teks forum

12
Assalamualaikum , salam sejahtera , salam muhibbah dan salam satu Malaysia diucapkan kepada semua hadirin dan hadirat yang hadir pada hari ini. Bak kata pepatah “ tak kenal maka tak cinta oleh itu, moleklah kiranya saya perjelaskan dahulu tajuk forum yang bakal kita kupas pada hari ini. Isu yang ingin kita bincangkan dan ulas pada hari ini adalah berpaksikan pendidikan. Yakni isu ketaksamaan peluang pendidikan pada peringkat pengajian tinggi dari sudut gender. Trenda kebanjiran pelajar wanita di institut pendidikan tinggi ini telah seringkali menjadi bahan bualan hangat setiapkali enrolemen pelajar baharu dilakukan ,fenomena ini telah seolah – oleh menjadi amalan dalam sistem pendidikan tinggi negara. Para hadirin yang dihormati sekalian , Saya sebenarnya agak tertarik dengan sebuah artikel yang telah diterbitkan oleh berita harian pada keluarannya edisi 26 Jun 2014 yang lalu. Artikel ini adalah bertajuk pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki di IPTA. Artikel ini telah merakamkan rasa bimbang yang berhormat menteri pengajian tinggi , Datuk seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan bahawa perbezaan ketara jumlah pelajar perempuan berbanding lelaki di IPTA dikhuatiri boleh menggagalkan pembangunan sumber manusia terutama dalam menjayakan program transformasi kerajaan (GTP) dan program transformasi ekonomi (ETP). Oleh itu , bagi membincangkan topik kita yang cukup menarik pada hari ini , bersama – sama saya , tidak lain dan tidak bukan panel – panel yang bijaksana dalam memberi idea dan komentar berkenaan isu ini agar isu ini boleh kita fahami dengan lebih jelas dan terang. MEMPERKENALKAN TETAMU JEMPUTAN Eloklah kiranya kita bertaarufan dengan ahli – ahli panel kita pada hari ini. Di sebelah kanan saya , seorang mahasisiwi yang bersuara lantang , saudari Rafidah Agus. Saudari Rafidah merupakan seorang mahasiswi yang berada dalam jurusan pendidikan seni visual.( panel 1 ) Seterusnya, di sebelah kiri saya pula ,Saudari Norzila Abdu Salam yang cantik manis orangnya.Saudari kita ini juga memilih jurusan

Upload: wong-chew-nie

Post on 18-Dec-2015

73 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Assalamualaikum , salam sejahtera , salam muhibbah dan salam satu Malaysia diucapkan kepada semua hadirin dan hadirat yang hadir pada hari ini.Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta oleh itu, moleklah kiranya saya perjelaskan dahulu tajuk forum yang bakal kita kupas pada hari ini. Isu yang ingin kita bincangkan dan ulas pada hari ini adalah berpaksikan pendidikan. Yakni isu ketaksamaan peluang pendidikan pada peringkat pengajian tinggi dari sudut gender. Trenda kebanjiran pelajar wanita di institut pendidikan tinggi ini telah seringkali menjadi bahan bualan hangat setiapkali enrolemen pelajar baharu dilakukan ,fenomena ini telah seolah oleh menjadi amalan dalam sistem pendidikan tinggi negara.Para hadirin yang dihormati sekalian ,Saya sebenarnya agak tertarik dengan sebuah artikel yang telah diterbitkan oleh berita harian pada keluarannya edisi 26 Jun 2014 yang lalu. Artikel ini adalah bertajuk pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki di IPTA. Artikel ini telah merakamkan rasa bimbang yang berhormat menteri pengajian tinggi , Datuk seri Mohamed Khaled Nordin yang menyatakan bahawa perbezaan ketara jumlah pelajar perempuan berbanding lelaki di IPTA dikhuatiri boleh menggagalkan pembangunan sumber manusia terutama dalam menjayakan program transformasi kerajaan (GTP) dan program transformasi ekonomi (ETP).Oleh itu , bagi membincangkan topik kita yang cukup menarik pada hari ini , bersama sama saya , tidak lain dan tidak bukan panel panel yang bijaksana dalam memberi idea dan komentar berkenaan isu ini agar isu ini boleh kita fahami dengan lebih jelas dan terang.MEMPERKENALKAN TETAMU JEMPUTANEloklah kiranya kita bertaarufan dengan ahli ahli panel kita pada hari ini.Di sebelah kanan saya , seorang mahasisiwi yang bersuara lantang , saudari Rafidah Agus. Saudari Rafidah merupakan seorang mahasiswi yang berada dalam jurusan pendidikan seni visual.