teks disiplin asas kecemerlangan diri.docx

4
DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Selamat pagi mulia sentosa, Sembah hamba pembuka bicara. Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis yang budiman, Yang sudi memberi laluan, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, pastinya cendiakawan, para guru yang disanjungi, seterusnya, rakan - rakan yang disayangi. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Di sini ingin saya; Cherelyna Martha dari SK Babang menzahirkan rasa kesyukuran kerana diberi peluang keemasan di dalam dewan yang serba indah, dalam negara yang sentiasa aman damai, suasana pagi yang gelap pada zahirnya bertukar cerah terus memberi laluan mudah kepada saya untuk menyampaikan sebuah pidato penting yang bertajuk, ‘Disiplin Asas Kecemerlangan Diri’. Sidang dewan yang saya muliakan, Sebelum saya meneruskan bicara, menyusun kata-kata, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan disiplin merupakan satu latihan pemikiran dan

Upload: nathirah-ghazali

Post on 05-Sep-2015

516 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

pidato

TRANSCRIPT

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara,Selamat pagi mulia sentosa,Sembah hamba pembuka bicara.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis yang budiman,

Yang sudi memberi laluan, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, pastinya cendiakawan, para guru yang disanjungi, seterusnya, rakan - rakan yang disayangi. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Di sini ingin saya; Cherelyna Martha dari SK Babang menzahirkan rasa kesyukuran kerana diberi peluang keemasan di dalam dewan yang serba indah, dalam negara yang sentiasa aman damai, suasana pagi yang gelap pada zahirnya bertukar cerah terus memberi laluan mudah kepada saya untuk menyampaikan sebuah pidato penting yang bertajuk, Disiplin Asas Kecemerlangan Diri.

Sidang dewan yang saya muliakan,Sebelum saya meneruskan bicara, menyusun kata-kata, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan disiplin merupakan satu latihan pemikiran dan kelakuan supaya seseorang individu dapat mengawal diri dan patuh pada peraturan atau tata tertib. Asas pula ialah tapak dasar yang merupakan satu permulaan manakala kecemerlangan didefinisikan sebagai kegemilangan atau kejayaan yang dicapai oleh individu. Rumusannya; kepatuhan kepada peraturan dan tata tertib dapat menjadi penggerak atau pemacu ke arah kejayaan atau kegemilangan hidup seseorang.

Hadirin sekalian,

Akal yang cerdas terletak kepada tubuh badan yang sihat. Tubuh yang sihat dan cergas memang diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian. Antara salah satu faktor yang perlu diambil berat ialah faktor kesihatan. Kesihatan dapat dijaga apabila pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan perasa, bahan pengawet dan berkarbonat mestilah dihindari bagi memastikan saraf otak berjalan lancar kerana bahan seperti inilah yang melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar untuk menghafal sesuatu. Makanan seperti ini juga boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti berlaku. Jika terjadi sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk dijalankan. Oleh itu, sewajarnya kepada sesiapa yang mencari- kecemerlangan diri dan kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga pemakanan anda, Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Peraturan semestinya ada di sekeliling kita.

Faktor yang akan saya tegaskan seterusnya berdasarkan aspek mematuhi peraturan iaitu patuh kepada arahan. Sama ada peraturan di jalan raya dengan adanya trafik, di rumah adanya ibu bapa, di sekolah adanya guru, atau dimana sahaja kita berada pasti ada arahan dan peraturan tersendirinya. Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada arahan gurunya. Anak yang taat, merupakan anak yang mendengar arahan ibu bapanya. Dan pengguna jalan raya yang berhemat adalah pengguna yang akur dengan arahan dan peraturan jalan rayanya. Kajian akal menunjukkan individu yang cemerlang ialah individu yang akur dengan arahan. Contohnya, guru menyuruh pelajar mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah tetapi pelajar ini bukan seorang yang patuh pada arahan dan pasti tidak diendahkan kata-kata guru tersebut. Bagaimana ingin cemerlang jika berlaku sedimikan rupa? Ingat, patuh pada arahan, kecemerlangan dalam tangan!

Sidang dewan yang saya hormati,

Individu yang berdisiplin adalah individu bermotivasi tinggi. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Memilih untuk berdisiplin, anda pasti terpimpin. Hendak seribu daya, tak hendak seribu auta. Orang yang bermotivasi sentiasa mempunyai semangat juang dan inginkan persaingan. Sekiranya kita berada dalam zon selesa, tanpa sebarang persaingan, mana mungkin kita dapat membina kejayaan! Contohnya saudara-saudari sekalian, saya tidak akan berdiri di sini kalau saya tidak ada motivasi! Saya tidak akan menyertai pertandingan ini jika saya tidak ingin merasai nikmat persaingan! Melalui pertandingan ini saya belajar berdisiplin. Mana tidaknya?? Saya perlu menghafal, perlu mencari isi, perlu belajar berintonasi, perlu menghilangkan rasa gentar. Perlu juga membahagikan masa. Jadi dengan adanya motivasi diri yang tinggi saya dapat membentuk disiplin diri. Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnya. Siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat kejayaannya.

Hadirin sekalian,

Resepi kejayaan telah saya suapkan, keluarkan sedikit tenaga, kunyah dan telan akan meresap ke dalam diri. Akhir kata sebelum dewan ini kembali sunyi, saya mahu tegaskan sekali lagi, disiplin yang jitu dalam diri seseorang, mampu membawanya ke gerbang kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata.

Sekian, terima kasih.