teknik penulisan esei pengajian am

4
SMK MUTIARA RINI JOHOR BAHRU TINGKATAN 6 RENDAH UNGKU AZIZ PENGGAL 1 PENGAJIAN AM 900/1 Teknik Menulis Karangan Pengajian Am (Masa Dicadangkan 45 minit) Peringkat-peringkat Menulis Karangan Panduan Umum 1. Sebelum menulis karangan, para calon perlu membuat keputusan tentang tajuk karangan yang hendak dipilih. 2. Pemilihan sesuatu tajuk haruslah berdasarkan sejauh manakah pengetahuan calon tentang isu yang menjadi tajuk dalam sesuatu soalan. 3. Hal ini penting supaya calon tidak buntu dalam mencari isi-isi karangan yang boleh mengganggu kelancaran penulisan karangan kelak. 4. Calon-calon perlu mempertimbangkan setiap maklumat tentang isu yang diperkatakan secara mendalam. 5. Maklumat-maklumat itu merangkumi fakta, data, dan contoh yang benar dan logik. 6. Setelah calon yakin dapat menguasainya ditambah pula tajuk itu sesuai dengan keupayaan diri calon, maka pilihlah tajuk berkenaan. 7. Panjang esei yang ditulis mestilah antara 300 – 350 patah perkataan. Peringkat : Menganalisis Kehendak Soalan. 1. Mengenalpasti kehendak soalan atau tajuk merupakan perkara yang amat penting supaya isi-isi dan pendekatan yang dikemukakan nanti tidak menyeleweng daripada tajuk karangan yang diberi. 2. Ramai calon yang gagal untuk mendapatkan gred yang baik kerana tidak mematuhi kehendak soalan. 3. Oleh itu, calon haruslah mengenal pasti kata kunci yang dapat memandu para calon menggarap isi persoalan dalam sesuatu tajuk karangan. 4. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menganalisis kehendak soalan ialah; i. Bentuk Soalan - Tertutup atau Terbuka a. Tertutup - Soalan berada di hadapan ayat.Contoh soalan:

Upload: waheeda

Post on 09-Apr-2016

938 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

Pengajian Am

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Penulisan Esei Pengajian Am

SMK MUTIARA RINI JOHOR BAHRUTINGKATAN 6 RENDAH UNGKU AZIZ

PENGGAL 1PENGAJIAN AM 900/1

Teknik Menulis Karangan Pengajian Am(Masa Dicadangkan 45 minit)

Peringkat-peringkat Menulis Karangan

Panduan Umum1. Sebelum menulis karangan, para calon perlu membuat keputusan tentang tajuk karangan yang hendak dipilih.2. Pemilihan sesuatu tajuk haruslah berdasarkan sejauh manakah pengetahuan calon tentang isu yang menjadi

tajuk dalam sesuatu soalan.3. Hal ini penting supaya calon tidak buntu dalam mencari isi-isi karangan yang boleh mengganggu kelancaran

penulisan karangan kelak.4. Calon-calon perlu mempertimbangkan setiap maklumat tentang isu yang diperkatakan secara mendalam.5. Maklumat-maklumat itu merangkumi fakta, data, dan contoh yang benar dan logik.6. Setelah calon yakin dapat menguasainya ditambah pula tajuk itu sesuai dengan keupayaan diri calon, maka

pilihlah tajuk berkenaan.7. Panjang esei yang ditulis mestilah antara 300 – 350 patah perkataan.

Peringkat : Menganalisis Kehendak Soalan.1. Mengenalpasti kehendak soalan atau tajuk merupakan perkara yang amat penting supaya isi-isi dan

pendekatan yang dikemukakan nanti tidak menyeleweng daripada tajuk karangan yang diberi.2. Ramai calon yang gagal untuk mendapatkan gred yang baik kerana tidak mematuhi kehendak soalan.3. Oleh itu, calon haruslah mengenal pasti kata kunci yang dapat memandu para calon menggarap isi persoalan

dalam sesuatu tajuk karangan.4. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menganalisis kehendak soalan ialah;

i. Bentuk Soalan - Tertutup atau Terbukaa. Tertutup - Soalan berada di hadapan ayat.Contoh soalan:

Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui aplikasi teknologi maklumat seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan komuniti maya ini mewujudkan pelbagai implikasi. Jelaskan kebaikan dan keburukan jaringan komuniti maya.

(Pernyataan tidak perlu dianalisis kerana kehendak soalan adalah jelas)

b. Terbuka - Soalan berada di belakang ayat.

