teknologi inovasi solar
TRANSCRIPT
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 1/14
Produk hijau dari Teknologi Inovasi Solar Sistem Penyaman Udara Solar Dingin dan Penyejuk Solar BCT berupaya jimat
elektrik
TEKNOLOGI Inovasi Solar Sdn Bhd, memperkenalkan dua produk teknologi hijau iaitu Sistem
Penyaman Udara Solar Dingin dan Penyejuk Solar BCT yang berupaya menjimatkan penggunaan
tenaga elektrik sehingga 50 peratus.
Sistem Penyaman Udara Solar Dingin ialah sistem pendingin hawa hibrid berasaskan tenaga
solar pertama di perkenalkan di negara ini.
Ia berfungsi menggunakan haba tenaga solar pada siang hari, manakala pada sebelah malam ia
digerakkan oleh tenaga elektrik.
Menggunakan gas HFC yang mesra alam, sistem penyaman udara hibrid itu ditawarkan pada
harga RM3,200 untuk unit dengan kuasa kuda (HP) 1.5, RM3,600 (2.0 HP) dan RM4,000 (2.5
HP) yang boleh dibeli secara dalam talian di www.solardingin.com bermula bulan depan.
Penyejuk Solar BCT yang menggunakan sistem penyejukan berpusat pula sesuai untuk kegunaan
bangunan komersial serta bangunan yang menggunakan jumlah tenaga yang tinggi seperti
hospital, sekolah dan makmal universiti.
Ia dihasilkan dengan menepati garis panduan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang mana pemilik
bangunan yang menggunakannya boleh menuntut 100 peratus pengecualian cukai.
Pengarah Urusan Teknologi Inovasi Solar, Mohamad Azan Sulaiman, berkata pelancaran produk
berteknologi hijau itu diharap dapat membuka lebih banyak peluang bagi syarikat itu
mengembangkan perniagaan syarikat induknya dalam sektor lain serta dapat mempelbagaikan
aliran pendapatannya.
Teknologi Inovasi Solar ialah sebuah anak syarikat Alam Dingin Air Conditioning Enggineering
Sdn Bhd yang mengeluarkan sistem pendingin hawa khusus bagi sektor minyak dan gas, iaitu
satu daripada syarikat Bumiputera di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi
(TeraS) yang dikendalikan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).
Mohamad Azan berkata, syarikat itu mahu memasarkan sistem penghawa dingin dan produk
kualiti udara dalaman yang memenuhi empat kriteria yang digariskan misi syarikat iaitu cekap
tenaga, menggunakan tenaga boleh diperbaharui, mesra alam dan kesihatan serta dapat
menawarkan harga berpatutan.
“Semua produk kami akan menggunakan jenama Solar Dingin dan akan didaftarkan sebagai cap
dagangan syarikat pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran
Sistem Penyaman Udara Solar Dingin dan Penyejuk Solar BCTdi Pameran dan Persidangan
Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2012 (IGEM 2012) di Kuala Lumpur,
semalam.
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 2/14
Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter
Chin Fah Kui.
Rekacipta Lampu Solar MONDAY, AUGUST 8, 2011
.Label: Elektrik / Elektronik, Lampu, Projek dan Rekaan, Teknologi Hijau, Tenaga Solar
Rekaan lampu berasaskan LED yang dikuasakan oleh tenaga matahari (lampu solar) untukpencahayaan kawasan kediaman. Walaupun versi ini direkabentuk untuk pautan pada dinding,
ianya boleh diubahsuai dengan mudah untuk lain-lain bentuk pemasangan.
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 3/14
Menghasilkan rekacipta berasaskan tenaga boleh baharu (renewable energy / teknologi hijau) bukanlah perkara
yang sukar. Sesiapa sahaja mampu berekacipta asalkan mempunyai kemahuan. Rekaan lampu solar ini diharap
dapat memberi inspirasi kepada anda untuk bereksperimentasi dan bermain dengan idea rekacipta berasaskan
tenaga boleh baharu.
Rekaan lampu solar ini menggunakan solar panel (panel Photovoltaic / PV ) buatan sendiri yang
digunakan untuk mengecas bateri Asid-Plumbum (Lead-Acid ) melalui teknik yang dikenali sebagai
Trickle Charging .
Artikel Berkaitan: Panduan Praktikal Sel Solar (Photovoltaic Cell)
Litar pensuisan bertindak mengecas bateri di waktu siang dan akan menyalakan lampu LED secara
automatik apabila mengesan cahaya persekitaran menjadi malap. Tahap sensitiviti / kepekaan
pengesanan cahaya pula boleh dilaras melalui tombol pada bahagian hadapan lampu.
