggul dan berkesan dalam erti kata dapat menepati ciri dan standard kualiti seperti yang dikehendaki melalui Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Kualiti Tinggi Pendidikan.

8. Ingatlah juga bahawa jangkaan dan permintaan masyarakat, negara dan dunia di era globalisasi dan ICT; pengetahuan, kemahiran serta teknologi asas tidak lagi mencu- kupi malah kita akan ketinggalan jika tidak memperlengkapkan diri sebagai individu dan yang pentingnya menjadi ‘knowledge worker’ yang berdaya saing.

STKP DAN BUDAYA PENINGKATAN KUALITI BERTERUSAN

88

Page 89: Nota Khas Guru Besar

TERAS KEPADA PENDIDIKAN BERMUTU

1. Apabila sesuatu masyarakat atau tamadun itu meningkat maju segi kehidupan sosial, ekonomi dan politiknya, maka tidak dapat tidak masyarakat atau tamadun itu telah mengalami proses perubahan (sama ada secara evolusi atau revolusi) kepada tingkat atau tahap yang tinggi dan berkualiti.

2. Demikian juga apabila dikaitkan dengan organisasi sampailah kepada individu yang berperanan meletakkan sesebuah organisasi atau institusi itu sama ada cemerlang atau tidak.

3. STKP yang diperkenalkan oleh Jemaah Nazir Persekutuan, dan kini disebarluaskan ke seluruh negara mulai 2001 jelas menunjukkan bahawa negara bersungguh-sungguh hendak meletakkan pendidikan di Malaysia sebagai ‘bertaraf dunia’ dan sebagai ‘pusat kecemerlangan pendidikan’.

4. Oleh itu selaku guru-guru yang mendukung sistem pendidikan negara mestilah sen- tiasa berfikiran terbuka, positif dan menghayati gagasan ini agar ianya menjadi ‘kenyataan’.

5. Satu daripada faktor buruk yang mungkin menjejaskan hasrat dan matlamat ‘penin- gkatan kualiti’ di bawah STKP ini adalah wujudnya ‘pertembungan budaya’, yang selama ini sangat ramai yang mengamalkan budaya lebih-kurang, budaya ikut musim, budaya ikut orang, budaya nafsu-nafsi dan sebagainya.

6. Apabila aspek ‘merekod’, ‘menyimpan’ dan ‘mendokumentasi’ tidak jadi amalan kita maka kelihatanlah suatu macam ‘phobia’ dan ketidaktenangan mental yang menekan jiwa dan perasaan sehingga kita terus menganggap STKP ini misalnya suatu perkara yang membebankan dan tidak perlu ditangani sebaik mungkin dan dengan sifat kejujuran yang tinggi.

7. Apabila kita tidak faham, kabur konsep dan tiada prinsip dan pegangan maka apa pun aspek kehidupan dan kejayaan kita akan dipengaruhi oleh orang-orang yang kita rasa sahabat dan rakan tetapi sebenarnya bersifat ‘sokong membawa rebah’; lebih-lebih lagi ‘penasihat-penasihat’ kita sebenarnya adalah kategori penasihat ‘25% Tiga Abdul’, atau ibarat kisah “Sang Lembu dengan Sang Keldai”.

8. Yang demikian STKP hendaklah dijadikan penggerak dan pengukur kepada ‘status kini’ organisasi kita dan seiring dengan ini berusaha secara penuh profesionalisme membawa keluar organisasi daripada berada di dalam kelompok lemah, lesu, goyah dan longgar dari tahun ke tahun.

9. Untuk itu satu aspek yang perlu dihapus dan dibanteras ialah sikap dan prestasi ‘mediocre’ yang kita tunjukkan di dalam semua segi pengurusan kerja bilik darjah, kerja pejabat atau kerja sekolah yang kita begitu kenali malah setengahnya merupa-

89

Page 90: Nota Khas Guru Besar

kan jati diri kepada individu tertentu.

10.Datuk Abd. Rahim Tahir, Ketua Nazir Sekolah dipetik sebagai berkata, “ Penilaian keseluruhan sekolah setakat ini berada pada tahap tiga iaitu lemah dalam indeks komposit tahap sekolah dengan skor antara 30 hingga 49 peratus.” (Sumber: Utusan Malaysia, 24.9.2001).

ANTARA YANG BIASA-BIASA DENGAN YANG LUAR BIASA

1. Orang yang berjaya mempertingkatkan prestasi kerja, mutu kerja dan produktiviti kerja adalah mereka yang berjaya belajr daripada kesilapan dan ketidakcekapan mengurus masa, mendengar dan menrima ulasan serta teguran secara positif dan seterusnya beranjak daripada ‘zon selesa’ kepada satu suasana dan pengertian yang baru.

2. Mustahil seseorang itu tidak pernah dapat merasakan sebarang perubahan apabila telah mengalami situasi yang memerlukan kita mengubah pemikiran, tanggapan dan perlakuan kepada dimensi kerja yang sempurna sepanjang kerjaya kita.

3. Namun demikian, sedarkah kita bahawa keadaan atau hal yang baru kita capai ini juga kelak akhirnya akan jadi ‘zon selesa’ semula jika kita tidak berkembang, maju, berfungsi sewajarnya. Akhirnya kita akan terperangkap balik dalam zon selesa...dan bertindak lagi untuk keluar daripadanya.

4. Oleh itu sebenarnya zon selesa juga boleh dijadikan alat bagi kita merangsang dan merancang perubahan dan peningkatan.

5. Pendeknya peningkatan dan kemajuan yang bersifat ‘luar biasa’ tidak mungkin ter- capai dengan gaya, kaedah, teknik, kemahiran dan tumpuan yang biasa-biasa. Hasil, mutu, dan prestasi yang luar biasa datangnya daripada sikap, tanggapan, pemikiran dan prestasi yang juga luar biasa.

6. Untuk capai status luar biasa tidaklah sukar kerana biarpun sedikit perbezaan yang berlaku ianya tetap boleh dipanggil luar biasa, apatah lagi jika mencapai tahap atau ukuran yang tinggi dan cemerlang.

7. Contoh yang mudah untuk memahami petunjuk ‘biasa-biasa’ adalah seperti; i) Lewat siapkan tugasan daripada ‘deadline’ yang ditentukan. ii) laporan yang sangat ringkas, tak cukup liputan, tak cukup butiran. iii)Tunggu ada atau tak ada arahan, pertanyaan dan sebagainya.