( panel 1 )Seterusnya, di sebelah kiri saya pula ,Saudari Norzila Abdu Salam yang cantik manis orangnya.Saudari kita ini juga memilih jurusan pendidikan seni visual sebagai subjek utamanya di Institut pendidikan guru kampus Sarawak .( panel 2 )Tetamu seterusnya ialah seorang siswi pendidik yang tidak lagi asing bagi kita , iaitu saudari Lau Mee Chung, siswi pendidik ini agak berbakat dalam bidang seni halus. ( panel 3 )Tetamu istimewa kita pada hari ini yang kelihatan segak lagi tampan ialah saudara Abdul Samad Bin Johari dari kumpulan pengajian pendidikan seni visual. ( panel 4 )Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli ahli panel kerana sudi untuk bersama sama kita pada hari ini.Faktor ketaksamaan jantina di IPTBerbalik kepada artikel yang telah disebutkan tadi , fenomena jurang dalam nisbah pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang berlaku di IPT telah mula meresahkan banyak pihak.Soalan 1 ( panel 1 )Jika dahulu anak perempuan ditatang bagai mniyak yang penuh dan seringkali dilatih untuk menjadi ibu dan isteri yang baik , golongan ini seolah olah dinafikan dan disekat haknya dalam mendapatkan pendidikan secara formal yang sempurna. Walaubagaimanapun peredaran zaman dan permodenan telah berjaya mengubah sikap dan persepsi ibu bapa mahupun keluarga terhadap pendidikan. Pada pendapat saudari adakah faktor ini menyumbang kepada fenomena jurang nisbah jantina yang tidak seimbang di IPT?Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada saudari pengerusi majlis , ahli ahli panel dan para hadirin sekalian.Jika kita lihat ya saudari pengerusi majlis, pelajar perempuan kelihatannya lebih menyerlah prestasinya dalam bidang akademik. Perkara ini dapat kita lihat daripada nisbah di antara pelajar perempuan dan lelaki di IPT . Bagi kemasukan pelajar baru sesi September 2011/2012, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya nisbah ialah 30:70, manakala di UPM pula 33:67.Dorongan keluarga amat penting dalam memupuk minat belajar dalam kalangan anak anak. Ibu bapa moden pada zaman ini tidak lagi berfikiran seperti generasi terdahulu yang beranggapan bahawa anak perempuan hanya layak duduk di dapur sahaja. Sebaliknya mereka membuka peluang yang luas kepada anak - anak untuk mencapai kelulusan akademik yang lebih tinggi tanpa mengira jantina anak tersebut.Hasilnya ramai golongan perempuan berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT.Ibu bapa zaman ini juga tidak lokek untuk melaburkan wang bagi membiayai pelajaran anak anak. Anak- anak diberikan galakan untuk belajar , ibu bapa seringkali menghantar anak anak mereka ke kelas kelas tuisyen untuk mengasah kemahiran akademik .tidak cukup dengan itu ibu bapa juga berusaha untuk membekalkan anak anak dengan bahan pembelajaran tambahan yang cukup banyak dari pelbagai sumber. Sebagai contohnya buku buku rujukan , majalah ilmiah , bahan multimedia interaktif dan sebagainya. Seawal dari usia bayi lagi ibu bapa telah mula mendedahkan anak anak dengan bahan yang berunsurkan pelajaran seperti buku buku cerita dan program televisyen yang bermanfaat.Oleh itu tidak hairanlah jika , anak anak pada zaman ini lebih cepat berkembang kognitif ataupun inteleknya. Sebagai kesimpulannya keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk budaya pembelajaran yang positif .Soalan 2 ( panel 2 )Terima kasih saudari atas ulasan yang telah diberikan sebentar tadi.Mengulas isu gender dan hubungkaitnya dengan peluang pendidikan , masyarakat semakin sedar akan pentingnya pendidikan kepada lelaki mahupun perempuan,Pendidikan di anggap sebagai agen yang mampu melonjakkan status sosioekonomi