teks ucapan - agc.gov.my ybhg tan sri dato... · teks ucapan ybhg. tan sri dato’ sri ......

20
1 TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA PERSIDANGAN PEGAWAI UNDANG-UNDANG JABATAN PEGUAM NEGARA 2017 TARIKH : 12 JANUARI 2017 (KHAMIS) MASA : 9.00 AM 9.45 AM TEMPAT : GRAND HIBISCUS BALLROOM SWISS-GARDEN HOTEL & RESIDENCES MALACCA (NOTA : TEMPOH UCAPAN 20 MINIT)

Upload: buique

Post on 03-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

1

TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI ALI

PEGUAM NEGARA MALAYSIA

PERSIDANGAN PEGAWAI UNDANG-UNDANG

JABATAN PEGUAM NEGARA 2017

TARIKH : 12 JANUARI 2017 (KHAMIS)

MASA : 9.00 AM – 9.45 AM

TEMPAT : GRAND HIBISCUS BALLROOM

SWISS-GARDEN HOTEL &

RESIDENCES MALACCA

(NOTA : TEMPOH UCAPAN – 20 MINIT)

Page 2: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

2

Bismilahirrahmanirrahim

Yang Mulia Datuk Engku Nor Faizah binti Engku Atek

Peguam Cara Negara

Yang Berbahagia Datin Paduka Zauyah Be binti T.Loth Khan

Peguam Cara Negara II

Yang Berbahagia Datuk Siti Zainab binti Omar

Ketua Bahagian Penasihat merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Persidangan Pegawai Undang-Undang 2017

Yang Berbahagia Datuk-Datuk/ To’ Puan Ketua-Ketua

Bahagian

Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin;

Datuk-Datuk/Datin-Datin/Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya

hormati sekalian.

Page 3: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam

1Malaysia.

1. Terlebih dahulu syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala

(SWT) kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat

kita bersama-sama berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.

2. Saya dimaklumkan bahawa seramai 631 orang pegawai

undang-undang daripada ibu pejabat, kementerian dan agensi

serta pejabat penasihat undang-undang negeri telah

meluangkan masa untuk hadir ke persidangan pada hari ini.

Terima kasih saya ucapkan atas komitmen YBhg. Datuk-Datuk,

Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan untuk turut serta

menjayakan persidangan pegawai undang-undang yang amat

julung kali kita adakan ini.

3. Walaupun dewan ini dipenuhi dengan 90 orang pegawai

berpangkat JUSA, 168 orang pegawai gred 54 – 52 dan 373

orang pegawai gred 48 – 41 kesemuanya, namun saya harap

Page 4: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

4

selama tiga (3) hari kita bersidang ini, kita semua dapat

mengambil peluang untuk saling beramah mesra dan saling

bertukar fikiran, tanpa batas pangkat dan jawatan. Ini adalah

penting untuk kita sama-sama merintis jalan memperbaiki

mutu perkhidmatan sambil mengukuhkan jalinan kerjasama

antara satu sama lain.

4. Selain menghadiri persidangan, berpijaknya kita di bumi

Melaka yang bertuah ini bukanlah juga hanya untuk mengambil

peluang menikmati asam pedas Melaka atau mengambil

kesempatan merasai kelazatan air coconut shake serta kuih

keria antarabangsanya yang begitu terkenal semata-mata. Kita

pilih Negeri Melaka, ada sebabnya.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

5. Sekitar 600 tahun yang lalu, tanah yang kita pijak ini

merupakan letaknya satu peradaban yang amat disegani di

rantau Asia. Kekayaan Melaka hasil daripada aktiviti

Page 5: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

5

perdagangan di Selat Melakanya yang mahsyur dan kehebatan

sistem pemerintahannya sekitar abad ke-15 dan 16 memang

tiada tolok bandingannya. Sehinggakan Duerte Barbosa,

seorang penulis Portugis pernah berkata “Sesiapa yang

menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia”.

Begitulah hebatnya Melaka pada abad tersebut.

6. Malangnya, pada tanggal 24 Ogos 1511, Melaka yang

dikatakan kebal daripada sebarang ancaman ini akhirnya jatuh

jua ke tangan Portugis.

7. Perlulah disedari bahawa jatuhnya Melaka bukan semata-

mata kerana mereka tiada senjata canggih untuk dihala dan

dihunus, bukan juga kerana mereka tiada kudrat tenaga

pahlawan untuk mengalahkan musuh. Sebaliknya, jatuhnya

Melaka ke tangan asing kerana benteng-benteng kukuh yang

melindungi Melaka sejak sekian lama telah dirobohkan sendiri

sedikit demi sedikit oleh orang-orang yang berlindung di

belakangnya.

