teks persaraan
TRANSCRIPT
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena
persaraan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
Guru Penolong Kanan 1
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Berusaha
Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Berusaha
En. Rahmat bin Ibrahim
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Dihormati
En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Yang Dihormati
En. Mohd Rosli bin Othman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Menengah
Yang Dihormati
Tn. Hj. Muhammad bin Salleh
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Rendah
Yang Dihormati
En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman
Pegawai Maklumat
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
Yang Dihormati
Barisan Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Kulai
Yang Dihormati
En. Abdul Naser bin Bedu
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK LKTP Sungai Sayong
Yang Dihormati
En. Md. Sukor bin Marzuki
Pengerusi Jawatankuasa Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
dan seluruh ahli jawatankuasanya
Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan
Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong
Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn.
Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru
Besar di SK LKTP Sungai Sayong.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Mudah-mudahan
ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad
Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin
Basiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang
Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang
Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj.
Redwan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala hormatnya
ingin menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka
sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang
bertajuk “Jasamu Dikenang” dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk
“Terlalu Indah” dan “Bertemu dan Berpisah”.
Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan
sebuah pesembahan yang cukup istimewa.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang
Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong
Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil
kelas.
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2
Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas
Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang
Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang
Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser
bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa
dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.
Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md.
Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus
untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut
merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj.
Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin
Denan sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan turut
berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan khusus
daripada beliau sendiri.
Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan upacara
tersebut.
Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin
Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK
LKTP Sungai Sayong.
Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin
Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong.
Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai
Pelajaran Daerah Kulai.
Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah.
Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah.
Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman,
Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.
Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan
daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai,
kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul Mutalib
bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda
berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang
penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
“Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu
`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Oleh : Noor Azaref bin Naim
SK LKTP Sungai Sayong
81000 Kulai, Johor
12 September 2008
p/s : moga dapat jadi panduan kepada pengacara-pengacara majlis.
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan
Diiringi paluan kompang, berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin yang
segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Mohd
Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, apa yang dapat kita
saksikan kini, adalah persembahan silat pengantin untuk kedua-dua
mempelai.
Bunga mawar cantik berseri
Dipetik juragan dibawa ke pekan
Tarian kuda kepang nama diberi
Marilah bersama kita saksikan
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih
Berarak masuk ke dalam Dewan, pasangan raja sehari; Mohd Fairuz bin
Samad dan Delima binti Hj. Osman.
Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk berdiri, bagi sama-sama kita
berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Bersarang merbah di Kuala Langat
Manis madunya pabila dimakan
Suasana meriah bertambah hangat
Tarian zapin kami persembahkan
Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada
kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga
kedua-dua mempelai untuk naik ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih
yang telah disediakan. Dipersilakan.
Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang
telah disediakan.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
Yang dihormati Ustaz Samad bin Hj. Misbah dan Puan Siti Mariam binti Hj.
Dayat, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang
diraikan pasangan mempelai; Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj.
Osman, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru dan
rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang
diRahmati Allah S.W.T. sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Perkahwinan Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Khairul Anuar bin Samad. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Khairul Anuar bin Samad di atas
bacaan doa sebentar tadi.
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula
berkenalan pada tahun 2001 ketika sama-sama menuntut di UNITAR, Johor
Bharu. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa
cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini.
Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga,
mereka mengikat tali pertunangan pada November 2007. Dan pada hari
yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di
dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.
Untuk pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah selamat
diijabkabulkan pada 9 Ogos 2008 iaitu pada hari semalam dan telah
dilangsungkan Majlis Walimatul `Urus di sebelah pihak perempuan.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan kepada En. Mohd Fauzi bin Samad,
selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Fauzi bin Samad di atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya Majlis ingin mempersilakan kepada dot.dot.dot. selaku wakil bagi
pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada
wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan
sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana
cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna
apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati
Untuk memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita dengarkan nyanyian yang akan dipersembahkan oleh Pn. Hjh.
Norazrah binti Ayub sebagai hadiah yang cukup istimewa buat kedua-dua
mempelai kita. Lagu yang akan dipersembahkan ialah dot.dot.dot.
Itulah sebentar tadi nyanyian yang telah dipersembahkan oleh Pn. Hjh.
Norazrah binti Ayub. Terima kasih diucapkan.
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab
Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis
makan beradab. Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa makan beradab yang akan dibacakan oleh
dot.dot.dot. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas doa yang telah
dibacakan sebentar tadi.
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga
buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari
yang penuh keberkatan ini.
Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini.
Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam
hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum
W.B.T. Saya serahkan kembali kepada rakan saya En. Ashaari. Dipersilakan.
Oleh : Noor Azaref bin Naim (Master of the ceremony of the day)
10 Ogos 2008
Di Dewan Seri Sayong, Felda Sungai Sayong, Kulai, Johor
EKS PENGACARA MAJLISMAJLIS PENUTUPAN
KEM LITERASI DAN KHATAM AL-QUR’AN PROGRAM j-QAFPERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2010
DI MASJID AR-RAHMAN, TAMAN PUTERI, KULAIJAYA, JOHOR29 SEPTEMBER 2010
BIL. PERKARA CATATAN
1 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin,Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
2 Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Sebagai pembukaan majlis kita pada hari yang penuh dengan keberkatan ini, marilah sama-sama kita saksikan Majlis Khatam al-Qur’an yang akan dijayakan oleh murid-murid Program j-QAF Kohort 2005 yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Yunos bin Mohd Sujak dan Ustaz Mohd Faisol bin Palal. Dipersilakan.
3 Terima kasih diucapkan kepada semua murid dan pemimpin majlis yang telah menjayakan Majlis Khatam al-Qur’an sebentar tadi.
4 Dari Raub pergi ke PontianTerus pula ke Kuala PerlisHarap semua berikan perhatianMohon saya mulakan majlis.
Min Raub ila PontianMubasyaratan ila Kuala PerlisArju lakum al-ikhtimamAsta’dzinu li abda’al jilsah.
Dengan lafaz yang mulia :
الرحيم الرحمن الله .بسموبركاته الله ورحمة عليكم .السالم
أشراف على والسالم والصلواة العالمين، رب الحمدللهوالمرسلين ،األنبياء
أجمعين وصحبه آله .وعلى
Yang BerbahagiaUstaz Jamil bin HussinPenolong PengarahUnit Pengurusan KepimpinanSektor Pendidikan IslamJabatan Pelajaran Negeri Johor
Yang BerbahagiaEn. Hamzah bin Abu TalibPenolong Pegawai Pelajaran DaerahUnit Pembangunan ProfesionalPejabat Pelajaran Daerah Kulaiselaku wakil rasmiPegawai Pelajaran Daerah Kulai
Yang BerusahaUstaz Ziman bin MohammadKetuaUnit Pendidikan IslamPejabat Pelajaran Daerah Kulai
Yang BerusahaUstaz Khairul Anuar bin Abdul RahmanPenolong Pegawai Pelajaran DaerahUnit j-QAFPejabat Pelajaran Daerah Kulai
Yang BerusahaUstazah Kalthom binti Abdul RahmanPenyelia Pendidikan IslamPejabat Pelajaran Daerah Kulai
Yang DihormatiTn. Hj. Mustafa bin Md. SallehImam IMasjid ar-RahmanTaman Puteri, Kulaijayaselaku wakil kepada tuan rumah
Yang DihormatiEn. Jais bin SudinPengerusiJawatankuasa Kurikulum DaerahPanitia Agama Islam Rendah Daerah Kulai
Yang DihormatiTn. Hj. Othman bin TalibPengerusiJawatankuasa Kurikulum DaerahProgram j-QAF Daerah Kulai
Barisan Guru-Guru Besar atau wakilnya
Ahli Jawatankuasa KerjaKem Literasi dan Khatam al-Qur’an Program j-QAFPeringkat Daerah Kulai Tahun 2010
Barisan fasilitator
Barisan ustaz dan ustazah
Para peserta
Muslimin dan muslimat
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
5 Selamat datang ke :
Majlis Penutupan Kem Literasi dan Khatam al-Qur’an Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010.
6 Hadirin dan hadirat sekalian,
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuranke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutupan Kem Literasi dan Khatam al-Qur’an Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.
Indah mekar si bunga siantanMekar mewangi di taman laranganCintakan al-Qur’an, fahami al-Qur’anMoga terealisasi jadi kenyataan.
7 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Bagi memohon agar majlis kita pada hari ini dilimpahi dengan keberkatan, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Nawawi bin Palal.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Nawawi bin Palal atas bacaan doa itu tadi.
8 Hadirin dan hadirat sekalian,
Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.
Untuk itu, majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Pembangunan Profesional, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai selaku wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
9 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Kini tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ucapan perasmian penutup yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Syukran jazilan diucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin atas ucapan perasmian penutup yang telah disampaikan sebentar tadi.