seseorang itu. Oleh itu tidak hairanlah jika para pelajar kita pada hari ini berlumba lumba untuk mendapatkan keputusan akademik yang cemerlang.Namun persoalannya di sini adakah faktor pencapaian akademik menyumbang kepada fenomena jurang nisbah di antara pelajar lelaki dan perempuan di IPT.Terima kasih saudari pengerusi majlis atas soalan yang cukup menarik untuk saya jawab dan kupaskan. Dewasa ini sememangnya prestasi akademik yang cemerlang adalah amat dititikberatkan oleh guru, ibu bapa mahupun pihak sekolah. Hal ini kerana sistem meritokrasi yang diamalkan oleh pihak universiti menetapkan syarat kelayakan kemasukan yang agak tinggi. Jika seorang pelajar itu tidak memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan sudah tentulah dia akan gagal untuk menempatkan diri di IPT yang dikehendakinya. Hal ini kerana pihak universiti ingin mengekalkan prestij dan kualiti pelajar mereka.Sistem meritokrasi ini sebenarnya telah membuka peluang yang luas kepada pelajar perempuan untuk menempatkan diri di universiti. Hal ini kerana pelajar perempuan yang mempunyai kelayakan akademik akan diterima untuk meneruskan pelajaran di universiti.Sikap gigih dan tekun pelajar perempuan adalah merupakan penyebab yang menyumbang kepada keputusan akademik yang cemerlang ini.Kadangkala kita perhatikan pihak universiti menggunakan sistem kuota dalam pengambilan pelajar.Hal ini bermakna jumlah pengambilan pelajar wanita adalah dihadkan kepada jumlah atau nisbah yang tertentu. Tindakan ini diambil atas dasar ingin merapatkan jurang nisbah di antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Walaubagaimanapun pada pendapat saya sistem kuota ini tidaklah begitu efektif . Hal ini kerana tindakan ini hanya akan menyekat peluang pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contohnya seorang pelajar perempuan yang mempunyai kelayakan akademik yang cukup cemerlang ditolak permohonannya untuk mengikuti pengajian di universiti atas alasan kuota untuk pelajar perempuan telah penuh, tidakkah hal ini akan membawa kepada pembaziran sumber manusia yang berpotensi.Sebaliknya pelajar lelaki diterima dengan lebih mudah untuk memenuhi kuota khas untuk golongan mereka, hasilnya graduan yang dilahirkan nanti adalah tidak mempunyai kelayakan atau kualiti yang diharapkan.Disamping itu , dapat kita perhatikan bahawa sistem kurikulum yang diamalkan dalam sistem pendidikan di Negara kita adalah lebih bercorak akademik dan penilaian berdasarkan peperiksaan semata mata. Sistem kurikulum ini sebenarnya merupakan satu kelebihan kepada pelajar perempuan kerana sistem sebegini memerlukan penumpuan dan ketekunan terhadap bahan bacaan dan bahan lisan.Sifat wanita yang cenderung ke arah pembelajar yang pasif merupakan kelebihan yang diperlukan dalam pendidikan bercorak ini. Sebaliknya pelajar lelaki yang bersifat aktif akan dianggap sebagai menggangu perjalanan kelas. Sepertimana yang kita ketahui gaya berfikir dan belajar pelajar lelaki biasanya adalah lebih berfokus kepada pembelajaran berasaskan aktiviti dan visual. Mereka lebih suka kepada aktiviti amali berbanding aktiviti mendengar secara pasif sahaja.Pengerusi majlisTerima kasih kepada ahli panel kita yang kedua atas pendapat dan kupasan yang cukup bernas dan jitu tadi . Soalan yang seterusnya ingin saya tujukan khas buat ahli panel kita yang seterusnya iaitu saudari Lau Mee ChungSoalan 3 ( panel 3 )Saudari Lau , pada masa kini kita lihat ya , pelbagai pembagunan dilakukan secara pesat dinegara kita. Banyak syarikat dan firma asing yang berminat untuk menjalankan operasi mereka di sini. Situasi ini sekaligus telah merancakkan lagi pembangunan ekonomi Negara di samping membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan kita. Peluang pekerjaan ini adalah merangkumi pekerjaan kolar putih dan pekerjaan kolar biru.Jadi ingin saya tanyakan di sini adakah hal ini