teks anugerah kecemerlangan sk putera jaya 2012

25
MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PUTERA JAYA 2012 MC SKRIP CATATAN Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Tn Hj Abd Halim b Jusoh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Permaisuri . Minta hadirin sekalian berdiri. Perarakan masuk dimulai dengan nasi semangat, bunga telor, keris yang melambangkan adat dan tradisi orang Melayu dan diiringi oleh dif-dif kehormat, Guru-guru Tahun 6 dan Murid-murid Tahun 6. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Kompang dimainkan Muzik Gamelan dimainkan Lagu Negaraku dimainkan Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk. Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan, Majlis hari anugerah kecemerlangan SK Putera Jaya

Upload: andik-emiliza

Post on 27-Oct-2015

68 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PUTERA JAYA 2012

MC SKRIP CATATAN

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Tn Hj

Abd Halim b Jusoh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan

Permaisuri .

Minta hadirin sekalian berdiri.

Perarakan masuk dimulai dengan nasi semangat, bunga telor, keris

yang melambangkan adat dan tradisi orang Melayu dan diiringi

oleh dif-dif kehormat, Guru-guru Tahun 6 dan Murid-murid Tahun 6.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. 

Kompang

dimainkan

Muzik Gamelan

dimainkan

Lagu Negaraku

dimainkan

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin

dan hadirat semua dijemput duduk. Pagi yang indah penuh ceria.

hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan, Majlis hari

anugerah kecemerlangan SK Putera Jaya 2012

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berbahagia Tn Hj Abd Halim b Jusoh PJK Ahli Dewan

Page 2: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Undangan Negeri Kawasan Permaisuri .

Yang Berbahagia, Tn Hj Kipyatullah b Dato’Mohd Said,

Timbalan Pejabat Pelajaran Daerah Setiu.

Yang Berusaha En Mohd Suhaimi b Hj Endut , Yang Dipertua PIBG SK

Putera Jaya

Yang Berusaha  En Zainuddin b Dollah, Guru Besar SK Putera Jaya.

Dif-dif kehormat, AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru seterusnya

anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. 

Hari ini menanam jagung,

Dibawa ke Perlis bersama peria,

Hari ini kita berkampung,

Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SK Putera Jaya bagi Tahun

2012. 

Saya Ustaz Mohd Nazri b Mansor

dan saya Puan Andik Emiliza bt Alimin, 

akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Page 3: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah

kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-

sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak

kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada

semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini

terutamanya kepada Yang Berbahagia Tn Hj Abd Halim b Jusoh

PJK Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Permaisuri,

kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan

diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih

memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih

juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk

memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga

usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh

bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan

Page 4: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Zakaria

b Ali. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Bacaan Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada Ustaz Ustaz Zakaria b Ali atas bacaan doa itu tadi.

Pendidikan Bestari Sekolah Bestari

Pembentuk Generasi Era Teknologi

Doa Dipohon Dari Ilahi

Semoga Majlis Akan Diberkati

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha  En Zainuddin b

Dollah, Guru Besar SK Putera Jaya untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan.

************(Ucapan GB)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha  En

Zainuddin b Dollah, Guru Besar SK Putera Jaya atas ucapan tersebut.

Seterusnya, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En Mohd

Page 5: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Suhaimi b Hj Endut , Yang Dipertua PIBG SK Putera Jaya untuk

menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

************(Ucapan YDP PIBG.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha

En Mohd Suhaimi b Hj Endut , Yang Dipertua PIBG SK Putera Jaya,

atas atas ucapan tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Seterusnya, majlis mempersilakan pula Yang Berbahagia, Tn Hj

Kipayatullah b Dato’Mohd Said, Timbalan Pejabat Pelajaran

Daerah Setiu untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan PPD.)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berbahagia,

Tn Hj Kipayatullah b Dato’Mohd Said, Timbalan Pejabat

Pelajaran Daerah Setiu, atas kesudian menyampaikan ucapan

sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan

daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat,  “yang datang

disambut, yang pergi diiringi”, maka majlis dengan penuh takzim

Page 6: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

mempersilakan  Yang Berbahagia Tn Hj Abd Halim b Jusoh Ahli

Dewan Undangan Negeri Kawasan Permaisuri untuk

menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah

Cemerlangan SK Putera Jaya bagi tahun 2012. Dengan segala

hormatnya dipersilakan. 

************(Ucapan Perasmi

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berbahagia

Tn Hj Abd Halim b Jusoh Ahli Dewan Undangan Negeri

Kawasan Permaisuri atas ucapan serta perasmian majlis

Anugerah Cemerlangan sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dari kedah ke bandar Perlis,

Singgah bersantai di tepi jeti,

Persembahan menyusul memeriahkan majlis,

Semoga hadirin terhibur di hati.

Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati

persembahan dari murid Pra sekolah. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

*********(persembahan pra sekolah)

Terima kasih kepada adik-adik dari pra sekolah yang telah

membuat persembahan sebentar tadi. Persembahan tadi dibimbing

oleh guru pra SK Putera Jaya Pn Rusnani bt Ariffin dan

Page 7: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

pembantunya Pn Noriza bt Mat Yunus.

Untuk meneruskan majlis , kita akan diperdengarkan dengan

persembahan piano oleh Adik Sanjaysri ap Nithianathan. Adik

Sanjaysri akan memainkan 7 buah lagu. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

************(Persembahan piano)

Terima kasih kepada Adik Sanjaysri ap Nithianathan yang telah

membuat persembahan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Kalam Jamaie daripada

murid-murid Tahap dua yang terdiri daripada murid Kelas 4 Tekun

dan 5 Tekun. Dipersilakan.

************(Persembahan).

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral

speaking  Bahasa Arab sebentar tadi. Tajuk Choral Speaking Bahasa

Arab tadi adalah mengenai Haiwan Peliharaan dan dibimbing oleh

Pn Mariana bt Mohamad Guru JQAF SK Putera Jaya.

Seterusnya, ialah majlis penyampaian Anugerah Pra Sekolah 2012.

Untuk menyempurnakan majlis, dijemput Yang Berbahagia Tn Hj

Abd Halim b Jusoh PJK Ahli Dewan Undangan Negeri

Kawasan Permaisuri diiringi oleh Yang Berusaha  En Zainuddin b

Page 8: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Dollah, Guru Besar SK Putera Jaya untuk tampil ke pentas. Dipersilakan.

Bagi kategori Terbaik Pra. Dijemput : Adik……….

Bagi kategori Kebersihan/ kekemasan. Dijemput : Adik……….

Bagi kategori Ketekunan/kesungguhan. Dijemput : Adik……….

Bagi kategori kreativiti. Dijemput : Adik……….

Bagi meneruskan majlis, anak-anak pra sekolah akan tampil ke atas

pentas untuk menyempurnakan majlis khas untuk mereka iaitu

“Mini Konvokesyen”. Murid-murid pra sekolah yang telah berjaya

menamatkan pengajian peringkat awal persekolahan ialah :

****************(Mini Konvokesyen)

Seterusnya, Bagi murid tahun 6 mereka akan meninggalkan SK

Putera Jaya, Banyak jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan.

Untuk itu sekolah berbesar hati untuk menghargai pengorbanan yg

diberikan dengan Penyampaian Sijil Tamat Sekolah bagi murid

Tahun 6 2012. Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim

tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada

para pelajar yang memegang jawatan dan mengawal disiplin

sekolah dan membantu mempraktikkan budaya membaca di

kalangan murid SK Putera Jaya.

Bagi penerima Sijil Tamat Sekolah tersebut, dijemput Adik …..

****************(Murid Thn 6)

Seterusnya, Penyampaian Medal Penghargaan Pengawas Disiplin

Murid Tahun 6 2012.

Page 9: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Ketua Pengawas Disiplin Lelaki Dijemput Adik……

Ketua Pengawas Disiplin Perempuan Dijemput Adik…

****************(P’gawas Disiplin Thn 6)

Seterusnya, Penyampaian Medal Penghargaan Pengawas Media

Murid Tahun 6 2012.

Ketua Pengawas Media Lelaki Dijemput Adik…

Ketua Pengawas Media Perempuan Dijemput Adik…

****************(P’gawas Media Thn 6)

Seterusnya, Penyampaian Medal Penghargaan Ketua dan Penolong

Ketua Kelas Murid Tahun 6 2012.

Ketua Kelas 6 tekun Dijemput Adik……

Penolong Ketua Kelas 6 Tekun Dijemput Adik………

****************( Ketua dan Penolong Ketua Kelas Thn 6)

(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~) Pihak majlis seterusnya

berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai

penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang

Berbahagia Tn Hj Abd Halim b Jusoh PJK Ahli Dewan

Undangan Negeri Kawasan Permaisuri kerana telah sudi hadir

dan menyerikan acara ‘Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012’

pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha  En

Zainuddin b Dollah, Guru Besar SK Putera Jaya bagi menyempurnakan

agenda. Dipersilakan.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Tn Hj Abd Halim b Jusoh Ahli Dewan

Undangan Negeri Kawasan Permaisuri.