90

Page 91: Nota Khas Guru Besar

iv) Ikut orang lain pun ramai yang buat begitu.

8. Manakala bagi petunjuk keadaan luar biasa pula dapat kita lihat berlaku seperti; i) Dapat siapkan tugasan lebih awal daripada ‘deadline’ (bukan semata-mata tepati ‘deadline’). ii) Dapat hasilkan laporan yang padat, bernas dan lengkap—yakni memenuhi tujuan dan dapat menjawab kesemua soalan. iii) Tidak menunggu arahan, pertanyaan dan peringatan, baru bertindak. iv) Tidak suka mengikut orang ramai yang jelas menjejaskan imej dan prestasi diri serta organisasi.

9. Dalam kehidupan sosial dan kerjaya sebenarnya sangat banyak aspek yang kita buat tidak mencapai standard (kualiti, masa, kandungan, format, persembahan dan sebagai- nya) malah sebahagian besar langsung tidak dilakukan seperti sepatutnya.

10.Maka dalam keadaan yang demikian, kadang-kadang orang yang melakukan kerja buat dia pada aras yang biasa-biasa sahaja tetapi dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa. Sebabnya kerana begitu ramai orang yang biasa-biasa itu sehingga apa yang kita buat yang biasa-biasa tadi telah dikira sebagai yang luar biasa.

MEMPERKASA IKLIM POSITIF SEKOLAH

1. Selepas empat tahun berturut-turut (1997-2000) SKJ 17 telah berjaya mengangkat martabat dan imej sekolah meneruis penacapaian UPSR, sayang keputusan dan pencapaian UPSR tahun ini (2000) telah tidak dapat mempertahankan ‘peningkatan berturut-turut’ ini.

2. Biarpun pencapaian UPSR 2001 menunjukkan peningkatan dari segi kualiti murid

91

Page 92: Nota Khas Guru Besar

memperolehi 5A seramai 4 orang atau 6.55% berbanding tiada calon 5A atau 0% UPSR 2000, namun peratus kelulusan keseluruhan telah merosot sebanyak 9.8% Daripada 67.2 % tahun 2000 kepada 57.4% tahun 2001.

3. Kesan pencapaian tersebut kedudukan SKJ 17 telah ‘jatuh’ ke tempat keduapuluh empat berbanding tempat kesepuluh tahun lalu; kelima belas berbanding tempat keempat tahun lalu di kalangan kategori sekolah-sekolah Felda; dan juga jatuh tempat ketiga di kalangan sekolah-sekolah kelompok Jengka B berbanding tempat pertama dua tahun lepas.

4. Oleh itu tahun 2002 adalah tahun cabaran kita menebus ‘kemerosotan’ ini secara kolektif dan bersepadu terutama segi ‘memperkasa iklim positif sekolah’ agar budaya (culture) dan iklim (climate) yang menjurus dan memfokus kepada kualiti, kecemerlangan dan kegemilangan secara tersusun dan strategik.

5. Dr. Larry Sackney (1988) mendefinisikan budaya (culture) sebagai “The way things are done around here” atau “What people believe does or does not work in their workplace.”

6. Manakala iklim (climate) diertikan sebagai “The perception that individuals have of various aspects of the internal environments of the school and that influences their behaviour.”

7. Bagi mewujudkan iklim positif sekolah kita haruslah fahami dan sedar aspek-aspek penting ciri-ciri iklim yang terbahagi kepada dua iaitu: iklim akademik dan iklim sosial.

8. Empat aspek yang perlu ada dan berfungsi secara positif (pula) adalah: - kemahiran guru - kemahiran kepimpinan - proses kolaborasi - pujian dan hadiah.

9. Iklim sosial yang positif pula perlu meliputi ciri-ciri berikut: - rupa dan keselesaan (kebersihan, keceriaan, keselmatan dan sebagainya) - peluang partisipasi murid - norma rakan sebaya - tadbiran staf-murid; hubungan dan sokongan.

10.Dengan demikian, amatlah penting bagi semuanya dapat memahami semua aspek dan ciri-ciri ini yang menjadi asas kepada pembentukan dan pewujudan iklim yang bukan sahaja sihat malah kondusif dan positif, dan juga sebgai manifestasi iltizam dan kesu- ngguhan merealisasikan pendidikan gemilang peringkat sekolah.

92

Page 93: Nota Khas Guru Besar

CEGAH SEBELUM PARAH USAHA ATASI KEADAANYANG MUNGKIN JADIKAN ORGANISASI PUNAH-RANAH

1. Benarkah semua guru terlatih itu profesional, berkesan atau dedikasi dan komited terhadap tugas pengajaran dan pembelajaran?

2. Sekalipun kita menganggap diri kita terlatih, profesional, bersikap positif, sudah cukup layakkah kita mencapai status itu? Atau adakah cukup sekadar beranggapan sahaja tetapi tidak ‘diiktiraf’ oleh pihak kedua atau ketiga?

3. Siapakah pihak kedua dan ketiga ini? Siapakah ‘pelanggan’ kita di dalam organisasi dan di luar organisasi?

4. Jika kita benar-benar profesional dan sedar lagi faham kesan-akibat atau implikasinya secara menyeluruh tentulah kita tidak sanggup melakukan perkara-perkara yang dilihat oleh ‘pelanggan’ dan ‘rakan’ sebagai sangat tidak profesional dan menyeleweng pula!

5. Apakah contoh-contoh yang sering berlaku dan wujud? Antaranya; i) Kita tidak mengajar! Perbuatan tidak amanah dan tidak bertanggungjawab sekali!Kita masuk kelas tetapi tidak mengajar...betulkah perbuatan ini? Di mana konsep “Guru Mengajar Murid Belajar” itu dipraktikkan? ii) Kita tidak peduli! Apakah kerana tidak terlibat dengan murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan, kita fikir kita tidak terlibat dan kerana itu kita tidak pe- duli? Di mana slogan “We Care, We Share and We Excel” dijelmakan dalam budaya kerja berpasukan? iii) Kita tidak ada kualiti kerja! Kerana terperangkap dengan pemikiran ‘ambil mudah’... kerja-kerja kita sering tidak berkualiti, tidak teliti dan merosakkan misi dan visi. Kerja ‘merekod’ misalnya Kad Ujian Bulanan, Jadual Kedatangan dan sebagainya disalah catat kerana tidak teliti—beri kesan bukan sedikit kepada murid terlibat.