dianggap sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada fenomena jurang nisbah pelajar perempuan dan pelajar lelaki di universiti .Mohon saudari jelaskan .Terlebih dahulu salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada saudari pengerusi majlis dan hadirin sekalian. Sepertimana yang kita ketahui , pada masa kini lelaki mahupun wanita masing masing berlumba untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masing masing.Untuk membolehkan mereka meningkatkan taraf sosioekonomi ini kerjaya yang tetap dan stabil adalah amat diperlukan.Nilai gaji bagi sesuatu perekrjaan lazimnya adalah bergantung kepada kelayakan akademik, maksudnya di sini semakin tinggi kelayakan akademik seseorang itu maka semakin tinggilah gaji yang diberikan,Misalnya pada masa kini kelayakan pada peringkat SPM hanya boleh digunakan untuk memohon pekerjaan yang berkolar biru sahaja. Pekerjaan yang berbentuk separa mahir dan mahir memerlukan calon yang memiliki kelayakan akademik sekurang kurangnya pada peringkat diploma ataupun ijazah walhal kadangkala lebih tinggi lagi.Gaya hidup moden masa kini yang memerlukan sumber pendapatan yang tetap juga menyumbang kepada penceburan diri dalam alam pekerjaan. Tanpa wang yang cukup adalah sukar untuk meneruskan kehidupan dengan selesa pada masa kini. Kos hidup yang semakin meningkat hari demi hari membuatkan ramai orang mengeluh. Terdapat segelintir individu yang terpaksa melakukan dua hingga tiga kerja sekaligus untuk menampung perbelanjaan harian keluarga mereka.Walaubagaimanapun hal ini telah menjadi salah satu bentuk motivasi kepada para pelajar kita untuk mendapatkan kelayakan akademik yang lebih tinggi. Ini kerana mereka menyedari bahawa tanpa kelayakan akademik adalah sukar untuk mendapatkan jawatan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan.Kesannya para pelajar kita akan belajar dengan lebih gigih dan tekun bagi memperoleh keputusan akademik yang cemerlang , terutamanya pelajar pelajar wanita . Hal ini kerana mereka menyedari bahawa mereka tidak mempunyai tenaga yang cukup kuat untuk bekerja dalam sektor yang memerlukan tenaga fizikal, contohnya seperti sektor pembalakan dan galian petroleum yang menjanjikan pendapatan yang agak lumayan walaupun kelulusan akademik yang diperlukan tidaklah begitu tinggi.Nampaknya saudari Lau begitu bersemangat dalam mengulas persoalan yang telah diutarakan tadi , terima kasih saya ucapkan .Soalan 4 ( panel 4 )Seterusnya kita beralih kepada persoalan yang berikutnya yang saya kira molek untuk dikupaskan oleh panel jemputan kita pada hari ini iaitu saudara Abdul Samad Bin Johari. Saudara, pada pendapat saudara adakah jenis kursus dan jurusan yang ditawarkan di IPT menjadi faktor penolak minat pelajar lelaki untuk meneruskan pengajian mereka. Kerana jika kita lihat ya , jurusan yang ditawarkan di universiti adalah kebanyakkannya bercorak akademik contohnya jurusan undang undang , jurusan perakaunan , jurusan pentadbiran awam dan pelbagai lagi jurusan yang lainnya.Silakan saudara kupaskan dan kongsikan dengan lebih lanjut.Terima kasih saudari pengerusi majlis.Sememangnya terdapat kelainan dalam kecenderungan minat seseorang pelajar itu. Minat dan kecenderungan ini lazimnya adalah berkait rapat dengan jantina pelajar. Hal ini boleh diperhatikan di sekolah sekolah vokasional dan institusi kemahiran kebanyakkan pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar lelaki. Hal ini kerana minat pelajar lelaki adalah lebih kepada sesuatu yang berbentuk amali dan kemahiran yang praktikal.Misalannya kursus perladangan yang memerlukan pelajar untuk turun padang bagi melaksanakan kerja kerja amali perladangan.Pelajar lelaki akan berasa lebih mudah untuk turun padang berbanding pelajar perempuan yang bimbang dengan dengan pelbagai perkara seperti terkena selaran matahari dan sebagainya. Disini dapat kita perhatikan