Dengan ini, Majlis menjemput Yang Berbahagia Tn Hj Abd Halim b

Jusoh PJK Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Permaisuri

Page 10: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

diiringi oleh Yang Berusaha  En Zainuddin b Dollah, Guru Besar SK

Putera Jaya untuk menjamu selera.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,

Telah berlaku transformasi dalam sistem Pendidikan di Negara

kita, dimana Kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi

memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi

melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran

semasa dan masa depan.

Bidang pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat

perubahan. Pada tahun 1983, kita mengguna pakai Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR). Kemudian ianya berubah kepada

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993.

Dan setelah dibuat semakan

KBSR pada tahun 2003 –maka wujudlah dasar yang ada sekarang

iaitu

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berkuatkuasa pada

tahun 2011.

Momentom transformasi dalam bidang pendidikan  akan sentiasa

berlaku sejajar dengan perkembangan globalisasi semasa.

Disebabkan tiada peperiksaan dijalankan, maka satu jawatankuasa

khas telah dibentuk untuk memilih murid untuk Anugerah Pencapaian

KSSR. Pemilihan anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian

akademik yg cemerlang, sahsiah yang terpuji, hubungan baik

antara rakan dan guru serta mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik.

Tanpa melengahkan masa, seterusnya ialah penyampaian Anugerah

Pencapaian KSSR bagi Tahun 1 dan Tahun 2.

Page 11: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Sebelum itu, Majlis menjemput Yang Berusaha En Mohd Suhaimi b Hj

Endut , Yang Dipertua PIBG SK Putera Jaya diiringi oleh En

Razali b Sulaiman, Guru Penolong Kanan 1 SK Putera Jaya untuk

menyempurnakan majlis. Dipersilakan.

Bagi penerima Anugerah Pencapaian KSSR Tahun 1

************(kssr thn 1)

Bagi penerima Anugerah Pencapaian KSSR Tahun 2

************(kssr thn 2)

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang

berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti

membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid

yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan

menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar

ilmu dan cita-cita.  Acara yang seterusnya adalah penyampaian

hadiah bagi Anugerah Pencapaian Kedudukan Dalam Kelas bagi

murid Tahun 3 hingga murid Tahun 6.

Bagi penerima hadiah kedudukan dalam kelas :

Kelas 3 Tekun

Tempat pertama: Adik______________________________

Tempat kedua : Adik_______________________________

Tempat ketiga : Adik _______________________________

************(thn 3 – thn 6)

Page 12: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Seterusnya bagi penerima anugerah pencapaian mata pelajaran

terbaik mengikut tahun:

Tahun 3:

Bm1 : Adik______________________________________________

Bm2 : Adik ______________________________________________

************(thn 3 – thn 6)

Seterusnya bagi penerima anugerah bagi Kelas Harapan mengikut

tahun:

Tahun 1: Dijemput Adik…………………………..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En

Mohd Suhaimi b Hj Endut , Yang Dipertua PIBG SK Putera Jaya atas

kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar.

Seterusnya, Majlis menjemput Yang Dihormati, Yang Berusaha  En

Zainuddin b Dollah, Guru Besar SK Putera Jaya untuk menyempurnakan

majlis diiringi oleh Puan Habsah bt Samat Guru Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid untuk naik ke pentas. Dipersilakan.

Acara yang seterusnya ialah penyampaian Anugerah Nilam bagi

menghargai murid-murid yang mengamalkan budaya membaca

dalam rutin harian mereka. Penerima bagi kategori ini ialah :

************(thn 2 – thn 6)

Page 13: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Seterusnya, acara penyampaian Anugerah UPKK . Anugerah UPKK

adalah Ujian Penilaian Kelas KAFA.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,

Seramai 28 orang 8A UPKK, maka SK Putera Jaya telah

dianugerahkan sebagai SK Cemerlang Kelas KAFA bagi Daerah

Setiu dan telah menerima wang sebanyak RM500 untuk sekolah.

Tanpa membuang masa, dijemput

Penerima bagi kategori 8A UPKK ialah : Adik Nurhidayah bt Azmidi.

Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian,

Adik Nur Hidayah merupakan wakil bagi Negeri Terengganu ke

Pertandingan UPKK Peringkat Kebangsaan dan telah mendapat

markah 99.9%. Beliau telah memenangi wang sebanyak RM700,

sijil dan medal. Tahniah diucapkan.

Seterusnya dijemput adik Danial Yusri b Abdullah untuk tampil ke

pentas. Dipersilakan.

Adik Danial Yusri merupakan peserta Terbaik Dun Daerah Setiu dan

telah menerima wang sebanyak RM200, sijil dan medal. Tahniah

diucapkan.