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 4/14
Lampu LED menyala apabila persekitaran menjadi malap/gelap. Semakin gelap keadaan
persekitaran, semakin terang cahaya lampu.
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 5/14
Pemasangan lampu solar di dinding rumah.
Kedudukan dan penghalaan lampu boleh dilaras pada paksi mendatar dan menegak bagi
membolehkan fokus pencahayaan di tempat yang anda ingini.
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 6/14
Bahagian-bahagian pada lampu solar yang telah siap. Tali yang dapat dilihat pada lampu
membolehkan lampu dimatikan dan dinyalakan (secara manual) apabila dipaut pada tempat tinggi.
Tarik untuk ON, dan tarik sekali lagi untuk OFF (Pull ON - Pull OFF switch). Klik imej di bawah untuk
paparan yang lebih besar.
Solar Panel Ready Made vs Solar Panel Buatan Sendiri
Anda boleh dikira amat bernasib baik jika menemui panel solar yang memberikan rating voltan danarus yang sepadan dengan keperluan rekaan anda.
Realitinya, panel solar ready-made yang boleh diperolehi di pasaran Malaysia datang dengan pilihan-
pilihan rating kuasa yang begitu terhad (5W, 10W, 20W, 30W dsb). Satu contoh solar panel 5W yang
boleh diperolehi di pasaran memberikan rating 17.82V dan 285mA (rating voltan dan arus ini
berbeza-beza bergantung kepada jenis dan pengeluar).
Kerapkali rating ini tidak berpadanan dengan keperluan rekaan anda. Untuk tujuan pemadanan,
tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel tersebut perlu melalui proses perubahan (conversion)
agar menepati keperluan litar. Malangnya proses conversion bukanlah suatu proses yang cekap dan
akan mengakibatkan kehilangan tenaga (loss) yang tinggi.
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 7/14
Anda boleh membuat tempahan solar panel yang menepati keperluan rekaan anda secara terus dari pengeluar
namun melainkan anda mempunyai wang saku yang banyak, kos yang terlibat adalah terlalu tinggi dan tidak
masuk akal untuk projek sebegini.
Atas faktor-faktor yang dinyatakan inilah pendekatan menghasilkan panel solar sendiri adalah pilihan
yang lebih praktikal.
Solar panel dibina menggunakan unit-unit kecil sel solar dengan rating 5V, 50mA.
Unit sel solar ini memberikan prestasi lebih baik berbanding sel solar yang diuji sebelum ini dimana di
bawah matahari yang terik, ia mampu menjana sekitar 5.13V dan 57mA. Pelantar panel diperbuat
daripada plat akrilik ( Acrylic ) yang dipotong menjadi segiempat sama dan digerudi untuk memberikan
akses kepada contact point setiap sel solar.
TIPS: Sel solar yang mudah diperolehi di Malaysia mempunyai rating 5V-30mA, 5V-50mA, 5V-100mA, 12V-
50mA dan 12V-100mA. Uji terlebih dahulu sel solar tersebut sebelum membuat pembelian dalam jumlah banyak
kerana kerapkali prestasi sel solar yang dijual tidak berupaya mencapai rating yang dijanjikan.
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 8/14
Sebelum membina panel, bahagian belakang sel solar disusun dan ditampal dengan pita pelekat bagi
mengelakkan ia bergerak. Sel-sel ini kemudiannya dilekatkan pada permukaan plat akrilik.
Penyambungan wayar kepada setiap sel adalah secara kombinasi selari dan bersiri.
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 9/14
Panel solar yang telah siap. Sisi solar panel di rivetkan dengan stok aluminum “L” bar. Bahagian atas
solar panel diletakkan Phototransistor untuk pensuisan dan pengesanan cahaya. Di bawah sinaran
matahari terik, solar panel ini mampu menjana sekitar 2.6 Watt.
Pemilihan Bateri Simpanan Tenaga
Bateri simpanan berfungsi menyimpan tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel di waktu siang,
dan berfungsi membekalkan tenaga yang tersimpan tersebut untuk menyalakan lampu LED di waktu
malam.
Terdapat pelbagai jenis bateri di luar sana, namun bateri-bateri daripada jenis Asid Plumbum (Lead-
Acid ), Nickel Cadmium (Ni-Cad), Lithium-Ion (Li-Ion), Lithium Polymer (Li-Po) dan Nickel-Metal
Hydride (Ni-Mh) boleh dicas semula (rechargeable).