6. Oleh kerana sifat bekerja di dalam organisasi juga melibatkan orang-orang lain, maka tidaklah sukar kita mendapat maklum balas sama ada secara ‘melihat’, ‘memerhati’, ‘mendengar’ hingga ke tahap ‘menyiasat’ apa jua senario, gelagat dan perlakuan yang kita lakukan. Dan janganlah lupa selain ‘rakan sejawat’, murid-murid kita sendiri ada- lah ‘sumber maklumat’ dan ‘penilai prestasi’ sebenar kita.

7. Dalam realiti sesebuah organisasi ia tidak mantap atau stabil dalam erti kata yang mut- lak; sedikit sebanyak akan wujud keadaan-keadaan yang memungkinkan ‘kemerosot- an’ dan ‘kelemahan’ dan kerana itu ‘gejala-gejala’ ini perlu dikenal pasti lebih awal

93

Page 94: Nota Khas Guru Besar

dan langkah membanterasnya diambil segera dengan maksud dan tujuan “Cegah Sebelum Parah”.

8. Sebagaimana yang pernah saya sebut bahawa di antara ‘keunggulan dan realiti’, ada ruang (yang luas) untuk kita ‘membuat pilihan’ dan melakukan ‘perjuangan’ meningkatkan prestasi dan posisi, sedar dari ilusi dan mimpi, menghayati konsep “Guru Mengajar Murid Belajar” ibarat seperti ‘Mengajar Anak Sendiri!’

9. Ibarat sebuah perahu (menongkah arus menuju matlamat); jika ada seorang daripada kita enggan ‘berkayuh dan mendayung bersama-sama’ maka terjejaslah ‘halaju’ perahu di samping sang pengemudi sibuk membetulkan ‘haluan’, tenaga dan masa habis di pertengahan jalan. Akibatnya: rosak semua bukan seorang.

10.Oleh itu marilah perbetukan ‘niat’, pulihkan ‘semangat’, tunjukkan ‘minat’ dalam melaksanakan ‘khidmat’; agar imej yang baik kekal tersemat di dalam kalbu dan minda anak didik kita.

SIKAP DAN FAKTOR YANG MEMBAWA KEMEROSOTANDAN KEKALAHAN DALAM PELBAGAI ASPEK

BUDAYA KERJA ORGANISASI

1. Apapun konsep atau gagasan dan pemikiran yang dikemukanan untuk dijadikan sebagai ‘dasar’, ianya tidak akan berjaya mencapai status memuaskan apatah lagi untuk menjadi satu budaya positif lagi cemerlang.

2. Sudah banyak aspek yang saya sentuh, jelaskan serta ketengahkan di samping senti-

94

Page 95: Nota Khas Guru Besar

asa melakukan penambahbaikan tertentu namun masih kedapatan wujudnya unsur- unsur ‘mediocrity’ dan ‘sikap ambil mudah’ yang ditunjukkan segelintir guru.

3. Bagaimana kita hendak meletakkan sekolah (lebih-lebih lagi ‘imej diri’ sendiri) jika kita tidak dapat melihat semua ini adalah dengan tujuan ‘memperkasakan iklim positif sekolah’ seperti yang saya sudah jelaskan, dan dimaktubkan di dalam ‘Perancangan Sekolah Tahun 2002?’

4. Budaya sekolah atau “the way things are done around here” yang hendak diwujud- kan adalah ‘cara kita’ yang betul berbanding di tempat-tempat lain. Antaranya; i) Peperiksaan atau ujian bukan ‘tiket’ membatalkan aktiviti atau program yang lain (yang tidak berkaitan) seperti kelas Bahasa Arab, Kelas Lanjutan atau kegiatan kokurikulum. ii) Menepati Takwim: kebolehan dan ketrampilan mematuhi takwim yang telah dijadualkan; tindakan perlu adalah proaktif daripada setiap orang atau staf sokongan. iii) Menepati Masa: unsur amat penting yang sering kita abaikan dengan pelbagai ‘alasan’ yang tidak munasabah atau tidak relevan sama sekali. iv) Kelas Relief: satu keutamaan yang penting dan sebagai satu langkah cegah ‘defisit pembelajaran’ jadi semakin bertambah dan parah. Mesti patuhi ‘kae- dah’ yangkita gunapakai di sini.

5. Itulah juga sebabnya mengapa semua warga organisasi sekolah khasnya guru-guru SKJ 17 perlu benar-benar memahami hal ini supaya kita tidak berfikiran, beranggapan dan bertindakan yang tidak selaras dengan konsep-konsep atau gagasan yang dimaksudkan itu, apabila ada antara kita sampai mengeluarkan alasan atau kenyataan seperti; i) Kita tidak tahu-menahu mengenainya (English Carnival in Reading, Story- Telling and Public Speaking), hari ini nak bertanding, semalam baru tahu! Apa kesannya? SKJ 17 gagal memperolehi sebarang tempat di dalam ‘carnival’ tersebut. ii) Kita tidak menyertai pertandingan itu (atau ini) kerana murid-murid tidak berlatih. Salah siapa? iii) Kita tidak hantar murid sertai acara yang disenaraikan tetapi hantar yang lain. Ertinya kita tidak ‘bersedia’ untuk perkara ini. Macam mana hendak ‘excel’?

6. Apakah ‘Perancangan sekolah Tahun 2002’ hanya dibuat untuk memenuhi ‘adat’ sahaja? Berapa ramai pula guru-guru yang ‘membacanya’ dan memahami akan maksud dan halatujunya? Lihat semula tajuk kecil 3.1.1 hingga 3.1.6 muka surat 7 perancangan tersebut!

7. Saya tidak dapat menerima keadaan tidak ada ‘perancangan’, tidak ada persediaan, tidak ada kesiapsiagaan atau tidak ada kesungguhan dan semangat juang di dalam apa jua pertandingan; sehingga kita meremehkan segalanya dan menyerah kepada

95

Page 96: Nota Khas Guru Besar

keadaan semata-mata.