bahawa minat dan kecenderungan pelajar adalah banyak bergantung kepada faktor jantina merekaKadangkala terdapat pelajar lelaki yang sebenarnya berkelayakan untuk meneruskan pengajian di IPT namun menolaknya kerana lebih suka untuk memilih pusat pusat kemahiran dan kolej vokasional untuk meneruskan pengajian mereka. Pelajar lelaki juga lebih berminat untuk mempelajari kemahiran kerana peluang pekerjaan bagi pelajar lepasan pusat kemahiran dan kolej vokasional adalah lebih luas lagi, misalanya mereka boleh memulakan perniagaan sendiri sebaik sahaja habis pengajian dan tidak perlu untuk menunggu kekosongan jawatan yang kita tahu persaingannya amat sengit sekarangRealitinya , golongan lelaki adalah lebih fleksible dan mudah untuk mendapatkan pekerjaan berbanding wanita. Mereka tidak perlu risau mengenai jumlah jam kerja yang banyak ataupun kerja yang memerlukan pertukaran shif sehingga lewat malam.Sifat majikan yang lebih gemar untuk mengambil pekerja lelaki juga memudahkan lagi pelajar lelaki memasuki alam pekerjaan tidak kira sebagai buruh mahir, separa mahir mahupun buruh tidak mahir. Hal ini kerana adalah dianggap lebih mudah untuk menguruskan pekerja lelaki kerana mereka tidak mungkin memerlukan cuti yang amat panjang seperti cuti bersalin , pemberian cuti yang panjang sudah pastinya akan merugikan pihak majikan.Situasi ini telah menjadi faktor penolak bagi pelajar lelaki meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.Hal ini kerana majikan tidak hanya meminta kelayakan akademik semata mata tetapi juga mengambil kira faktor pengalaman berkerja.Begitulah kiranya saudari pengerusi majlis ya .Terima kasih kepada saudara abdul samad diatas kupasan yang saya anggap amat relevan dengan situasi semasa yang benar benar berlaku terutamanya di alam pekerjaan.Para hadirin yang dihormati sekalian ,Sebentar tadi telah di jelaskan dan dikupaskan kepada kita mengenai faktor faktor yang menyumbang kepada fenomena ketaksamaan peluang pendidikan dari segi gender di IPT, jadi kini eloklah kiranya kita mengetahui implikasinya pula. Fenomena ini sudah pastinya akan memberikan impak kepada individu , keluarga , masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Impak ini boleh jadi merupakan impak yang positif mahupun impak yang negatif.Persoalannya adakah fenomena ini memberikan impak kepada individu? Moleklah kiranya kita minta ahli panel kita yang pertama untuk mengupaskannya. Saudari Rafidah Impak 1 ( panel 1)Fenomena jurang nisbah yang berlaku dalam kalangan penuntut universiti sebenarnya merupakan satu rahmat kepada golongan wanita. Hal ini kerana dengan adanya peluang pendidikan tinggi kepada golongan wanita , mereka akan dapat meningkatkan status dan taraf sosioekonomi mereka. Dengan latar belakang akademik yang mantap , wanita boleh berdikari dan bebas untuk memilih jalan hidup mereka tanpa perlu bergantung harap kepada lelaki semata mata .Jika kita lihat ya sekarang , peratus kes kes penceraian adalah agak tinggi. Menurut rekod yang dikeluarkan oleh jabatan kehakiman syariah Malaysia, kes penceraian yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh Malaysia pada tahun 2013 adalah sebanyak 581, 505 kes. Jumlah kes yang cukup banyak ini telah menggerunkan banyak wanita yang telah berumah tangga. Sepertimana yang kita fahami , apabila berlakunya kes penceraian hidup seorang wanita itu akan mula menjadi terumbang ambing. Jadi dengan adanya kelayakan akademik yang mantap golongan wanita akan menjadi lebih mudah untuk menyara hidup mereka sendiri setelah bercerai setidak tidaknya.Walaubagaimanapun impak negatif fenomena ini kepada individu tidaklah boleh kita pandang sepi sahaja.Impaknya ini akan dirasai oleh kaum lelaki terutamanya. Sedikit sebanyak ego mereka akan tercalar apabila menyedari bahawa kelayakan akademik mereka lebih rendah berbanding rakan wanita mereka.Kaum lelaki