kementerian sains, teknologi dan inovasi kementerian

5
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI AKTIVITI AKRAB 2011 AKTIVITI AKRAB 2011 AKTIVITI AKRAB 2011 AKTIVITI AKRAB 2011 PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING TAHAP PERTAMA (PPKK1) PPKK Tahap 1 bertujuan membentuk satu pemahaman awal kepada peserta mengenai perkhidmatan kaunseling dan melatih peserta untuk mengendalikan kes- kes ringan yang sesuai dengan kemahiran yang dipelajari. PPKK Tahap 1 telah diadakan pada 18 hingga 21 April 2011 bertempat di Bangunan JPA, Cyberjaya. PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING TAHAP KEDUA (PPKK 2) PPKK Tahap 2 telah diadakan pada 30 Mei hingga 2 Jun 2011 bertempat di Bangunan JPA, Cyberjaya. Ia bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kemahiran-kemahiran di dalam membuat strategi rawatan, berkeupayaan di dalam mengendalikan stres, konflik, dan emosi dan boleh menangani isu pegawai bermasalah dengan lebih baik. Selain itu, peserta perlu melengkapkan kedua-dua tahap PPKK untuk ditauliahkan sebagai ahli AKRAB.

Upload: trinhthu

Post on 19-Jan-2017

236 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KEMENTERIAN

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASIKEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASIKEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASIKEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

AKTIVITI AKRAB 2011AKTIVITI AKRAB 2011AKTIVITI AKRAB 2011AKTIVITI AKRAB 2011

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING TAHAP PERTAMA (PPKK1)

PPKK Tahap 1 bertujuan membentuk satu pemahaman awal kepada peserta

mengenai perkhidmatan kaunseling dan melatih peserta untuk mengendalikan kes-

kes ringan yang sesuai dengan kemahiran yang dipelajari. PPKK Tahap 1 telah

diadakan pada 18 hingga 21 April 2011 bertempat di Bangunan JPA, Cyberjaya.

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING TAHAP KEDUA (PPKK 2)

PPKK Tahap 2 telah diadakan pada 30 Mei hingga 2 Jun 2011 bertempat di

Bangunan JPA, Cyberjaya. Ia bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada

kemahiran-kemahiran di dalam membuat strategi rawatan, berkeupayaan di dalam

mengendalikan stres, konflik, dan emosi dan boleh menangani isu pegawai

bermasalah dengan lebih baik. Selain itu, peserta perlu melengkapkan kedua-dua

tahap PPKK untuk ditauliahkan sebagai ahli AKRAB.

Page 2: KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KEMENTERIAN

PROGRAM PEMANTAPAN AKRAB

Program Pemantapan AKRAB telah diadakan pada 12 hingga 14 April 2011 di Suria

Hill Choon Hos, Janda Baik, Pahang. Ia bertujuan untuk meningkatkan pemahaman

dan kemahiran kaunseling, melatih dan memberi tunjuk ajar untuk mengendalikan

sesi perbincangan secara berkelompok dan mendedahkan dengan konsep, isu,

objektif dan matlamat pelaksanaan sebagai AKRAB kepada ahli-ahli AKRAB MOSTI

dan Jabatan/Agensi di bawah MOSTI.

PROGRAM PENINGKATAN KENDIRI (KAUNSELING KELOMPOK)

Siri 1 : 24 Jun 2011

Satu sesi kelompok bimbingan yang bertajuk “Konsep Pengurusan Kendiri” telah

diadakan pada 24 Jun 2011. Seramai 14 warga MOSTI telah dipilih untuk menghadiri

sesi tersebut dan dikendalikan oleh 2 orang ahli AKRAB sebagai fasilitator.

Page 3: KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KEMENTERIAN

Siri 2 : 30 November 2011

Tajuk perbincangan untuk kumpulan yang kedua adalah Pengurusan Diri dan Masa

yang bertujuan memupuk sikap ahli kelompok supaya lebih menghargai diri dan

masa dan memberikan kesedaran bahawa pembahagian masa dengan baik

adalah penting dalam menguruskan aktiviti seharian dirinya.

MESYUARAT AKRAB

Mesyuarat AKRAB telah dilaksanakan pada 12 April 2011 dan 7 Oktober 2011

bertujuan membincangkan perkembangan AKRAB MOSTI, aktiviti-aktiviti yang akan

dilaksanakan dan membuat penambahbaikan ke atas aktiviti-aktiviti yang telah

dilaksanakan.

PROGRAM JALINAN KASIH

AKRAB MOSTI telah mengadakan satu lawatan ke Rumah Perlindungan Titian Kasih di

Wilayah Persekutuan pada 16 Julai 2011 dengan kerjasama PUSPANITA MOSTI.

Antara tujuan program Jalinan Kasih ini adalah:

� Menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling serta pendekatan psikologi

yang telah dipelajari semasa berinteraksi dengan penghuni rumah tersebut

� Mewujudkan perasaan prihatin dan keinsafan tentang kesusahan yang

dialami oleh insan yang kurang berkemampuan

� Menceriakan kehidupan penghuni rumah kebajikan melalui aktiviti yang

dijalankan seperti kuiz dan sukaneka

Page 4: KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KEMENTERIAN

BICARA 45

Bicara 45 adalah merupakan salah satu aktiviti untuk memperkenalkan serta

menghebahkan kewujudan AKRAB kepada warga MOSTI. Di samping itu juga,

ia adalah sebagai medium kepada ahli-ahli AKRAB untuk

memperkembangkan ilmu psikologi dan kaunseling yang telah dipelajari.

Bicara 45 telah dilaksanakan seperti jadual berikut:

Siri Tarikh Tajuk

1 17 Februari 2011 1. Diet dan Sikap

2 31 Mac 2011 1. Colour Psychology

2. Kebahagiaan

3 17 Jun 2011 1. Penyakit Asma dan Kesannya

2. Komunikasi Efektif

4 22 September 2011 1. Diabetes Mellitus dan Kesannya

2. Petua Orang Berjaya

5 20 Oktober 2011 1. Pengurusan Emosi

2. Terapi Kucing

Page 5: KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KEMENTERIAN

KAUNTER PENGURUSAN PSIKOLOGI

Pelaksanaan Kaunter Pengurusan Psikologi merupakan sebagai salah satu aktiviti

outreach atau aktiviti turun padang bagi Unit Pengurusan Psikologi serta ahli AKRAB

MOSTI. Kaunter Pengurusan Psikologi akan dibuka semasa Perhimpunan Bulanan dan

juga semasa program-program yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia. Kaunter Pengurusan Psikologi telah dilaksanakan seperti jadual berikut:

Bil. Tarikh

1 7 Mac 2011

2 16 Mac 2011

3 4 April 2011

4 13 Mei 2011

5 28 Jun 2011

6 3 Oktober 2011