8. Saya juga tidak dapat menerima ‘kekalahan’ bukan kerana pihak lawan lebih gagah, perkasa, hebat, canggih, cemerlang atau sebagainya, tetapi kita kalah kerana kita lebih buruk (dan lebih lemah) keran sikap kita menyebabkan kita tidak berdaya saing, lebih banyak kekurangan dan kelemahan, kurang latihan dan asuhan; sehingga lawan yang paling lemah sekalipun mampu mengalahkan kita!

9. Demikian juga halnya, di dalam apa jua bidang dan aspek kita tetap tidak akan berjaya keluar daripada senario ‘lama’ ini jika kita tidak betul-betul berusaha melakukannya.

10.Kerana itulah juga mengapa saya mengingatkan satu daripada konsep bagi memasti- kan kita tidak mewujudkan masalah, menemui masalah atau pun bergelut menyele- saikan masalah, ialah dengan prinsip “mencegah masalaha lebih utama daripada menyelesaikan masalah.”

ASPEK ‘WE CARE’ MERENTASI PENGURUSAN DIRI DAN ORGANISASI

1. Nampaknya biarpun berbagai prinsip, dasar, pendekatan, strategi dan tindakan yang dijadikan sebagai garispanduan atau rujukan agar semua tindakan menangani soal- soal kurikulum, P&P, pembentukan insan, mencantikkan akhlak dan adab misalnya masih ,memperlihatkan gejala-gejala buruk dan amat tidak memuaskan.

2. Soal sekarang bukan lagi soal tidak tahu, tetapi ialah soal TIDAK MAHU dalam se- gala segi dan sudut yang sepatutnya kita amat tahu dan seterusnya kita mahu laksana dan buktikannya dengan penuh sifat dan ciri-curi orang berilmu dan berpersonaliti tinggi.

96

Page 97: Nota Khas Guru Besar

3. Satu daripada yang saya hendak utarakan hari ini ialah aspek ‘We Care’ yang kebetulan saya lihat dan temui belum mantap kita tunjukkan dalam beberapa senario perlakuan semasa di sekolah.

4. Bagamana saya kata kita belum cukup “care” jika: i) Tersangat lewat sediakan soalan Ujian bulan ini? Prinsip yang kita amal ialah ‘tiada kerja menggelek soalan semasa minggu ujian’? ii) Tidak ada ‘pengisian P&P’ sebenar; buat kerja semak buku latihan murid semasa sepatutnya kita mengajar? Kerana itu juga murid jadi ‘liar’ tidak ada kawalan hingga bising dan hingar-bingar mengganggu orang lain di kelas sebelah? iii) Tulis rancangan pengajaran dengan cantik lagi kemas tetapi kita buat dan ‘ajar’ perkara lain di dalam kelas? Ini kebetulan GB temui sendiri, apa kata masa-masa lain atau di belakang GB? iv) Tidak kisah atau buat tak nampak apabila murid-murid kelauar kelas sedang- majoriti yang lain sedang baca do’a? Saya amat tidak faham akan keadaan hal seperti ini! v) Tidak peduli kerana ‘we don’t care’...walaupun GB sudah tanda (?) buku ke- hadiran yang tidak di tandatangani...sampai beberapa hari pun? Apa jenisnya orang macam ini?

5. Bagi saya, saya tidak dapat menerima keadaan-keadaan tersebut kerana semuanya kita sudah amat tahu, amat faham, amat diberi peringatan bahkan amaran/nasihat/teguran, tetapi seolah-olahnya semua ini kita cuba sampaikan mesej bahawa ‘we don’t care”.

6. Semuanya saya sudah jelaskan sebelum ini, bahawa mengubah imej dan mengangkat martabat dan darjat sekolah sehingga mencapai tahap sekarang adalah kerana wujud- nya unsur-unsur profesionalisme, profesionaliti, kolaborasi, kesejawatanan yang me- rangkumi dan merentasi seluruh organisasi sekolah yang telah sama-sama kita dukungi dan hayati sepenuh hati.

7. Jika tidak adanya ‘misi dan visi’ yang dijadikan matlamat dan halatuju menebus marwah, jika tidak adanya ‘semangat kental’ mengatasi halangan; jika tidak adanya ‘ketekalan komunikasi’ dan jika tidak adanya kegigihan ‘mengatasi cabaran’; bagaimana bisa kita merobah imej ‘sekolah kandang kambing’ dengan perilaku buruk ‘negaholic’ dan ‘budaya mediocrity’ kepada senario yang lebih baik kini?

8. Inilah sebabnya bagi saya biar seribu orang marah kepada saya (kerana merobah kebejatan akal dan amal ini) namun saya tetap berpegang kepada prinsip ‘mengajak orang bekerja dengan betul’ sebagaimana yang saya katakan pada hari pertama saya melapor diri di sekolah ini pada 16.6.1997!

9. Sehingga hari ini dan saat ini saya yakin apa yang saya buat bagi meletakkan sekolah (serta guru-guru saya) ke satu tahap yang sukar bagi orang lain mempertikaikannya, malah dari beberapa segi sekolah dan guru-guru kita jadi tempat rujukan. Tidak

97

Page 98: Nota Khas Guru Besar

sedarkah kita akan hakikat ini?

10.Oleh itu sedarlah dan insaflah kita bahawa segala-galanya bermula di dalam diri kita, dan begitu juga segala-galanya akan berakhir di dalam diri kita. Dalam memilih jalan (antara beribu jalan) hendaklah kita ingat bahawa “banyak (ramai) tidak menunjuk kepada benar, sedikit (tidak ramai) tidak membuktikan salah”. Maka itu pilihan di tangan kita (yakni mengikut yang ramai (belum tentu benar!) atau mengikut yang sedikit (tidak terbukti salah!).

UNSUR KEMATANGAN DIRI MEMBANTU ORGANISASIMENCAPAI KUALITI BERTARAF DUNIA

1. Banyak faktor dan unsur yang mebentuk dan membina diri peribadi yang kita boleh katakan sebagai diri berkualiti, terutama di dalam konteks tema Hari Guru 2002 iaitu “Guru Berkualiti Aspirasi Negara”.