akan berasa tercabar dan seterusnya situasi ini boleh membawa kepada persepsi kendiri yang negatif dalam kalangan lelaki. Golongan lelaki juga mungkin berasa kurang yakin untuk memilih wanita yang lebih tinggi akademiknya sebagai pasangan hidup, mereka seringkali bimbang akan jumlah hantaran yang bakal diminta oleh pihak perempuan.Kesannya wanita yang berpendidikan tinggi semakin sukar untuk mendapatkan pasangan hidup mereka.Kembali kepada pengerusi majlisImpak 2 ( panel 2 )Taraf pendidikan sudah pastinya merupakan faktor yang memainkan peranan yang penting dalam budaya dan gaya hidup sesebuah keluarga itu. Namun adakah keluarga juga akan merasai kesan akibat fenomena yang kita bincangkan ini , bagi menjawab persoalan ini saya ingin menjemput ahli panel kita yang kedua untuk mengulas mengenainya dengan lebih lajut.Dipersilakan saudari Norzila .Terima kasih saudari pengerusi majlis atas persoalan yang menarik untuk saya kupaskan. Sebenarnya fenomena jurang nisbah di antara pelajar IPT telah membawa impak yang positif dan juga impak yang negatif .Antara impak positif yang boleh kita lihat dengan jelas sekarang ialah kemunculan golongan wanita berkerjaya yang berada dalam sektor awam mahupun swasta.Golongan wanita bekerjaya ini adalah merupakan hasilan daripada IPT - IPT di Negara kita. Mereka telah berjaya memperoleh pendidikan tinggi dan seterusnya membina kerjaya masing masing.Golongan wanita bekerjaya ini sudah pastinya mampu menyumbang dalam meningkatkan pendapatan perkapita keluarga masing masing. Jumlah pendapatan yang diperolehi oleh mereka akan digunakan untuk membantu meringankan beban suami dalam menyara pendapatan keluarga, dengan itu beban suami akan berkurangan berkat bantuan dan sokongan dari si isteri.Hasilnya kehidupan berumahtangga akan menjadi lebih selesa. Dengan adanya sumber pendapatan yang stabil mereka mampu untuk membeli aset peribadi disamping berpeluang untuk membuat simpanan untuk masa hadapan. Tambahan pula mereka dapat menyediakan kehidupan yang lebih berkualiti dan selesa untuk anak anak , sebagai contohnya ibu bapa yang lebih berkemampuan akan mampu untuk menyediakan kemudahan perubatan yang lebih baik untuk anak anak mereka.Namun demikian terdapat juga isu negatif yang mungkin timbul apabila wanita mula mengorak langkah dalam kerjaya.Sebagai contohnya situasi dimana sang suami seolah olah harimau hilang taring dalam keluarganya. Anak anak mungkin hilang rasa hormat terhadap bapa mereka kerana menganggap kedudukan ibu lebih tinggi dari bapa lantaran kelulusan akademik yang dimiliki.Kedudukan bapa sebagai ketua keluarga yang seharusnya dihormati akan tergugat.Terdapat juga situasi dimana suami bersifat tunduk kepada isteri kerana kuasa ekonomi yang dimiliki oleh isteri , hal ini seringkali terjadi apabila pendapatan isteri adalah lebih tinggi berbanding suami, kesannya sumber pendapatan keluarga yang utama adalah disumbangkan oleh isteri. Suami sebaliknya akan bergantung kepada isteri dari segi ekonomi. Apabila situasi ini berlaku sudah pastinya sesebuah institusi keluarga itu akan menjadi pincang.Sememangnya banyak kesan rantaian akan berlaku pada keluarga disebabkan oleh fenomena jurang nisbah antara jantina di IPT.Soalan 3 ( panel 3)Sungguh mantap nampaknya ulasan yang telah kita dengar daripada ahli panel kita sebentar tadi. Sememangnya fenomena yang kita bincangkan ini membawa impak yang cukup besar kepada sesebuah institusi keluarga itu. Tetapi bagaimana pula halnya ke atas masyarakat kita, apakah maasyarakat kita turut menerima tempias daripada fenomena ini. Untuk merungkai persoalan ini kita jemput saudari Lau untuk mengulaskan lebih lanjut mengenainya , dipersilakan saudari Lau.Sememangnya , apabila apa- apa pun peristiwa atau fenomena yang berlaku masyarakat kita turut sama akan merasakan kesannya. Kesan yang dapat kita perhatikan lantaran