10 Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada wakil daripada setiap sekolah. Untuk menyempurnakannya, majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.
Dipersilakan wakil daripada SK Sinar Bahagia.SK Kulai Kg. Melayu.SK Polis Kem.
SK Senai.SK Felda Bukit Besar.SK Taman Kota KulaiSK Senai UtamaSK Taman MuhibbahSK Taman Kota Kulai 2SK Kangkar Pulai 2Seterusnya, dipersilakan wakil daripada SK Bandar Tenggara 2.Dipersilakan wakil daripada SK Bandar Tenggara 1.Dan yang terakhirnya, dipersilakan wakil daripada SK Bandar Putra.
11 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Sebagai tanda penghargaan kepada pihak pengurusan Masjid ar-Rahman, Taman Puteri, Kulaijaya, Johor dipersilakan kepada Tn. Hj. Mustafa binMd. Salleh untuk menerima tanda penghargaan tersebut.
Dan yang terakhirnya, sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin atas kesudian hadir dan merasmikan penutupan majlis kita pada hari ini, majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib untuk menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau.
12 Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin atas kesudian menyampaikan sijil penyertaan dan tanda penghargaan sebentar tadi.
13 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Tuan puteri tersenyum-senyumMelihat mempelai direnjis dipilisSenyum-senyum jangan tak senyumSudah kita di penghujung majlis.
Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Kem Literasi dan Khatam al-Qur’an Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, in sya Allah.
14 Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali.
Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.
15 Dijemput kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin disertai para tetamu kehormat untuk menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah disediakan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hjh Nor Hayati binti Hj Bakri diiringi dif-dif kehormat dan guru-guru masuk ke Dataran Jaya. Semua hadirin diminta berdiri
Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaKami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Pn. Hajjah Nor Hayati bt Hj Bakri,Mantan Pengetua SMK Sijangkang Jaya.
09.15 pagi : Nyanyian lagu negaraku.
Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita kumandangkan suara untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. Dipersilakan hadirin untuk berdiri.
Majlis merakamkan ribuan terima atas nyanyian itu tadi.
09.20 pagi : Doa dan Ucapan-Ucapan
BismilLahir Rahmanir RahimAssalamu `Alaikum W.B.T…Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Yang Berhormat,Tuan Dr Ahmad Yunus bin Hj Hairi,Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sijangkang,
Yang Berbahagia,Tuan Haji Megat Md Salleh bin Md Arshad,Pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang Berbahagia,En. Muhammad Yazari bin Subari,Penolong Pengarah, Pengurusan Kelas Aliran Agama,
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.
Yang Berbahagia,Tuan Haji Basri bin Hj Abdullah,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,Sektor Pengurusan Sekolah,Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat.
Yang Berbahagia,Encik Zulkefli bin Mohamed,Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,Sektor Pembangunan Kemanusiaan,Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat.
Yang Dikasihi dan DiraikanPn Hajjah Noor Hayati binti Hj Bakri,Mantan, Pengetua SMK Sijangkang Jaya
Yang Berusaha,Tn Hj Zulkapli bin Mat TaibYang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya.
Yang Berusaha,Puan Ramlah binti Haji Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran,SMK Sijangkang Jaya.
Yang Berusaha,Barisan Pengetua & Guru Besar Daerah Kuala Langat,
Yang Dihormati,Dif-dif jemputan,
Yang DihormatiBarisan Kepimpinan Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan Mata pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Barisan guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang ke :Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Pn Hajah Noor Hayati binti Hj Bakri, Mantan Pengetua SMK Sijangkang Jaya.
Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil Ustaz Zahri bin Mamat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Zahri bin Mamat atas bacaan doa itu tadi.
Aturcara majlis dimulakan dengan mendengar ucapan daripada Wakil Pelajar. Untuk itu, dipersilakan Sdr Mohd Hanafi b. Mohd Raziff untuk menyampaikan ucapan.
Majlis merakamkan ucapan terima kepada Ketua Pelajar SMK Sijangkang Jaya atas ucapan itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Pn Ramlah binti Hj Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Sijangkang Jaya. Dipersilakan.
Terbang melayang sianak kedidi, terima kasih Pn. Ramlah atas atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj Zulkapli atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Haji Talib bin Abd Hamid, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala langat untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati Tn Haji Talib bin Abd Hamid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadhirin Yang dihormati Sekalian
Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang disempurnakan oleh Yang Diraikan Pn Hjh Noor Hayati bt Hj Bakri sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Pengetua SMK Sijangkang Jaya.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan
09.45 : Persembahan Multimedia – Biografi Mantan Pengetua.
Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang biografi dan memori perjalanan Yang Diraikan Pn Hjh Noor Hayati bin Hj Bakri. Marilah kita sama-sama saksi dan hayati persembahan multimedia ini.
Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Yang Diraikan Puan Hajah Noor Hayati binti Hj Bakri. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn. Hjh Noor Hayati bt Hj Bakri. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan puan untuk memberikan ucapan.
Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hjh Noor Hayati Hj Bakri atas ucapan itu tadi.
10.30 pagi : Acara Persembahan
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, Kami tampilkan satu persembahan daripada Pelajar Pendidikan Khas sebagai kenangan dihalwa telinga untuk kita khusunya untuk yang diraikan. Sama-sama kita saksikan persembahan nasyid yang bertajuk “doa perpisahan” dan “tinggal kenangan”.
Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi di bawah pimpinan Puan Sharipah binti Samsuri. Sekalung penghargaan diucapkan.
Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan tarian daripada Kelab Seni Budaya.
Begitulah santapan mata yang dihadiahkan oleh pelajar buat yang diraikan. Sekalung penghargaan atas persembahan istimewa itu tadi.Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi di bawah pimpinan Puan Nuraziatul Mazida bt Neimad.
Sidang Hadhirin Sekalian,
Tinggi sungguh pohon kuini,Dililit pepaku bersulam semalu,Melepaskan dirimu di saat ini,Basahlah kami meratap pilu.
Majlis diteruskan dengan mempersilakan kumpulan koir guru SMKSJ untuk mendendangkan alunan suara mereka. Dengan hormatnya dijemput.
Begitulah lontaran suara daripada pendidik SMKSJ yang dialunkan untuk kita semua. Tahniah dan syabas.
Mengakhiri persembahan kita pada pagi ini, dipersilakan kumpulan koir pelajar SMKSJ Untuk menampilkan persembahan lagu-lagu mereka. Dipersilakan.
Terima kasih atas persembahan itu tadi. Persembahan koir guru dan pelajar itu tadi dibawah pimpinan Puan Norain Abd Halim. Terima kasih diucapkan.
12.15.tgh : Penyampaian CenderamataMajlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Ramlah binti Hj Hashim untuk mengiringi Yang Diraikan Puan Hajah Noor Hayati bt Hj Bakri bagi menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cendermata hasil sumbangan daripada pelajar SMK Sijangkang Jaya. Dipersilakan Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar untuk menyampaikan sumbang tersebut.
Seterusnya,
Dipersilakan PK HEM En. Kowangid bin Taupek untuk menyampaikan tanda hati daripada Unit HEM
Dipersilakan PK Kokurikulum Pn Zaleha bt Selamat untuk menyampaikan tanda ingatan daripada Unit Kokurikulum
Dipersilakan GKMP Sains Dan Matematik, Pn Hjh Noraznayati Abd Manap untuk menyampaikan tanda ingatan daripada Bidang Sains
Matematik
Dipersilakan GKMP Bahasa, Pn Aslamihah bt Zakaria untuk menyampaikan tanda ingatan daripada Bidang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Dipersilakan GKMP Kemanusiaan, Ustaz Zahri bin Mamat untuk menyampaikan tanda ingatan daripada Bidang Sains Sosial.
Dipersilakan GKMP Teknik dan Vokasional, Pn Suzanna bt Mohamad untuk menyampaikan tanda ingatan daripada Bidang Teknik dan Vokasional
Dipersilakan PK Petang, Puan Rubi’ah t Hayat untuk menyampaikan tanda mata daripada pihak Koperasi SMK SJ Berhad.
Dipersilakan PK Pentadbiran, Puan Ramlah bt hj Hashim untuk menyampaikan tanda mata daripada AJK Pengurusan Sekolah.
Dan yang terakhir Majlis mempersilakan (pelajar) ……….
Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn Hjh Noor Hayati binti Hj Bakri. Majlis merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memoir indah dalam dakapan Puan Hjh Noor Hayati.
12.00 tgh : Majlis Sambutan hari Jadi.Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan meraikan Hari Jadi Mantan Pengetua SMK Sijangkang Jaya, dipersilakan PK Pentadbiran untuk menjemput dan mempersilakan Pn Hjh Noor Hayati bagi upacara pemotongan kek hari jadi. Dijemput Wakil Jabatan Pelajaran Selangor, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, YDP PIBG dan semua Penolong Kanan untuk naik ke pentas. Marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk yang diraikan….