Seterusnya, Penerima yang akan menerima wang sebanyak RM20

beserta dengan sijil dijemput Adik Amar Azfar b Enche Mohd Rozi….

************(thn 6)

Page 14: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Seterusnya, acara penyampaian Anugerah KAFA bagi menghargai

murid-murid yang dapat keputusan cemerlang dalam Kelas Al-

Quran dan Fardu Ain. Penerima bagi kategori ini ialah :

************(thn 1 – thn 5)

Acara yang seterusnya ialah penyampaian Anugerah Kem Solat

Bestari. Kem Solat Bestari merupakan satu aktiviti wajib dalam

Program Jqaf. Untuk makluman semua, Program j-QAF adalah suatu

usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus

dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang

dilaksanakan di peringkat sekolah rendah bermula pada

tahun 2005. Objektif Program j-QAF adalah untuk melahirkan murid

Islam sekolah rendah yang dapat:

* Menguasai bacaan dan tulisan jawi

* Khatam al-Quran

* Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi

* Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain 

Penerima bagi kategori ini ialah :

Tahun 1 Lelaki : Dijemput Adik……

Tahun 1 Perempuan : Dijemput Adik……… ************(thn 1 – thn

6)

Seterusnya, penyampaian bagi Anugerah Kedatangan Terbaik

2012.

Kedatangan murid dikira dari 03 Januari hingga 18 Oktober 2012.

Penerima bagi kategori Anugerah Kedatangan Terbaik bagi Tahun

Page 15: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

2012.

Kelas 1 Tekun

Adik _______________________________________________________

************(thn 1 – thn 6)

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,

Acara seterusnya adalah acara kemuncak iaitu Anugerah Tokoh

Murid.

Kategori pemilihan bagi cemerlang ko Akademik adalah

berdasarkan penyertaan secara aktif dalam bidang ko akademik.

Bagi Anugerah Cemerlang Ko Akademik, Dijemput Adik Anis

Qamalina bt Kamaruddin untuk tampil ke atas pentas……… Adik

Anis Qamalina telah menyertai beberapa aktiviti antaranya ialah :

Perkhemahan Korobori Pengakap Peringkat Negeri &

Kebangsaan.

Pertandingan Smart English Peringkat Negeri Tahun 2011.

Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Rendah peringkat

Negeri Terengganu Tahun 2012.

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Daerah Setiu

Tahun 2012.

Pertandingan Buku Informasi Konvensyen Dr Muda 2012.

Tahniah kepada Adik Anis Qamalina bt Kamaruddin.

Seterusnya, Bagi Anugerah Cemerlang Akademik, Dijemput Adik

Siti Aisyah Nur bt Ahmad Wizam…..

Page 16: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Adik Siti Aisyah Nur telah menyertai beberapa aktiviti antaranya

ialah :

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Murid Sekolah

Rendah Peringkat Kebangsaan 2012

Program Bina Insan 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu

Tahun 2011.

Jurulatih Utama Sahabat PPDa- Petronas Tahun 2011.

Fasilitator Sahabat PPDa- Petronas Tahun 2011.

Seminar Mudah Belajar Cara Ana Muslim Tahun 2012.

Tahniah kepada Adik Siti Aisyah Nur bt Ahmad Wizam.

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Olahragawan Terbaik (L) dan

Anugerah Olahragawati Terbaik (P) bagi Tahun 2012.

Kategori pemilihan ini adalah berdasarkan penyertaan dalam

bidang sukan dan permainan. Penerima Anugerah Olahragawan

Terbaik (L) ialah Adik Muhd Amirul Amin b Che Alias. Adik Muhd

Amirul Amin telah menyertai :

Kejohanan bola baling peringkat Negeri 2012 dan mendapat

tempat ke3.

Acara 4x100m Kejohanan Padang & Balapan peringkat Negeri

– tmpt ke3.

Johan 100m Kejohanan Padang & Balapan MSSD Setiu 2012.

Johan 4x200m Kejohanan Padang & Balapan MSSD Setiu

2012.

Tmpt ke3 80m berpagar Kejohanan Padang & Balapan Zon

Setiu 2012.

Page 17: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Tahniah kepada Adik Muhd Amirul Amin b Che Alias.

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Olahragawati Terbaik (P) bagi

Tahun 2012. Penerima Anugerah Olahragawati Terbaik (P) ialah

Adik Nurul Ainnun Alesya bt Baharudin…. Adik Nurul Ainnun Alesya

telah menyertai :

Kejohanan Olahraga MSSD Setiu Thn 2011.

Kejohanan Padang & Balapan peringkat Zon Setiu 2012.