2. Maksud kualiti atau ‘berkualiti’ juga amat difahami oleh semua orang lebih-lebih lagi selaku guru-guru seperti kita yang saban hari dan waktu diminta, digesa, dituntut supa- ya dapat melahirkan pelajar dan anak didik yang berkualiti menerusi kerja-kerja P&P yang semestinya juga berkualiti.

98

Page 99: Nota Khas Guru Besar

3. Tuntutan masa hari ini secara globalnya menjadikan aspek ‘kualiti’ sebagai punca sesuatu bangsa atau negara itu dapat bersaing dan seterusnya tidak ketinggalan daripa- da negara atau bangsa yang lain.

4. Tetapi apakah “Guru Berkualiti Aspirasi Negara’ ini dapat dicapai jika konsep dan pengertian ‘kualiti’ itu amat sempit dan hanya dikaitkan dengan kejayaan meningkat -kan taraf akademik semata-mata?

5. Dalam banyak senario kita sering bertemu dengan orang-orang yang berjaya mening- katkan tahap akademiknya namun ‘kualiti diri’ dalam banyak aspek lain (seperti disip- lin kerja, sahsiah dan personaliti, pengurusan masa, “emotional quotient”, kestabilan dan spiritual) masih tidak berubah!

6. Salah satu unsur penting yang membantu kita mencapai tahap ‘kualiti diri’ sesuai dengan sesuatu profesion itu ialah aspek ‘kematangan’.

7. Oleh kerana kita belum cukup ‘matang’ inilah kita akan mengeluarkan kata-kata, kemudian diikuti dengan perbuatan atau tingkah-laku, dan setyerusnya menjadi ‘sikap’ kepada kita.

8. Sebahagian tanda-tanda orang yang tidak matang ini dapat kita kenali berdasarkan: i) Berfikir ‘selapis’ sahaja dan bersifat sangat kebudak-budakan. ii) Berfikir yang mudah sahaja, kemudian bersikap ‘ambil mudah’...sangkanya ‘semua akan beres’, tak mampu fikrikan keadaan-keadaan yang mungkin jadi masalah. iii) Mengeluarkan kata-kata cerminkan ‘pemikiran’ dan sikap tak peduli seperti ‘malas’; ‘tak apa’; ‘biarlah’...dan sebagainya. iv) Tidak mampu berfikir berdasarkan konsep, prinsip atau objektif sesuatu perkara mengapa ianya ditimbulkan. v) Bersikap selamba walau sudah berkali-kali diperingatkan dan ditunjukkan cara, teknik dan kaedah; mungkin dipengaruhi ego tak mahu akui kesilapan dan kelemahan akal budi.

9. Rasanya sudah banyak GB berikan petunjuk, tips dan ‘alternatif-alternatif’ di dalam menangani pelbagai isu dan masalah dalam organisasi kita terutama menyempurnakan tugasan dan bidang tanggungjawab masing-masing, tetapi amat sedikit yang betul- betul faham dan sedia meningkatkan prestasi lebih-lebih lagi dalam aspek ‘kualiti diri’ ini. Apa pun alasannya, jawapan sebenar kepada masalah ini terletak di dalam diri.

10.Oleh itu tema “Guru Berkualiti Aspirasi Negara” seeloknya diperluaskan menjadi “Guru Berkualiti Aspirasi Diri” supaya diri individu yang berkualiti sahajalah yang mampu merealisasikan pendidikan yang berkualiti seterusnya mencapai aspirasi- aspirasi negara dalam hasrat menjadi ‘pusat kecemerlangan ilmu’ yang ‘bertaraf dunia’.

99

Page 100: Nota Khas Guru Besar

KETEGASAN DAN KESUNGGUHAN MENGURUS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAGI MENCAPAI KEMENJADIAN MURID

1. Memperkatakan keberkesanan sesuatu perkara atau aspek dalam pengajaran dan pembelajaran khasnya tidak dapat lari daripada melakukan ‘penilaian’ sama ada ianya merupakan ‘penilaian kendiri’ mahu pun penilaian oleh pihak kedua atau pun ketiga.

2. Daripada maklumbalas penilaian-penilaian ini kita mengetahui di mana status atau reputasi kita di mata ‘pelanggan’ atau anak didik kita; mengetahui kekuatan dan kelemahan; dan seterusnya menilai kembali sejauh mana kita telah ‘beranjak’ daripada status yang lama kepada status yang baru.

3. Adalah tidak sukar nmelakukan ‘penilaian’ ini sama ada terhadap pihak lain (rakan sejawat) atau pun kepada diri sendiri. Apa yang penting selepas itu ialah ‘memper- baiki’ aspek-aspek yang kurang memuaskan itu.

4. Dalam keadaan bisaas pun kit masih begitu sukar melakukan perkara ini (perubah- an), dan dengan itu masih tetap menunjukkan pelbagai reaksi dan tindakan yang ‘kurang berkesan’ sama ada dari segi pengurusan bilik darjah, pengurusan dan pengendalian P&P, pengurusan perancangan dan pelaksanaan beberapa program dan aktiviti yang sepatutnya sudah tidak jadi masalah lagi.

5. Kita boleh lihat ini misalanya: i) Bilik Darjah: Tidak betul-betul bersih, sampah penuh dalam tong sampah dua tiga hari (GB yang suruh murid buangkan!), kipas tidak ditutup suisnya selepas kelas berakhir, meja pencerap tidak ceria, tidak sempurna (walau sudah diberi peringatan!) dan sebagainya lagi. ii) Pengurusan P&P: Masih berlaku guru mengajar tajuk/perkara yang tidak seperti tercatat dalam persediaan mengajar di dalam BRM; guru dilapor sering ‘meleret’ dan keluar daripada tajuk, suasana kelas yang ‘bising’ seolah-olah tidak ada ‘kawalan kelas’ secara berkesan. iii) Pengurusan Perancangan: Nampaknya konsep PDCA belum lagi mantap dan masih ada yang tidak dapat menghayatinya menyebabkan sering pula GB berta- nya dan bertanya mengenainya.

6. Tidak ada kerja atau tidak ada tugas dalam dunia ini yang boleh kita kata ‘senang’; semuanya mengandungi ‘cabaran-cabaran’ yang perlukan kita sanggup, boleh dan berjaya mengatasinya, bukan sekadar pada waktu-waktu tertentu sahaja bahkan bagi sepanjang waktu!