Page 6: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

6

8. Oleh yang demikian, selain menumpukan kepada perkara-

perkara berkaitan dengan persidangan ini, kisah-kisah yang

tersemat dalam lipatan sejarah Melaka inilah yang perlu kita

hayati sepanjang kita berada di bumi bertuah ini. Kita harus

mengambil teladan daripada kehebatan Melaka, dan pada

masa yang sama menginsafi kesilapan-kesilapan yang telah

mereka lakukan untuk kita jadikan sempadan.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

9. Justeru, menyulami sejarah keagungan dan kejatuhan

Melaka ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk sama-

sama berkongsi dengan semua peserta persidangan tiga (3)

perkara yang saya kira boleh kita jadikan panduan dalam

memacu Jabatan Peguam Negara menjadi lebih cemerlang,

lebih disegani dan lebih gah dipersada tanah air.

10. Antara pengajaran yang boleh kita ambil daripada sejarah

keagungan dan kejatuhan Melaka ialah, Pertamanya :

Page 7: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

7

Pentadbiran yang baik akan membentuk organisasi yang

cemerlang.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

11. Sesebuah organisasi yang cemerlang seringkali disokong

oleh suatu sistem pentadbiran yang jelas, tersusun dan teratur.

Ia seringkali didasari dengan dua komponen utama iaitu

adanya “pemimpin yang baik” dan wujudnya corak “kepimpinan

yang cemerlang”.

12. Sejarah telah membuktikan bahawa antara sebab

kebangkitan Melaka sebagai suatu kuasa besar yang disegani

di rantau Asia adalah berikutan kecemerlangan pemerintahan

Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah dan Bendahara

Tun Perak. Namun, antara punca kejatuhannya juga adalah

akibat kelemahan pemimpin-pemimpin yang terkemudian yang

terlalu leka dengan keagungan dan kedudukan yang telah

mereka kecapi.

Page 8: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

8

13. Malah, Tom Pires di dalam bukunya Suma Oriental dan

Tun Sri Lanang melalui hasil tulisan beliau di dalam buku

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) telah merumuskan bahawa

jatuh bangunnya Melaka amat berkait rapat dengan faktor

pemerintah dan sistem pentadbirannya pada ketika itu.

14. Justeru, saya percaya, untuk memastikan Jabatan

Peguam Negara dapat mencapai aras kecemerlangan yang

lebih tinggi daripada sekarang, pegawai-pegawainya hendaklah

dididik menjadi pemimpin yang baik.

15. Pemimpin yang baik adalah seseorang yang juga boleh

memimpin dirinya dengan baik. If you can’t lead yourself,

others won’t follow you.

16. Oleh itu, perkara utama yang perlu kita lakukan sebagai

seorang pegawai di Jabatan Peguam Negara ialah memimpin

diri kita sendiri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

Page 9: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

9

Hiasilah akhlak masing-masing dengan sifat-sifat mahmudah

seperti sabar, adil, ikhlas dan mahabbah.

17. Namun, sahsiah yang baik sahaja tidak cukup untuk

menggerakkan sesebuah organisasi ke landasan yang

cemerlang. Kebolehan tuan-tuan dan puan-puan terutamanya

yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua di

organisasi masing-masing, untuk sama-sama memimpin

pegawai-pegawai seliaan untuk turut cemerlang, tidak kurang

pentingnya.

18. Untuk tujuan ini, seseorang ketua itu hendaklah

mempunyai ilmu yang mencukupi agar ia dapat membuat

keputusan dengan cepat dan tepat, pemikiran yang kreatif dan

inovatif agar dia dapat melahirkan idea-idea penambahbaikan

organisasi yang bernas serta mempunyai visi dan misi serta

membuat perancangan yang jelas bagaimana hendak

mencapai visi dan misi tersebut.

Page 10: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

10

19. Dalam hal ini, selaras dengan hasrat untuk menjadikan

Jabatan Peguam Negara sebuah organisasi perundangan

bertaraf dunia, Jabatan kita telahpun melancarkan Pelan

Strategik AGC 2016-2020 pada 31 Mei 2016 yang lalu. Pelan

Strategik ini menggariskan 3 teras utama yang mengandungi

12 strategi dan 23 program untuk dilaksanakan dalam tempoh

5 tahun.

20. Saya tidak bercadang untuk menerangkan satu persatu

pelan strategi yang telah kita rangka. Namun, saya menyeru

agar semua pegawai AGC dapat meluangkan sedikit masa

untuk melayari laman web rasmi AGC untuk membaca dan

meneliti Pelan Strategik ini supaya kita semua dapat

memahami hala tuju kita menjelang tahun 2020.

