teks gb

2
ASSALAMUALAIKUM W.B.T SELAMAT PAGI ,SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA Yang Berbahagia, Encik Sehar A/L Sinnadurai selaku YDP PIBG 2014/2015. Yang dihormati, Guru-guru Penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG,Guru-guru , Para Ibubapa serta anak-anak murid yang diraikan sekalian. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Sehar atas kesudian beliau untuk bersama-sama dengan kami bagi menjayakan Majlis Perasmian Sukan Tahunan SK La Salle bagi tahun 2015. Hadirin yang dihormati, Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat murid yang berkecenderungan dalam bidang sukan. Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi atau riadah, bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup sihat. Dalam kejohanan sedemikian ini, kita dapat menilai bakat dan minat murid. Selalunya juara menjadi kebanggaan semua pihak sama ada menerusi sanjungan, pujian dan pemberian insentif. Oleh hal demikian, murid-murid perlu berusaha gigih dan memberi tumpuan kepada latihan yang dijalankan.Semua murid amat bertuah sekali kerana pihak sekolah sentiasa memberi galakan dan dorongan yang berterusan serta memberi peluang

Upload: nur-qashilla-idaman

Post on 25-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

teks GB

TRANSCRIPT

ASSALAMUALAIKUM W.B.TSELAMAT PAGI ,SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIAYang Berbahagia, Encik Sehar A/L Sinnadurai selaku YDP PIBG 2014/2015.

Yang dihormati, Guru-guru Penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG,Guru-guru , Para Ibubapa serta anak-anak murid yang diraikan sekalian.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Sehar atas kesudian beliau untuk bersama-sama dengan kami bagi menjayakan Majlis Perasmian Sukan Tahunan SK La Salle bagi tahun 2015.

Hadirin yang dihormati,

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat murid yang berkecenderungan dalam bidang sukan.Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi atau riadah, bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup sihat. Dalam kejohanan sedemikian ini, kita dapat menilai bakat dan minat murid. Selalunya juara menjadi kebanggaan semua pihak sama ada menerusi sanjungan, pujian dan pemberian insentif. Oleh hal demikian, murid-murid perlu berusaha gigih dan memberi tumpuan kepada latihan yang dijalankan.Semua murid amat bertuah sekali kerana pihak sekolah sentiasa memberi galakan dan dorongan yang berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk bergiat dalam bidang sukan.

Hadirin yang dihormati,Sebagai mengakhiri ucapan ini,sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepadaEncik Sehar YDP PIBG kerana telah sudi menerima undangan kami pada Majlis Perasmian Temasya Sukan Tahunan kali ke 42 SK La Salle,PJ.Sekian, Terima Kasih