100

Page 101: Nota Khas Guru Besar

7. Keberjayaan dan seterusnya keberkesanan kita mengatasi cabaran-cabaran ini dalam menjalankan tugas memerlukan kita memiliki kebolehan dan kesedasran bahawa: i) Cabaran baru perlukan pengetahuan dan kemahiran baru pula bagi menangani- nya perlukan kita ‘belajar semula’ kaedah dan teknik tertentu. ii) Cabaran tidak boleh dianggap ‘masalah’ sebaliknya ianya hendaklah dianggap sebagai ‘peluang’, terutama peluang ‘lahir semula’ sebagai seorang profesional baru! iii) Cabaran tidak mungkin dapat diatasi jika kita belum dapat mengatasi lemahnya “will power” diri sendiri; sering ‘terlupa’ dan mudah pula ‘leka’ biarpun ianya berlaku di depan mata.

8. Cabaran kerjaya perguruan (hari ini) bukan sekadar “menyumbatkan” segala maklu- mat dan fakta setiap mata pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran, teta- pi yang paling penting ialah ‘membentuk insan’ (yakni anak didik) supaya kelak bukan menjadi ‘seadanya’ sahaja tetapi menjadi sebagai ‘apa’ dan ‘bagaimana sepatutnya’ mereka jadi.

9. Jika kita tidak dapat menghasilkan unsur ‘kemenjadian’ ini benar-benar ditangani sepenuh hati sewaktu kita memegang amanah sebagai guru dan pendidik yang ber- wibawa dan berkesan, maka itulah timbul dan wujudnya fenomena ‘tidak menjadi’.

10.Oleh itu sangatlah perlu kita memahami perkara ini yakni mengapa perlu kita ‘bertegas’ dan ‘bersungguh-sungguh’ berurusan dengan anak didik kita dalam semua aspek pembelajaran dan pendidikan, seperti kata-kata seorang penulis:

“Treat a person as they are, and they will remain as they are. Treat a person as they can and should be, and they will become as they can and should be.”

~ Unknown

BERBEZA UNTUK CEMERLANG TIDAK SAMA

BERBEZA UNTUK MENGHALANG

1. Dalam persaingan mengejar kecemerlangan sama ada ianya kecemelangan diri individu atau pun kecemerlangan organisasi, satu hakikat daripda beberapa hakikat ialah menyedari bahawa kecemerlangan itu perlu memiliki unsur-unsur yang sedikit ‘berbeza’ daripada amalan kebanyakan orang atau organisasi yang lain.

2. Kita tidak mungkin mencapai kecemerlangan jika kita masih menggunapakai amalan- amalan atau tradisi lama yang tidak mampu membawa kita ke mercu kecemerlangan tersebut.

101

Page 102: Nota Khas Guru Besar

3. Di sinilah aspek ‘berbeza’ ini perlu kita fahami supaya matlamat dan objektif akhirnya tercapai dengan jayanya.

4. Kita mungkin tidak menyedarinya selama ini, tetapi apa yang kita amalkan (yang dulu- nya tidak atau kalau ada sekadar ada sahaja) itu sebenarnya banyak membina dan me- mupuk budaya yang lebih sihat dan berdaya saing.

5. Gagasan Sembilan Prinsip Quality Cycle of Process, pendekatan PDCA/PDSA, dan ciri-ciri “A Good School” misalnya diperkenalkan adalah bagi mencapai kecemerlang- an ini yang kini sepatutnya tidak ada lagi individu organisasi yang tidak mengetahui atau tidak memahaminya.

6. Banyak contoh yang boleh disebut bagi menunjukkan ‘berbeza’ ini, antaranya: i) Kalau dulu ujian bulanan tidak jadi keutamaan, sekarang ianya jadi keperluan. ii) Kalau dulu mesyuarat panitia mata pelajaran tidak ditekankan, kini ianya jadi satu kemestian. iii) Kalau dulu P&P tidak jadi tonggak dan inti kepada pekerjaan dan profesion, kini tidak ada ‘kelas yang ditinggalkan tanpa guru’. iv) Kalau dulu kuasa dan pengaruh tidak digunakan bagi menegur dan bertindak ke atas kebejatan akal dan amal, kini ia untuk memenuhi tuntutan menunaikan amanah dengan penuh sifat kebertanggungjawaban.

iv) Kalau dulu kita tidak ada ‘masa perdana’ (mengajar dan tidak mengajar tak dapat dibeza), kini ianya bukan masalah tak sempat minum atau pun makan.

7. Demikianlah di dalam aspek dan sudut yang lain, yang semuanya mempamerkan aspek ‘berbeza’ ini bukan sekadar hanya hendak berbeza daripada orang lain tetapi yang pen- tingnya kerana kita berbeza dalam ‘membaca’; ‘memikir’; ‘melihat’; serta ‘menanganinya’ berlandaskan prinsip yang betul.

8. Mungkin kita tidak sedari ada kalanya apa yang dibuat agak ‘mendahului zaman’; ertinya kita yang terlebih dahulu melaksanakannya berbanding orang lain.

9. Contoh terbaharu apabila Ketua Setiausaha Negara menegur Ketua-Ketua Jabatan supaya memantau masa minum pagi dan petang di jabatan-jabatan kerajaan, yang didapati tidak menggambarkan disiplin kerja sekali gus menjejaskan produktiviti dan kebajikan orang ramai.

10.Jika demikian ‘masa perdana’ yang kita amalkan sekarang tidaklah bertentangan dengan peraturan bekerja atau melanggar hak asasi manusia kecuali bagi mereka yang melihatnya dari sudut negatif semata-mata.

102

Page 103: Nota Khas Guru Besar

MENGHAYATI KEPENTINGAN ANAK DIDIK

DALAM PENYEMPURNAAN MISI DAN MEREALISASIKAN VISI

1. Meletakkan kepentingan anak didik dan sekolah sebagai suatu ‘learning organization’ yang betul-betul bermakna dan berfungsi dengan tahap kualiti yang tinggi adalah salah satu syarat yang mesti dipenuhi oleh semua guru.

2. Kita sering merasa hairan (mungkin juga mengeluh) terhadap prestasi anak didik kita yang masih lemah dalam banyak segi terutama pemerolehan pengetahuan dan pengua- saan kemahiran (3M) yang sepatutnya tidak menjadi masalah dan persoalan.