21. Seterusnya, kesimpulan kedua yang boleh kita pelajari

daripada sejarah Melaka ialah : Semangat berpasukan yang

tinggi dapat menjamin kelangsungan kecemerlangan

organisasi.

Page 11: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

11

Hadirin yang saya hormati sekalian,

22. Berikutan aktiviti perdagangan yang pesat di Selat

Melaka, telah berlaku proses penyerapan golongan bukan

pribumi ke dalam masyarakat Melaka pada ketika itu.

Perkahwinan campuran antara orang tempatan dan pedagang

asing telah mewujudkan golongan India Muslim yang

memainkan peranan penting dalam politik Melaka.

23. Perasaan iri hati mula menyusup masuk ke dalam jiwa

masyarakat pribumi Melaka termasuklah dalam kalangan

pembesar dan berlakulah perebutan kuasa antara penyokong

Bendahara Tun Perak dari keturunan Melayu dengan Tun Ali

dari keturunan India Muslim.

24. Persengketaan ini berlanjutan sehinggalah ke era

pelantikan Tun Mutakhir sebagai Bendahara Melaka. Atas

dorongan perasaan dengki dan iri hati inilah, Bendahara Tun

Page 12: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

12

Mutakhir yang merupakan antara pembesar yang mempunyai

kebijaksanaan strategi peperangan telah difitnah, sehingga

menyebabkan beliau dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud

Syah, di saat-saat Portugis menyerang Melaka.

25. Perpecahan dan perbalahan yang berterusan dari

generasi ke generasi ini sedikit sebanyak telah melunturkan

semangat kesetiaan dan permuafakatan dalam kalangan

masyarakat dan pembesar Melaka pada ketika itu. Perasaan iri

hati dan dendam telah mengaburi mata dan jiwa mereka

sehinggakan sanggup mengadai kedaulatan negeri Melaka.

26. Sebagai penjawat awam di era yang amat mencabar ini,

kisah kejatuhan Melaka perlu benar-benar kita fahami dan

insafi. “Berkhidmat Untuk Negara” bukan sekadar cogankata

yang kita tulis semata-mata, tetapi lafaz ikrar taat setia kita

kepada negara Malaysia.

Page 13: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

13

27. Dalam konteks Jabatan Peguam Negara, kita perlu

memastikan bahawa tanggungjawab yang diamanahkan di

bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dapat kita

laksanakan dengan baik.

28. Slogan baharu “Bertekad Menegakkan Keadilan” yang

diinspirasikan daripada Surah An-Nisaa’ Ayat 135, umpama

semboyan yang memberi mesej yang cukup jelas kepada

semua pihak bahawa kita di Jabatan Peguam Negara akan

terus menegakkan keadilan without fear or favour.

29. Namun, untuk melaksanakan ikrar ini sebagai satu

pasukan, kita perlu bersatu padu, kita perlu saling

mempercayai antara satu sama lain dan kita tidak boleh

berprasangka sesama sendiri.

30. Jika ada walau sekelumit sifat ini di dalam hati kita,

hentikanlah. Sebagai Peguam Negara dan Ketua

Perkhidmatan, saya menyeru agar kita sama-sama

Page 14: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

14

mneyucikan diri kita dari sifat berpuak-puak dan berpecah-

belah yang hanya akan merugikan Jabatan Peguam Negara

ini.

31. Adalah lebih baik jika kita dapat menumpukan seluruh

tenaga dan usaha kita untuk memastikan tugas selaku

penasihat undang-undang utama negara dapat dilaksanakan

sebaiknya berbanding untuk bertelagah, berpecah, memfitnah

dan menghina sesama kita atas kepentingan peribadi semata-

mata.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

32. Pengajaran ketiga yang boleh diambil daripada sejarah

Melaka ialah : Rasuah pemusnah negara.

33. Pada ambang kejatuhan Melaka, gejala rasuah telah

menjadi suatu perbuatan yang dominan dan sukar diubati

dalam kehidupan sosial dan politik antara golongan pembesar

Page 15: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

15

dengan saudagar asing di Melaka 1

. Kesetiaan pembesar dan

saudagar amat mudah sahaja dibeli melalui wang ringgit yang

ditabur oleh pihak Portugis.

34. Penularan gejala rasuah ini pernah ditulis oleh R.J

Wilkinson di dalam bukunya “the Malacca Sultanate”2 seperti

yang berikut -

“...the laksamana lost his head at the sight of so much

money, forgetting the words of the wise...”