fenomena ini ialah berlakunya sumbangan tenaga kerja yang banyak dari golongan wanita yang terpelajar.Jika dahulu kaum wanita hanya berkhidmat untuk suami dan anak anak di rumah tetapi kini khidmat golongan wanita adalah lebih besar kesannya kepada masyarakat kita. Kini terdapat wanita yang memegang jawatan yang tinggi dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Sebagai contohnya yang berhormat Datuk noriah kasnon yang memegang portfolio sebagai timbalan menteri perusaahaan, perladangan dan komoditi.Pelantikan wanita untuk memegang jawatan yang tinggi ini menunjukkan kepercayaan tampuk pemerintahan Negara kepada keupayaan golongan wanita.Namun kemasukkan ramai tenaga kerja wanita dalam sektor ekonomi kita mungkin membawa kepada masalah kekurangan tenaga kerja buruh. Hal ini kerana batasan kemampuan fizikal wanita dalam melakukan kerja kerja berat seperti dalam sektor pembinaan dan perladangan. Kesannya kita terpaksa bergantung harap dengan tenaga buruh asing. Kebanjiran buruh asing di Negara kita akan membawa kepada berlakunya pelbagai gejala sosial yang negatif.Soalan 4 ( panel 4)Telah kita dengar tadi ulasan dari ahli panel kita yang ketiga. Kini ingin kita dengarkan pula pendapat dan ulasan dari ahli panel kita yang terakhir . Apakah kesannya fenomena ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina ini kepada Negara kita ? saudara Samad dipersilakanSebagai sebuah Negara yang ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju yang lainnya kerajaan kita telah melakukan banyak usaha . Salah satu daripadanya ialah dengan cara membangunkan sumber manusia yang produktif dan berkualiti. Untuk merealisasikan usaha kerajaan ini pelbagai program dan kursus ditawarkan di IPT. Kesannya banyak graduan yang berkelayakan tinggi berjaya dilahirkan baik dari golongan lelaki mahupun perempuan.Dengan adanya sumber tenaga manusia yang berkualiti tinggi ini hasrat Negara kita untuk mencapai wawasan 2020 akan lebih mudah untuk dicapai. Kita tidak perlu lagi bergantung dengan tenaga pakar dari luar kerana kita telah memiliki golongan bijak pandai dari kalangan rakyat tempatan kita sendiri. Dengan adanya sumbangan tenaga mahir ini pelbagai bentuk industri dapat dijalankan di Negara kita. Apabila hal ini berlaku margin keuntungan Negara akan bertambah , hasilnya pembangunan Negara kita dapat dilakukan dengan lebih pesat lagi.Walaubagaimanapun terdapat juga kesan yang negatif yang terhasil apabila berlakunya isu ketaksamaan peluang pendidikan di Negara kita. Misalannya sistem kuota yang diamalkan di universiti kini telah menyekat kelahiran tenaga kerja yang berpotensi.Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana pelajar yang berpotensi haruslah digilap dan diasah bakatnya supaya menjadi tenaga kerja yang berkualiti suatu hari kelak.Kegagalan dalam melahirkan tenaga kerja yang berkualiti merupakan satu bentuk kerugian kepada Negara sebenarnya , hal ini kerana jika kita perhatikan tenaga kerja yang berkualiti adalah amat penting dalam membangunkan Negara kita baik dari segi ekonomi , politik mahupun sosial. Golongan ini akan berupaya menjadi agen transformasi yang berupaya memacu Negara kita ke puncak pembangunan.Ingin saya simpulkan disini fenomena ketaksamaan peluang pendidikan dari sudut jantina akan membawa kesan yang signifikan terhadap Negara kita.Pengerusi forumTerima kasih diucapkan sekali lagi kepada semua ahli ahli panel dan juga ahli panel jemputan kita.Adalah diharapkan agar dikusi sebentar tadi telah berjaya menjernihkan yang keruh dan menerangkan yang kelam, adalah diharapkan juga diskusi sebentar tadi mampu untuk membuka minda dan hati para hadiri yang hadir bersama kita pada hari ini, insyaallah.Ingin saya labuhkan tirai kita pada hari ini dengan serangkap pantun.

Perahu mudik dari kangsar ,Mudiknya pula dari tenggara ,Pemuda harapan bangsa,Pemudi tiang Negara .