3. Itulah sebabnya mengapa kita harus berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan tidak berlakunya ‘defisit pembelajaran’ yang nanti akhirnya kita temui di kalangan pelajar (calon) peperiksaan penting seperti UPSR misalnya.

4. Guru mempunyai pengaruh yang amat besar menentukan prestasi pelajar terutama di peringkat ‘formatif’ kerana inilah peringkatnya kita perlu benar-benar memantapkan kemahiran asas 3M agar mereka dapat maju tanpa gangguan dan halangan daripada kelemahan yang dibiarkan berlarutan.

5. Bagaimanakah guru memastikan proses P&P yang berkesan itu dapat dilaksanakan setiap kali dan sepanjang masa? Anatar pendekatan yang perlu ada ialah: i) Tumpuan kepada pelajar yang lemah/lembab...lebih masa dan perhatian. ii) Tindakan susulan (berterusan); ertinya kerja murid mesti disiapkannya, dan guru pula mesti memeriksa dan menilainya. iii) Menyediakan BBM yang ssuai; digunakan sewaktu P&P sepenuhnya. iv) Teknik menyoal yang menyeluruh; kepada semua pelajar, kepada kumpulan atau kepada individu mesti berlaku semasa P&P. v) Kawalan kelas yang berkesan; guru mampu mewujudkan suasana kondusif kepada P&P yang bermakna; kawalan kepada murid-murid yang hyperaktif, keseronokan dan kegembiraan belajar yang tidak melampaui batasan dan semua murid rasa selamat dan disayangi. vi) Komunikasi dengan penjaga istimewa bagi kumpulan murid yang dianggap ‘ber- masalah’ dengan tujuan dapatkan kerjasama mereka dan tidak serah bulat-bulat kepada sekolah.

6. Kita jangan lupa produk (output) datangnya setelah melalui proses (throughput) setelah adanya input. Bagi produk yang berkualiti maka ‘proses’ inilah yang perlu sekali dijaga agar ia benar-benar terlaksana dengan berkesan menerusi apa hasil dan apa prestasi yang kita dapat. 7. Cuba fikirkan bagaimana ini boleh dicapai jika beberapa proses dan sistem yang kita

103

Page 104: Nota Khas Guru Besar

rumuskan tidak dipenuhi? Salah satu daripada prosesnya ialah ‘pemeriksaan kerja’ murid menerusi buku latihan , lembaran kerja, tugasan, projek khas dan sebagainya.

8. Komen dan ulasan guru di dalam bukunlatihan murid tidak jadi apa-apa jika sekiranya buku-buku tersebut tidak diedarkan kepada penjaga untuk tatapan dan tandatangan mereka.

9. Daripada analisa proses ‘serahan buku latihan murid untuk semakan GB’ adalah di- dapati perkara ini belum cuku memuaskan dan tidak dipandang penting.

10.Oleh itu hendaklah kita faham bahawa apa jua sistem dan proses yang sepatutnya di- laksanakan (seperti serahan buku latihan murid ini) adalah salah satu manifestasi kepada perhatian dan tumpuan kepada menentu dan menjamin output yang berkualiti, murid-murid yang berkemahiran tinggi, bersahsiah murni; yang membuktikan kita mementingkan mereka dalam kita merealisasikan visi serta menyempurnakan misi.

ASPEK KEUTAMAANYANG TIDAK DIUTAMAKAN

FAKTOR PENYEBAB MENJEJAS KEBERKESANAN

1. Sama ada dalam mengurus atau mengendalikan tugas harian, atau dalam aspek kehi- dupan sosial dan peribadi kita tidak mungkin dapat lari daripada hakikat bahawa semuanya perlu diurus dan dilakukan dengan sebaik mungkin serta memenuhi hasrat dan tujuan.

2. Namun demikian kita sering pula ‘terperangkap’ dalam kemelut yang mana satu atau yang mana penting didahulukan!

3. Apabila kita tidak dapat mengatur diri kita dengan tuntutan “First Things First” inilah yang nanti menjadikan kita orang yang gagal mengurus waktu (dan dirinya) dengan berkesan.

104

Page 105: Nota Khas Guru Besar

4. Bagaimana status kepekaan kita terhadap aspek ‘memberi keutamaan’ ini dalam hubungan kerja-kerja profesional kita di bilik darjah misalnya?

5. Petunjuk-petunjuk yang mudah kita perolehi bagi gambarkan situasi ini antaranya apa- bila; i) Sangat lewat menyerahkan salinan minit mesyuarat Panitia Mata pelajaran sampai berbulan-bulan, masih tidak serah selagi tidak diminta; sedangkan kita sendiri jadi Pengerusi atau Ketua Panitia atau Setiausaha. ii) Tidak menyediakan murid-murid yang ambil bahagian dalam program di perhim- punan dengan secukupnya, sehingga bukan sahaja tidak menampakkan peningkat- an mutu persembahan malah semakin merosot! iii) Paling buruk apabila kita dakwa kita tidak tahu ‘jadual waktu’ kelas-kelas yang kita patut masuk mengajar, sehingga masa (yang amat banyak) terbuang begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti P&P!

6. Apakah ini akibat kita tidak ‘mengutamakan’ tugas kita selaku seorang guru? Apakah kita masih tidak faham prosedur dan tatacara serta etika profesion kita? Atau adakah lain-lain oerkara yang lebih patut diutamakan daripada melaksanakan tanggungjawab mengajar? Apa pun sebab dan faktornya, jawapannya ada di dalam diri peribadi

7. Jika aspek ‘memberi keutamaan’ ini tidak dapat ditunjukkan dalam menangani segala masalah pembelajaran khasnya bagaimana prinsip ‘tidak ada kelas dibiarkan tanpa guru dan tanpa pembelajaran’ – yang menjadi salah satu ‘teras’ kepada budaya seko- lah dan budaya belajar di sekolah kita dapat dibuktikan wujud dan subur setiap waktu?

8. Oleh itu jika sebenarnya kita seorang yang berkesedaran tinggi dan ‘mengutamakan profesion’ kita saya amat percaya tidak akan berlaku situasi atau sikap yang membuk- tikan sebaliknya; dan dengan itu kualiti masa dan kualiti kerja kita akan lebih mening- kat, bermutu, berwibawa dan berkesan.