Daripada kesemua jenis bateri ini pula, bateri jenis Ni-Cad dan Li-Ion memerlukan arus dan voltan
yang malar serta litar kawalan pengecasan agar ianya dapat dicas dengan selamat tanpa risiko
terlebih cas (overcharging ). Kedua-dua bateri ini tidak begitu sesuai digunakan untuk aplikasi
rekacipta berkaitan solar kerana keamatan cahaya matahari sentiasa berubah-ubah dan tertakluk
kepada keadaaan cuaca.
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 10/14
Contoh-contoh bateri yang boleh dicas semula (rechargeable). Contoh bateri Ni-Cad dalam foto di
atas dileraikan daripada sebuah lampu solar murahan dari China yang hanya dapat bertahan sekitar
2 bulan sebelum rosak.
Bateri Ni-Mh dan Lead-Acid pula mempunyai toleransi yang tinggi terhadap arus pengecasan yang
berubah-ubah. Dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagai Trickle Charging , bateri Ni-Mh dan Lead-Acid dapat dicas dengan selamat (tanpa risiko terlebih cas) tanpa menggunakan litar
kawalan selagi arus pengecasan adalah tidak melebihi 10% rating arus bateri tersebut.
Jika dibandingkan prestasi antara bateri Ni-Mh dan Lead-Acid , bateri jenis Lead-Acid mempunyai
keupayaan kapasiti menyimpan cas yang lebih tinggi berbanding Ni-Mh. Mengambilkira kesemua
faktor ini, bateri Lead-Acid adalah pilihan paling ideal untuk untuk rekacipta sebegini, dan tidak
hairanlah ia juga digunakan dengan meluas di dalam aplikasi-aplikasi tenaga solar komersil.
Bateri Lead-Acid yang mudah diperolehi di pasaran Malaysia adalah dengan rating 6V dan 12V (dengan dimensi
fizikal dan rating arus yang berbeza).
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 11/14
Perumah lampu yang memuatkan litar dan bateri. Saya memilih bateri Lead-Acid 6V (rating paling
rendah dan agak mudah diperolehi). Rating arus bagi bateri ini adalah 4.5AH ( Amp Hour ). Maka
ianya dapat dicas melalui teknik Trickle Charging dengan arus tidak melebihi 450mA ( 10% rating
arus bateri).
Nilai voltan dan arus yang dilabelkan di bahagian Charging Instruction bateri di atas adalah panduan
bagi penggunakan litar pengecasan dari sumber elektrik malar (contohnya pengecas komersil yang
menggunakan bekalan elektrik dari soket dinding) dan tidak boleh diaplikasikan secara terus untuk
konteks Trickle Charging dan janakuasa tenaga boleh baharu.
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 12/14
Litar pengecasan / pensuisan lampu solar.
Rajah skematik litar. Tujuh butir LED putih yang disambung secara selari membentuk lampu LED.
UPDATE - Mac 2012: Atas permintaan para pembaca, berikut adalah litar pengesacan solar paling
ringkas yang boleh dibina. Ia merupakan litar pensuisan secara manual (menggunakan suis Single
Pole Double Throw - SPDT ). Secara idealnya, voltan daripada solar panel perlu sekurang-
kurangnya 110% daripada voltan bateri, dan arus solar panel perlulah tidak lebih 10% arus bateri.
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 13/14
Contoh litar pengecasan solar yang ringkas.
Contoh suis Single Pole Double Throw (SPDT).
Weather Proofing
Pengkalisan cuaca atau wheather proofing adalah langkah tambahan bagi lampu solar yang akan
diletakkan di persekitaran yang terdedah kepada elemen cuasa (seperti hujan, panas dan
kelembapan). Cara paling mudah dan murah adalah dengan menyaluti komponen eletronik serta
menutup segala lubang dan penyambungan dengan menggunakan hot melt glue / glue gun.
NOTA: Oleh kerana lampu ini bergantung kepada cahaya matahari yang senantiasa berubah-ubah dan
sukar diduga, prestasinya juga berubah-rubah mengikut keadaan dan bergantung kepada nasib. Hujan
dan litupan awan adalah musuh paling utama :)
7/27/2019 Teknologi Inovasi Solar
http://slidepdf.com/reader/full/teknologi-inovasi-solar 14/14
Selamat berekacipta. Sebarang komen, soalan dan idea penambahbaikan adalah dialu-alukan.
Rujukan
http://www.rekacipta.net/2011/08/rekacipta-lampu-solar.html