Pertandingan Bola Baling peringkat Zon Setiu 2012.

Johan 4x100m sempena Kejohanan Sukan Tahunan di SK Kg

Rahmat 2012.

N.Johan 4x200m sempena Kejohanan Sukan Tahunan di SK

Kg Rahmat 2011.

Tahniah kepada Adik Nurul Ainnun Alesya bt Baharudin.

Murid yang dinobatkan sebagai tokoh murid (P) bagi tahun 2012

ialah Adik Nur Hidayah bt Azmidi. Dijemput Adik Nur Hidayah bt

Azmidi bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke pentas untuk

menerima cenderahati daripada pihak sekolah…….

Murid ini merupakan anak ke 4 daripada 6 orang adik beradik.

Ayahnya seorang petani dan ibunya seorang surirumah. Seorang

anak yang baik, taat kepada kedua ibubapanya. Murid ini sering

mendapat tempat pertama di dalam kelas. Merupakan Pelajar

Cemerlang UPKK 2012, Peringkat Negeri & Kebangsaan .

Beliau pernah mewakili sekolah dalam

Pertandingan Smart English Piala Sultan Mizan peringkat

Negeri Tahun 2011.

Perkhemahan Korobori Pengakap Peringkat Negeri &

Page 18: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Kebangsaan 2012.

Program Mengenalpasti bakat peringkat Daerah 2012.

Pertandingan Buku Informasi Konvensyen Dr Muda 2012.

Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform 2012.

Jurulatih Utama Sahabat PPDa- Petronas

Tahniah kepada Adik Nur Hidayah bt Azmidi.

Seterusnya, Murid yang dinobatkan sebagai tokoh murid (L) bagi

tahun 2012 ialah Adik Danial Yusri b Abdullah. Dijemput Adik Danial

Yusri b Abdullah bersama-sama ibu bapa tersayang tampil ke

pentas untuk menerima cenderahati daripada pihak sekolah…..

Murid ini merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik.

Bercita-cita ingin menjadi seorang doktor perubatan. Murid ini

adalah menjadi harapan keluarga dan sememangnya beliau sudah

pandai berdikari sejak usia muda lagi. Murid yang sentiasa

mengukirkan senyuman. Beliau juga menyandang jawatan sebagai

ketua pengawas disiplin.

Beliau pernah mewakili sekolah dalam :

Pertandingan Tokoh Dr Muda, Konvensyen Kelab Dr Muda

2012.

Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat

Kebangsaan 2012

Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Sekolah Peringkat

Kebangsaan 2012

Naib Johan Majlis Tadarus Al-Quran 2012

Johan Pertandingan Orienteering TKRS 2012

Johan Putera Kategori Sekolah Rendah Pertandingan Kawad

Page 19: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

Kaki Daerah Setiu 2012.

Jurulatih Utama Sahabat PPDa- Petronas

Tahniah diucapkan kepada Adik Danial Yusri b Abdullah. 

Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada

murid-murid yang lain...insyaAllah

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha  En Zainuddin b

Dollah, Guru Besar SK Putera Jaya atas kesudian beliau

menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,

Majlis anugerah telah disempurnakan,

Sekalung penghargaan kami hulurkan,

Segulung tahniah kami ucapkan....

Seterusnya, Majlis diteruskan lagi dengan persembahan kumpulan

koir oleh murid-murid yang terdiri daripada murid tahun 2,3,4 dan

5. Kumpulan koir ini akan mendendangkan sebuah lagu iaitu

Sekolah Kita.

Terima kasih kepada kumpulan koir sekolah yang telah membuat

persembahan sebentar tadi. Seterusnya, majlis diserikan lagi

dengan persembahan dari murid-murid Tahun 6 yang membuat

persembahan untuk kali yang terakhir bagi sesi 2012.

Terima kasih kepada murid tahun 6 yang telah membuat

persembahan sebentar tadi. Persembahan yang cukup memberi

Page 20: Teks Anugerah Kecemerlangan Sk Putera Jaya 2012

kesan dan meninggalkan kenangan yang paling manis buat semua

warga SK Putera Jaya.Persembahan tadi dibimbing oleh guru muzik

SK Putera Jaya Pn W. Rahimatu Akmalida bt W daud.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami

selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis

juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya

ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan

majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat 

Menjadi ingatan sepanjang zaman 

Amalan sepakat membawa berkat 

Hidup beramal bertunjang iman. 

Kalau ada jarum yang patah

Banyak kain tidak berjahit

Kalau ada silap dan salah

Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan

kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai

makhluk Allah bernama insan. 

Sekian wabillahi taufik wal hidayah..Assalamualaikum w.b.t