9. Tentulah perkara-perkara yang melibatkan ‘persediaan’ dan ‘perancangan’ akan jadi ciri dan sifat serta ‘standard quality’ kita yang tidak akan dipertikai oleh sesiapa pun.

10.Ingatlah walaupun orang masih suka ‘mendengar’ apa yang kita kata atau apa yang kita cakap; namun orang lebih mengutamakan hendak ‘melihat’ apa yang kita telah kata atau cakapkan itu. Ertinya ‘amalan’ (apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat) adalah jauh lebih penting dan utama daripada sekadar ‘bual’.

IDEALISME “WHAT IS RIGHT” DAN KEIKHLASANTUNJANG KEPADA PROFESION PERGURUAN

1. Renung kembali: Aktiviti mental dalam merenung kembali apa yang diri kita selaku

105

Page 106: Nota Khas Guru Besar

individu, telah lakukan dalam menyumbang kepada ‘prestasi sekolah’ dan dalam mewujudkan ‘budaya organisasi’, bagi sesuatu tempoh tertentu amatlah berguna dan berfaedah dalam kita menilai pencapaian dan peningkatan dalam apa jua bidang lebih-lebih lagi sebagai seorang guru yang profesional.

2. Setiap orang sudah pasti menyedari sejauh amana tahap sumbangan yang kita beri dan tumpuan yang kita fokuskan selama ini yang sering pula bersifat ‘turun-naik’; bersifat tidak stabil atau tidak mantap sehingga sukar kita mencapai makam istiqamah yang sebenar.

3. Carilah sebab-akibatnya mengapa ianya merosot; mengapa ianya mundur; mengapa ianya ‘terkebelakang’; dan seribu satu soalan lagi yang menghalang kita mencapai kecemerlangan dan kecekapan.

4. Renungkan kembali status sekolah kita lima atau enam tahun lalu; apakah tidak berlaku ‘perubahan’ dan ‘peningkatan’ setelah kita bersama-sama ‘menebus segala kebejatan akal dan amal”; membetulkan halatuju sekolah (dan guru-gurunya) sebagai sebuah ‘learning organization’ yang menepati Falsafah Pendidikan Negara dengan memenuhi seoptimum mungkin tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di pundak kita?

5. Membentuk diri sebgai ‘guru sebenar guru’ tidak bergantung kepada tahap ilmu pengetahuan dan ketrampilan teknikal semata-mata, tetapi ianya juga melibatkan ‘kepercayaan’ yang menjadi pegangan dan prinsip hidup seseorang itu.

6. Dari ‘kepercayaan’ inilah kita membentuk pemikiran, sikap dan tindakan yang boleh jadi membuahkan sesuatu yang positif atau negatif. Kepercayaan yang diiringi dengan ‘keyakinan’ sahajalah yang dapat melahirkan individu guru yang mudah membentuk diri anak didik ke arah kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran.

7. Seseorang ‘guru sebenar guru’ tidak sahaja ‘mengajar’ tetapi perlu ’belajar’ sepanjang hayat. Bagaimana kita hendak ‘mengajar’ jika kita tidak/belum ‘belajar’?; bagaimana kita hendak mengajar dengan berkesan dan mengesankan jika kita sendiri tidak jelas sesuatu perkara; tetapi ini dapat diatasi dengan ‘belajar lagi’ biarpun kita sudah mengetahui. Itulah sebabnya Joseph Joubert menyatakan, “To teach is to learn twice.”

8. Dengan demikian, proses belajar ini tidak mungkin sudah (biarpun kita tidak lagi bergelar pelajar atau penuntut). Belajar tanpa ‘buku’ ini sebenarnya ramai antara kita tidak menyedarinya berlaku setiap waktu dan ketika, juga tidak mengira tempat dan situasi.

9. Sepanjang hidup kita belajar daripada pelbagai sumber: i) Kita belajar daripada orang lain. ii) Kita belajar daripada murid-murid (kita). iii) Kita belajar daripada ibu bapa dan penjaga.

106

Page 107: Nota Khas Guru Besar

iv) Kita belajar daripada rakan sebaya. v) Kita belajar daripada kerja (kita). vi) Kita belajar daripada budaya. vii) Kita belajar daripada sesiapa sahaja!

10.Oleh itu ‘belajarkah’ kita selama ini? Sudah menjadi ‘bijakkah’ kita selama ini; atau sudah ‘mengenal manikamkah’ kita selama ini?

11.Jika jawabnya sudah, mengapakah pula kesilapan dan kelemahan yang sama diulang -ulang? Jika ‘kesalahan’ yang sama diulang-ulang (kerana lemahnya hati dan jiwa) maka bukankah itu tanda ‘kebebalan’ yang nyata?

12.Dengan berpegang kepada prinsip “What Is Right” inilah saya (selaku GB) sentiasa mengajak dan membimbing guru-guru supaya ‘bekerja dengan betul’; bersungguh- sungguh dan mempamerkan mutu kerja yang tinggi dapat dicapai dan kemudiannya dapat dibuktikan apabila kita meraih kejayaan.

13.Saya masih teringat akan kata-kata Pengerusi PIBG (ketika itu) sewaktu mula-mula saya datang melapor diri di sekolah ini, “Ramai orang tak hendak cikgu datang ke sini.”; yang saya terima dengan ‘berlapang dada’ kerana mudahnya manusia ‘melabel’ seseorang tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

14.Jawapan saya mudah dan ringkas; “Saya mengajak orang bekerja dengan betul. Kalau ini salah dari segi hukum syara’ dan undang-undang negara, tak tahulah saya ustaz!” – adalah manifestasi kepercayaan dan keyakinan saya dalam mengha- dapi apa jua keadaan dan hal menangani perubahan terutama di sekolah yang rendah prestasi (seperti SKJ 17 ini) lima setengah tahun yang lalu.

15.Wahai guru-guru sekalian, jadikanlah “what is right” sebagai “idealisme” profesion perguruan dan “ikhlaskan hati” sebagai tunjang kepada segala bentuk ibadah terma- suk mengajar dengan betul di dalam bilik darjah; --- semoga kita tidak menjadi Pak Pandir, Lebai Malang, atau Pak Kaduk dan Si Luncai di abad ke-21 ini. Insya Allah!

107