35. Kita perlu sedar bahawa gejala rasuah ini umpama anai-

anai yang akan memamah rakus keutuhan negara, sedikit demi

sedikit. Sebagaimana anai-anai, kehadirannya seringkali tanpa

kita sedari.

1 Chandra Muzaffar, 1983, “Continuity and Change in Malay Ideas of the Malaccan Period.” dalam “Melaka,

The Transformation of Malay Capitol in C 1400 – 1980” ed K.S Sandhu & Paul Wheatley, Kuala Lumpur :Oxford University Press. 2 Wilkinson RJ 1935 “The Malacca Sultanate” JMBRAS 13 : 11 October 1935

Page 16: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

16

36. Hanya bermula dengan pelawaan makan malam di hotel-

hotel terkemuka, ia kemudian berjangkit pula ke pelawaan

bermain golf dan melancong bersama dengan semua

perbelanjaan di tanggung. Akhirnya, ia merebak dan

menjerumus kepada permintaan dan pemberian wang ringgit

serta barangan berharga secara terbuka tanpa rasa segan silu.

37. Sesungguhnya penularan gejala rasuah dalam kalangan

masyarakat Malaysia ini adalah lebih dahsyat kesannya

daripada penularan mana-mana wabak yang wujud di dalam

dunia. Jika wabak penyakit dapat kita sembuhkan dengan

penemuan vaksin dan anti-bakteria yang sesuai, wabak rasuah

hanya boleh diubati dengan keinsafan hati dan diri kita sendiri.

38. Menyedari hakikat ini, Jabatan Peguam Negara telah

mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan melancarkan

Pelan Integriti AGC 2016-2020 pada 29 November 2016

dengan aspirasi supaya Jabatan ini melahirkan pegawai yang

berakhlak mulia, berdisiplin dan berintegriti tinggi.

Page 17: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

17

39. Pelbagai pelan strategi dan program telah disusun dalam

tempoh 4 tahun akan datang demi menyediakan persekitaran

yang kondusif yang boleh memangkin pembentukan pegawai

Jabatan Peguam Negara yang berintegriti tinggi. Sesalinan

Pelan Integriti AGC ini juga boleh diperolehi di portal rasmi

AGC untuk rujukan tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

40. Namun bak kata pepatah, “you can lead a horse to water,

but you can't make him drink”. There is only so much that we

can do. Tetapi pokok pangkalnya adalah masih berbalik

kepada diri tuan-tuan dan puan-puan sendiri.

41. Saya menyeru agar pegawai di Jabatan Peguam Negara

tidak sekali-kali terlibat dalam sebarang aktiviti rasuah,

penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran mana-mana

peraturan dan undang-undang yang boleh mencemarkan imej

dan nama baik Jabatan ini.

Page 18: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

18

42. Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak akan

teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-

mana pegawai yang didapati terlibat dalam kesalahan-

kesalahan yang melibatkan isu integriti dalam apa-apa bentuk

sekalipun.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

43. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang boleh kita pelajari

dengan menghayati sejarah keagungan dan kejatuhan Melaka

ini. Namun, saya kira cukuplah setakat tiga (3) perkara ini buat

masa ini kerana saya ingin memberi lebih masa untuk sesi

dialog sebentar lagi.

44. Saya dimaklumkan bahawa semasa majlis makan malam

“Malacca Heritage Trails” pada malam ini, kita berpeluang

sekali lagi untuk menghayati zaman Melaka di era kurun ke 14-

16. Saya harap, dalam kegembiraan kita berpakaian menepati

tema pada malam ini, kita juga tidak lupa untuk menghayati

Page 19: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

19

mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh ahli-ahli sejarah

berhubung kisah keagungan dan kejatuhan Kesultanan

Melaka, sebagaimana yang telah saya sebutkan di dalam

ucapan saya tadi.

45. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya

merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli

Jawatankuasa Persidangan Pegawai Undang-Undang Jabatan

Peguam Negara 2017 di bawah kepimpinan YBhg. Datuk Siti

Zainab Omar, dan semua pihak yang terlibat sama ada secara

langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan

persidangan ini dapat dijalankan dengan lancar.

46. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya

dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pegawai

Undang-undang Jabatan Peguam Negara 2017. Semoga kita

dapat mengambil manfaat daripada perisian-perisian yang

telah dirancanakan sepanjang tiga hari ini.

Page 20: TEKS UCAPAN - agc.gov.my YBhg Tan Sri Dato... · TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI ... Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin; ... Hanya bermula dengan pelawaan makan malam

20

Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.