Contoh soalan:

Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui aplikasi teknologi maklumat seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan komuniti maya ini memberikan kebaikan tertentu. Namun demikian, ia juga boleh membawa impak negatif jika disalahgunakan. Bincangkan.

Page 2: Teknik Penulisan Esei Pengajian Am

(Pernyataan perlu dianalisis untuk mengenalpasti kehendak soalan)

ii. Isu - apakah isu yang diutarakan dalam soalan. kegagalan memahami isu soalan akan

menyebabkan karangan calon lari daripada tajuk soalan.

iii. Fokus Soalan - merujuk kepada perkara yang ditanya dalam soalan sama ada satu fokus atau dua fokus.

iv. Skema - asas skema hanya ada 2 iaitu 5+0 dan 3+2 @ 2+3 Ada juga skema jawapan 1+4, 1+1+3 @

1+2+1 @ 2+1+1 tetapi ini hanyalah pecahan daripada skema asas tadi. Skema 5+0 bermakna hanya ada satu fokus soalan dan skema 3+2 @ 2+3 bermakna ada dua fokus soalan.

Peringkat 2: Menyenaraikan Idea Utama Mengikut Laras.1. Dalam karangan Pengajian Am, calon perlu memberikan 5 idea utama (5 markah) dan setiap idea diiringi

dengan 3 idea sampingan berbentuk huraian, huraian lanjutan, contoh dan ulasan atau penegasan idea. (5IU x 3H=15H = 15 markah)

2. Bagaimanapun, pada peringkat ini calon perlu menyenaraikan seberapa banyak idea yang berkaitan dengan kehendak soalan. (lebih daripada 4) asalkan tidak melebihi 350 patah perkataan.

Peringkat 3: Mengasingkan Idea Utama dan Idea Sampingan1. Idea utama ialah idea secara langsung dengan kehendak soalan dan ia merupakan satu perkara pokok yang

besar dan boleh berdiri sendiri.2. Idea sampingan ialah idea tidak langsung dengan kehendak soalan tetapi secara langsung dengan idea

utama dan ia merupakan perkara-perkara kecil yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa perkara pokok. 3. Idea utama perlu diasingkan kerana markah hanya diberikan jika idea utama betul. Idea utama yang

salah tidak akan diberikan markah huraian walaupun huraian betul.4. Idea utama yang salah dianggap tidak relevan (TR) kerana tidak menjawab kehendak soalan.5. Idea sampingan perlulah diletakkan selepas idea utama sebagai hujah-hujah yang menyokong idea utama.6. Idea sampingan ini perlulah jelas dan tidak boleh dipertikaikan pernyataannya.7. Idea sampingan yang tidak jelas (TJ) tidak diberikan markah huraian.

Peringkat 4: Menyediakan Rangka karangan.1. Rangka karangan haruslah disediakan terlebih dahulu sebagai garis panduan kepada calon calon semasa

proses mengarang.Perkara yang harus ada dalam karangan merangkumi aspek berikut:a. Calon-calon dapat menentukan isi-isi yang perlu dimuat dalam sesebuah karangan.b. Calon-calon akan menentukan urutan isi yang disusun mengikut keutamaan.c. Calon dapat memastikan tidak ada isi-isi yang tertinggal.d. Calon dapat merangka pendahuluan dan penutup karangan yang bersesuaian dengan

isi karangan.

Peringkat 5: Menulis Karangan

Page 3: Teknik Penulisan Esei Pengajian Am

1. Proses penulisan dijalankan setelah rangka karangan disediakan dengan jelas dan teratur.2. Proses penulisan ini akan terlaksana dengan baik dan lancar apabila kesemua empat peringkat di atas diikuti

dengan sempurna dan berkesan.3. Pada peringkat ini, calon perlu sentiasa ingat "saya menjawab soalan" untuk memastikan karangan tidak

terkeluar daripada tajuk.

Peringkat 6: Menyemak Karangan1. Setiap karangan yang ditulis hendaklah disemak semula oleh calon dengan teliti supaya dapat mengesan

kesalahan-kesalahan yang tidak disedari.2. Kesalahan ini boleh melibatkan aspek tatabahasa yang terdiri daripada ejaan, tanda baca, perkataan,

mahupun struktur ayat.3. Setiap kesalahan yang dikesan hendaklah diperbetul dengan jelas.

Nota: Karangan Pengajian Am wajib mengikut format iaitu 7 perenggan (Perengan 1: pendahuluan, perenggan 2-6: isi dan perenggan 7: penutup)

Permarkahan: Isi (5X1m) = 5Huraian (5X3m) = 15 Bahasa = 4Impak = 1

-------- 25--------