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua. Dipersilakan
wakil jabatan, PPD, YDP PIBG dan Penolong Kanan untuk mengambil tempat dikhemah utama. Mantan Pengetua dan Pn Ramlah diminta berada di astaka untuk acara seterusnya.
Hadhirin yang dihormati sekalian,Sebagai Tanda Penghargaan atas perkhidmatan Puan Hjh Noor Hayati binti Hj Bakri dalam bidang pendidikan, majlis mempersilakan ………………………………………….. Ketua Sektor/Ketua Unit Perjawatan dan Pencen, Jabatan Pelajaran Negeri Selagor untuk menyampaikan Sijil Penghargaan dari pihak Jabatan Pelajaran Selangor.
Dipersilakan Tuan Haji Talib bin Abd Hamid, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat untuk menyampaikan Sijil Penghargaan dari pihak PPD Kuala Langat.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan Pn Hjh Noor Hayati bt Hj Bakri turut berbesar hati menyumbangkan sebuah Astaka di Dataran Jaya ini. Pihak Pengurusan Sekolah berstuju untuk menamakan astaka ini sebagai ASTAKA HJH NOOR HAYATI. Astaka ini juga sebagai kenangan dan tanda sayang beliau terhadap sekolah ini. Sebagai tanda perasmian Astaka Noor Hayati, majlis sekali lagi mempersilakan Pn Ramlah bt Hashim, menjemput dan mengiringi Puan Hjh Noor Hayati untuk melakukan upacara perasmian. Dijemput Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, YDP PIBG dan semua Penolong Kanan naik ke pentas utama.
Berikan tepukan gemuruh kepada Pn Hjh Noor Hayati binti Hj Bakri. Terima kasih daun keladi…sumbangan puan amat dihargai.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambanganTerima kasih daun keladiBudi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan
Sebelum saya mengakhiri majlis ini,izinkan saya menyampaikan bait-bait puitis yang bertajuk “Bak Air yang Mengalir”
Bak Air Yang Mengalir
Bak air yang mengalir.Tiba jua kiranya di muara waktu,Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!
Berdiri melihat denai-denai kenangan,Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,Barangkali terdengar nanti,Suara bisikan melankolia,Ucap salam anak-anak remaja,Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.
Tiba waktunya untuk menyusun jemari,Membuang segala kerikil bersalut di hati,yang terkhilaf dimaafi,yang sesal diinsafi,yang lebih dibahagi,yang kurang dilengkapi,Agar saat perpisahan ini indah,Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,Terurai segala yang bercanggah.
Bak air yang mengalir,Tiba juga kiranya di muara waktu,Pasti tersisa kenangan yang terindah,Berhias luka tidak berdarah,Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,Kerana sekali dipanggil guru,selamanya pun bergelar guru.
Selamat tinggal suara-suara ceria,Padang perhimpunan dan dewan perkasa,Bilik darjah dan anak-anak keletah,Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,Bilik guru dan timbunan buku,Ruang kantin tempat mesra terjalin.
Selamat tinggal seribu kerenah,Datang dan pergi pelbagai wajah,Bercampur gembira bersisip gundah,Bergema didikan beralas madah,Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!
Selamat datang persaraan,Kerana segalanya hanya kesementaraan,Melengkapi perjalanan,Sebuah kehidupan!
Bak air yang mengalir,Tiba juga kiranya di muara waktu,Di sini kami pasti merindu,hakikat seorang individu,Bernama Pengetua.Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!
Selamat berangkat dalam doa berkat,Selamat istirahat dari segala muslihat,Selamat bersara dengan senyuman mesra!Senyumlah seindah suria,Setelah mencurahkan segala-galanya,Pasti beroleh keredaan-Nya.
Bak air yang mengalir,Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!
Untuk akhirnya, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya, yang diraikan Pn Hjh Noor Hayati akan menandatangani buku Junjungan Kasih Catatan Kenangan sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau dalam dunia pendidikan.
Terima kasih atas tandatangan yang dimeterailkan atas Buku Junjungan Kasih Catatan Kenangan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hj Noor Hayati kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Dipersilakan Puan Hajjah Noor Hayati untuk bersalaman dengan para tetamu.
Pelajar diminta berada ditempat duduk masing-masing.
Guru-guru bertugas diminta menyusun pelajar sepanjang laluan ke pintu pagar utama
Para pelajar diminta beratur dari Garaj Kereta Puan Hajah Noor hati sehingga ke pintu pagar utama bagi membuat lambaian perpisahan.